BAB 59 :Die..?

Romance Series 12091

..........

Amy memeluk lututnya.
Kawasan di sekelilingnya yang kelihatan retak itu membuatkan dia perlahan-lahan mengangkat punggungnya.
Kakinya melangkah ke arah destinasi yang tidak diketahui.
Selepas beberapa minit melangkah,sebuah hologram muncul di hadapannya.

'Exploration Progress: 85%'

'Do you want to continue?'

-Yes
-No

Amy memandang butang 'Yes' dengan riak wajah kosong.
Butang 'Yes' itu ditekan lama.

'What's the point of it all anymore?'soal hologram itu.
Mata Amy mula berkaca sebelum dia menundukkan wajahnya dengan riak wajah sayu.

'You've been going on the same adventure for years.The only thing that changes are the side characters.'

Amy mengetap bibirnya lalu kakinya melangkah ke depan semula.Semakin jauh dia berjalan,semakin pelik kawasan di sekelilingnya.
Kaki Amy terhenti buat seketika apabila dia terdengar bunyi suara seseorang.
Matanya beralih ke arah pintu yang terletak tidak jauh darinya.Kakinya.melangkah ke arah pintu itu perlahan lalu tombol pintu itu dipulas.

...

Amy memandang ke arah dirinya yang sedang berdiri di depan pintu pagar sekolah.Dirinya yang berumur 5 tahun itu berpaling ke arah kawannya yang didukung oleh seorang ayah.Matanya dikerdipkan perlahan.

'You wanted a father.'hologram di hadapannya muncul secara tiba-tiba.

Amy menundukkan wajahnya.
Kawasan di sekelilingnya mula berubah semula apabila dia menutup semula pintu itu.
Sebaik sahaja dia berpaling ke belakang,kawasan di sekelilingnya sekali lagi bertukar.
Kali ini dia berada di dalam sekolah.

Amy memandang ke arah dirinya yang berumur 8 tahun itu.
Dirinya yang sedang memandang orang lain bergaul dengan senyuman lebar di bibir.
Amy masih ingat apa yang difikirkannya sewaktu itu.
Mungkin jika dia mengubah personalitinya,dia akan digemari ramai?

'You wanted a friend.'hologram di hadapannya memaparkan kata-kata itu.

Kali ini,Amy tidak bergerak,tetapi kawasan di sekelilingnya tetap berubah.
Kelibat ibunya yang sedang menangis membuatkan matanya terbuntang.
Jantungnya mula berdegup kencang apabila dia melihat kesan merah pada pipi ibunya.
Kesan tamparan.
Dia masih ingat tragedi ibunya dihalau dari rumah keluarganya sendiri.

'You wanted a family.'

Amy mengalihkan pandangannya lalu melangkah jauh dari tempat itu.Tangannya mula menggeletar sebelum dia tiba-tiba tersadung.
Dia sempat mengimbangi tubuhnya sebelum dia terjatuh.
Wajahnya diangkat lalu dirinya yang sedang menoreh tangan dengan riak wajah kosong itu dipandang lama.
Darah dari lengannya menitik ke atas lantai.

'You wanted to be happy.'

Amy perlahan-lahan menekup telinganya apabila kepalanya mula berserabut.
Matanya terbuntang apabila dirinya yang berpakaian hitam secara tiba-tiba muncul di hadapannya.
"Why don't you kill yourself?"

'Amy..!!'

Mata Amy terbuntang.

..........

Amy tersentak apabila kaca di tangannya ditarik kasar.
Wajah Airiqa yang kelihatan kecewa itu membuatkan dia mengerdipkan matanya dengan riak wajah kosong.
Matanya beralih ke arah cermin yang sudah dipecahkannya tadi.
"...sorry."

Airiqa tidak membalas.Punggungnya perlahan-lahan dilabuhkan di atas lantai.Lengan Amy dipegang dengan berhati-hati.
"..Amy..why..?"

Amy tidak menjawab soalan itu.
Lukanya yang perlahan-lahan di sapu oleh Airiqa itu dibiarkan.
"..Don't do this Amy...You're killing me."bisik Airiqa dengan matanya yang berkaca.Dahinya ditekup pada tangan Amy apabila matanya mula berkaca.

"Saya cuba buat awak happy..What else could I do to make you happy?.."soal Airiqa tanpa memandang ke arah Amy.
Sangkanya Amy sudah semakin pulih sewaktu dia melihat perempuan itu tersenyum semasa mereka menunggang motosikal bersama-sama dengan Aira.

"..Saya...nak balik."
"..Not yet,Amy..You have to stay here with me."
"No."
"Kalau awak balik pun,I doubt you would feel any better."
Amy hanya mendiamkan diri.
Lengannya yang dibalut itu dibiarkan.

"Amy..awak nak apa..?"soal Airiqa yang sudah mula buntu mahu melakukan apa.

"....ga.."
Airiqa mengangkat wajahnya untuk memandang ke arah Amy.
Air mata Amy yang menitis laju itu membuatkan matanya terbuntang.

"Saya nak...keluarga saya...balik.."
Airiqa kelihatan seperti mahu berkata sesuatu tetapi tidak tahu mahu berkata apa-apa.
Wanita itu mengetap bibirnya sebelum tubuh Amy dipeluk erat.
Dia tidak tahu mahu berkata apa untuk membuat Amy rasa lebih baik.
Bagaimana jika dia tersilap cakap dan memburukkan keadaan?..

"Amy..awak taknak..pergi kaunseling?"
Mata Amy terbuntang sebelum dia mula meronta dari pelukan Airiqa.

"Kau ingat kaunseling boleh tolong aku ke?!"
Apabila wajah Amy berubah lain macam,Airiqa memeluk tubuh Amy dengan semakin erat.

"Okey,Amy.Okey.I'm sorry.My bad.I won't say that again..forgive me."
Amy mengetap bibirnya lalu wajahnya dibenamkan pada bahu Airiqa.
Dia pun tidak tahu sama ada ubat yang ditelannya setiap hari untuk menstabilkan emosinya berkesan atau tidak..
Mahu sahaja dia menelan semua ubat itu.
Tapi ubat itu bukan dengannya.

Amy memejam rapat matanya.
Fikirannya kosong sambil dia membiarkan dirinya hanyut.

....

Airiqa perlahan-lahan membaringkan tubuh Amy di atas katil.Nafas lega dihembus tanpa bunyi.
Lengan Amy yang sudah berbalut itu dipandang lama sebelum dia meraup mukanya sendiri.
Dahinya berkerut apabila matanya mula berkaca.
'Apa lagi aku nak buat..?Kurung dia dalam ni?..Sampai bila?'

Airiqa melangkah keluar dari biliknya lalu menuju ke dapur.Tekaknya sudah terlampau kering.
Sebaik sahaja dia tiba di dapur,kelibat Aira yang sedang berdiri di depan meja makan itu menarik perhatiannya.
"Aira.What are you doing?"

"Letters..!"
Aira menunjuk kertasnya yang penuh dengan corak berwarna warni.

"Letters..?"
"Untuk..Amy..!"
Airiqa menuang air ke dalam gelasnya lalu menuju ke arah Aira sambil meneguk air tersebut.
Isi kertas itu dipandang lama.
Melihat ayat yang ditulis,mata Airiqa terbuntang buat seketika.

"Do you..think...Amy will..like it..?"
Airiqa mengangguk laju dengan senyuman senget.
Kepala Aira diusap perlahan.
"Bila nak bagi tu?"
"Lepas ni..!Dah nak siap dah.Nak letak sticker..!"
"Need some help?"
Aira mengangguk lalu membiarkan Airiqa menampal sticker berbentuk kucing itu pada kertasnya.
Selepas beberapa minit berlalu,Aira mengambil sampul surat di tepinya yang sudah dihias dengan sticker berbentuk 'love' lalu kertas itu dilipat dan diletakkan ke dalamnya.

"Siap..!"
Aira bersuara dalam nada ceria lalu melangkah turun dari kerusinya sebelum melangkah laju ke arah anak tangga.
Pandangannya beralih ke arah Airiqa yang memandang ke arahnya dengan pandangan redup.

"Are..you coming?.."soal Aira sambil menyengetkan kepalanya.Tetapi Airiqa menggelengkan kepalanya.
Dahi Aira berkerut.

"Go ahead.She's asleep."
Aira hanya membalas dengan anggukan sebelum berlalu pergi.
Melihat kelibat Aira yang menghilang,Airiqa menongkat pipinya dengan riak wajah kosong.
Mungkin Amy sudah tidak mahu melihat mukanya.
Tapi entah lah.
Dia tidak berasa mahu melepaskan perempuan itu.
Buat masa sekarang.
Mungkin itu akan membuat Amy lebih benci terhadapnya tapi..kali ni saja..dia mahu mementingkan diri sendiri.

Airiqa menekup mukanya ke arah lengannya yang diletakkan ke atas meja sebelum matanya ditutup.
Sudah berapa hari dia tidak dapat tidur lena..?
Tapi..mungkin Amy pun tidak dapat tidur lena memandangkan isu dengan keluarganya masih belum selesai.

Agaknya..apa khabar mak dia..?..
Mak dia pun nampak macam terlebih risau..
Jauh beza dengan...

'Berambus kau dari rumah aku!!'

........

Airiqa tidak berkata apa-apa.
Kelibat ibunya yang menghalaunya dari rumah dipandang dengan riak wajah kosong.
"Wow.Really?Kicking me out just because of small things?"soal Airiqa dengan senyuman hambar.Sejujurnya dia sudah agak akan jadi begini.
Cuma...dia menganggap yang sangkaannya salah.
Walaupun sangkaannya selalu betul.

"Small things?You liking someone that have the same gender as you is not a small thing!"
Airiqa mengetap bibirnya.
Penumbuknya digempal sebelum dia menurunkan wajahnya.Tidak mahu melihat wajah ibunya.Dan juga wajah ayahnya yang tidak bersuara.

"Yes.That's true.But that doesn't mean I'm going to marry them.I still know what's right and wrong.What's wrong with me liking them?You think I can stop who I fall in love with?!"
Kata-katanya itu menaikkan lagi kemarahan ibunya sebelum pipinya ditampar dengan kuat.

"You're not my daughter anymore.Leave.And dont come back."
Pagar yang ditutup didepannya dipandang lama sebelum dia berlalu pergi dari rumah itu.

..........

Airiqa tersentak dari lamunannya apabila terdengar bunyi suaranya dipanggil.
"Airiqa..!!"

Airiqa memandang ke arah Irina yang berlari ke arahnya dengan riak wajah pucat.
"What?What is it?Why are you running?"soal Airiqa dengan dahi berkerut.

"Amy--"
Kata-kata itu sudah cukup untuk membuatkan dia berlari ke arah biliknya.
Tercengang Irina dibuatnya sebelum dia juga turut mengejar Airiqa dari belakang.

Aira memandang ke arah Amy dengan riak wajah tegang.
Tangannya menggeletar.
"..Amy..this...is not..nice."

Amy tidak menjawab.Wajah Aira yang kelihatan pucat itu dipandang lama.
Pergelangan tangannya yang dipegang erat oleh Aira dipandang sekilas sebelum sebelah lagi tangannya cuba menepis tangan Aira ke tepi.
"Amy,stop that..!!"jerit Aira sekuat-kuat hatinya.
Hana yang berada di belakangnya sudah kelihatan panik.
Telefon di tangannya dipegang erat.

Pintu bilik yang ditolak dengan kasar itu membuatkan Hana terjerit kecil sebelum berpaling ke arah Airiqa yang berlari ke arah Aira yang memegang tangan Amy daripada jatuh dari balkoni.
"Amy..Give me your hand..!"

Amy menjatuhkan sebelah tangannya dengan riak wajah kosong apabila Airiqa muncul di sebelah Aira.Tangan kirinya yang dipegang erat membuatkan dia berdecit.
"Airiqa.Let go of me.Awak tak rasa penat ke jaga saya..?Hm?"

"Lagi penat saya nak jawab soalan mak awak kalau dia tanya saya awak pergi mana!!"
Aira cuba menarik tangan Amy tetapi gagal.Tubuhnya juga hampir jatuh dari balkoni sebelum dipegang erat oleh Irina dan ditarik jauh dari balkoni itu.

"Mak saya...Ah.Saya kesian dekat dia.Sebab lahirkan orang macam saya.."
"Amy,she love you.."
"Yeah...But I do not love myself."kata Amy dengan riak wajah kosong.Tangan Airiqa yang menggeletar itu membuatkan dia tergelak kecil.
Titisan hujan yang tiba-tiba jatuh ke atas pipinya membuatkan dia mengetap bibir.

"Airiqa.Lepas."
"No.Saya taknak."
"Selfish."
"Ya.Memang!"
Airiqa cuba menarik tangan Amy tetapi semakin ditarik,semakin tergelincir pegangannya.

"Amy,please..bagi sebelah lagi tangan awak..?"
Amy mendongakkan kelalanya ke arah langit.
Dirinya yang berpakaian hitam di sebelahnya melepaskan keluhan berat.

'Can't even die in peace.'kata dirinya sambil memandang ke bawah.Senyuman senget terukir.

'Kalau kita jatuh ni,mesti leher kita tertusuk dekat pagar besi tu kan?Benda tu nampak macam tajam..!'
Dirinya menarik sebelah tangannya untuk menuju ke bawah.

'Jom?I mean..Kita tak habiskan lagi pengembaraan kita dengan Syamimi and Arissa..I wanna know what happen next..!'
"Amy!!Dengar lah cakap saya..!!"
Amy memandang ke arah wajah Airiqa semula.
Wanita itu kelihatan seperti mahu menangis.Sejujurnya,bersalah pula Amy yang melihatnya.

"Give me your other hand.."
Amy memandang ke arah Aira sekilas.
Wajah ibunya bermain di dalam kepalanya.

'Gurl.Seriously.Die.Kau nak hidup untuk apa?You don't even have a family anymore.'kata-kata yang datang dari fikirannya sendiri membuatkan dia mula menarik tangannya dengan kasar.

"Amy,stop that!You're going to fall!"
"Let me!"
"No!Do you want to leave your mother?Do you want to leave Aira?"soal Airiqa bertubi-tubi.Mengharapkan kata-katanya boleh menghentikan perbuatan perempuan itu.Tetapi Amy hanya membuat tidak endah.

"Do you want to leave me?!"
Amy tersentak buat seketika apabila Airiqa menjerit dalam nada lantang.
Air mata Airiqa yang jatuh ke arah kelopak matanya jatuh ke arah tubir matanya sebelum mengalir ke tepi.

"I don't want you to leave me,okay?"kata Airiqa lagi dalam nada terdesak.
Mungkin Amy sedang memikirkan kata-kata yang sesuai untuk menjawab.
Tidak.Dia tidak akan membenarkan perempuan itu menjawab.

"Saya-"
"So what if you don't have a family?!"
Ayat yang ditulis di dalam surat Aira tadi bermain di dalam fiirannya semula.

'I hope..you and Airiqa can become my new family.And we will live happily ever after.Like in the fairytale.'

"You have me.You have Aira!I can be your family!"
Mata Amy terbuntang apabila air mata Airiqa semakin laju mengalir jatuh ke arah pipinya.

"I can take care of you!You're not a burden,sebab saya yang nak jaga awak,Amy!I want you to live!With me!I want to see you happy!Why do you care so much about not having any family when you have me?!!"jerit Airiqa dalam nada kasar.
Sejujurnya dia geram.
Apabila usaha yang dilakukannya untuk membuat perempuan itu gembira sentiasa gagal.
Tapi..tak bermaksud dia mahu berputus asa dengan Amy.
Dia mahu melihat perempuan itu senyum.

Oh.Mungkin aku risau sangat dekat dia...
Sebab aku suka dia..?
Oh.
Haah.
Aku suka dia..
I want her to stay with me..
And be my soulmate.
Kenapa baru sekarang aku sedar-

"Don't die damn it!!Awak-- Pedulikan kawan awak!Pedulikan keluarga awak!Pedulikan ayah awak!Pedulikan semua orang yang tinggalkan awak!Live with me instead and let me love you!Don't push me away!Your're hurting me you know..?!"
Irina dan Hana sudah menekup mut masing-masing.
Aira sudah menayangkan riak wajah terkejut sebelum dia juga turut menyuarakan perasaannya.

"Aira,love you..too!You,and Airiqa..!My family!!"jerit Aira sekuat-kuat hatinya.
Bunyi hujan yang semakin kuat itu membuatkan Amy termenung buat seketika.
Jika dia menarik tangannya sekarang,pasti dia akan terjatuh.Tapi..

"....really?"soal Amy perlahan.
"Really,Amy..I really do care about you.."jawab Airiqa dengan riak wajah sayu.

"Promise...you won't leave me..?"soal Amy lagi.
"I promise."jawab Airiqa lagi.Suaranya kedengaran terdesak.
Amy memandang ke arah Airiqa lama sebelum mengangkat sebelah lagi tangannya ke arah Airiqa.
Mata Airiqa terbuntang lalu kedua-dua lengan Amy mula ditarik sekuat-kuat hatinya.
Irina dan Hana juga turut membantu apabila tubuh perempuan itu sudah hampir dengan lantai balkoni.

Amy membiarkan tubuhnya ditarik dan dipeluk erat oleh Airiqa.
Tangan Airiqa yang menggeletar itu membuatkan dia menyandarkan kepalanya ke arah bahu wanita itu.
Tubuh wanita itu dipeluk erat sebelum matanya dipejam.
Bunyi hujan lebat kedengaran jelas di telinganya.
Dirinya yang berpakaian hitam memandang ke arahnya dengan riak wajah menyampah sebelum menghilangkan diri.

Amy membiarkan Aira memeluk tubuhnya.
Dia tidak berapa menyukakan pelukan.
Tapi sekarang..entah kenapa dia berasa selamat di dalam dakapan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience