TC | BAB 6

Romance Completed 17878

"DAH siap pun kek pisang. Nanti hidangkan untuk dia. Abang nak naik atas. Ada kerja sikit nak buat." Pesan Adam.

"Okay thanks, abang for the cake."

Setelah setengah jam, loceng rumah berbunyi.

TING TONG!

Adyla segera ke luar rumah dan dari jauh lagi ternampak wajah comel Erina yang melambai-lambai lalu Adyla membuka pagar rumahnya.

"Ingatkan dah tak nak datang dah," gurau Adyla.

"Eh, mestilah aku datang. Sorrylah lambat. Tadi ibu aku suruh beli barang sikit. Kau okey tak ni?" Tanya Erina.

"Alhamdulillah. Aku okey je," kata Adyla.

Adyla tersenyum menyimpan sedih

Tiba-tiba ada beberapa orang datang dari tepi pagar mengejutkan Adyla. Lagi terkejut apabila melihat wajah-wajah yang sudah lama tidak dilihat.

"Korang pun datang jugak?" Wajah Adyla tampak ceria.

"Mestilah. Kitorang datang ni nak lawat kau dan mama kau. Dan kitorang nak ucap takziah dekat papa kau." Kata Amelin sedikit sebak.

"Ha ah," balas yang lain.

Adyla dipeluk oleh kawan-kawan perempuannya. Ada juga dua orang lelaki.

"Kak Dihah, Rin, Fik, Rif, Lin, masuklah." Pelawa Adyla setelah meleraikan pelukan.

Mereka semua masuk ke dalam rumah.

"You duduk berdua je ke dengan mama you?" Soal Madihah yang dari dulu lagi bahasakan dirinya 'I' dan 'you'.

"Tak ada lah. Abang I ade je dekat atas. Dia tengah buat kerja. Kesian juga dia kena kerja dari rumah sebab nak jaga mama dan I." Balas Adyla.

"Ouh. Untung kau kan dapat abang macam tu. Abang aku tak ambil berat pun pasal aku," kutuk Amelin. Mereka semua ketawa.

"Eh korang. Duduklah dulu. Aku pergi dapur kejap ambil air," pelawa Adyla.

"Susah-susah je you ni. Kitorang datang melawat je. Tak payah la hidang air bagai," kata Madihah prihatin.

"Alaa takpe. I dah siap bancuh dah," kata Adyla lalu ke dapur.

"Weh. Aku nak ke dapur tolong Dyla. Korang boraklah dulu," ujar Erina.

"Dyla. Meh aku tolong kau," kata Erina.

"Eh tak apalah. Kau kan tetamu. Pergilah duduk depan."

"Sokay la. Ni aku nak kena buat apa?" Soal Erina.

"Kalau macam tu kau susun kek pisang tu atas pinggan," arah Adyla.

Tanpa berlengah, Erina terus menyusun kek itu ke dalam pinggan.

"Err Dyla. Syailman tak datang sini ke?" Soal Erina.

"Tak ada la pulak. Last pun hari tu masa kau datang rumah aku. Asal? Tetiba je tanya pasal Abang Iman. Kau rindu dia eh?" Usik Adyla.

"Ishh kau ni. Mana ada. Aku tanya je," balas Erina lalu membeliakkan matanya.

"Hahaha. Aku gurau je la. Aku pergi hidang air dulu," ujar Adyla.

"Korang, maaf la aku hidang air teh je ni sebab aku tak tahu nak buat air apa. Emm..korang okey je kan?" Tanya Adyla. Setelah itu Erina membawa sepinggan kek pisang.

"Okey je. Kau sepatutnya tak payah hidang apa-apa. Kitorang dah singgah makan tadi sebelum datang." kata Amelin.

"Tak apa la. Korang kan tetamu," kata Adyla.

"Fikri, Arif. Jemputlah minum. Korang berdua ni dari tadi senyap je. Dulu punyalah bising tak ingat dunia," gurau Adyla. Mereka yang lain turut ketawa kecil.

"Kejap eh, aku nak naik atas tengok mama. Korang boraklah dulu." Yang lain mengangguk setuju.

Lalu Adyla kembali turun ke ruang tamu.

"Maaflah korang. Mama aku baru je tidur lepas makan ubat tadi. Tak sampai hati pula nak kejut." Ujarnya.

"It's okay la. Tak payah kejut. Kesian mama kau. Lagipun dia kena banyakkan rehatkan?" Kata Erina. Adyla mengangguk. Semua yang lain memahami keadaannya.

****

"Raff ada hubungi korang tak?" Soal Amelin kepada Arif dan Fikri. Lalu Erina menepuk peha Amelin kerana bercakap pasal Raffiez depan Adyla.

"Ada je." Ujar Fikri.

"Ada. Haritu dia ada datang lepak dekat rumah aku. Kitorang borak kosong je." Kata Arif.

"Weh, korang nak tahu tak masa Erin bagitahu dalam group WhatsApp pasal Adyla dulu, aku ada lah check orang yang reply or tak. Semua orang reply. Raff je yang tak reply. Dia just seen." Tambah Amelin.

Apabila melihatkan wajah Adyla sudah sedikit berubah, Madihah bersuara.

"Wah, sedapnya kek ni. Siapa yang buat? You ke Dyla?" Soal Madihah.

"Eh tak la. Abang I yang buat," balas Adyla sambil tersenyum.

"Ha'ah la weh. Sedap gila. Pandainya abang kau Dyla." kata Erina. Fikri dan Arif hanya tersengih.

"Dia belajar daripada mama aku. Boleh dikatakan semua jenis kek dia pandai buat," puji Adyla.

"Dy, Erin dah sampai ke?" Laung Adam dari dalam bilik.

"Eh, aku nak naik atas. Kejap eh," beritahu Adyla lalu menuju ke bilik Adam.

"Abang. Sorry. Erin dah sampai dah. Kawan-kawan Dy yang lain pun ada."

"La ramai rupanya datang. Nasib baik abang buat kek pisang lebih. Kalau tak, nak hidang apa nanti. Hmm Dy turun la dulu. Lepas ni abang turun."

"Okey." Balas Adyla lalu turun ke bawah.

"Mana abang kau?" Soal Amelin.

"Ada kat atas. Kejap lagi dia turun la." Jawab Adyla. Kemudian Adam keluar dari biliknya dan menuruni tangga. "Haa. Tu abang aku," kata Adyla.

"Hai semua." Sapa Adam setelah melihat kawan-kawan adiknya.

"Hai." Serentak mereka. Arif dan Fikri bangun lalu berjabat tangan dengan Adam. Amelin tersenyum melihat Adam yang semakin kacak. Adam pun turut tersenyum ke arah mereka.

"Abang, kenalkan ni Amelin, Arif, Fikri and yang cantik comel molek ni Madihah. Kak Dihah ni senior Dy tau. Kak Dihah lah antara orang yang banyak nasihatkan Dy," terang Adyla.

Apabila Adam memandang ke arah Madihah, dia terkaku sekejap lalu memberi senyuman paling manis kepada Madihah. Madihah pula yang perasan Adam senyum kepadanya, terus membalas senyuman itu. Entah kenapa dia berasa malu.

Erina yang ternampak Adam senyum kepada Madihah terus menyorokkan perasaan cemburunya. Dia cemburu melihat mereka berdua.

"Ehem. Amboi bang. Senyum sampai ke telinga nampak? Asal? Ternampak bidadari ke?" Sakat Adyla.

"Eh, ada-ada je Dy ni," kata Adam lalu mencubit pipi Adyla. Mereka yang lain ketawa.

"Eh, Erin. Senyap je," tegur Adam yang ternampak Erina termenung.

"Ha'ah la .Selalunya ade je benda nak dibebelkannya. Harini senyap je. Kenapa weh?" Soal Adyla kebingungan.

"Eh takde apa lah," jawab Erina mengawal riak wajahnya. Adam hanya mengangguk.

"Emm Dy, layanlah kawan-kawan Dy ni ye. Abang kena keluar kejap jumpa kawan. Tengokkan mama ye," pesan Adam.

"Okey. Drive safe tau," kata Adyla lalu menyalami Adam. Setelah kelibatnya hilang, Adyla kembali melayan mereka.

"Makanlah kek tu. Tadi kata sedap kan?" Kata Adyla.

"Ha ye lah," serentak mereka.

"Korang nak buat apa lepas habis belajar?"

"Aku dengan Erin dah rancang nak buka butik. Dari dulu lagi kitorang nak ada butik bersama. Tapi masing-masing busy kan? So kitorang tangguh dulu," terang Adyla.

"Hmm..bagusnya. I doakan yang butik korang nanti maju dan success," ucap Madihah dengan riang.

"InsyaAllah," serentak Erina dan Adyla.

"Arif, Fik. Korang akan kerja dekat pejabat daddy Raf kan?" Tanya Amelin.

"Ha'ah," jawab mereka berdua.

"Emm, dengar cerita Raff dah lain sekarang. Betul ke?" Soal Amelin.

"Lain macam mana tu?" Soal Fikri. Adyla hanya mendengar.

"Aku dengar daripada sepupu dia yang Raff tu sekarang dah tak banyak cakap. Bergaul dengan orang pun tak. Dia dah tak macam dulu. Lepastu selalu keluar malam." terang Amelin.

"Dah ah. Korang takyah la cakap pasal Raff. Kita datang sini bukan nak borak pasal dia. Dia bukannya care pasal kita pon. Kau ni Lin, cuba kau jaga sikit perasaan Dyla." ujar Erina sedikit marah. Tidak setuju dengan Amelin yang membangkitkan isu Raffiez di depan Adyla.

"Sorry Dyla. Aku tak ada niat pun nak sakitkan hati kau," ujar Amelin serba salah.

"Eh tak apa la. Aku tak kesah pun. Em kau pula nak kerja apa, Lin? "Soal Adyla sambil mengoyakkan senyuman dan bertanya Amelin.

"Aku nak tolong mak aku dekat restoran dia," jawab Amelin.

"Oo..bagus la. Nanti mana tau kau pulak yang jadi owner restoran mak kau kan," cadang Erina. Amelin tersenyum begitu juga yang lain.

SETELAH sejam mereka di rumah Adyla, mereka meminta izin untuk pulang.

"Nanti jangan lupa datang tau. Keluarga aku ada buat tahlil arwah papa." Pesan Adyla di depan pagar rumah.

"InsyaAllah kami datang," ujar Madihah. Yang lain juga turut mengangguk.

"Hati-hati tau korang. Drive safe. Kirim salam aku dekat mak ayah korang," kata Adyla.

"Okey." Serentak mereka semua.

"Kirim salam juga dekat mama kau. Semoga mama kau cepat sembuh. Amiin." Kata Erina. Adyla senyum lalu angguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience