Syazrif perlahan-lahan membuka matanya.
Dia menggeliat buat seketika sebelum dia menuruni katil.
Lantai yang berasa sejuk itu membuatkan dahinya berkerut buat seketika.
Matanya diurut.
'...ini bilik...'
Syazrif termenung buat seketika.Kepalanya yang berasa sedikit pening itu membuatkan dia menggeleng kepala.
Pandangannya beralih ke arah lengannya yang kelihatan berbekas dengan kesan jari seseorang.
"..huh..?"
Tidak lama kemudian,seperti baru tersedar dari mamai,dahi Syazrif mula berkerut.
Lengannya dipandang buat kali kedua dengan mata terbuntang.
"..Wait what the..?"
Serentak dengan itu,Sharika tiba-tiba melangkah masuk dengan wajahnya yang kelihatan seperti tidak cukup tidur.Pintu bilik itu ditutup rapat dan dikunci.
Sebaik sahaja dia berpaling,tubuh Syazrif yang masih lagi berada di atas katilnya,membuatkan langkahnya terhenti.
Syazrif juga turut memandang ke arahnya dengan mata terbuntang.
Kedua-duanya tidak bersuara buat seketika sehingga lah Sharika berdehem.
"..good morning."
"Kenapa saya dekat dalam bilik awak?.."
"..."
Sharika menggosok lehernya yang masih ditutupi dengan tudung.Riak wajah kekok jelas kelihatan.
"Ada apa-apa berlaku ke semalam..?"
"No,no...uhh.."
Sharika memandang kesan gigitan pada leher Syazrif yang masih kelihatan jelas.
Oof.
Ingatkan kesan gigitan itu akan hilang bila sudah pagi-
Tapi kenapa nampak macam semakin jelas..?
"Something happen last night,huh?"soal Syazrif lagi apabila melihat wajah Sharika yang kelihatan serba salah.Pertama kali dia melihat riak wajah itu pada wanita yang bernama Sharika.
Sharika hanya mengangguk.
"Okay..What happen last night..?"
Sharika yang tidak tahu mahu menjelaskan hal yang sudah terjadi semalam dengan lebih lanjut,mengambil cermin bersaiz sederhana di tangannya lalu menghulurkannya ke arah Syazrif.
Kening Syazrif berjongket.
Sharika mengalihkan pandangannya sebelum menuding ke arah lehernya sendiri.
Cermin itu ditolak ke arah Syazrif.
Dengan riak wajah pelik,Syazrif mengambil cermin itu lalu dihalakan ke arah mukanya.
Kesan gigitan pada lehernya yang kelihatan jelas itu membuatkan dia terjerit kecil.
Cermin di tangannya di campak ke tepi dengan laju.
PRANGG!!
"Apa saya dah buat?Apa awak dah buat?Apa kita dah buat?!"soal Syazrif lalu menekup lehernya menggunakan kedu-dua tangannya.
Wajahnya kini berona merah dan juga kelihatan pucat dalam masa yang sama.
Kombinasi yang agak pelik.
"..sorry.It was my fault.Saya cuai."
"Huh?!Jangan cerita sekerat lah!Apa dah jadi semalam?!"
"Someone drugged the water that you drank.Ah..Rasanya motif orang tu nak buat aku atau Syahril yang mabuk.Tapi kau pula yang.."
Melihat riak wajah Syazrif yang sudah kelihatan terkejut itu,Sharika mula memegang inhaler di dalam poket kardigannya.
Bimbang jika lelaki itu tiba-tiba terkena serangan asrama kerana terlalu terkejut.
"Drug?What the hell?..Saya yang buat minuman tu,saya tak letak apa-apa pun dalam tu!"
"Saya-- Ehem..!Aku tak cakap pun kau yang letak..Orang lain yang letak."
Syazrif mengetap bibirnya lalu memejam matanya dengan kuat.Kemudian,dia membukanya semula.Oh.Bukan mimpi.
Sharika mengeluarkan dompetnya lalu menyerahkan duit yang berjumlah RM 500 untuk Syazrif.
"Pretend nothing happen last night..Sorry."
Syazrif memandang duit itu,kemudian ke arah Sharika dengan mata terbuntang.
Dahinya berkerut sebelum dia mengambil duit itu dengan kasar kemudian diramas seperti sampah.
Duit di tangannya yang sudah di ronyok itu di campak ke arah wajah Sharika.
"Awak ingat saya ni apa?!"
Sharika menggosok pipinya dengan riak wajah kosong.
Okey.Memang patut pun dia dijerkah sebegitu.
Tapi kenapa dia berasa tidak adil..?
"Kenapa awak salahkan saya ni?!Awak yang goda saya dulu..!"
Syazrif tersentak.
Kemudian dia menuding wajahnya sendiri dengan riak wajah tidak percaya.
Sharika mengangguk sambil berpeluk tubuh.
"Kenapa awak layan?!"
"You pull me first for a kiss and then..!"
"Aaaaa!!Stop!STOP!Saya taknak dengar!This isn't happening..!"
Syazrif mula menjauhkan dirinya daripada Sharika lalu mengesot ke arah hujung katil itu.
"Apa jadi semalam?Apa lagi yang saya dah buat?"soal Syazrif lalu mengambil bantal di tepinya dan digunakan sebagai perisai apabila Sharika melangkah ke arahnya.
"Seems like you want me to do you--"
"ARH!!Kenapa semua benda yang keluar dari mulut awak semakin teruk?!"
"Kenapa pula saya nak menipu?..Awak tak ingat langsung ke apa jadi semalam?"
Syazrif terdiam seketika lalu mula mengingati peristiwa semalam.
Semalam..
Dia sediakan makan untuk Sharika dan Syahril..
Diorang gaduh..
Minuman tak habis..Jadi dia lah yang tolong habiskan.
Lepastu...
Serta merta perkara yang terjadi semalam bermain di dalam mindanya.
"Tak.TAK!TAK INGAT!Saya taknak ingat!Saya takkan ingat!"
Syazrif menggeleng kepalanya sebelum menekup wajahnya ke arah bantal.
Tubuhnya yang menggeletar itu cuba ditenangkan.
Apabila katil yang didudukinya itu berasa seperti tenggelam,Syazrif mengangkat wajahnya.
Sharika yang sudah berada di hadapannya itu membuatkan dia terjerit kecil sebelum dia kebelakang.
Melihat tubuh Syazrif yang hampir terjatuh,Sharika dengan pantas memegang pinggang lelaki itu.
"Alright,listen.Okey.Salah saya sebab..uhh..kalah dengan nafsu--"
"Don't say it like that!It's weird!"jerit Syazrif dengan riak wajah malu bercampur marah.
Pinggangnya yang masih lagi ditahan oleh perempuan itu ditegakkan.
Tangan Sharika pada pinggangnya ditepis.
"Okay!Okey,saya salah.Saya tahu saya salah,but right now,you need to calm down first.Alright?Kalau Safaira dengan Safiy tahu tentang ni.."bisik Sharika perlahan.Tangannya memegang erat lengan Syazrif.
Ah.Dia lupa dia tidak memakai sarung tangan.
Lengan lelaki itu perlahan-lahan dilepaskan.
"They will explode."jawab Syazrif dengan dahi yang berkerut.
Riak wajahnya tiba-tiba bertukar serius.
"What?Uhh..Ye-Yeah.Yeah they will explode and die because of rage.So this is our secret.Alright?Nothing happen.Saya bayar awak,double."
Sharika membetulkan semula duit yang dicampak ke arahnya tadi yang sudah berselerak di atas lantai kemudian menambah RM 500 pada duit itu.
"Saya bukan nak buat awak rasa macam pelacur--"
"ARHH!!DIAM!"
"Okey,okey..Anggap lah ini sebab saya dah cederakan awak.Lagipun saya memang sepatutnya bayar RM 500 kalau awak dapat apa-apa kecederaan sewaktu bekerja kan?"
Syazrif memandang ke arah duit itu sebelum perlahan-lahan mengambilnya dengan riak wajah serba salah.
"Okey.Sebab awak bayar,saya maafkan awak."
"Wow.Your dignity is cheaper than I thought."
"Say that again,I dare you!"jerit Syazrif lalu lengan Sharika dicubit dengan sekuat-kuat hatinya tetapi perempuan itu langsung tidak menjerit.
"Tak sakit?"
"..Oh,uhh..Tak."jawab Sharika sepatah seperti baru tersedar dia telah dicubit.
Dahi Syazrif berkerut sebelum dia perlahan-lahan melangkah ke arah pintu biliknya.
"..Nothing happen last night right?I'm serious..Apa je kita buat semalam..?"
"Kissing and biting."
Syazrif mendengus perlahan sambil meraup wajahnya sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya dengan riak wajah penat.
Sebaik sahaja pintu bilik itu tertutup,Sharika memandang ke arah cermin miliknya yang sudah pecah itu.
Mn.Bagus lah.Memang dia mahu membuang cermin itu pun.
Lagipun itu cermin pemberian Syahril.
"Urgh..Tapi menyusahkan lah pula nak kemas.."
Syazrif menyikat rambutnya sambil memandang ke arah cermin bilik air itu selepas dia selesai mandi.Kesan gigitan pada lehernya membuatkan dahinya berkerut.
Pandangannya kemudian beralih ke arah bibirnya yang mempunyai luka kecil.
Keluhan berat dilepaskan.
"Kalau budak-budak tu nampak macam mana?Apa aku nak cakap?.."
Pintu biliknya yang diketuk dari luar membuatkan dia tersentak.
'It's me.Sharika.'
Syazrif dengan pantas membuka pintu bilik itu.
Pandangannya melilau ke arah bilik Sharika.
Biasanya Safaira atau Safiy yang akan masuk ke dalam biliknya setiap pagi.
"Awak dah mandi?Good.Come here."
"What are you doing?.."
Dagunya yang ditolak ke atas membuatkan wajahnya berona merah apabila wajah Sharika menghampirinya.
"Saya nak tutup kesan tu.Nanti kalau Safaira nampak.."
Sharika tidak menghabiskan kata-katanya.
Dia pun tidak tahu apa akan terjadi jika Safaira mengetahui tentang hal ini.
Safiy mungkin akan kelihatan tenang dan cuba memahami keadaan,tetapi budak perempuan itu akan meletup.
Serius.Meletup.Boom.
Handyplus yang dilekatkan di bahagian kiri atas dan kanan bawah lehernya membuatkan Syazrif berasa tidak selesa.
"..Hm..I should put one more."bisik wanita itu perlahan.
Sekarang,Syazrif mempunyai empat handyplus di bahagian lehernya..dan ditambahkan dengan riak wajah tidak puas hati Syazrif.
"Okey.That should be enough."
"Kalau diorang tanya kenapa dengan leher saya,apa saya nak jawab?"
"Cakap je saya mengamuk,jadi saya cekik awak,lepastu kuku saya terguris kulit awak."
Dahi Syazrif berkerut.
Wajah Sharika yang kelihatan serius itu dipandang dengan riak wajah tidak percaya sebelum dia melepaskan tawa hambar.
"Mengarutnya!Tak boleh fikir alasan lain ke..?"
6:00 A.M...
Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi,Syazwan masih lagi berbaring di atas katilnya dengan riak wajah kosong.
Setiap kali dia ingin melangkah turun dari katil,badannya berasa berat,dan dia terbaring semula di atas katil.
Dia bukannya sakit..
Cuma...
Bunyi pintu yang diketuk membuatkan Syazwan berpaling ke arah pintu sekilas sebelum meringkukkan tubuhnya ke dalam selimut.
"..go away.."
'Awak okey?..Kenapa awak kunci pintu bilik awak?..'
"Suka hati saya lah nak kunci ke tidak.."jawab Syazwan dalam nada malas.
Sangkanya Qhaira sudah berangkat ke sekolah memandangkan rumah itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi.
Kucingnya yang berwarna hitam itu masih lagi nyenyak tertidur di atas meja yang terletak di hujung katil.
'Kenapa ni?..Saya ada buat salah ke?..'
Dahi Syazwan berkerut.
Bantal di bawah kepalanya di ambil sebelum dia menekup telinganya menggunakan bantal itu.
Ini bukan salah Qhaira..
Ini salah dirinya sendiri.
Selepas apa yang Qhaira katakan semalam,moodnya merudum 100%.
Dia bukan lah seseorang yang boleh dikatakan 'tidak memahami perasaan sendiri' seperti di dalam novel klise yang selalu dibacanya itu.
Dia tahu dia cemburu.
Dia cemburu kerana Qhaira mempunyai orang yang disukai.
Jadi maksudnya,dia ada perasaan pada Qhaira.
Tapi kenapa?!
"..hahh..kill me already.."bisik Syazwan perlahan dalam nada suara merengek.
Wajahnya diraup dengan kasar.Matanya dipejam serapat yang mungkin.
Sejak kebelakangan ini dia sudah mencuba sedaya upaya untuk tidak melayan perasaan yang hadir di dalm hati,tetapi selepas apa yang diberitahu Qhaira semalam.
Perasaan itu seperti..Boom!
Meletup!
Selepas beberapa minit berlalu,Syazwan baru sahaja ingin memaksa dirinya untuk bangun,namun pergerakannya tergendala akibat pintu biliknya yang dibuka luas.
Qhaira yang sudah memakai baju sukan sekolah, berdiri di hadapan muka pintu itu dengan dahi yang berkerut.
"..bu..bukan saya kunci ke?"
"Awak buat saya risau,saya terpaksa buka."
Syazwan memandang ke arah klip kertas yang melekat pada lubang kunci tombol pintu itu.
Keningnya terangkat sebelum dia berbaring semula.
Sekarang bila dia melihat muka Qhaira,rasa seperti semakin penat pula.Patut ke dia minta cuti je hari ni?
Tapi jika dia cuti,Qhaira juga akan cuti.
"I'm fine..Get out."
Apabila berasa seperti kata-katanya terlalu kasar,pandangannya beralih ke arah Qhaira.
Wajah perempuan itu kelihatan sedikit terkejut,tetapi dengan pantas disorok dengan wajah kosong biasanya.
"Okay,then..Pergi lah mandi dulu.Saya nak siapkan sarapan."
Pintu itu ditutup semula.
Syazwan melepaskan keluhan berat sebelum menolak bantalnya ke tepi.
Kucingnya yang berwarna hitam sedang sibuk menjilat bulu.
Syazwan memandang ke arah siling biliknya buat kali terakhir sebelum mengambil tuala mandinya.
6:50 A.M..
Syazwan melangkah turun dari bas dengan dahi yang berkerut.
Budak-budak di dalam bas tadi pun perasan akan wajahnya yang kelihatan agak tegang daripada biasa.
"Oh.Hujan."
Qhaira membuka payungnya lalu mula memayungkan tubuh Syazwan tetapi Syazwan sudah terlebih dahulu berlari ke depan.
"Tak perlu..Saya ada payung."jawab Syazwan lalu mengeluarkan payung mininya dari poket beg.
"..oh."
Qhaira menundukkan wajahnya lalu payung itu ditarik ke arahnya semula.
Riak wajahnya ditutupi oleh payung yang berwarna merah itu.
Syazwan berpaling ke tepi apabila dia berasa bersalah.Kelibat Amy yang berjalan perlahan daripada biasa itu menarik perhatiannya.
"..Amy?"
Perempuan yang memakai cermin mata separuh bulat itu berpaling ke arah Syazwan.
Matanya kelihatan kosong.
Apabila dia memandang wajah Syazwan,matanya kelihatan cerah buat seketika.
"..ya?"
"..awalnya awak datang hari ni?"soal Syazwan sekadar berbasa-basi.
Amy terdiam seketika.
Matanya beralih ke arah Qhaira yang masih lagi berdiri di belakang Syazwan.
"..korang..tak kongsi payung hari ni..?"soal Amy secara tiba-tiba.
Suaranya perlahan tetapi kedengaran jelas di telinga Syazwan yang berada hampir dengannya dan juga Qhaira yang mempunyai pendengaran yang tajam.
Syazwan dapatkan merasakan pipinya berasa panas.
"..macam lah cikgu selalu pinjam payung dia.."
Amy membalas dengan pandangan kosong.Tetapi keningnya terangkat.
Apabila Syazwan memikirkannya semula,selama ini memang dia sering berkongsi payung dengan Qhaira.Payung sendiri pun dia tidak pernah guna.
"Cikgu pun datang awal hari ni."
"Hahah..Ya..Bas datang awal."
Amy mengangguk perlahan sebelum berlalu pergi.
"Ah..Nak payung?"soal Syazwan apabila terpandang baju perempuan itu yang terkena titisan air hujan.
Amy berpaling ke arah Syazwan semula,kemudian ke arah Qhaira yang masih lagi berdiam diri.Kepalanya disengetkan.
Payung di tangan Syazwan di ambil.
"Thank you."kata Amy sebelum dia berlalu pergi dengan selamba.
Kini,giliran Syazwan pula yang tiada payung.
Matanya beralih ke arah Qhaira yang sudah mula menyengetkan payung ke arahnya.
Dengan riak wajah menahan malu,Syazwan membiarkan saja tubuhnya dipayungkan sambil dia berjalan ke arah dewan.
Sepanjang perjalanan,kelibat Qaireena yang sedang memegang payung itu menarik perhatian Syazwan.
"Oh..!Qaireena..?"
Mata Qaireena melilau buat seketika apabila terdengar orang menyebut namanya.
Kelibat Syazwan yang berdiri tidak jauh darinya membuatkan dia tersenyum hambar.Tetapi senyumannya hilang serta merta apabila terpandang Qhaira.
Matanya dijelingkan ke tepi.
Syazwan yang menganggap jelingan itu dituju ke arahnya,mengerutkan dahi buat seketika.
"Mana Khairul?"
"Dalam bilik guru."
"Oh?Dah tu awak buat apa kat sini?"
"...saya bosan.Jadi saya jalan-jalan lah."
Syazwan berpaling ke arah Qhaira buat seketika.
Qhaira juga turut berpaling ke arahnya.
Bagi Syazwan,ini satu perkara yang pelik.
Biasanya Qaireena 24 jam melekat dengan Khairul saja.
Bosan?Pernah ke Qaireena bosan dengan suami dia sendiri?Boleh ke Qaireena bosan dengan suami sendiri?
"Awak gaduh dengan Khairul?"
Genggaman Qaireena yang sedang memegang payung itu semakin erat.
Kepalanya digeleng sekali.
Tetapi cara perempuan itu menggeleng kelihatan seperti marah?
"Well..Saya taknak masuk campur rumah tangga orang..But you should keep him company.Khairul tu senang rasa sunyi."
Qaireena sekali lagi menggeleng.
Dahinya berkerut sebelum dia memandang ke arah Qhaira dengan cerlungan tajam.
Seperti mahu membunuh perempuan itu menggunakan matanya.
Qhaira yang berada di belakang Syazwan itu hanya menayangkan riak wajah kosong.Kepalanya disengetkan sebelum dia mengangkat keningnya.
Seolah-olah sedang mengatakan 'Nak apa?'.
Qaireena mengetap bibirnya sebelum berlalu pergi dari situ.
Guruh yang tiba-tiba berdentum itu membuatkan Syazwan tersentak.
"Hm..Rasanya perhimpunan hari ni dibatalkan.Masuk kelas terus lah..Tapi macam awal sangat.."
"Syazwan."
"Hey..jangan panggil saya macam tu dalam kawasan sekolah-"
"Maaf kalau saya ada buat salah."
Syazwan terdiam buat seketika.
Jarak tubuh mereka yang agak dekat itu membuatkan Syazwan kebelakang selangkah tetapi pinggangnya ditarik oleh Qhaira semula.
"...don't ignore me..I don't like it."
Syazwan mula berasa serba salah apabila Qhaira memandangnya dengan pandangan sayu bercampur serius.
Kawasan di sekeling sekolah itu masih gelap memandangkan mereka datang ke sekolah awal.
Syazwan menolak tubuh Qhaira.Tidak kuat,tidak perlahan.
"Kita pergi bilik guru lah dulu.."kata Syazwan sepatah tanpa memandang wajah Qhaira.
Kakinya mula melangkah ke arah bilik guru yang terletak agak jauh dari situ.
Selepas melalui selok belok jalan di sekolah itu,Syazwan berpaling ke arah Qhaira sekilas yang masih lagi memandang ke arahnya.
Payung di tangan masih lagi digenggam erat.
"Pasal..semalam....."
"...Is it about me killing people?Saya ada sebab yang munasabah-"
"No..!Saya tak kisah pun-- Uhh..Ini bukan pasal tu.."
Dahi Qhaira berkerut buat seketika.
Cuba memahami keadaan seperti yang selalu dilakukannya.
"Erm..Awak ada orang yang awak suka?"
"..Oh..Ya."jawab Qhaira selamba lalu mula mengikut langkah Syazwan yang agak perlahan daripada biasa.
"..Dekat dalam sekolah ni ke?"
Qhaira terdiam seketika.
Seperti memikirkan sesuatu yang serius.
Tidak lama kemudian,dia mengangguk dengan senyuman segaris.
"I see..Apa nama dia?"
"That's a secret."
Syazwan automatik menghentikan perbualan itu.
Jadi orang yang Qhaira suka ada dekat dalam sekolah ni..
Lelaki jenis apa agaknya yang boleh buat dia terpikat?Macam mana rupa dia?
Apa bakat dia?Aku pernah bercakap dengan dia ke?
Apabila dia hampir tersesat di dalam mindanya sendiri,Syazwan memejam matanya lalu menggeleng kepalanya buat seketika.
"Apa yang awak suka tentang dia?"soal Syazwan secara tiba-tiba.
Qhaira yang tidak menyangka Syazwan akan bertanya soalan begitu,berhenti melangkah buat seketika.
"Saya suka semua benda tentang dia."
"Oh wow..Very romantic.Tapi apa yang awak PALING suka?"
"..Entah lah..I like his everything..Sisi buruk dia,sisi baik dia."
Syazwan sekali lagi terdiam.
Wajah Qhaira dipandang lama dengan riak wajah tidak percaya.
Wah.Aku tak tahu siapa lelaki tu,tapi lelaki tu bertuah betul.
"Tapi..saya paling suka tengok dia senyum."
Syazwan mengangguk perlahan sebelum mengalihkan pandangannya.
Dah lah.Dia memang sudah tidak larat mahu teruskan.
Soalan yang di tanya baru 5% tetapi 'damage' yang diberi sudah mencecah 90%.
Jadi maksudnya aku kena 'give up' lah ni?
Well,of course!
Eh,tapi kejap-
"..Muka dia..ada iras-iras saya ke?"
Wajah Qhaira kelihatan seperti berubah buat seketika tetapi tidak terlalu kelihatan.
"..kenapa awak tanya?.."
Syazwan menundukkan wajahnya dengan riak wajah kekok.
Iya lah..Dah awak pernah..cium saya.
Mesti sebab muka saya sama macam 'crush' awak,sebab tu awak cium saya.Tak mustahil awak cium saya sebab teringatkan 'crush' awak tu.Kalau tak kenapa benda tu berlaku?Sebab awak bosan?
Baru sahaja Syazwan mahu bersuara,bunyi tapak kaki yang kedengaran jelas itu menarik perhatiannya.
"..ah..Khairul?"
"Ada nampak Qaireena?.."
"Oh.Tadi dia ada dekat kawasan depan dewan...ada apa-apa berlaku ke?"
Khairul mendiamkan diri buat seketika.
Selepas beberapa saat,dia berpeluk tubuh lalu keluhan berat dilepaskan dengan riak wajah yang kelihatan seperti keliru.
"..She's jealous I guess."
"Oh?Jealous kenapa?"
"Mungkin sebab saya mesra sangat dengan Qhaira..That makes her jealous I guess."
Syazwan berpaling ke arah Qhaira,yang memandang ke arahnya dengan kening yang berjongket,sebelum berpaling ke arah Khairul semula yang memandang ke arah Qhaira dengan riak wajah kekok.
"Well..Boleh jadi.Pergi lah minta maaf."
"I'm trying!But she keep running away!Semalam dia tidur dekat luar.Pagi tadi,dia makan sarapan dekat ruang tamu!Dalam kereta tadi pun dia keluar cepat-cepat..!How am I suppose to talk to her then..?!"
Qhaira hanya memandang dari sisi sahaja sambil Syazwan memujuk lelaki itu dan memberi pendapatnya sendiri.
Kepalanya disengetkan buat seketika.
"Syazwan.Biar lah dia selesaikan masalah dia sendiri.This have nothing to do with you."
"..tapi-"
Melihat mata Qhaira yang seperti terpandang sesuatu,Syazwan berpaling ke belakang dengan laju.
Kelibat Qaireena yang berdiri di belakang mereka dengan payung di tangan membuatkan mata Syazwan terbuntang.
Bukan tadi dia pergi arah lain ke?
Kenapa dia tiba-tiba ada dekat sini?
Cepatnya dia berjalan?
"..Oh.There you are."
"Kenapa dia nampak macam marah..?"bisik Syazwan yang sudah menyorok di belakang Khairul itu.
"Marah?..Mana ada..itu muka dia kalau dia merajuk lah.."jawab Khairul.Juga dalam nada berbisik.
"Is that a good thing..?!"soal Syazwan lagi apabila melihat riak wajah Khairul yang kelihatan seperti lega.
"Lagi okey daripada semalam.Semalam dia lagi seram."jawab Khairul perlahan dengan senyuman hambar.
Kakinya berlari anak ke arah Qaireena.
Kali ini,perempuan itu tidak melarikan diri seperti yang dilakukannya semalam.
"You.Go away."Qaireena bersuara dalam nada mendatar.Tetapi matanya mencerlung tajam ke arah Qhaira.
Tangannya menarik pinggang Khairul ke arahnya.
"I'm afraid there have been a misunderstanding."
"Like what?"
"..What?Kau jealous sebab dia bercakap dengan aku?Itu je ke?"
Dahi Qaireena yang berkerut itu membuatkan Syazwan memegang bahu Qhaira.Kepalanya digeleng perlahan dengan senyuman terpaksa.
"..Don't worry.I have no interest in your husband.He's just my..acquintance that I've met..years ago?.."
Qaireena memandang ke arah Khairul seperti meminta kepastian.
Khairul mengangguk laju tanpa memandang ke arah Qhaira.
"..Besides..Qhaira..dah ada orang yang dia suka."Syazwan tiba-tiba menyampuk dengan senyuman panik.
Kening Khairul terangkat.
Wajah Qhaira dipandang dengan riak wajah tidak percaya.Tidak lama kemudian,dahinya berkerut sebelum dia tersenyum dan mengangguk secara tiba-tiba.
"Ah..I know who it is."Khairul bersuara dalam nada mengusik.
"Siapa?"soal Syazwan dengan mata yang terbuntang.
"..oh."
Semua yang berada di situ serentak memandang ke arah Amy yang tiba-tiba muncul itu.
Perempuan yang memakai cermin itu kelihatan seperti sedang menanggalkan 'handsock'nya.
Di sebelah tangannya lagi,memegang jangka pembagi.
Amy dengan pantas memasukkan tangannya ke dalam poket.Kepalanya ditundukkan sebelum dia berlalu pergi dari situ dengan riak wajah kosong.
"Oh,by the way..Memandangkan hari ni ada latihan bola jaring,rumput basah,jadi latihan tu masih ada ke?"soal Khairul lagi dengan dahi yang berkerut.
Matanya masih lagi memandang kelibat Amy sehingga perempuan itu hilang dari pandangan matanya.
"Latihan tu bukan dekat padang.Dekat depan dewan."jawab Syazwan pula.
Matanya beralih ke arah Qaireena.
"Don't be angry..kalau awak tak puas hati dengan dia,awak cuba je kalahkan dia waktu latihan nanti."
Qhaira berpeluk tubuh.Cerlungan tajam Qaireena dibalas dengan jelingan malas sebelum dia menutup payung di tangannya,memandangkan mereka sudah berada di bawah bumbung.
"I sure will."
"Try me."
Khairul dan Syazwan saling memandang perempuan yang berada di tepi mereka dengan riak wajah terkejut.
"Oh.Jarang awak tercabar macam ni..Should I be worried for her or for you?"bisik Khairul perlahan tetapi dapat didengari jelas oleh Syazwan dan Qhaira.
"Why would you worry about me?"soal Qaireena dengan riak wajah tidak puas hati.
Payung di tangannya juga ditutup dan dilipat.
Belum sempat Khairul menjawab,tubuh lelaki itu ditarik agar mengikutinya untuk berlalu pergi dari situ.
Apabila mereka sudah keseorangan,Qaireena bersuara semula tanpa memandang ke arah Khairul.
"Speak."
"Well..Awak tak sesuai main serius.Sebab bila awak main serius,awak akan jadi strategik."kata Khairul sambil berjalan ke arah perpustakaan yang terletak tidak jauh dari situ.
"That's the point of the game.There's a team for a reason."
"Tapi ia akan menganggu pergerakan anda."jawab Khairul lagi seperti sedang menjawab soalan daripada buku teks.
Melihat dahi Qaireena yang masih berkerut,Khairul mengerlingkan matanya lalu pipi Qaireena dicubit.
"Listen here..Awak lagi licik kalau awak main for fun.Don't be so serious..yang penting awak seronok and make a lot of friend..Okey?"
Qaireena memuncungkan bibirnya.Tetapi matanya masih lagi kelihatan dingin.Seperti tidak berpuas hati dengan sesuatu.
"Awak rasa Qhaira lagi hebat daripada saya ke?"
"Wow..Awak insecure ke?"
Khairul tergelak kecil lalu pipi Qaireena yang dicubitnya tadi,digosok perlahan dengan pandangan mata yang redup.
"Of course not..You're the coolest.."
Qaireena menahan senyumannya daripada terukir.Apabila bibirnya dipagut,senyuman lebar serta merta terukir di bibirnya.
"..lagi,lagi."Qaireena bersuara dalam nada perlahan lalu merapatkan wajahnya ke arah Khairul semula.
"No..!People will see..!"jawab Khairul dalam nada separa berbisik sambil menolak wajah Qaireena ke belakang.
"I don't care..!"jawab Qaireena,juga dalam nada separa berbisik walaupun tiada orang di sekeliling mereka.
"..We can do it in the library okay..?"
"Yeay...!"
Syazwan berpaling ke arah Qhaira buat seketika.
Keluhan berat dilepaskan sebelum dia tersenyum tawar.
"Maaf kalau saya buat awak rasa bersalah.Saya stress sikit sejak kebelakangan ni.I hope I didn't hurt your feelings."kata Syazwan perlahan.Tanpa menunggu jawapan Qhaira,dia meneruskan langkahnya ke arah bilik guru.
Dia membiarkan sahaja Qhaira mengikut langkahnya dari belakang.
Rasa macam dia tidak patut melayan Qhaira dengan dingin hanya sebab perempuan itu menyukai orang lain.
Dia ada hak untuk suka orang lain..
Buat masa sekarang,lebih baik jika dia meluangkan masa dengan Qhaira.
Selagi boleh..
Amy memandang lengannya yang sedikit berdarah itu.
Lengan baju seragam sekolahnya itu ditarik semula agar menutupi lengannya.
Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu membuatkan dia memandang ke bawah dengan riak wajah kosong.
Sekarang dia berada di tingkat ke 3.
"..How nice.."bisik Amy dengan senyuman kosong di bibir.
Bunyi tapak kaki yang datang dari bahagian kanannya,membuatkan senyuman Amy hilang.
Matanya melirik ke tepi.
Wajah Asyiqa di pandang sekilas.
"Cikgu cakap tak boleh duduk dekat blok ni."
"..Mn.Nanti saya turun lah."
"Turun sekarang."
Amy melepaskan keluhan berat.Baru sahaja dia mahu berlalu pergi,seorang lagi lelaki yang juga turut memakai pakaian pengawas secara tiba-tiba menyampuk.
"Biar lah dia..Lagipun bukan dia buat bising macam pelajar-pelajar lain pun kalau diorang naik atas ni."
"Tak boleh.Nanti diorang ingat kita pilih kasih."Asyiqa bersuara dalam nada dingin.Tetapi ada sedikit kelembutan di sebalik nada suaranya.Berbeza dengan cara percakapannya ketika dengan Amy tadi.
"Aish..Bukan ada orang naik atas ni dah pun sejak awak bertugas kat sini.Bagi je lah..Lagipun dia cuma datang sini waktu hujan."
Qairin bersuara dalam nada memujuk.
Suaranya diperlahankan di penghujung ayat.
Tidak mahu Amy mendengar kata-katanya.
Tetapi Amy dapat mendengarnya dengan jelas sekali.
"Hm..Fine,then.10 minit je."
Qairin berpaling ke arah Amy sebelum mengukirkan senyuman lebar terhadap perempuan itu.
"How do you know yang dia asyik datang sini bila hujan?"soal Asyiqa apabila dia dan Qairin melangkah pergi dari situ.Tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat dari kedudukan Amy.
"Saya selalu terserempak dengan dia."
"..huh..I see."
Asyiqa menjeling ke arah Amy dari ekor matanya buat seketika.
Perempuan itu kelihatan khusyuk memandang ke bawah dari balkoni.
Nampak macam..'disturbing' pun ada.
"..Mengantuknya."bisik Amy perlahan.
Kelibat Asyiqa dan Qairin yang sedang bersembang itu membuatkan Amy merehatkan kepalanya pada bahagian balkoni itu dengan senyuman kosong.
Dia berasa seperti ada idea baru yang muncul untuk dunia Imaginasinya.
...
Syazwan memandang ke arah Qhaira yang masih lagi tidak berganjak dari tempatnya.
"Kenapa tak pergi masuk kelas?.."
Qhaira terdiam seketika.
Payung yang sudah dilipat itu dimasukkan ke dalam poket begnya yang berwarna merah bercampur hitam.
Kakinya berjalan selangkah ke arah Syazwan.
"I don't know what's bothering you,but..Kalau awak ada masalah..Awak boleh cerita dekat saya.I can help you.."
'I can help you'..
Bukan biasanya orang akan cakap 'I'll try to help you if I can' ke?
Ah..Mungkin Qhaira memang lain daripada yang lain.
"..thank you..i'm fine now don't worry.."
Qhaira kelihatan seperti mahu berkata sesuatu,tetapi menahan dirinya.
"Oh,ya..Hari ni ada kelas tambahan kan?..Kita mulakan awal nak?Pukul 2..?"
Qhaira mengangguk setuju.
"Awak nak balik awal ya?"
Syazwan tersengih sebelum mengangguk laju.
Beg galasnya diletakkan di atas kerusi.
Kedua-duanya yang masih berdiri itu saling berpandangan buat seketika.
Kedua-duanya kelihatan kekok apabila tidak bersuara.
Qhaira tersenyum tawar sebelum menundukkan kepalanya.
"Saya pergi dulu lah kalau macam tu."
"Okey."
Sebaik sahaja kelibat Qhaira hilang dari matanya,Syazwan mengeluh perlahan.
Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.
Pandangannya beralih ke arah meja guru yang berada tidak jauh darinya.
"Oh.Hasyira.I didn't realise you were there."
Hasyira tersenyum buat seketika tetapi kelihatan seperti sibuk memikirkan sesuatu.
Syazwan memandang ke arah kalendar yang berada di atas mejanya.
Dahinya berkerut buat seketika.
Huh?..
Rasa macam hari ni ada sesuatu yang aku lupa..
Tapi apa,ya?..
Share this novel