ADAM mengetuk pintu bilik Adyla dari luar.
"Dy, dah siap ke belum? Cepat la keluar. Tetamu semua dah sampai." Kata Adam sambil mengetuk pintu bilik Adyla.
"Kejap, abang! Dyla tengah iron tudung ni!" Laung Adyla yang tergesa-gesa menggosok shawlnya. Dia terbangun lewat harini. Semalam dia berjaga lewat malam oleh sebab melayan perasaannya. Kalau tak jumpa Raffiez, semua benda dia dah buat la semalam! Ish!
"Time ni baru nak iron? Asal tak iron semalam? Dy buat apa je semalam? Kan harini tahlil papa, sepatutnya Dy kena lah prepare malam tadi lagi," bebel Adam.
"Kejap la abang."
"Ha yelah. Cepat sikit. Mama dah panggil dah tu. Tahlil pun dah nak start ni," pesan Adam lalu turun ke bawah.
Setelah siap iron, dia membelit shawlnya dengan kemas dan membetulkan jubahnya lalu dia segera turun ke bawah.
Semua mata memandang Adyla yang sedang menuruni tangga dengan sopan. Adyla tersenyum kepada mereka. Ramai tetamu yang telah datang ke rumahnya. Jiran-jiran sebelah rumahnya juga turut hadir. Suasana agak tenang dengan Yaasin berada ditangan masing-masing. Syeikh juga telah sampai iaitu Ustaz Fadli.
Ustaz Fadli merupakan Pak Uda mereka. Keluarganya juga datang. Kawan-kawan Adyla turut hadir. Dia ternampak Dato' Ramzi sedang berbual dengan kaum lelaki.
Adyla ternampak susuk tubuh yang mirip dengan Raffiez tetapi lelaki tersebut membelakanginya. Adyla terfikir mungkin lelaki itu orang lain. Adyla lantas bersalam-salaman dengan tetamu wanita.
Adyla duduk di sebelah Mak Langnya setelah mengambil Yaasin. Terkejut kecil Adyla apabila seorang wanita yang digelar Datin Rozie mencuit lengannya dengan lembut yang kini berada di sebelahnya. Datin Rozie tersenyum kepadanya. Adyla lantas menyalami Datin Rozie lalu membalas senyuman manis.
'Cantik,' getus hati Datin Rozie.
"Aunty apa khabar?" Tanya Adyla.
"Alhamdulillah. Sihat." Balas Datin Rozie.
Setelah itu, Pak Uda memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah terlebih dahulu sebelum membaca Yaasin. Kemudian, bacaan Yaasin dimulakan. Mereka membaca dengan tenang sambil mengingati arwah. Bergema satu rumah dengan suara mereka.
Seusai membaca Yaasin, mereka membaca ayat-ayat suci al-Quran dan berselawat ke atas Nabi dan Rasul. Kemudian, menadah tangan untuk mengaminkan doa.
Setelah itu, para tetamu dijemput untuk makan laksa. Adyla mengarah kawan-kawannya supaya menjamah hidangan yang telah disediakan. Kawan-kawannya bangun dan menjamu selera. Mereka yang sedang makan, memuji masakan yang dimasak oleh Mak-mak saudara Adyla. Datin Amina pula tersenyum melihat para tetamu yang sudi datang ke rumahnya bagi mengingati arwah.
Adyla hendak mengambil segelas air lalu dia terkejut dan bertempik kecil. Nasib baik tidak didengari oleh orang lain. Dia terkejut kerana tangannya tersentuh dengan seorang lelaki yang segak berbaju melayu biru iaitu Raffiez. Raffiez juga terkejut.
"Raff. Awak datang?" Tanya Adyla sedikit gagap.
"Asal? Tak boleh ke? Tepi lah nak ambil air," ujar Raffiez sedikit menghalau. Adyla mengundur. Aus yang memerhati dari jauh, mengeluh kecil.
"ADYLA, meh duduk sini kejap," arah Datin Rozie. Kemudian Adyla segera ke sana.
"Ye, aunty?" Soal Adyla setelah duduk bersebelahan Datin Rozie
"Nanti boleh tak bila Dyla free, datang rumah aunty?" Pelawa Datin Rozie. Adyla berfikir sejenak.
"Alaa... kita borak-borak je. Boleh kan?" Ujar Datin Rozie. Adyla segera mengangguk tanpa membantah. Datin Rozie mengukir senyum.
DATIN Amina berbicara dengan semua tetamu yang hadir. Dia mengucapkan syukur dan terima kasih. Semua orang di situ tersenyum dan membalas 'sama-sama'.
Raffiez memandang sekilas ke arah Adyla yang sedang mendengar perbicaraan Datin Amina. Adyla yang berasa dirinya diperhati, terus memalingkan wajahnya ke arah Raffiez. Raffiez lantas menjeling.
****
Raffiez, Fikri, Haikal dan Arif sedang rancak berbual di luar rumah. Adam, Anas, Syailman, Syazran dan Aus datang menyertai mereka. Mereka berjabat tangan dengan kawan Adyla sambil masing-masing memperkenalkan diri.
"Aku Syazran. Just call me Az," kata Syazran tersengih.
"Aku Syailman. Boleh panggil Man." Ujar Syailman.
Setelah tangan Anas bersalam dengan Raffiez, Anas terus terfikir lalu dia bertanya kepada Raffiez.
"Kau kawan Dyla kan?"
Raffiez mengangguk.
"Raffiez."
"Ouh. Aku Anas," kata Anas selepas berjabat tangan.
"Boyfriend Dyla, right?" Teka Raffiez. Adam tepuk dahi lalu ketawa kecil diikuti Syailman dan Syazran. Fikri, Arif dan Haikal sedikit terlopong. Mereka terkejut dengan persoalan Raffiez. Anas menggeleng laju.
"No, I'm not her boyfriend. For your information, she is my cousin," ujar Anas sambil ketawa kecil. Raffiez senyum sinis.
"Ni pula siapa?" Tanya Haikal.
"Aus Hakim. Panggil je Aus." Jawab Aus dengan sopan. Haikal dan kawannya yang lain angguk faham.
Adyla yang berada di sebalik pintu terdengar perbualan mereka. Menggeleng Adyla apabila Raffiez berkata begitu. 'Hei Raffiez... agak-agaklah nak cakap Abang Anas tu boyfriend aku,' getus hatinya.
"Ha!" Sergah Amelin dan kawan-kawannya yang lain.
"Oii!" Tempik Adyla. Mereka ketawa mengekek.
"Asal korang ni? Tak boleh panggil elok ke hah? Nak sergah orang biar la bertempat," bebel Adyla.
"Alaa sorry. Kau tu dah kenapa mengintai anak teruna orang?" Ujar Erina
"Mana ada intai. Aku tengok abang aku la," Adyla kawal riak muka.
"Ye la tu." Sampuk Amelin.
"Dyla, aku balik dulu la eh? Mak aku suruh balik. Tak ada orang nak tolong katanya." Soal Amelin.
"Ha ye lah. Take care. Kirim salam dekat mak kau," pesan Adyla. Amelin angguk.
"Kaum hawa buat ape tu? Membawang pasal kami eh?" Tegur Syazran yang ternampak Adyla, Erina dan Madihah di muka pintu.
Syailman dan Syazran ialah adik beradik dan anak kepada Pak Uda dan Mak Uda. Syailman merupakan abang kepada Syazran. Aus pula sepupu bongsu lelaki dan anak kepada Pak Lang dan Mak Lang. Yang paling tua ialah Anas. Sepupu-sepupu Adyla lebih tua daripadanya dan masih bujang kecuali Aus. Anas pula sudah sebulan bertunang. Tak lama lagi dah nak kahwin. Manakala puteri bongsu pula si Adyla ni. Patutlah manja!
Mereka yang sedang rancak berbual, serentak berpaling ke arah lelaki-lelaki itu.
"Membawang pasal korang? Eh, perasan!" Ujar Erina. Dia dan kawan-kawannya ketawa. Adam tersenyum setelah memandang wajah wanita yang berada di sebelah adiknya.
"Hai Madihah!" Sapa Adam sambil melambai-lambai.
