BAB 32: Unstable

Romance Series 12091

Amy memandang pisau di tangannya.
Dia cuma harus menggerakkan pisau itu sedikit saja.
Matanya dipejam rapat apabila tangannya mula menggeletar.
"F*ck..!"

Pisau lipat itu dibaling ke tepi.
Kepalanya diketuk berkali-kali.
"..Bodoh lah kau,Amy..!Bodoh..!"bisiknya berkali-kali.Kukunya mencakar lengannya bagi melepaskan geram.
Kertas ujian BI nya dipandang sekilas sebelum dia berasa lemah semula.

'85%'

"..I'm so useless.."
Air matanya yang bertakung di seka dengan laju sebelum dia mengetuk kepalanya berkali-kali.Kali ini lebih kuat berbanding tadi.
Kata-kata cikgu Hasyira tadi bermain semula di dalam kepalanya.

..........

"..Ayat kamu tak sematang ayat Qhaira.Dia pandai buat ayat.Ayat kamu macam..kebudak-budakkan sikit..Tapi okey lah markah tu kan?Kamu cuba lah belajar dengan dia sikit..Tapi dia tak datang pula hari ni."
Amy tersenyum senget lalu berpaling ke arah kerusi di sebelah tempat duduknya.
Apabila pandangan semua pelajar beralih ke arah orang lain,senyuman pada bibirnya automatik hilang.
Markah kertas ujian Qhaira dipandang sekilas.

'98%'

..........

Amy menekup wajahnya ke arah lututnya.
Rambutnya ditarik berkali-kali apabila kepalanya berasa sakit.
"Aku tak suka...Aku tak suka."

'..Dah kau bukannya pernah belajar pun..BI tu kau pandai sebab selalu tengok movie dalam bahasa inggeris.Past tense dengan present tense pun kau tak 'master' lagi.'
Amy mendengus geram apabila suara itu bermain di dalam kepalanya.
Lengannya dicakar dengan kuat.
Dia taknak dengar semua tu..

'..You can't even--'
"Kau diam lah!..Dari tadi lagi speaking..!Markah rendah,sedar diri la!"
Suara itu automatik terdiam.
Amy juga terdiam sebelum air matanya jatuh buat kali kedua.

"..I..hate.......aku..aku benci sekolah.."bisik Amy perlahan.
Handphonenya dicapai dengan laju.
Tak boleh.Dia kena dengar sesuatu.
Lagu,video..Apa-apa je.
Jarinya yang tertekan aplikasi Whatsapp tanpa disedari membuatkan Amy termenung buat seketika.
Oh...Hasinah buat apa agaknya ya?

Nama Hasinah ditekan lalu skrin telefonnya ditekan dengan laju.

'Awak tengah buat apa?..'

Amy termenung buat seketika.
Macam menyibuk pun ada..
Erm..Tak apa lah,hantar je lah dulu.
Mesej itu dihantar.
Pandangannya kelihatan teruja buat seketika.
Memang selama ini dia banyak bercakap dengan Hasinah.Tetapi kali ini dia yang memulakan perbualan dulu.

Mesej yang dihantar itu membuatkan badan Amy menjadi tegak.

'Nothing.Saya dekat luar sekarang ni.'

Hati Amy luruh buat seketika.
Tidak lama kemudian,Amy menggeleng kepalanya dengan laju.
Rambut yang menutupi sebelah wajahnya diselit di belakang telinga dengan laju.

'..Awk sibuk ke?'-Amy

'Tk sngt.Y?'-Hasinah

'Tak ada apa..Awk kluar sorang je ke?'-Amy

'Nah..with a friend.'-Hasinah

'Oh..Perempuan?Lelaki?'-Amy

'Lelaki.'-Hasinah

Amy terdiam seketika.
Ah..Mungkin..Mungkin bekas teman lelaki dia.
Airiqa cakap diorang masih berkomunikasi lagi.
Erm..macam mana aku nak balas...taknak bagi nampak kekok?

'Ohoo~ Lelaki,ek?That's suspicious~'

Amy menekan emoji yang kelihatan seperti tersenyum mengusik sebelum menekan butang hantar.

'Aiyo..What r u thinking?'-Hasinah

Emoji ketawa yang dihantar oleh Hasinah membuatkan dia tersenyum senget.

'You know exactly well what I'--'

Amy memadam mesej yang ditaip itu semula.

'Awk tahu lh kn apa yg sy fikir~'-Amy

'What is it~?'-Hasinah

'Who is he?Ur bf?'-Amy

Amy menghantar sticker gambar kartun yang sedang mengangkat kening berkali-kali.
Tidak lama kemudian dia tergelak kecil apabila Hasinah menghantar sticker gambar kucing terkejut.

'More like..ex bf.But don't worry..We just met for work.Nothing more.'-Hasinah

Senyuman Amy perlahan-lahan menghilang.
Hatinya yang berasa sakit itu membuatkan dahinya berkerut sesaat sebelum dia memaksa dirinya untuk tersenyum.Seperti risau ada orang yang akan melihatnya bermasam muka.

'Oho~ Then--'

Amy memadam mesej itu semula.

'Oho~ Kalau macam tu berseronok lah ya~ Saya nk tidur.Mengantuk.'-Amy

'Okay..Have a gud sleep.'-Hasinah

Amy menghantar emoji 'thumbs up' sebelum dia mengambil earphonenya lalu disumbat ke arah telinga.
Lagu 'Hated by life itself' ditekan sebelum dia mencampak fonnya ke tepi.
Tubuhnya dihempas ke atas katil.
Jangka bahagi yang berada di tepinya di ambil sebelum bahagian tajam alat itu ditoreh pada lengannya berkali-kali.
Kalau guna alat itu,dia tidak berapa takut.
Kulitnya cuma akan berasa sedikit pedih dan penuh dengan kesan calar.Darah tidak keluar dengan banyak dan luka lebih cepat sembuh.Tidak perlu lah dia susah-susah menyorok luka itu daripada ibunya.

Selepas selesai 'bermain' dengan jangka bahagi itu,handphonenya dibelek semula.
Lagu yang dipasangnya tadi pun sudah lama tamat.
Aplikasi tempat dia menulis novelnya dipandang lama sebelum ditekan.
Melihat jumlah pembacanya yang sedikit menaik,senyuman kecil terukir di bibirnya.
Tak sepopular macam novel orang lain,tapi sekurang-kurangnya ada juga lah yang sudi membaca.Followernya yang tidak menurun dan tidak menaik membuatkan dia melepaskan nafas lega.
"..Oh,ya..kawan aku cakap dia ada tulis novel juga kan?..Berapa dah reader dia agaknya?"

Tajuk novel kawannya dicari.
Sebaik sahaja melihat jumlah pembaca novel kawannya itu,senyuman Amy automatik menghilang.
Dua kali ganda lebih banyak daripadanya.
Amy menutup handphonenya lalu wajahnya mula bertukar pucat.
"..dia baru tulis....kenapa..kenapa reader dia lagi banyak dari reader aku?..."

Amy serta merta terbangun dari tempat perbaringannya.Dahinya berkerut.
"..sebab novel aku tak sama macam novel orang lain?..Sebab novel aku pelik?Patut ke aku ubah?Mungkin aku patut ikut cara orang lain.Mungkin ada banyak reader kalau aku buat macam tu..Mungkin akan dapat lebih banyak sambutan."
Amy menggeleng kepala.
Tapi dia tidak mahu.
Itu lah yang membezakan dia dan penulis novel lain.Novelnya berbeza.
Dia tidak menulis jalan cerita seperti,perempuan memerlukan bantuan lelaki,lelaki tu kaya,lelaki tu hebat,kacak,bagus dalam semua benda.
Dia bukan jenis yang begitu.
Mengubah novelnya sama seperti menulis sesuatu yang bukan dimahuinya.
Tapi kalau dia tidak mengubah caranya..
Macam mana novelnya mahu mendapat sambutan?

"..Mungkin sebab cara aku menulis?Ayat aku tak sehebat macam orang lain?"
Amy menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan kasar.
Nafasnya yang berasa sesak membuatkan dia menutup matanya dengan rapat sebelum menghantuk kepalanya ke arah dinding.
Rasa sakit pada kepalanya membuatkan dia bertenang buat seketika.
"..Jangan cemburu,Amy..rezeki...rezeki masing-masing..."
Amy menutup matanya sambil cuba menenangkan diri.Mahu menenangkan dirinya sendiri pun susah.Lebih-lebih lagi apabila teringat kata-kata cikgu Hasyira tadi.
Amy meraup mukanya.

"..tolong lah...apa gunanya aku ni."
Tidak larat mahu menahan air mata,air matanya dibiarkan jatuh dengan riak wajah kosong.
Mahu membuat riak wajah sedih pun dia sudah tidak lalu.Terlalu memenatkan.

"I really...Aku..betul-betul dah tak boleh..Tolong lah...."
Apa gunanya aku dekat dunia ni?
Itu yang dia mahu persoalkan.
Allah taknak ambil nyawa aku,sebab aku ni terlalu kotor ke?
Itu soalan yang sentiasa bermain di fikirannya.
Orang macam aku ni dihidupkan untuk apa?
Soalan yang sentiasa bermain di mulutnya.
Kenapa aku wujud?
...yang sentiasa bermain di hatinya.

Amy mencakar kukunya berkali-kali nagi melepaskan geram.Kulitnya yang terkoyak tidak diendahkan.
Apabila dia berasa seperti ada yang tidak kena,air matanya diseka dengan laju.
Tubuhnya dibaringkan semula lalu matanya dipejam rapat.
Bunyi pintu biliknya yang dibuka membuatkan Amy membuka matanya perlahan-lahan.
Kepalanya disengetkan ke arah pintu biliknya dengan riak wajah mamai.
Nasib baik cahaya di dalam biliknya terlalu malap.Dia tidak mahu menjelaskan mengapa dia menangis kepada ibunya.
"Apa..?"

"Amy dah makan?"
"Belum..nanti makan lah."
Tanpa menunggu jawapan ibunya,dia berbaring semula dengan riak wajah kosong lalu matanya ditutup.
Apabila pintu biliknya ditutup,Amy membuka matanya semula.Nafasnya yang dihembus rasa seperti bergetar dan dia sendiri pun tidak tahu kenapa.

Amy memandang siling biliknya semula sebelum dia tiba-tiba tergelak kecil.
Dia sendiri pun tidak tahu apa yang kelakar.
Dia cuma mahu ketawa.
Asyik sedih je..Bukannya seronok pun.
Namun,tidak lama kemudian senyumannya hilang.Air matanya bertakung semula.
"I want to die so bad...aku dah tak kisah pahala aku banyak ke sikit...aku dah penat.."

Suasana di biliknya menjadi sunyi apabila dia berhenti bercakap.
Dia mahu mati.
Tapi dia...
Takut.

Amy mendengar lagu yang bertajuk 'Nomad' itu dengan riak wajah kosong.
Sudah satu jam berlalu.Dia berangan yang dia sedang meluangkan masa dengan Hasinah.Walaupun cuma angan-angan,tapi angan-angan itu membuatkan dia gembira.
Huh..Mungkin itu lah sebab kenapa orang boleh jadi penagih dadah.
Kalau aku hisap dadah pun,mesti aku ketagih juga.Entah-entah lagi teruk.
Amy tergelak kecil apabila terfikir perkara sebegitu.
Dia tidak pernah memandang penagih dadah atau perokok sebagai orang yang teruk.
Mungkin orang lain memandang mereka serong,tetapi bagi Amy,mereka cuma mahu melarikan diri dari realiti.
Bagi Amy,'dadah'nya ialah mindanya sendiri yang sentiasa berangan apabila dia sedih.
Sedih itu akan automatik hilang apabila dia membuat cerita baharu di dalam mindanya sendiri.

