Amy memandang jam pada skrin handphonenya.
3 A.M..
Handphonenya diletakkan ke tepi.
Kenapa dia asyik terbangun secara tiba-tiba sejak kebelakangan ini?
Amy memejam matanya.
..........
'Welcome back.'
Amy memandang ke arah Syamimi dan Arissa yang sedang bermain kad tidak jauh darinya.
'You are in the middle of an adventure that you still didn't finish.Continue where you left off?'
-> -Yes
-No
'You choose to proceed with the adventure.'
Amy melangkah ke arah Syamimi dan Arissa dengan riak wajah kosong.
Sebaik sahaja pandangannya dan pandangan Arissa bertaut,Arissa serta merta mencampak kadnya ke tepi lalu melambai ke arah Amy.
Syamimi juga turut melambaikan tangannya berserta dengan kad yang dipegangmya.
"Hai,Amy..!Awak tiba-tiba hilang,jadi kitorang tunggu awak sebelum teruskan."
Amy mengangguk faham lalu memandang ke arah lorong di sebelahnya yang kelihatan gelap.
Arissa menyengetkan kepalanya ke arah lorong yang dilihat Amy.
"..nak pergi tengok?"soal Arissa dengan senyuman teruja.
"Macam gelap sangat je.."
"Alah..gelap-gelap tu lah yang best..!Jom,Mimi..!"
Arissa mengheret lengan Syamimi agar mengikutinya.Tangan Amy dipegang erat.
Ketiga-tiga sekawan itu mula berpegangan tangan sebelum menuju ke arah lorong yang gelap itu.
Tiba sahaja di bahagian penghujung tempat itu,Arissa menggaru kepala tidak gatal.
"...Erm..tak ada apa pun?"
Arissa menayangkan riak wajah kecewa manakala Syamimi pula sudah kelihatan lega kerana tiada benda buruk yang berlaku.
"..Dah lah..jom balik..kita pergi tempat lain lah pula.."
"Ehh..Tapi kita baru masuk..Aku tak puas lagi lah.."
Syamimi dan Arissa mula bertikam lidah dalam nada berbisik.
Amy yang berada di tepi mereka hanya mendiamkan diri.
'It seems like your friends are not agreeing with each other.Whose side are you on?Would you like to stop adventuring?'
-Yes
-> -No
'You want to continue your journey.Wise choice.'
"..Kita teruskan je lah."Amy bersuara dalam nada perlahan.
Syamimi dan Arissa yang sedang bertikam lidah itu serentak memandang ke arah Amy.
Syamimi memuncungkan bibirnya manakala Arissa pula bersorak kegembiraan.
'It seems like Syamimi feel upset.Would you like to comfort her?'
-> -Yes
-No
'How would you like to comfort her?'
-> -Pet her head
-Tell her everything is going to be okay
-Tell her it will be over soon
-Hold her hand
'You choose to pet Syamimi's head'
Amy mengusap kepala Syamimi perlahan dengan riak wajah kosong.
'It seems like Syamimi is confuse by your action.But her heart feels warm by your small gesture.'
Ketiga-tiga kawan itu mula berpegangan tangan semula.Amy di tengah.Syamimi di sebelah kiri manakala Arissa di sebelah kanan.
"Sekarang kita nak pergi mana?"soal Arissa sambil matanya melilau mencari destinasi yang menarik untuk dituju.
"..kat situ ada pintu."Syamimi menuding jarinya ke arah pintu yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri.Pintu itu susah untuk kelihatan kerana kawasan tempat itu yang lebih gelap daripada tempat lain.
"Apa lagi?Jom..!"
Arissa menarik tangan Amy lalu berlari ke arah pintu.Amy yang memegang tangan Syamimi serta merta terheret tangan perempuan itu bersamanya.
"Woah...Besarnya pintu ni.."
Arissa memulas tombol pintu itu.
Dahinya berkerut.
Tombol pintu itu dipulas berkali-kali.
"Ah...Berkunci.."Arissa bersuara dalam nada kecewa.
"..Mesti ada kunci dekat mana-mana.."
Amy mengangguk setuju lalu Syamimi dan Arissa mula mencari kunci di sekitar kawasan itu.
Mereka tidak berani pergi terlalu jauh seorang diri.
"..Haih..Kalau lah tempat ni tak gelap sangat...Apa kata kita cari cara macam mana nak buka lampu tempat ni dulu?"soal Arissa sambil bercekak pinggang.
Syamimi mengangguk setuju lalu berpaling ke arah Amy bagi mendapatkan kepastian.
'New mission: Search for a way to light up the castle.' (EXP :1000) (Gold :1000)
'New mission: Search for a key to enter the door.' (EXP :1500) (Gold: 150)
'New mission: Enter the door.' (EXP :500)
Amy mengangguk perlahan apabila terpandang kotak hologram di tepinya.
Nampaknya cari kunci dapat lagi banyak Experience Points(EXP).Mesti cari kunci lagi susah daripada cari cara untuk buka lampu.
Amy mula kembali ke posisi yang selalu dilakukan oleh tiga sekawan itu.
Amy di depan,Arissa di tengah dan Syamimi di belakang.
Amy memegang tangan Arissa lalu Arissa pula memegang tangan Syamimi sebelum mereka mula meneroka tempat itu.
Prakk..!
"..Oh..?"Syamimi memandang kertas yang dipijaknya.Kertas itu dibuka.
"..Tengok ni,guys..!Aku jumpa peta.Peta tempat ni agaknya.."
Amy mengambil peta yang dihulurkan ke arahnya.Arissa menyengetkan kepalanya agar boleh melihat peta di tangan Amy dengan lebih mudah.
'You've receive a map!Do you want to hold it?'
Amy termenung buat seketika.
Dia tidak pandai membaca peta.
Wajah Syamimi dipandang lama.
"..Yeh,yeh..Saya reti baca peta.Kalau macam tu saya lah yang kena duduk depan."
Amy mengangguk laju.
'You give the map to Syamimi.Syamimi receive a map.'
'You've swap place with Syamimi.'
Amy membiarkan Syamimi mengetuai mereka.
Arissa berpaling ke arah Amy.
Syamimi juga membuat perkara yang sama.
"..Erm..Rasa macam pelik pula kalau yang paling pendek duduk dekat belakang.Arissa,apa kata kau bagi dia duduk tengah?"
"Okeyh!"
Arissa dengan suka rela menolak Amy ke depan.
'You've swap place with Arissa.'
"Baru betul!Memandangkan nanti kot-kot boleh terpisah..Amy,awak pegang bahu saya,Arissa pegang bahu Amy."
"Uuu..Bijak~"
Syamimi menayangkan riak wajah bangga lalu mula menumpukan perhatian pada peta di tangannya.
Amy memegang erat bahu Syamimi.
Bahunya juga turut dipegang erat oleh Arissa.
Masing-masing mula mengikut langkah Syamimi seperti kereta api.
Selepas beberapa minit berjalan,Syamimi mula berhenti di sebuah lokasi.
"Ini dia tempatnya."
Arissa memandang ke arah sekelilingnya dengan laju.
"..Tak ada pun suis?"
"..Huh?Tapi kat kawasan ni ada tulis Electrical Room?"soal Syamimi pelik sambil menunjuk kawasan pada peta yang dipegangnya.
Jarinya dibulatkan pada kawasan yang tertulis 'Electrical Room'.
"..Bukan biasanya Electrical Room banyak wayar ke?Tak ada wayar pun kat sini?"soal Arissa dalam nada pelik sambil memandang ke arah Amy.
Amy mendongakkan kepalanya.
Jarinya dituding.
Semua yang berada di situ serentak memandang ke atas.Wayar yang memenuhi kawasan di bahagian atas membuatkan Arissa terlopong.
"..Macam mana kita nak tahu mana satu wayar untuk buka cahaya?Dah lah kita tak boleh terbang!"
"..Kita je..Amy boleh."
Amy mengangguk perlahan.
Arissa mula menayangkan riak wajah teruja.
"Jadi macam mana ni?Kita cuma perlu fikir wayar mana yang kita perlu sambung."
Arissa dan Syamimi mula memikirkan cara.
Syamimi berjalan ke sana dan ke sini sambil mendongakkan kepalanya ke atas setiap 5 saat.
Secara tiba-tiba Syamimi menyengetkan kepalanya.Dahinya berkerut.
"Baru aku perasan.."
Syamimi merebahkan tubuhnya lalu berbaring di atas lantai.
"Semua wayar tu terputus."
Arissa berjongket kening lalu mula membaringkan tubuhnya di atas lantai.
Keningnya terangkat.
"Haah lah."
"Yeh..Jadi aku terfikir..Mungkin sebab tu kot istana ni gelap.Sebab semua wayar ni putus."
"..Eh..tapi bilik yang kita masuk tadi tak gelap pun?"
"Sebab tu.."
Syamimi menuding jarinya ke arah wayar berwarna hijau yang kelihatan lurus.
Manakala wayar lain harus disambungkan ke bawah.Ada juga yang harus disambungkan ke atas.Mungkin wayar tersebut sudah putus akibat sebab yang tidak diketahui.
"..Hm..Jadi kita cuma perlu sambungkan lah.."
"Tapi wayar tu putus.."
"Haa!Kuasa Air aku boleh sambungkan arus elektrik?"
Syamimi serta merta terbangun apabila bersetuju dengan idea Arissa.Tetapi tidak lama kemudian dia terbaring semula.
Amy yang melihat kedua-dua kawannya berbaring juga turut berbaring di antara mereka berdua.
"..Kau tak boleh terbang,Arissa.."Syamimi bersuara dalam nada pasrah.
"..Awak boleh terbangkan saya,Amy?"soal Arissa perlahan.
".......kau berat.Betul tak Amy?"
Syamimi berpaling ke arah Amy.
Amy mengangguk setuju.
"Hey..!"Arissa mengetuk kepala Amy perlahan menggunakan tangannya.Lengan Syamimi dicubit.
Amy tersenyum senget sambil menggosok kepalanya manakala Syamimi pula sudah tergelak kecil sambil menggosok lengannya.
"..now what?..should we give up?"soal Arissa perlahan dalam nada tidak rela.
'What would you like to do?'
-> -Carry Arissa while you fly
-Give up
"..Saya boleh cuba piggyback awak.."
"EH?"Syamimi dan Arissa serentak terbangun dengan riak wajah pelik.
"..Ungh.."
Arissa menayangkan riak wajah risau apabila tubuh Amy menggeletar apabila mengangkatnya.
"..Aku berat sangat,ke Mimi?"
"....Bukan..kitorang yang underweight..So,of course lah..kau..Ehem..berat sikit.."
Arissa menepuk dahinya.
Amy perlahan-lahan terbang menuju ke arah wayar di atasnya.
"..You can do it,Amy!Sikit lagi!"
'Hearing Arissa's words,you receive a special buff.You gain 20% more speed than usual.'
"There you go!Okey,tahan.Saya nak sambungkan wayar..."
Arissa menyambung kuasa airnya yang kelihatan seperti wayar ke arah lubang berwarna merah.
Kemudian lubang berwarna biru yang terletak di bahagian atas kiri dan di bahagian atas kanannya juga disambungkan oleh 'wayar air'nya.
"Lagi satu!Cepat,Arissa!"jerit Syamimi dari bawah.Melihat Amy yang hampir terjatuh,Syamimi mula berjalan ke kiri dan ke kanan dengan riak wajah panik.
Wayar berwarna kuning yang tidak terputus itu dipandang lama.
"..Syamimi?Wayar ni tak terputus?Tapi kenapa tempat ni tak menyala lagi?"
"Apa?"
Arissa memasang semula wayar berwarna kuning yang sudah ditarik keluar tadi.
"Ouch..!Ada renjatan elektrik..Tapi kenapa--"
Arissa tersentak apabila tubuh Amy mula terhuyung hayang.
"..Urgh..Mungkin ada suis!Arissa!Cuba cari suis!"
Syamimi juga turut mencari suis di sekelilingnya.
Mata Arissa melilau memcari suis.Wayar-wayar yang menutupi pandangannya diselak ke tepi.
"Tak ada!"
Serentak dengan itu,tubuh Amy mula terjatuh tanpa sebarang amaran.
"WAAAA!!"
"Aku tangkap!Aku tangkap!!"
GEDEBUK!!
Syamimi memandang tubuh kawannya yang terjatuh di belakangnya.
"Weyh!Arissa,Amy!Are you okay?!"
Arissa yang menindih tubuh Amy serta merta menjauhkan dirinya daripada Amy.
"Amy?Awak okey?Tulang awak ada patah?"
"Mmh.."
Amy perlahan-lahan mengangkat tubuhnya.
Kakinya yang berasa sakit membuatkan Amy memejam matanya buat seketika.Arissa menarik stoking Amy di bahagian kiri dengan laju.
"...Kaki awak..Sorry,Amy...Saya tak sengaja.."
Mata Arissa mula berkaca sambil dia menekup kaki Amy yang kelihatan bengkak itu.
'Would you like to comfort Arissa?'
-> -Yes
-No
'How would you like to comfort her?'
-> -Pet her head
-Tell her everything is going to be okay
-Tell her it will be over soon
-Hold her hand
'You chose to pet Arissa's head.'
Amy mengusap kepala Arissa perlahan dengan pandangan sayu.
'It seems like she's crying more than before.But she feels okay knowing that you're not mad.'
"..Kita kena hantar dia pergi hospital.Kita sambung nanti lah ya,Arissa?"soal Syamimi perlahan dengan riak wajah risau.
Arissa perlahan-lahan mengangguk.
Tubuh Amy perlahan-lahan dipapah.
'Would you like to end your adventure here?'
-Yes
-> -No
'You choose to continue.'
Secara tiba-tiba,Amy dapat merasakan kakinya tenggelam.
Lantai kayu yang dipijaknya membuatkan dia terjerit kecil.
"Apa?Apa jadi?"soal Arissa dalam nada saspen.
"Lantai ni macam tenggelam.."
Arissa memijak lantai berwarna hitam di sebelahnya berkali-kali.
Syamimi dan Amy serentak terpandang lantai yang berwarna hitam di bahagian tengah tempat itu.
Perlahan-lahan Syamimi memijak lantai tersebut.
Tepat sangkaannya,lantai itu tenggelam.
Amy perlahan-lahan melangkah ke arah lantai di penjuru dinding.
Lantai itu dipijak.
BZZZT..!!
Lampu di kawasan itu serta merta menyala.
Mata Arissa dan Syamimi terbuntang.
"Wow..Jadi ini suisnya?"bisik Syamimi perlahan.
"Huh?Amy,Syamimi!Tengok tu!"
Arissa memapah Amy perlahan sehingga mereka melangkah keluar dari kawasan Electrical Room itu.
Lampu chandelier yang kelihatan dari tingkat 3 membuatkan mata Arissa bersinar-sinar.
"Kita dekat tingkat 3?Wow..Tak perasan pun.."bisik Syamimi perlahan.
"Tengok tu..Itu kerusi untuk raja kan?Besarnya..."
Dahi Arissa berkerut apabila berasa seperti ada sesuatu di belakangnya.
Ketiga-tiga perempuan itu serentak memandang ke belakang.
Belum sempat mereka memberi reaksi,leher masing-masing serta merta di pukul oleh sesuatu yang mereka pun tidak pasti apa.
Perlahan-lahan pandangan mereka menjadi gelap sebelum badan mereka rebah ke lantai.
'Amy?...Amy?..'
Amy terjaga dari tidurnya.Dahinya berkerut memandang riak wajah ibunya.
"..Bangun,mandi.Pergi sekolah."
Amy terdiam seketika.
Dia tidak mahu.
Skrin handphonenya dipandang lama.
"..Ma..hari ni boleh tak Amy nak cuti?Hari ni tak belajar."
"Haa?Ya,ke ni?"
"..Yup..ada ceramah motivasi apa entah."
Ibunya menayangkan riak wajah curiga.
Selepas memujuk ibunya beberapa kali,Amy menyambung tidurnya semula apabila dia berjaya meminta cuti.
Dia tipu.
Tiada ceramah motivasi pun sebenarnya.
Amy dapat merasakan dirinya sepertu dibangunkan semula.
Dirinya yang berada di belakangnya di pandang lama.
"..Fine..nak solat lah ni.."bisik Amy tanpa memandang jam.Dia tahu sekarang pukul 6.
Selesai menunikan solat,Amy termenung di atas sejadahnya.
Selain doa untuk memanjangkan nyawa ibu bapanya,dia tiada benda lain untuk meminta kepada Allah.
"....thanks for letting me rest."
"Bruh.Rehat apanya?Kau tipu mak kau."dirinya yang berpakaian hitam bercekak pinggang di sebelahnya.
Amy menayangkan riak wajah kosong.
Telekungnya dilipat bersama dengan sejadahnya.
"Whatever."bisik Amy perlahan.
Tubuhnya direbahkan di atas katil semula.
Ibunya sudah keluar menghantar adiknya ke sekolah.Ayahnya pula sudah pergi bekerja.
Amy menutup matanya.
Entah kenapa dia berasa semakin penat sejak kebelakangan ini.
Amy terjaga dari tidurnya.
Kelibat Syamimi yang sedang bermain o som bersama Arissa di sebelahnya dipandang lama.
"Amy..!Awak dah bangun?"
Amy mengangguk perlahan.
"Fuh..nasib baik..Urgh..leher saya sakit.."
Syamimi menggosok lehernya perlahan sambil memandang ke arah luar pagar penjara itu.
"..Kita kena tangkap..Saya rasa diorang ingat kita ni penceroboh lah."
"Memang penceroboh pun masuk tak minta izin."Syamimi menjeling ke arah Arissa sambil berpeluk tubuh.
"Yelahh..Aku salah,semua salah aku.Itu salah.Ini salah.Semua sebab aku."
Amy hanya memandang kedua-dua kawannya bertikam lidah seperti tiada hari esok.
Matanya memandang ke arah pengawal di luar yang sedang nyenyak tertidur.
"Awak tengok lah dia ni,Amy!Asyik salahkan saya je!"jerit Arissa sambil menuding jari ke arah Syamimi.Syamimi menjelirkan lidah ke arahnya dengan riak wajah tidak kisah.
'It seems like your friend are fighting with each other.What are your choices?'
-Side with Arissa
-Side with Syamimi
-> -Side with neither
-Stay silent
'You choose to side with neither of them.'
"...Stop it.Kita kena cari jalan keluar."
Amy mengusap kedua-dua kepala kawannya.
Syamimi dan Arissa serentak memuncungkan bibir sebelum menjeling antara satu sama lain.
"Ada idea?"
Syamimi mengeluarkan peta dari poketnya lalu menunjuk ke arah tempat yang berbentuk seperti penjara.
Di peta itu tertulis perkataan 'Shell Dungeon'.
"Kita kat sini..Saya baru perasan,penjara ni bersebelahan dengan Electrical Room.Maksudnya kita masih dekat tingkat 3.Pintu yang kita nak masuk tadi dekat tingkat 1.Tapi kita masih tak ada kunci.Jadi kita kena cari kunci dulu."terang Syamimi panjang lebar.Riak wajahnya bertukar serius.
Arissa juga menumpukan perhatian sepenuhnya ke arah peta yang ditunjuk oleh Syamimi.
"Jadi sekarang macam mana?Nak cari kunci,kita kena keluar dari tempat ni dulu.."
Semua yang berada di situ tersentak apabila terdengar bunyi bisikan di sebelah mereka.
"Siapa tu?"soal Arissa dalam nada berbisik.
"Saya boleh tolong awak keluar."
Syamimi dan Arissa serentak terjerit kecil apabila terpandang wajah seseorang di sebalik lubang tingkap berbentuk bulat yang bersaiz kecil itu.
"..akak ni siapa?.."
"..akak..?!Abang lah..!"
Syamimi dan Arissa serentak mengerutkan dahi mereka.
"..Transgender...?"
"What..?!Saya lelaki asli okey..?!"
Kesemua yang berada di situ terdiam apabila pengawal di luar pagar kelihatan seperti terjaga buat seketika.
Sebaik sahaja pengawal itu menyambung tidurnya semula,Syamimi berpaling ke arah lelaki di hadapannya semula.
"..Okey..abang kata tadi,abang tahu jalan keluar?Boleh tolong tunjukkan?"
Lelaki itu memuncungkan bibirnya.
"Tapi dengan syarat..Adik kena tolong abang keluar dari sini juga."
"..oh..okey..!"Arissa mengangguk laju lalu mula menjengketkan kakinya agar wajah lelaki itu kelihatan lebih jelas.
Amy mengerutkan dahinya apabila dia tidak dapat melihat apa-apa kerana ketinggiannya.
Kening Arissa terangkat apabila tingkap di hadapannya tiba-tiba remuk kemudian pecah.
Bunyi kaca yang terjatuh membuatkan mereka berpaling ke arah pengawal.
Mujur tiada yang terjaga.
"Okey..Ambil ni.."
Amy mengambil rantai yang dihulurkan ke arahnya.Cincin perak yang tergantung pada rantai itu membuatkan dia mengerutkan dahinya.
'Syazwan'
Kening Amy terangkat.Matanya terbuntang apabila wajah Syazwan mula kelihatan jelas.
"..masukkan cincin tu dekat dalam kotak tu."
Amy memandang ke arah kotak kosong di bahagian penjuru dinding.Keningnya berjongket.
Perlahan-lahan dia meletakkan rantai itu ke dalam kotak dan serentak dengan itu,teleportasi serta merta muncul memenuhi ruang kotak itu.
"..Bila korang dah masuk,tolong carikan kunci tempat ni."
"..Ah..dua kunci lah kita kena cari nampaknya."Syamimi bersuara dalam nada malas.
"..Dua..kunci?"
"Satu lagi kunci untuk pintu tingkat 1."
Syamimi membuka peta yang digulungnya tadi lalu menuding jari ke arah pintu berwarna hitam yang berada di tingkat 1.
Mata Syazwan terbuntang.
"Tempat tu..."
"..Kenapa?Abang pun nak pergi tempat tu juga ke?"
Syazwan mengangguk laju.
"..Abang sebenarnya nak pergi kat situ lah..tapi kena tangkap.."
"..Ah..Jadi abang tahu ke macam mana nak buka pintu tu?"
"Yup..!Pintu tu ada 2 password.Salah satu passwordnya,cap jari tangan abang."
Amy,Syamimi dan Arissa saling berpandangan.
"Kita dah jumpa kunci pintu tu..jadi kita cuma perlu cari kunci untuk buka pintu penjara ni.."
Syamimi berlari ke arah pintu pagar penjara itu lalu mengecilkan matanya.
"..Jadi kunci dia mesti dekat pengawal tu kan?"
"Malangnya,bukan semudah itu.Kunci akan diberi kepada ratu lepas orangnya dah dipenjarakan.Kalau tak,dah lama abang keluar sekarang ni."
Syamimi berdecit.
Bijak lah pula ratu tempat ni.
"..Jadi kami kena berjumpa dengan ratu tu sendiri?"
"..Well..yes..but no..Sekarang ni waktu tidur dia..Jadi adik boleh lah cuba ambil kunci dekat dalam bilik dia."
"..Jadi kami terus teleport dalam bilik dia?"soal Syamimi sambil memandang ke arah teleportasi di dalam kotak itu.
"..erm..yes..?"
"..macam mana kami nak tahu kunci tu dia simpan dekat mana?"
"...uhh...abang pun tak pasti.."
Bunyi jeritan dari pengawal membuatkan semua di situ berpaling ke arah lelaki di luar penjara mereka yang berpakaian seragam lengkap.
"..Go,now..!"
"Macam mana nak datang sini balik..?!"soal Arissa dalam nada panik.
"Fikir tempat ni,baling rantai tu..!Kalau ada apa-apa jadi,pakai cincin tu..!"
'Oi!Diorang cuba larikan diri..!'
Amy orang pertama yang memasuki teleportasi itu diikuti dengan Arissa dan Syamimi yang terakhir.
Pengawal di situ memandang ke arah Syazwan sambil bercekak pinggang.
"Report this to Her Majesty."
Syazwan memuncungkan bibirnya.Sebaik sahaja pengawal itu berpaling,Syazwan menjelirkan lidahnya ke arah pengawal itu.
"..You,keep an eye on him.I will be reporting this to Her Majesty."
Syazwan mengangkat keningnya apabila pengawal di situ serentak memandangnya.
Perlahan-lahan dia membaringkan tubuhnya di atas katil dengan senyuman nakal.
"..why are you looking at me like that.I'm so shy.."
Pengawal di situ mula melepaskan keluhan berat.
Ada yang menepuk dahi dan ada juga yang menggeleng kepala.
Syazwan hanya berharap agar ketiga-tiga budak perempuan tadi selamat daripada bahaya.
Agaknya diorang teleport dekat mana ya?
Dia sendiri pun tahu mereka teleport ke dalam bilik ratu istana ini.Tapi mereka teleport 'di mana'?
Ah..kalau diorang teleport dalam bilik air,susah juga..Memandangkan pintu bilik air itu dikunci setiap malam.
Harap-harap bukan dalam bilik air..
Amy,Syamimi dan Arissa menahan nafas masing-masing.
Arissa perlahan-lahan menolak pintu almari di sebelahnya ke tepi.
Tidak lama kemudian,dia menutupnya semula dengan riak wajah panik.
Kepalanya digeleng.
".....dia tak tidur lagi......"
".....what...?....tapi..sekarang dah pukul....12 tengah malam..."Syamimi bersuara dengan matanya yang terbuntang sambil memandang ke arah jam di pergelangan tangannya.
"..mana lah aku tahu......macam mana kita nak cari kunci kalau macam ni....?"soal Arissa pula dalam nada berbisik.
Syamimi menyengetkan kepalanya di sebalik pintu almari yang sedikit terbuka itu.
"..itu..!Rantai dia...ada kunci...!"
Arissa menyengetkan kepalanya semula.Amy juga membuat perkara yang sama.
"..sekarang..macam mana?.."
"...kita tunggu?.."
Amy termenung buat seketika.
'What would you like to do?'
-Knock the Queen unconcious
-Knock the Queen unconcious
-Knock the Queen unconcious
Mata Amy terbuntang.
Tiada pilihan lain.
"....apa..kata..kita...cuba pukul dia sampai pengsan..?"
Syamimi dan Arissa serentak memandang ke arah Amy dengan riak wajah terkejut.
Amy juga terkejut dengan pilihan yang sama itu.
"..tapi..Dia ratu kot..mesti dia lagi kuat daripada kita..."
"..Kalau kita tak buat macam tu,kita takkan dapat kunci dekat rantai dia--"
Serentak dengan itu,pintu almari itu terbuka luas.
Ketiga-tiga sekawan itu tersentak.
'KNOCK THE QUEEN UNCONCIOUS'
"Oh....What a cute intruder.."
Amy serta merta menolak tubuh Arissa dan Syamimi ke tepi apabila pedang yang dipegang ratu itu hampir menusuk mereka.
Syamimi dan Arissa dengan pantas melarikan diri.
"..Who are you?"
"Uhh..we..just here...to..have fun and play--"Syamimi terjerit kecil apabila pasu di sebelahnya hancur secara tiba-tiba.
Dengan pantas dia berlari ke arah Amy.
Dahi Amy berkerut.
'Boss Level: 100'
"Kita kena kalahkan dia."bisik Amy perlahan.
Syamimi terjerit kecil apabila tubuhnya tiba-tiba dicampak ke tepi oleh kuasa yang tidak diketahui.
'??? uses the power of Gravity.Syamimi lose -900 heart points.'
"..Lari..!"jerit Amy apabila terpandang nyawa meter Syamimi yang hanya tertera nombor '1'.
Arissa yang melihat riak wajah Amy serta merta membuat perisai Air pada tubuh Syamimi sebelum memapah tubuh perempuan itu.
Amy menahan pedang yang hampir terkena wajahnya menggunakan pisaunya yang bersaiz kecil berbanding pedang wanita di hadapannya.
Cincin yang tergantung pada rantai wanita itu di sebalik kunci dipandang sekilas.
'Qhaira'
Kening Amy terangkat.
Siapa Qhaira?
Tak silap aku,Amy dekat dunia sebenar kenal Ceisya,Hasyira,Qaireena,Qairin...Siapa Qhaira?
Aku tak kenal dia..Jadi kenapa nama ni tiba-tiba muncul dalam imaginasi aku?
Tapi muka dia sama macam Ceisya.
'I just like the name.'
Suara yang datang dari kepalanya membuatkan dia menggeleng kepala di dalam hati.
Macam tu pun boleh lah.
'Kejap..kalau macam tu,kau ship Syazwan dengan Ceisya?'
'Fokus lawan boleh tak?This is my imagination.I do what I want.'
Amy mengelak serangan Qhaira yang hampir terkena tubuhnya.
Sebaik sahaja kelibat Arissa dan Syamimi sudah hilang dari pandangan,Amy dengan serta merta melangkah keluar daripada bilik itu.
Dahinya berkerut apabila terpandang kelibat Arissa yang berhenti pada anak tangga yang menuju tingkat bawah.
"..Arissa..Kenapa awak berhenti?--"
Amy memandang pengawal di hadapannya dengan riak wajah terkejut.
Qhaira yang berada di belakangnya membuatkan dia mula panik.
Cincin yang disimpan di dalam poketnya serta merta ditarik keluar lalu dipakai pada jari tengahnya.
Kening Qhaira terangkat.
"..I..Itu---"
Cahaya yang menyinari kawasan itu membuatkan semua orang di situ menutup mata.
Semua orang kecuali Qhaira.
"Where did you get that ring?!"jerit Qhaira dengan riak wajah bengis.
"..I gave it to her."
Syazwan bersuara sambil berpeluk tubuh.
Dahinya berkerut memandang rantai besi yang mengikati pergelangan kakinya.
Nombor yang semakin menurun pada pergelangan tangannya dipandang sekilas.
Nampaknya dia tidak boleh berada di sini lama.
"..Owh..come on.Qhaira..You're sick..I'm trying to help you.."
Syazwan melambaikan tangan di belakangnya ke arah Amy seperti gaya menghalau.
Amy yang perasan pergerakan tangan Syazwan itu mula serba salah.
"Help me..?You were trying to kill me."
"I'm not!Saya cuma nak masuk bilik tu and tolong apa yang patut..!You seem to keep suffering in there..."
Kening Amy,Syamimi dan Arissa serentak terangkat.
Bilik?..Bilik yang terkunci tu ke?..
"....you're..Qhaira...aren't you..?"
Qhaira tersenyum sinis apabila Syazwan memandangnya dengan wajah yang pucat.
"...I'm not."
"....where is she then...?"
"..Why should I tell you?"bisik Qhaira perlahan.
Tangannya mengeluarkan sesuatu lalu dicampak ke atas dengan riak wajah kosong.
Kawasan di tempat itu serta merta menjadi gelap.
"..You and her both are annoying.Showing off your wealth and relationship.You guys are making me puke."
Syazwan mula kebelakang apabila Qhaira(?) melangkah ke arahnya.
".....I put you in that dungeon because I pity you.But alas...you seem to like searching for trouble don't you?"
Amy yang berada di belakang Syazwan menjeling ke arah kunci di rantai Qhaira(?) sekilas.
Amy memandang ke arah Arissa yang cuba mengambil rantai itu menggunakan kuasa airnya.
"How about I give you something fun this time?"bisik Qhaira(?) perlahan dengan pandangan tajam.
Tali air yang dibuat oleh Arissa digenggam sehingga bertukar menjadi wap air.
Arissa sudah terlopong.Belum sempat dia memberi reaksi,tubuhnya sudah terlebih dahulu disepak oleh Qhaira(?).
Amy dengan pantas menyambut Arissa sebelum perempuan itu terjatuh.Tetapi berat badan Syamimi yang juga menindih tubuh Arissa membuatkan ketiga-tiga kawan itu terjatuh dari tangga.
Mata Syazwan terbuntang memandang ke arah wajah Amy yang kelihatan seperti menahan sakit.
"Stop that..!This is not the Qhaira that I knew..!"jerit Syazwan lalu menolak tubuh Qhaira ke belakang.
"That's because I'm NOT Qhaira..!"jerit Qhaira dengan matanya yang sudah tidak fokus.
Lengan Syazwan digenggam kuat.
"You're coming with me."
Kunci di rantainya ditarik lalu dihancurkan,rantai besi yang mengikati pergelangan kaki Syazwan serta merta hilang.
Mata Syazwan terbuntang.
"..Wait,what?...where are you taking me..?"
Qhaira berpaling ke arah Syazwan sekilas.
Senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Where do you think?.."
Syazwan tersentak apabila lengannya diheret.
Wajahnya yang berasa panas membuatkan dia menggeleng kepala dengan laju.
"Oh,you think you have the right to refuse?"
"..wait,no-- I--"
Syazwan terjerit kecil apabila tubuhnya dicampak.Sangkanya dia akan berasa sakit di seluruh badannya,tetapi di sebaliknya pula yang berlaku.
Syazwan memandang ke arah katil yang bersaiz King itu.
"...why are we in your room..?"
"..oh why,indeed."bisik Qhaira sebelum menarik butang baju Syazwan satu persatu.
Pipi Syazwan automatik berona merah.
"...w..wait----"
'Amy..!!'
Amy membuka matanya.
Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang.
Dahinya berkerut apabila adik lelakinya menyua handphone tab nya.
"..Pinjam phone..tolong bukakan password."
Amy mengerutkan dahinya lalu membuka password tab dengan riak wajah tidak sudi.
Sebaik sahaja adiknya melangkah keluar,Amy meraup mukanya.
'..i was about to get to the good part.'bisik Amy di dalam hati dengan riak wajah tidak puas hati.
Tubuhnya direbahkan semula lalu matanya dipejam rapat.
Dirinya yang memandangnya dari tepi membuatkan dia membuka matanya semula.
Dahinya berkerut sebelum dia menutup matanya.
"..Syazwan is the bottom."
"..Pegging?"soal dirinya yang berpakaian hitam dengan mata yang bersinar-sinar.
"..And futa."
"Yes..!"
Amy memejam rapat matanya semula sambil dia memikirkan perkara yang...sangat tidak ramah.
Her imagination is wild that's all.
Share this novel