Tisya perlahan-lahan membuka pintu bilik wad itu sebelum tersentak.
"..Eh?"
Safaira menyengetkan kepalanya dari belakang Tisya.
Riak wajah Irina yang kelihatan cemberut,bersama dengan Hana dan Sharika yang memandang ke arahnya membuatkan keningnya berjongket.
"Woah..Why are you here..?"soal Tisya dengan dahinya yang sedikit berkerut.
"I have the rights to visit him.Mind your own business."jawab Irina sebelum disiku oleh Hana yang sedang menghiris kulit epal sebelum diserahkan pada Syazrif.
Syazrif hanya mengukirkan senyuman kecil sebelum mengambil hirisan epal itu.Matanya beralih ke arah Safaira yang memandang ke arahnya dengan pandangan serba salah.
"Siapa lagi yang datang?.."soal Fara dengan riak wajah kosong.Matanya beralih ke arah lelaki yang tidak memandang ke arah mereka.
"Ah..!Kau..!"jerit Tisya lalu menuding jarinya ke arah Shafiy yang sedang menayangkan riak wajah dingin.
"Diam."jawab Shafiy pendek.
Tidak lama kemudian,pintu bilik wad itu dibuka semula lalu kelibat Syazwan yang melangkah masuk dengan dahi yang berkerut membuatkan mata Syazrif terbuntang.
"..Abang..?"
Melihat keadaan Syazrif,Syazwan menghembuskan nafas lega sebelum menolak tubuh Shafiy ke tepi.
Apabila lelaki itu tidak berganjak,dahinya berkerut.
"Tepi lah."
"No.This is my place."
Qhaira menjengilkan matanya ke arah Shafiy tetapi lelaki itu hanya mengerlingkan matanya dengan dahi yang berkerut.
"Safaira..?"panggil Syazrif dalam nada perlahan.
Safaira tersentak buat seketika sebelum perlahan-lahan melangkah ke arah Syazrif dengan riak wajah serba salah.
"...sorry I pushed you.."
"You pushed him?!"soal Shafiy dan Irina tersentak.
Kedua-duanya saling berpandangan dengan dahi yang berkerut.
"..it's okay.Sikit je ni..Are you still mad at me..?"soal Syazrif lagi.
Safaira perlahan-lahan mengangguk.
Syazrif tersenyum sayu sebelum kepala perempuan itu diusap.
"I'm sorry.."
"..Tapi..Aku tak marah...sebab kau suka mama.Aku marah...sebab kau tak spend time dengan aku."
Suasana menjadi sunyi seoi buat seketika.
Safaira perlahan-lahan mengangkat wajahnya apabila semua orang mendiamkan diri.
Wajah Syazrif yang sudah merah menyala itu membuatkan dia menayangkan riak wajah terpinga-pinga.
Pandangannya kemudian beralih ke arah Shafiy dan Irina yang serentak membuntangkan mata dengan dahi yang berkerut.
"...kenapa semua orang tiba-tiba.."bisik Safaira ke arah Safiy dengan riak wajah pelik.
Safiy memandang ke arah kakaknya sebelum perlahan-lahan menepuk bahu kakaknya dengan riak wajah pasrah.
"..Apa akak cakap ni.."bisik Safiy dengan riak wajah segan.
Safaira semakin terpinga-pinga.Apabila dia terpandang Sharika yang perlahan-lahan menjauhkan diri daripada katil Syazrif,baru lah dia tersedar.
"..Oh..!Mama tak tahu lagi ke kau suka dia..?"bisik Safaira tetapi didengari jelas di dalam bilik wad itu.
"Kau suka dia?!Bodoh!Siapa benarkan kau sukat dekat-- MMPH!!"
Hana menekup mulut Irina sebelum menarik badan Irina ke arah pintu bilik wad.
"Kitorang balik dulu."kata Hana sebelum menundukkan kepalanya.
"Gila!!Aku tak restu..!!"
"Akak."
Irina tersentak lalu berpaling ke arah Syazrif yang memandangnya dengan pandangan sayu.
Irina mengetap bibirnya sebelum merentap lengannya daripada Hana.
Kakinya melangkah ke arah Sharika lalu jarinya dituding ke arah wajah perempuan itu yang kelihatan kosong.
"If you hurt him..physically,or mentally..I will kill you.I will.Mark my words.I really will!"
"Okay.I understand."jawab Sharika sebelum menundukkan kepalanya ke arah Irina.
Tisya dan Fara yang melangkah ke arah Sharika tadi serentak terlopong sebelum juga turut menundukkan kepala mereka.
"..w-what the..kenapa dia tunduk kepala pula ni..?"bisik Irina ke arah Hana.Itu pertama kali ada seseorang menundukkan kepala ke arahnya.
"That means she respect your wish.Aish!Kau ni!Dah lah..!Jom balik..!Aku belanja kau Secret Recipe."
Kening Irina terangkat lalu lengannya yang dipegang oleh Hana dibiarkan.
Keluhan berat dilepaskan sebelum dia memandang ke arah wanita itu semula.
"You better..take care of him."
Sharika mengangkat kepalanya sebelum mengangguk.
"I will."
Irina tersenyum lega sebelum melangkah keluar daripada bilik wad itu.
Semua yang berada di situ terdiam buat seketika.
"..Saya..nak pergi toilet kejap."kata Sharika tanpa memandang ke arah Syazrif sebelum juga turut melangkah keluar daripada bilik wad itu.
Syazwan berpaling laju ke arah Syazrif lalu pipi adiknya dipegang.
"Adik aku dah besar.."bisik Syazwan dengan dahi yang berkerut.
Kepala Syazrif digosok berkali-kali sehingga rambut adiknya menjadi serabai.
Wajah Syazrif yang masih berona merah itu membuatkan dia menepis tangan abangnya.
Pandangannya beralih ke arah Shafiy yang memandang ke arahnya dengan pandangan tajam.
"..Shafiy-"
Tubuhnya yang tiba-tiba dipeluk itu membuatkan dia terjerit kecil.
Baru sahaja Syazwan ingin bertindak,Syazrif menghentikan abangnya.Kepalanya digelengkan perlahan.
"..Happy Birthday,Syazrif."
Kening Syazrif terangkat sesaat sebelum dia perlahan-lahan membalas pelukan lelaki itu dengan senyuman kecil.
"..Happy Birthday too,Shafiy."
Kening Safiy dan Safaira terangkat sebelum dia saling berpandangan antara satu sama lain.
Diorang berdua ada tarikh lahir yang sama..?
"I guess I will take my leave when I see it.Take care of yourself okay?"
Syazrif mengangguk apabila Shafiy melepaskan pelukannya.Rasanya..itu pertama kali Shafiy melepaskan pelukannya dahulu.
Suasana di antara mereka berdua mula menjadi tegang.
Serentak dengan itu,bunyi deringan telefon milik Shafiy membuatkan lelaki itu mengalihkan pandangannya ke arah skrin telefonnya.
Dahinya berkerut sesaat sebelum dia menamatkan panggilan itu dengan riak wajah selamba.
Tidak sampai 5 saat,telefonnya berdering semula.
"Alright.Saya ada kerja.Goodbye."kata Shafiy dengan senyuman sayu.Tangannya mengusap kepala Syazrif sebelum dia berlalu pergi.
Tisya menjeling ke arah wajah abangnya.
Kenapa Shafiy nampak pelik hari ni..?
"So..Since that's settled,should we eat the cake?"
"Kek?Korang bawa kek?"
"It's your birthday today.Sayang lah kalau tak celebrate."jawab Safiy dengan senyuman senget sebelum menyalakan lilin yang sudah diletakkan di atas permukaan kek.
"Oh.Pergi panggil mama.She can be shy later."sambung Safiy lagi apabila Sharika masih tidak kembali.
"Alright."jawab Fara sebelum melangkah keluar daripada bilik wad itu bersama-sama dengan Tisya.
Bagus lah..Dia mati-mati ingat akan ada drama berlaku hari ni..Tapi nampaknya Safaira dengan Syazrif tidak lah terlalu dramatik jika tentang perasaan mereka berdua.Bukan seperti novel yang dibacanya sebelum ini.Satu masalah,7 bab baru masalah itu diselesaikan.Macam bodoh.
Baru sahaja dia hendak melangkah masuk ke dalam tandas awam itu,Sharika melangkah keluar daripada tandas dengan riak wajah kosong.
Kedua-duanya berhenti melangkah.
"Oh.You're here..?"
"Yeah.Safiy suruh panggil puan.Diorang tengah nak celebrate hari jadi Syazrif."
"Ah..Okey."jawab Sharika sepatah sebelum berjalan di depan mereka ke arah pintu bilik wad Syazrif.
"Puan ada belikan Syazrif hadiah ke?"soal Tisya dengan senyuman mengusik.
Fara hanya menggeleng kepala melihat karenah kawannya.
"I guess so."
"Uuu..Puan beli apa?"
"Nanti kau tahu lah.."
Tisya memuncungkan bibirnya dengan pandangan nakal apabila Sharika kelihatan segan.
Niatnya mahu menyakat Sharika terpaksa dibatalkan apabila lengannya disiku oleh Fara.
Senyuman nakal diberikan sebelum ketiga-tiga wanita itu melangkah masuk ke dalam bilik wad milik Syazrif.
....
Airiqa meletakkan beg galasnya ke tepi.
Dia baru selesai menyiapkan kerjanya untuk hari ini.
Suasana yang sunyi itu membuatkan dahinya berkerut buat sesaat.
"Ah..Hana dengan Irina,keluar."bisik Airiqa perlahan.
Kakinya melangkah naik tangga yang menuju ke arah biliknya.
Pembantu rumahnya serentak menundukkan kepala masing-masing.
"How is she?"
"Uhh..Dia tak makan apa-apa hari ni.."jawab pembantu rumah di hadapannya dengan riak wajah serba salah.
"Dia makan roti,lah."celah pembantu rumah yang mengikat rambut tocang itu.
"Roti je pun..!Itu pun waktu pagi..!"
Airiqa menggeleng kepalanya apabila pembantu rumahnya sudah mula bertengkar.
Pintu biliknya dibuka.
Kelibat Amy yang tidak kelihatan itu membuatkan dahinya berkerut.
"Mana dia pergi..?!"jerit pembantu rumah di belakangnya.
Airiqa melangkah masuk ke dalam biliknya.
Pintu di bahagian balkoninya ditarik.
Masih berkunci di bahagian atas.
Mustahil Amy keluar dari situ.
Lagipun..Kalau dia terjun dari sini,paling teruk pun tulang dia patah..
Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air.
Tiada orang.
"Cuba cek bilik Aira.Dia ada dalam bilik Aira,tak?"
Pembantu rumah yang bernama Syasya itu mengangguk sebelum melangkah ke arah bilik Aira yang berada di tingkat bawah.
"Putri.Pergi cek bahagian dapur."
Putri membuat gaya tabik sebelum meluncur melalui pemegang tangga dengan riak wajah kosong.
"Aina.Pergi cek semua bilik dekat bahagian tingkat paling bawah."
"Okey..!"
"Raiqa.Cek CCTV."
"..yang lain tolong cari bilik bahagian atas ni."
Pembantu rumah yang lain serentak mengangguk sebelum mula bergerak dengan pantas.
Airiqa juga turut mencari.
Tidak lama kemudian,Syasya menaiki tangga dalam keadaan tergesa-gesa dengan Aira di sebelahnya yang kelihatan mengantuk bercampur risau.
"Dia tak ada dalam bilik Aira.I search all part of the room..!"
"..Amy..hilang?.."soal Aira yang memegang patung beruang yang penuh dengan kesan jahitan itu.
Dahinya berkerut risau.
"I don't know..I don't think she went out tho.."Airiqa menggosok belakang lehernya dengan riak wajah risau.
Tidak lama kemudian,bahagian Aina pula yang menaiki tangga menuju ke arahnya.
"Tak ada dekat bilik bawah."
Airiqa berdecit dengan riak wajah serabut.
Mana pula dia pergi...
"Raiqa..!Any luck?"soalnya lalu membuka pintu bilik CCTVnya.
"Tak ada lah puan..Rasanya mustahil dia boleh keluar..Kami bergilir berdiri depan pintu bilik dia sejak pagi tadi lagi."
Airiqa bercekak pinggang sebelum mendengus geram.
Budak ni..
Kalau dia tak keluar,mana pula dia pergi..
Seorang demi seorang menuju ke arah Airiqa.
Masing-masing tidak mengetahui keberadaan Amy.
Airiqa memicit dahinya yang mula berasa sakit.
"Puan..Rehat lah dulu..Kami boleh sambung cari..!"
"Macam mana nak rehat kalau dia hilang..Apa saya nak bagitahu mak dia nanti..?"kata Airiqa sambil melangkah turun anak tangga dengan riak wajah kepenatan.
Dia baru sahaja habis balik daripada kerja.Tapi sekarang Amy pula hilang.
Mahu sahaja dia mengamuk dan menumbuk dinding sekarang ini.
Sebaik sahaja dia melangkah ke dapur,air sejuk yang diserahkan kepadanya diminum sambil dia melabuhkan punggung di atas sofa.
Matanya memandang ke arah Putri yang menyengetkan kepalanya di bawah meja.
Kemudian,beralih ke arah tong sampah.Penutup tong sampah dibuka,lalu matanya memandang ke dalam.
"Putri.What are you doing..?"soal Aina dengan dahi yang berkerut.
"Cari Amy?"jawab Putri dengan riak wajah kosong.
Airiqa dan Aina serentak mengurut ruang di antara kening mereka.
Semua orang tahu,Putri macam tak betul sikit..Tapi serius lah..?
"Kenapa kau rasa dia menyorok dalam tong sampah..?"soal Aina yang sedang cuba menahan sabar itu.
"Mana lah tahu..Kadang-kadang,tempat yang kita tak expect tu lah tempat yang dia menyorok."
"Kau ingat dia muat ke dalam tong sampah tu..?!"jerit Aina yang sudah gatal mahu menumbuk muka perempuan yang kelihatan kosong itu.
"Yeah..?Dia kecil.And tong sampah ni kosong.Kalau tong sampah ni penuh pun aku rasa dia still boleh muat."
Airiqa sudah mula mengerlingkan matanya dengan riak wajah pasrah.
Ah..Kadang-kadang pembantu rumahnya juga tidak boleh diharap.
Aira menarik lengan bajunya.
"Amy...mana?.."
"Entah lah..We're searching for her..Seriously,betul ke dia tak keluar daripada bilik?"
Putri mengangguk dengan kolar baju pembantu rumahnya yang sudah ditarik oleh Aina.
Aina yang hampir mahu membelasah perempuan itu berpaling ke arah Airiqa.
"Ya.Dia memang tak keluar langsung..Petang tadi dia ada je.Kami ingat nak bagi makanan,tapi dia baru nak solat,jadi dia tolak.And,dia cakap dia tak makan malam."terang Aina panjang lebar.
Airiqa memandang ke arah tong sampah yang ditutup oleh Putri apabila dilepaskan oleh Aina.
"...Putri.If you were Amy,where do you think you would go..?"
"Me?.."Putri mendiamkan diri buat seketika sambil memandang lantai di bawahnya.
"..I don't know..Tapi puan kan lagi rapat dengan dia..?Biasanya kalau dia sedih,dia buat apa?"
Airiqa terdiam buat seketika.
Sedih..?Amy tak pernah menunjukkan apa-apa perbuatan yang janggal ketika sedih.
"Amy...peluk..bantal..!If she's sad."terang Aira pula dengan riak wajah yakin.
"..Well..That's not really helping,Aira.."
"And..she..curled up..Like this."
Aira membaringkan tubuhnya di atas sofa lalu meringkukkan tubuhnya sehingga dia kelihatan betul-betul kecil.
"..She stay like this..and sleep."
Kening Airiqa terangkat sesaat.
Hm..Rasanya Amy memang ada buat begitu.Cuma jarang di depannya.Mungkin dia selalu buat begitu di depan Aira..?
Eh.Kejap..
'Mana lah tahu..Kadang-kadang,tempat yang kita tak expect tu lah tempat yang dia menyorok..'
'Kau ingat dia muat ke dalam tong sampah tu..?!'
'Yeah..?Dia kecil.And tong sampah ni kosong.Kalau tong sampah ni penuh pun aku rasa dia still boleh muat.'
'And..she..curled up.Like this.'
Airiqa tiba-tiba bangun dari tempat duduknya.
Aina dan Putri tersentak buat seketika apabila Airiqa berlari ke arah anak tangga.
"Puan..?Puan nak pergi mana..?"soal Putri yang masih berada di tingkat bawah.
Aira dengan pantas mengikut langkah Airiqa dengan tangan patung beruangnya yang dipegang erat.
'Jangan-jangan...'
Airiqa membuka pintu biliknya yang masih kosong itu.
Pintu almarinya ditolak ke tepi.
Wajah Amy yang sedang tertidur nyenyak dalam keadaan meringkuk itu membuatkan dia melepaskan keluhan lega dalam keadaan tidak sedar.
Pipi Amy diusap perlahan.
"..Ah.Amy."bisik Aira apabila memandang kelibat Amy.
Rambut Amy yang mengurai di dalam almari itu membuatkan Aira bermain dengan rambut perempuan itu buat seketika.
"Aira..Bagitahu semua orang,I already found her."
"Okey."
Aira dengan pantas melangkah keluar lalu menuju ke arah Raiqa yang masih bercekak pinggang dengan riak wajah serius.
Lengan baju perempuan itu ditarik.
"Hm?What?"
"Amy...dah..jumpa..!"
"Oh,really?Dekat mana?"
"Dalam...almari."
Raiqa mengerdipkan matanya berkali dengan dahi yang berkerut.
Huh..Tak ada pula dia terfikir mahu mencari di situ.
"Bagitahu..yang lain."
"Oh,okey."
Aira melangkah masuk ke dalam bilik Airiqa semula.
Airiqa,yang sudah menanggalkan jaket dan tudungnya,perlahan-lahan mengonccang tubuh Amy.
Dahi Amy berkerut lalu tangan perempuan itu ditolak.
Airiqa tergelak kecil lalu pinggang Amy dicucuk.
Dia dapat merasakan tubuh perempuan itu tersentak sebelum membuka matanya.
"..oh..awak dah balik.."
Amy perlahan-lahan mengangkat tubuhnya.
Baju yang disangkut di sebelahnya ditolak ke tepi lalu kepalanya disandarkan ke belakang.
"..Kenapa tidur dalam ni..?"soal Airiqa lembut.
Torehan di lengan Amy yang masih kelihatan itu membuatkan dia perlahan-lahan mengusap lengan perempuan itu.
"You scratch yourself again.."
"..Mind your own business.."
"Do you really want me to leave you..?Be honest with me."
Amy terdiam buat seketika.
Pandangannya dialihkan ke tepi sebelum dia mengangguk dengan bibirnya yang diketap.
"..That's a lie."Airiqa tersenyum lembut lalu tubuh Amy ditarik keluar daripada almarinya.
Air-cond di biliknya dibuka lalu tubuh Amy dicampak ke atas katil perlahan.
Amy memandang ke arah Airiqa sekilas sebelum meringkukkan tubuhnya di atas katil.
"Saya ingat awak hilang tadi..Merata saya cari.."
"..Hilang pergi mana..?Awak suruh pembantu rumah jaga dekat luar pintu.Pintu balkoni pun awak tutup.I'm literally in a prison here."
Airiqa terdiam buat seketika sebelum membaringkan tubuhnya di sebelah Amy.
Kepalanya ditongkatkan lalu tubuhnya berpaling ke arah Amy.
"...Awak nak keluar..?"
"Mn."
"Awak nak pergi mana..?"
Amy memandang siling bilik itu.Kipas yang dibuka sejak pagi tadi perlahan-lahan berhenti berpusing.
Udara di bilik itu mula menjadi sejuk.
"..jalan-jalan..ambil angin.."
"..lagi..?"
"..tengok bintang."
"..lagi..?"
"...itu je."
Airiqa memandang wajah Amy.Lama.
Rambut Amy dimainkan antara jari jemarinya.
Aira yang berdiri di hujung katil perlahan-lahan merebahkan tubuhnya di sebelah Amy.
"..Kalau dekat rumah..?Awak nak buat apa?"
"....main game.Dengan orang yang saya sayang."
"Lagi..?"
"...itu je."
Airiqa dan Aira saling berpandangan buat seketika.
Amy tersentak apabila pipinya dicubit perlahan.
"Awak pernah buat semua tu dengan ahli keluarga awak..?"
Amy menggeleng perlahan.
Airiqa mengeluarkan bunyi 'hmm' yang kedengaran perlahan.
Tidak lama kemudian,wanita itu mula melangkah turun daripada katil.
"We can go out after shower.."
"..Go out..where..?"soal Amy yang sudah terpinga-pinga itu.
Airiqa mengambil bathrobenya sebelum berpaling ke arah Amy.
"Tengok bintang."
Mata Amy terbuntang sebelum dia juga mengangkat tubuhnya dengan riak wajah terkejut.
"..Can I..come too..?"soal Aira dengan riak wajah berharap.
Airiqa mengangguk dengan senyuman senget sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.
10:40 P.M..
Amy membiarkan Airiqa memakainnya topi keledar sebelum melangkah naik motosikal wanita itu dengan riak wajah kosong.
Aira melabuhkan punggungnya di bahagian depan Airiqa.
Wajahnya kelihatan tidak sabar.
Airiqa jarang menggunakan motosikal itu untuk pergi kemana-mana.
..dan dia pun jarang menunggang motosikal.
Apabila motosikal itu mula bergerak,Aira mengeluarkan suara teruja yang kedengaran sayup kerana angin.
Amy mendongakkan kepalanya untuk memandang langit.
Matanya terbuntang apabila terpandang bulan purnama yang kelihatan jelas di atas langit.
Bintang-bintang juga kelihatan walaupun tidak terlalu banyak.
"...cantik..."bisik Amy perlahan.Tetapi kedengaran jelas oleh Airiqa.
Senyuman senget terukir di bibir Airiqa.
"..Airiqa..Go faster..!"kata Aira sambil menggoyangkan kakinya.
Airiqa tergelak kecil.
"Amy..Mind if you hold me..?Saya nak rempit ni..Hahaha..!"
Apabila pinggangnya dipeluk erat oleh Amy dari belakang,mata Airiqa terbuntang sebelum pipinya mula berasa panas.
Mungkin kerana angin.
Amy tersenyum lebar apabila motorsikal yang ditunggangnya itu semakin laju.
"Amy.."
Kening Amy terangkat lalu matanya beralih ke arah Airiqa.
"..I really care about you,you know.."
Amy tidak menjawab.
"...So,please..don't hurt yourself."hanya itu yang dikatakan Airiqa sepanjang perjalanan mereka.
Perjalanannya selepas itu hanya dipenuhi dengan suara Aira yang kedengaran teruja buat pertama kali apabila terpandang bulan purnama.
..dan juga..rasa bahagia..?
Share this novel