"DYLA! Kau ke mana ha? Aku call tak angkat pun! Sampai hati!" Ujar Erina yang sudah merajuk.
"Ya Allah sorry Rin! Aku lupa bagitahu kau. Aku dengan Raff baru lepas balik honeymoon dekat London!" Jawab Adyla sambil tepuk dahi.
"Tak bagitahu pun! Ye lah, orang tengah bahagia kan, mana nak ingat kita ni!"
"Sorry lah! Nasib baik aku beli barang lebih. Boleh bagi untuk kau. Kau nak tak? Kalau nak, datang la rumah aku. Banyak barang ni!" Beritahu Adyla dan membuatkan Erina terbuntang mata.
"Nak! Barang dari London kot! Siapa je tak nak! Nanti la aku pergi sana. Harini aku sibuk. Kena teman Abang Zhaf dekat office. Haih aku malas sebenarnya." Erina sedikit mengeluh.
"Kesian kawan aku ni. Tabah la ye? Nanti jangan lupa datang!" Pesan Adyla takut kawannya lupa.
"Ye! Tak lari ke mana punlah barang tu." Sempat Erina melawak. Adyla macam biasa la. KETAWA.
"Okeylah. Abang aku dah panggil tu. Bye!" Erina segera menamatkan panggilan.
****
"ABANG, jom pergi rumah Aunty Rozita. Nak bagi hadiah dekat diorang lepastu bagi toys dekat Fais." Ajak Adyla.
"Hurm sebenarnya abang nak keluar jumpa Fikri kejap. Katanya ada fail yang nak kena sign. Tapi kalau sayang nak ikut abang okay je. Lepas siap sign kita boleh terus ke sana." Jawab Raffiez.
"Boleh ke?"
"Asal tak boleh pulak? Mestilah boleh sayang kan isteri abang."
"Kalau macam tu jom pergi sekarang."
Sampai saja di pejabat, Adyla memaut lengan Raffiez. Kelihatan muka Adyla cuak.
"Kenapa sayang?"
"Malu la nak masuk. Besar sangat office daddy ni. Mesti ramai pekerja tengok nanti." Raffiez ketawa kecil. Ada saja lah isterinya ini!
"It's okay, sayang. Abang kan ada? Dah, jom." Adyla membetulkan pakaian dan tudung setelah itu cuba mengawal riak wajah.
"Siti, Fikri dah masuk bilik saya ke?" Soal Raffiez kepada PAnya.
"Dah, bos. Dia tengah tunggu bos dekat dalam."
"Baik, thanks." Ucap Raffiez lalu menghadiahkan senyuman buat Siti.
'Baiknya bos aku harini. Demam ke? Dia bawa isteri dia sekali la! Patutlah lain macam.' Desis hati Siti. Dia membalas senyuman Adyla pula. Manis!
"Sayang, duduklah." Arah Raffiez setelah masuk ke biliknya. Adyla kemudiannya duduk.
"Sampai pun kau. Asal lambat? Lama tau aku tunggu." Bebel Fikri.
"Sorry tadi jalan jem sikit. Mana fail tu? Bak sini." Jawab Raffiez. Fikri senyap.
"Kau bawa bini kau sekali datang sini? Manja betul kau ni nak kena berteman bagai." Sindir Fikri.
"Suka hatilah. Isteri aku. Bukannya isteri kau. Eh bak lah fail tu. Aku nak pergi tempat lain pula lepasni."
"Haih, bahagia betul korang ni. Bila la aku nak dapat anak buah agaknya." Gurau Fikri setelah memberi fail kepada Raffiez. Adyla senyum nipis.
"Rezeki belum sampai nak buat macam mana? Cepat atau lambat je." Raffiez membalas.
"Ha yelah."
****
"ABANG, saya minta maaf kalau tak boleh nak bagi abang zuriat lagi buat masa ni." Luah Adyla semasa dalam perjalanan ke rumah Datin Rozita.
