BAB 19: Amy's Mind (2)

Romance Series 12091

Amy menutup telinganya dengan wajahnya yang kelihatan pucat.
Suara seorang wanita yang menjerit dengan kuat dari luar membuatkan Amy mengintai keadaan di luar bilik di sebalik celahan pintu.
Lengan dan kaki ibunya yang dipegang membuatkan matanya berkaca.
"...jangan lah sakitkan mama...."
Amy bersuara dalam nada lantang.
Dahinya berkerut sambil dia menahan air matanya daripada jatuh.
Semua orang di situ yang memandangnya membuatkan riak wajah simpati sebelum menyuruhnya agar menutup pintu bilik.

Amy dapat merasakan jantungnya bergerak laju apabila jeritan itu kedengaran lagi.
Jeritan sakit?
Amy sendiri pun tidak tahu.
Dan dia tidak suka akan bunyi itu.

Oh,ya..mama tengah mengandung...

Amy menutup matanya.
Dia mahukan seseorang untuk menemaninya.
Seseorang selain ibu dan ayah tirinya.

Surah Al-Baqarah yang kedengaran dari luar bercampur dengan jeritan membuatkan jantung Amy semakin berdegup kencang.
Perlahan-lahan dia memanjat katil bersaiz Queen bilik itu sebelum berkelubung di dalam selimut.
Lampu bilik itu yang dibiarkan tertutup membuatkan dia mula berasa takut.
Selimut itu ditolak ke tepi.
Cahaya dari bawah pintu yang datang dari ruang tamu dipandang lama.
"..kenapa setiap kali ada surah ni..Mama mesti jadi macam tu..?Kenapa semua orang nak sakitkan mama...hikk.."
Amy dapat merasakan bulu romanya meremang apabila jeritan di luar semakin menjadi-jadi.

"..ustaz apa macam tu..?..semuanya jahat.."

..........

Amy memandang ke arah sekelilingnya yang kelihatan kelabu.Bajunya yang berwarna hitam legam dipandang sekilas.


'Welcome back.'

'What do you want to do this time?'

-Do nothing
-> -Meet your friend

'Do you want to meet your friend?'

Amy menekan butang 'Yes' dihadapannya.
Pintu berwarna putih yang muncul di hadapannya perlahan-lahan dibuka.
Bilik yang berwarna-warni dan dipenuhi dengan pelbagai mainan,serta alat elektronik itu terpapar di hadapannya.
Syamimi dan Arissa yang sedar bermain 'Uno' melambai tangan ke arahnya dengan riak wajah teruja.
"Amy!Datang pun!"

Amy tidak menjawab.
Hanya wajah kawannya yang dipandang.
"..Hm..memandangkan pengembaraan kita dah habis..Nak tak kita pergi mengembara dekat tempat lain pula?"soal Arissa sambil menyimpan kad 'Uno' yang bertaburan di atas lantai.

"Nak pergi mana pula?Tolong jangan pergi tempat bahaya dah..Aku dah penat.."Syamimi bersuara dengan riak wajah pasrah bercampur penat.Nada suaranya kedengaran malas sambil dia berbaring di atas buih air yang dibuat oleh Arissa.

"Hmm..Nak pergi mana ya?"
"Apa kata kita pergi baca buku dekat perpustakaan baru buka tu?"
"Hah?Ada perpustakaan baru buka?"
Syamimi mengangguk laju apabila Arissa kelihatan seperti berminat.

"Okey,jom lah kita pergi!"
Arissa bersuara dalam nada lantang sebelum menarik lengan Amy agar mengikutnya.
Amy hanya menurut.
Dahinya berkerut buat seketika apabila tubuhnya berasa seperti ditarik dari belakang.

Sebaik sahaja mereka berjalan di atas air yang dibekukan oleh Syamimi,Amy memandang ke arah Arissa yang kelihatan seperti sedang kebosanan.
"..Hmm..Saya bosan lah.Korang ada apa-apa cerita yang menarik tak?"

'What do you want to talk about?'

-About you
-> -About her

"...about her?"bisik Amy perlahan.
Dengan riak wajah ingin tahu,Amy menekan ayat yang dipandangnya itu sebanyak dua kali.
Mulutnya yang bergerak sendiri dibiarkan.

"..Tadi waktu saya bekerja dekat rumah seseorang..Saya jumpa dua orang perempuan ni.Sorang tu baik sangat.Tapi sorang lagi tu macam cari pasal.."jawab Amy dengan riak wajah kosong.
Kasut bootnya yang memijak ais itu mula mengeluarkan bunyi.

"Kenapa?Apa dia buat?"

'Your answer?'

-> -It's nothing..
-(Keep quiet)

"It's nothing.."
Amy memetik jarinya apabila Arissa kelihatan seperti ingin berkata sesuatu.
Serentak dengan itu,Arissa serta merta memandang ke depan seperti perbualan itu tidak pernah berlaku.
Syamimi juga membuat perkara yang sama.
Masing-masing menayangkan riak wajah kosong.

Amy menyelukkan tangannya ke dalam poket.
Keningnya terangkat apabila dia terpegang sesuatu objek yang keras.
Jam poket ditarik keluar dengan dahi yang berkerut.
Nota di belakang jam itu dibaca sekilas pandang.

'Use this to manipulate the time.'

"..Hm..For me?"bisik Amy lalu menggerakkan jarum jam itu 10 minit ke depan.
Kawasan di sekelilingnya automatik berubah.
Bunyi jam yang berdetik dengan kuat di telinganya membuat dia memejam matanya.

...

Apabila sudah tiada apa-apa bunyi,Amy membuka matanya perlahan.
Mereka sekarang sudah berdiri di hadapan perpustakaan yang disebut oleh Syamimi tadi.
Melihat kawan-kawannya yang tidak memberi aap-apa respon,Amy memetik jarinya semula.

"Tadaa!Kita dah sampai!Besar tak?Besar kan?"
Syamimi bersuara dengan teruja dengan senyuman lebar.Keluar perangai kebudak-budakkannya.
Arissa pula sudah sibuk melangkah naik tangga yang bergerak itu.

"Amy!Jom lah!"
Amy hanya membiarkan Syamimi menarik lengannya.Jam poketnya disimpan semula ke dalam poket jaketnya.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam,bau buku yang memenuhi tempat itu membuatkan keningnya terangkat.

'It seems like this smell make you feel calm.'

Hologram yang tiba-tiba muncul di tepinya tidak di endahkan sambil dia menanggalkan kasutnya.
Syamimi menyusun kasutnya di tepi manakala Arissa sudah berlari masuk ke ruang membaca.
Amy meletakkan kasutnya di antara kasut Arissa dan Syamimi yang tersusun rapi itu.
Satu..dua..tiga..
3 pasang kasut.

Maksudnya hanya mereka sahaja yang berada di dalam perpustakaan itu.
Syamimi sudah lama menghilangkan diri di sebalik rak buku pembelajaran kuasa magik.
Syamimi suka betul belajar benda macam tu.
Arissa?Mungkin dekat rak novel-novel cinta.

'What kinda of book would you like to read?'

-Romance novel (a book that can make you emotional)

-Scary/Thriller (a book that can make your heart beat fast)

-Comic (a fun book for a fun day)

-???

Amy memandang ke arah tanda soal di pilihan terakhir.
"...ini apa?.."

-> -??? (a book about you)

Amy terdiam seketika.
Tubuhnya secara tiba-tiba menggigil.

'Kriukk...'

"..urgh..lapar.."bisik Amy sambil menjeling ke arah rak buku di hadapannya.
Amy memandang pilihan pada hologram itu yang masih kelihatan terang.

'What kinda of book would you like to read?'

-Romance novel (a book that can make you emotional)

-Scary/Thriller (a book that can make your heart beat fast)

-Comic (a fun book for a fun day)

-> -???

'Would you like to read '???' '?

-> -Yes
-No

'Are you sure?'

-Yes
-No

Amy termenung buat seketika.
Biasany jika hologram itu bertanya soalan dua kali,pasti pilihannya akan memberi impak kepada sesuatu.
Perutnya yang berasa lapar itu dipegang.
Ah..Dia perlukan sesuatu untuk mengalihkan
perhatiannya.
Butang 'Yes' ditekan berkali-kali.
Serentak dengan itu,kawasan di sekelilingnya serta merta menjadi gelap.
Amy memandang ke arah sekeliling.
Dia masih lagi di dalam perpustakaan.
"..Syamimi?..Arissa?"

Tiada siapa yang menjawab.
Amy berjalan di bahagian rak buku yang dilihatnya.
Buku yang tiba-tiba terjatuh di hadapannya membuatkan dia tersentak.
Buku itu di ambil.
"...Light."

Lampu di kawasan itu serta merta menyala.
Habuk yang mula kelihatan pada kulit buku itu disapu perlahan.
Amy menyandarkan tubuhnya pada rak buku itu sebelum melabuhkan punggungnya.
Amy mencari tajuk buku itu.
Puas dia meneliti,tajuk buku itu masih tidak kelihatan.
Muka surat pertama di selak.

'It's Monday..5/1..

Everyone look very excited to enter high school.I'm still quite scared,but I,too,feel kinda excited.It's hard not to when everything is so new to me..I hope I have a good time here..Oh,oh..Arissa dengan Syamimi pun sekolah dekat sini juga lah..Hehe..'

Muka surat kedua diselak.

Kosong.

Muka surat ketiga diselak.

Kosong.

Muka surat buku itu diselak dengan laju.

Kosong.Kosong.Kosong.

Sehingga lah dia tiba di muka surat tengah.

'Tuesday..3/1

New year,huh..I'm in form 2 now..All my friend seems to have a new rule now..Ada yang jadi pengawas..Ada yang jadi pengawas perpustakaan.Syamimi dengan Arissa dah ada jawatan..Only I don't have one.I feel quite useless..Oh,ya..nanti ada jawatan free PRS kan?
Pembimbing rakan sebaya?I think that's enough.Mungkin aku boleh cuba mohon.At least takde lah rasa..useless sangat.'

Amy mengetap bibirnya.
Muka surat seterusnya diselak.

'Friday..

I don't remember the date,nor would I care to go look at it..My head hurts.My mom and dad are fighting again.Over such a small matter.It do be fun if I have a friend to talk to right now.I can message Syamimi or Arisaa but they don't seem to like it when I talk about what's been troubling me.Last time I tell them that I feel useless when I'm with them,they got mad at me..I said sorry.But I don't know why should I do that..?Did I do anything wrong?Aku cuma meluahkan perasaan aku dekat diorang sebab diorang kawan aku.Ah..Maybe I'm actually at fault.Look at me..So dramatic......maybe I should write a story?..'

Amy memyelak muka surat seterusnya.
Ini bukan buku cerita.
Ini buku diari.

'Wednesday..

I don't want to go to school.Feels like everything is falling apart now..I don't know my friends anymore.They're all so different.The same yet so different.So close yet so far.Why are they all changing so fast?Why am I still at the same spot?Why can't I move?WHY CAN'T I MOVE?'

Amy menyelak lagi muka surat seterusnya.

Kosong.

Nampaknya ini waktu Amy masuk form 3.
Dia tak tulis apa-apa.
Macam mana kalau waktu form 4?
Setiba sahaja di muka surat yang hampir ke hujung,Amy membaca ayat yang ditulis pendek itu.

'Lepas PKP...entah kenapa aku rasa dah malas nak pergi sekolah.Aku dah banyak ketinggalan.And I don't care..Why should I?Is school that important?..If it is..Then so what?..Everyone will die soon anyway why would I care about school when I'm a failure anyway?'

Amy dapat merasakan kepalanya tiba-tiba sakit.
Muka surat seterusnya diselak dengan bersusah payah apabila telinganya berdesing.
Muka surat itu yang kelihatan lain daripada muka surat sebelum ini membuatkan dahinya berkerut.
Ini..dia tulis dekat buku lain pula ke?
'It's Tuesday..8/11..

I don't know why I'm writing this..Or how.But somehow..I want to write about my feelings in this book.Would this be called a diary?Perhaps yes.Perhaps no.I have no attention to keep what I write a secret.Nor do I care if someone read it.I'm in school.Yeh..Tomorrow I don't have to go to school.It's an award time for the genius student who get A's in exams.Which I don't really get why people have fun watching students get an award.It's not like they're the one getting it.I would rather just stay in class alone somehow..and off topic,my pen just got stolen.And it's a new one too..or maybe I just forgot where I put it..I couldn't care less..

Ain is doing her homework.I should done it too but I don't know how.Should I ask..?No..I would feel stupid..and I would disturb her from focusing on her work..It's not like she could help me.I understand that much.I'm still not done with RC work.'

Amy memandang ayat seterusnya yang menyala terang di ruangan yang gelap itu.
Keningnya terangkat.

'I wish I have the courage to stab myself.I hate myself.I'm useless.I don't know how to cook.I'm bad at remembering something.I don't know anything.And I hate the fact that I cried when I'm trying to study.It's painful..and it hurts..so much that I want to die.But even when dying,I can't rest in peace knowing full well that god will get mad if I killed myself.Why make me?Didn't He know that I'm gonna become like this?Why bother making such a failure like me?I didn't pray to Him properly despite telling someone to change.I swear a lot.I cried for no reason.And I hate the fact that seing my friend's success make me jealous.
They said if you try hard enough you will reach your goal.Some people fall but some of them get up.That's what a successful person looks like.Then what about the others that didn't get up?Are they a failure?Did they even stop to think why they won't get up and just stay in their comfort bubbles?Why this people CAN'T get up no matter how hard they try?Did people try to help?What kind of help did anyone ever give?Is it to worsen it?Is it to heal it?'

Amy mengerang kesakitan apabila perutnya mula berasa sakit.
Tak boleh..Dia masih mahu membaca isi di dalam buku itu.

Pisau dari dalam poketnya di ambil lalu lengannya dihiris berkali-kali.
Sakit yang mula melawan rasa sakit di perut dan kepalanya membuatkan dia bertenang semula.
Nampaknya semua benda lepas muka surat ni,dalam bahasa Inggeris.
Sambungan daripada muka surat tadi dibaca.

'Why blame the person?Why tell the person to follow what you say when they have their own opinion?Why tell people,that success is everything?My dad didn't have that much success..But he have a job.Enough money to continue living although It's not much.To me..success is when you continue to live and free from other people's expectations.When you have your own money and can live with it.Big house?Good ambition?A lot of money?To hell with that.People can say whatever the fuck they want.Therapy?What can they do?'Try doing it slowly..'? 'You can do it if you try hard enough..'?.'Remember your mother and father sacrifice.'? 'You have to keep going for them.'?
AND.SO.ON.'

Amy menutup matanya yang berasa silau akibat ayat-ayat di dalam buku itu yang semakin terang.
Kenapa ayat tu menyala?
Sebab dia taknak bagi aku baca?

'I can fucking tell that to myself.I can fucking heal myself if that words really works.But it's not.That's not what I wanted to hear..I just want someone to tell me that I ---- ---- ------'

Amy mengecilkan matanya.
Cahaya yang terlalu terang itu membuatkan dia tidak boleh membaca ayat-ayat seterusnya.
Apa dia?
Apa yang Amy mahu dengar?

Jaketnya yang bertukar warna kelabu membuatkan dia tersentak.
"..no,no,no..kenapa dia sibuk nak kawal aku pula ni?Ini dunia aku!!Kenapa kau nak sibuk?!Keluar!!"

Apabila jaketnya menjadi warna hitam semula,Amy menenangkan fikirannya sebelum menayangkan riak wajah menyampah.
Buku itu dibuka semula.

'---- ------ --- ---- ---- -- ------ -----...--- ---- ----.It's ----.'

Amy mendengus geram apabila dia sudah tidak boleh membaca apa-apa ayat selepas itu.

'Who exactly am I writing this to?I don't know..I just want to vent..And I don't have anyone to do that to..And I'm tired..And I want to rest..'

Baru sahaja Amy mahu menyelak muka surat seterusnya,buku itu serta merta tertutup sendiri.
"What the hell?"bisik Amy dengan dahi yang berkerut.

Serentak dengan itu,dia dapat merasakan tubuhnya terjatuh.
Sekarang dia berada di tempat lain.

Amy memandang kawasan yang gelap gelita itu.
Dia di mana pula kali ini?..
Ah...
Mungkin ke..

Amy berjalan ke arah destinasi yang tidak diketahui.Lantai yang dipijaknya perlahan-lahan bertukar menjadi warna merah.
Kertas yang terbang ke arahnya ditangkap lalu dibaca.

'Awak munafik..'

'Awak ingat saya tak ada perasaan?'

'Di mata awak saya ni patung je ke?'

'Awak tak pernah cuba faham saya.'

Amy dapat merasakan jantungnya seperti berhenti berdegup.
"..A..Aku kena bangun..this is too far.I shouldn't have come here."

Jaketnya yang bertukar warna kelabu sepenuhnya membuatkan dia tersentak.
"..wait..so..Kalau aku ni..Amy..Jadi.."

Dirinya yang berpakaian hitam legam itu memandang ke arahnya dengan tajam.
"..Apa kau buat kat sini?"soal dirinya dengan senyuman lebar.
Amy meraba pisau dari dalam jaketnya.
Tak ada.
Hilang.

"Ololo..Amy..kau dah lupa ke?Aku dengan kau ni berbeza tahu tak?.."
Amy perlahan-lahan ke belakang apabila dirinya yang berpakaian hitam itu melangkah ke arahnya.
Perempuan di hadapannya menarik lengan jaketnya ke atas lalu kesan torehan yang penuh pada lengannya dapat dilihat dengan jelas.
Darah yang masih menitik itu membuatkan Amy memandang ke arah lantai yang dipenuhi darah pekat itu.

"Hm..Cuba kau tengok lengan kau."
Amy menarik lengan jaketnya ke atas.
Lengannya ditilik.Tiada apa-apa kesan torehan.
Hanya kesan cakaran.

"Hm..Tengok tu.Pengecut.Toreh lengan pun takut.Takkan lah kau ada pisau pula?Ada fikir tak?Ada fikir?Haa,bodoh?"
Amy membiarkan kepalanya ditonyeh dengan kuat.

"Hahh..Masuk tempat aku,ganggu ketenteraman aku.Oi..Kalau kau nak sangat tahu apa yang kau nak sebenarnya,tak perlu lah nampak takut sangat kan?Kau nak cari apa yang kau nak ke tak sebenarnya..?HAA?!"
Amy tersentak apabila dirinya meninggikan suara.

"Haha..Terkejut dia ya.Are you scared?That's okay.Let me wake you up."
'Amy' mengeluarkan pisau dari poket jaketnya sambil melangkah ke arah Amy dengan senyuman lebar.

"Wait..Tunggu kejap.."

'Do you want to wake up?'

-> -Yes
-No

'How do you want to wake yourself?'

-Drown
-Buried alive
-Jump off the tall building
-> -Open eyes

'It seems like this option doesn't work at the moment..'

"HAHAHA!"
Amy tersentak apabila dirinya sudah berada di belakangnya dengan riak wajah simpati.

"Kenapa lah kau selalu tekan pilihan tu.Open eyes?Kau ingat semudah itu?Bukan jadi apa-apa pun.Apa kata kau berhenti pilih pilihan tu?Kesian aku tengok."
Amy tersentak apabila tubuhnya disepak dengan kuat.

"..Now..let me end you from your misery."

'How do you want to wake yourself?'

-Drown
-Buried alive
-Jump off the tall building
-> -Stab

'Amy' menekan butang 'Stab' di tepi Amy yang berpakaian kelabu itu.
Pisaunya diangkat.
"See you later,Amy."

Pisau itu dihunus ke arah perut Amy dengan laju.
Apabila Amy kelihatan seperti masih bernyawa,dia menarik pisau itu semula lalu menikam perut perempuan itu berkali-kali.

Amy tersedar daripada mimpinya dengan nafas yang tercungap-cungap.
"Amy!You're awake!Awak menjerit dalam tidur,terkejut saya!"Hasinah bersuara dengan riak wajah risau.
Tubuhnya yang tiba-tiba dipeluk itu dibiarkan.

"..Are you okay?"bisik Hasinah sambil menggosok tubuh Amy yang masih menggigil itu.
Amy yang masih cuba menenangkan diri itu tidak membalas pertanyaan Hasinah.
Dadanya berasa sesak.
Sudah lama dia tidak bermimpi begitu.
Bukan..
Mungkin selama ni dia memang selalu bermimpi begitu,tapi dia memilih untuk melupakannya.

Kriukkk...

"..oh..hungry?"bisik Hasinah perlahan.
Amy dengan pantas melepaskan tubuh Hasinah apabila sudah bertenang sepenuhnya.

"Sorry about that..saya--"
"Hungry?"soal Hasinah lagi.
Amy terdiam seketika.

Kriukk....

Pipinya mula berasa panas apabila dia dapat mendengari bunyi perutnya sendiri.
Kepalanya perlahan-lahan diangguk.
"Thought so.Biar saya pergi ambilkan makanan."

"Tapi saya--"
"Don't move,kalau tidak saya potong gaji."
Amy serta merta berhenti bergerak.
Melihat Amy yang mendengar kata,Hasinah tersenyum puas.

Amy memandang ke arah dirinya yang berpakaian hitam itu.
Kedua-duanya saling berpandangan sebelum dirinya itu tersenyum sinis sebelum menghilangkan diri.
"Here you go.."

Amy mengambil pinggan yang dihulurkan kepadanya dengan tangan yang menggeletar.
"On second thought,maybe I should just hold it for you."

"Tapi saya--"
"Aaa~"
Hasinah menyua sudu yang sudah berisi nasi itu ke arah Amy.

"....saya boleh makan sendiri."
"Saya potong gaji."
Amy dengan pantas mengunyah nasi yang disuap ke arahnya.
Wajah Hasinah yang kelihatan teruja itu dipandang sekilas.

"Awak memang selalu macam ni ke?"
"Well..not really.Saya cuma suka jaga orang sakit."
"Saya tak sakit pun--"
"Aaaa~"
Amy mendengus geram apabila Hasinah tergelak kecil melihatnya.

"Bad dream?"
"....mhm."
Hasinah tidak bertanya apa-apa soalan selepas itu.Hanya bunyi hujan di luar yang memenuhi kawasan ruang tamu itu.

Oh..
Dekat luar hujan?
Amy termenung seketika sebelum membiarkan fikirannya hanyut entah ke mana.

'Amy's Mind' is literally gore at this point. (the typos are too many,i can't even unsee it)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience