TC | BAB 4

Romance Completed 17878

PADA malam itu, setelah penat melayan perasaan sedih dan sakit hati, Raffiez masuk ke dalam perut kereta lalu memandu dengan laju dan tidak tahu hendak ke mana. Dia berasa sangat penat lalu berhenti di suatu kawasan. Dia mendengus kasar dan tiba-tiba dia terperasan sesuatu.

"Eh, ni kan kawasan rumah..." gumamnya lalu dia memandang ke tepi dan terlihat rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah. Dia terkilan dan tertanya-tanya mengapa dia perlu berhenti di sini? Tiba-tiba pagar rumah Adyla terbuka dan datang sebuah kereta BMW silver berhenti di depan rumah itu. Dia ternampak dua orang gadis yang cukup dikenalinya.

"Adyla..." sebutnya tanpa sedar. Dia ternampak Erina memeluk Adyla yang berada di atas kerusi roda. Wajah Adyla dipandangnya lama. Wajah yang sangat dirinduinya tetapi apabila teringatkan peristiwa dia dan Adyla dulu, dia berasa sangat sakit hati dan kecewa.

"Asal kau perlu buat aku macam ni, hah?" Marah Raffiez dan hanya memerhati dari dalam kereta. Setelah mereka semua beredar dari situ termasuklah Adam yang telah menutup pagar rumahnya, Raffiez keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke pagar rumah dan berdiri di situ. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang menegurnya di sebalik pagar rumah itu.

"Siapa tu?" Soal Adam yang ternampak kelibat seseorang yang berjaket hitam. Raffiez yang berdiri di situ tersentak lalu segera masuk ke dalam keretanya. 'Harap-harap Abang Adam tak nampak aku.' Gumam Raffiez lalu terus memandu untuk pulang ke rumah.

****

KRING ! KRING !

Jam loceng milik Adyla berbunyi lalu Adyla bangun dan menutup jam tersebut. Adyla melihat jam yang menunjukkan pukul 6 pagi. Dia bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk mandi. Setelah selesai mandi dan berwuduk, dia segera menunaikan Solat Subuh.

Setelah selesai, dia bangun dan menanggalkan telekung solatnya. Harini dia teringin nak makan kek batik. Kemudian dia terus mencari susuk tubuh bibik kesayangannya.

"Bik, Dyla teringin nak makan kek batik la."

"Yeke? Kalau macam tu, sekarang juga bibik buatkan." Balas Bibik Aini.

"Thank you bik! Dyla nak tolong boleh tak? Bosan la. Tak tau nak buat apa. Papa dan mama pun bila tah nak balik. Orang dah rindu tapi diorang biar je hati anak diorang merana sebab rindu bagai nak rak." Rengeknya.

"Sabarlah. Mungkin ada sebab kenapa diorang tak balik lagi."

Akhirnya siap juga kek batik mereka. Kecur liur Adyla setelah menghidu kek itu. Lalu cepat saja dia mencapai piring dan sudu. Terus hilang perasaan bosannya apabila kek itu masuk ke dalam mulutnya. Nikmat sungguh!

Kemudian Adyla menyuapkan kek itu ke dalam mulut Bibik Aini. Terukir senyuman di wajah wanita tua itu. Mereka makan dengan berselera.

Selepas itu, Adyla terus tidur kerana penat. Setelah beberapa minit dibuai lena tiba-tiba...

"Papa!" Jerit Adyla. Adam yang sedang on call dengan seseorang terkejut mendengar Adyla yang terjerit lantas dia segera mendapatkan Adyla di dalam bilik.

"Kenapa ni?" Soal Adam yang melihat Adyla seperti ketakutan.

"Abang, Dy takut." Luah Adyla sambil memeluk lutut.

"Jangan takut. Abang ada." Pujuk Adam.

"Dy mimpi papa. Papa nak tinggalkan Dy." Adyla memberitahu Adam dalam keadaan mata yang terpejam kemas.

"Istighfar banyak-banyak. It's just a dream." Pujuk Adam lalu menggosok bahu Adyla dan cuba menenangkannya.

"Abang, call la diorang." Suruh Adyla sambil memandang anak mata Adam.

"Ya nanti abang call. Sekarang, abang nak Dy tidur. Don't think too much." Ujar Adam sambil menyelimutkan adiknya. Adyla menutup matanya dan cuba bertenang.

****

SUDAH seminggu hari berlalu.

TING TONG! TING TONG!

"Assalamualaikum!" Laung seseorang di depan rumah.

"Siapa yang datang pagi-pagi ni?" Omel Adyla sendiri dan bangun perlahan untuk ke luar rumah. Bibik Aini pula telah balik ke kampung petang kelmarin kerana emaknya sakit.

Adyla menuju ke luar rumah dan menekan remote pagar. Setelah pagar terbuka, dia menegur orang itu.

"Waalaikumussalam. Abang Aus? Ada apa ni?" Soal Adyla.

"Abang nak Dyla sabar. Dengar apa yang abang nak cakap ni. Sekarang ni Mak Ngah dan Pak Ngah ada dekat hospital. Diorang accident." Cemas Aus iaitu sepupu Adyla. Adyla terkilan apabila mendengar berita itu lalu air matanya mengalir.

Adam keluar dari tandas. Kemudian dia menghala ke bilik Adyla tetapi Adyla tiada di situ. Adam segera turun ke bawah dan memanggil adiknya.

"Dy pergi mana? Dy.." Setelah Adam nampak pintu rumah terbuka, dia terus keluar. Dia nampak Adyla sedang menangis teresak-esak sambil Aus menenangkannya lalu Adam segera mendapatkan Adyla.

"Aus, asal kau datang tak bagitahu? Kenapa adik aku menangis ni?" Adam segera bertanya.

"Aku dah call kau banyak kali dah tapi kau tak jawab. Sebab tu aku datang sini. Aku baru je dapat panggilan dari Pak Long. Pak Ngah dan Mak Ngah kemalangan. Sekarang ni diorang ada dekat hospital. Keadaan Pak Ngah kritikal." Terang Aus. Terkilan Adam setelah mendengar kata-kata Aus.

"Abang, jom kita pergi hospital. Dy nak jumpa diorang!" Kata Adyla.

"Ye. Kita pergi. Jom." Kerah Adam. Adyla terus melangkah masuk ke dalam kereta.

"Aku kena balik kampung ni. Atok call aku suruh ambik dia. Aku pergi dulu. Apa-apa kau update tau." Pesan Aus.

"Okey. Thanks sebab bagitahu kitorang. Kau hati-hati drive." Prihatin Adam.

"Okey. Kau banyakkan doa. InsyaAllah mereka akan okey." Balas Aus lalu menghala ke keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience