TC | BAB 35

Romance Completed 17878

SYAZRAN datang menghampiri Erina yang keseorangan di atas pelamin.

"Hai, Erin." Sapanya. Erina memandang jejaka itu. Kelihatan segak dengan berpakaian baju Melayu biru lembut.

"Hai Abang Az! Dah makan ke?" Soal Erina yang agak ceria apabila bertemu Syazran. Syazran mengangguk tanda sudah makan.

"Tak sangka kan? Awak dah kahwin. Dengan abang saya pula tu." Kata Syazran menahan perasaan.

"Itu la tu. Saya pun tak sangka akan jadi kakak ipar Abang Az." Erina tergelak.

"Hurm, macam tak sesuai je awak panggil saya Abang Az. Saya ni adik ipar awak. So better awak panggil saya Az je." Ujar Syazran sambil senyum.

"Hurm okay, Az." Erina sedikit janggal. Mana taknya? Syazran lebih tua dari dia!

Syailman nampak kemesraan mereka.

"Amboi, seronok nampak? Kau takde orang lain ke nak berbual?" Syailman menegur adiknya, Syazran. Terus mati senyuman Erina.

"Eh, salah ke kalau aku nak berbual dengan kakak ipar sendiri? Kau sebenarnya jealous kan?" Perli Syazran.

"Mestilah aku jealous. Dia isteri aku." Ujar Syailman tanpa rasa malu.

"Dengan adik sendiri pun nak jealous? Tak gentle lah kau, bang." Kata Syazran.

"Diamlah kau. Baik kau pergi tolong abah dekat luar tu. Dapat juga pahala daripada duk mengurat isteri orang." Bidas Syailman. Syazran hanya senyum. Malas mahu bertekak dengan abangnya.

Syailman memandang Erina yang menunduk.

"Sorry kalau saya buat awak tak selesa." Kata Syailman.

Erina hanya senyum biasa. Dia sebenarnya ingin rehat. Badannya kini sudah lenguh.

"Awak penat ke? Jom saya tunjukkan bilik." Pelawa Syailman.

'Macam mana dia tahu aku penat?' Desis hati Erina.

"Err, no. Saya okay je ni." Erina menolak dengan lembut.

"Kalau penat, bagitahu saya tau." Syailman senyum. Erina mengangguk.

"RIN, aku balik dulu eh? Nanti ada masa kita jumpa lagi. Kau jagalah suami kau tu baik-baik." Pesan Adyla sambil senyum.

"Ye, aku tahulah. Kau tak yah lah risau pasal aku." Adyla gelak kecil.

"Kalau kau nak tahu, Abang Iman tu manja sebab suka merajuk. Tapi senang je nak pujuk. Kau geletek dia and then hilanglah merajuk dia tu." Bisik Adyla di telinga Erina. Erina ketawa mengekek.

"Apa yang kelakar sangat tu? Dyla kutuk pasal abang dekat Erin eh?" Syailman datang menyampuk. Adyla dan Erina saling berdehem.

"Mana ada. Kitorang cakap pasal benda lain la. Abang Iman nak terasa kenapa?"

"Mana la tahu? Dyla kan suka sangat mengata abang."

Adyla ketawa. Erina hanya senyum.

"Okaylah. Dyla nak balik dah ni. Abang Iman layan Rin elok-elok tau? Jangan buat hal! Ingat tu! Jumpa lagi! Bye!" Pesan Adyla sebelum pergi.

Syailman menggeleng sambil senyum. Dia mengerling ke arah Erina yang sedang melambaikan tangan kepada Adyla.

"Jom, masuk." Ajak Syailman. Erina mengikuti suaminya dari belakang.

****

"ABANG buat apa lagi tu? Cepatlah tidur." Rengek Adyla di tempat tidur sambil menunggu Raffiez yang masih tekun menghadap laptop. Raffiez mengerling ke arah isterinya lalu tersenyum.

"Kejap la sayang. Abang tengah buat kerja sikit ni. Sayang tidurlah dulu." Kata Raffiez lalu meneruskan kerjanya.

"Hurm yelah. Abang buatlah. Kerjakan lebih penting daripada isteri sendiri?" Kata Adyla lalu menyelimuti tubuhnya.

Raffiez tahu isterinya merajuk. Dia segera menutup laptop kemudian bingkas bangun menuju ke katil.

