AWAL pagi lagi Adyla bangun lalu menyiapkan dirinya dan juga Aydan. Dia mengerling ke arah jam. Sudah pukul 8 tetapi Aus masih tidak datang.
Selang beberapa minit, Aus tiba.
"Sorry abang lambat. Sakit perut tadi." Aus sengih.
"It's okay. Jom, abang." Ajak Adyla sambil mendukung Aydan.
"Okay jom." Aus mengambil beg-beg Adyla.
Sebelum keluar, mereka menuju ke kaunter pembayaran.
"Bil hospital puan sudah dibayar semalam." Kata pekerja wanita di kaunter itu.
Aus hairan.
"Siapa yang bayar?" Tanya Aus.
"Raffiez Hilman bin Ramzi." Kata wanita itu. Aus mengangguk faham.
"Ouh okay. Terima kasih cik." Ucap Aus lalu menuju ke arah Adyla yang sedang menunggu.
"Dah settle? Berapa habis?" Soal Adyla.
"Dah settle. Tak kesah la berapa ringgit habis yang penting Dyla dan Aydan sihat." Adyla tersenyum. Makin banyak dia terhutang budi dengan Aus. Macam mana agaknya mahu balas jasa baik lelaki ini.
"Jom." Mereka menuju ke kereta milik Aus.
****
ERINA memandang ke arah lelaki yang menghampirinya.
"Hai!" Sapa Syailman.
"Ada apa awak nak jumpa saya?" Soal Erina.
"Sebelum saya jawab, saya nak bagi awak ni." Syailman memberikannya sekuntum bunga mawar.
"Kenapa bagi saya?" Erina beriak biasa.
"Sebab awak je yang saya ada."
Mahu termuntah Erina mendengar ayat manis Syailman.
"Kenapa? Tak sudi ke? Takpelah saya buang je." Ujar Syailman kesal.
"Tak payah la nak buang. Letak je sini." Erina tidak mahu buat kecoh.
"Okay."
Syailman memesan makanan mereka.
"So ada benda penting ke awak nak bagitahu saya sampai tak boleh nak cakap dalam phone?" Erina menyambung pertanyaan setelah mencicip air sirap.
"Ye. Penting."
Erina menunggu jawapan Syailman.
"Actually, saya nak..." Percakapan Syailman terhenti. Erina menaikkan keningnya.
"Apa?" Soal Erina sambil menghiris daging bakar.
"Saya nak melamar awak." Syailman berterus terang. Setelah Erina mendengarnya, dia berhenti menghiris daging.
"Pasal ni je awak nak jumpa saya? Kalau macam tu baik saya tak payah datang." Erina sudah berura-ura ingin pergi. Namun dihalang Syailman.
"Erina please, dengar dulu."
"Apa lagi?"
"Saya betul-betul ikhlas sayangkan awak. Saya nak jadi suami awak yang sah." Tutur Syailman dengan lembut. Erina sudah ketap gigi.
"Tapi saya tak cintakan awak!" Erina jujur. Sungguh tiada sedikit pun rasa kasih dan sayang dalam dirinya untuk lelaki itu.
Syailman memandang tepat pada anak mata Erina. Mahu saja Erina mencungkil mata Syailman yang sentiasa menguji kesabarannya.
"Sorry Iman. Saya tak boleh." Erina terus bangun dan meninggalkan Syailman seorang diri. Syailman menunduk kesal.
'Jangan menyerah, Man. Aku yakin one day dia akan jadi milik aku. Biar Allah yang aturkan semuanya.' Desis hati Syailman.
****
"AYDAN sayang, kenapa nangis ni? Lapar ye?" Adyla segera memberi susunya kepada Aydan. Aydan terus senyap.
Setelah Aydan nyenyak tidur, Adyla menghala ke dapur.
"Dyla buat apa tu?" Soal Aus.
"Nak makan. Lapar." Jawab Adyla.
"Abang teman Dyla eh?" Tanya Aus. Adyla mengangguk.
Aus memerhati Adyla makan.
"Kenapa pandang Dyla macam tu?" Soal Adyla.
"Takdelah saja je. Aydan dah tidur ke?"
"Dah. Abang tak mengantuk lagi ke?" Adyla bertanya sebaik selesai menelan makanan.
"Belum lagi." Jawab Aus.
"Esok kan abang kerja. Nanti penat pulak."
"Takpe abang dah biasa. Dyla makanlah."
"Okay."
"Em abang nak cakap sesuatu."
"Cakaplah apa dia?" Adyla bertanya setelah makanan ditelan.
"Dari dulu lagi abang ada hati dekat Dyla. Abang sayang Dyla lebih dari seorang sepupu. Kalau Dyla bercerai, abang sanggup gantikan Raff dalam hidup Dyla." Aus membuat pengakuan yang sudah lama dipendamnya.
Adyla terkedu. Dia berfikir sejenak.
"Sorry abang, Dyla tak boleh terima. Bagi Dyla, hadirnya Aydan dah cukup untuk membahagiakan Dyla walaupun tanpa Raffiez. Dyla harap abang faham. Dyla sayang abang macam seorang abang kandung je. Tak lebih dari tu." Balas Adyla dengan jujur.
Aus menghela nafas. Dia gagal. Namun mungkin ada hikmah di sebaliknya.
****
"DYLA memang nak berpantang dekat sana ke?" Soal Datin Amina di telefon.
"Ye, ma. Lagipun Mak Jah ada tolong jagakan Dyla. Mama jangan risau ye?"
"Kalau balik sini, bolehlah mama yang jagakan." Datin Amina berkata.
"Dyla pun nak ada di samping mama tapi keadaan tak mengizinkan." Balas Adyla. Datin Amina menghela nafas berat.
"Macam mana dengan Aydan?" Soal Datin Amina.
"Alhamdulillah Aydan sihat. Mama okay ke?"
"Mama macam nilah. Selalu merindui orang jauh." Ujar Datin Amina. Adyla tahu mamanya tuju kepada dirinya.
"Sorry mama. Dyla bukan tak nak balik tapi Dyla tak nak jumpa dengan dia je."
"Mama faham. Tapi takkanlah Dyla nak hidup macam ni sampai bila-bila?"
"Kitorang memang takde jodoh, mama." Ujar Adyla selamba.
"Astaghfirullah. Janganlah doa yang bukan-bukan. Tak baik. Dyla sepatutnya kena sentiasa berdoa supaya hubungan korang disatukan semula." Datin Amina berkata.
"Dyla tak nak berharap lagi dah mama. Perit." Kata Adyla.
"Janganlah fikir macam tu. Fikir yang baik-baik. Ingat Aydan tu anak Raff. Bukan anak orang lain."
"Ye mama. Dyla tahu. Oklah mama. Dyla nak tidur. Mama pun tidurlah ye."
Setelah menamatkan panggilan, Adyla berbaring di sisi Aydan. Dia menepuk lembut bahu Aydan kemudian terlena.
****
Sudah hampir 3 bulan Adyla di kampung. Melayani keindahan di situ. Setiap harinya juga merindui suami tapi ditepisnya jauh-jauh. Dia tak mampu nak sakit lagi. Yang dia mahu cuma bahagia bersama Aydan.
"ASSALAMUALAIKUM." Raffiez memberi salam dari luar rumah.
"Waalaikumussalam." Jawab Adyla sambil membuka pintu. Dia terkejut. Lamunannya mati setelah Raffiez menyoal.
"Sayang sihat?" Soalnya.
Adyla sudah mahu menangis tapi ditahannya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Mimpi ke ni?
"Abang datang sebab rindukan sayang."
Dia mencubit pipinya. Sakit. Nampaknya bukan mimpi tapi realiti.
"Kenapa sayang?" Raffiez mendekati Adyla dan ingin menyentuh pipinya. Adyla menatap wajah yang sudah lama meninggalkannya. Marah dan benci tiba-tiba hadir semula. Dia menepis tangan suaminya itu. Raffiez terkilan.
"Tak payah datang nak pujuk saya. Saya takkan termakan dengan semua ayat manis awak. Baru sekarang nak cari kami?Awak boleh pergi balik la, Raff. Kekasih awak tu lagi memerlukan awak." Selamba Adyla menghalau Raffiez dan mahu menutup pintu.
"Sayang! Kejap! Please bagi abang masuk. Abang nak tengok baby kita." Raffiez sempat menghalang.
"Baby kita? Awak tak layaklah jadi ayah kepada anak saya!" Sindir Adyla.
"Tapi abang nak sangat jumpa dia. Bagilah abang peluang." Rayu Raffiez.
Aus datang dengan mendukung Aydan.
"Raff? Kau bila sampai?" Soal Aus.
"Baru je." Kata Aus sambil tersenyum melihat anaknya.
"Abang, kenapa bawa Aydan sekali? Masuk balik!" Marah Adyla.
Sebaik Raffiez mendengar nama "Aydan" dia tersenyum dalam sebak.
"Janganlah macam ni Dyla. Abang cuma nak suami Dyla tengok anak dia. Takkan ayah sendiri tak boleh nak tengok anak dia?" Aus cuba memujuk Adyla. Adyla sudah membeliakkan matanya.
Aus terus beri Raffiez mendukung Aydan. Raffiez sudah teruja tika ini lalu dia mengambil Aydan dari Aus.
"Assalamualaikum anak ayah. Ayah rindu awak." Sapa Raffiez kepada Aydan. Tiba-tiba Aydan mengukir senyuman. Sepertinya Aydan juga merindui ayahnya.
Mata Adyla sudah berkaca. Sungguh dia rasa berdosa kerana tidak membenarkan Raffiez untuk berjumpa dengan Aydan. Lalu Adyla terus berlalu dari situ.
Aus hanya membiarkan Adyla. Dia tahu Adyla sebak.
"Raff, masuklah." Ajak Aus. Raffiez masuk dengan senang hati.
"Apa nama dia?" Soal Raffiez.
"Aydan Hilmi." Jawab Aus.
Raffiez senyum lebar.
Adyla mengurungkan dirinya dalam bilik. Dia menangis dalam menahan suara. Sakit!
Entah kenapa dia rasa bersalah. Tapi dia tidak mahu berharap lagi pada Raffiez. Dia serik dengan perangai Raffiez yang tak pernah berubah.
****
KEESOKAN harinya Raffiez datang lagi. Dia membawa kuey tiaw untuk Adyla.
"Sayang, makanlah." Pelawa Raffiez.
"Tak payah susah-susah. Abang Aus dah belikan untuk Dyla." Tolak Adyla.
Raffiez melihat makanan yang dibeli Aus.
"Sayang kan tak makan bihun goreng?" Ujar Raffiez.
"Saya tak suka kuey tiaw." Kata Adyla.
"Sayang tipu."
"Mana ada. Saya cakap benda betul." Adyla tidak mahu mengaku.
"Kalau macam tu, makanlah bihun tu. Abang nak tengok sayang makan sampai habis." Raffiez menguji Adyla.
'Aku tak makan bihun! Macam mana ni?' Desis hati Adyla.
Adyla mula makan.
"Sedap?" Tanya Raffiez.
"Lebih sedap dari kuey tiaw." Selamba Adyla menjawab.
Raffiez tersenyum lalu makan kuey tiaw di depan Adyla.
'Ya Allah sedapnya kuey tiaw! Lelaki ni saja je nak buat aku terliur! Sabar Dyla!'
"Kenapa awak datang makan dekat sini? Girlfriend awak tak tolong masakkan ke ha?"
Raffiez tersedak. Dia meneguk air.
"Sayang cakap apa ni? Bila pula abang ada girlfriend? Memandai je."
"Tak payah nak menipu saya la Raff." Adyla sudah bosan.
"Abang tak pernah tipu sayang and abang takkan kahwin lain sebab abang kan dah ada isteri dan anak. Isteri abang tengah makan depan abang sekarang ni."
"Saya takkan bagi balik hati saya dekat awak." Kata Adyla.
"Takpe abang akan berusaha dapatkan hati sayang."
Adyla menjeling sambil mengacau bihun.
"Makanlah bihun tu sayang." Ujar Raffiez.
Sebaik saja Aus lalu di situ, Adyla terus panggil.
"Abang! Mari la duduk sini." Ajak Adyla.
"Kenapa?" Soal Aus.
"Tolong habiskan bihun ni boleh? Dyla dah kenyang." Ujar Adyla lalu bangun menuju ke singki.
"Tadi kata lapar?" Kata Aus.
"Tak sayang Dyla la tu." Adyla buat muka merajuk. Terbit rasa cemburu dalam hati Raffiez. Dia tahu Adyla sengaja mahu menyakitkan hatinya.
"Yelah nanti abang makan."
"Thank you. Dyla nak tengok baby." Adyla berlalu dari situ.
"Aku minta maaf. Dyla tu degil sangat." Ujar Aus kepada Raffiez.
"It's okay aku faham." Raffiez redha. Dia cuma perlu bersabar. Dia yakin suatu hari nanti Adyla akan kembali ke pangkuannya.
"Kuey tiaw ni aku simpan dalam peti tau." Raffiez berkata.
Aus mengangguk.
"Aku balik dulu."
Share this novel