BAB 17 : Conflict

Romance Series 12094

Syazwan melepaskan keluhan berat apabila ketua kelas 5 RC,Haziq merelakan diri untuk menjaga 'booth' mereka.
"Pergi lah rehat dulu cikgu.Saya janji akan menjadi penjaga gerai yang amanah."Haziq bersuara sambil membuat tabik sebelum ketawa terbahak-bahak.

Qhaira yang sedang termenung bersama dengan Amy di bawah dewan mula menegakkan tubuhnya apabila ternampak kelibat Syazwan yang berjalan ke arahnya.
"Dah habis jaga booth?"

"Iya.Hahh..Saya nak pergi tengok booth lain.Tapi saya penat.Amy?Awak tak pergi tengok--"
"Saya tak ada kupon."potong Amy laju.
Memandangkan benda yang mahu dibeli pada setiap booth harus dibeli menggunakan kupon,dan kupon harus dibeli menggunakan duit,Amy hanya mampu melihat.
Lagipun bukan ada apa-apa yang diminatinya.
Ada,lah coklat yang memerlukan 3 kupon memandangkan coklat itu jenamanya mahal,dan sedap.Tapi dia hanya memiliki satu kupon sekarang.

"Oh..lupa pula saya pun tak ada kupon."
Syazwan menguis pipinya perlahan dengan riak wajah kekok.
Dia terlalu sibuk menyediakan booth untuk kelas dan buat masa sekarang boothnya yang paling dikunjungi oleh pelajar.
Tidak pula dia teringat untuk membeli kupon untuk dirinya.

"....saya ada kupon...nak?"
"Eh tak apa lah,lagipun itu awak punya.."
"..Bukan guna pun..daripada saya buang,baik saya belanja awak."
Syazwan mendiamkan diri buat seketika.
Bibirnya diketap sebelum dia memandang ke arah Amy yang perlahan-lahan memejamkan matanya dengan riak wajah bersalah.

"Just go.I don't care."jawab Amy tanpa memandang ke arah Syazwan.
Memang dia tidak mengharapkan Qhaira akan mengajaknya pun.Perempuan itu kelihatan seperti lebih menyukai Syazwan..dan dia pun tidak kisah kerana dia lebih kurang menyokong mereka untuk..bersama.
Sama seperti di dalam dunia imaginasinya.
Nampak sweet je..

"Come on,then."
Qhaira memandang ke arah Syazwan yang masih memandang ke arah Amy.
Wajah Amy dipandang sekilas sebelum kupon di tangannya yang bernilai RM 10 diselit di antara lutut Amy yang sedang dipeluk rapat.

"Better?"soal Qhaira sebelum memandang ke arah Syazwan.
Melihat senyuman lebar Syazwan terhadapnya,Qhaira juga turut tersenyum.
Jika Syazwan gembira,dia pun gembira.

"Shall we,Your Majesty?"soal Syazwan apabila Qhaira sudah berdiri di sebelahnya.

"I'm honoured to walk with you my dutchess."jawab Qhaira dengan senyuman 'gentleman' nya.

Amy yang mendengar perkataan itu tersentak lalu dengan pantas membuka matanya.
Kelibat Qhaira dan Syazwan yang sudah berlalu pergi membuatkan pipinya berasa panas buat seketika.
"Diorang memang macam watak dalam imaginasi aku lah.."bisiknya perlahan.
Kupon di celah lututnya dipandang sekilas sebelum dia mengambilnya dengan hati yang berat.
'Booth' yang menjual coklat dan segala jenis manisan di hadapannya dipandang sekilas.

"..Hahh...Rezeki jangan ditolak."bisiknya perlahan sebelum berjalan ke arah 'booth' tersebut.

Beberapa jam berlalu,Syazwan melabuhkan punggung di atas bangku.
Sekarang mereka berada di tempat rehat rahsianya.
"Banyaknya kita beli..berapa banyak kupon awak beli dengan cikgu Hasyira,huh?"

"30."
"Banyak-banyak untuk apa?"
"Untuk awak."jawab Qhaira selamba sambil termenung memandang langit.
Coklat yang dihulurkan kepadanya membuatkan dia menggeleng dengan senyuman bersalah.

"Awak memang tak suka coklat?"
"...bukan saya tak suka..saya.."
"..awak?"soal Syazwan sebelum menyumbat coklat di tangannya ke dalam mulutnya.
Emm..sedap.
Ini coklat mahal kan?
Sebab rasa dia pun macam mahal.

"..Saya lagi suka tengok awak makan."
Syazwan berhenti mengunyah buat seketika.
Coklat yang berada di atas ribanya dipandang sekilas sebelum pandangannya beralih ke arah wajah Qhaira semula.

"Tapi ini semua guna duit awak kan?"
"Apa salahnya.Bukan selalu."
"Awak beli barang masak saya,makanan kucing saya--"
Syazwan memandang ke arah sekeliling.
Risau jika Khairul dan Qaireena tiba-tiba muncul.

"Awak masih rasa 'bukan selalu'?"
Qhaira tersengih dengan riak wajah nakal apabila Syazwan mencerlung tajam ke arahnya.

"Yep.Bukan selalu."jawab Qhaira lagi.Jawapan yang sama.

"Hmph.Saya tak kisah.Awak makan juga.Kalau tak saya taknak makan."Syazwan mula mengeluarkan suara budak-budaknya sambil berpeluk tubuh.Wajahnya dipalingkan ke tepi.Tidak mahu memandang wajah Qhaira.
Bimbang jika Qhaira membuat muka kesian,dia tidak dapat menahan simpati.
Dia lemah betul dengan muka kesian.

"Membazir nanti."
"Saya bagi dekat orang lain."
Tidak lama kemudian,keluhan berat dapat didengari dari belakang.

"Fine.."
Qhaira mengambil coklat yang masih dibaluti dengan plastik di atas riba Syazwan lalu membukanya dengan malas.
Plastik yang sudah ditanggalkan itu disimpan ke dalam poket baju seragamnya sebelum dia mencampak coklat itu ke dalam mulutnya.

"Happy?"
"Very much."
Qhaira mengerlingkan matanya dengan senyuman pasrah.
Kening Syazwan terangkat buat seketika.
Tidak pernah lagi dia melihat Qhaira berkelakuan sebegitu.Nampak agak..
Comel?

"Awak tak ada beli apa-apa pun untuk awak.."
"...oh..tak apa.Kupon dah habis lagipun."
"Awak tak ada benda yang awak nak ke?"
Qhaira yang baru sahaja mahu menjawab 'Tidak' itu membatalkan niatnya.Matanya menjeling ke atas seperti memikirkan sesuatu.

"I do want something."
"What is it..?"
"Ermm..Tadi ada 'booth' tangkap gambar..But by the time I get there,tempat tu dah penuh dengan orang..So.."
Qhaira bermain dengan jarinya buat seketika sambil menjeling ke arah Syazwan berkali-kali.
Seperti mahu Syazwan meneka apa yang dimahuinya.

"..Awak nak ambil gambar?"
"Together.For..memories."
Syazwan tergelak kecil buat seketika.
Handphonenya dikeluarkan daripada poket bajunya.
Skrin handphonenya di 'slide' ke atas memandangkan dia tidak mempunyai apa-apa kata kunci.Tiada apa yang mahu disorok.

"Nak ambil gambar sekarang?"
"...Boleh ke?"
"Saya dah keluarkan phone,takkan lah tak boleh pula."
Qhaira tersenyum lebar sebelum menyengetkan kepalanya ke arah Syazwan.

"Dekat sikit,muka awak tak nampak sangat."
"Oh,uhh..Okay..?"
Qhaira mengesotkan tubuhnya ke arah Syazwan dengan riak wajah tegang.
Dahinya berkerut sesaat apabila dia dapat menghidu minyak wangi Syazwan.

"Haa..Baru cantik..One,two...cheeseee~"
"...."
Syazwan memandang gambar yang ditangkapnya dengan pandangan tidak puas hati.Bibirnya memuncung.

"Kenapa awak tak senyum?Again."
Giliran Syazwan pula yang menyengetkan tubuhnya ke arah Qhaira.
Qhaira serta merta tersentak.

"One,two...Qhaira,smile."
Qhaira tersenyum kekok ke arah kamera.
Apabila gambar sudah diambil,dahi Syazwan berkerut.Keningnya terangkat selepas beberapa saat.

"..last one.Awak senyum lah lebar sikit."
Qhaira tersentak buat kali kedua apabila tubuh Syazwan semakin rapat dengannya.
Bahu mereka yang bersentuhan membuatkan Qhaira mengetap bibir dengan kuat.

"Sy...Syazwan!"
Syazwan serta merta memandang ke arah Qhaira.
Handphonenya yang di angkat tadi diletakkan ke atas ribanya dengan dahi yang berkerut.

"..is..something wrong?"
Qhaira dengan pantas menjauhkan dirinya daripada Syazwan dan serentak dengan itu,baru lah Syazwan tersedar akan kesilapannya.

"Ah..Qhaira..Saya..buat awak tak selesa ke?Saya mintak ma--"
"No,I'm fine!!"
Syazwan tersentak apabila Qhaira tiba-tiba meninggikan suara ke arahnya.
Wajahnya ditundukkan ke arah ribanya.

"....sorry...."bisik Syazwan perlahan.
Apabila Qhaira tiba-tiba berdiri,Syazwan hanya mendiamkan diri.Wajahnya masih ditundukkan.
Matanya dapat melihat kaki Qhaira yang berjalan ke arah pintu keluar tempat itu.
Sebaik sahaja suasana menjadi sunyi,Syazwan mengetap bibirnya dengan kuat.
Dia terlupa bukan semua perempuan mahu didekati..Mungkin ada sesetengah yang mesra alam seperti Hasyira,tetapi ada juga yang dingin seperti Asyiqa.
Dia sudah terbiasa bergaul dengan guru perempuan sehingga dia tidak sedar--

"..ah..kalau dia benci aku macam mana..?"
Syazwan menekup mulutnya.
Tiba-tiba perutnya berasa..senak?
Tak....gemuruh?

Amy melangkah keluar dari tandas.
Bunyi hujan dari luar membuatkan dahinya berkerut.
Ah..mesti dia terpaksa balik lambat.
Memandangkan ibu dan ayahnya tiada kereta.
Sama ada dia akan balik dalam keadaan basah,atau dia menunggu di dalam kawasan sekolah sehingga hujan berhenti.
Naik motorsikal bukannya senang.
Lebih-lebih lagi jika menumpang dengan keluarga.Kesakitan menunggu ibu bapa datang lebih menjengkelkan daripada sakit perut disebabkan angin.

Sebaik sahaja dia melangkah ke arah sinki,tubuh Qhaira yang berdiri di hadapan sinki dengan wajah yang basah membuatkan Amy tersentak.
Apabila mereka saling berpandangan,Amy tersentak buat kali kedua.
'Sheesh..Tajam betul mata dia.If eyes could kill I do be dead by now.'bisik Amy di dalam hati dengan riak wajah selamba.

"..You okay?"soal Amy dengan kepalanya yang disengetkan.
Qhaira tidak menjawab.
Amy membasuh tangannya di sinki yang terletak bersebelahan dengan sinki yang sedang digunakan oleh Qhaira.
Tangannya dibasuh.

"..Thanks for the coupon.I appreciate it."
Melihat Qhaira yang masih tidak menjawab,Amy memandang jam di tangannya.

"..dah waktu balik."
Serentak dengan itu,mata kedua-dua perempuan itu memandang antara satu sama lain.

"..Kau tak balik dengan Syazwan?"
Qhaira tersentak.
Seperti menyedari akan sesuatu.
Dengan pantas dia melangkah keluar daripada tandas itu tanpa menerangkan apa-apa kepada Amy.

"...fair enough."bisik Amy perlahan.
Hujan di luar yang semakin lebat itu membuatkan dia tersenyum.
Sebaik sahaja dia keluar daripada tandas,pemandangan dari tingkat dua itu dipandang sekilas sebelum dia memandang ke arah jalan yang kelihatan jauh di bawah.
Dahinya berkerut buat seketika.

"..hm..How scary."

Qhaira berlari mengejar Syazwan dari belakang yang berjalan tidak jauh darinya.
"Syazwan,kenapa awak tak tunggu saya?"soal Qhaira dengan nafasnya yang tercungap-cungap.
Payung yang dipegangnya dihalakan ke arah Syazwan.Melihat baju Syazwan yang sudah basah kuyup itu,terasa seperti payung itu tiada guna pula.

"..oh..hai..saya ingat..awak taknak balik dengan saya..jadi saya termenung kejap..dekat tempat rehat tadi..lepastu saya baru sedar saya tertinggal bas..lepastu..uhh...saya pun jalan."
Bibir Syazwan yang kelihatan pucat itu membuatkan Qhaira mengetap bibir.

"Stupid..!"
Tubuh Syazwan tersentak.

"..Nanti kalau awak demam macam mana..?"
"Saya susah nak demam,don't worry.."bisik Syazwan perlahan sebelum bibirnya diketap.
Tubuhnya yang berdiri rapat dengan tubuh Qhaira dijauhkan.

"..sorry.."
Dahi Qhaira berkerut.
Nafasnya ditarik kemudian dihembus perlahan.

"..No..saya..mintak maaf sebab pergi macam tu je tadi..saya.."
"Sorry I invade your personal space."
"No,no,no..Saya...It's not that....saya.."
Qhaira mengenggam erat payung itu dengan riak wajah seperti menahan sesuatu.
Bibirnya diketap sebelum dia memejam matanya serapat-rapat yang mungkin.

"..I don't hate you..okay?saya cuma..urgh.."
"You left earlier..awak nampak macam marah."
"No..!Uhh..saya...mintak maaf tapi saya tak boleh bagitahu..tapi saya tak bencikan awak.."
Syazwan mengangkat wajahnya buat seketika.
Dahinya berkerut.

"....kenapa awak tak boleh bagitahu saya?.."
"Ada kaitan dengan..rahsia yang saya tak boleh bagitahu awak tu..But I promise..I don't hate you.."
Qhaira tersenyum apabila Syazwan kelihatan lebih tenang berbanding tadi.
Syazwan mengangguk perlahan sebelum mendekati Qhaira perlahan-lahan.

"Shall we..?"soal Qhaira sebelum menghulurkan lengannya ke arah Syazwan.

"..can I?"soal Syazwan perlahan dengan tubuhnya yang masih menggigil.
Qhaira mengangguk perlahan.
Lengannya yang dipegang erat membuatkan wajahnya serta merta menjadi panas.

"...awak nak saya delete ke gambar tadi?"soal Syazwan sambil mereka berjalan di bahagian kawasan yang ditutupi daun pokok.

"Huh..?!Jangan,saya nak..!"
"Oh..nanti saya print.."
"..huh?Bagi je lah dekat saya..pakai Whatsapp."
"Huh..?Awak ada phone..?"
"Saya ada laptop takkan tak ada phone?"
"Tak pernah tengok pun?"
"Really?Ahahah..Nanti saya tunjuk."
Syazwan memandang lama ke arah wajah Qhaira.
Qhaira yang dapat merasakan renungan Syazwan mula tidak senang duduk.

"Ada apa-apa ke dekat muka saya?"
Syazwan tersentak.
Pandangannya ditundukkan dengan riak wajah bersalah.

"..I'm glad we can still talk like this.."
"Of course.."bisik Qhaira perlahan dengan senyuman lebar.
Melihat senyuman itu,Syazwan dapat merasakan pipinya berasa panas.

"..Qhaira..bahu awak basah.."
"..Syazwan,awak basah kuyup."
Syazwan memandang bajunya yang mula kelihatan jarang.
Beg galasnya dipeluk ke arah dadanya dengan riak wajah segan.
Bau tubuh Qhaira dapat dihidunya secara tiba-tiba.Aroma yang agak kuat,tetapi tidak memeningkan kepala.
Rasanya dia dapat menghidu aroma yang sama sewaktu aktiviti perkhemahan beberapa minggu yang lepas.
Oh,ya..

"Qhaira..waktu awak pergi perkhemahan dengan saya tu..siapa yang jaga rumah dengan kucing saya?.."
"..Ah...sebenarnya itu.."
Serentak dengan itu,tubuh Syazwan tiba-tiba dilanggar oleh seseorang.
Tubuh Syazwan yang hampir terjatuh dipegang erat.Jelingan tajam diberikan ke arah lelaki di hadapan mereka yang sudah jatuh terduduk.

"..Tak ada mata ke?"soalnya dalam nada pasif-agresif.
Syazwan menepuk bahu Qhaira seperti cuba menenangkan perempuan itu.
Wajah lelaki di hadapannya dipandang lama.

"Syazwan..?"
"Syazrif??"

Syazwan membiarkan rambutnya dikeringkan oleh Qhaira.
Wajah lelaki yang bernama Syazrif,aka adik lelakinya dipandang dengan pandangan tajam.
"..Why did you come here?"

"What?Kau ingat aku nak datang sini ke?"
"Kau yang ikut aku balik!"
"It's not like I have a choice!"
Qhaira menjelingkan matanya ke arah Syazrif lalu pisau di dalam poket jaketnya diambil lalu diberikan kepada Syazwan.

"Oh,wow..thank you."
Syazwan menghala pisau di tangannya ke arah Syazrif dengan dahi yang berkerut.

"Bagitahu aku,kenapa kau datang sini?Bukan sepatutnya kau dengan Irina,ke?Staying there happily,after you get rid of me from that apartment?"soal Syazwan yang berserta dengan anggukan oleh Qhaira dari belakangnya.
Rambutnya yang disikat rapi membuatkan dia menundukkan kepalanya tanda terima kasih terhadap Qhaira sebelum berpaling ke arah Syazrif semula.

"...Hahh..aku tak dapat bayar sewa lah..Bagi lah aku tumpang sini kejap.."
"What?Bukan selalunya Irina ke yang--"
"Tak habis-habis Irina kau ni.Aku duduk sorang lah..!Sampai bila aku nak berkepit dengan dia?"
"I don't know..sampai mati?"jawab Syazwan dengan keningnya yang terangkat.
Suaranya yang bercampur dengan sindiran membuatkan Syazrif menjeling tajam ke arahnya.

"Dah 8 tahun aku tak jumpa kau..Lepastu kau muncul tiba-tiba,minta tumpang,for free?"
"Cukup sampai aku dapat cari kerja balik lah.."
"Sebelum ni kau kerja apa..?"
Syazrif hanya mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh.

"Apa kata awak cincang je leher dia..?Ada suara taknak bercakap."
Syazwan menyerah pisau di tangannya ke arah Qhaira semula.
Qhaira memuncungkan bibirnya sebelum menyimpannya ke dalam poket jakentya semula.

"Perempuan ni siapa?Perempuan simpanan?"
"Oh,wow..Tak ada benda lain ke yang kau nak fikir dalam kepala otak tak guna kau tu?"soal Syazwan semula dengan senyuman palsu.
Sekarang dia betul-betul berasa seperti mahu mencincang lelaki itu.

"Dah tu,korang duduk berdua.Kau nak suruh aku fikir apa?"
"She's a friend!A maid!And a good listener!"
Qhaira tersenyum bangga sambil bercekak pinggang apabila Syazrif memandang ke arahnya dengan pandangan curiga.

"Tak tahu pula kau minat perempuan tinggi."
"Diam lah!Kau keluar dari rumah aku sekarang!"jerit Syazwan dengan pipinya yang tiba-tiba berasa panas.

"Kau nak halau adik kau sendiri?Rude!"jerit Syazrif dengan riak wajah panik bercampur marah.

"Kau tu yang 'rude',masuk tak minta izin!Sesuka hati je buat rumah ni macam rumah kau sendiri!Qhaira!Get him out!"
"Are you seriously doing this to me?!"jerit Syazrif apabila Qhaira melangkah ke arahnya.
Lengannya yang dipegang membuatkan tubuhnya menggeletar.

"Don't fucking touch me!!"jerit Syazrif sebelum dia dengan pantas menjauhkan diri daripada Syazwan dan Qhaira.

"..When I wanted to stay with you,kau yang halau aku kan?Kau yang nak aku keluar,kan?Kau yang bagitahu kak Irina suruh jual aku kan..?!"
Syazrif tersentak.
Beg galasnya digenggam erat sebelum dia menundukkan wajahnya.

"Kalau ya pun kenapa?Terasa..?"
"Siapa je yang tak terasa..?!My life is like hell ever since!You don't know what he did to me!!"
"I know!!"
Suasana di dalam rumah itu menjadi sunyi buat seketika.
Sunyi tetapi tegang.

"..Jadi kau tahu tapi kau biar je..?"soal Syazwan dengan riak wajah kecewa.
Syazrif menggempal penumbuknya apabila pintu di belakangnya dibuka oleh Qhaira sebagai petanda untuk dia keluar.

"Fine!I don't need you anyway!"
Apabila melihat Syazrif yang melangkah keluar dariapda rumah itu,mulut Syazwan terbuka seperti ingin memberitahu sesuatu,tetapi ditahan.
Melihat reaksi Syazwan,Qhaira berpaling ke arah Syazrif yang sudah menolak pagar flat itu ke tepi.

"..hey.."
Langkah Syazrif terhenti.
Wajah Qhaira dipandang.

"..Syazwan nampak macam nak tolong,tapi dia tak suka kau..kalau kau cakap baik-baik tadi mungkin dia akan bagi simpati."
"Oh,I'm so sorry I talk like a slut."jawab Syazrif dengan jelingan tajam.
Syazwan serta merta menjeling tajam wajah Syazrif semula.Hilang sudah pandangan simpatinya tadi.

"..i have a place where you can work..and stay there at the same time.."
Qhaira mengambil kad dari dalam beg silangnya yang disimpan di dalam laci.
Kad itu dihulurkan ke arah Syazrif.

"Sejujurnya..kedatangan kau agak tiba-tiba..Tapi kalau dah terdesak sangat,telefon je lah nombor dekat kad tu.It's not like you have a choice either way.I'm just doing this so that Syazwan can be at ease."
Syazwan memandang wajah Qhaira yang kelihatan kosong itu.
Bibirnya diketap.

"If that..doesn't work..Then you can live with me..for a while.."jawab Syazwan pula tanpa memandang ke arah Syazrif.

".....thanks."bisik Syazrif perlahan sebelum berlalu pergi.

Qhaira memandang ke arah Syazwan yang kelihatan seperti sedang termenung sebaik sahaja pintu di belakangnya ditutup.
Tangannya didepa.
"Peluk?"

Tanpa menunggu jawapan Syazwan,tubuh lelaki itu dipeluk erat.
"..Thank you,Qhaira..saya sebenarnya tak tahu nak buat apa tadi..I hate him but.."

"I understand.It's okay."jawab Qhaira perlahan.
Pelukannya dilepaskan sebelum dia berlalu ke dapur.Masakannya yang sudah siap dipanaskan membuatkan dia tersenyum.

"Boleh terus makan.."
Melihat Qhaira yang berkelakuan seperti biasa,Syazwan menggosok lengannya dengan riak wajah kekok.

"Awak taknak tanya saya apa-apa pasal tadi tu ke..?"
Pergerakan Qhaira terhenti buat seketika.

"Kalau awak taknak bagitahu,siapa lah saya untuk memaksa.Saya cuma akan tunggu awak bagitahu saya sendiri.When you feel comfortable with me."
Syazwan tersenyum redup sebelum melabuhkan punggung di depan meja makan.
Mewo yang sedang nyenyak tertidur di atas meja makan itu diangkat lalu diletakkan di atas ribanya.Bulu kucing itu digosok perlahan.

"Tapi agaknya kenapa dia lari cepat sangat tadi.."
"Who knows..maybe dia ada berhutang dengan seseorang tapi dia lambat bayar lepastu orang tu nak bunuh dia?"
Mata Syazwan terbuntang.
Bibirnya diketap.Terbit pula perasaan risau jauh di lubuk hati.Walaupun dia tidak suka akan Syazrif,lelaki itu masih adiknya.

"Now I'm starting to get worried.."
"Don't be..I'm sure he's fine..Focus on your stomach okay?"
Syazwan mengangguk perlahan.
Wajah Syazrif bermain di dalam kepalanya buat seketika.

'..Semoga Allah lindungi dia..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience