Syazwan terjaga daripada tidurnya apabila berasa seperti kenderaan yang dinaikinya berhenti.Matanya dibuka dengan riak wajah kosong.
"..Syazwan,bangun."
"..mn."
Qaireena berpaling ke belakang apabila suara Syazwan kedengaran perlahan.
"..mamai ke tu?"
"Mana ada."
Syazwan menggalas begnya sambil sebelah lagi tangannya membuka pintu kereta.
"Do you need my help to carry your bag?"
"..sure-- Uhh,no."
"I see you hesitating.Biar saya pegang beg--"
"NO."
Syazwan membalas dengan riak wajah cuak.
Begnya yang mempunyai roda ditarik keluar daripada perut kereta sebelum dia berlalu pergi dari situ dengan pantas.
Aaa..dia hampir lupa dia tinggal dengan Qhaira sekarang.Dia masih tidak bersedia untuk memberitahu Khairul tentang perempuan itu.
"...wow..your welcome."bisik Khairul perlahan sambil mengerlingkan matanya.
Kelibat Syazwan dipandang sehingga lelaki itu hilang dari pandangannya.
Syazwan membiarkan fikirannya melayang sambil dia menaiki tangga ke tingkat paling atas.
Dia tidak sempat bercakap langsung dengan Ceisya hari ini kerana perempuan itu selalu hilang entah ke mana.
Syazwan mengetuk pintu rumahnya.
Memandangkan dia memberi kunci rumahnya kepada Qhaira.
Sebaik sahaja pintu rumahnya dibuka dari dalam,senyuman Syazwan terukir.
"Welcome back."
Syazwan memandang ke arah Qhaira sebaik sahaja dia memberi salam.
Keningnya terangkat.
"..wow..are you okay?Kenapa mata awak nampak macam panda?"
Qhaira tersentak.Masknya ditarik sehingga menutupi bahagian bawah matanya.
"..yeh..I'm fine..just a little..problem.Tapi semua dah settle sekarang."
Syazwan berpaling ke arah kucingnya yang menghidu kawasan sekeliling sebelum menuju ke arahnya.
"Hey,Mewo..How are you?Did Qhaira take good care of you?"
Kepala kucingnya diusap perlahan sambil dia menolak kasutnya ke tepi.
Begnya yang telah ditarik oleh Qhaira dibiarkan sambil pandangannya melilau ke arah sekeliling.
Tiada apa yang berubah.
Semua nampak sama je..
"..huwaarghh..."
Syazwan berpaling ke arah Qhaira.
Semua nampak sama kecuali Qhaira.
"..Apa awak buat waktu saya tak ada kat rumah?.."
Qhaira yang sedang memulas tombol pintu biliknya terhenti.Matanya memandang ke arah Syazwan kemudian ke arah lantai.Ke arah siling,dan akhirnya kembali ke arah Syazwan semula.
"...kalau awak taknak jawab tak apa..i'm just curious..You look very tired."
Qhaira mengetap bibirnya.
Lehernya digosok dengan riak wajah serba salah.
"..I...maybe did something wrong..?"
Kening Syazwan terangkat.
Mewo diletakkan di atas meja di sebelahnya lalu perlahan-lahan dia menuju ke arah Qhaira.
"Awak buat apa?"
Syazwan mengintai biliknya.
Masih kemas.
Bilik Qhaira juga diintai.
Tiada perubahan.
".......Don't worry,benda ni tak ada kena mengena dengan rumah awak."
"..Then it's about you?What is it?Awak ada pecahkan pinggan saya?Gelas saya?TV saya?Eh,kejap saya tak ada TV."
Qhaira mengenggam lengannya lalu memandang ke arah lantai.
Melihat reaksi Qhaira,Syazwan mula menyedari kesalahannya.
Dia nampak macam tengah marah ke?
"Saya tak marah..Saya cuma..curious.What did you do?Everything seems fine?Except you that is.."
Qhaira memandang wajah Syazwan yang kelihatan risau.
Pandangannya berubah tajam sambil dia memandang tubuh lelaki itu atas bawah.
"It doesn't really concern you,it's more about me..can you give me some more time?"
"..sure..It's okay take your time."
Syazwan mengusap kepala Qhaira perlahan dengan senyuman redup.
Terpaksa lah dia menahan perasaan curiganya buat sementara waktu.Mungkin ada sebab mengapa Qhaira menyembunyikan sesuatu daripadanya.
"..Thanks.."
Qhaira memegang tombol pintu biliknya.
Tangannya yang memulas tombol itu terhenti seketika.
"..kalau rahsia tu teruk..macam mana kalau awak marah dekat saya?.."soal Qhaira tanpa memandang ke arah Syazwan yang masih berdiri di sebelahnya.
"....kenapa pula?Awak cakap rahsia tu pasal awak kan?"soal Syazwan pula dengan keningnya yang berjongket.
"Rahsia tu pasal saya yang berkait dengan awak."
Syazwan terdiam seketika.
Sekali lagi kepala Qhaira diusap.
"..well..kalau rahsia tu tak teruk mana..I think it's fine..but if it's bad..Saya baru jumpa awak sekali,awak tak pernah lagi buat benda yang menaikkan kemarahan saya..Semua orang berhak dapat peluang kedua kan?"
Kening Qhaira terangkat.
Syazwan tersenyum lebar apabila tubuh Qhaira kelihatan seperti lebih relaks berbanding tadi.
Nampaknya jawapan dia diterima.
Fuh..
"..okay...Satu hari nanti..saya janji saya akan bagitahu awak."
Syazwan mengangguk perlahan.
Sebaik sahaja Qhaira melangkah masuk ke dalam bilik,bunyi pintu yang tertutup rapat itu membuatkan mata Syazwan melilau ke arah sekeliling.
Tong sampahnya diintai.
Ruang di bawah sofanya juga diintai.
Syazwan tersentak apabila Mewo menepuk kepalanya yang masih cuba mengintai ruang di bawah meja.
"..what?No,aku intai ni bukan sebab aku rasa dia bawa balik lelaki entah dari mana masuk rumah aku..!"
Syazwan terdiam seketika.
Dahinya berkerut sebelum dia memicit kepalanya dengan riak wajah menyesal.
"..Apa benda aku ni..Fitnah orang tiba-tiba..Let's just wait for the answer..Okay,Syazwan?Okay."Syazwan mengangguk dengan riak wajah serius sebelum mengangkat tubuh Mewo lalu dipeluk erat.
Kakinya menuju ke arah biliknya sambil fikirannya cuba ditenangkan.
Tipu lah jika dia kata dia tidak curiga.
Tapi buat masa sekarang,let nature do its course.
9:00 P.M..
Syazwan melipat sejadahnya apabila dia selesai membaca doa.
Bunyi suis lampu yang dibuka dari luar membuatkan dia berpaling ke arah pintu biliknya yang masih tertutup rapat.
Handphone yang berada di atas katilnya dicapai.
'2 unread messages'
Aplikasi WhatsApp dibuka lalu nama 'Khairul :DD' ditekan.
'Have you eaten yet..?'-Khairul :DD
'I did.'
'When?'-Khairul :DD
'Earlier,pukul 5.'
'Nak aku bawa lauk lebih?'-Khairul :DD
'Eh,tak payah..susah-susah je..'
'Dah tu kau nak makan apa?'-Khairul :DD
'Roti lahh..Macam biasa.'
'Open the door,I'm in front of your house.'-Khairul :DD
'WHAT'
Syazwan mencampak handphonenya ke tepi lalu membuka pintu biliknya dengan kasar.
Qhaira yang sedang memegang botol minyak itu berpaling ke arah Syazwan dengan riak wajah tertanya-tanya.
Uh..mungkin tertanya-tanya memandangkan Syazwan tidak dapat melihat riak wajah perempuan itu.
"Qhaira,can you hide?"
"...okay."
"Thanks."
Qhaira membuka tombol pintu biliknya.
"Wait,not there..!"
Syazwan membuka pintu biliknya dengan riak wajah yang menyuruh Qhaira agar masuk ke dalam biliknya.
Beg baju Qhaira dicampak masuk ke dalam biliknya lalu tilam lebih yang berada di dalam bilik Qhaira diletakkan ke tempat asal.
"Don't come out unless I say so."
Qhaira hanya mengangguk tanpa menyoal apa-apa soalan.
Sebaik sahaja pintu biliknya ditutup,Syazwan menenangkan riak wajahnya sebelum membuka pintu.
Tepat sangkaannya,wajah Khairul dan Qaireena berada betul-betul di hadapan muka pintu.
Bersama dengan bekal makanan yang diisi dengan lauk-pauk.
"Kau kemas rumah ke apa?Lambat betul buka pintu?"soal Khairul dengan dahinya yang berkerut.
Salam diberi perlahan sebelum dia melangkah masuk diikuti dengan Qaireena di belakangnya.
"...I was doing stuff."
Syazwan memandang ke arah pintu biliknya sekilas dengan riak wajah cuak.
Kenapa dia rasa macam lelaki dekat dalam drama TV3 yang sorok perempuan simpanan bila isteri diorang balik dari shopping?
Macam mana diorang boleh buat benda macam tu,aku kat sini dah nak terkencing dah..!
"What stuff?"
"Cat."
"Ouh..where is she?"
"In her room."
Khairul memandang ke arah pintu bilik yang terletak tidak jauh darinya.
Bunyi kerusi yang ditarik membuatkan dia berpaling ke arah Syazwan yang sudah melabuhkan punggung di meja makan.
"..So..Are we eating now or what?"
"..Lapar lah tu."
"Ehehe.."
Qaireena menarik pintu peti sejuk bersaiz kecil itu di bahagian bawah.
Keningnya terangkat.
"..Oh..wow.Dah penuh.That's unusual?"
Qaireena tersenyum senget lalu berpaling ke arah Syazwan.Khairul memandang ke arah peti sejuk yang masih dibuka itu.Penuh dengan bahan masakan,dan gula-gula.
Gula-gula kegemaran Syazwan.
Qaireena menutup pintu sejuk di bahagian bawah.Pintu peti sejuk di bahagian atas dibuka.
"..Sheesh..You eat all this?"
Syazwan memandang ke arah bekas aiskrim bersaiz besar yang memenuhi setiap ruang peti sejuk itu.
Dia sendiri pun tidak tahu aiskrim itu wujud di dalam peti aisnya..!
Perisa kegemarannya pula tu..!
Qhaira yang belikan ke..?
Ini ke rahsia yang dia kata tu?
Eh,tapi macam tak logik..
"I...well..kadang-kadang rasa macam nak makan benda manis."
Syazwan menggosok lehernya bagi menenangkan jantungnya yang masih berdegup kencang.
"I see..Bagus lah tu..Kalau tak kosong je peti ais awak."kata Qaireena sebelum menutup pintu peti ais itu.
Kerusi di tarik untuk suaminya yang masih berdiri sebelum dia melabuhkan punggung di tepi lelaki itu.
"..are you guys going to be here for a long time?"soal Syazwan laju.
Khairul dan Qaireena yang sedang meletakkan lauk di atas nasi masing-masing saling berpandangan.
"..why?Awak tak suka kami datang ke?"
"N..No?Saya cuma..saja tanya."
Qaireena menjelingkan matanya ke atas.
Memikirkan sesuatu.
Kemudian ke arah Khairul.
"..Well..esok cuti.Kalau kau nak kitorang bermalam,boleh je--"
"T-- Tak..!Tak apa lah..Korang boleh je balik..I'm fine here alone."
Khairul menayangkan riak wajah simpati apabila terdengar ayat 'alone'.
Melihat riak wajah Khairul,Syazwan mula tersenyum kekok.
Rasa macam dia tersalah cakap je.
"..It's okay..maybe for today,we can stay here.We can sleep in Mewo's room."
"I-- BUT-- YOU CAN'T--"
"..why not?"soal Khairul dengan dahinya yang berkerut.
Syazwan mula panik ingin mencari alasan.
Dia bukan orang yang licik.
Menipu bukan juga perkara yang disukainya.
Tapi--
"..bilik tu bersepah."jawab Syazwan perlahan.
"Macam tak biasa pula.Selama ni kan elok je kitorang tidur dalam tu.We can clean it for you once in a while."jawab Qaireena pula bagi pihak Khairul.Khairul mengangguk setuju sambil mengunyah makanan yang disuap oleh Qaireena.
"...why are you so nice today..?..."soal Syazwan dengan bibirnya yang diketap.
"Apa?"
"N-- Nothing."
"..Hold on..let me go get my phone."
Khairul dan Qaireena mengangguk sebelum menyambung makan.
Syazwan membuka pintunya perlahan-lahan.
Pintu biliknya ditutup rapat sebelum dia memandang ke arah sekeliling.
"..Qhaira...?"
"...hm?"
Syazwan tersentak.Dadanya diurut sebelum dia menyengetkan kepalanya ke bawah katil.
Tubuh Qhaira yang sedang berbaring di dalam posisi mengiring itu membuatkan dia rasa bersalah.
"..i'm sorry..diorang kata diorang nak tidur dekat sini.."
"..it's okay,saya boleh tidur dekat taman kat luar."
"No..!Awak gila ke..?"
Qhaira memandang ke arah wajah Syazwan yang kelihatan panik itu.
"..sorry..you're in this situation because of me."
"....no..Saya yang pilih nak tolong awak."
"..sebab saya desak awak.."
Syazwan melepaskan keluhan berat.
Fikirannya cuha memikirkan jalan penyelesaian.
Dia tidak boleh menghalau Khairul dan Qaireena,kerana dia tidak pernah berbuat begitu.
Jika dia halau sekarang mesti mereka akan berasa ada sesuatu yang tidak kena.
"The least I can do is stay outside for tonight--"
"No,wait.We can sleep together..!"
Qhaira mengerdipkan matanya perlahan.
Syazwan meraup mukanya.
"Saya minta maaf saya dah tak tahu..!"
"..okey."
Kening Syazwan terangkat.
Wajah Qhaira yang masih ditutupi mask itu dipandang dengan pandangan tidak percaya.
"..let's sleep together."
"......a...awak tak takut?"
"I suppose not.Tidur je pun,kan?Lagipun saya boleh tidur bawah."
Syazwan mengetap bibirnya buat seketika.
Dia percayakan aku sampai setahap itu?..
"Okay,then.Please stay here for a while longer.I'm sorry.I know it's hot in here."Syazwan menarik comforter di atas katilnya agar tidak menutupi ruang di bawah katil.
Suis kipas dibiarkan terbuka.
"It's fine..you're hotter."
"..Pfft-- i hear that."
"..oops.."
Syazwan tergelak kecil.
Handphonenya diambil sebelum dia melangkah keluar semula.
Pintu biliknya ditutup rapat.
"..Lamanya.Ambil phone ke,buat phone?"soal Khairul dengan keningnya yang berjongket.
Qaireena yang sedang mencuci pinggannya sendiri berpaling ke arah Syazwan.
Nampaknya Qaireena sudah selesai makan.
Seperti biasa,Qaireena memang jenis yang makan laju.
"Sorry,sorry..Lupa tempat letak."jawab Syazwan dengan senyuman kekok.
"Huwaahh..Kenyang..Syazwan,pinjam bilik."
Syazwan tersentak apabila Qaireena melangkah masuk ke dalam biliknya.
Memang selalunya Qaireena berbaring di dalam biliknya selepas makan.Sama ada dia berbaring ataupun memandang langit dari balkoni kecil bilik itu.
"Qaireena..!Saya tak cakap boleh masuk pun kan..?!"
Qaireena berpaling ke arah Syazwan.
Kepalanya disengetkan.
"..biasanya awak bagi je?"
"Hari ni saya tak bagi.Duduk balik."
Khairul tergelak kecil apabila bibir Qaireena memuncung.Kepala isterinya diusap apabila Qaireena menayangkan riak wajah sedih.
Mata Qaireena mula melilau ke tepi.
Tubuhnya disengetkan ke arah Syazwan perlahan-lahan.
"Saya tak minat poligami."
"Perasannya."Khairul bersuara dalam nsda mendatar.
Qaireena hanya menayangkan riak wajah kosong sambil dia nenarik nafasnya.
"..You smell different."
"Whoa,what the hell.Apa ni bau-bau orang..?"
"I apologize for her behaviour.She likes to smell people."
Khairul perlahan-lahan menghidu bau bajunya di area ketiak sebaik sahaja dia berhenti bercakap.
"Don't worry you smell nice everyday."kata Qaireena tanpa memandang ke arah Khairul.
Khairul menghembus nafas lega.
Syazwan juga membuat perkara yang sama.
Bajunya dihidu.
Eh,kejap.Dia baru lepas mandi,kot?
Takkan lah tubuhnya sudah berbau..?
"..Don't worry..It's not bad..it's just..you smell different."
Khairul menyengetkan tubuhnya ke arah Syazwan.Bulu roma Syazwan muka meremang.
"..Indeed.Bau lain.Minyak wangi baru?Smells like woman's perfume.Hehe."
Syazwan terdiam seketika.
Qaireena dan Khairul juga ikut terdiam.
Senyuman pada mulut Khairul automatik menghilang.
"Qaireena.Go do a spot check."
"Wait,what?Why?!"jerit Syazwan dengan riak wajah pucat.Sudu yang dipegangnya sudah terlepas ke dalam mangkuk semula.
Melihat reaksi Syazwan,Khairul berjongket kening.
"..Nothing?Just wondering if you're hiding a girl or something."
"I did not..!Y-- You know about my past!I will never do something like that!"
"Wait,what?What past?Tell me,tell me!"
Qaireena yang baru mahu memulas tombol pintu Syazwan berpaling ke arah Syazwan semula dengan mata yang bersinar-sinar.
"Qaireena!Go search!"
"I will tell you,but you must not go in!"
"..uhh..that's a tempting offer.Urm.."
"Qaireena,listen to me!I told you to search!"
"Awak taknak tahu pasal kisah silam saya ke?You know,it's very tragic.Very dramatic."
Qaireena mula pening mahu mengikut arahan siapa.Mukanya diraup dengan riak wajah stress.
"Fine,I will do it myself!"
"No you don't!"
Syazwan dengan pantas berlari ke arah pintu biliknya.Tubuh Khairul ditolak ke tepi tanpa berfikir dua kali.
Qaireena sudah terlopong.
Tubuh Khairul disambut.
"There's nothing in here!Why are you so obsessed with my room?!"soal Syazwan dengan dahinya yang berkerut.Nadanya meninggi.
"Let me in then!!"jerit Khairul dengan cerlungan tajam.
"Why are we screaming so loud?!jerit Qaireena pula.
Khairul menyepak tubuh Syazwan ke tepi,Syazwan yang tidak menyangka Khairul akan menendangnya serta merta tertolak ke tepi.
Khairul memulas tombol pintu bilik itu.
Mata Qaireena melilau ke arah sekeliling.
Lampu bilik itu dibuka.
Qhaira perlahan-lahan berguling ke tepi apabila sebahagian daripada kawasan bawah katil itu menjadi cerah akibat cahaya bilik.
Kakinya ditarik ke arahnya.
Kaki Qaireena yang berjalan ke arah sekeliling membuatkan dia menahan nafas tanpa disedari.
"..Where's my privacy when I need one?Please,get out..!"
Suara Syazwan itu membuatkan dia meringkukkan tubuhnya.
Kaki Qaireena secara tiba-tiba terhenti.
Kipas di bilik itu ditutup.
Suasana yang sunyi itu membuatkan Khairul berpaling ke arah Qaireena.
Kening Qaireena terangkat.
Tilam katil itu diangkat menggunakan sebelah tangan.
"Hehe.I could hear your breath."
Qaireena menyengetkan kepalanya ke tepi apabila ada sesuatu melayang ke arahnya dengan laju.
"Is that a knife?.."
Khairul menarik pisau lipat yang melekat pada almari baju.
Wajah Syazwan dipandang dengan riak wajah terkedu.Syazwan juga menayangkan riak wajah yang sama.
Mendengar jeritan kecil Qaireena,Khairul berpaling ke arah isterinya dengan riak wajah risau.
"Ow.."
Qaireena melepaskan tilam katil itu.
Tangannya yang terhiris itu dipandang lama.
"Are you okay..?"soal Khairul sambil cuba menekup darah pada tangan Qaireena menggunakan sapu tangannya.
"..That hurts,you piece of shit..!"jerit Qaireena sebelum menolak katil itu ke tepi menggunakan kakinya.
Syazwan sudah terlopong.
Qhaira tersentak apabila tubuhnya kelihatan.
Dengan pantas dia berguling ke arah bawah katil semula tetapi lengannya sudah dipegang erat.
"Give me your hand!I'm just gonna stab you,like you stab me!"
"Stop it!Stop it!"jerit Khairul sambil cuba memisahkan Qaireena daripada perempuan yang dia sendiri pun tidak tahu siapa.
"Let me stab her just this once!"jerit Qaireena sambil memegang erat pisau di tangannya.
Tangannya yang digigit itu membuatkan dia menjerit kesakitan tetapi lengan perempuan itu masih digenggam erat.
Lengan Qhaira digigit kuat.
"..Ahk..!!"
Qhaira menarik lengannya dengan kuat sambil kakinya menendang wajah Qaireena berkali-kali.
"DAH!CUKUP!!"
Qaireena dan Khairul berpaling ke arah Syazwan yang kelihatan menggigil.
Syazwan memejam matanya buat seketika.
Qaireena yang melihat semua orang terdiam,menghiris tangan Qhaira dengan laju sebelum menjauhkan dirinya daripada perempuan itu.
Pisau di tangannya dicampak ke tepi sebelum dia membenamkan wajahnya ke arah baju Khairul.
"...Qhaira...come out.."
Qhaira yang masih berada di bawah katil itu perlahan-lahan merangkak keluar.
Wajah Syazwan dipandang sebelum pandangannya dibuang ke arah lantai.
"......sorry....saya..panik.."
Syazwan terdiam seketika.
Keluhan berat dilepaskan.
Tuala kecil yang disangkut di belakang pintu ditarik lalu ditekup ke arah tangan Qhaira yang masih mengeluarkan darah dengan laju.
"..where did you get the knife..?"
"..i stay outside before.Itu lah cara saya mempertahankan diri."
Syazwan memandang ke arah Qhaira.Lama.
"..sorry..saya tipu.Saya baru beli tadi..Nampak cantik.Tak sangka pulak saya akan guna untuk...itu."
Qhaira bersuara lalu berpaling ke arah Qaireena.
Tangan perempuan itu dipandang sekilas sebelum dia memandang ke arah wajah Qaireena.
Masing-masing saling mencerlung tajam.
"Hahh....Let me explain..And no,dia bukan perempuan simpanan."
Kening Qaireena terangkat kemudian berjongket.
Wajah Khairul berpaling meminta perjelasan.
Khairul hanya membalas dengan menggosok kepala Qaireena.
Qaireena menolak katil yang sudah senget itu seperti sedia kala menggunakan kakinya.Pisau lipat di atas lantai itu diambil sebelum dia mengikut langkah Khairul dari belakang.
Tangannya yang dibalut menggunakan sapu tangan Khairul membuatkan dia tersenyuk sebelum dia memeluk tubuh suaminya dari belakang.
"..Qaireena..I can't walk-"
Melihat bibir Qaireena yang memuncung,Khairul hanya melepaskan keluhan pasrah sebelum mengikut langkah Syazwan yang menuju ke arah ruang tamu.
Wajah Syazwan yang kelihatan serba salah itu dipandang lama.
Dah berapa lama diorang tinggal berdua agaknya?..
Share this novel