"Haih, isteri kesayangan abang ni. Merajuk pula dia. Abang sorry, okay? Jom kita tidur." Kata Raffiez sambil berbaring di sisi Adyla. Namun Adyla membelakanginya dan tidak bergerak sedikit pun.

"Tak baik tau membelakangi suami." Ujar Raffiez. Mendengarkan itu, Adyla terus pusing menghadap suaminya tanpa membuka mata.

"Sayang." Panggilnya lembut. Adyla pura-pura tidur.

"Ooo tak nak layan abang ye."

Raffiez meliarkan tangannya di leher Adyla lalu mendekatkan wajahnya ke wajah Adyla. Dada Adyla sudah berdebar kencang. Mata dipejam serapat mungkin.

Merasakan nafas Raffiez semakin dekat, Adyla terus membuka mata dan bersuara.

"Abang jangan macam-macam eh?" Adyla memberi amaran. Raffiez sengih.

"Ada suara rupanya." Perli Raffiez. Adyla mengeluh.

"Abang pergilah siapkan kerja tu. Saya nak tidur ni."

"Nantilah abang buat. Sekarang ni sayang lagi penting." Raffiez berkata dengan suara serak basahnya itu. Raffiez mencari idea untuk membuat Adyla senyum. Setelah mendapat ilham, dia membuka cerita.

"Sayang nak tahu tak? Dulu, abang suka tengok sayang diam-diam tau." Raffiez berterus terang. Adyla terkejut.

"Amboi, tak malu eh tengok anak dara orang?" Perli Adyla.

"Jodoh sendiri tak salah kan?" Adyla senyum senget.

"Okay, sambung la cerita abang." Ujar Adyla yang ingin tahu selanjutnya.

"Setiap kali sayang makan dekat kafe, abang akan ikut. Tapi abang makan dekat meja yang jauh sikit dari sayang nak elak sayang perasan abang."

Reaksi Adyla seperti tidak percaya. Melihatkan wajah Adyla itu membuatkan Raffiez ketawa kecil.

"Pastu bila sayang tengah present depan kelas, abang record. Kalau sayang nak tahu, video tu still ada dalam phone abang sekarang." Raffiez mencapai Iphonenya di meja tepi katil lalu video itu ditayang. Adyla ketawa.

"Obsessed betul abang ni!"

"Yelah sebab sayang sorang je yang buat hati abang terpikat." Kata Raffiez sambil mengusap pipi Adyla. Adyla senyum bahagia.

"Saya pun tak sangka cinta saya berbalas. Even ramai lagi perempuan yang cantik tapi abang tetap pilih saya."

"Di mata abang, sayang je yang cantik." Puji Raffiez. Adyla blushing!

"Suka la tu orang puji." Kata Raffiez.

Adyla mula menguap.

"Ngantuk dah sayang ni. Tidurlah." Raffiez menepuk-nepuk bahu Adyla.

"Goodnight, abang. Maafkan segala salah silap saya." Ujar Adyla sebelum melelapkan mata.

"Goodnight too, sayang. Abang sentiasa maafkan sayang." Raffiez kemudiannya mencium dahi Adyla lama.

Selang beberapa ketika, dengkuran halus Adyla kedengaran membuatkan Raffiez tersenyum.

Raffiez bangun lalu meneruskan kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

****

ERINA mundar-mandir di dalam bilik. Pakaian pengantinnya masih tidak ditukar. Dia hanya membuka tudung dan rambutnya yang panjang dibiarkan tanpa diikat.

Tiba-tiba Syailman datang membuka pintu membuatkan Erina terperanjat. Syailman turut terkejut dan berdehem. Pertama kali dia berada bersama wanita di dalam bilik.

"Awak belum mandi lagi?" Soal Syailman.

"Belum. Saya takde baju nak pakai."

"Ala takpe. Pakai je baju saya." Syailman menuju ke almarinya dan mencari baju yang sesuai dengan Erina.

"Ha nah. Pakai yang ni. Rasanya sesuai dengan awak. Kalau tak, awak pilih je la yang mana awak nak. Ada banyak lagi tu." Lembut Syailman berkata. Lambat-lambat Erina mengambilnya.

"Kalau ada nak apa-apa, bagitahu je saya." Pesan Syailman. Erina mengangguk lalu membuka baju. Melihatkan Syailman yang masih berada di situ, Erina memberhentikan tingkahnya.

"Tak nak keluar ke?" Erina seakan menghalau.

