PAGI yang nyaman dan udara yang segar membuatkan Adyla melamun seketika setelah selesai berjogging seorang diri di taman mini yang terletak di belakang rumah. Mata dipejam rapat.
"Weh, Dyla boleh tak kau tolong bagi pen ni dekat Arif?" Pinta Raffiez.
"Hmm boleh. Tapi ada syarat!" Beritahu Adyla dengan wajah yang ceria.
"Bagi pen pun kena ada syarat ke?" Soal Raffiez kehairanan.
"Hehe. Mestilah. Aku nak tanya kau satu soalan and kau kena jawab." Adyla membuat riak comel.
"Ye lah-ye lah. Apa benda yang kau nak tanya aku sangat ni?" Tanya Raffiez mengalah.
"Boleh tak aku nak tahu kau sebenarnya suka dekat siapa?" Soal Adyla dengan teruja. Apa punya soalan la kau ni Dyla. Sah-sah dia tak nak jawab. Tengok muka pun dah tahu.
"Kau."
Lamunan tentang memorinya bersama Raffiez suatu tika dulu terhenti apabila abangnya datang lalu mengejutkannya.
"Ha! Termenung jauh nampak? Teringat dekat boyfriend la tu," sergah Adam dari belakang.Terjerit kecil Adyla dibuatnya.
Adam Raikal merupakan abang sulongnya yang sangat Adyla hormati dan sayangi. Dia jugalah yang selalu memberi sokongan tatkala Adyla dalam kesedihan.
"Abang ni kan! Mana ada la. Dy tengah rehat ni. Dy penat la jog sampai empat pusingan," ujar Adyla.
"Dy jog? Tiba-tiba je. Bukan ke Dy ni jarang buat aktiviti macam ni? Asyik terperap je dalam bilik. Apa tah yang dibuat. Lagipun, Dy baru jog empat pusingan. Dah letih dah? Lembik betul," sakat Adam.
"Abang cakap Dy lembik? Sedap mulut je Abang ni!" marah Adyla lalu menampar bahu abangnya agak kuat.
"Aduh! Sakitlah! Tangan kecik tapi bila pukul, mengalahkan abang sado." Perli Adam dengan hiperbolanya.
"Padan muka! Siapa suruh cakap Dy lembik? Kan dah kena." kata Adyla sambil memeluk tubuh.
"Hmm, Dy tengah fikir apa?" Soal Adam yang seakan tahu isi hati adiknya. Sangkanya Adyla ada masalah.
"Dy teringat dekat Rin. Rindu la sebab dah lama tak jumpa," ujar Adyla sambil mencebik.
"Ye la tu. Kalau rindu Erin, call je la. Kan senang." Ujar Adam. Adyla menggeleng.
"Tak best kalau call je. Nak jumpa depan-depan. Barulah boleh lepas rindu tu," beritahu Adyla. Adam melihat adiknya itu sambil tersenyum lalu menggosok kepala adiknya yang berlapikkan tudung dengan lembut.
"Hm, InsyaAllah nanti boleh la tu jumpa Erin. Sekarang ni, apa kata abang belanja Dy makan. Nak tak?" Pelawa Adam. Membulat mata Adyla setelah dipelawa.
"Nak! Jom! " setuju Adyla dengan teruja. Adam ketawa besar.
"Ha, see? Pandaikan abang pujuk Dy? Kan dah senyum tu. Senang je nak pujuk Dy. Cakap je pasal makanan, terus mood bertukar." Sakat Adam lagi.
"Abang ni suka sangat sakat Dy," ujar Dyla tidak berpuas hati.
"Abang gurau je la. Dah la jangan nak sedih sangat. Nanti tak cantik." Kata Adam.
"Dy memang sedari kecil cantik la. Dy kan anak mama dan papa." Puji Adyla sendiri.
"Hm, ye la. Now abang nak Dy masuk dalam rumah then bersiap. Abang nak bawa Dy makan dekat satu restoran ni. Sedap tau makanan dekat situ," bagitahu Adam sambil senyum.
"Okeylah Dy naik dulu, abang tunggu sini eh," kata Adyla.
"Ya. Cepat sikit. Abang tunggu dalam kereta." Pesan Adam sebelum menuju ke garaj kereta.
"Okay" Jawab Adyla ringkas.
****
"DY nak makan apa? Order lah." Soal Adam setelah memanggil pelayan yang berdiri di tepi kaunter.
"Hm, saya nak fish & chip dan iced green tea." Pesan Adyla kepada lelaki itu. Dia segera mencatat apa yang dipesan oleh Adyla.
"Bagi saya Nescafe ais je la." Beritahu Adam sebaik sahaja Adyla memesan makanannya.
"Okey." balas lelaki itu.
"Abang tak nak makan ke ?" Soal Adyla.
"Tak nak la. Abang tak rasa nak makan." Jawab Adam.
"Ye, itu je. Thanks." Ucap Adam kepada lelaki itu. Lelaki itu mengangguk dan terus berlalu.
Bunyi duit syiling jatuh menandakan ada mesej masuk melalui telefon Adam.
+Syailman
Kau kat mana sekarang?
-Adam
Aku tengah makan dekat restoran yang biasa kita lepak. Asal Man?
+Syailman
Ouh, yeke? Boleh tak aku nak jumpa kau? Aku bosan lah.
-Adam
Boleh je. Kau datanglah. Dyla pun ada ni.
+Syailman
Dyla pun ada? Okey cun.
"Abang tengah mesej siapa?" Soal Adyla ingin tahu.
"SyaiIman." Balas Adam.
"Abang Iman? Ada apa?" Soal Adyla.
"Dia nak datang lepak dengan kita," ujar Adam.
"Ouh. Elok juga tu. Dyla dah lama tak berbual dengan dia." Jawab Adyla.
Setelah itu, Syailman yang bercermin mata hitam datang dan duduk di meja makan bersama dengan mereka.
"Hey, bro!" Tegur Syailman.
"Wei, lama tak jumpa. Makin kacak eh kau sekarang?" Puji Adam lalu berjabat tangan dengan Syailman.
"Ada-ada je kau ni." Syailman kemudiannya menanggalkan cermin matanya.
Syailman merupakan salah seorang sepupu mereka dan hubungan mereka sangat rapat seperti adik-beradik. Mereka jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerja.
Lalu mata SyaiIman tertancap pada wajah ayu di tepi Adam lalu dia menyapanya.
"Hi Dyla! How are you?"
"Alhamdulillah Dyla sihat je. By the way, betul la cakap abang. Abang Iman dah lain dah sekarang. Makin handsome." Puji Adyla dengan ikhlas.
"Eh yeke? Mesti abang lagi handsome daripada Adam kan?" Syailman berbangga diri. Adam mencerlung ke arah Syailman.
"Amboi, kau. Perasannya!" Adam menarik telinga Syailman. Syailman menggosok telinganya yang sedikit pedih. Adyla tergelak melihat gelagat mereka berdua.
"Tapi Abang Iman tak sado macam abang Dyla. Abang Dyla sado. Tak kurus tak gemuk. Maintain je. Ni mesti malas nak bergym kan?."
Syailman senyum senget.
"Abang mana sempat pergi gym. Everytime sibuk. Lainlah Adam ni. CEO company. Boleh ambil cuti bila-bila masa je." Adam memandang tajam kepada Syailman.
"Cakap elok sikit eh. Aku bukan orang yang culas dalam bekerja. Lagipun aku dah ajak kau sebelum ni kan tapi kau tu yang jual mahal. Siapa yang rugi? Lain kali, orang ajak tu, ikut." Adyla ketawa mengekek. Syailman menjeling Adam.
"Yelah. InsyaAllah suatu hari nanti, aku pergi gym. Kau tengok lah siapa yang lebih kacak bergaya." Nak termuntah Adam dengan kata-kata poyo Syailman.
"Suka hati kau la, Man. Ni kau tak nak makan ke? Pesan la apa yang kau nak. Biar aku yang belanja." Pelawa Adam.
"Kau nak belanja? Okey cun. Orang kata rezeki jangan ditolak." Ujar Syailman sambil ketawa. Kemudian Syailman memanggil pelayan dan memesan makanannya.
"Abang Iman bila nak kahwin? Rupa dah ada tapi masih membujang." Soal Adyla.
"Nak kahwin macam mana? Calon pun tak ada lagi. Sepatutnya Dyla tanya abang Dyla tu. Dia tua setahun daripada abang. Dia la patut kahwin dulu. Abang muda lagi. Dyla tak rasa ke nak ada kakak ipar?" Syailman memetik nama Adam. Adam mula menyiku Syailman.
"Ye tak ye juga. Abang Dyla dah 27 tahun. Dah boleh kahwin dah. Dy nak juga rasa macam mana ada kakak. Cepatlah kahwin abang. Mama dan papa pun mesti tak sabar nak dapat cucu." Pinta Adyla kepada Adam.
"Merepeklah. Kau la ni Man memandai je hasut adik aku. Kan dah melebih budak ni. Dy tak payah dengar la cakap Abang Iman ni." Bebel Adam. Haih kecik besar kecik besar je Adam tengok Syailman. Tapi dia sabar je. Syailman malah ketawa.
"Sorry Dyla. Abang gurau je. Dah, sambung makan," ujar Syailman.
"Biar je lah kitorang nak cakap pasal tu. Tak salah pun kan?" Soal Adyla.
"Memanglah tak salah tapi abang tak bersedia lagi. Abang nak fokus kerja dulu barulah boleh berumah tangga."
Adam memang tetap pendirian dan seorang yang bertanggungjawab. Memang beruntunglah siapa yang dapat Adam.
Hope you guys enjoy!!
Share this novel