"Sayang, jangan la cakap macam tu. Kitakan dah berusaha. InsyaAllah kita akan dapat anak tak lama lagi. Allah kan sebaik-baik perancang? Dia dah aturkan segalanya untuk kita. Sekarang kita kena banyakkan berdoa je. Okay?" Pujuk Raffiez sambil mengusap tangan Adyla. Adyla mengangguk faham.
Sesampai saja mereka di sana, Adyla masuk ke dalam rumah. Raffiez pula membawa barang.
"Dyla? How's your honeymoon? Everything's okay?" Soal Fira sebaik saja bersalaman dengan Adyla.
"Alhamdulillah. OKAY sangat! Best tau dekat sana. Nanti akak ajaklah Abang Hilmi. Pergi satu family lagi best!" Cadang Adyla.
"Kalau ada masa lapang, kitorang pergilah."
"Fais mana? Yang lain? Kenapa senyap aja rumah ni?" Soal Adyla.
"Fais dalam bilik dengan Abang Hilmi. Yang lain ada je dalam bilik. Kejap eh akak naik atas dulu panggil diorang turun. Korang duduklah dulu."
"Bila sampai ni?" Datin Rozita turun dari tingkat atas lalu menyapa mereka berdua.
"Baru je ni ha." Balas Raffiez.
"Duduk kejap ye aunty nak sediakan air dengan kuih." Pelawa Datin Rozita.
"Aunty, tak payah susah-susah. Kitorang datang pun tak lama. Just nak bagi cenderamata sikit." Kata Adyla.
"Eh, tak apa lah. Aunty hidang kejap je." Terus Datin Rozita menghala ke dapur.
Fira turun ke bawah sambil mendukung Fais. Diikuti Hilmi dari belakang.
"Fais! Ala rindunya Aunty Dyla dekat awak!" Terus saja Adyla mengambil Fais dari Fira dan mencium ubun-ubun bayi itu.
Raffiez memerhati isterinya sambil senyum.
"Meh dekat Uncle Raff pula." Adyla segera beri.
"Korang bila nak dapat baby? Tak sabar nak tengok muka dia! Mesti cantik macam Dyla. Hensem macam Raff." Kata Fira.
"InsyaAllah kak. Akak doakanlah untuk kami."
"Ye, always!"
"Thanks kak."
"Kak Dyla!" Tempik Syiha dan Syira lalu datang memeluk Adyla erat.
"Akak ada something for both of you. Tada!" Adyla memberi dua kotak hadiah kepada kembar itu.
"Wah! Cantiknya! Thankyou akak!" Ucap Syiha.
"Thanks a lot akak. Muah!" Ucap Syira pula. Adyla sengih.
"Untuk aunty tak ada ke?" Sampuk Datin Rozita sambil membawa air dan kuih.
"Mestilah. Kitorang dah beli untuk semua. Ni untuk aunty. Ambillah."
Seutas gelang emas diberi.
"Amboi, cantiknya. Terima kasih la kamu berdua." Raffiez dan Adyla senyum lebar.
"Akak dengan Abang Hilmi pun ada tau. Ha nah." Adyla mengagihkan kepada pasangan suami isteri itu. Beberapa pasang baju untuk mereka berdua dan satu set makeup untuk Fira. Fira tayang muka teruja.
"Tahu-tahu je akak nak makeup. Yang ada pun dah nak habis. Thank you!"
"Sama-sama. Oh! Aunty, ni pulak untuk uncle." Adyla memberi kotak kecil yang berisi jam tangan berjenama Rolex. Datin Rozita ambil.
"Susah-susah aja lah kamu berdua ni."
Dalam mereka bergelak tawa, ada sepasang mata yang sedang memerhati di sesuatu sudut. Pandangan yang penuh tajam.
"Korang dah bahagia rupanya..."
"Firas! Marilah turun bawah. Sepupu kamu datang ni." Panggil Datin Rozita.
"Okay, mom!" Firas turun melalui tangga.
