Syazrif terjaga dari tidurnya apabila wajahnya berasa seperti disembur sesuatu.
Matanya dengan laju dibuka.
Wajah budak lelaki yang berada hampir dengannya membuatkan dia mengesot ke belakang.
"..Sampai bila kau nak tidur?Dah lah tidur lepas subuh,kerja tak buat,baru hari pertama dah makan gaji buta."
Syazrif yang baru bangun dari tidur itu sudah terpinga-pinga apabila dia diceramah sebaik sahaja dia membuka mata.
"..Kau dah mandi belum?"
Syazrif menggeleng kepala.
"Patut lah busuk.Pergi mandi lepastu kemas bilik tingkat bawah,pintu nombor 1!"
Apabila Syazrif masih lagi tidak bergerak,Safiy mengambil semula penyembur yang diletakkan di atas meja tadi lalu menyembur muka Syazrif berkali-kali.
"Bangun lah!Selama pagi dunia tipu-tipu..!"
Apabila hampir 10 kali disembur baru lah Syazrif mula bergerak.
Mana tidaknya,otaknya masih belum 'update' yang dia sudah berada di rumah orang lain.Bayangkan kau baru bangun tidur dan benda pertama kau tengok adalah katil dan bilik yang luas serta permaidani yang kelihatan tersangat lah tidak murah.
Rasa macam dia berada di rumah arwah ibu bapanya semula.
Safiy menggeleng kepala lalu matanya dijeling ke atas seperti tanda menyampah.
Sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik itu,kakinya melangkah ke arah bilik Safaira.
"Kak!"
Tubuhnya kakaknya digoncang kasar.
Apabila Safaira masih tidak mahu bangun,penyembur di sebelahnya di ambil lalu wajah Safaira di sembur berkali-kali seperti apa yang dilakukannya kepada Syazrif tadi.
"Pergi sana lah,Safiy!Aku mengantuk lagi lah!!"
"Nooo!You need to wake up!Kita ada kelas seni dengan Tisya nanti..!"
"Tell her I'm sick.."
"Kita duduk satu rumah!Ingat senang ke nak tipu dia?Akak bangun lah!"
Safaira membuka matanya dengan riak wajah bengis sebelum dia melangkah turun dari katil.
Tubuh Safiy diangkat seperti anak patung lalu di campak ke luar.
Pintu biliknya dikunci.
"Akak!!Penyembur Safiy ada kat dalam!Akak!!!"
Pintu bilik kakaknya diketuk berkali-kali.
"..Why the hell is it so noisy..?"soal Fara yang baru sahaja selesai mandi.Wajahnya masih kelihatan seperti mengantuk..Rambutnya yang dikeringkan oleh Tisya itu dibiarkan.
"Tapi dah lama kita tak dengar Safiy jerit macam tu kan?Rasa rindu pun ada."jawab Tisya sambil tangannya menghala pengering rambut ke arah rambut Fara yang panjang itu.
Apabila rambut Fara sudah kering sepenuhnya,sikat di atas meja di ambil.
"Kau ni semua benda nak rindu.."
"Of course!Memories are very important to me."jawab Tisya sambil tangannya menyikat rambut Fara dengan lembut.
Apabila selesai,rambut Fara diikat sanggul lalu senyuman puas terukir di bibrnya.
"There you go.Where your uniform and get to work.Aku kena settlekan Puan Sha pula.And then aku kena ajar budak dua ekor tu hari ni."
"Mn.."
Tisya mengusap kepala Fara sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.
Kakinya melangkah laju di tingkat 3.
Pintu bilik Sharika dibuka.
"Puan!Bangun!Rise and shine!"
Sharika yang berada di atas katilnya dengan laptop di atas perutnya,tersentak apabila suara Tisya kedengaran bingit di telinganya.
Matanya dibuka berserta dengan wajahnya yang kelihatan seperti mengatakan 'aku nak bunuh kau'.
"Puan..Puan tidur lambat lagi ke semalam?"
Sharika yang memakai constume pajama yang mempunyai telinga harimau itu mendengus geram sebelum menutup matanya menggunakan lengannya.
"Puan!Puan ada kerja nak buat kan hari ni?Puan kata,Tuan Syazril nak tengok kerja puan hari ni?"soal Tisya sambil tangannya mengambil laptop di atas perut Sharika lalu diletakkan di atas meja.Kertas dan buku yang memenuhi katil itu di ambil lalu disumbat ke dalam laci.
"I'm the boss now..he can't do sh*t to me.."jawab Sharika.Tali pada hoodienya ditarik lalu hoodie itu serta merta mengecut sehingga menutupi wajahnya.
"Puan..Jangan lah macam tu!Dia boleh buat puan bankrupt kalau dia nak..!"
"God..Go away,Tisya!You're more annoying than my mom!"
"Nanti kalau puan terlajak tidur,puan marah saya!SAYA!"
Tisya membuka langsir bilik itu lalu cahaya yang menerangi ruang bilik itu membuatkan Sharika menjerit seperti berada dalam kesakitan.
"Tutup balik langsir!It's too bright,I will die!"
"What are you?A vampire?"
Sharika mengesot masuk ke dalam selimutnya seperti seekor ulat.
Tisya yang melihat,menahan dirinya daripada ketawa.
"..Let me sleep..nanti aku bangun.5 minit.."
"You mean 55 minutes?No!"
Serentak dengan itu,pintu bilik Syazrif terbuka.
Syazrif yang melangkah keluar daripada biliknya,tersentak apabila terpandang Tisya.
Dahinya berkerut sesaat sebelum dia melangkah ke arah pintu bilik yang berada tidak jauh darinya.
Apa boleh buat,dia cuma boleh keluar melalui pintu bilik Sharika.
Jadi mahu tidak mahu,dia harus 'memasuki' bilik Sharika.
"Syazrif!"
Syazrif yang baru sahaja mahu mencapai tombol pintu tersentak.Wajah Tisya dipandang.
"Kejut dia ni."
Mata Syazrif terbuntang sevelum dia menuding jarinya ke arah diri sendiri.
Apabila Tisya mengangguk,Syazrif menggeleng kepala dengan laju.
Baru sahaja dia mahu cabut lari,suara Tisya menghentikan langkah buat kali kedua.
"Hey,wait!Awak pembantu rumah dia kan?Awak lah kejut!Ini bukan tugas saya dah!"
Tisya yang berkata begitu mula tersenyum sinis di dalam hati apabila Syazrif kelihatan seperti serba salah.
Betul lah apa dia cakap.Sebelum ini,yang harus mengejutkan Puan Sharika adalah dia.Asyik dia sahaja.Padahal dia bukan pembantu rumah!Kenapa tak suruh orang lain?
Jadi memandangkan mereka dah ada pembantu rumah..Pembantu rumah lah yang kena bertanggungjawab dengan keperluan Puan Sharika!Dia sudah boleh bersara!AHAHAHHA!
"Don't worry,you won't see her hair,she wear a pajama hoodie!"
"That's not the problem!"
"Byee~"
Syazrif mendengus geram apabila Tisya meninggalkannya seorang diri.
Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Sharika dengan matanya yang beralih ke tepi.
"..Sha..rika?Bangun,bangun!"
Dahi Sharika berkerut apabika lengannya digoncang.Tubuh Syazrif disepak ke tepi dengan kasar sebelum dia menyambung tidurnya semula.
Syazrif yang sudah jatuh terduduk itu mengerdipkan matanya buat seketika sebelum dahinya berkerut.Bantal di atas katil itu di tarik lalu dihempuk ke arah wajah Sharika berkali-kali.
"Saya.Cakap.Bangun.Lah!!"
Setiap kata-katanya ditemani dengan hempukan bantal di tangannya.Sharika yang tidak pernah dihempuk itu serta merta terbangun dengan riak wajah terkejut.
"What the hell?!"
"Bangun pun!Dah tengah hari macam ni pun terkangkang lagi ke?!"
"Kau pun sama je kan..?!"
Syazrif menghempuk wajah Sharika lagi bagi menutup malunya.Dia terlajak tidur.
Nak buat macam mana,bukan selalu dia dapat tidur di atas katil.
Tak apa..esok aku janji aku akan bangun awal!
"Stop!Oh my god..Baru pukul 8..Apa masalah kau ni..?"
"Get up,Your Majesty.Kalau tak,saya tak boleh buat kerja saya.Hurry up..!"
Sharika membuka ruang hoodienya yang mengecut itu agar melekat pada sekelilingnya wajahnya.
Dahinya berkerut.
"..f*ck off."
"No,you."
Sharika melangkah turun dari katilnya dengan riak wajah malas.
Tubuh Syazrif diangkat seperti anak patung lalu dicampak ke luar bilik.Pintu biliknya ditutup semula.
"Okay,fine!Lantak awak lah!Saya dah malas!!"
Syazrif berpaling ke belakang.
Wajah Safiy yang turut berpaling ke arahnya membuatkan masing-masing berasa kekok.
"..Mama taknak bangun?"
"..Safaira tak bangun lagi?"
Dua-dua bertanya soalan yang sama.
Safiy melangkah ke arah bilik Sharika manakala Syazrif pula hanya memandang dari tepi.
Safiy mengetuk pintu bilik Sharika dengan kasar.
"..Ma.Bangun.Jangan jadi macam budak-budak."
Tidak lama kemudian,bunyi sesuatu terjatuh di atas lantai membuatkan Safiy berpaling ke arah
Syazrif.
"Dia dah bangun."
"Ya,ke?"
"Mhm.Lepas ni guna ayat tu.Dia tak suka orang panggil dia 'macam budak-budak'."
Syazrif mengangguk faham sebelum dia melangkah ke arah pintu bilik Safaira.
Pintu bilik itu diketuk perlahan.
"..Safaira?"
Tiada jawapan.
Safiy yang melihat,tergelak dalam nada sinis.
"Kau ingat dia akan bangun ke kalau kejut macam tu?"
Syazrif menjelingkan matanya ke atas buat seketika.Seperti memikirkan sesuatu.
"..Aku dah buat sarapan ni."
Bunyi tapak kaki yang melangkah laju ke arah pintu membuatkan Syazrif ke belakang.
Safaira membuka pintu biliknya dengan rambutnya yang serabai.
"Sarapan?"
"I lied.Sorry."
Baru sahaja Safaira ingin menutup pintu biliknya semula,Syazrif menahan tangannya pada pintu itu.
"Uhh..pergi lah mandi dulu.Lepas kau dah siap,turun bawah okey?Breakfast will be ready."
Safaira mengangguk eprlahan sebelum menutup pintunya semula.
Serentak dengan itu,Syazrif mula melangkah turun dari tangga rumah itu.
"Sorry,Safiy.Boleh saya kemas bilik tu,nanti?"
"Kau nak pergi mana?Ponteng kerja..?!"soal Safiy yang juga turut mengikut Syazrif dari belakang.
"..Dapur.Mana dapur?"soal Syazrif apabila dia sudah berada di tingkat paling bawah.
Safiy yang melihat riak wajahnya yang kelihatan gelabah,menuding jarinya ke bahagian kanan.
"..Hmm..Let see.....Ada apa je kat sini..Safiy,ada apa-apa dalam peti?"
Safiy menarik peti sejuk belah kanan dan kiri itu dengan sekuat tenaga.
"Telur.Susu.Sayur.Aiskrim.Coklat.Buah--"
"Telur ada banyak tak?"
"..what am I?Your assistant?Tengok sendiri lah!"
Syazrif memandang telur yang tersusun elok di dalam peti.
Senyuman puas terukir di bibirnya.
"This should do.Safiy boleh makan telur?"
"Why would you even ask that?"
"Mana tahu alergik?"
"I am NOT that weak!"
Syazrif tergelak kecil sebelum membuka kabinet yang berada di tepinya.
Dahinya berkerut buat seketika.
"..Beras dekat mana?"
"Beras?Uhh.."
Safiy juga mula mencari dengan laju.
Dia pun langsung tidak pernah masuk ke dapur.
Orang yang pernah masuk ke dapur rumah ini hanyalah Tisya.
"Haa..ni dia."
Safiy hanya memandang Syazrif membuat kerja-kerja di dapur itu dengan riak wajah berminat.
Apabila selesai mencuci beras dan meletakkan air,Syazrif menekan suis 'rice cooker' itu dengan laju.
"There we go..Erm..Now...."
Syazrif membuka kabinet di tepinya.
Semua kabinet yang dibukanya tadi tidak ditutup,jadi itu telah menjadi tugas Safiy untuk menutupnya semula.
"..Ikan bilis..Memandangkan diorang ni kaya,mesti diorang beli yang dah 'ready' punya...."
Apabila terjumpa paket ikan bilis,Syazrif tersenyum senget dengan riak wajah seperti mengatakan 'dah agak'.
Safiy yang tidak memahami apa-apa yang disebut oleh Syazrif tadi hanya mengikut lelaki itu ke hulu ke hilir.
"..Kau nak masak apa?.."
"Makanan."
Dahi Safiy berkerut apabila gaya Syazrif menjawab soalannya seperti mempermainkannya.
Bibirnya diketap sebelum dia berlalu pergi.
"..ah..Safiy?Boleh tolong basuh ikan ibilis?"
"Buat lah sendiri!"jawab Safiy kasar lalu melangkah pergi dari dapur itu.
Apabila Syazrif tidak menjawab,dia berpaling ke belakang semula.
"Fine!Urgh..Berani kau minta tolong aku?Kau ingat aku ni siapa?Pembantu rumah kau?"soal Safiy dengan riak wajah tidak puas hati walaupun tangannya mencuci ikan bilis yang diserahkan oleh Syazrif tadi.
Sharika melangkah turun dari tingkat 3 apabila dia sudah selesai membersihkan diri.
Kardigannya dibetulkan sambil dia memandang skrin handphonenya yang tiba-tiba menyala.
Matanya dijelingkan ke atas.Handphonenya disimpan ke dalam poket kardigannya semula.
Bau yang datang dari bawah itu membuatkan keningnya terangkat.
"Tisya tengah masak ke?Awalnya..Biasanya dia masak untuk Fara pukul 1.."
Sharika menuruni anak tangga itu dengan laju apabila bau itu semakin kuat
Pengawalnya yang berkerumun di depan pintu dapur membuatkan dahinya berkerut sebelum dia berdehem.
Semua yang berada di situ memandang ke belakang.
"..What are you all doing here?"
"Oh..Uhm..Saya tertarik dengan bau..masakan."jawab salah seorang pengawal perempuan di situ berserta dengan anggukan dari pengawal yang lain.
Semua yang berada di situ membuat laluan untuk Sharika agar wanita itu boleh melangkah masuk ke dapur.
Syazrif menghulur mangkuk yang berisi dengan nasi bubur dan sup ayam itu kepada Safiy.
"Boleh makan pedas?"
"How many times to I have to tell you that I'm not that weak!"
Syazrif tersenyum senget sebelum meletakkan sambal lada ke dalam mangkuk Safiy.
Ikan bilis juga dicampak ke dalam berserta dengan ayam dan kacang goreng.
"There you go."
"Thanks."
Safiy melabuhkan punggung di sebelah Safaira yang sudah menjamu selera dengan riak wajah bahagia itu.
Dahinya berkerut buat seketika.
Baru sahaja dia hendak mencedok nasi bubur itu,Safaira memegang sudunya.
Serbuk Ajinamoto diletakkan ke dalam bubur Safiy sebelum dia membuat thumbs up.
Safiy menyua nasi bubur itu ke dalam mulutnya.
Selepas beberapa kali dia mengunyah,mulutnya ditekup dengan dahi yang berkerut.
"....Syazrif?"
"Hm?"soal Syazrif yang masih meletakkan nasi bubur untuk dirinya sendiri.
"Are you a chef by any chance?.."
"Huh?Apa Safiy merepek ni?.."
Syazrif berpaling ke tepi,kemudian tersentak.
Tubuh Sharika yang tiba-tiba muncul di tepinya membuatkan dia mengurut dada.
"What do you want?"
Sharika memandang ke arah mangkuk milik Syazrif,kemudian ke arah wajah Syazrif bersilih ganti.Aksi itu berulang beberapa kali sehingga Syazrif sudah tidak sanggup mahu melihatnya.
"Cakap je lah awak nak!Nah!Nasib baik saya buat banyak.."bisik Syazrif lalu mengambil mangkuk yang lain.Sharika mengambil mangkuk yang berada di tepi Syazrif lalu melangkah ke arah meja makan.
Punggungnya dilabuhkan di depan Safiy dan Safaira yang memandangnya dengan pandangan terkejut.
"..What?"
"Never thought I will see you eat breakfast."jawab Safaira dengan riak wajah seperti separuh mengejek dan separuh terkejut.
Sharika hanya membuat tidak endah sambil mengambil sudunya lalu mula mencedok nasi bubur itu.
"Letak ni!"
Safiy meletakkan serbuk Ajinamoto ke dalam mangkuk Sharika dengan riak wajah selamba sebelum membuat thumbs up.
Safaira dan Safiy memandang reaksi Sharika apabila wanita itu sudah mula memakan nasi bubur hasil air tangan Syazrif.
Masing-masing menayangkan riak wajah tegang.
Senyuman lebar terukir pada bibir Sharika tanpa disedari.
"............sedap."
Syazrif yang mendengar pujian Sharika itu tersenyum senget.Sebaik sahaja dia berpaling ke tepi,wajah Tisya yang berada di hadapannya membuatkan dia tersentak.
Tisya menyatukan kedua-dua jari telunjuknya.
"..Nak sikit boleh..?"
Kening Syazrif terangkat.Kepalanya disengetkan ke arah pintu dapur.Wajah-wajah pengawal yang berada di depan muka pintu itu membuatkan dia berasa sesak nafas buat seketika.
"....okey..sesiapa yang nak,beratur lah.."
Sebaik sahaja dia berkata begitu,pengawal yang berada di depan muka pintu tadi mula menuju ke arah Tisya.
Syazrif menarik nafas sebelum menghembusnya semula.Oh,wow..Ada sebab rupanya kenapa aku terlebih buat bubur hari ni..
Apabila memastikan semua yang berada di situ sudah mendapat mangkuk masing-masing,Syazrif meletakkan bubur ke dalam mangkuknya sendiri.
Sup ayam dituang ke dalam mangkuk itu.
Mujur cukup..
Syazrif meletakkan sambal lada ke dalam buburnya,bersertakan dengan ikan bilis yang sudah tinggal sedikit.Kacang goreng yang hanya ada 5 biji itu diambil semua sebelum dia melangkah ke arah meja makan.
Baru sahaja dia hendak melabuhkan punggungnya,mangkuk kosong yang ditolak ke arahnya membuatkan dia berpaling ke arah wajah Sharika yang kelihatan seperti mengharapkan sesuatu.
"Nak lagi."
Safiy juga turut menolak mangkuknya ke arah Syazrif.Safaira juga membuat perkara yang sama.
"Lagi."
"...dah....dah habis."
Wajah Sharika mula menjadi kosong.
Dahinya berkerut tanda tidak puas hati sambil dia berpeluk tubuh.
"Pergi lah masak lagi."
"What?Tapi..Tapi bahan dah habis..!"
"Tapi aku nak lagi!"
"Apa?"soal Syazrif dengan riak wajah tidak percaya.Mangkuk buburnya yang ditarik oleh Sharika membuatkan dia terlopong.
"Saya tak makan apa pun lagi!Hello?"
Mangkuk itu ditarik semula sebelum Sharika sempat mengangkat sudu.
Sharika menayangkan riak wajah bengisnya.
"..Hahh..Kalau kita duduk berdua dulu,semua tu untuk aku je.."bisik Safaira dengan riak wajah yang kelihatan teramat lah sedih.
Safiy menongkat dagunya dengan riak wajah tidak puas hati.
"Pergi lah beli bahan!Kalau dah beli,saya boleh buat!Lagi banyak,lagi bagus!"
"Tisya!Pergi beli!"
Sharika mencampak dompetnya ke arahnya Tisya.Tisya dengan pantas menyambutnya.
Sup bubur itu dihirup buat seketika sebelum dia membuat gaya tabik.
"Apa barang yang nak kena beli?"soal Tisya.
Syazrif yang baru sahaja mahu menyua nasi bubur itu ke dalam mulutnya,terhenti buat seketika.
"Ada kertas?"
Tisya mula memandang ke arah pengawal di sekelilingnya seperti sedang memberikan kata-kata melalui kuasa telepati..'siapa ada kertas?'.
Fara menghulurkan sticky notenya kepada Syazrif berserta dengan pen.
Mulutnya di sapu menggunakan tisu.
Sejujurnya dia pun mahu makan lagi.
Apabila Syazrif selesai menulis senarai bahan-bahan yang harus dibeli,Tisya mula melangkah keluar dari dapur itu dengan laju.
"Tisya!"
Tisya berpaling ke belakang.
"Aku nak ikut.Cepat sikit beli barang kalau berdua."
Tisya mula mengeluarkan 'jeritan gembira' apabila Fara mahu mengikutinya.
Bukan selalu perkara ini terjadi.Fara mengikutnya tanpa dipaksa?
Ohohoho!Let's go!
"..Please clean the dishes yourself.Kalau tak saya taknak masak nanti!"
Semua yang berada di situ mula terkocoh-kocoh berlari ke arah sink.
Masing-masing seperti biasa,beratur dan menunggu giliran.
Hebat betul disiplin dalam rumah itu.
Syazrif yang akhirnya boleh memakan hasil air tangannya sendiri menghembus nafas penat.
Sharika hanya memandang dari tepi sambil menongkat pipinya.
Wajah Syazrif diperhati dengan pandangan tajam.
"..What do you want?Ini saya punya..I will not give it to you..!"
Sharika tergelak kecil dengan senyuman senget yang terukir di bibirnya.
"You are really interesting you know that..?"
Syazrif yang tidak menyangka Sharika akan berkata sebegitu,terdiam buat seketika.Tidak tahu mahu membalas apa.
"Dah lama saya tak makan sarapan.."
"Pengawal awak tak ada yang pandai masak?"
"Tak ada,it's hard to believe but..yang ada pun cuma Tisya,itu pun dia belajar masak untuk Fara.Orang lain tak pernah rasa masakan dia."
Syazrif kelihatan seperti terkejut buat seketika.
Nasi bubur itu disumbat ke dalam mulutnya sambil dia memikirkan sesuatu.
Semua pengawal dalam rumah ni perempuan.
Tapi tak ada siapa yang pandai memasak.
Pelik.
Mungkin sebab diorang cuma fokus mempertahankan diri dan buat kerja masing-masing?
"Jadi selama ni korang makan apa?"
"Sesiapa yang lapar boleh keluar cari makan sendiri.I'm not gonna stop them."
"What did YOU eat?"soal Syazrif sambil menekan perkataan 'you' itu.
Dia tidak rasa Sharika seseorang yang makan terlalu sedikit.Sebab kalau dia makan sikit,mana dia dapat semua kekuatan dia tu?
"I don't usually eat breakfast.But I do go out for dinner sometimes,with these two."jawab Sharika sambil menyengetkan kepalanya ke arah Safaira dan Safiy yang hanya mendengar perbualan mereka dari tadi dengan riak wajah kosong.
"Hm..Judging by your house,mesti korang pergi restauran 5 bintang kan?"
"Indeed.But their steak taste like sh*t."
Syazrif tergelak kecil apabila melihat riak wajah Sharika.Safaira yang berada di depan mereka hanya mengangkat kening apabila melihat riak wajah Syazrif.
"Belajar lah masak.."
"I know how to cook."
"Oh?Jadi kenapa tak masak?"
"Malas."
Syazrif mengerlingkan matanya ke atas dengan senyuman senget sebelum menyambung selera semula.
"How about you?Dari mana aw- kau belajar masak?"
"..I learn it from someone."
"...your sister?"soal Sharika dalam nada berbisik.Suaranya kedengaran perlahan,seperti tidak mahu Safaira dan Sharika mendengar perbualan mereka.
"Nope..this one guy..I really hate him.But he helps me a lot.."jawab Syazrif dengan riak wajah selamba.Memandangkan Sharika sudah tahu tentang kisah silamnya,dia tidak lah berasa berat hati sangat mahu bercerita.
"For free?"soal Sharika dengan keningnya yang terangkat.
"Of course not."jawab Syazrif lalu menyumbat ayam ke dalam mulutnya.
"You're very weak you know?"
"Oh,wow.Cari gaduh ke?"dahi Syazrif berkerut akan komen Sharika yang datang secara tiba-tiba itu.
"But...at the same time..your mentality is very strong.Stronger than mine."
Syazrif terdiam seketika.
Kenapa kata-kata Sharika kedengaran seperti..pujian?
"Oh..?Maksudnya awak lemah dari segi mentaliti?"
"No..Cumanya..sa-- aku malas nak hadap benda yang menyusahkan.Jadi aku lagi suka lari,atau 'avoid' the problem."
Syazrif mengangguk faham.
Rasanya dia juga sama seperti itu dahulu.
Sampai suatu masa dia sudah penat mahu menerima hakikat dan memilih untuk hidup untuk dirinya sendiri.
Bukan untuk kakaknya.
Bukan untuk lelaki tu..
"..tapi ada satu masalah yang aku tak boleh lari sampai sekarang."
"Apa dia..?"
Bunyi loceng rumah yang kedengaran dari ruang tamu itu membuatkan Sharika mengerlingkan matanya ke atas.
"Oh.Baru je cakap."
Sharika memandang ke arah Safaira kemudian menyengetkan kepalanya seperti menyuruh budak perempuan itu mengikutinya.
"Nanti aku basuh."kata Safaira sebelum mengikuti Sharika dari belakang.
Syazrif menyengetkan kepalanya di sebalik pintu dapur dengan riak wajah musykil.
"..Siapa tu?"soal Syazrif tanpa memandang ke arah Safiy.
"Kalau bukan papa,mungkin kawan sekerja mama."jawab Safiy.Mangkuk kakaknya diletakkan di atas mangkuknya yang sudah kosong.
"..Papa..?Oh.Tak pergi tengok dia ke?"
"Nope..Dia lagi suka kak Safaira.Apparently,my mom died after giving birth to me.So he hates me for that."jawab Safiy panjang lebar dengan riak wajah kosong.Seperti malas mahu mengambil peduli.
"But it's not your fault.."Syazrif bersuara perlahan dengan riak wajah tidak puas hati.
"I know.Tell that to my father,and he slap me."jawab Safiy lagi.Pipinya ditekup buat seketika.
"Oh...sorry to hear that."
"..What about you?"
"Hm?"
"Ayah kau macam mana orangnya?"
Kening Syazrif terangkat buat seketika.
Matanya dijelingkan ke atas.Senyuman lebar terukir di bibirnya tanpa disedari.
"Dia baik..penyabar..pandai memasak."
"..wow..Malewife.Untung lah kau..hope he will live longer than you."
"Oh,dia dah..takde."
"Oh..sorry to hear that."
Masing-masing menayangkan senyuman tawar.
Seorang dibenci oleh ayah sendiri,seorang lagi sudah kehilangan ayah.
"..By the way..is it true that you sell your body for money?"
Syazrif automatik tersedak.
Matanya terbuntang sebelum dia menekup mulutnya.Hilang terus seleranya mahu menyambung makan.
"..It's true?Interesting..tak sangka pula lelaki pun boleh buat kerja macam perempuan."
"Macam mana--"
"Oh..Mama cuai sikit.Biasanya dia tinggal kerja dia merata,aku yang tolong kemas.So..aku ternampak.Sorry about that."
Melihat wajah Syazrif yang kelihatan lain nacam,Safiy mula menggosok belakang lehernya dengan riak wajah bersalah.
"No one knows..don't worry..aku jenis yang tak suka gosip.Mama dah tahu yang aku tahu,and sekarang dia dah jaga maklumat kau betul-betul."
Syazrif meraup wajahnya buat seketika.
Cuba menahan diri daripada meletup.
Mula-mula,Safaira yang tahu,kemudian abangnya tahu,lepastu Sharika..Safiy..lepasni siapa pula..?
Kenapa aibnya sering terbuka tanpa disedari?
"It's okay..kau dah berhenti kan?Uh..good job.."
Safiy mengusap bahu Syazrif yang masih tidak bergerak dari tadi.
Dia sudah lah tidak reti memujuk orang.
Berbeza dengan kakaknya.
Ah,tak..bila fikir balik,kenapa aku kena kisah pasal lelaki ni pula?Dia cuma orang gaji.
Tapi bila fikir balik,ini salah aku juga sebab cakap lepas.
"Saya dah kenyang.."
Syazrif mengangkat punggungnya lalu menuju ke arah sinki.Safiy mengikut langkahnya dari belakang dengan mangkuk Safaira di tangannya.
Mangkuk ibunya juga diambil lalu diletakkan di dalam sinki.Kakinya berjengket apabila dia tidak dapat memasukkan pinggan itu ke dalam sinki.
"Are you angry?Don't be.I give you money."
Safiy bersuara dengan riak wajah kosong lalu mengeluarkan duit berwarna unggu dari poket bajunya.Duit itu dihalakan ke arah Syazrif yang sedang mencuci pinggan dengan laju.
"Stop that!Simpan lah duit tu!Jangan membazir!"
"Lah..kau taknak?"
"Taknak!"
Safiy menayangkan riak wajah terkejut lalu dia kebelakang buat seketika.
Matanya terbuntang sebelum dia menekup dadanya.
"Ada makhluk dekat dalam dunia ni yang taknak duit?.."
"Memang saya nak,tapi duit daripada hasil kerja!"
Safiy mengerlingkan matanya lalu duit itu disimpan semula.
Apabila Syazrif selesai mencuci pinggan,mereka berdua saling berpandangan buat seketika.
"..What?"soal Syazrif apabila tiada sesiapa yang mahu bersuara.
"Boleh kau bahasakan diri kau abang tak bila bercakap dengan aku?Pelik lah kalau guna 'awak saya'."Safiy bersuara dengan laju sambil berpeluk tubuh.
"Hah?Uhh..tapi kalau abang bukan bunyi pelik ke?"
"No?"
"Okey..So,Safiy buat apa lagi tunggu abang kat sini?Does that sound better?"
Safiy tersenyum senget kemudian mengangguk perlahan.
Syazrif juga turut mengangguk tanoa disedari.
"Aku nak pergi ruang tamu,tapi takut.Jom teman aku."
"Takut kenapa?"
Syazrif hanya membiarkan sahaja tubuhnya ditolak oleh lelaki yang berumur 7 tahun itu.
Sebaik sahaja mereka melangkah ke area ruang tamu,suara Sharika yang kedengaran jelas itu membuatkan Syazrif memandang ke arah kanan.
"What?You want me back?Why bother leaving me at all then?"soal Sharika dengan dahinya yang berkerut.Pertama kali juga lah Syazrif dapat melihat riak wajah Sharika kelihatan begitu.
Nampak...tegang.
"Well..Awak yang nak cerai dengan saya.."jawab lelaki yang tidak dikenali itu.Syazrif memberi nama kepada lelaki itu tanpa disedari.Lelaki A.
"Duhh?Because you slap me?"
"I was angry..It was my bad.Can't you forgive me for that one mistake?"
Safaira yang berada di antara mereka,memandang ke arah Sharika dengan pandangan berharap.
"No.And don't look at me like that.I hate him."
Dahi Safaura berkerut sebelum dia berpaling ke tepi sambil berpeluk tubuh.Matanya yang terpandang Safiy dan Syazrif membuatkan keningnya terangkat.
Kakinya dengan pantas berlari ke arah Safiy.
Safiy mula menggeleng kepalanya dengan laju lalu menyorok di belakang Syazrif.
"Syazrif..!Tolong aku..!Gyaah..!"jerit Safiy dalam nada berbisik apabila tangannya ditarik oleh Safaira.Tangannya memegang erat lengan baju Syazrif.
"Kenapa aku pun kena ikut sekali..?!"soal Syazrif dengan riak wajah terpinga-pinga.Tidak boleh ke dia cuma jadi watak sampingan dalam drama ini?
"Papa..!This is who I talk about earlier..!Nama dia Syazrif!"
Syazrif memandang ke arah lelaki yang lebih tinggi itu.Senyuman sopan diberikan lalu kepalanya ditunduk.
'Aku tak tahu dia muda atau tua daripada aku,tapi lebih baik aku hormat dia.'
Itu lah yang difikirnya sekarang.
"Syazrif..Nice to meet you.Nama kita nak dekat-dekat sama..The name is Syahril."
Okey..So nama lelaki A,Syahril.
Syazrif menelan air liur pahit.
Kenapa cara dia bercakap sama macam salah satu 'pelanggan' aku dulu ya?
Memang semua lelaki tinggi bercakap macam ni ke?
"Nice to meet you..too.."
"Safiy pun nak cakap dengan papa juga..!"
Safiy tersentak apabila Safaira menolak tubuhnya ke arah Syahril.
"..Uhh.....erm...How are you?"
"Quite fine."
"Oh,erm...me..too."
Perbualan itu berhenti di situ.Tiada orang mahu bersuara.
"..Saya tak sangka pula awak ambil pekerja lelaki..Safaira told me that he's a maid.Is he that desperate?"
"Kind of.Why do you care?"
Syazrif yang berada di antara mereka berdua perlahan-lahan melangkah ke tepi.
Sudah.Cukup.Aku tidak mahu terlibat ke dalam babak drama sandiwara dunia ini.
"..Well..It's not...appropriate I would say.."
"At least he let me slap him back."
Kening Syahril terangkat lalu dia berpaling ke arah Syazrif.Tubuh lelaki itu dipandang atas bawah.
"No wonder.He look like a stick."
Kening Syazrif terangkat.
Excuse me bro?
I heard that.
"Go home."Sharika bersuara sambil berpeluk tubuh.
"Oh come on..awak nak halau saya macam tu je?"soal Syahril dengan bibirnya yang dimuncungkan.
"Get out."kata Sharika lagi.Suaranya ditekankan kali ini.
"Can't you give me one last chance?"
Tubuhnya yang ditolak ke arah dinding membuatkan dia tersentak.
Wajah Sharika yang hampir dengannya dipandang lama.
Keningnya terangkat.
"First,you slap me.Second,I need to become submissive when I'm with you.That is not me.You know I like being dominant.Third,I saw the face you make when I told you that I can't get pregnant,and it's not pleasant.Four,you suck at sex."
Syazrif yang mendengar setiap kata-kata itu menekup mulutnya.Tawa kecil keluar daripada mulutnya.Apabila berasa seperti dia dijeling,dia berdehem buat seketika.
"..Well..we can fix that right?I don't care anymore if you can't give me a child..I just want you back..can I?"soal Syahril perlahan dengan riak wajah berharap.
"Hell no.We're not compatible.We only do sex once and I hate it.Why do I need to be the bottom?"
"Well..I can top from the bottom?"
"NO!!"
Jeritan itu terlampau kuat.
Syazrif dapat merasakan lantai rumah itu bergegar buat seketika.
Sharika menuding jarinya ke arah pintu rumahnya dengan riak wajah dingin.
"OUT."
"Sharika..saya.."
"I SAID OUT!!!"
"Well..No!Not unless you say yes."
"Oh?Hahah!Now you force me?"
Syahril berpeluk tubuh dengan riak wajah dingin.Sudah malas mahu berkelakuan lembut.
Sharika pula sudah menarik nafas dengan riak wajah stress.
Matanya dipejam buat seketika.
"..Can I..go now..?"soal Syazrif kepada Safaira.
Baru sahaja Safaira ingin bersuara,Sharika yang menjeling ke arah mereka membuatkan dia terdiam.
"..Why me?Do you want my money that much?"soal Sharika tanpa memandang ke arah lelaki di hadapannya.
Kepalanya sakit.
"Well no..It's just that--"
"Don't lie to me you're so annoying when you lie!"
"I'm not..I really love you.."
Sharika kelihatan seperti tidak mahu mempercayai setiap kata-kata itu.
Wajah Syazrif yang berada di sebelah Safaira dipandang lama.
"..What do you think?"soal Sharika.
Syazrif yang tidak menyangka dia akan tiba-tiba di soal membuntangkan matanya.Jari telunjuknya dituding ke arah diri sendiri untuk mendapat kepastian.
Sharika mengangguk.
"..Uh..Saya tak ada banyak pengalaman sangat kalau pasal cinta ni..but..If you don't like him,no need to force yourself..And..Kalau..encik suka dia pun,no need to force her to love you back..Because..that's not very..nice.Kalau ada jodoh,korang bersama lah..haha."
Syazrif memandang ke arah lantai sambil menggaru lehernya untuk menghilangkan rasa kekok.
Rasanya jawapan dia tadi sudah betul.Dia ada tersilap cakap kah?
Kenapa lelaki A,eh silap..Kenapa Syahril asyik memandangnya seperti dia membuat kesilapan besar?
"Kau tak pernah bercinta sebelum ni?"soal Sharika.Pandangannya kini 100 peratus terhadap Syazrif.
Safaira dan Syahril serentak mengerutkan dahi manakala kening Safiy pula sudah terangkat.Menandakan yang dia seperti menyedari sesuatu.
"..You know what kind of person I am..Saya..tak ada masa untuk benda macam tu."jawab Syazrif perlahan.Riak wajah kelihatan sayu sesaat.
Sharika terdiam seketika.
Matanya memandang tepat ke arah Syazrif sehingga lelaki itu berasa tidak selesa.
"Why are you looking at me like that..?"
"Like what?"
"Like you want to eat me?"
Sharika tidak menjawab soalan itu.
Wajah Syahril dipandang semula dengan riak wajah kosong.
"I don't like you.I like someone else."
"What?Who..?"
"Him."
Syazrif tersentak apabila jari itu dituding ke arahnya.
Dahinya berkerut kemudian bertenang semula.Kemudian keningnya terangkat sebelum dia tersenyum kekok.
"What the f*ck?"
"I hope you understand.Please get out."
"..What?But I-- Are you serious?You're lying right?"
"No."
Tubuh Syahril dicampak ke luar sebelum pintu itu diutup kemudian dikunci.
Nafas berat dilepaskan.
"Mama..serius lah?"soal Safiy dengan keningnya yang terangkat.Matanya kelihatan bersinar.
"Of course not.Aku saja cakap macam tu sebab taknak lelaki tu menyemak kat sini."
"Oh..At least bagi lah signal..Hahh.."celah Syazrif dengan riak wajah lega.
Punya lah dia gelabah tadi.Rasanya jantungnya juga berdegup laju akibat terlalu takut.
Sudah lama dia tidak berasa begitu.
"Why?You really thought I have fallen in love with you?"soal Sharika dengan senyuman senget.Nadanya kedengaran seperti mengusik.Jarang dia mengeluarkan nada suara begitu.
"Maybe awak jatuh cinta dengan masakan saya,lepastu awak tersuka saya.Siapa tahu kan?"jawab Syazrif pula dengan riak wajah yakin.
Melihat riak wajah Sharika yang kelihatan seperti tidak menyangka dia akan berkata begitu,Syazrif tergelak dalam nada sinis sebelum menaiki tangga ke tingkat dua.
"You..Did you just tease me?"
"Maybe..?"
Safaira dan Safiy memandang ke arah wajah Sharika yang kelihatan seperti sedang menahan senyuman.Wanita itu mengerlingkan matanya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya.
Safiy dan Safaira saling berpandangan buat seketika sebelum Safaira berlalu pergi dengan riak wajah tegang.
Safiy pula kelihatan seperti teruja.Senyuman senget terukir di bibirnya.
Kenapa dia berasa seperti akan ada sesuatu yang menarik akan berlaku?
Share this novel