Airiqa memandang ke arah wajah Amy yang kelihatan kosong itu.
Memang lah tiada beza..Tapi kenapa hari ini muka dia nampak lebih kosong daripada biasa?
Atau dia sahaja yang terlebih fikir?..
"Lama ke awak tunggu?.."soal Amy apabila selesai memakai kasut bootnya yang berwarna coklat cerah itu.
"Tak.Saya baru sampai tadi..Uhh,Aira ikut sekali sebab dia tak sabar nak jumpa awak.I hope you don't mind.."
Dahi Airiqa berkerut sesaat.
Ah..dia bahasakan diri dia 'saya' lagi.
Dah lah.Dia pun sudah malas mahu betulkan ayat yang keluar dari mulutnya setiap masa.
Amy mengangguk perlahan sebelum menyengetkan kepalanya ke arah kereta Airiqa.
Wajah Aira yang terjengul keluar dari tingkap kereta membuatkan dahi Amy berkerut buat seketika.
Dia sendiri pun tidak tahu kenapa budak perempuan itu berminat sangat dengannya.
Tapi memandangkan dia sudah tahu kisah silam budak itu..Apa salahnya jika dia melayan?
Mungkin dia tak cukup kasih sayang?
Airiqa melangkah ke arah keretanya lalu pintu kereta itu dibuka untuk Amy.
Kening Amy terangkat seketika.
'..I feel like a princess,what the hell?'bisik Amy perlahan jauh di lubuk hati sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Pintu kereta di sebelahnya ditutup rapat lalu dia berpaling ke arah Aira pula.
Aira masih lagi memandangnya tanpa berkelip.
Amy mengukirkan senyuman kekok terhadap Aira sebelum berpaling ke arah tingkap kereta semula.
"..can I..sit on your..lap?"soal Aira secara tiba-tiba apabila Amy mula mahu memasuki ke dalam dunia imaginasinya.
"Aira.Don't be such a baby and stay where you are."
"...didn't ask you."
Airiqa terlopong buat seketika sebelum menayangkan riak wajah tidak percaya bercampur dengan tidak puas hati.
Pintu kereta di sebelahnya ditutup dengan kasar.
Aira berpaling ke arah Amy semula dengan riak wajah berharap.
Dengan wajah yang terpaksa,Amy mengangguk ke arah Aira sebelum membetulkan kedudukannya.
Budak perempuan ynag tadinya berada di tempat duduk belakang serta merta menanggalkan kasutnya lalu melangkah ke arah tempat duduk di bahagian depan.Punggungnya dilabuhkan di atas peha Amy lalu kasutnya dipakai semula.
"..thank you..!"
Amy tersenyum kecil kemudian menjeling ke arah Airiqa sekilas.
Airiqa yang juga memandang ke arah Amy itu melepaskan keluhan berat.
"Sorry,Amy.Biasanya dia elok je duduk kat belakang."
"Saya tak kisah.."jawab Amy perlahan dengan senyuman senget.
Pandangannya dialihkan ke arah luar tingkap.
Bila ada seekor makhluk duduk di atas ribanya,mahu berimaginasi pun susah.
Nasib baik makhluk itu tidak berat...
Amy perlahan-lahan menutup matanya.
Beberapa minit berlalu apabila dia cuba berimaginasi.
.....
'Welcome back.'
Amy memandang ke arah hologram yang terapung di depannya.
'You are in the middle of an adventure that you still didn't finish.Continue where you left off?'
-> -Yes
-No
'You choose to proceed with the adventure.'
Amy memandang ke arah kawan-kawannya yang sedang berkelah di tepi tasik.
Kakinya dengan laju melangkah ke arah mereka.
"Amy!Awak dah sedia nak pergi cari buku yang Humaira cakap tu?"
-Yes
-I have other things to do
Baru sahaja Amy mahu menekan butang 'Yes',tubuhnya yang tiba-tiba bergegar itu membuatkan dia membuka matanya dengan laju.
......
"..Sorry,sorry.Lupa nak tekan brek.Heheh.."Airiqa bersuara sambil tersengih seperti kerang busuk.
Aira yang melihat gelagat Airiqa,menggeleng kepalanya sebelum dia berpaling ke arah Amy semula.
Wajah perempuan itu yang kelihatan kosong perlahan-lahan ditepuk.
Apabila Amy berkelip beberapa kali,Aira tersenyum ke arah Amy.
"..kita dekat mana?"soal Amy apabila kereta itu berhenti di depan rumah yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
Hampir sama besar dengan rumah Airiqa.
"Oh.Saya nak pinjam barang dengan kawan saya sekejap.I think it will take a while so you better come with me."
Amy perlahan-lahan mengangguk apabila Airiqa melangkah keluar daripada perut kereta setelah enjin kereta dimatikan.
Aira dengan pantas melangkah keluar lalu memegang erat tangan Amy.Pintu kereta di belakangnya ditutup rapat.
Loceng rumah itu ditekan sekali.
Serentak dengan itu,bunyi suara dari kawasan dalam rumah mula kedengaran.
'Kau tekan kat mana tu?'
'Aku tak reti lah!Apa benda ni?Butang mana satu?'
'Eish!Bak sini!'
Pintu pagar yang terbuka secara automatik itu membuatkan Amy ke belakang selangkah dengan riak wajah tidak selesa.
Kenapa dia rasa macam deja vu..?
"Jom masuk."
Airiqa bersuara lalu menarik lengan Amy yang kelihatan enggan mahu melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"....Safaira."Aira bersuara dengan riak wajah kosong lalu melambai ke arah budak perempuan yang tua setahun daripadanya itu.
"Oh!Aira!Hai!"Safaira bersuara dalam nada riang lalu melambai ke arah Aira yang masih lagi memegang erat tangan Amy.
Matanya beralih ke arah Amy pula.
"Who is she?..Your girlfriend?"
"Can you shut up?"
Melihat Safaira yang mengukir senyuman mengusik,Airiqa hanya mengerlingkan matanya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan selamba.
Amy berpaling ke arah lelaki yang berada di sebelah 'Safaira' tadi.
"Syazrif.Boleh kau tolong bersihkan bilik aku tak lepas ni?"
Syazrif yang sedang memegang penyapu lidi di tangannya menayangkan riak wajah tidak puas hati.
Dari tadi lagi dia di suruh bergerak.
Kenapa dia rasa Safaira macam sengaja cari pasal dengannya?
"Iye lah cik adik~"jawab Syazrif dengan senyuman tidak ikhlas.
Amy tersedar dari lamunannya apabila tangannya ditarik oleh Aira agar mengikut Airiqa yang sudah tidak kelihatan.Kasut bootnya dengan pantas ditanggalkan sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Safaira juga mengikut dari belakang.
"So..What's your name?"
"..Amy..!"jawab Aira laju dengan mata yang bersinar-sinar.
Safaira hanya mengangguk faham.Matanya memandang perempuan itu atas bawah.
"How old are you?.."
"17.."jawab Amy perlahan.Matanya melilau mencari kelibat Airiqa.Dia betul-betul berasa tidak selesa sekarang.Dia mahu balik!
"Ah..duduk lah dulu.Airiqa nak pinjam buku.Jadi mesti kau kena tunggu lama."
Safaira berjalan ke arah sofanya lalu melabuhkan punggung di antara salah satu sofa di situ sambil matanya masih lagi memandang tajam ke arah Amy.
Amy perlahan-lahan melabuhkan punggung di bahagian sofa paling hujung.
Aira juga melabuhkan punggung di sebelahnya.
"You seems fond of her?"soal Safaira sambil menyilang kakinya.
Aira mengangguk laju lalu memegang erat lengan baju Amy.
"Taknak kongsi dia dengan aku ke?"
Aira menggeleng.Lagi laju daripada anggukannya tadi.Lengan Amy dipegang erat.
"Owh..I'm hurt~"
Aira menjeling ke arah Safaira apabila perempuan itu menayangkan riak wajah sedih yang kelihatan teramatlah palsu.
Aira berpaling ke arah Amy.
Perempuan itu yang sedang mencakar tangannya sendiri membuatkan dahinya berkerut.
"Chocolate..Want?"
Amy tersentak apabila Aira tiba-tiba bersuara.
Apabila Aira menghulurkan coklat Cadbury ke arahnya,keningnya serta merta terangkat sebelum dia mengambil coklat itu dengan laju.
Plastik coklat itu dibuka sebelum dia memasukkan coklat itu ke dalam mulutnya.
"..Amy...suka..?"soal Aira perlahan.
Tangan Amy dipandang sekilas.
Ada bahagian kulit yang sedikit terkoyak..
Tak sakit ke?..
Amy mengangguk perlahan
Aira serta merta tersenyum lalu mengeluarkan segumpal coklat dari dalam poketnya lalu diletakkan di atas riba Amy.
"Semua..Amy punya..!"
"..oh..!Thank you...untuk Aira?"
Aira menggeleng laju apabila Amy menghulurkan coklat yang diberinya tadi ke arahnya semula.
"Dah makan..banyak..!..rumah..!"
Kening Amy berkerut buat seketika.
Dah makan banyak rumah?..
Oh.Dia nak cakap dia dah makan banyak kat rumah ke?
Kejap..macam mana aku boleh faham-
"..kalau macam tu..semua ni saya punya?"soal Any dengan senyuman kecil di bibirnya.
Aira sekali lagi mengangguk laju.
Apabila Amy tersenyum lebar,Aira juga ikut tersenyum.
Kepalanya yang diusap membuatkan matanya terbuntang buat seketika.
"Thank you very much..I appreciate it.."
Safaira menongkat pipinya.Matanya tajam memandang wajah Aira yang kelihatan gembira itu.Tidak pernah lagi dia melihat budak perempuan itu tersenyum sebelum ini.
"Is she your new maid or what?Never seen her before?"soal Safaira lagi ke arah Aira.
Tidak peduli jika Amy mendengar suaranya ataupun tidak.
"No.Hasinah..maid."
"..Hasinah..?Who?"
"Airiqa.Friend."
Dahi Safaira berkerut buat seketika.
Apabila dia memahami kata-kata Aira,baru lah dia mengangguk.
"I also have a new maid!"
"..guy.Outside?"
"Yeah!So you did notice!"
Melihat wajah Aira yang kelihatan pelik itu,Safaira menyengetkan kepalanya untuk melihat wajah Aira dengan lebih teliti.
"Why?"
"I..thought..he.Boyfriend.Your mom."
Entah kenapa Safaira dapat memahami kata-kata itu lebih pantas berbanding tadi.
Dahinya automatik berkerut.
"No!Apa pula?Diorang tak sesuai langsung!Please,lah..!"
Amy tersentak apabila budak perempuan itu tiba-tiba menjerit.
Dia memang tidak akan pernah terbiasa dengan suasana yang terlalu bising atau suara orang yang terlampau kuat.
Walaupun suaranya sendiri pun kuat.
Tapi sekarang dia sudah jarang bercakap.
Suaranya boleh dikatakan kuat lagi ke?
Mungkin..?
"No,angry.Amy,eating!"jerit Aira pula.Tetapi suaranya lebih perlahan jika mahu dibandingkan dengan Safaira.
Amy memegang lengan Aira dengan riak wajah pucat.
"It's okay..!I'm..fine."
Safaira berjongket kening.Wajah Amy dipandang tajam.
"I see.Have a new friend so you forget the old one huh?"
Amy tersentak apabila Safaira menjeling ke arahnya.Coklat di dalam mulutnya dikemam sebelum dia memandang ke arah lantai.
Tangannya dicakar semula.
Wah..Aura anak orang kaya memang lain daripada yang lain..
"Shut up.You're annoying."jawab Aira secara tiba-tiba.
Safaira terlopong manakala Amy sudah menayangkan riak wajah tidak percaya.
"Oh..?Okay?Rude!"
"You're rude!Amy,older!Respect her!"
"Aira,stop..!"
Aira berpaling ke arah Amy yang bersuara dalam nada berbisik.
Riak wajah perempuan itu yang kelihatan pucat membuatkan dia menayangkan riak wajah tidak puas hati.
Apabila Amy menggeleng ke arahnya,Aira perlahan-lahan mengangguk.
Wajah Safaira dijeling sebelum dia memeluk lututnya dengan pandangan tajam.
Safaira berpaling ke arah Amy.
Amy yang berasa seperti dia sedang dipandang,berpaling ke arah Safaira.
Pandangan mereka bertaut buat seketika sebelum dia menundukkan kepalanya ke arah Safaira sebagai tanda hormat.
Riak wajahnya kelihatan serba salah.
Dahi Safaira berkerut buat seketika melihat kelakuan Amy.
'Bukan sepatutnya aku ke yang tunduk dekat dia?'bisik Safaira di dalam hati.
Kepalanya digeleng sebelum dia berlalu pergi.
Baik dia kacau Syazrif.
Aira berpaling ke arah perempuan di sebelahnya semula sebaik sahaja Safaira sudah berlalu pergi.
"Amy,okey?"
"..ah..Okey,okey..Tapi itu kawan Aira kan?..Kenapa tak minta maaf?Nanti kalau dia taknak cakap dengan Aira dah macam mana?.."soal Amy bertubi-tubi.
Kening Aira terangkat buat seketika.
Ini pertama kali Amy banyak bercakap dengannya.
"No.Bukan kawan."
"Jadi?Kalau macam tu dia siapa?"
"Orang."
Kening Amy terangkat buat seketika sebelum dia ketawa dalam nada hambar.
Melihat riak wajah serius Aira,ketawanya automatik menghilang.
Dia berdehem buat seketika.
"..Dia siapa bagi Aira?"soal Amy lagi.Lebih serius kali ini.
"Kalau..sunyi.Dia ada.Kalau tak sunyi..dia ada.Dia...lonely.Jadi..dia dengan Aira.Aira..taknak pun.Dia..cakap.Banyak.Aira..dislike.Tapi..Dia,masalah,banyak.Aira..bersalah,taknak,kawan.Dia,sedih.Ayah,tak ada.Tapi,Aira tak ada,juga.Aira,okey.Dia,tak,okey.Aira,tak faham.Aira,layan.Je."
Amy mengangguk faham dengan dahinya yang berkerut.
Ya,tak,ya juga.Mustahil budak kecil macam tu boleh speaking laju macam tu.Lain lah kalau dia anak orang putih.
Mungkin mak dia tegas orangnya?Jadi cara dia bercakap,dia ikut mak dia?
And..dia tak ada ayah?Dia TAK ADA ayah,macam mana tu?..Ayah dia meninggal atau dia sebenarnya....
Amy menggeleng kepalanya.
Dia tak sepatutnya memikirkan hal rumah tangga orang lain.
Serentak dengan itu,bunyi tapak kaki yang kedengaran membuatkan Amy berpaling ke tepi.
Kelibat Airiqa dengan seorang lagi wanita yang memakai pakaian berwarna kelabu dari atas hingga bawah membuatkan kening Amy terangkat.
"..Aira.Siapa tu?"
"Mama,Safaira.Sharika.Dia..kuat.Kalau,marah..Takut..!Dia ada..pew pew!"
Mata Amy terbuntang sebelum dia berpaling ke arah Aira.
"Pew pew..?"soal Amy.Tangannya membuat bentuk pistol dengan riak wajah seperti memahukan kepastian.
"Em!Pew pew..!"jawab Aira lalu juga turut membuat bentuk pistol menggunakan jarinya.
"Jadi..dia kawan Airiqa?"
"Em!Kawan.Baca buku..!Sama..!Sama-sama!"jawab Aira laju.
Boleh dengar suaranya yang kedengaran gembira setiap kali Amy bertanya soalan kepadanya.
"Oh.Itu siapa..?"soal Amy apabila terpandang seorang lagi wanita yang memakai pakaian seragam yang kelihatan longgar tetapi kemas dan selesa.
"Kak..Tisya..!Dia ada..pew pew!..jugak..!Bodyguard,Sharika..!"
"Dia ada bodyguard?"
"Ada!Banyak..!"
Amy mengangguk perlahan.
Damn..Memang rumah orang kaya betul ni.
Patut lah budak perempuan tadi bercakap macam dia tu anak mafia..
Sharika berpaling ke arah Aira dan seorang lagi budak perempuan yang berada di sebelah perempuan kecil itu.
"Oh?..Who is she?Your girlfriend?"
"No..!Kau ni sama je macam Safaira!"
"Can you blame us though?"jawab Sharika acuh tak acuh sambil menanggal cermin matanya lalu disangkut pada poket kardigannya.
"Urgh.By the way,lelaki kat depan tadi tu siapa pula?Your new boyfriend?"
Dahi Sharika berkerut buat seketika.Tidak lama kemudian,keningnya terangkat secara tiba-tiba.Bibirnya mengukirkan senyuman senget.
"You mean,Syazrif?Well,now that you say that,I might as well try him."jawab Sharika dengan riak wajah seperti memikirkan sesuatu yang menyeronokkan.
"Oh,so he's NOT your boyfriend?"soal Airiqa dengan keningnya yang terangkat.
"No.Dia pembantu rumah aku."jawab Sharika lagi.Dahi Airiqa dijentik.
"A guy?Your maid?Damn..He must be desperate."jawab Airiqa perlahan sebelum dia berpaling ke arah Amy semula.
"Amy..!Pergi lah tunggu dekat luar!"
Amy mengangguk perlahan sebelum melangkah ke arah pintu utama rumah itu dengan laju.
Aira yang ditinggalkan di belakang itu tersentak sebelum berlari anak mengejar Amy.
Kening Airiqa terangkat.
Woah.Mesti dia dah lama nak keluar..
"Desperate,huh?Don't we all do?This life isn't easy."
"Such philosophy."
"I thought you like philosophy."
"Not if it's from you."
Airiqa memasukkan buku novel yang berbahasa Inggeris itu ke dalam beg kecilnya.
"By the way,how's your work?"
"Good.Why?"
"Oh come on.Kau janji nak lukis illustration untuk komik aku."
"Ah.I almost forgot."
Airiqa menumbuk lengan Sharika dengan kasar.Dahinya berkerut tanda tidak puas hati.
Sharika pula sudah tergelak kecil melihat riak wajah Airiqa yang sudah tidak asing baginya.
"Yeah,yeah.I will do it later.Aku tak ada..Inspiration."jawab Sharika sambil menguis pipinya dengan riak wajah tidak bersalah.
"Then find one before I put a bullet in your head!You have been saying that for the past 2 weeks!I want to draw it myself if I could but I'm too busy with the commisions!"
"Make some time for your illustration then.I'm sure they will understand."
Sharika bersuara dalam nada tenang sambil melangkah turun dari tangga.
Pintu gelongsor yang berada di sebelah kanannya ditolak ke tepi.Angin yang meluru masuk membuatkan dia menarik nafas buat seketika sebelum menghembusnya perlahan.
Penghawa dingin di bahagian ruang tamu itu ditutup.
"I..also don't have any inspiration."jawab Airiqa dengan riak wajah kosong.
"Oh,come on..Sometimes the inspiration you need is just around you."
Sharika memandang ke arah kelibat Syazrif yang sedang mengejar Safaira.Safiy yang berada tidak jauh dari mereka sudah menggeleng kepala sambil mengurut kepala.
"Says you!That inspiration will be use for my commisions rather than my comic book cover so that won't happen!"
"Then wait until I find my inspiration."
Sharika bersuara dalam nada tegas tanpa berpaling ke arah Airiqa.
Wajah Syazrif dipandang lama.
Apabila kelibat lelaki itu tiba-tiba terduduk dengan nafas yang kelihatan seperti tercungap-cungap,dahinya automatik berkerut.
"Well,it's been two weeks and you still didn't find your inspira--"
Tubuhnya yang tiba-tiba ditolak ke tepi membuatkan Airiqa hampir terjatuh.
"Where are you going..?"
Apabila kelibat Sharika sudah hilang dari pandangannya,dahi Airiqa berkerut.
Kakinya melangkah ke arah pintu gelongsor yang sudah dibuka itu.
Kelibat Sharika yang berjalan laju ke arah Syazrif membuatkan keningnya berjongket.
'Are you okay..?"
'I told you not to run!'
'I didn't even run that fast!Hey,are you okay..?!'
Airiqa dapat mendengar suara Sharika,Safiy dan Safaira yang kedengaran sayup di telinganya.
Ah..Memang pendengarannya tajam pun.
Pandangannya beralih ke arah Sharika yang menghulur inhaler ke arah Syazrif.
Wajah perempuan itu kelihatan risau.
Apabila Syazrif kelihatan seperti bertenang,Safiy dan Safaira serentak menghembus nafas lega.
Sharika pula mengangguk perlahan.Dia juga kelihatan seperti sedang menghembus nafas lega.
Tetapi cuba disorok.
"Hm..Ya,ke bukan boyfriend dia?Nampak macam dia ambil peduli je?.."
Pandangan Airiqa terhenti ke arah kelibat Amy yang sedang menunggu di depan pagar rumah itu.Mulutnya kelihatan seperti mengunyah sesuatu.
Coklat yang dihulurkan oleh Aira ke arah Amy itu membuatkan Airiqa tersengih buat seketika sebelum dia juga turut melangkah keluar dari rumah itu.
Kasutnya disarung dengan laju sebelum dia berlari anak ke arah Amy dan Aira.
"Patut lah suruh aku beli coklat tadi.Nak bagi dekat Amy,ya?"
Aira memuncungkan bibirnya sebelum menyorok di belakang Amy.
"You seems to like it.Saya ada banyak lagi kat rumah,you can eat it all later.Sorry awak kena tunggu lama.Jom."
Amy membiarkan saja tangannya ditarik ke arah kereta.
Seperti tadi,Airiqa yang tolong membuka pintu kereta untuknya.
Dia betul-betul berasa seperti seorang puteri.
Risau kadang-kadang.
Airiqa menghentikan keretanya di perkarangan rumahnya apabila dia sudah tiba.
"Dah sampai."
Airiqa berpaling ke arah Amy yang kelihatan kosong itu.
Mata perempuan itu terbuka tetapi kelihatan seperti...'blank'?
Bahu Amy digoncang perlahan.
"Amy?.."
......
Amy yang sedang bermain kad dengan kawan-kawannya itu memandang ke atas.
"Saya dah kena pergi.Jumpa lagi.Lepas ni kita pergi mengembara,ya?"
"Okey!Kitorang akan tunggu dekat sini!"
"Take your time!"
Arisaa dan Syamimi bersuara dalam nada riang sambil melambai tangan masing-masing ke arah Amy.
Baru sahaja Amy mahu mengeluarkan pisau dari dalam poketnya,tubuhnya yang tiba-tiba hilang membuatkan dia membuka mata.
......
"Amy!Amy!"
Aira menepuk wajah Amy berkali-kali apabila perempuan itu tidak memberi reaksi.
Apabila mata Amy berkelip,baru lah dia berhenti.
"Oh.There you go.Kita dah sampai,Amy."
Amy menggelengkan kepalanya buat seketika apabila dia berasa pening.
Pintu di sebelahnya dibuka oleh Aira.Aira menahan pintu kereta itu daripada tertutup sehingga lah Amy melangkah keluar daripada perut kereta.
"Thank you,Aira."Amy bersuara dalam nada perlahan.
Aira menutup pintu kereta itu sebelum tersenyum bangga.
Airiqa yang melihat riak wajah Aira itu tergelak kecil sambil menggeleng kepala.
Pintu rumahnya dibuka lalu mulutnya memberi salam dalam nada perlahan.
"Oh..!Puan dah balik!"
"Hey,Irina."
Airiqa menghulur beg kecilnya ke arah Irina dengan riak wajah seperti memikirkan sesuatu.
"Aku ada nampak Syazrif tadi."
Irina yang sedang membuka zip beg Airiqa tiba-tiba berhenti bergerak.
Wajah Airiqa dipandang dengan mata yang terbuntang.
"Yeah.Aku dengar dia kerja sebagai pembantu rumah sekarang?"
Kening Amy terangkat apabila percakapan Irina tiba-tiba berubah.
"Mhm."
"Good."
"Kau taknak tanya aku pasal dia ke?"
Irina tersenyum tawar buat seketika sebelum mengeluarkan buku novel dari beg Airiqa.
"For what?If I found him,then I will surely lock him up again.He better find a good place to hide.I'm still the same person I was 8 years ago."
Airiqa tersenyum senget sebelum menepuk bahu Irina perlahan.
"No.I think you're changing.You didn't interfere with his life anymore."
"I will,okay?I just..Uhh..Hana,asyik ceramah dekat aku.So,aku..menyampah that's all."jawab Irina acuh tak acuh aambil mencampak beg di tangannya ke arah Airiqa semula.
Hana yang tiba-tiba muncul di belakangnya membuatkan dia tersentak.
"Why are you putting the blame on me?Dah terang-terang apa kau buat tu salah and that you think you're right and that's why you're problematic!Gurl,you better be thanking me for fixing your head and your mindset because I literally become your free therapist and the fact that you keep kicking my butt off in the process too,kau ingat siapa yang mohon dekat puan Airiqa suruh bagi kau kerja kat sini?Aku,kau tahu tak?Aku!And then kau asyik cakap,owh Hana asyik ceramah,well yeah because you're literally pissing me off with the way you're thinking,like it's not healthy at all,and sekarang pun kau asyik ada perasaan dekat adik kau sendiri,memang lah dia bukan adik kandung kau,but he sees you as his sister and ini bukan novel,kau baca banyak sangat novel,and your real family is also wrong for abandoning you but kau tak boleh salahkan diorang juga because you choose to be what you are today and ...."
Airiqa perlahan-lahan menolak tubuh Amy dan Aira ke arah dapur apabila Hana mula memberi serangan kata-kata ke arah Irina yang sudah kelihatan pasrah dengan hidupnya.
Amy memandang ke arah Airiqa seperti memohon penjelasan.
Apabila Airiqa kelihatan seperti tidak mahu berkata-kata,dia memandang ke arah Aira pula.
"Semua pembantu.Ada masalah.Atau..buat masalah.Airiqa,tolong.Kak Hana pun.Tolong juga.Kak Hana.Tolong kak Irina.Kak Irina baik.Tapi.Kasar.Tapi.Baik.Jadi.Kak Hana.Tolong.Kawan.Sama-sama.Tolong."
Airiqa sudah terlopong mendengar kata-kata Aira yang tunggang langgang dan suara budak perempuan itu yang tergagap-gagap setiap kali bersuara.Tetapi ini kali pertama dia mendengar perempuan itu bercakap sebanyak itu.
Boleh pecah rekod..!
"Thank you,Aira."
Aira tersenyum lebar ke arah Amy.
Airiqa pula masih lagi mencerna apa yang sedang berlaku.
Kenapa dia berasa seperti dia 'skip' beberapa muka surat.Ada apa-apa jadi ke sewaktu dia sedang berborak dengan Sharika tadi?
"Uhh..Anyway.Kami dah buatkan kek sebelum keluar rumah tadi.Hope you like it."
Airiqa melangkah ke arah peti sejuk,lalu pintu peti sejuk itu ditolak ke tepi.
Terbeliak mata Amy yang melihatnya.
Peti sejuk rumah ni pun kaya..
Kek bersaiz sederhana yang berada di atas piring itu dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja dengan berhati-hati.
"Aira.Tolong ambilkan pisau.Jangan berlari."
Aira dengan pantas berlari lalu mengambil pisau yang disangkut pada kabinet.
"Jangan berlari waktu pegang pisau lah,bijak!"jerit Airiqa dengan tegas apabila Aira hanya membuat tidak endah dengan amarannya.
Pisau di tangan Aira di ambil lalu kek di hadapannya dipotong dengan laju.
"Oh.Sebelum tu..awak dah makan nasi ke belum?"
Amy yang baru sahaja mahu mengambil piring berisi kek yang dihulurkan ke arahnya itu terdiam buat seketika.Lehernya digosok dengan riak wajah kekok sebelum dia menggeleng kepala.
"Then you better eat something first."
"Tapi--"
"No tapi-tapi."jawab Airiqa.
Kek itu diletakkan dibawah tudung saji lalu piring kaca di sebelahnya di ambil.
Amy hanya memandang dengan riak wajah pasrah apabila Airiqa sudah mula mencedok nasi.
"Ah..!Banyaknya awak ambil!Cukup-cukup..!"
Kening Airiqa berjongket apabila Amy membuang separuh daripada nasi yang di ambilnya tadi ke dalam periuk nasi semula.
"Sikitnya awak makan?Awak diet ke?"
"..uh..Ya."
Dahi Aira berkerut sambil dia memegang kedua-dua belah pinggang Amy.
"Amy.Kurus.Sangat..!"
"Kan..?I think you should eat more--"
"No,no..!Saya tak boleh makan banyak..Nanti saya nak muntah."
Amy bersuara dalam nada panik apabila Airiqa hampir mencedok nasi di dalam periuk itu semula.
Memang betul apa yang dikatakannya.Dia tidak boleh makan terlalu banyak.Dia pernah cuba makan 3 kali sehari seperti orang normal,tetapi perutnya betul-betul tidak mahu menerima makanan yang berlebihan.Jadi dia hanya makan sekali sehari.
"..if you say so,then."jawab Airiqa dengan riak wajah musykil.Kerusi di depannya ditarik untuk Amy lalu dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang terletak bersebelahan dengan Amy.
Aira meletakkan segelas air kosong sejuk di sebelah pinggan Amy sebelum melabuhkan punggung pada kerusi di sebelah Airiqa.
"..Awak..tak makan lagi ke?"
"Makan petang?Belum."jawab Airiqa lalu mengeluarkan tin biskut sambil sebelah lagi tangannya mengambil cawan.
Amy hanya memandang saja tangan Airiqa yang sedang membacuh teh yang masih berasap itu.
Ini ke apa yang dia makan setiap hari?
Amy memandang ke arah lauk tomyam yang sudah dibubuh di atas nasinya.
Terliur pula rasa.
Mahu tidak mahu,Amy mengambil sudu yang dihulurkan oleh Airiqa lalu mula mencedok nasi ke arah mulutnya.
Aira tersenyum melihat reaksi Amy.
Biskut di tepi Airiqa di ambil lalu dicicah ke dalam teh miliknya.
Bunyi hujan yang turun renyai-renyai di luar membuatkan dia berpaling ke arah tingkap.
"...this is nice."bisik Aira perlahan.
Airiqa yang mendengari kata-kata itu mengangkat keningnya sebelum dia memandang ke arah Amy yang sedang khusyuk menjamu selera.Mesti perempuan itu sedang lapar..
"It sure is.."bisik Airiqa perlahan sebelum menghirup air tehnya.
Teringat pula sewaktu hanya dia seorang sahaja di dalam rumah itu tanpa seorang pembantu rumah di sisinya.Dia..dan dia seorang sahaja.
Ah..bila fikir balik,jauh betul perjalanannya..
Bangga pula rasa..
Share this novel