KRINGG!!KRINGG--
Jam loceng itu ditekan dengan laju.Riak wajah menyampah diberikan.
Syazwan memandang kucingnya yang masih lagi berbaring di atas meja sambil dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
Selesai membersihkan diri,minyak wangi di dalam almari dicapai lalu disembur pada bajunya.
'..pssh-'
Syazwan memandang botol minyak wangi itu.
Ah,dah habis.
Keluhan berat dilepaskan lalu pintu almarinya ditolak semula sehingga tertutup.
Kakinya melangkah ke dapur.Pintu peti ditarik.
"...ah..telur dah tinggal sikit..."
Dua biji telur di ambil dari dalam peti.
Bunyi telur dadar yang selesai dimasak membuatkan kucingnya,Miko,terjaga daripada tidur.
"Dah bangun,Mewo?"
Syazwan menuang makanan kucing ke dalam bekas yang berbentuk bujur itu.Bekal makanannya yang diisi dengan telur dadar hangus disumbat masuk ke dalam begnya sebelum dia melangkah keluar dari rumah flatnya itu.
Pintu pagar dikunci.
"Oh.Pergi kerja ka,Syazwan?"soal jirannya yang berbangsa cina yang sedang bersiap sedia untuk pergi berjoging.Anjing peliharaan yang memandang Syazwan dengan pandangan teruja membuatkan Syazwan tersenyum lebar.
"Iya~ Baik-baik,aunty!"
Wanita yang berusia 40 an itu mengangguk sebelum berlalu pergi.
Syazwan meluncur pada 'railing' tangga dari tingkat 6 sehingga tingkat paling bawah.
Kakinya kemudian berlari laju ke arah tempat menunggu bas.
Hembusan nafas lega di hembus apabila dia sempat menaiki bas.Semalam dia sudah tertinggal bas.Jadi hari ini dia sengaja bangun lebih awal.Kalau tidak jenuh mahu berjalan kaki.
"Ah!Cikgu!Selamat pagi!"
Syazwan berpaling ke arah suara yang kedengaran halus itu.Pelajar yang kelihatan seperti berumur 10 tahun itu melambaikan tangan ke arahnya.
"Aliya..!Aliya sihat?"
Budak perempuan itu mengangguk laju.Seperti biasa,Aliya akan memberinya gula-gula.Sudah menjadi tabiat perempuan itu untuk memberikan gula-gula pada orang yang disukai.
Syazwan adalah salah seorang daripadanya.
Bas yang dinaiki mereka itu biasanya memghantar mereka ke sekolah rendah Sri Murni kemudian baru ke sekolah menengah Sri Permata.Tempat di mana Syazwan bekerja.
Jadi kiranya,mereka memang akan selalu berjumpa.Selepas 20 minit perjalanan,hampir separuh penumpang melangkah turun daripada bas itu.Syazwan melabuhkan punggung di tempat duduk yang kosong.Pandangannya dibuang ke luar tingkap.
Wajahnya yang masih kelihatan ceria terpantul pada tingkap bas itu.
7.00 a.m..
Syazwan melangkah turun daripada bas itu apabila dia sudah tiba di Sekolah Menengah Sri Permata.Wajah kawan baiknya,Khairul serta merta menarik perhatiannya.Baru sahaja dia hendak melambai tangan ke arah Khairul,Khairul sudah terlebih dahulu melambai tangan ke arahnya.Syazwan juga ikut melambai.
"Don't flatter yourself."
Suara seseorang yang kedengaran dingin di belakangnya membuatkan dia tersentak.Tak lain,tak bukan,suara Qaireena Qalisya lah..Siapa lagi?Pelajarnya yang sorang itu memang dua kali ganda lebih bijak daripada pelajar lain.Dengar cerita perempuan itu sudah tamat belajar dalam masa yang singkat,tapi masih bersekolah untuk bersuka ria..dan Qaireena juga merupakan ISTERI kepada Khairul.
"Khairul~ Good morning..!"
Khairul tersenyum lebar apabila Qaireena memeluk erat tubuhnya.Syazwan hanya memandang dari tepi dengan riak wajah tidak puas hati.
"Oh,hai Syazwan.Didn't see you there."
Syazwan terlopong lalu mencengkam dadanya dengan riak wajahnya yang seperti mengatakan 'saya sangat terluka dengan kata-kata awak...'.
Jadi lambaian tadi tu untuk Qaireena?Saya dekat depan awak,tapi awak cuma tumpukan perhatian dekat isteri awak yang berada di BELAKANG saya..?!
"Kot,ya pun nak bersweet..Hormatlah orang single."Syazwan bersuara sambil membuat gaya orang merajuk.Di depannya,Qaireena masih lagi 'sibuk' memeluk erat tubuh Khairul sambil menghidu wangian di leher lelaki itu.Syazwan mengalihkan pandangannya.
Hanya mampu melihat..Kita di dunia ini harus banyak bersabar.
Melihat riak wajah Syazwan,Khairul tergelak kecil.
"Sorry about this..Qaireena,dah.Saya nak letak beg saya dekat bilik disiplin."
Qaireena memuncungkan bibirnya lalu tubuh Khairul perlahan-lahan dilepaskan dengan riak wajah tidak rela.Syazwan hanya menjeling matanya ke atas sambil berjalan beriringan dengan Khairul.
"Khairul,kejap..!"
Khairul berpaling ke belakang dan serentak dengan itu bibirnya dipagut laju oleh Qaireena manakala sebelah lagi tangan Qaireena menutup wajah mereka menggunakan buku teks di tangannya.
Syazwan menarik nafas lalu menutup rapat matanya.Ya Allah..Boleh buta kalau begini tiap-tiap hari.
"Qaireena..!What if someone see."
"Let them see."
"Bukan semua orang dah tahu pasal korang ke?"
Wajah Khairul sudah berona merah.Qaireena mula tersenyum nakal manakala Syazwan pula sudah menayangkan riak wajah pasrah.
Kepalanya digeleng perlahan.
"Haih..Korang bersweet-sweet lah kat sini sampai esok..!"
Syazwan berjalan laju ke arah kelas 5 Reka Cipta.Meninggalkan Khairul dan Qaireena di belakang.Jika dia berada di situ,rasa macam jadi 'third wheel' pun ada.
Jadual kelas yang disimpan di dalam poket begnya dikeluarkan.
"Hmm..Hari ni semua kelas RC..Oh..ST pun ada."
Syazwan menyimpan jadual di tangannya ke dalam poket begnya semula.Kakinya menaiki anak tangga menuju ke blok tingkatan 5 dengan laju.Beg yang disangkut pada bahunya dibetulkan.Tiba di tangga yang menuju ke tingkat 3,kakinya yang tersadung pada tangga membuatkan dia hampir tersembam ke arah tangga.
Pinggangnya yang ditarik dari belakang membuatkan Syazwan terkedu.
Bulu romanya automatik meremang.Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang.Pelajar perempuan yang bertudung sehingga ke paras pinggang itu tersenyum ke arahnya.Akibat suasana di tangga itu yang sunyi dan sedikit gelap,Syazwan dengan serta merta 'mengecilkan' dirinya.Wajah perempuan itu kelihatan samar-samar di matanya.
"Cikgu okey..?"
Syazwan tersentak.
"Ya,saya okey..Terima..kasih.."
Pelajar perempuan itu hanya tersenyum lebar sebelum dia berlalu pergi.Syazwan masih lagi terkebil-kebil sambil dia berpaut pada pemegang tangga.Kenapa dia berasa seperti berada di dalam deama cinta TV3 tadi?
Kepalanya digeleng laju lalu dia menyambung langkahnya semula.Kali ini dengan lebih tertib dan berhati-hati.
Setiba sahaja di dalam kelas,suis lampu dan kipas dibuka serentak.
"Selamat pagi,cikgu."
Syazwan terjerit kecil.Pelajar perempuan yang bernama Maisara itu dipandang sambil mengurut dada.
"Sara..Awalnya awak sampai?Kenapa tak buka lampu?"
"Saya tak suka cahaya."jawab Sara tanpa berfikir dua kali.Bulu roma Syazwan meremang semula lalu lampu di bahagian tempat duduk Sara ditutup.Beg galasnya diletakkan di atas kerusi.Suasana yang berasa sunyi itu membuatkan Syazwan perlahan-lahan melangkah keluar daripada kelas itu semula.
Setiba sahaja di bahagian hujung blok itu,pandangannya dihalakan ke bawah.Tempat rehat rahsianya serta merta terlihat.Jika dipandang dua kali pun,tempat rehat rahsianya tetap tidak kelihatan.Nama pun rahsia..
Cuma dia saja yang tahu lokasi sebenar tempat rehatnya.
Kelibat seseorang yang sedang berjalan menarik perhatiannya.Perlahan-lahan dia mengikut pelajar itu dari tingkat atas.Apabila pergerakannya sudah terbatas,hanya matanya yang mengikut kelibat pelajar itu dari jauh.
"Jalan tu..rasanya nak ke pejabat.Pelajar baru ke?Hm..Mungkin cikgu baru?"
"Cikgu tengok apa?"
Sekali lagi Syazwan terjerit kecil.Wajah Qaireena dipandang sambil bercekak pinggang.Mukanya menayangkan riak wajah tidak puas hati.
"Dah habis main dengan Khairul?"
"Tak lagi sebenarnya..Tapi Khairul suruh saya masuk kelas."
Syazwan tersenyum sinis sambil berbisik 'padan muka' dengan suara yang sangat perlahan.Qaireena yang mendengar bisikan itu hanya menggeleng kepala dengan senyuman senget di bibirnya.
"Cikgu taknak kahwin,ke?"
Tidak pasal-pasal kepalanya diketuk.
Qaireena menggosok kepalanya berkali-kali.Bibirnya memuncung sambil dia menjeling ke arah Syazwan.
"Tanya pun salah ke?"
"Itu hal peribadi saya!Tak payah lah sibuk nak tahu..!"
"Well..Technically,you're one of Khairul's family.And his family are my family too!So I deserve to know out of curiousity!"
Syazwan terlopong.Tak tahu malu betul..!Macam mana dia boleh cakap semua ayat tu dengan muka selamba?Khairul..isteri jenis apa yang awak kahwin ni..?
"And if I said no?"
"Why,no?"
"Aish!Awak tengok lah saya ni.Do I look manly to you?"
Qaireena mengembungkan pipinya buat seketika.Matanya memandang Syazwan dari atas hingga bawah.Nak jujur,tapi jujur itu menyakitkan...
"Don't worry lah..Perempuan sekarang suka lelaki oppa,oppa..!"
Melihat riak wajah Syazwan yang tidak mempunyai apa-apa reaksi,pandangan Qaireena mula beralih ke tepi.Ke atas.Ke bawah.Sebelum kembali ke arah wajah Syazwan semula.
"Erm..Khairul's body is not that manly either..But I still love him-"
"Itu,Khairul..!He have you...While I have no one."
"I can search someone for you..!"
"Don't you dare!" Syazwan membaling pen di tangannya ke arah wajah Qaireena tetapi Qaireena dengan pantas menangkapnya.Qaireena menjengilkan matanya ke arah Syazwan.Syazwan juga membuat perkara yang sama.
"Saya cuma nak tolong je!"jerit Qaireena dengan riak wajah tidak puas hati.
Syazwan berpeluk tubuh sambil mengalihkan pandangannya ke arah jalan yang menuju ke pejabat.
"Saya taknak kisah sangat pasal kahwin..Saya serahkan pada Allah jelah..".
Sebaik sahaja Syazwan berlalu pergi untuk mengambil sesuatu,giliran Qaireena pula yang berpeluk tubuh.Senyuman senget terukir di bibirnya.
"Interesting.."
"Apa yang 'interesting'?"
Mata Qaireena automatik bersinar seperti bintang di langit.Dengan pantas dia berpaling ke belakang lalu memeluk tubuh empunya suara tanpa berfikir dua kali.Khairul tersentak tetapi juga turut membalas pelukan Qaireena itu.
"Takde apa,lah..Cuma Syazwan tu..buat saya tertanya-tanya,dia taknak kahwin ke?"
Khairul menggeleng kepala.Patut lah Syazwan nampak macam marah tadi.
Pipi Qaireena dipicit.
"Belum tiba masanya lagi.."
"Tapi saya tengok dia selalu rapat dengan cikgu-cikgu perempuan berbanding lelaki..Jadi saya ingat nak cari pasangan untuk dia kalau dia rasa sunyi!"jelas Qaireena dengan panjang lebar lalu menamatkan ayatnya dengan senyuman teruja di bibir.
Khairul yang bercadang mahu memberi tazkirah pendek kepada Qaireena hanya melepaskan keluhan berat apabila terpandang senyuman itu.
"Dia rapat dengan cikgu perempuan bukan sebab dia rasa sunyi atau nak attention.."
"Then,why?"soal Qaireena dengan riak wajah musykil.Khairul hanya mendiamkan diri sambil tangannya mengusap kedua-dua belah pipi Qaireena.
"Lain kali,lah saya bagitahu..Dah.Pergi masuk kelas.Jangan ponteng pula..!".Bibir Qaireena automatik memuncung,tanda tidak puas hati.Padahal dia sudah bercadang mahu memonteng waktu Sains dan Sejarah untuk melihat (stalk) Khairul dari atas pokok berdekatan dengan kelas yang akan diajari oleh Khairul.
"Tapi saya nak tengok awak mengajar.."
"Nope Absolutely not.Lagi satu,boleh tak awak jangan panjat pokok pakai kain?Merisaukan tahu tak?"
Khairul masih dapat mengingati riak wajah pelajar-pelahar Tingkatan 1 apabila terpandang kelibat Qaireena yang bersandar pada dahan pokok sambil sebelah kakinya dibiarkan terjatuh.
Dengan selambanya,Qaireena melambai ke arahnya dengan senyuman yang oh-so-seksinya itu.Jadi apa tindakan yang dilakukannya sewaktu itu?Lambai baliklah,apa lagi?
Dan mesti lah..pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas itu mula bersorak dalam nada mengusik.Lagi-lagi apabila Qaireena membuat mini love ke arah Khairul.
Haih..
"Awak tak suka saya buat macam tu?
Melihat riak wajah Qaireena,Khairul mengurut dahinya.
Kenapa dia rasa bersalah pula,ni?..
Tangannya yang digenggam erat menambahkan lagi perasaan bersalahnya.
"Okey..fine..Boleh..But watch quietly.And be careful okay..?Pokok tu tinggi.."
Senyuman lebar terukir di bibir Qaireena semula sambil dia mengangguk berkali-kali.
Melihat senyuman isterinya,Khairul juga ikut tersenyum.
"Get a room,you two.I swear,setiap kali aku nak masuk kelas,I will see you two making a romantic scene with 'shoujo' flower all around you.Very annoying actually."
Qaireena berpaling ke tepi dan tepat sangkaannya,kelibat adiknya Qairin,berdiri di atas anak tangga dengan senyuman malas sambil berpeluk tubuh.Di sebelahnya,seorang pelajar perempuan memandang ke arah mereka dengan riak wajah kosong.
"Oh?Asyiqa,awal datang?"soal Qaireena sambil memeluk tubuh Khairul dari belakang.Asyiqa yang memandang hanya mengerlingkan matanya.
"Syazwan mintak tolong aku edarkan borang."jawab Asyiqa pula lalu berpaling ke arah Syazwan yang berdiri tidak jauh dari mereka.
Qaireena dan Khairul yang tidak sedar akan kewujudan Syazwan,serentak tersengih kekok.
"Sejak bila awak berdiri kat situ?.."soal Khairul dengan senyuman kekoknya yang masih tidak menghilang.
"Sejak 'dia rapat dengan perempuan bukan sebab dia rasa sunyi or wanted some attention--'"
"Aaaa..okey,okey...Saya tak salahkan?"
"Who knows?Nah.Ambil."
Syazwan menghulur borang di tangannya kepada Khairul.Dia berpaling ke arah Qaireena.
Qaireena hanya berdehem beberapa kali sebelum mengalihkan pandangannya ke arah borang yang dipegang oleh Khairul.
"Nak."
Syazwan menghulurkan semua borang du tangannya ke arah Asyiqa yang berdiri di sebelahnya.Memandangkan dia sudah meminta tolong Asyiqa untuk mengedarkannya nanti.
"Saya pun pergi.Maksimum 15 orang.So,Qaireena,kalau nak pergi isi borang ni cepat and bayar RM 10."
Qaireena mengambil borang yang dihulurkan ke arahnya.Dahinya berkerut buat seketika apabila dia cuba membaca teks pada borang itu.
'Kem perkhemahan 3 hari 2 malam'
'Maksimum 15 orang'
'RM 10'
'Pembayaran boleh diserahkan kepada guru kelas masing-masing'
Kening Qaireena terangkat.
"Kita berkhemah kat mana?"soalnya dengan riak wajah musykil.
"Hutan berdekatan dengan chalet.Tak jauh pun.Cikgu tidur dalam chalet,pelajar tidur dalam khemah.There's a vast forest there leading to the mountain.So..Lebih kurang perkhemahan ni untuk yang dah mahir je.But you can still try it.Cuma jangan lari merata."jawab Syazwan penjang lebar sebelum pandangannya perlahan-lahan beralih ke arah Khairul.Seperti mengharapkan sesuatu.
"Macam best..Awak nak pergi?"soal Qaireena lalu berpaling ke arah Khairul yang masih kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Awak pernah berkhemah ke?"soal Khairul dalam nada risau.
Siapa tidak kenal Qaireena?Anak orang kaya.Always at the top in term of everything.Tapi Qaireena selalu menghabiskan masa kanak-kanaknya untuk belajar.Jadi macam mana dia boleh belajar cara nak berkhemah?Cara buat api pun belum tentu dia tahu-
"Pernah.Believe it or not,mak saya selalu berkhemah dekat area-area tertentu sebab dia nak 'stargazing'.Ayah saya ikut sekali.Akhir sekali,satu keluarga ikut sekali."
Qaireena menghentikan percakapannya apabila terpandang senyuman Syazwan yang kelihatan amat.....sayu?
Kening Qaireena perlahan-lahan berkerut.
Dia ada tersilap cakap ke?Tidak pernah dia melihat Syazwan menayang riak wajah sebegitu.
"Cikgu..?Are you okay?.."soal Asyiqa sebelum Qaireena sempat bersuara dalam nada separuh risau separuh musykil.
Syazwan tersentak dari lamunannya.Wajah Asyiqa dipandang sekilas sebelum pandangannya beralih ke arah Khairul dan Qaireena semula.
"Yes,I'm fine.Awak datang lah sekali perkhemahan tu Khairul.Dulu pun kita selalu pergi sama-sama.So I think you'll be fine."
Khairul perlahan-lahan mengangguk.
Syazwan hanya mengukirkan senyuman lebar sebelum dia berlalu pergi.
'Kenapa dengan dia?'
'Em..Lain kali lah saya cerita..'
'Oh..Okey then..'
Syazwan perlahan-lahan melangkah turun dari anak tangga.
Bimbang pula jika dia tergelincir seperti tadi..
Tapi kalau dia tergelincir dan meninggal dunia,ada bagusnya juga..
Menyedar kesilapannya,Syazwan menggeleng kepala.
'Dulu mama dengan papa pun suka 'stargazing'..'bisik Syazwan perlahan sebelum dia berpusing ke arah selekoh yang menuju ke arah tandas guru lelaki.
"Ah..!"
Syazwan dapat merasakan yang tubuhnya seperti sedang menekan tombol brek sekuat-kuat hati agar tidak terlanggar perempuan di hadapannya.
Kening Syazwan terangkat apabila dia harus mendongakkan kepalanya sedikit untuk melihat perempuan di hadapannya itu.
'Oh..Budak tadi?Dia dari pejabat?..Uh..Dia ni pelajar baru ke?Guru baru?'
Suasana di antara mereka menjadi sunyi buat seketika.
Baru sahaja Syazwan hendak bersuara,perempuan di hadapannya sudah menundukkan kepala sebelum berlalu pergi dengan laju.
Syazwan yang masih terkebil-kebil di situ hanya menggaru kepala yang tidak gatal.
'Aku tak sempat tengok muka dia lagi..'
Syazwan hanya berjongket bahu dan meneruskan perjalannya ke arah tandas guru lelaki.
Kalau perempuan tadi tu cikgu baru atau pelajar baru,nanti berjumpa juga.Lagipun mereka di dalam sekolah yang sama..Jika ada peluang,mungkin mereka akan terserempak..?
(╯°□°)╯︵ ┻━┻ writer's block are scary.
Share this novel