"Hai." Jawab Madihah dengan sopan. Pada saat ini, ada hati yang terluka melihat mereka.
'Abang Adam hai dekat Kak Dihah je? Aku ni dia tak nampak ke?' Monolog Erina sendiri dalam hati.
Syailman yang terpandang Erina terus menyapanya. "Hai Erina!" Erina memandang dengan tiada perasaan. Dia kecewa. Kecewa dengan apa yang berlaku. Dia hanya tersenyum nipis kepada Syailman. Entah mengapa dia berasa malas hendak membalas sapaan Syailman. Tapi sebelum ni pun dia tidak banyak bercakap dengan Syailman.
"Kau okey tak ni, Rin?" Soal Adyla yang perasan riak wajah Erina yang sedikit murung. Erina mengangguk perlahan dan tersenyum.
"Dyla, aku nak pergi dekat taman kau kejap eh? Aku nak call abang aku." Pinta Erina. Madihah pula meminta izin untuk pulang. Adyla mengangguk kepada Erina. Kemudian Adyla mengiringi Madihah.
"Hello? Abang." Panggil Erina melalui telefon sambil duduk di atas bangku seorang diri. Syailman yang ternampak Erina seorang diri di taman lantas berdiri di belakang Erina.
"Ye dik?" Balas Zhafran.
"Abang jangan lupa ambik adik dekat rumah Dyla tau?" Pesan Erina.
"Alaa. Tak boleh la dik. Abang busy ni. Nanti adik cakap dekat ibu tau abang balik lambat harini. Suruhlah kawan adik hantar adik eh? Sorry tau." Ujar Zhafran. Erina mengeluh kecil.
"Ish tak sayang adik la tu. Hm ye la. Bye," ucap Erina terus mengakhiri perbualannya.
"Nak saya hantarkan awak balik?" Soal Syailman dengan sopan. Erina terbuntang mata dan berpaling ke belakang melihat gerangan yang mempelawanya.
"Iman? Asal awak dekat sini?" Soalnya pula.
"Sorry. Saya ternampak awak tadi sorang-sorang je dekat sini sebab tu saya datang and sorry sebab terdengar awak bercakap dengan abang awak."
Erina diam.
"Awak nak balik pukul berapa ni?" Soal Syailman.
"Lepas Zohor. Awak tak payah la hantar saya. Saya boleh balik sendiri," tolak Erina, lembut.
"Saya boleh tolong hantarkan awak. Kalau awak balik sendiri, bahaya. Awak tu perempuan. No bantahan, please!" Lambat-lambat Erina mengangguk. Syailman tersenyum.
'Ish, dia ni siapa nak cakap macam tu?' Bisik Erina.
"Saya masuk dulu." Kata Erina. Malas nak bercakap dengan orang yang tak rapat dengan aku.
"Saya pun nak masuk jugak ni. Jom," ajak Syailman. Erina senyum biasa. Mereka berjalan beriringan.
"Amboi, Abang Iman. Kemain lagi jalan dengan kawan Dyla ye? Ade something ke?" Usik Adyla yang duduk di sofa bersama Adam dan sepupu-sepupu lelakinya setelah melihat Erina dan Syailman masuk ke dalam rumah bersama-sama.
"Isy, budak kecik ni. Memandai je kan?" Ujar Syailman lalu melempar bantal kecil yang ada di atas sofa itu kepada Adyla. Adyla sempat menangkap bantal tersebut dan ketawa mengekek.
"Eh kau jaga mulut tu sikit eh. Aku cepuk kang baru tau," marah Erina sambil mengambil duduk di sebelah Adyla. Adyla sengih dan menggosok belakang Erina supaya bertenang.
"Aku gurau je beb. Adoi! Tak payah la serius sangat muka tu," ujar Adyla. Erina membeliakkan matanya. Dia tidak suka Adyla mengusiknya sebegitu.
'Kalau Adam lain la ni tak, kenakan aku dengan mamat acah baik ni. Dah la kurus. Bukan taste aku la yang kurus macam tu. Kalau sado macam Adam tak apa lah.' Getus Erina.
****
"WEH korang. Aku balik dulu la. Ada kerja sikit ni nak kena buat," pinta Raffiez ingin mengundur diri.
"Nak balik dah? Hmm ye lah. Kau ni sibuk je memanjang." Ujar Haikal.
"Sorry. Aku kena gerak dulu. Next time kita lepak." Cadang Raffiez sambil berjabat tangan dengan kawan-kawannya. Adyla hanya memerhati tingkah laku Raffiez dari jauh. Dia berasa dirinya tidak penting lagi dalam hidup Raffiez. Sejak mereka berputus, hubungan mereka sebagai kawan pun menjadi renggang.
Majlis tahlil berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Semua tetamu sudahpun pulang ke rumah masing-masing. Hanya tinggal saudara-mara dan sepupu-sepapat sahaja.
****
MEREKA sanak-saudara berkumpul di ruang tamu untuk berbual.
"Abang Iman. Abang ada apa-apa ke dengan Rin?" Soal Adyla sambil makan buah anggur.
"Tak ada. Asal? Dyla ni kan suka sangat tanya pasal abang kan," ujar Syailman lalu mengambil sebiji buah anggur kemudian dikunyahnya. Adyla tersenyum nakal.
"Dahtu, petang tadi kemain lagi tolong hantarkan Rin balik. Tu sebab Dyla syak Abang Iman ni."
"Abang dia busy. Tu sebab abang tolong hantarkan," terang Syailman.
"Abang kalau suka dia, bagitahu. Tapi Erin tu susah sikit nak bina relay dengan orang yang dia baru kenal. Abang kalau ada hasrat nak kahwin dengan dia, abang kena buat something sampai dia boleh jatuh suka dekat abang. But you have to promise me that you won't hurt her. Rin tu nampak je garang macam singa tapi hati tisu juga. Kalau Dyla tahu yang abang buli dia, siap abang!" Gertak Adyla.
"Eh budak ni. Melebih pulak. Siap bagi warning lagi. Dyla la yang kahwin dulu baru abang." Ujar Syailman sambil ketawa.
"No! Abang dulu baru adik," balas Adyla tidak puas hati. Syailman menggosok kepala Adyla. Habis rosak tudungnya. Nasib tak tertanggal je. Adyla melempar bantal ke arah muka Syailman tetapi dia lebih cekap menangkap. Adam dan sepupunya yang lain menggeleng melihat budak berdua ini. Dari kecil sampai besar, bergaduh je kerja!
Adam menghampiri mereka lalu menampar bahu Adyla dan Syailman. Mereka mengaduh kesakitan.
"Apa abang ni? Sakitlah!" Marah Adyla. Sempat Syailman menarik hujung tudung belakang Adyla menyebabkan kepala Adyla mendongak ke atas. Adyla menggenggam penumbuk. "Abang!" tengkingnya.
"Allahu. Kamu berdua ni asyik gaduh je. Macam anjing dengan kucing!" Marah Mak Uda. Ha kan dah keluar peribahasa tu.
"Abang Iman ni cari pasal dengan Dyla. Main tarik-tarik tudung orang!" Adu Adyla dengan manja.
"Eh, tak mana ada. Dyla yang usik abang dulu. So siapa yang salah?"
"Abang la!" Balas Adyla tidak mahu kalah.
"Eh budak ni..asyik nak menang je. Ha yelah. Perempuan kan? Always nak menang je. Sokay. I'm give up," ujar Syailman sedikit merajuk lalu dia menghala ke pintu untuk ke luar rumah. Adyla ketawa melihat wajah Syailman yang merajuk.
"Apa la kau ni Man. Merajuk macam budak," ujar Anas. Adam, Aus dan Syazran ketawa terbahak-bahak. Boleh dikatakan Syailman merupakan antara sepupu yang manja selain Adyla.
Adyla mengikuti Syailman dari belakang dengan perlahan dan terus menggeletek belakang Syailman sebelum Syailman sampai ke pintu. Lalu Syailman ketawa mengekek. Senang sahaja nak pujuk lelaki itu kerana Adyla sudah masak dengan perangai abang sepupunya itu.
Share this novel