Kadang-kadang dia berangan sehingga 2-3 jam di dalam biliknya.
Kadang-kadang sehingga dia tertidur.
Dirinya di dalam dunia 'angan-angan'nya berbeza dengan dirinya di dunia nyata.
Dirinya di dunia 'angan-angan' lebih..berani.Tiada perasaan.Tidak boleh berasa sedih.Tidak boleh berasa takut.
Tapi persamaannya,mereka berdua bodoh.
Tidak kira lah berapa lama dia mencuba,dia tidak boleh membuat dirinya menjadi pandai,walaupun di dalam dunia angan-angannya sendiri.
Rasa seperti..Tidak kena.
Tapi selain itu,yang lain semuanya berbeza.
Sudah lama dia tidak pergi ke dunia imaginasinya.Sejak kebelakangan ini dia hanya memikirkan pasal Hasinah..
...dan Aira.Mungkin Airiqa pun ada.

Amy memandang ke arah meja tulisnya yang oenuh dengan buku novel yang tersusun rapi.
Sejujurnya dia tidak pernah mebggunakan meja tulis itu untuk belajar pun.
Dia tidak pernah ulang kaji pun di rumah.
Kerja sekolahnya pun jarang di lakukan.

Biasanya jika dia tidak berbuat apa-apa,dia akan berbaring dan bercakap seorang diri di dalam mindanya...dan biasanya apa yang difikirkannya sentiasa 'random'.
Contohnya seperti..

Dia sukakan kesunyian tapi dia tidak kisah kalau ada sedikit bunyi di dalam rumah itu.Seperti bunyi orang ketawa..orang terkejut..
Tetapi rumahnya sudah ibarat rumah kosong.
Tidak ada orang selain dia sahaja.
Dia jarang keluar rumah melainkan jika dia jarus pergi sekolah.
Kan bagus kalau PKP balik..
Aku rasa aku sorang je dekat dalam dunia ni yang suka PKP.Sebab tak perlu keluar rumah.
Tapi bukan aku yang jaga makan minum aku sendiri,ayah aku yang bersusah payah,so maybe that's not a good idea.
Aku rasa nak bakar sekolah..

See?Random.

Bunyi handphonenya yang menandakan mesej masuk membuatkan dia berpaling ke tepi.
Hasinah ke?
Nombor yang tidak dikenali itu membuatkan dahinya berkerut buat seketika.

'Amy?'-???

'Haa?Siapa ni?'-Amy

'Airiqa.Aira ckp dia nk wasap dgn kau.'-???

Amy serta merta menyimpan nombor itu.
Nama Airiqa ditaip sebelum menekan butang 'Save'.
'Oh..okey.'-Amy

Amy menunggu beberapa minit.
Apabila ada mesej masuk,handphone itu didekatkan pada mukanya.
Cahaya handphone itu yang cerah membuatkan dahinya berkerut buat seketika.
Cahaya phone itu direndahkan.

'Amy buat apa?'-Airiqa

'Tak buat apa.Baring.'-Amy

'Bila datang sini lagi?'-Airiqa

'Oh..uhh..tak tahu lagi..'-Amy

Amy mula gelabah apabila Aira menghantar sticker kucing menangis.

'Mungkin lagi dua hari?Kena minta izin dengan Hasinah dulu.'-Amy

'Ok..kalau tak bagi?'-Airiqa

'Tak dapat lah pergi..Tapi saya cuba lah pujuk dia.Rasanya mungkin dia bagi.'-Amy

'Ok..Amy suka coklat?'-Airiqa

'Suka.'-Amy

'Kek?'-Airiqa

'Suka.'-Amy

'Aiskrim?'-Airiqa

'Saya suka semua benda manis..cuma berlainan perisa.'-Amy

'Perisa suka?yang mana?'-Airiqa

Amy tergelak kecil apabila bahasa yang digunakan Aira kelihatan agak kekok.
Ah..Airiqa ada bagitahu dia tak biasa sangat bahasa melayu.

'Vanilla,cheese,oreo,cream and cookies.'-Amy

'Banyak perisa.Aira buat coklat.Banyak nanti.Amy datang lah sini.'-Airiqa

'Wahh..Okey!'-Amy

'Esok.'-Airiqa

'Hah?Tapi esok...'-Amy

'Esok Airiqa ckap Amy cuti.Boleh datang sini.Kan?'-Airiqa

'..Uhh..Tapi..kena tanya mak saya dulu..Dia tegas sikit kalau bab keluar rumah ni..'-Amy

'Airiqa kata dia pujukkan nanti.Dia pandai pujuk.Guna duit.'-Airiqa

'Mak saya tak kisah sangat kalau pasal duit..'-Amy

'Airiqa kata dia cuba nanti.Dia pernah lawyer dulu.Amy datang esok.Boleh?'-Airiqa

'Jadi..Airiqa nak datang ambil saya?'-Amy

'Ya.'-Airiqa

'Okey..pukul berapa?'-Amy

'5.Amy sibuk tak kan?'-Airiqa

'Mn.Okey Saya tak sibuk.'-Amy

'Yeayy'-Airiqa

Amy tersengih apabila Aira menghantar sticker kucing menari di bawah lampu disko.
Apabila sudah tiada apa-apa mesej yang masuk,senyuman Amy perlahan-lahan menghilang.
Baru sahaja dia hendak menutup skrin handphone itu,titik berwarna hijau yang kelihatan di bahagian 'Status' ditekan.
Oh.Hasinah up status...

Gambar seorang lelaki yang tertidur beralaskan lengan di atas meja dipandang lama.

'He's really fallen asleep.Too tired ig.Lol.'

Caption status itu ditekan lalu dia serta merta menulis sesuatu kepada Hasinah.

'Be a gentleman and send him home.'-Amy

Mesej yang masuk itu membuatkan Amy dengan pantas memandang phonenya semula.

'Omg..U mean gentlegirl lol.Ok,ok..i will send him home.'-Hasinah

'Oho~ Kuatkan imanmu.'-Amy

'Woi!!'--Hasinah

Amy menghantar sticker kucing melarikan diri sebelum menutup handphonenya semula.
Wajahnya kelihatan kosong.
Earphonenya disumbat semula ke dalam telinga lalu video yang memainkan bunyi hujan ditekan.
Memandangkan dekat luar tak hujan,terpaksa lah dia reka hujan sendiri di dalam mindanya.

Amy memejam matanya semula.

..........

Amy membuka matanya.
Bajunya yang berwarna hitam dipandang sekilas sebelum dia berjalan ke arah destinasi yang tidak diketahui.
Bunyi hujan yang jatuh kedengaran jelas di telinganya.Seperti setiap titik hujan itu sedang jatuh dalam keadaan 'slow-mo'.

'Wel---come t----o---'

Amy mengerlingkan matanya dengan riak wajah menyampah.Kalau hologram ni rosak,maksudnya..

Amy berpaling ke belakang.
"You're back!It's been so long!Hai~"
Kelibat yang memakai jubah berwarna hitam itu membuatkan dia mendengus geram sebelum dia mengeluarkan pisau dari dalam poketnya.

"Stay away.Kau ni apa?Bug?"soal Amy dalam nada dingin.Pandangan matanya tajam mencerlung ke arah kelibat hitam itu yang cuba menghampirinya.

"..Bug?Awak sendiri yang buat saya..Tapi awak panggil saya bug?"soal perempuan itu dalam nada kecewa.

"Correction.Not me.The 'other me'.Aku tak tahu pun kau ni siapa."
"The 'other you' also don't know who I am."
"Then..why are you here?"soal Amy perlahan.
Jika dirinya sendiri pun tidak tahu siapa perempuan ini..jadi apa gunanya perempuan ni wujud?

"I don't know.."
Amy berpaling ke arah kiri dan kanannya.Kemudian ke bawah lantai.
Ruang itu kini,penuh dengan cermin.
Sama seperti sewaktu mula-mula dia datang ke sini.

"Jadi..Kenapa awak wujud?"
"..Huh?Soalan bodoh apa tu?I exist because she have low self esteem.She's weak.So she use me as a coping mechanism."
Perempuan itu menepuk tangannya apabila Amy bersuara dalam nada yakin.

"You get half right,and half wrong."
"The f*ck do you mean by that?"
"Hmm...kenapa awak rasa dia ada 'low self esteem'?" soal perempuan itu sambil menbongkokkan badannya agar sama tinggi dengan Any yang lebih pendek daripadanya.
Amy yang berasa seperti dipermainkan mula mengerutkan dahi tanpa disedari.

"Sebab dia bodoh.Duhh?"
"..hmm...apa kata kita pergi tempat lain sambil kita berbincang pasal ni..?"
Amy tersentak apabila lengannya ditarik.
Perempuan di hadapannya melangkah masuk ke dalam cermin di sebelah mereka dan lengan Amy juga ditarik agar mengikutinya.

....

'Welc---wel--welcome to---'

"Welcome to your past."
Perempuan itu bersuara lalu berdiri di belakang Amy.Bahu Amy ditolak ke depan.

"...hah?"
Amy memandang ke arah dirinya yang kelihatan lebih pendek daripadanya.
Dirinya yang berusia 10 tahun itu memandang ke arah Syamimi yang memakai baju pengawas.
Kemudian ke arah Arissa yang memakai baju pengawas pusat sumber.

"....what is this for?.."
Belum sempat Amy memarahi perempuan itu dengan lebih lanjut,suara seorang guru yang mengumumkan tempat kedudukan setiap murid di dalam kelas membuatkan dia berpaling ke arah Amy yang berusia 10 tahun itu semula.

'Syamimi nombor 2..'

Amy yang berusia 10 tahun itu dapat merasakan jantungnya berdebar.Harap-harap kedudukannya tidak terlalu jauh..

'Arissa nombor 13.'

Amy dapat melihat dirinya yang sedang kelihatan tegang.

'Amy nombor 23.'

Jauh.
Jauh beza.
Suara yang kedengaran di sekeliling mereka membuatkan Amy kebelakang.

'..Antara kitorang bertiga,aku lah yang paling bodoh.Aku masuk kelas depan,tapi..semua tu nasib je..'

'Lepas ni aku kena bertanding lagi dengan semua pelajar.Kalau aku tak masuk kelas nombor satu.....aku......'

"Oh,look.Ayat tu lah yang selalu bermain dalam fikiran awak kan."
Amy memandang ke arah siling kelas itu.
Ayat yang tertulis di atas siling itu dengan dakwat berwarna merah membuatkan matanya terbuntang.

'Kalau aku tak masuk kelas nombor satu...aku rasa tak layak berkawan dengan Syamimi dan Arissa..'

"..S..So what?Mungkin ini penyebabnya,tapi cuma sebab itu tak semestinya dia boleh jadi dramatik setiap masa!Everyone move on but she stays the same!She's a failure!"
Perempuan itu melepaskan keluhan berat.
Kepala Amy diusap perlahan tetapi tangannya ditepis dengan kasar.

"..Amy..you're not being dramatic..You're depressed--"
"AARHH!!!Aku taknak dengar.Shut up.Shut up or I'll stab you again!"
Perempuan itu memegang pisau yang dihalakan ke arahnya lalu diletakkan pada bahagian jantungnya.

"Do it.But I will still be here.Amy..I know you think you're dramatic but..you're not..you're not okay.You're not okay..sebab tu awak tak boleh move on..Sebab setiap langkah awak ambil untuk berubah rasa macam awak tikam diri awak sendiri..I know you hate that feeling--"
"Diam lah!Diam lah!What are you?My therapist?!"

Amy menarik pisau itu semula sebelum melangkah keluar daripada tempat itu menggunakan cermin tadi.
Sebaik sahaja dia melangkah keluar,lantai itu dipijak dengan kuat.
Dia mahu pergi.
Dia mahu pergi dari sini.
Ini bukan tempat yang disukainya.
"Amy..stop..Saya tahu awak susah nak percaya,but deep down..Awak nak orang faham awak kan?"

"I do not!Need!Anyone!To!Understand me!"jerit Amy.Setiap jeritan ditemani dengan kakinya yang memijak cermin di bawahnya dengan kuat.
Dahinya berkerut apabila cermin itu langsung tidak retak.Seperti cermin itu lebih keras berbanding cermin yang dipijaknya sebelum ini.

"Amy..Saya boleh faham awak."
"Cukup,cukup,cukup!Kalau kau faham pun apa gunanya..?!"
Mata Amy mula berkaca.
Pertama kali..dia menangis.
Biasanya yang menangis adalah Amy yang mencipta dunia imaginasi itu.Tapi kali ini..dia yang menangis.

"..Kau tak wujud.."bisik Amy perlahan.
Air matanya yang jatuh membuatkan cermin itu perlahan-lahan retak.

"..Amy..hologram awak tu..dah tak berfungsi.Hologram awak tu 'kotak fikiran' awak kan?"
"Kalau ya pun kenapa?"soal Amy dengan riak wajah menyampah.Air matanya yang diseka tidak berhenti keluar.

"...Mungkin selama ni..hologram tu tak ada apa-apa guna.Mungkin..awak lah 'kotak fikiran' yang sebenar."
Amy tersentak buat seketika.
Kelibat perempuan itu dipandang dengan mata yang terbuntang.

"..Hologram tu bagi awak pilihan.Pilihan yang awak sendiri fikir.Tapi yang memilih tu adalah awak.Awak sengaja pilih pilihan yang tak menyakitkan sesiapa..yang memudahkan awak.Sebab awak taknak sesiapa rasa sakit.Padahal itu bukan pilihan yang awak sendiri nak."
Kelibat itu perlahan-lahan menghampiri Amy.
Tetapi setiap langkah dia bergerak,cermin di bawahnya semakin retak.

"Amy...Jangan tipu diri sendiri.."

Serentak dengan itu,hologram yang tadinya tersekat serta merta mengeluarkan soalan kepadanya.Soalan yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

'Do you really want to kill yourself?'

Ayat 'really' itu berwarna merah dan kelihatan lebih tebal berbanding ayat-ayat yang lain.
Amy menolak hologram itu agar menjauhinya.
"..I don't like this..I don't like this..!Stay away.Aku..Aku tak ada perasaan okey?She make me that way!Aku lagi kuat daripada dia!"

"..Amy..ada perasaan tak semestinya awak lemah.."
"Diam lah!!Aku benci kau!Aku tak suruh pun kau bagitahu aku semua ni!!"
Cermin yang semakin retak itu membuatkan perempuan itu memandang ke bawah buat seketika sebelum memandang ke arah Amy semula.

"..Tapi itu lah benda yang awak paling nak dengar.."

Apabila tubuhnya sudah terjatuh,Amy menenangkan fikirannya.
Matanya dipejam rapat.
Nafasnya yang berasa sesak cuba ditenangkan.
"..hah...hahh..it's fine.She's not real.."

Amy menghembus nafasnya dengan kasar.
Apabila dia semakin bertenang,Amy membuka matanya dengan riak wajah kosong.
It's fine..
Aku tak perlukan apa-apa.
I'm right.I'm always right.
Amy lemah.Tak guna.A failure.
That thought wouldn't change.

.....

Amy membuka matanya dengan riak wajah kosong.
'Yeah..Tak kira lah berapa banyak alasan aku buat..The fact that I'm a failure will not change.'

Matanya dipejam semula.
Bunyi hujan di luar membuatkan dia mencabut earphonenya.
'I have done nothing,and I gain nothing in return.'

i'm feeling kinda..emo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience