Syazrif menyengetkan kepalanya di sebalik pintu bilik Safaira dari luar.
Sejak kebelakangan ini,Safaira kelihatan agak..muram?
Moody?
"Safaira?"
Safaira berdecit apabila pintu biliknya dibuka.
"Nak apa?"soalnya yang sedang bermain handphone di atas katil.
Nada suara Safaira yang kedengaran agak kasar itu membuatkan keningnya terangkat.
"Can I come in?"
Safaira menjeling ke arah Syazrif sekilas sebelum mengangguk.
Senyuman kecil terukir di bibir Syazrif sebelum dia melangkah masuk dan melabuhkan punggung di sebelah Safaira.
"Sooo..Aku ada buat salah ke?"
"Tak ada."
"Ada,ni.."
Safaira mendengus geram apabila Syazrif tersenyum mengusik ke arahnya.
Bibirnya diketap lalu kepala Syazrif ditolak agar menjauhinya.
"Aku cuma tengah fikir pasal ayah aku."
"Ah.."Syazrif terdiam buat seketika.
Dia HAMPIR lupa pasal pelan mereka untuk menyatukan Syahril dan Sharika.
"I almost forgot about that-"
"Of course you do."potong Safaira dengan jelingan tajam.
Dahi Syazrif berkerut buat seketika.Perlahan-lahan dia mengesot ke arah Safaira.
"Kenapa aku rasa macam kau marah dekat aku?.."
"So what if I am..?!"
Safaira terdiam seketika apabila tubuh Syazrif tersentak akibat nada suaranya.
Oh.Dia hampir lupa Syazrif tidak boleh dengar orang menjerit.
"Did..I do something you don't like?.."
Safaira tidak menjawab.Pandangannya dialihkan ke tepi.
Macam mana nak cakap..?Entah-entah Syazrif pun tak sedar yang dia sendiri ada perasaan dekat Sharika.
At least,di mata dia,itu yang dia nampak.
Rasanya Safiy pun nampak perkara yang sama.
"Erm..Sebenarnya..I want to tell you something.."
Safaira berpaling ke arah Syazrif yang kelihatan serba salah itu.
"You know..aku rasa..tak perlu kot kita satukan Syahril dengan Sharika.."
Melihat wajah Safaira yang bertukar keruh,Syazrif mula berasa panik.
"I mean..Dia nampak macam betul-betul tak suka,jadi aku tak rasa kita patut..macam..paksa dia?.."
Safaira tergelak dalam nada sinis.
Wajah Syazrif dicerlung dengan riak wajah menyampah.
"Oh really?..Ke,sebab kau dah tersuka dekat Sharika?"
Dia dapat melihat tubuh Syazrif menjadi tegang buat seketika.Sejujurnya dia menyesal.
Mungkin kalau dia tidak berjumpa dengan Syazrif..
Mungkin kalau Syazrif tidak bekerja di rumah Sharika..
Mungkin kalau dia tidak tinggal dengan Sharika..
"..not answering?I guess I'm right,then."kata Safaira lagi dalam nada dingin apabila Syazrif tidak bersuara.
Safaira berpeluk tubuh sebelum berdecit.
"Kenapa dalam banyak-banyak orang,kau nak suka dia?!"jerit Safaira.Wajah Syazrif dicerlung tajam.
Dia bukannya mahu menjerit sangat pun..
Dia tahu Syazrif sensitif dengan bunyi bising.
Sebab itu dia menjerit.Sengaja dia mahu melihat lelaki itu tidak senang duduk.
"..Safaira-"
"What?!"
Syazrif tersentak lalu mula bermain dengan hujung bajunya.
Dia sendiri pun tidak tahu mahu berkata apa.
Okey..mungkin dia tersuka Sharika..Mungkin Sharika menyukainya juga memandangkan perempuan itu memberi 'petunjuk'.
"I won't tell her I like her..okay?If that makes you happy?"kata Syazrif dengan suaranya yang kedengaran sedikit menggeletar.
Dahi Safaira masih lagi berkerut.
"..kau ingat dia akan suka kau ke?"
Kata-kata itu membuatkan dada Syazrif berasa senak buat seketika.
"Dia kaya.Dia bijak.Dia ada kerjaya.Kau ada apa?"soal Safaira dengan riak wajah menyampah.
Tak kira lah apa pun..dia tidak mahu Syazrif menyukai Sharika.
Kenapa Sharika?..
Syazrif mengetap bibirnya.
Matanya mula berkaca tanpa disedari.
Bukannya dia tidak sedar diri..Dia tahu dia dan Sharika jauh beza.Tapi..
Dia pun layak bahagia juga kan?..
Dia pun layak menyukai seseorang dan disukai kan?..
"You're so annoying."kata Safaira apabila Syazrif hanya mendiamkan diri.Berasa seperti dia sedang membuli lelaki itu pula.Padahal lelaki itu lebih tua darinya.
Keluhan berat dilepaskan.
Dah lah..Aku rasa aku dah lukakan hati dia.
"Get out of my room."
Syazrif tersentak apabila tubuhnya ditolak.
Punggungnya diangkat daripada katil itu lalu tubuhnya yang ditolak sehingga ke luar bilik itu dibiarkan.
Pintu bilik yang ditutup dengan kasar di belakangnya membuatkan dia tersentak.
Matanya secara tiba-tiba berkaca.
'Dia kaya.Dia bijak.Dia ada kerjaya.Kau ada apa?'
Dia tiada apa-apa.
"Kenapa tadi tu?"
Suara Sharika yang tiba-tiba muncul di sebelahnya membuatkan dia tersentak.
Matanya dikerdipkan dengan laju bagi menghilangkan air mata sebelum dia berpaling ke arah Sharika,yang sedang memandangnya dengan pandangan tajam.
"Oh,uhh..Rebellious phase?"jawab Syazrif dengan senyuman kekok.
Sharika memandang ke arah pintu bilik Safaira sekilas sebelum berpaling ke arah Syazrif semula.
"Why are you crying?"
"Mana ada saya menangis."
Kedua-duanya saling berpandangan buat seketika.
Sharika merapatkan wajahnya ke arah wajah Syazrif dengan riak wajah selamba.
"Yes,you are.You cried."kata Sharika lagi apabila ternampak bulu mata Syazrif yang masih basah.
Syazrif kebelakang buat seketika.
Wajahnya serba salah.
"Dia cakap benda teruk ke dekat awak?"soal Sharika lalu memandang ke arah pintu bilik Safaira.
Syazrif memegang lengan Sharika apabila perempuan itu hampir memulas tombol pintu bilik di belakangnya.
"Biasa lah..budak-budak.."katanya dalam nada memujuk.
Walaupun Sharika kelihatan seperti tidak peduli dengan kata-katanya.
"I'm fine.."bisiknya perlahan lalu kepala Sharika yang berlapikkan tudung itu diusap tanpa berfikir dua kali.
Tabiat.
Sharika menarik tangannya semula sebelum mengangguk perlahan.
"Awak cakap apa dengan dia tadi?"soal Sharika apabila mereka menuju ke arah biliknya.
"Bukan penting pun.."jawab Syazrif sepatah.
"Pasal Syahril?"
Langkah Syazrif terhenti buat seketika sebelum dia menyambung langkahnya semula dengan riak wajah serba salah.
"No.."
"Yes.You're bad at lying."jawab Sharika dengan tangannya yang dimasukkan ke dalam poket kardigannya.
Wajah Syazrif dipandang lama.
'Cantik'.
"It's about me and him again,hm?"
"Saya..!..Saya dah cuba bagitahu yang saya tak rasa dia patut paksa awak untuk suka dekat..Syahril.."
"And dia melenting?"soal Sharika dengan senyuman senget.Seperti sudah terbiasa dengan perangai Safaira yang tidak boleh dijangka.
"Yeah.."Syazrif mengeluh perlahan.Pintu bilik Sharika dibuka lalu mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Tapi sebelum ni..bukan ke awak pun berpakat dengan dia nak buat saya suka dekat Syahril?"
Wajah Syazrif mula berona merah apabila Sharika tersenyum senget ke arahnya.
"Jadi awak dah tahu?"
"Duhh."jawab Sharika sepatah.Melihat reaksi Syazrif,dia menahan dirinya daripada ketawa.
'Comel'.
"Itu dulu..sekarang bila saya dah semakin kenal awak..Saya rasa saya patut hormat keputusan awak.."
"Oh.Bummer.Saya ingat sebab awak dah tersuka dekat saya."
Wajah Syazrif semakin berona merah apabila Sharika bersuara dengan riak wajah selamba.
Macam mana Sharika boleh cakap macam tu dengan selamba?Tahap keyakinan dia tinggi betul..!
"Kalau saya suka awak pun..awak akan terima ke saya?"soal Syazrif perlahan.Matanya memandang ke arah lantai.
"Apa salahnya?"jawab Sharika sambil menjongket bahunya.
"Well,first of all,i don't have anything-"
"I have everything.Enough for the both of us."jawab Sharika laju.Matanya memandang ke arah Syazrif yang masih lagi memandang lantai.
"And,saya tak ada kerjaya tinggi."
"But I do."
Syazrif mengetap bibirnya dengan riak wajah menahan geram apabila Sharika membalas kata-katanya dengan nada yang kedengaran seperti tidak serius.
"You know my past.."
"So?"
"You know how dirty I am.."
"So?"
Syazrif memandang ke arah Sharika dengan riak wajah geram lalu lengan Sharika dipukul perlahan.
"So why would you like me..?"
"I don't really care about your past,sebab saya rasa awak dah banyak berubah.You're quite caring.You're very gentle.You're kind.."Sharika mengerlingkan matanya ke atas. Seperti memikirkan lagi perkara yang boleh mencerminkan diri Syazrif.
"Saya rasa...awak memang dah macam tu dari dulu.Cuma keadaan awak yang memaksa awak untuk berubah."Sharika menjongketkan bahunya dengan senyuman senget.
Apabila dia memandang wajah Syazrif semula,keningnya terangkat.
Syazrif memandang ke arah Sharika dengan riak wajah berharap.Wajahnya berona merah.
"..cara awak cakap tu,macam saya ni baik sangat.."
"Well..you are,in my eyes.I guess your past is what makes you,the you right now.So I don't hate you because of your past.Saya rasa awak hebat sebab boleh bertahan sampai sekarang-"
"Okey,okey.Stop."
Sharika menghentikan percakapannya apabila Syazrif menarik kardigannya berkali-kali.
Senyuman senget terukir di bibirnya apabila leher Syazrif juga kelihatan merah.
'Cute'.
"Kenapa?Awak dah tersuka dekat saya ke?"soal Sharika dengan senyuman mengusik.
Syazrif memandang wajah Sharika sekilas sebelum melangkah ke arah pintu biliknya perlahan.
"So what if I am?Suka hati saya lah nak suka awak pun.."kata Syazrif dalam keadaan separuh panik.Tombol pintu biliknya dipulas lalu dia dengan pantas melangkah masuk ke dalam biliknya.
Sempat lagi dia menjelir lidah ke arah Sharika sebelum menutup rapat pintu biliknya dan dikunci.
Sharika mengerdipkan matanya buat seketika.
Hampir 5 minit dia berdiri di tempatnya sebelum dia menekup mulutnya buat seketika dengan dahi yang berkerut.
"Damn..This is bad for my heart.."bisik Sharika sambil mengibas tudungnya.
Langsir di sekeliling katilnya ditutup sebelum tudungnya ditanggalkan.
"Does this mean I like him too?"bisik Sharika dengan dahinya yang berkerut sambil dia berpeluk tubuh.
Wajah Syazrif yang memandang ke arahnya dengan mata yang layu membuatkan dia menggeleng kepala dengan laju.
"Woah..stop that.Stop."bisik Sharika lalu merebahkan tubuhnya di atas katil.
Wajah Syazrif yang sedang tersenyum ke arah Safiy dan Safaira tiba-tiba muncul di dalam kepalanya.
Senyuman senget terukir di bibirnya tanpa disedari.
"Oh my god,stop.."bisik Sharika lalu menghempap bantal di sebelahnya ke arah mukanya berkali-kali sehingga wajah Syazrif hilang dari mindanya.
Yup.
Rasanya dia sudah 'tersuka' dekat Syazrif.
100%.
Airiqa memandang handphonenya dengan riak wajah bosan.
Pandangannya beralih ke arah Aira yang juga kelihatan seperti kebosanan.
"Good god,I'm bored..I miss,Amy."
Aira mengangguk setuju dengan riak wajah bosan.
Bunyi tapak kaki yang menuju ke arah mereka itu membuatkan Aira membetulkan kedudukannya.Begitu juga dengan Airiqa.
"Airiqa!"
Airiqa tersentak apabila Hana berlari ke arahnya dengan riak wajah panik.Jarang Hana memanggilnya 'Airiqa.Biasanya dia akan memanggilnya 'Puan'.
"What?"
"Ada nampak Irina?"
"Dalam bilik dia takde?"
"Takde!"
Hana mula berjalan ke kiri dan ke kanan dengan riak wajah cuak.Kuku ibu jarinya digigit.
"Dia hilang..!"
Airiqa memandang Hana atas bawah dengan keningnya yang terangkat.
Kemudian,pandangannya beralih ke arah Aira yang juga turut memandangnya dengan kening yang terangkat.
"Dia kata nak pergi rumah Sharika."jawab Airiqa selamba.
"And kau benarkan?!"jerit Hana pula.Wajahnya bertukar pucat.
"Yeah."
"AIRIQA!!"
"Yaa!!Aku benarkan!!"
"WHY?!!"
"Sebab boleh dik!!"
Hana mengambil kunci kereta milik Airiqa dengan riak wajah geram.
"Hey!Where are you going?"
"Rumah Sharika lah!Kalau ada apa-apa jadi dekat Syazrif macam mana?!"
Airiqa hanya memandang kelibat Hana yang menghilang dari pandangannya apabila perempuan itu melangkah keluar dari rumah.
"Sharika kan ada..Kenapa dia nak risau sangat?"
"Sharika....kuat..!Ada..pew,pew!"kata Aira dengan matanya yang kelihatan sedikit teruja.
"You really just think about the 'pew pew' huh?"
Airiqa tergelak kecil sambil mengusap perlahan kepala Aira.
"Ah..I miss Amy."
Aira mengangguk setuju sebelum kedua-duanya terbaring di atas sofa semula dengan sebelah kaki yang disangkut pada kepala sofa.
....
Syazrif terjaga daripada tidurnya dengan riak wajah mamai.
Ah.Dia terlelap.
Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah pintu biliknya lalu pintu itu dibuka.
Langsir katil Sharika yang terbuka luas itu membuatkan dahinya berkerut apabila tuan bilik itu tidak kelihatan.
Dia menguap buat seketika sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.
Sunyi.
Syazrif menggosok belakang lehernya yang berasa sejuk.
Rasa macam dejá vu pula.
Dulu pun..sewaktu dia tinggal dengan Shafiy,jika lelaki itu pergi bekerja,suasana di dalam rumah itu juga sunyi seperti sekarang.
Kakinya melangkah turun anak tangga dengan berhati-hati sehingga ke tingkat paling bawah.
Penghawa dingin yang terbuka itu membuatkan dia melangkah ke arah ruang tamu.
Kelibat Sharika yang melabuhkan punggung di atas sofa bersertakan pengawal di rumah itu yang mengelilingi ruang sofa itu membuatkan dahinya berkerut.
"Sharika?.."panggilnya perlahan.
Semua yang berada di situ memandang ke belakang.
Kening Syazrif terangkat apabila riak wajah semua orang di situ kelihatan tegang.
"..what?Kenapa tengok saya macam tu?"
"Ah..There you are.Kenapa suara Syazrif macam makin lembut dari dulu?"
Syazrif tersentak.
Wajah yang berada di seberang Sharika membuatkan dia kebelakang buat seketika.
"Please refrain from saying anything that can make him uncomfortable if you please?It would be a hassle if he got an asthma attack right now."Sharika bersuara dalam nada dingin sebelum berpaling ke arah Irina semula dengan dahi yang berkerut.
"Holy sheesh..You sound like a robot.And is this all really necessary?I mean..the guards and all?I'm not that strong you know..?"Irina mengerlingkan matanya sambil menongkat dagunya.Senyuman senget terukir di bibirnya apabila dia melihat riak wajah Syazrif.
"Your background doesn't really say you're weak."kata Sharika lalu meletakkan kerta yang berisi maklumat tentang Irina di atas meja.
"Oh wow.Did you do a background check on me?What happen to privacy?"
"My apology."
Irina mengerlingkan matanya buat kali kedua.
My apology lah sangat.Tak nampak macam dia rasa bersalah pun.
"Syazrif?How about you come here and sit down?Don't you miss me?"
Syazrif tersentak apabila namanya disebut.
Bagaikan dipukau,kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah Sharika dan Irina dengan riak wajah cuak.
Irina menepuk ruang di sebelahnya.
"You can sit here."
Baru sahaja Syazrif ingin menurut,tangan yang melingkar di pinggangnya membuatkan dia tersentak.
Pandangannya beralih ke arah Sharika yang memcerlung tajam ke arah Irina.
"He will be sitting with me."
"Tsk."
Irina berpeluk tubuh dengan riak wajah jengkel apabila memandang tangan Sharika di pinggang lelaki itu.
Tubuhnya disandarkan semula ke arah sofa apabila Syazrif melabuhkan punggung di sebelah Sharika.
"Mana kau tahu lokasi rumah aku?"soal Sharika.
"Aku tanya Shafiy.Duhh.."Irina menyilangkan kakinya lalu menghirup teh yang dipegangnya perlahan.
"So..mind telling me why did you come here?"
"Nak jumpa Syazrif lah.Duhh..?Soalan bodoh apa tu?"
"Irina..watch your tone."
Syazrif yang tiba-tiba bersuara dalam nada tegas itu membuatkan kening Sharika terangkat.
Irina memandang tehnya buat seketika sebelum tergelak kecil.Wajah Syazrif dipandang tajam.
"Who do you think you're talking to?"
Syazrif tersentak sebelum memandang ke arah lantai dengan bibirnya yang diketap.
"Ehem..Apologize for my rudeness.I simply just came here to have a talk with Syazrif.Although,the way you treat your guest do make me feel somewhat uncomfortable."
"Kau yang panjat pagar rumah aku dulu."
"Aku tekan loceng banyak kali tak ada orang jawab.Kau ingat aku nak tunggu lama-lama ke kat luar tu macam orang bodoh?"
Tisya dan Fara serentak mengerutkan dahi lalu mencerlung tajam ke arah Irina.
Irina mencerlung tajam ke arah mereka berdua semula sebelum meletakkan cawan teh di tangannya ke atas meja dengan kasar.
"How about you leave us two to have a heart to heart talk?"
Sharika memandang ke arah Irina buat seketika sebelum memberi signal agar pengawalnya beredar.
"Oh?How about you?"
"I want to stay here.Thank you very much.Anggap je aku tak wujud."jawab Sharika sambil menghirup tehnya dengan riak wajah kosong.
Matanya memandang ke arah Safiy dan Safaira yang mengintai ke arah mereka bertiga dari belakang tangga dengan riak wajah risau.
"Urgh.What an annoying pest."bisik Irina sebelum memandang ke arah Syazrif dengan senyuman lebar.
Pipinya ditongkat.
"Syazrif sihat?"
Syazrif mengangguk perlahan dengan riak wajah pucat.
Tangannya bermain dengan hujung bajunya.
"Use your voice."
"Sihat..Syazrif sihat."jawab Syazrif laju.Suaranya kedengaran sedikit bergetar.
"Hm~ Dah berapa tahun dah kita tak jumpa..And you wouldn't even look at me."
Syazrif dengan pantas mengangkat wajahnya.
Wajah Irina dipandang tepat.
Senyuman Irina perlahan-lahan melebar.
"There you go."bisik Irina sebelum membetulkan kedudukannya.
"You know..I was rather sad when you leave me without a word."
Syazrif bermain dengan jarinya.Jantungnya berdegup kencang.
"And now you're with some random woman..My sadness doubled you know?"
Sharika meletakkan cawannya di atas meja dengan kasar.Sengaja mahu menunjuk perasaan.Buku novelnya dibuka sebelum dia membacanya perlahan.
"..sorry.."bisik Syazrif perlahan.
"Oh.Don't be.How about coming back to me?"
Sharika menjeling ke arah reaksi Syazrif.
Syazrif memandang ke Irina sebelum menggeleng kepalanya perlahan.
"Oh?Why not?"
"I have to stay here with Sharika sebab Syazrif pembantu rumah dia.Itu syarat dia."
Kening Irina terangkat buat seketika apabila Sharika tersenyum senget di sebalik bukunya.
"Hm~ I thought it was because you wanted to stay here."
"That,too."
"Why?Sebab dia kaya?"
"No.Because I saw her as someone who I can trust."
Dahi Irina tiba-tiba berkerut sebelum dia berdecit.
Perempuan itu berpeluk tubuh sebelum dia mendengus perlahan.
"So you're saying you can't trust me?"
"Yes.You make my life a living hell."kata Syazrif dengan riak wajah kosong.Tangannya memegang erat hujung bajunya.
Irina mengangguk perlahan.
"So what?I still love you very much.You know I wouldn't stop loving you-"
"I love you too."
Sharika memandang ke arah Syazrif dengan riak wajah terkejut.Riak wajahnya kelihatan sama seperti sticker 'Pikachu' terkejut yang Airiqa sering hantar kepadanya melalui mesej.
"But as a family member.Even though you torture me..I still love you as a sister."
"I'm not your sister."
"But I saw you as one."
Irina menggempal penumbuknya sebelum menolak cawan tehnya ke tepi dengan kasar.
PRANGG!!
"You really make me want to hurt you right now.."
"Try me.I know Sharika will protect me."
"You have that much trust on her already?"
"I do."
Sharika mengalihkan wajahnya ke tepi.
Senyuman lebar pada bibirnya cuba ditahan.
"Tsk.Do you like her or something?"
"Perhaps I do."
Mata Irina terbuntang buat seketika.
Sharika perlahan-lahan menutup separuh dari mukanya menggunakan buku novelnya.
"Lucky b*tch."
"IRINA!"
Irina tersentak apabila pintu rumah itu dibuka dengan kasar.
Wajah Hana yang kelihatan bengis itu membuatkan dia mendengus geram.
"I'm sorry about this..Saya tak sedar dia keluar rumah..!"kata Hana yang sudah menarik telinga Irina sambil menunduk hormat ke arah Sharika.
"Ah..Pembantu..Airiqa?"
"Ya,ya..!Dia tak ada buat apa-apa kan?"
Sharika memandang ke arah cawannya yang sudah pecah.Begitu juga dengan Hana.
"You stupid ass!"
PAKK!
Irina terjerit kecil apabila kedua-dua pipinya ditepuk kuat.
"Sakit lah!You think you can control my life?!"
"Yes,I can.I should consider putting you on a leash next time."
"Oh you wouldn't dare!"
"Oh I will..!"
Hana mengangkat tubuh Irina lalu disangkut pada bahunya.
"Maaf..nanti saya ganti cawan tu.Sekali lagi saya mintak maaf!"
"Hana!!hWhat the f*ck?!Lepas,lah b*doh!Aku tak habis lagi!!"
Hana hanya membuat tidak endah sebelum melangkah ke arah pintu rumah itu semula.
"You-- Syazrif!!"
Syazrif tersentak lalu berpaling ke arah Irina.
"If..If that woman hurts you..you can come to me!I will treat you better!I promise!"jerit Irina dengan riak wajah terdesak.
"I'm sorry for what I did before!I was trying to live,okay?!I'm sorry for using you!"jerit Irina lagi apabila Hana mencubit pinggangnya bagi melepaskan geram.
"I'm sorry for liking you!"
Kening Syazrif terangkat apabila suara Irina mula bergetar.
"Jadi..kau.."Irina menuding jarinya ke arah Sharika dengan cerlungan tajam.
Hana berhenti melangkah buat seketika.
"If you hurt him,I will kill you!I really will!!"
"I won't."kata Sharika dalam nada tegas.Dahinya berkerut.
"Trust me.I will take care of him better than you."
Irina terdiam buat seketika sebelum perlahan-lahan mengangguk.Matanya mula berkaca.
"Alright..Jom balik.."bisik Hana sambil menepuk punggung Irina perlahan.
"You b*tch!Jangan sentuh punggung aku!!"
"Oopsie."
Pintu rumah itu perlahan-lahan ditutup oleh Tisya dengan kening yang terangkat.
"Those two look kinda gay.."bisik Tisya sebelum kepalanya diketuk oleh Fara perlahan.
"You okay?"soal Sharika sebelum berpaling ke arah Syazrif.
Wajah Syazrif yang berona merah itu membuatkan keningnya terangkat.
Lelaki itu perlahan-lahan mengangguk.
"I'm okay.."
Safiy dan Safaira berlari ke arah mereka.
Safiy memeluk erat tubuh Syazrif dengan dahi yang berkerut.
"Risau betul aku tadi.."bisik Safiy perlahan.Kepalanya yang diusap dibiarkan.
Syazrif memandang ke arah Safaira yang memandangnya dengan riak wajah lega.
"Safaira-"
Safaira mengalihkan wajahnya sebelum berlalu pergi.
Safiy memandang ke arahnya dengan riak wajah terpinga-pinga sebelum dia tersedar penyebab kakaknya berkelakuan begitu.
"Biar aku cuba cakap dengan dia."
Syazrif mengangguk perlahan lalu membiarkan Safiy berlalu pergi.
Pandangannya beralih ke arah Sharika yang memandangnya dengan pandangan lembut.
"Uhm..About what you said earlier.."bisik Syazrif dengan riak wajah segan.
"I mean it."jawab Sharika laju.
Syazrif menundukkan wajahnya.
Fara dan Tisya saling berpandangan dengan kening yang terangkat.Bunyi bisikan teruja mula kedengaran di sekeliling mereka.
Syazrif perlahan-lahan mengangguk.
"Thank you."bisiknya perlahan dengan senyuman lembut.
"I really like you.."bisik Sharika perlahan dengan riak wajah serius.
Pipi Syazrif mula berasa panas.
Baru sahaja dia mahu bersuara,suara teruja Tisya membuatkan percakapannya berhenti.
"OMG...Puan dah besar!!I knew you could do it!I ship gou guys so hard since the first time you guys met!!"jerit tisya sambil memeluk mereka berdua dengan riak wajah terharu.
"Tisya!"
"Oh my god..someone stop her."Fara menepuk dahi apabila semua pengawal berkerumun di sekeliling Tisya dan Sharika.
Syazrif tergelak kecil melihat gelagat mereka berdua.
"Tisya!Hingus!"Sharika menolak wajah Tisya yang sudah penuh dengan air mata itu dengan riak wajah jengkel.
"Puan dah besar!!"
"You're literally younger than me!"
"Puannn,saya nak jadi pengapit puannnn~!"
"TISYA!!"jerit Syazrif dengan wajah yang berona merah.
Sharika terdiam seketika sebelum menjelingkan matanya ke atas.
"I will consider it."
"Oh my godddd yasssss~"
"Sharika..!"
Sharika tergelak kecil sebelum berpaling ke arah Syazrif yang sudah meraup wajahnya yang sudah menjadi merah menyala itu.
Ah.Tak sangka pula cara dia memberitahu perasaannya kepada lelaki itu,begini.
Tak romantik langsung..
Tapi..Entah kenapa dia berasa gembira?..
Share this novel