Syazwan menutup mulutnya yang sudah menguap itu.Loceng sekolah yang berbunyi membuatkan dia mula mengemas barang di atas meja.Lengannya yang dicuit itu membuatkan dia berpaling ke tepi.
"Lepas ni kau nak main bola tak?"
Syazwan menggeleng kepala sambil menggalas begnya.Melihat kawannya yang sudah membuat mulut itik,Syazwan tergelak kecil.
Bahu kawannya ditepuk.
"Study lah..Exam dah nak dekat kan?"
"Study,study juga..Tapi berseronok itu wajib.Kalau tak,kau jadi macam budak tu."
Syazwan berpaling ke arah 'budak' yang dituding oleh kawannya.
Nametag pelajar lelaki itu dipandang sekilas.
'Khairul'
"..Alaa..Cakap je la kau jealous sebab dia asyik dapat markah tinggi dalam exam."Syazwan bersuara dalam nada menyindir sambil menggalas begnya.
Blazer pengawasnya dibetulkan.
"Tak-- masalahnya..Dulu dia..bodoh kan?..Kenapa tiba-tiba dia jadi pandai?"bisik kawannya itu lagi.Syazwan hanya membalas dengan matanya yang dijeling ke atas.
"Dia usaha lah tu."hanya itu yang keluar daripada mulutnya sebelum dia melangkah ke luar kelas.
Khairul yang juga mahu melangkah ke luar daripada kelas tersentak apabila dia hampir terlanggar Syazwan.
Kepalanya ditundukkan.
"..sorry."
"Tak apa..Lalu lah dulu."
Melihat senyuman Syazwan yang terlalu lebar,Khairul hanya menayangkan riak wajah kosong sebelum melangkah keluar daripada kelas itu.
"Haih..Dah sombong dah dia.Sebelum ni dia banyak bercakap."kawannya yang berada di belakang mula berbisik antara satu sama lain.
"..Kadang-kadang korang ni macam makcik bawang."Syazwan bersuara dengan riak wajah pasrah sebelum berlalu pergi.
Hujan yang turun dengan lebat itu membuatkan dia mengeluarkan payungnya.
Kelibat Khairul yang berjalan di depannya sebaik sahaja dia keluar dari kawasan sekolah membuatkan keningnya terangkat.
"Khairul..!"
Khairul tersentak lalu menghalakan jamnya ke arah Syazwan.
Melihat Syazwan yang kelihatan terpinga-pinga itu,Khairul perlahan-lahan menjatuhkan tangannya.Jam itu digosok.
"..siapa..?"
"Syazwan,lah..Kita sekelas kan?"
"Oh.K."
Mata Syazwan terbuntang apabila Khairul tidak mengendahkannya.
Kakinya dengan pantas mengejar Khairul yang memegang payung seperti perempuan ayu yang dilihatnya di dalam TV.
Ah..Tapi entah kenapa tak nampak pelik pun.
"Saya selalu nampak awak jalan dekat sini.Sebelum ni pun sama.Awak tinggal dekat mana?"
"Bumi."
Syazwan tergelak kecil buat seketika.
Riak wajah Khairul yang kelihatan kosong itu membuatkan bibirnya memuncung.
Melihat cara Khairul memegang payung,Syazwan juga membuat perkara yang sama.
Batang payung itu disandarkan pada dadanya sambil payungnya disengetkan sedikit ke belakang.
Oh..Kalau pegang macam ni,tak ada lah lenguh sangat tangan.
"Okey,lah encik yang datang daripada bumi.Sudikah encik membenarkan saya pulang dengan encik?"
"Bising lah."
Syazwan menayangkan riak wajah sedihnya apabila tubuhnya ditolak ke tepi.
"Sampai hati awak tolak saya.Saya sunyi awak tahu tak?"
"Tak."
"Okey,so sekarang awak dah tahu,jadi awak kena bagi saya balik dengan awak."
Dahi Khairul yang berkerut tadi menjadi semakin berkerut apabila lengannya dipegang lalu digerakkan ke depan dan ke belakang seperti kanak-kanak Ribena.
Syazwan tersengih apabila melihat riak wajah Khairul yang kelihatan seperti mahu membunuhnya.
"Let go of me!Pergi lah cari orang lain nak menggedik!"
"Menggedik?Uhk..!Saya pilih awak sebab awak tak banyak cakap.And..nampak macam awak tengah sunyi je?"
Khairul mendengus geram lalu menarik tanganya dengan kasar.
Wajah Syazwan dijeling kasar sebelum dia melajukan langkahnya.
Semakin laju dia berjalan,semakin cepat Syazwan mengejarnya.
Hipotesis apakah ini?
Tiba sahaja di rumahnya,Khairul menghembus nafas lega aapbila Syazwan sudah tidak kelihatan.
"Oh!Awak tinggal kat sini?"
"ARHH!!Pergi sana lah!What is your problem?!"
"Uu..omputeh gitew.Well,there's no problem.I'm just curious where you live.I have seen you walk in front of me many times before after school but still wondering whether I should talk to you or not.I'm glad I did."
Kening Khairul terangkat buat seketika apabila Syazwan ber'speaking' dengan lancar.
Coklat yang dihulurkan ke arahnya perlahan-lahan di ambil.
"..Bye!Jumpa esok!"
Khairul hanya memandang Syazwan melangkah pergi.
Sebaik sahaja Syazwan melangkah masuk ke dalam rumah,mata Khairul terbuntang sebelum dia menyengetkan kepalanya.
Rumah banglo yang kelihatan besar itu membuatkan dia menekup dadanya buat seketika.
Itu rumah dia ke?Uhk..
Selang 5 rumah daripada aku.
Dekatnya rumah dia.
Syazwan melangkah masuk ke dalam rumahnya sambil memberi salam.Kasutnya diletakkan pada rak kasut.
Wajah ayahnya yang sedang membaca novel dengan khusyuk dan ibunya yang sedang memandang televisyen membuatkan dia tersenyum.
"Papa~"
"Haa..dah balik.Papa buat masakan baru hari ni.Boleh lah bagi review lepas ni."
Syazwan mengangguk laju.
Matanya ibunya yang sudah terbuka membuatkan dia tersenyum ke arah ibunya pula.
"Mama~"
"Arhh..Jangan peluk-peluk."
Ibunya serta merta menjauhkan diri darinya sambil berpeluk tubuh.
"Mama nampak macam makin tinggi hari ni."
"Iya ke?"
"Dengar boleh.Percaya jangan."
Syazwan dengan pantas melarikan diri apabila ibunya sudah menayangkan riak wajah membunuh.
"Arh!Tengok lah nanti!Entah-entah Syazwan ikut ketinggian mama!"
"..Syazwan lagi tinggi dari mama kot.."
"Mama sumpah Syazwan berhenti meninggi bila dah umur 21 tahun."
"Uwoo..takutnya.."
Pensil yang dibaling ke arahnya membuatkan Syazwan dengan pantas melangkah naik ke tingkat dua di mana biliknya berada.
Kelibat Irina dan Syazrif yang serta merta kelihatan apabila pintu biliknya dibuka membuatkan dia tersenyum lebar.
"Akak~"
"Awal balik?"
"Selama ni pun balik awal kan?"
Syazrif menghulur coklat dari dalam bekas itu kepada Syazwan.
"Owh~ For me?"
Syazrif mengangguk laju.
Apabila Syazwan mengunyah coklat itu,keningnya terangkat seperti mahu menanya pendapat Syazwan.
"Sedapnya~"
"Yeyy!"
Irina tergelak kecil apabila Syazrif bersorak kegembiraan.Syazrif serta merta berhenti bersorak apabila dadanya berasa sesak.
"Haa..jangan lah excited sangat.."
"Hehe..Abang dah makan?"
"Belum.Syazrif?"
"Belum!Tunggu abang!"
Irina menggeleng kepala apabila Syazwan mencubit pipi Syazrif berkali-kali.
"Akak pun tak makan lagi.Jom,makan sekali nak?"
"Siapa lah Syazwan untuk menolak."
Syazrif melangkah keluar daripada bilik itu bersama-sama dengan abangnya.
Lengannya yang dipegang erat oleh Irina dibiarkan.
"..Abang,seronok tak dekat sekolah hari ni?"
"Ehh..boleh lah.."
"Jumpa banyak kawan?"
"Banyak..Tapi tak semuanya elok."jawab Syazwan apabila Syazrif menayangkan riak wajah sayu.Maklum lah,adiknya itu belajar di rumah.
Memandangkan penyakit asmanya terlalu teruk.
Syazrif menyengetkan kepalanya dengan kening yang berjongket.Tidak berapa faham dengan kata-kata abangnya.
"..Nanti bila Syazrif besar,Syazrif faham lah.."
Syazrif tersenyum lebar apabila kepalanya digosok.
"Abang ni..selalu cakap macam tu..Syazrif lambat lagi nak besar."
"Pejam celik,pejam celik nanti besar lah."
Syazrif memuncungkan bibirnya.
Itu lah apa abangnya selalu cakap.
"By the way,tadi mama cuba masak telur..Tapi terbakar."
Syazwan dan Syazrif serentak ketawa terbahak-bahak.
'Irina!!Kamu bagitahu ke?!'
Irina menekup mulutnya apabila terdengar suara ibunya dari ruang tamu.
'Awak ni..Bertenang lah sikit..'
Syazwan dan Syazrif menekup mulut masing-masing sebelum ketawa semula dalam nada perlahan.
Irina hanya menggeleng kepala sebelum menghulur pinggan yang berisi nasi itu ke arah Syazwan dan Syazrif.
"Resipi baru papa ke ni?Sedap baunya."
'Biasa lah.Tengok kaki lah.'
Syazwan mengerlingkan matanya manakala Irina pula sudah tergelak kecil.
"Dah lah..Jom makan."
Syazrif melabuhkan punggung di antara Syazwan dan Irina sebelum menjamu selera.
Syazwan tersedar dari mimpinya.
Jam yang menunjukkan pukul 3 pagi membuatkan dia melepaskan keluhan berat.
Huh..Dah lama tak dapat mimpi tu.
Sebab Syazrif muncul depan aku,aku jadi teringatkan masa lalu ke?..
..........
Syazwan tersenyum lebar ke arah Khairul yang sedang menunggunya di hadapan pintu kelas.
"..Hari ni kau nak datang rumah aku tak?"
"Hoh?Tiba-tiba je ni?"
"Mak aku kata dia nak memasak dengan kau lagi..Sebab masakan kau lagi sedap daripada dia."
"Ohoho..Malu i...Apa ni u..Bencik lah titew."
Khairul membuat gaya ingin muntah sebelum berlalu pergi dengan pantas apabila ramai orang memandang ke arah mereka berdua.
Sebaik sahaja keluar dari kawasan sekolah,Syazwan menyengetkan payungnya.
Sudah menjadi tabiatnya sekarang.
"..By the way..Khairul..mana kau beli jam tu?"
Khairul mengangkat keningnya sebelum memandang jam di pergelangan tangannya.
"Oh..ini..ada orang hadiahkan."
"Uuu..siapa?Looking at your face,mesti orang tu bukan orang beshe-beshe.."
Khairul mengerlingkan matanya apabila Syazwan mengeluarkan bahasa gediknya.
"..Ada lah orang tu..dia dah pindah."
"Siapa tu?"
"Ada lah.."
"Tapi siapa?"
"Ada lah.."
Syazwan mula merengek apabila Khairul mempercepatkan langkahnya.
Baru sahaja dia hendak mengejar Khairul,kakinya terhenti buat seketika apabila terpandang budak perempuan yang termenung di tepi longkang.
Baju perempuan itu yang basah kuyup membuatkan matanya terbuntang.
Khairul yang menyedari Syazwan sudah tiada di belakangnya mula mencari kelibat Syazwan.
"..erm..hai?"
Perempuan kecil itu tersentak buat seketika sebelum ke belakang.Tubuhnya yang hampir terjatuh ke dalam longkang itu disambut oleh Syazwan yang juga kelihatan seperti terkejut.
"..hahh..bahaya betul..adik okey?"
Perempuan itu tidak menjawab.
Hanya renungan kosong yang diberi.
Khairul yang tiba di tempat mereka sudah terpinga-pinga.
"Budak mana pula ni?"soal Khairul dengan riak wajah pelik.
"..Tak tahu..saya jumpa dia dekat sini tadi...adik sesat ke?"soal Syazwan sebelum berpaling ke arah budak kecil itu semula.
Perempuan itu tidak menjawab.
Mengangguk pun tidak.
Menggeleng pun tidak.
"..Erm..nah.."
Syazwan menghulur payungnya ke arah budak kecil itu dengan riak wajah seperti menahan simpati.
"..Uhh...dekat situ ada telefon awam..Adik boleh telefon sesiapa yang adik nak.."Syazwan memasukkan duit syilingnya ke dalam poket baju perempuan itu.
"..Jom.."
Khairul hanya menurut sahaja.
Syazwan melangkah pergi dari tempat perempuan kecil itu berdiri sambil bercekak pinggang.
"Kau suka budak-budak,eh?"
"Suka kalau yang tak buat perangai je..But if you ask me,when I get married,I don't want kids."
"Good to know.Me too."
Syazwan dan Khairul serentak tergelak kecil sambil mereka berkongsi payung.
"..Harap-harap budak tadi okey lah.."
"I'm sure she will."jawab Khairul tanpa berfikir dua kali.
Sebaik sahaja Syazwan melangkah masuk ke dalam rumahnya,penghawa dingin yang masih terbuka itu membuatkan bulu romanya meremang.
"Mama..Apa ni..Tak sejuk ke?"
Melihat ibunya yang sedang mengusap kepala ayahnya,dahi Syazwan berkerut apabila ayahnya kelihatan seperti berpeluh.
"..Darah panas be like."ibunya bersuara sebelum dia sempat berkata apa-apa.
"Papa kemas rumah ke?"
"Dah tu...?"jawab ayahnya dalam nada penat.
Ibunya hanya tergelak kecil sambil memandang televisyen yang masih terbuka itu.
Syazwan hanya menayangkan riak wajah pasrah sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.
Kelibat Irina dan Syazrif yang tiada di situ membuatkan keningnya berjongket.
Pintu bilik Irina dibuka lalu kelibat Syazrif dan Irina yang tertidur nyenyak itu membuatkan dia tersenyum buat seketika.
Dua-dua sama je suka tidur waktu hujan..
Syazwan menolak langsir biliknya ke tepi.
Tingkap biliknya dibuka.
"..hm..bau hujan.."
Kelibat budak kecil yang kelihatan di atas jambatan itu membuatkan keningnya terangkat.
Oh?..Itu bukan budak tadi ke?
Payungnya yang diletakkan ke tepi membuatkan dahinya berkerut.
"Kenapa budak tu macam..."
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya,kelibat budak perempuan itu yang jatuh ke dalam tasik membuatkan dia tersentak.
"EH?!"
Syazwan dengan pantas melompat keluar dari balkoni rumahnya.
Dia tidak pernah berlari laju sebelum ini,tetapi sekarang mungkin dia sudah pecah rekod.
Sebaik sahaja dia berada di tepi tasik itu,dengan pantas dia menerjun masuk.
Kelibat budak perempuan itu yang kelihatan tidak jauh darinya membuatkan dia berenang selajunya.
Tubuh budak perempuan itu ditarik ke arahnya sebelum dia berenang ke atas.
"..Hahh...."
Syazwan tercungap-cungap mencari nafas.
Wajah budak perempuan itu dipandang dengan cerlungan tajam.
"Adik buat apa ni?!"
Budak perempuan itu tersentak.
Bibirnya diketap sambil matanya kelihatan berkaca.
"Adik cuba nak bunuh diri ke?"
Budak perempuan itu tidak menjawab.
Hanya pandangannya yang kelihatan kosong.
Tangannya yang tiba-tiba dipegang erat itu membuatkan matanya terbuntang.
"..why..?Ada masalah?.."
Budak perempuan itu perlahan-lahan menggeleng.
"..saya cuma rasa..taknak hidup.Tak ada makna dah saya hidup.Saya penat."
Syazwan terdiam seketika apabila perempuan itu mula bercakap.
Tangan perempuan itu digenggam erat sebelum dia melepaskannya.
Payung di tepinya dicapai lalu tubuh budak perempuan itu dipayungkan.
"..hm..Boleh ikut abang kejap?"
Budak itu hanya menurut tanpa sebarang bantahan.Syazwan sendiri pun tidak tahu patut rasa risau atau tidak.
Senang-senang je dia ikut orang yang tak dikenali.
Kalau lepas ni dia buat benda yang sama juga macam mana?
Bunyi pengering rambut memenuhi ruang bilik itu.Syazrif menyengetkan kepalanya untuk melihat budak perempuan itu dengan lebih jelas.
"Dah..Hahh..lepas dia mandi ni,baru nampak jelas muka dia.."
Irina menutup suis pengering rambut sebelum menyimpannya ke dalam laci.
Wajah Syazwan dipandang lama.
"Kalau mama tahu ni entah macam apa reaksi dia."
"Alaa..kita rahsiakan lah dulu.."jawab Syazwan dengan senyuman waswas.
Rambut budak perempuan itu yang disikat membuatkan dia melepaskan keluhan berat sambil dia membalut luka pada kaki dan betis perempuan itu.
"..Adik dari mana..?"
"..tak tahu."jawab budak perempuan itu apabila Syazwan bersuara.
Kukunya yang dipotong membuatkan dia termenung buat seketika.
"Hm..macam mana ni?"soal Irina pula.
Syazwan meraup wajahnya.
Bunyi perut budak perempuan itu yang kedengaran jelas di telinganya membuatkan dia mula mencari roti yang disimpannya di dalam laci sebelum ini.
"Nak?"soal Syazwan lalu menyerahkan roti coklat yang masih dibungkus dengan plastik itu ke arah budak perempuan di tepinya.
Perlahan-lahan roti itu diambil.
Plastik roti itu dibuka sebelum budak perempuan itu mula mengunyah roti tersebut dengan laju.
Syazwan mengambil botol air dari dalam peti sejuk mininya lalu diserahkan kepada budak perempuan itu.
"..terima...kasih.."
Syazwan hanya membalas dengan senyuman lebar.
"Adik masih rasa nak bunuh diri ke?"
Budak perempuan itu mengangguk kemudian menggeleng.Tangannya yang digenggam dibiarkan.
"..haih..okey dengar sini..walaupun dunia ni kadang-kadang kejam,di penghujung jalan pasti ada pelangi..and pelangi tu ibarat ganjaran yang kita berhak dapat lepas apa yang kita lalui..Kita cuma kena teruskan..sampai kita jumpa pelangi kita sendiri..sebab pelangi untuk setiap orang,berlainan.."
Kening budak perempuan itu terangkat.
Syazrif dan Irina saling berpandangan.
"Jadi jangan lah bunuh diri..Adik tak jumpa pelangi tu lagi.Bertahan lah sampai jumpa."
"Tapi..saya..dah tak tahu nak hidup untuk apa."
"Hidup untuk abang lah!"jawab Syazwan laju.
Budak perempuan itu mengerdipkan matanya berkali-kali.
"Kalau adik tak tahu nak hidup untuk apa,atau untuk siapa,hidup demi abang..Boleh?"
Buat seketika,Syazrif dapat melihat mata budak perempuan itu bersinar bercampur dengan pipi yang kelihatan sedikit merah.
Keningnya berjongket.
Budak perempuan tu sakit ke?
Muka dia pink..
"Nama abang..apa?"
"Syazwan."
Budak perempuan itu mengangguk perlahan dengan senyuman kecil.
"..Syazwan..."bisik budak perempuan itu perlahan.
Syazwan tersenyum lebar ke arah budak perempuan itu.
Baru sahaja dia hendak menyoal nama budak perempuan itu,lengannya yang ditarik sehingga ke luar bilik membuatkan dia terpinga-pinga.
"Akak..?Kenapa ni?"soal Syazwan apabila Irina menutup pintu bilik itu dengan rapat.
Syazrif yang juga mengikut mereka keluar memluk erat patung beruangnya apabila Irina kelihatan dingin.
"..Syazwan bercadang nak bagi dia duduk sini ke?"
"..tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh..kalau mama dengan papa tak benarkan macam mana?"
Syazrif memandang ke arah wajah Syazwan dan Irina bersilih ganti.
Kenapa abang dengan kakak nampak macam nak bergaduh..?
Budak perempuan yang masih duduk di dalam bilik itu meneguk air kosong yang masih sejuk itu.Tekaknya serta merta berasa lega.
'Lagipun entah dari mana dia datang..'
'Dah tu takkan lah nak halau dia balik..Kesian tahu tak?'
'Tapi memang tak lah nak bagi dia duduk sini..'
'Dah tu nak duduk dekat mana?'
'I don't know?Mak dengan ayah dia mana?Kita kena cari mak dengan ayah dia dulu.'
'Kalau mak dengan ayah dia dah tak ada?'
Suara yang datang daripada luar membuatkan dia mengetap bibir.
Payung di sebelahnya digenggam erat sebelum dia melangkah keluar daripada balkoni rumah itu.
Hujan yang sudah renyai-renyai itu membuatkan dia menarik topi jaketnya ke depan.
"Okey,fine..Nanti lah kita bincang pasal ni.."
Sebaik sahaja Syazwan menolak pintu biliknya,tingkapnya yang terbuka luas membuatkan matanya terbuntang.
"Eh?Mana budak tadi?"soal Syazrif dengan riak wajah pelik.
Syazwan mengetap bibirnya sebelum menarik payung di tepinya.
Belum sempat Irina menahannya,dia sudah terlebih dahulu melompat ke luar.
"Wow...hebatnya abang..Abang boleh buat macam tu?Syazrif nak buat juga lah!"
"Syazrif!Nak patah tengkuk ke?!"jerit Irina apabila Syazrif sudah berlari ke arah tingkap.
"..ah..mana dia pergi..?"
Syazwan tercungap-cungap mencari nafas apabila dia sudah tidak menjumpai budak perempuan itu di mana-mana.
Payungnya diletakkan ke tepi.
"Hah..adik ambil lah payung ni..Guna waktu hujan.."bisiknya perlahan sebelum berlalu pergi.
Sebaik sahaja dia berpaling ke belakang,kelibat budak perempuan itu yang mengambil payung itu dengan laju membuatkan keningnya terangkat.
Budak perempuan itu memandang ke arahnya sebelum menunduk berkali-kali.
Tangannya dilambai sebelum dia dengan pantas berlalu pergi dari situ.
Syazwan yang mahu mengejar,membatalkan niatnya.Tangannya dilambai perlahan.
Hm..Jika itu pilihan budak tu..biarkan je lah..
Harap-harap budak tu tak cuba bunuh diri lagi.
Oh ya.
Aku tak tahu lagi nama dia apa..
.........
KRINGG--
Syazwan menutup jam locengnya dengan pantas.
Tangan seseorang yang memegang tangannya membuatkan dia terdiam buat seketika.Matanya perlahan-lahan dibuka.
Wajah Qhaira yang memandang ke arahnya dengan kening yang terangkat membuatkan dia perlahan-lahan menarik tangannya.
"Awal awak bangun..?"
"Saya mimpi benda pelik."
Mata Qhaira terbuntang.
Melihat reaksi Qhaira,Syazwan menepuk lengan perempuan itu dengan kuat.
"Bukan mimpi tu!..Ish!Apa lah awak ni!"
"..saya tak cakap apa pun.."
Syazwan menggeleng kepalanya.
Lampu biliknya yang dibuka itu membuatkan dia menyorokkan kepalanya di sebalik bantal.
"Pergi solat.Lepastu makan."
"Baik,puan.."
Qhaira tersenyum senget sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.
Bunyi pintu biliknya yang tertutup rapat itu membuatkan dia mencampak bantalnya ke tepi.
Syazwan melangkah keluar dari biliknya.
Kucingnya,Mewo dibelai dengan ganas bagi melepaskan geram.Bulu yang berterbangan itu ditangkap kemudian dikumpul.
"Ni..nampak ni?Botak lah kamu nanti.."
Kucingnya hanya membuat tidak endah.
Hanya telinganya yang ke belakang.
Punggungnya yang ditepuk membuatkan dia berpaling ke arah Syazwan yang sudah berlalu pergi itu.Matanya dijelingkan sebelum dia melangkah ke arah meja makan.
"Oh..Pancake?Macam mana awak--"
"Itu..boleh diceritakan kemudian."jawab Qhaira sambil menarik kerusi untuk Syazwan.
"Hm..Memandangkan hari ni cuti..Ada nak pergi mana-mana tak?"soal Syazwan sambil mula menjamu selera.
Sudah lama dia tidak makan pancake untuk sarapan..
"..Awak ada nak pergi mana-mana ke?"
"Sebab saya tak tahu lah saya tanya awak."
Qhaira menjelingkan matanya ke atas.
"Nak pergi beli belah tak nanti?"soal Qhaira dengan senyuman lebar.
"Huh?Tapi barang masak banyak lagi?"soal Syazwan pula.Soalan dibalas dengan soalan.
"..Buah tak ada.Buah dah habis."
Syazwan membuka peti sejuk yang berada tidak jauh darinya.
Buah epal yang hanya tinggal satu itu membuatkan dia melepaskan keluhan berat.
"Cepat betul habis."
"Awak makan banyak sangat."
"Sedap,okey?"
Kedua-duanya tergelak kecil.Mewo yang berada di tengah-tengah meja makan hanya menutup matanya dengan riak wajah kosong.
"Jadi kita kena beli banyak lah nanti.."
"Awak lah belanja."
"Memang itu niat saya."
"Oho,so sawit~"
Syazwan mengunyah pancake di dalam mulutnya dengan senyuman yang masih terukur di bibirnya.
Qhaira yang melihat juga ikut tersenyum.
Pipinya ditongkat sambil dia memperhatikan setiap gerak-geri Syazwan dengan pandangan tajam.
Syazwan yang tidak menyedari akan pandangan Qhaira hanya meneruskan suapannya.
Fikirannya memikirkan tentang Syazrif buat seketika.
Hm..
Agaknya Syazrif okey,ke?..
Memandangkan dia tak datang sini..
Mungkin dia dah dapat kerja tu.
Hahh..tenang sikit rasa.
Share this novel