Firas berjabat tangan dengan Raffiez.
"Untuk aku tak ada ke?" Tanya Firas. Adyla hanya diam. Pandang muka Firas pun tidak.
"Of course lah ada. Sayang, tolong ambilkan."
Namun Adyla diam kerana sedang mengelamun tentang perangai tak semenggah Firas.
"Sayang?" Raffiez mencuit bahu Adyla membuatkan Adyla terkejut.
Adyla terus mengambil satu beg kertas kecil yang masih tersisa kemudian dia beri kepada suaminya.
"Ha nah. Aku yang pilihkan untuk kau."
"Wow! Watch yang latest punya la! Thanks bro!"
"No problem."
****
SEPANJANG perjalanan Adyla hanya diam. Raffiez perasan lalu menegur.
"Sayang okay tak ni? Macam ada yang tak kena je? Abang ada buat salah ke?"
"Tak ada apa lah abang. Saya okay. Cuma..."
"Cuma apa?" Soal Raffiez apabila Adyla kembali diam.
"Lapar. Hihi." Tipu Adyla.
"Lah yeke. Patutla lain macam. Sayang nak makan apa?"
"Rasa nak makan lamb chop la. Boleh tak?"
Alang-alang perut on the way lapar apa salahnya kan?
Raffiez angguk lalu memandu ke sebuah restoran.
"Alhamdulillah dah kenyang. Jom balik."
"Jom." Setelah keluar, tiba-tiba mereka disapa oleh seseorang.
"Hello! Long time no see, right?" Kata Fasya. Adyla senyum nipis.
"You buat apa dekat sini?" Soalnya lagi.
"Kitorang baru je lepas habis makan." Raffiez menjawab.
"Ouh, I see." Fasya angguk lalu dia melihat Adyla dari tadi memeluk lengan Raffiez erat. Fasya senyum sinis dan memandang Adyla dengan penuh makna.
"Okaylah korang. I have to go. See you soon." Sebelum pergi, tangan Fasya meleret di dada Raffiez. Gatal!
"Ish suka hati dia je sentuh suami saya!" Marah Adyla setelah Fasya pergi.
"Dia memang macam tu, sayang. Biarkan jelah."
"Mana boleh! Haram tahu tak? Entah-entah abang suka dia buat macam tu." Adyla tayang muka tidak puas hati.
"No sayang. I'm sorry. Next time abang akan make sure dia tak buat macam tu lagi dah. Ataupun sayang marah lah dia kalau dia buat juga. Dahla jangan merajuk nanti tak cantik." Pujuk Raffiez.
"Apa abang cakap? Saya tak cantik? Ha kalau macam tu, pergi la dekat Fasya tu. Dia lagi menggoda dan seksi. Abang sukalah kan?" Adyla berjalan meninggalkan Raffiez.
"Ala sayang bukan macam tu la. Sayang cantik lagi! Sayang! Tunggu la. I'm sorry!"
Adyla terus berlari masuk ke dalam kereta tanpa menoleh ke belakang.
"Lajunya sayang lari. Penat abang kejar." Raffiez tercungap-cungap mencari nafas. Adyla menjeling sambil berpeluk tubuh.
"Merajuk pula dah. Sayang kenapa? Mengandung eh?" Teka Raffiez.
"Ish! Mana ada lah. Abang la yang cakap saya tak cantik."
"Sayang kan bidadari abang of course lah cantik. Kalau nak dibandingkan dengan Fasya tu, sayang lagi menawan tau? Dia langsung tak boleh nak lawan kecantikan yang sayang ada ni."
Adyla mula blushing! Dia tersenyum malu.
"Ha merah dah pipi tu! Kan manis senyum macam tu. Tak nak lah merajuk."
Adyla memukul lembut bahu Raffiez.
"Dahlah jom balik. Saya nak rehat. Penat!"
"Ok ok jom. Kesian isteri abang ni eh." Kata Raffiez lalu memulakan pemanduan.
Share this novel