Dahi Syazwan berkerut apabila dia terdengar bunyi tapak kaki di sebelahnya.
Matanya perlahan-lahan dibuka.Wajah Qhaira yang kelihatan gelisah di hadapannya di pandang lama.
"Qhaira..?"
"Ya,saya?Hahh..I don't get it.Kenapa demam awak tak surut.You already eat the pills.Saya ada tersilap langkah ke?Kenapa awak macam makin sakit je?"soal Qhaira kepada dirinya sendiri sambil berjalan ke hulu ke hilir di tepi katil Syazwan.
Syazwan memandang siling biliknya yang sudah bertukar warna menjadi malap.
Huh..pandangannya pun sudah semakin pelik.
Kenapa demamnya terlalu teruk?
Kena air hujan je pun.
Macam tak logik pun ada..
"Qhaira..I'm...fine.."
"No you're not..!What should I do..?Saya dah tak tahu nak kena buat apa..And I'm worried..!"
Syazwan mencapai pergelangan tangan Qhaira.
Tangannya yang menggigil itu membuatkan dia berasa seperti ingin ketawa.
Salahnya juga kerana tidak mahu memakan ubat..
"Pergi lah tidur balik..Nanti awak penat.."
Qhaira berpaling ke arah Syazwan,kemudian ke arah jam yang tergantung pada dinding.
Jam itu sudah menunjukkan tepat pukul 3 pagi.
Handphonenya yang tiba-tiba berdering dicapai.
"Hello?..Oh.."
Syazwan menutup matanya buat seketika.
Urgh..Dia berasa seperti ada api di dalam tubuhnya.
Rasa seperti dia telah menjadi..Pokemon.
Pokemon yang ada elemen api tu.
Apa namanya?
Ch..Charmender?
"Well,aku tak boleh pergi sana..Syazwan tak sihat....huh?..Kejap.Apa?"
"Aku cakap..Syazrif ada dengan aku,nak aku tanya dia macam mana nak rawat Syazwan kau tu keee?Makan ubat macam tak jalan je?Kau tau kan,kau ada hutang dengan aku lagi?"
Sharika bersuara dengan riak wajah bosan sambil menunggu jawapan daripada orang di hujung panggilan.
"..Okey..jap."
Sharika bersuara perlahan sebelum menaiki tangga menuju ke arah bilik Syazrif.Tombol pintu itu dipulas lalu tubuh Syazrif yang sudah tertidur nyenyak itu digoncang dengan kasar.Butang mic pada skrin handphone itu ditekan.
"..hah..?Ya..?"soal Syazrif dalam keadaan mamai.
Handphone yang ditekup ke arah telinganya di ambil.
"..Hello?...."
'Omg..dia memang ada kat situ..uhh..Syazwan..tengah tak sihat.Kau tahu tak macam mana nak rawat dia?Sebab bagi ubat pun,macam tak ada guna..'
Syazrif kelihatan seperti termenung buat seketika.Kemudian dia tergelak kecil sambil menepuk lengan Sharika berkali-kali.
Berkerut dahi Sharika yang melihatnya.
"Sejak bila abang makan ubat....?Dia..tak suka ubat...dia buang biasanya.Dia makan sekali,dah.Kali kedua?No..."
'What?Dia buang?'
Dahi Syazrif berkerut apabila terdengar bunyi seperti sesuatu diselongkar.
'Syazwan,awak tak makan ubat yang saya bagi..?'
Syazrif ketawa terbahak-bahak dengan wajahnya yang masih mamai.
"..Awak tengok lah diorang ni..Kelakar lah.."
Sharika tersenyum senget buat seketika sebelum senyuman itu hilang dari wajahnya.
'Ada apa-apa yang aku boleh buat ke?..'
"..Erm..pergi hospital lah....kalauuu abang taknakkk...kena lap je lah badan dia..Biasanyaa..Mama buat macam tu duluu...dia lap..sampai pagii...hikk.."
Secara tiba-tiba mata Syazrif berkaca.
Kemudian air matanya mengalir.
"..Rindu mamaaa...hikk...uwaaaaa.."
Sharika yang tidak menyangka Syazrif akan tiba-tiba menangis dengan pantas mengambil handphonenya dari tangan lelaki itu.
'Dia mabuk ke apa tu?'
"Mamai lah..Kau tengok lah pukul berapa ni.Dah lah.Hutang aku dah habis.I already help you.Jadi tinggal kau je yang tak bayar hutang kau lagi."
Sharika menolak tubuh Syazrif sehingga terbaring.Selimut di tepinya di ambil lalu tubuh Syazrif diselimutkan ala kadar.
"..twinkle twinkle little star....how i wonder what you are..."bisik Syazrif perlahan sebelum tertidur semula.Sharika yang melihat gelagat Syazrif automatik gagal menahan dirinya daripada tersenyum.
Mulutnya ditekup dengan dahinya yang berkerut.
Jangan senyum,Sharika.
Jangan senyum..
Qhaira menamatkan panggilan apabila perbualan mereka sudah selesai.Wajah Syazwan yang kelihatan serba salah itu dipandang lama.
Dahinya diurut buat seketika.
"..Hospital?"
Syazwan menggeleng kepala dengan laju.
"Then I guesd,saya kena lap lah badan awak ni..Take off your clothes."
Wajah Syazwan mula berona merah.
Melihat reaksi Syazwan,wajah Qhaira juga turut berona merah.
"Kalau awak taknak,kita boleh pergi hospital."
Syazwan dengan pantas membuka butang baju tidurnya satu persatu.
Qhaira mula menyediakan besin dan kain basah lalu diletakkan di tepinya.
Ubat yang dibuang ke dalam tong sampah itu dipandang lama.
Wajahnya bertukar keruh buat seketika.
"..kalau awak taknak makan ubat tu,cakap je lah..saya tak marah pun."
Syazwan tersentak apabila kain yang sudah basah itu dirapatkan pada bahunya lalu disapu ke bawah.
"...sorry."
"It's okay..I understand."
Syazwan menutup matanya semula.
Badannya yang sudah meniarap itu membuatkan dia mula berasa mengantuk.Tambahan pula dengan kain basah yang di lap pada bahagian pinggangnya,lagi lah dia mengantuk.
"..Qhaira..?"
"..hm."
"Awak tak tidur ke dari tadi?"
Qhaira terdiam seketika.
Memikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan itu.Dia memang sedang tidur tadi.
Tapi bukan tidur..sepenuhnya.
Memang dia bercadang untuk memeriksa keadaan Syazwan,tetapi tidak sangka pula keadaan Syazwan seperti semakin teruk.
Terus hilang semua rasa mengantuk dan penatnya.
"..I did..saya memang selalu bangun awal."jawab Qhaira.Dia tidak menipu.Memang dia selalu bangun awal.Cuma kali ini,agak awal daripada biasa.
"..Saya tak pernah tengok awak tidur.Biasanya saya yang tidur dulu kan?"
"Mhm."
".....is it because you don't trust me?"
Kening Qhaira terangkat.
Dia tidak menyangka yang Syazwan akan bertanya soalan yang begitu..
Qhaira menarik nafasnya buat seketika sebelum menghembusnya perlahan.
"..I do trust you..tapi saya tak percaya dekat diri saya sendiri."
"Hm?Maksudnya?"
Syazwan yang masih meniarap itu berpaling ke tepi.Wajah Qhaira dipandang dari ekor matanya.
Serentak dengan itu,baru dia teringat tentang ciuman mereka beberapa hari lepas.
Wajahnya mula berasa panas.
"..I'm sure you know what I mean."
"..I-- Itu-- Saya-- Uh--"
"Sorry for kissing you without permission."
Syazwan terdiam seketika.
Tubuhnya yang di lap dengan kasar itu membuatkan dahinya berkerut.
Mungkin Qhaira pun rasa bersalah tentang tu.
....
Mn...Entah kenapa aku rasa...
"It's okay..Lagipun..saya boleh je pukul awak kalau saya tak suka."
"..............jadi awak suka lah..?"
Syazwan tersentak.
Alamak.Ehhh..Silap,silap,silap.
Dia tersilap cakap.
Bukannya dia suka--
Uhh..Tapi bukannya dia tidak suka--
Ah,tapi--
"Maksud saya-- macam-- uhh--"
Syazwan mula berasa pening.Tidak tahu kerana demamnya atau hatinya yang berdegup terlalu laju sekarang.
Tukar topik,tukar topik,Syazwan..!
"..Uhh..anyway..Awak tak marah ke saya tak makan ubat tu?.."
"No..Awak tak suka,tak perlu lah makan.Tapi lepas ni tolong jangan tipu saya.Saya ingat,saya yang bermasalah,tak pandai jaga orang sakit."
Qhaira bersuara dalam nada sayu.
Syazwan yang mendengar mula rasa bersalah.
Kain yang disapu pada lehernya membuatkan dia menggigil buat seketika.
"Sorry..Saya cuma..I don't really like pills.."
"I know..maaf sebab paksa awak makan."
Dahi Syazwan berkerut buat seketika sebelum dia berpaling ke arah Qhaira.
"You know?"
Qhaira terdiam seketika.
Matanya kelihatan tajam.
".....yes.Awak nampak macam tak suka sangat ubat,so my theory is that you hate them.Seems I was right."
"..Awak tahu ke 'kenapa' saya tak suka ubat..?"
"T--"
"Jangan tipu."
Qhaira automatik terdiam.
Apabila Syazwan berguling ke tepi dan melabuhkan punggung di depannya,Qhaira mengetap bibirnya dengan kasar.
"..Entah kenapa saya rasa macam awak tahu banyak benda pasal saya."
"..apa awak merepek--"
"..betul ke awak lari dari rumah?"
Syazwan memandang tangan Qhaira yang kelihatan seperti menggigil itu.
Dahinya berkerut sesaat.
"...Syazwan."
Kening Syazwan terangkat.
Tubuhnya yang dipusingkan ke belakang secara tiba-tiba membuatkan dia terjerit kecil.
"..Nanti...nanti saya bagitahu.."
"...Nanti tu bila..?"
"Kenapa?..Awak dah taknak tunggu?.."
"Bukan macam tu..Saya cuma..'curious'.Tak apa lah kalau awak taknak bagitahu.."
Mata Syazwan terbuntang buat seketika apabila dia dapat merasakan kepala Qhaira yang disandarkan di belakangnya.
"....kenapa awak hiris lengan awak..?"
Syazwan memandang lengannya yang masih tertutup dengan lengan bajunya.
"..betul lah sangkaan saya..Banyak benda awak tahu pasal saya.."
".....do you hate yourself..?"
"..Sometimes."
"Sorry for not being there for you.."
Hembusan nafas Qhaira yang terkena bahunya membuatkan Syazwan menggigil.
"..Tak adil lah awak tahu banyak benda pasal saya..tapi saya cuma tahu sikit je pasal awak..At least tell me about you too."
"..What if you hate me..?"
"I won't.."
"Awak pasti ke?"
"Mn."
Qhaira terdiam seketika.
Matanya dipejam rapat dengan dahinya yang berkerut.
"..It's okay...take your time.."bisik Syazwan perlahan sebelum berpaling ke arah Qhaira.
Kepala Qhaira yang ditutup dengan hoodie itu diusap perlahan.Bila difikir balik,Qhaira tak pernah tanggalkan hoodie dia.Termasuk waktu tidur..
Kenapa agaknya?
"Maaf sebab simpan banyak sangat rahsia.."
"It's okay...I understand..Tapi saya harap satu hari nanti awak percaya lah dekat saya sikit..I don't judge people quickly you know.."
Qhaira membiarkan saja kepalanya diusap.
Matanya memandang tajam ke arah tubuh Syazwan yang sedikit terdedah itu.
"..You know..Mungkin kalau awak bagitahu saya,something about yourself..lepas ni mungkin lagi senang untuk awak 'open up' tentang diri awak..Hehe..Although i'm sure it doesn't work like that..Tapi awak boleh cuba--"
Syazwan serta merta terdiam apabila dahi Qhaira disandarkan pada bahunya.
"...i want to kiss you so bad that it hurts."
Wajah Syazwan mula berona merah.
Kali ini bukan wajahnya saja.
Lehernya juga sama.
Qhaira menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin sebelum menghembusnya dengan kasar.
"..sorry..pretend you didn't hear anything..Go to sleep."
Qhaira membaringkan tubuh Syazwan semula lalu tubuh lelaki itu diterbalikkan agar Syazwan berada di dalam posisi meniarap.
Syazwan yang masih mengalami 'kerosakkan otak' buat sementara waktu hanya membiarkan saja.Matanya tidak berkelip.
Apabila kain basah itu menyentuh tubuhnya semula,baru lah dia tersedar.
"..Qhaira--"
"..Syazwan."
"...ya,saya?"
"..Sleep.Please."
Wajah Qhaira yang kelihatan merah menyala itu membuatkan Syazwan dengan pantas menyorok wajahnya ke arah bantal.
Jantungnya yang berdegup kencang cuba ditenangkan.
'Not good...not good..Bertenang,Syazwan..Tenang..'bisik Syazwan di dalam hati.Matanya dipejam rapat apabila jantungnya tidak mendengar cakapnya.
6:45 A.M..
Syazwan terjaga dari tidurnya.
Dia masih lagi dalam posisi meniarap.
Baru sahaja dia hendak mengangkat tubuhnya,tubuhnya yang berasa seperti ditindih itu membuatkan keningnya terangkat.
Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang.
Wajah Qhaira yang berada hampir dengannya membuatkan dia terjerit kecil.
"..Qh..Qhaira..?"
Mendengar seseorang menyebut namanya,Qhaira membuka matanya dengan riak wajah mamai.Menyedari posisinya yang betul-betul berada di atas Syazwan,dia dengan pantas melangkah turun dari katil itu dengan riak wajah panik.
"..Sorry..!Saya tertidur.."
Syazwan membetulkan bajunya sebelum berpaling ke arah Qhaira.Dahinya sendiri ditekup.
"..Hm..Saya rasa demam saya dah surut."
Qhaira menekup tangannya pada leher Syazwan buat seketia.
Tidak lama kemudian dia menghembuskan nafas lega.Wajah Syazwan dipandang lama.
"..Bagus lah..Ada apa-apa awak nak makan?Pergi lah mandi,sementara saya buat sarapan."
"..Mn..Apa-apa pun boleh..Eh,tapi..Awak dah..mandi?"
"Hm?Oh..dah.Pukul 6:30 tadi.Lepas dah.....solat,saya sambung lap balik badan awak..Tapi tertidur pula."
Syazwan dan Qhaira saling berpandangan buat seketika sebelum Qhaira sendiri yang mengalihkan pandangannya.Tangannya menggosok belakang lehernya dengan riak wajah kekok.
"..Kinda ironic how I still pray after touching you...walaupun salah,saya masih buat..."bisik Qhaira perlahan.Sangat perlahan.
Tetapi ia kedengaran jelas di telinga Syazwan.
Mata Syazwan terbuntang buat seketika.
Apabila Qhaira hampir melangkah keluar dari biliknya,entah kenapa suaranya tiba-tiba terkeluar sendiri.
"..Sekurang-kurangnya awak masih ingat..We can be ironic together.I'm going to pray too."
Qhaira berpaling ke arah Syazwan dengan riak wajah separuh terkejut.Tidak lama kemudian dia tergelak kecil sebelum mengukirkan senyuman lebar.
"..sure.Saya tunggu awak dekat dapur."
Pintu bilik itu ditutup rapat.
Serentak dengan itu,Syazwan menekup wajahnya lalu menyembam wajahnya ke arah bantal.
Jeritan yang terpaling kuat dilepaskan ke arah bantal itu.
"Can you stop beating so fast..?!"bisik Syazwan dalam nada agresif sambil memukuk dadanya sendiri.Kepalanya digeleng sebelum dia melangkah turun dari katil dan menuju ke arah bilik air.
Bunyi pintu bilik dibuka membuatkan Syazwan berpaling ke arah muka pintu.
Sejadah di tangannya disimpan sebelum dia melangkah ke arah Qhaira.
"..Kenapa?"
"..Awak lagi suka sos tomato ke cili?"soal Qhaira dengan riak wajah serba salah.
"Tomato."
Nafas lega dilepaskan lalu tangan Syazwan ditarik ke arah meja makan.
Qhaira menarik kerusi di depannya.Apabila Syazwan sudah melabuhkan punggung,kerusi itu ditolak ke arah meja sebelum dia menuju ke arah kerusinya sendiri yang berada di depan lelaki itu.Sarung tangannya ditanggalkan lalu disimpan ke dalam poket jaketnya.
"..Kita beli banyak barang hari tu,jadi saya termasak banyak."
Syazwan mengambil ubi kentang yang sudah digoreng itu lalu disua ke arah mulutnya.
"..Awak masak semua ni?Cepatnya?"
"Ahahah..Saya masak waktu awak tidur lagi sebenarnya..It took a lot of time,jadi mungkin ubi kentang tu dah tak panas sangat sekarang.."jawab Qhaira sebelum mengunyah telur dadar yang dimasaknya tadi.
Matanya memandang wajah Syazwan yang kelihatan berseri itu.
Pipinya berasa panas.
Mungkin kerana suhu telur itu yang terlalu panas.Tidak pasal-pasal pipinya juga berasa panas.
"..Hm..awak beli yang ada cheese punya ke?"
"Hm?..Oh,tak..itu saya buat sendiri."
Syazwan memandang kentang 'wedges' yang penuh di atas pinggan kemudian ke arah Qhaira.
Keningnya terangkat.
"Pandai betul awak masak..I wish I'm as good as you.."
"..Saya boleh ajar awak.Kalau awak taknak,saya boleh masakkan untuk awak sampai bila-bila."jawab Qhaira dengan senyuman lebar sambil menongkat dagunya.
Matanya memandang wajah Syazwan dengan pandangan lembut.
Syazwan tersenyum malu buat seketika.
"..sepanjang saya duduk dengan awak ni,saya macam sedar sesuatu."
Melihat Qhaira yang berjongket kening,Syazwan meminum air kosog di sebelahnya untuk melegakan tekak sebelum menyambung percakapannya.
"Saya rasa macam awak taknak susahkan saya langsung..Awak tak pernah buat saya buat kerja rumah.Why is that?.."
"Hm?Sebab pembantu rumahnya kan saya?So of course,I want you to relax.."jawab Qhaira dengan senyuman lebar sebelum mengunyah 'wedges' yang digorengnya tadi.
Sedap.
"Yes..but..Awak pun...relaks lah juga.."jawab Syazwan perlahan dengan riak wajah serba salah.Qhaira tergelak kecil apabila terpandang wajah Syazwan.
Pipinya ditongkat.
"..Seeing you happy makes me happy."
Syazwan tersenyum lebar.Pipinya berasa panas,tetapi tidak diendahkan.
Dia rasa itu perkara biasa yang sering berlaku jika Qhaira berkata sesuatu yang menyentuh hati kepadanya.
I mean..siapa je yang tak segan kalau ada orang cakap macam tu kan?
"..nampaknya saya kena gembira selalu lah ni kalau nak buat awak gembira,ya?"
Qhaira mengangguk laju.
Syazwan tergelak kecil sebelum menyambung makan semula.
Fikirannya dibiarkan melayang buat seketika.
Kalau sekarang ni,Qhaira tiada di rumahnya..
Sekarang dia sedang memakan roti sambil berbaring di atas sofa.Bersama dengan kucingnya.
Syazwan memandang ke arah kucingnya yang kelihatan berselera memakan makanan kucing yang dibelinya beberapa hari lepas.
Senyuman kecil terukir di bibirnya.
Rasanya kalau sekarang Qhaira tiada di rumahnya,dia akan termenung di balkoni sambil menunggu sesiapa untuk menghantar mesej kepadanya.Kemudian dia akan termenung di atas katil.Tertidur..
Tidur pun seorang diri.
Pergi sekolah..
Bangun tidur.
Semuanya seorang diri.
'Apa agaknya perasaan Khairul bila ada orang dekat sebelah dia setiap kali dia bangun..?'
Itu lah soalan yang sering bermain di kepalanya apabila dia melihat Khairul dan Qaireena bermesra-mesraan di depannya.
Adakah dia cemburu?
Mungkin..?
Dia sendiri pun tidak pasti.
Bukannya ada orang yang sudi menerimanya jika mereka tahu tentang kisah silamnya.
Jadi dia tidak berapa yakin dalam hal cinta,atau menemui jodohnya sendiri.
Selagi dia hidup,rasanya dia harus teruskan..
Rasanya sudah banyak kali dia bermonolog seperti ini setiap kali dia bersama dengan Qhaira.
"..saya rasa..bertuah pula sebab jumpa awak."
Qhaira yang baru mahu menyua telur dadar ke dalam mulutnya,terhenti buat seketika.
Wajah Syazwan dipandang lama.
"Tak pernah ada orang jaga saya macam ni..Jadi saya rasa macam..bertuah..sebab saya yang jumpa awak dulu..kadang-kadang saya terfikir juga,apa agaknya yang akan jadi kalau yang hulurkan payung waktu awak dekat taman tu bukan saya."
Qhaira meletakkan garfunya ke tepi.
Wajah Syazwan yang kelihatan sayu itu membuatkan dahinya berkerut.
"..Ah..sorry..drama pula tiba-tiba.."bisik Syazwan perlahan lalu menyeka air matanya yang hampir terjatuh menggunakan tangan kirinya.
"It's okay..You can let it out..I'm a good listener."
Syazwan tersengih buat seketika.
Baru sahaja dia hendak menyakat Qhaira untuk menceriakan semula suasana,Qhaira terlebih dahulu bersuara.
"I want to understand you."
Qhaira tersenyum ke arah Syazwan yang masih memandang ke arahnya.
"..Understand me?..I thought you already did..?"
"No..Ada banyak lagi benda yang saya kena belajar pasal awak."
"Then we can try to understand each other.."
Qhaira perlahan-lahan mengangguk.Apabila Syazwan kembali menjamu selera,Qhaira mula memotong omelette di depannya dengan pandangan redup.
Matanya masih memandang ke arah Syazwan.
"Oh,by the way..Awak dah tahu nak masuk pertandingan apa nanti?"
"..Belum..Ada rekomendasi?"
"..Bola jaring?"
Qhaira termenung buat seketika.
Rasanya boleh.Dia selalu bermain bola jaring dahulu..
Tapi kalau kena lawan dengan Qaireena..
Rasanya agak susah.
"I will try."
"Okay..Jangan paksa diri..!Bagi dapat nombor dua pun jadi lah.Qaireena tu macam raksasa dekat padang."
Syazwan tersengih apabila Qhaira menayangkan riak wajah tidak puas hati.
"..Awak rasa dia hebat sangat ke?"soal Qhaira sambil mencincang telur di atas pinggan sebelum disua ke arah mulutnya.
"Mhm.Memang budak tu semua benda pandai."
"Sa..saya pun..Saya pun semua benda pandai."jawab Qhaira dengan telur yang masih berada di dalam mulutnya.Dahinya berkerut memandang wajah Syazwan.
"..Oho~Really?Tak sabar nak tengok awak bertanding nanti.."
Qhaira dapat merasakan semangatnya mula berkobar-kobar.
Mungkin dia harus berlatih nanti untuk mengasah bakatnya kembali.
"..Hm..Selain memasak,apa lagi bakat awak?"soal Syazwan sekadar menceriakan suasana.
"....saya pandai melukis."
"Oh?Biasanya awak lukis apa?"soal Syazwan dengan riak wajah ingin tahu.
Sejujurnya dia tidak pernah melihat Qhaira melukis,atau lukisan Qhaira.
Terbit rasa ingin tahu di hatinya apabila Qhaira menayangkan riak wajah yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
Qhaira memandang ke arah Syazwan dengan senyuman kekok di bibirnya.Dia tahu mesti dia kelihatan amat gelabah sekarang.
"..Uhh..Biasanya saya lukis...Pemandangan."jawab Qhaira dengan nafasnya yang cuba ditenangkan.
"..Boleh saya tengok?"
"..Erm..okey."
Qhaira mengangkat punggungnya sebelum melangkah ke arah biliknya yang berada di depan ruang tamu.
Syazwan yang tidak menyangka Qhaira akan bersetuju mula berasa tidak sabar.
Apabila Qhaira kembali dengan buku sketch book kecil di tangannya,Syazwan memanjangkan lehernya untuk melihat isi buku itu.
"..Wait..Saya nak tunjuk dekat awak yang paling cantik.."Qhaira bersuara perlahan sambil tangannya menyelak laju setiap muka surat.Terlalu laju sehingga Syazwan pun tidak dapat melihat isi-isi yang sebelumnya.
Apabila tangan perempuan itu berhenti,kening Syazwan terangkat apabila buku itu dihulurkan ke arahnya.
Gambar lukisan tempat menunggu bas dan juga titisan air hujan yang kelihatan realistik itu membuatkan dia tersenyum.
"Oh~ Ini tempat yang kita selalu tunggu bas tu..Cantiknya.."
Qhaira tersengih dengan riak wajah gembira apabila dia dipuji.
Pinggannya yang sudah kosong itu diangkat lalu dihantar pada sinki sebelum dia mengambil pinggan Syazwan pula yang hanya dipenuhi dengan sisa-sisa makanan.
Baru sahaja Syazwan ingin menyelak muka surat seterusnya,buku itu yang di ambil membuatkan keningnya terangkat sebelum dia memandang ke arah Qhaira yang berdiri di hadapannya.
"Memandangkan awak dah sihat,boleh lah awak pergi sekolah esok.."
"..Mhm.Tapi saya rasa malas pula...."
Syazwan merengek perlahan di penghujung ayat sebelum menjatuhkan kepalanya di atas meja.
Qhaira yang melihat gelagatnya,tersengih.
"Jadi tak payah lah pergi."jawab Qhaira dengan mudah.
"..Nanti gaji saya kena potong.."
"That's okay,awak boleh guna duit saya."
"Taknak lah..Dah lah awak lagi muda daripada saya.."
Qhaira yang seperti tidak memahami kata-kata Syazwan,menyengetkan kepalanya dengan dahi yang berkerut.
"Jadi?Saya kaya.Apa masalahnya?"
Mata Syazwan terbuntang buat seketika apabika Qhaira dengan mudahnya menyebut perkataan itu.'Saya kaya'.Wah.
Sebagai seseorang yang lari dari rumah,dia kaya.
Dia tidak mahu menanya soalan mengenai Qhaira yang melarikan diri dari rumah.Ataupun bagaimana Qhaira boleh menjadi kaya walaupun melarikan diri dari rumah.
Dia tahu Qhaira tidak akan menjawab soalan itu.
"..Itu memang duit awak ke?"
"Mhm.I told you I work part-time before.Right?"
"Ya...sebab itu lah saya taknak guna duit awak yang awak susah-susah dapatkan.."
Dahi Qhaira yang berkerut tadi automatik menjadi tenang semula.
Matanya dijelingkan ke atas.
"Saya tak kisah pun kalau awak nak guna duit saya.To be honest,I do be happy.I do like to take care of you.And,tadi cikgu cakap saya muda kan?..Tapi saya dah boleh kahwin kalau saya nak.Jadi..Takde lah muda sangat kat situ kan?"soal Qhaira dengan kening yang terangkat dan senyuman senget.
Nada suara mengusik dapat didengari di penghujung ayatnya.
Wajah Syazwan mula berasa panas.
"Yes..Jadi baik awak simpan duit tu untuk masa depan awak..Sambung belajar dulu."
"Tapi saya dah habis--"
Qhaira automatik terdiam.
Mulutnya diketap sebelum dia menyambung percakapannya semula seperti tiada apa yang berlaku.
"Tapi saya ada banyak duit simpanan.Awak boleh guna duit dalam dompet saya tapi duit simpanan saya awak takkan sentuh.Adil lah tu kan?"
"Still no."
Qhaira memuncungkan bibirnya sebelum melangkah ke arah sinki.Mencuci pinggan tanpa dipinta.
Syazwan yang memandang kelibat Qhaira dari belakang,tersenyum buat seketika.
Entah kenapa..Dia berasa seperti Qhaira dengan Qaireena ni macam seiras pula.
Syazwan memandang sketch book Qhaira yang berada di tepinya.Gatal betul tangannya mahu menyelak setiap muka surat buku itu,tetapi dia tahu perkara itu salah.
Perkara macam tu tahu pula salah,perkara yang berlaku dalam bilik tu?
Syazwan menggelengkan kepalanya dengan laju.
Pipinya mula berona merah tanpa disedari.
"..Oh,ya..Bila awak nak jumpa dengan Syazrif?"soal Qhaira secara tiba-tiba tanpa berpaling ke arah Syazwan yang masih cuba menenangkan hati yang berdegup kencang.
"Petang ni?"
"Okey..!Awak rehat lah cukup-cukup dulu."
"Sure~ Angkat lah saya,saya malas nak gerak.."
Syazwan bersuara dalam nada bergurau sambil merengek perlahan.Tubuhnya yang tiba-tiba dicepung itu membuatkan dia terjerit kecil.
"Q--Qhaira..?!What are you doing..?"soal Syazwan sambil memegang erat baju Qhaira apabila dia berasa seperti ingin terjatuh.
"...Awak yang suruh saya angkat tadi..?"soal Qhaira pula dengan dahinya yang berkerut.
Riak wajahnya kelihatan keliru.
"Itu-- saya-- gurau je!"
"..oh.Jangan lah buat bergurau benda macam tu.."
Melihat riak wajah Qhaira yang kelihatan sayu,Syazwan berdehem buat seketika apabila tubuhnya masih tidak diturunkan.
"..fine..you can put me on the bed..Kali ni je."
"Okie dokiee~"jawab Qhaira laju.Nada suaranya menjadi ceria semula.
Apabila mereka tiba di biliknya,Syazwan menolak pintu biliknya agar Qhaira boleh masuk ke dalam.
"Kita pergi pukul 5 boleh?"soal Syazwan yang masih dicepung oleh perempuan itu.
Qhaira menjelingkan matanya ke atas sebelum mengangguk laju.
Baru sahaja dia mahu meletakkan Syazwan ke atas katil,tangannya diangkat semula.
"..Tapi ada ke bas?"
Syazwan terdiam seketika.
Dia sendiri pun sudah lupa.
Biasanya dia keluar pukul 6:30 pagi..2:30 petang..Ah.Pukul 5:00 petang tak ada bas..!
"Oh..Tak ada lah..Macam mana ni,ya?"
Qhaira yang masih memegang erat tubuh Syazwan menyengetkan kepalanya buat seketika.Memikirkan sesuatu.
Syazwan yang dapat menghidu bau wangian pada jaket Qhaira automatik berpaling ke tepi.
"Hmm..Nak naik kereta saya?"soal Qhaira selepas puas berfikir.
"Awak-- Awak ada kereta?!"soal Syazwan pula dalam nada tidak percaya.
"Ada je?"
"Bukan awak lari dari rumah ke?Kalau ada kereta kenapa selama ni awak pergi mana-mana guna kaki?"soal Syazwan lagi.Soalan di jawab dengan soalan.
"Kereta rosak..Saya baru je baiki hari tu..jadi sekarang boleh lah guna.."
Qhaira bersuara dalam nada lembut sambil memuncungkan bibirnya.Seperti memujuk Syazwan agar menaiki keretanya.
Syazwan terdiam buat seketika.
Kereta rosak?
Entah kenapa dia susah mahu percaya.
Tapi jika dia tanya berlebihan,bukan Qhaira akan jawab pun.Mungkin ini salah satu rahsia Qhaira.
Arh,biar lah.
Terobos je lah.
"Okey,lah..kalau macam tu.."
Melihat senyuman gembira Qhaira,Syazwan juga turut tersenyum.
Apabila tubuhnya diletakkan di atas katil,entah mengapa dia berasa kosong buat seketika.
"..I will see you this evening then.Kalau ada nak apa-apa,ketuk je pintu bilik saya."
Syazwan mengangguk perlahan sebelum memandang kelibat Qhaira hilang dari pandangan matanya.Sebaik sahaja pintu biliknya tertutup rapat,Syazwan menggosok lengannya perlahan.
Wajahnya berona merah.
Sangat merah.
"....ah..aku rasa pelik..."bisik Syazwan perlahan lalu berkelubung di dalam selimutnya.
Panas dari selimut itu membuatkan hatinya mula bertenang.Matanya dipejam rapat bagi memaksa dirinya untuk tertidur.
Kenapa hari ni,hatinya berasa....
Selama ni pun macam ni,tapi hari ni teruk sangat..
"...aku suka dia ke apa..?"bisik Syazwan perlahan dengan wajahnya yang berona merah.Tidak lama kemudian,kepalanya digeleng laju.
Arh,sudah lah!
Dia mahu tidur!
Share this novel