"Saya kan suami awak. Apa salahnya saya duduk sini?" Ujar Syailman. Erina mengeluh kecil.

"Okaylah. Saya keluar. Lepas awak mandi, kita solat Isyak sama-sama ye?"

Erina angguk. Lalu dia terus mengunci pintu setelah Syailman keluar. Nafas di hembus kuat.

****

SETELAH beberapa hari, Erina dan Syailman berpindah ke rumah baru mereka.

Erina termenung. Dia masih berfikir tentang Marsya dan suaminya. Semalam dia ternampak gambar mereka sewaktu mereka bercinta dulu. Tampak bahagia. Kenapa hatinya terasa sakit?

"Rin, aku ada masak ayam pedas untuk korang." Kata Adyla di dapur rumah Erina. Lamunannya terhenti.

"Eh, susah-susah je la. Aku baru je nak masak ni." Kata Erina setelah menutup peti.

"Rezeki kau. Ambil jelah. Kau mesti penat kan layan Abang Iman semalam?" Ujar Adyla sambil senyum sinis.

Malam pertama mereka? Nothing special. Sebab Erina masih tidak bersedia dengan semua tu.

"Ish, kau ni! Jangan nak macam-macam eh?" Erina menampar bahu Adyla. Adyla malah ketawa.

"Ala orang nak bergurau pun tak boleh." Kata Adyla sambil mencebikkan bibir.

"Tak boleh!"

"Yela maaf atas keterlanjuran kata." Adyla berkata. Erina menjeling.

"Mana suami kau? Tak bangun lagi ke?" Tanya Adyla.

"Dah bangun. Entah la dia tengah buat apa dekat atas tu." Jawab Erina sambil menyiapkan lauk yang diberi oleh Adyla.

"Kau duduklah dulu. Aku nak panggil dia turun makan." Kata Erina lalu menuju ke bilik mereka. Adyla pula menghala ke ruang tamu dan duduk di sisi Raffiez yang sedang mendukung Aydan.

"Abang Iman mana?" Soal Raffiez.

"Ada dekat atas." Jawab Adyla seraya ke ruang tamu.

"Awak, jom breakfast." Ajak Erina.

"Okay kejap ye sayang?" Jawab Syailman. Erina kerut dahi.

'What? Sayang? Suka hati dia je panggil aku macam tu!' Bisik hati Erina.

Syailman menutup laptopnya lalu keluar dari bilik.

"Kenapa?" Syailman hairan melihat Erina yang masih tercegat di situ. Erina tersedar dari dunia nyata.

"Takde apa. Jom, makan." Langkah mereka diatur menuju ke dapur.

"Raff dengan Dyla pun ada sekali?" Soal Syailman yang nampak mereka di ruang tamu.

"Iye. Dyla ada masak special untuk korang." Jawab Adyla.

"Amboi, rajinnya." Kata Syailman. Adyla senyum sinis.

"Tengoklah isteri siapa." Kata Adyla. Syailman menggeleng sambil senyum.

"Dah makan ke? Kalau tak jomlah breakfast sekali." Ajak Syailman.

"Eh, kitorang dah breakfast dekat rumah. Abang Iman pergilah makan dengan Rin." Kata Adyla. Syailman angguk lalu menuju ke dapur.

"Awak kenapa ni? Saya ada buat salah ke?" Soal Syailman yang nampak muka Erina langsung tidak ceria. Dia tahu Erina terpaksa menikahinya. Namun dia tidak akan pernah berputus asa untuk cuba memikat hati isterinya itu.

"Awak makan jelah. Tak payah banyak cakap." Erina jawab tanpa memandang wajah suaminya.

"Saya tak nak makanlah kalau awak tak nak berbaik dengan saya." Kata Syailman lalu menolak pinggannya ke depan. Erina menahan geram.

"Boleh tak jangan nak mengada? Kalau tak nak makan, sudah." Erina berang. Entah kenapa anginnya kurang baik hari ini. Semalam elok saja berbual.

Adyla dan Raffiez terdengar suara Erina seperti sedang marah.

"Kenapa tu?" Tanya Adyla dan bangun untuk menuju ke dapur namun dihalang Raffiez.

"Biarkanlah diorang. Sayang duduk sini dengan abang. Nanti diorang tak selesa pula bila kita masuk campur." Kata Raffiez yang memahami keadaan. Adyla duduk semula.

****

"RIN, kenapa kau layan Abang Iman macam tu? Maaf kalau soalan aku ni mengundang marah kau. Tapi dengan cara kau bercakap tu, aku rasa tak patut." Adyla menyusun kata-katanya agar tidak menyinggung perasaan Erina.

Nampak wajah Erina berubah.

"Aku tahu kau kesah pasal dia. Tapi kau selalu nak backup dia kenapa? Kenapa nak salahkan aku? Aku ni teruk sangat ke?" Erina berkata dengan penuh geram.

"Aku cakap benda yang betul, Rin. Let see, pernah ke Abang Iman kasar dengan kau? Pernah ke dia marah-marah kau depan semua orang? Pernah ke dia sakitkan hati kau? Tak pun kan? Aku bukan nak salahkan kau. Aku tahu kau terpaksa kahwin dengan dia. Tapi macam aku cakap sebelum ni. Terima baik buruk dia, Rin. Lebih baik dicintai daripada disakiti."

Erina berfikir. Ada betul juga kata Adyla itu. Tak pernah sekali pun Syailman berbuat begitu. Dia merenung seketika.

"Lagi satu, cubalah panggil dia dengan panggilan yang sweet. Ni tak, awak saya je? Macam manalah kau nak jatuh cinta dekat dia?" Sambung Adyla lagi.

"Okaylah tu awak saya. Bukan aku kau. Lagipun geli anak tekak tahu tak nak panggil baby, sayang, honey whatever la!" Erina menunjukkan reaksi geli. Adyla tepuk dahi.

"Aku syorkan kau pergi jumpa doktor cinta la, Rin. Mungkin dapat juga kau berlembut dengan dia."

"Takde masa lah aku nak fikir semua tu. Dia patut bersyukur aku kahwin dengan dia. Kalau ikutkan hati, Az more better la."

Badan Erina mengeras. Dia tahu dia sudah terlepas cakap!

"Abang Az? Kau suka dia ke?" Teka Adyla. Erina diam.

Telefon Erina berbunyi. Lantas dia menekan ikon hijau. Setelah itu, dia berpamit untuk pulang.

"Dyla, sorry. Aku kena balik sekarang. Ibu aku call suruh pergi rumah dia."

"Okay, pergilah. See you soon." Adyla juga pergi setelah kelibat Erina hilang.

****

HARI ini merupakan ulang tahun perkahwinan Adyla dan Raffiez. Tapi Raffiez langsung tidak mengucapkan apa-apa kepada Adyla.

"Lepas ni abang hantar sayang dengan Aydan ke rumah mama eh?" Ujar Raffiez sambil fokus memandu.

"Kita tak keluar jalan-jalan ke harini?" Tanya Adyla.

"Sorry, sayang. Harini abang sibuk sikit dekat office. Nanti ada masa kita pergi jalan-jalan, okay?" Kata Raffiez berterus terang.

"Sokay. Sayang faham." Adyla sedikit hampa. Adakah Raffiez sudah melupakan hari istimewa mereka?

"Kenapa masam je ni? Senyumlah sikit, sayang." Raffiez menyuruhnya. Adyla ukir senyuman sambil menyorokkan perasaan kecewa. Pandangannya terarah ke luar tingkap.

Setibanya mereka di rumah, Raffiez terus memberi pesan.

"Abang pergi office dulu. Mungkin abang balik lambat sikit."

"Sayang? Dengar tak apa yang abang cakap?" Tanya Raffiez apabila Adyla tidak membalas malah diam.

"Ye, dengar. Abang pergilah kerja nanti lambat pula sampai." Kata Adyla lalu menyalami Raffiez.

"Okay. Sayang take care tau? If ada apa-apa call abang terus." Kata Raffiez seraya mencium dahi Adyla. Adyla mengangguk. Setelah kereta Raffiez hilang dari pandangan matanya, dia terus menapak masuk ke dalam rumah mamanya.

RAFFIEZ sampai di balai polis. Kelihatan Fikri sudah ada di situ menunggu kehadiran Raffiez.

"Fik, macam mana?" Tanya Raffiez.

"Polis dah siasat and ada terjumpa jam tangan orang yang tikam kau." Kata Fikri.

"Jam? Fasya punya ke?"

"Bukan. Diorang kata pelakunya lelaki." Raffiez terkejut dan tertanya-tanya.

"Habistu siapa?"

"Firas bin Dato Amri." Sebut Fikri. Raffiez menggenggam penumbuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience