BAB 2: An Unknown Girl

Romance Series 12091

Syazwan menundukkan kepalanya apabila masa untuknya mengajar sudah tamat.Jam sudah menunjukkan pukul 10:30 pagi menandakan waktu rehat.
Kakinya laju melangkah ke arah tempat rehat rahsianya.Tiba sahaja di bahagian tempat lapang yang dipenuhi dengan pokok bunga kecil dan bangku yang muat untuk diduduki 2 orang pelajar,Syazwan melabuhkan punggungnya di atas bangku itu lalu mengeluarkan bekal makanannya.

Telur dadarnya yang kelihatan hangus dicucuk menggunakan garfunya lalu disua ke arah mulut.
Dahinya serta merta berkerut.Mulutnya ditekup buat seketika lalu dengan bersusah payah dia cuba menelan makanan di dalam mulutnya itu.
Bibirnya diketap sambil dia memandang ke arah langit.
"Mendung.."bisik Syazwan perlahan sambil mula menyua telur dadar yang lain ke dalam mulutnya.

Sekali lagi dahinya berkerut.
"Mungkin aku patut belajar memasak.."
Syazwan menguis telur di dalam bekas itu menggunakan garfunya.
Fikirannya mula mengingati bekal makanan Khairul yang sentiasa diisi dengan nasi goreng ikan masin diiringi dengan pencuci mulut seperti puding atau buah-buahan.

'Macam..sunyi pula rasa..'bisik Syazwan perlahan.Biasanya okey sahaja dia menghabiskan waktu rehatnya seorang diri.Tapi mengapa kali ini dia berasa......

'Cikgu taknak kahwin,cikgu?'

Syazwan mengunyah makanan di dalam mulutnya dengan laju sambil menahan nafas agar rasa telur dadar itu yang terlalu pahit tidak terasa.Matanya dipejam buat seketika.

'Where are you going?'
'Kau ingat aku ada masa ke nak jaga engkau?'
'....abang nak pergi mana..?'

'Syazwan...You'll be okay..'

Syazwan dengan pantas membuka matanya semula.
Air hujun yang menitik di atas tangannya disapu perlahan.Keluhan berat dilepaskan.
Pipinya ditarik ke tepi.
Senyuman di bibirnya dilebarkan sambil dia menarik keluar jadual kelas dari poket bajunya.
"Lepas ni..kelas seni..Tiga masa?.."
Syazwan mendengus dalam nada malas sambil dia menyimpan semula jadual kelasnya.
Baru sahaja dia ingin mengunyah telur dadar yang sudah tinggal sedikit itu,hujan yang turun semakin lebat membuatkan dia dengan pantas menyumbat kesemua telur dadar itu ke dalam mulutnya.Bekal makanannya ditutup.Sempat lagi dia meneguk air minumannya sebelum dia memecut ke arah pokok besar yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Tubuhnya disandarkan pada batang pokok itu sambil dia berpeluk tubuh.
Matanya perlahan-lahan dipejam.

'PRAKK..!'

Syazwan membuka matanya.
Kelibat seseorang yang berdiri tidak jauh darinya membuatkan dia kebelakang.
'Macam mana dia boleh jumpa tempat ni?'

"Siapa-"
Belum sempat Syazwan berkata apa-apa,kelibat itu sudah terlebih dahulu berlalu pergi.
Syazwan sudah terpinga-pinga di tempatnya.
Nampak macam kelibat orang..Takkan lah hantu pulak..?
Selepas hampir 5 minit berfikir,Syazwan hanya berjongket bahu.
Asalkan dia tak ganggu aku,tak apa lah kot..?

1:30 p.m..

Loceng yang menandakan waktu pulang untuk pelajar kelas 'Reka Cipta' sudah kedengaran.Memang biasanya kelas itu balik lebih awal dari kelas yang lain.
Selepas ini,dia harus ke kelas 'Sains Tulen'.Kelas Biologi 2 masa.Hanya Tuhan yang tahu betapa malasnya dia.Tapi..
Demi pelajar dan demi duit gaji terpaksa lah dia teruskan.

"Another day,another same day.."bisik Syazwan perlahan.
Tidak ada apa-apa yang menarik pun dalam. kehidupannya.Hari ini sama seperti esok,dan hari yang ke seterusnya,dan seterusnya,dan seterusnya.Tidak ada apa-apa yang berbeza,lain lah seperti Khairul..Hidup kawannya yang seorang itu sentiasa dipenuhi dengan bunga sejak Qaireena muncul semula di dalam hidupnya.Sampai lupa kawan baik sendiri..Hmph!

Sementara dia pula sentiasa ditanya, 'Bila nak kahwin?'.Kalau boleh,24 jam nak tanya soalan yang sama macam tak ada soalan lain..!
Bukannya dia tidak mahu berkahwin..Cuma,tidak ada calon yang sesuai,dan dia lebih suka tinggal seorang.Jika dia berkata begini kepada ibu angkatnya,confirm kena ceramah habis-habisan.
Sebaik sahaja hujan menjadi renyai-renyai,Syazwan dengan pantas berlalu pergi.
Tanpa disedarinya,sepasang mata mengikut setiap pergerakannya dari blok kelas A.

"Qaireena.Pay attention to class."
Syazwan bercekak pinggang sambil mencerlung tajam ke arah Qaireena yang sedang khusyuk memandang ke arah kelibat Khairul yang sedang bermain badminton dengan cikgu Hairis hanya membuat tidak endah.

"Jangan sampai saya baling marker pen ni."
"Cikgu!Saya nak tengok muka suami saya pun tak boleh ke?"
"Awak tiap-tiap hari tengok muka dia!"
"Mana cukup..Saya nak tengok muka dia setiap masa!"
Bunyi-bunyi pelajar lain yang mengeluarkan suara 'Uuuu...' membuatkan Syazwan mengurut dahi lalu melangkah ke arah Qaireena.Tingkap di sebelah Qaireena dibuka.

"Khairul..!"

Khairul berpaling ke arah suara yang memanggilnya.
"Apa?..!"jerit Khairul apabila terperasan wajah Syazwan dan juga Qaireena pada tingkap kelas di tingkat 1.

"Qaireena taknak belajar!Sibuk usha awak!"
Qaireena membuat muka kesiannya manakala Syazwan pula sudah berpeluk tubuh dengan riak wajah 'fed up'.

"Qaireena..We talk about this already.."
Khairul muka bercekak pinggang.Apabila terpandang wajah Qaireena yang masih 'tekun' memandangnya,Khairul beralih tempat dari situ.

"Ah..!Okey,okey!Stay!Come back..!Saya fokus,okey!Saya fokus!"
Khairul menyengetkan kepalanya.Senyuman senget terukir di bibirnya apabila Qaireena sudah memandang ke depan semula.

"Good.Now where were we?"soal Syazwan sambil berjalan ke arah papan putih dengan riak wajah puas hati.Nampak sangat Qaireena cuma patuh arahan Khairul.Nampak agak..'sweet' sebenarnya di mata Syazwan.Kadang-kadang,Qaireena dan Khairul mengingatkannya tentang ibu dan ayah kandungnya.
Langkah Syazwan terhenti buat seketika.

"..forget it.."
"Huh?"soal Qaireena apabila terdengar suara Syazwan yang kedengaran samar-samar.
Syazwan berpaling ke arah Qaireena dengan keningnya yang berjongket.

"What?"
"Cikgu..ada cakap apa-apa ke?"
Syazwan menggeleng kepala dengan riak wajah pelik sebelum membuka penutup pen markernya.
Qaireena berjongket kening sambil dia berpeluk tubuh.

'Forget what..?'

Syazwan perlahan-lahan berjalan menuruni anak tangga.Bunyi hujan yang turun dengan lebat itu membuatkan dia meraup wajah buat seketika.Sejak kebelakangan ini,cepat betul dia berasa 'emotional'.Sebab Khairul jarang meluangkan masa dengannya?Sebab cuaca yang agak teruk sejak beberapa hari ni?..Macam tak ada kena mengena je..
Kakinya yang tiba-tiba tersadung membuatkan jantungnya terhenti buat seketika.

"Ah..!"
"Oop..!"

PAKK!KRAKK!!

Syazwan perlahan-lahan membuka matanya.Wajah seseorang yang sangat hampir dengan wajahnya membuatkan jantungnnya berdegup laju semula.
"Uhm.."

"Cikgu okey..?"
Suara yang kedengaran tersangatlah elegan itu membuatkan bulu roma Syazwan meremang buat seketika.

"Y..Ya,ya..Saya okey.."
"Good.."
Tangan yang melilit kemas di pinggangnya perlahan-lahan ditarik semula.Syazwan memandang ke arah kelibat di hadapannya yang membongkok untuk mengambil laptop yang sudah pecah.
Kejap.Pecah??

"Ah..!Itu laptop awak ke?.."
Ruang di sekeliling kawasan tangga itu yang sedikit gelap membuatkan Syazwan hampir tersadung buat kali kedua.

"Iya..Ah..Skrin dia dah pecah.."
"Uhh..Saya..minta maaf..Nanti saya ganti-"
"Tak payah."potong perempuan itu dengan laju.
Perasaan bersalah mula terbit di hati Syazwan.Jadi benda yang aku dengar pecah tadi tu laptop dia..?

Melihat laptop perempuan itu yang kelihatan lebih canggih daripada laptop biasa yang dilihatnya,lagi lah dia berasa seperti ingin menangis.
"Nampak macam mahal..Saya minta maaf sangat-sangat.Awak ni cikgu baru ke?"

"Umur saya 17."
"Oh..Erm..!Pelajar baru?"
Pelajar perempuan itu terdiam.Lama.
Hampir seminit berlalu barulah dia bersuara.

"Saya akan berhenti sekolah esok."
"Eh?Ke..Kenapa?"
"Saya..tak ada duit nak bayar yuran sekolah..Saya ingat nak jual laptop ni..Tapi.."
Laptop itu diangkat lalu serpihan daripada laptop itu serta merta terjatuh.

"Agaknya ada orang nak laptop rosak tak?.."bisiknya perlahan bagaikan tidak mahu Syazwan terasa hati dengan kata-katanya.
Syazwan mengetap bibirnya buat seketika.Tidak lama kemudian,dia berasa seperti ada mentol menyala di atas kepalanya.

"Apa kata...Sebagai ganti..Saya tolong bayarkan yuran sekolah awak..?"soal Syazwan dalam nada tidak yakin.Apa lah sangat yuran sekolah dibandingkan dengan laptop yang dia sendiri pun tidak tahu berapa ribu ringgit.

Syazwan mula berasa panik apabila pelajar itu hanya mendiamkan diri.
Macam mana kalau dia suruh aku ganti rugi 2 kali ganda?Kalau dia report dekat mak ayah dia macam mana?
Wajah Syazwan mula berubah pucat.Baru sahaja dia mahu meminta maaf buat kali ke berapa pun dia tidak tahu,perempuan itu serta merta bersuara.
"Okey.."
"Huh..?"

Perempuan itu menganggukkan kepalanya.
"Boleh je."
Kening Syazwan terangkat.Tidak lama kemudian dia mengangguk perlahan dengan riak wajah bersalah.Perempuan itu tersenyum sebelum berlalu pergi.
Sebaik sahaja kelibat perempuan itu hilang,Syazwan meraup wajahnya.

"Why is this happening to me?.."
Syazwan memandang ke arah langit yang kelihatan kelabu itu.Hujan pun sudah semakin lebat.
Agaknya kalau tumpang kereta Khairul,dia marah tak?

'Lepasni kita pergi shopping nak?'

Mendengar suara yang amat dikenalinya,Syazwan dengan pantas menyorok di sebalik tangga.Kepalanya disengetkan.
Tepat sangkaannya,wajah Qaireena dan Khairul serta merta terlihat.
"..Erm..Tapi sekarang kan hujan?Mesti Syazwan nak tumpang kereta saya."

"Eeeeehhh...."bibir Qaireena memuncung.
Payung di tangannya disengetkan ke arah Khairul.Bahunya yang terkena hujan dibiarkan.

"Iya..Awak dah lupa ke dia balik jalan kaki?"
Qaireena hanya mendiamkan diri.
Terlupa yang Syazwan seorang saja guru di dalam sekolah itu yang tiada kereta sendiri.
Melihat riak wajah Qaireena,Khairul tergelak kecil.

"Macam ni lah..Kalau dia tak telefon saya minta tumpang,kita pergi shopping."
"That's like a 0.000001% chance!"
"Tahu pun..!Jadi tak ada guna awak merungut.Terima je lah kenyataan."
Qaireena menayangkan riak wajah merajuknya sambil membiarkan kepalanya diusap oleh Khairul.Tangan Khairul digenggam erat dengan riak wajah tidak puas hati.

"Kalau dia tak telefon awak,then what do I get?"
"We go shopping?"
"No."
Memahami maksud di sebalik pandangan Qaireena,pipinya berona merah.Lengan Qaireena ditepuk dengan kuat.Senyuman nakal mula terukir di bibir Qaireena manakala Syazwan sudah mula terpinga-pinga.

"Kenapa tenaga awak banyak sangat..?!"
Oh.
Syazwan menjelingkan matanya ke atas.
Perbualan mereka didengari olehnya sehingga pasangan suami isteri itu hilang dari pandangan.
Keluhan berat dilepaskan sambil dia menggeleng kepala.
Niat untuk menumpang dengan Khairul dibatalkan.

"..balik jalan kaki lah nampaknya.."
Syazwan mengeluarkan payung dari dalam begnya.Nafasnya ditarik sebelum dia berlari ke arah pintu pagar sekolah.Matanya melilau mencaru kelibat Khairul.Jangan lah Khairul melihatnya..Kalau tidak,alasan apa yang mahu diberi nanti?
'Saya dengar perbualan awak dengan Qaireena tentang saya tadi,jadi sekarang saya rasa bersalah nak tumpang dengan awak sebab takut saya menganggu.'?Oh..Tidak sama sekali.

Hembusan nafas lega dilepaskan apabila dia sudah jauh dari bangunan sekolah.Baru sahaja dia mahu melintas jalan apabila lampu isyarat untuk pejalan kaki sudah menjadi hijau,kereta yang bergerak laju di atas lopak air membuatkan tubuhnya serta merta terkena percikan air sebelum dia sempat berkelip.
"Wow.Seriously?"

Dia pun tidak tahu mahu berasa bersyukur kerana tidak digilis oleh kereta tadi yang terang-terang melanggar lampu isyarat,atau rasa menyampah kerana sekarang dia sudah basah kuyup walaupun sudah menggunakan payung.
Jadi sekarang apa gunanya payung ni kalau dia sudah basah kuyup?
AAAAA---

Syazwan hanya menarik nafas dan menghembusnya perlahan.Perjalannya diteruskan.Selepas 1 jam berlalu,Syazwan tercungap-cungap menarik nafas.Tangga yang menuju ke arah rumahnya di tingkat paling atas membuatkan dia meraup muka.

'Kreakkk...'

Syazwan berpaling ke tepi.Kelibat seorang perempuan yang melabuhkan punggung di atas buaian taman permainan itu menarik perhatiannya.Keningnya berjongket apabila terperasan baju perempuan itu yang kelihatan basah kuyup.Kepalannya digeleng.Imaginasinya saja kot.
Takkan lah perempuan tu mandi hujan pula..

Syazwan terduduk selepas menutup pintu rumahnya.Kucingnya yang berjalan ke arahnya dipeluk erat.
"Hahh..Penat..Dah makan dah ke,awak?"
Senyuman lebar terukir di bibirnya apabila kucingnya menyahut.Tubuh kucingnya dipeluk erat.Selepas berehat buat seketika,Syazwan melangkahnya masuk ke dalam biliknya.Tualanya dicapai sambil kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air.

Nafas lega dihembus apabila dia akhirnya berasa segar.Bajunya dibetulkan sambil dia berjalan ke dapur.Pintu peti ais dibuka apabila perutnya sudah mula berbunyi.Kosong.Pintu peti ais di bahagian atas dibuka.Kosong.Kedua-dua pintu peti ais itu ditutup serentak dengan riak wajah pasrah.
Kabinet di sebelahnya dibuka.
Tiada apa-apa selain paket-paket kopi yang diberikan oleh Khairul minggu lepas.

Bunyi hujan yang turun renyai-renyai itu membuatkan Syazwan mendengus malas.Jaketnya dicapai.
"Mewo.Jaga rumah kejap tau?"hanya itu sahaja yang diberitahunya sebelum dia menutup pintu rumahnya.

"Meow.."

Syazwan meluncur turun menggunakan 'railing' tangga itu sambil memeriksa beg duitnya.
"Untuk Mewo..Untuk aku..Yang ini simpan.."
Beg duit itu disimpan semula apabila dia sidah tiba di tingkat paling bawah.

Kakinya mula menuju ke arah kedai runcit yang tidak jauh dari situ.

'Kreakkk...'

Syazwan berpaling ke tepi.
Oh.
Perempuan tadi.
Dia masih ada kat situ lagi?
Dahi Syazwan berkerut seketika sebelum berlalu pergi.

Syazwan memegang telur dan roti yang dibelinya tadi dengan berhati-hatu sambil dia berjalan ke arah rumah flatnya.

'Kreakkk...'

Langkah Syazwan terhenti.
Perempuan tu kat situ lagi.
Aku tak pernah nampak pun dia selama ni?..
Syazwan menggeleng kepala lalu mula berjalan ke arah flatnya yang sudah tidak jauh dari tempat dia berdiri.
Kakinya mula menaiki anak tangga apabila dia sudah tiba.

'Kreakk....'

Syazwan berpaling ke tepi semula.
Dahinya berkerut sebelum dia menuruni anak tangga itu semula.
Kakinya melangkah ke arah perempuan itu yang masih lagi menguis batu di depannya dengan pandangan kosong.

"....erm.."
Perempuan yang memakai face mask itu memandang ke arahnya dengan kening terangkat.

"...dari tadi lagi saya tengok awak kat sini..awak ada tunggu sesiapa ke?"
Perempuan itu terdiam seketika.
Tidak lama kemudian,kepalanya digeleng.

"..jadi kenapa awak..duduk dekat sini?..like..it's been almost 2 hour already.."
Perempuan itu memandang jam tangannya.

".......oh.."
Medengar suara perempuan itu yang kedengaran sangat perlahan,kening Syazwan terangkat.
Jadi betul lah baju perempuan ni basah kuyup..

"Mak ayah saya gaduh lepastu diorang halau saya dari rumah..Jadi sekarang saya tengah fikir nak pergi mana."
"Oh..Erm..Awak tumpang lah rumah kawan ke..."
"Tak ada...kawan."
"Uh..How about your grandparents..?"
"Gone."
Oh.
Syazwan terdiam seketika.
Mata perempuan itu dipandang lama.
Eh?...Mata dia..warna lain-lain?..

"..uh..kenapa awak pandang saya macam tu?.."
Perempuan itu menutup sebelah matanya yang berwarna biru gelap.Bibirnya diketap.

"Eh?Uhh tak..Warna mata awak lain-lain..Nampak cantik."
Perempuan itu menarik tangannya semula.
Matanya kelihatan seperti tersenyum.
"Jadi..awak takde..tempat nak pergi?"
Perempuan itu menggeleng kepalanya.
Syazwan berpeluk tubuh sambil cuba memikirkan sesuatu.Takkan lah nak tinggalkan ke perempuan ni sorang-sorang?..

"..Kalau dah terdesak sangat..Saya bunuh diri jelah.."
"Eh..?!"
"What?Bukan lagi senang ke macam tu?Tak perlu lah saya fikir nak pergi mana dah.."
"Ah..Jangan lah cakap macam tu..Erm..A-Awak boleh duduk dekat rumah saya sekejap!"
Kening perempuan itu terangkat.
Kening Syazwan bertaut.
Masing-masing saling berpandangan.

"Uhm..Sorry,saya-"
"Okey."
Huh?
Syazwan berpaling ke arah perempuan itu yang sudah menarik beg rodanya yang kelihatan agak besar dari dalam papan gelongsor yang berbentuk silinder itu.

"Jom."
"Eh-- Ta-Ta-Tapi-- Saya-- Kita--"
"....saya...pandai memasak.."
Syazwan terdiam buat seketika apabila perempuan itu kelihatan seperti ingin menangis.

"Saya..boleh tolong kemas rumah....jadi apa kata..saya tolong buat semua tu,sebagai bayaran..awak bagi saya berehat dekat rumah awak."
Syazwan menjelingkan matanya ke atas.
Dahinya berkerut.
Hmm..Memandangkan rumah aku memang ada dua bilik..Mungkin boleh.

"..Ta---Tapi awak pasti ke ni?Kalau erm..Awak tak takut saya buat apa-apa dekat awak ke?"
Perempuan itu kelihatan seperti tersengih.
Tetapi Syazwan pun tidak pasti memandangkan perempuan itu memakai face mask.

"...Anggap lah ini pilihan terakhir saya..And I want to trust you.Lagipun awak nampak baik."
"Hah?Awak tak pernah dengar ke ayat--"
"Don't judge a book by bla bla bla.Ya,saya tahu.Tapi awak sorang je yang tegur saya sejak saya duduk kat situ tadi."
Oh..
Syazwan mengangguk perlahan.
Jadi kiranya..dia memang terdesak lah..
Syazwan menarik nafas lalu menghembusnya perlahan.
Okey..I think it will be fine.
Dekat tingkat 6 tak ramai sangat orang..
Pula tu semua orang dekat tingkat tu orang Cina or India..So maybe it will be fine..Tak ada orang nak report apa-apa kot dekat jabatan agama islam-
Huh...Kenapa aku pula yang stress ni?

"Okay then..Jom.What's your name by the way."
"Qhaira."
"Oh..Cantik nama tu.My name is Syazwan."
"..it suits you."
Qhaira mengeluarkan payung dari dalam begnya lalu dibuka.

"Eh?Awak ada payung?"
"Yeh...Saya tak guna sebab..saya memang dah basah kuyup..Jadi kalau guna pun tak ada beza."
"That make sense."
Qhaira tergelak kecil lalu menyengetkan payungnya ke arah Syazwan sambil sebelah tangannya mengangkat begnya yang mempunyai roda.Bahunya yang terkena hujan dibiarkan.

"Mewo~Haii~"
Syazwan menggosok tubuh Mewo yang berada betul-betul di hadapannya sebaik sahaja dia membuka pintu.
Qhaira menyengetkan kepalanya apabila telinga kucing itu kebelakang apabila melihatnya.

"Erm..Saya harap awak tak kisah..sebab..awak kena kongsi bilik dia dengan dia."
Mewo memandang ke arah Syazwan seperti memahami setiap kata-kata Syazwan.
"Meowwww..."
"Iya..are you happy?"
"Hissss..!!"
Qhaira memandang bilik Mewo yang dipenuhi dengan mainan dan menara kucing.
Dahinya berkerut buat seketika.

"Kenapa..bilik dia macam lagi besar dari bilik awak?"soal Qhaira lalu memandang bilik Syazwan yang terletak betul-betul di depan bilik Mewo.

"Sebab kucing kan suka berjalan?Dia hyper tengah malam..Jadi.."
Qhaira mengangguk faham.Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Tidak lah bersepak mana.
Kemas dan bersih ada lah..Tak nampak macam bilik kucing langsung.

"Awak boleh tidur kat sini..Erm..Rasanya ada tilam lebih kot..Kejap saya pergi cari."
Mewo dan Qhaira saling berpandangan.
Qhaira perlahan-lahan membuka face masknya.
Senyuman senget terukir di bibirnya.

"HISSS..!!!"
"HISSS..!!"
Ekor Mewo mula mengembang.
Qhaira tersenyum senget lalu memakai face masknya semula.

"Ini dia..Awak boleh tidur kat sini..Kat sana tu tandas..Erm..Mewo dah pandai membuang dalam tandas jadi awak tak perlu risau..Cuma perlu bersihkan je."
Kening Qhaira terangkat sebelum dia mengangguk faham.

"Okey then..Awak..tukar lah baju tu dulu..I will be in my room if you need me."
Syazwan tersenyum lebar sebelum berlalu pergi.
Mewo yang ditinggalkan di dalam biliknya bersama dengan orang yang tidak dikenali membuatkan dia menyorok di dalam kotak.
Qhaira membuka zip begnya.
Matanya memandang ke arah Mewo sekilas.

Qhaira menutup kotak itu dengan selimut yang diberi kepadanya sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air.

Syazwan mengunyah roti kosong di dalam mulutnya.Handphonenya dipegang sambil dia membaca mesej daripada Khairul.

'Macam mana kau balik tadi?'-Khairul

'Apa kau,kau ni..Tachod titew.'-Syazwan

'Syazwan.'-Khairul

Syazwan tergelak kecil.

'I assume you are having 'fun' with your wife?'-Syazwan

typing....

online

typing....

online

typing....

online

Syazwan mengunyah rotinya lalu melabuhkan punggungnya di atas katil.
Speechless nampak.

'That is none of your business.'-Khairul

'And it's none of your business how I get home.Bye,nak pergi kelab malam.'-Syazwan

'It's evening.'-Khairul

'Bye.'-Syazwan

'Syazwan!!'-Khairul

Syazwan menutup handphonenya lalu meletakkannya ke tepi.
Keluhan berat dilepaskan.Hujan renyai-renyai dapat didengari dari tingkap biliknya.
Laci mejanya ditarik.
Pisau yang berada di dalam laci itu dipandang lama.Lengannya dipandang sekilas.
"...Hmm..maybe not.Susah pula nak solat nanti."

Laci itu ditutup semula sambil dia memandang ke arah jam yang tergantung di dinding.
Menunggu waktu zohor untuk tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience