JAM telah menunjukkan pukul 9 malam namun Raffiez masih belum pulang. Adyla mula berasa risau. Takut terjadi sesuatu. Tetapi dia tidak mahu berfikir negatif. Jadi dia mengambil angin di balkoni bilik. Lantas dia teringat akan sahabatnya, Erina lalu segera menelefon sahabatnya itu.
"Kau buat apa tadi? Lama betul." Tanya Erina terlebih dahulu seraya panggilan bersambung.
"Aku buat kerja rumah. Sorry eh." Jelas Adyla.
"Hmm, sokay lah. Aku bukan nak marah pun. Aku takut ada perkara lain je." Kata Erina.
"Eh, kau ada nak cakap something dekat aku kan masa tengah on call dengan aku petang tadi? 'Sebenarnya' apa ?" Adyla terus sahaja menyambung perbualan mereka.
"Ouh yang tu. Em.. sebenarnya, aku.." lambat-lambat Erina membalas.
"Apa?" Tanya Adyla.
"Aku pelik dengan perangai Iman tu." Kata Erina.
"Pelik macam mana?" Tanya Adyla.
"Entah la." Jawab Erina acuh tak acuh.
"Kau gaduh dengan dia ke?" Soal Adyla lagi.
"Tak. Mana ada gaduh. Kitorang okey je lah."
"Apa kata kau jumpa dia? Cakap dengan dia elok elok. Bincang face to face. Kalau kau perlukan bantuan, aku ada. Abang Iman tu senang je nak pujuk."
"Tengoklah macam mana. Kalau aku free aku jumpa dia. Aku malas sebenarnya."
"Aku boleh cakap dengan Abang Iman kalau kau dah memang tak boleh nak hadap seorang diri."
"Thanks. By the way, kau bila nak honeymoon?" Soal Erina tidak mahu menyerabutkan kepalanya.
"Entahlah. Kitorang tak bincang lagi." Adyla terus mematikan panggilan telefon.
"Haih. Abang Iman tu pun satu. Tak reti nak tackle perempuan. Aku baru nak makan nasi minyak diorang. Si Raffiez pulak dari tadi tak balik-balik. Pergi mana la agaknya." Leter Adyla.
****
"KAMU pergi mana Raff? Sekarang baru nak balik. Tak kesiankan isteri kamu ke tertunggu-tunggu. Tak reti tengok jam ke?" Bebel mummynya setelah anaknya pulang.
"Sorry mummy. Tadi Raff jumpa Kal dan Fik." Balasnya.
"Dah kahwin pun masih lagi tak tinggal perangai bujang tu. Lupa ke ada isteri? Malas lah mummy nak cakap. Pergi naik. Tengok isteri kamu. Kesian dia sorang-sorang je. Mummy nak tidur dah." Ujar mummy lalu beredar untuk tidur.
Raffiez menuju ke biliknya. Dia masuk dan meletakkan kunci kereta di atas meja. Adyla pula sedang nyenyak tidur di atas katil membungkus diri. Lantas Raffiez ke bilik air untuk membersihkan diri.
Bunyi pancuran air dari bilik air telah mengejutkan Adyla. Lantas dia bangun dan duduk di birai katil.
"Awak baru balik? Nak makan tak? Saya boleh panaskan lauk." Soal Adyla setelah Raffiez keluar dari sana.
"Tak payah. Dah lewat ni. Lagipun aku dah makan tadi. Kau tak payah nak prihatin sangat la. Dah. Tidur je. Aku pun dah penat ni." ujar Raffiez sambil memakai baju. Lalu naik ke atas katil untuk tidur. Adyla melihat jam di dinding. Sudah pukul 1 pagi. Lewat juga Raffiez balik. Adyla juga menyambung tidurnya kerana esok dia perlu mengemaskan pakaian dan berpindah ke rumah baru dia dan Raffiez.
****
"DAH settle dah kemas barang-barang?" Soal mummy sebaik melihat Raffiez dan Adyla di luar rumah.
"Dah,mummy." Serentak mereka berdua.
"Okeylah kalau macam tu. Kamu berdua hati-hati ya?" Pesan mummy. Mereka berdua mengangguk.
"Mummy pun take care tau. Kirim salam dekat daddy dan Razz." Pesan Adyla.
"Lepasni sunyi la rumah ni. Ye la, dah takde korang berdua. Lepastu masing-masing sibuk. Daddy sibuk ke pejabat. Razzief pun sama." Keluh mummy.
"Mummy, nanti kitorang datang sini lagi. Mummy tu kena jaga diri. Jangan lupa kunci pintu rumah." Pesan Raffiez pula.
"Ye. Mummy tahu la. Dah. Pergilah. Elok-elok bawa kereta tu Raff."
"Awak, boleh tak nanti saya nak jumpa Erin ?" Pinta Adyla.
"Pergi je lah." Balas Raffiez membenarkan Adyla untuk berjumpa Erina.
"Terima kasih." Ucap Adyla.
Hampir setengah jam perjalanan mereka berdua dan akhirnya mereka tiba di rumah baru. Adyla membuka pintu dan keluar.
"Wah, cantiknya rumah ni. Besar pulak tu." Puji Adyla.
"Kau suka?" Tanya Raffiez.
"Suka!" jawab Adyla dengan teruja.
"Dah, jom masuk." Ajak Raffiez.
"Eh, kejap. Saya nak angkat beg."
"Takpe. Biar aku je angkat." Ada wayar dah bersambung ke dalam kepala Raffiez Hilman ni? Kali ni baik pulak dengan Adyla. Haih, macam-macam ragamlah.
Lalu mereka berdua masuk ke dalam banglo dua tingkat itu setelah memberi salam.
"Cantik sangat." Tak henti-henti Adyla memuji keindahan rumah yang dibeli Raffiez. Memang tercantik!
"Bilik kau dekat sini. Bilik aku dekat sana. So, nah. Ambik baju kau pergi masuk dalam. Lepasni tolong aku kemas rumah." Jelas Raffiez setelah menaiki tangga.
'Mak ai tadi punyalah baik tolong angkatkan beg untuk aku. Lepastu cakap bilik asing-asing? Aku je ke dalam dunia ni ada suami yang macam ni ? Haih, pelik betul. Nampaknya dia masih marahkan aku.' desis hati Adyla.
"Kau tercegat apa lagi? Pergi la kemas pakaian kau tu." Kerah Raffiez dengan suara garaunya. Adyla lantas masuk ke biliknya.
"Ish. Sabar je lah dapat orang macam tu. Haih, aku baru je nak berbaik dengan dia." Keluhan demi keluhan dilepaskan. Akhirnya Adyla tertidur di atas katil empuk.
Share this novel