'Welcome back.'
Amy memandang ke arah hologram yang terapung di depannya.
'You are in the middle of an adventure that you still didn't finish.Continue where you left off?'
-> -Yes
-No
'You choose to proceed with the adventure.'
Amy memandang ke arah kawan baiknya yang sedang rancak bersembang sambil kakinya melangkah ke arah mereka berdua.
"Hey~"
"Oh!Amy!Saya dengan Syamimi tengah fikir cara nak pergi dekat Flower Kingdom!"
"Awak rasa pergi guna apa sesuai?Flower Kingdom tu jauh.Kalau kita 'skate' pun rasanya malam nanti baru sampai."
Amy menyengetkan kepalanya lalu mengambil kertas yang diberikan oleh Syamimi.
Kosong.
Keningnya berjongket lalu dia berpaling ke arah Syamimi dan Arissa.
"Oh,uhh.Kami belum tulis lagi.Kami ingat nak fikir dengan awak..Heheheh.."seperti dapat membaca fikiran Amy,Arissa bersuara sambil tersengih seperti kerang busuk.
Amy hanya mengukirkan senyuman kecil sambil menggeleng kepala sebelum menjelingkan matanya ke atas.
'How would you like to go to the Flower Kingdom?'
-By feet
-Fly
Dahi Amy berkerut sesaat.Wow.Dua-dua memenatkan.
Memang lah aku tak penat..Sebab ini dunia aku.
Tapi diorang berdua ni lah.
'Can you be anymore useless?'soal Amy di dalam hati.
'...'
'How would you like to go to the Flower Kingdom?'
-By feet
-Fly
-Using the train
Kening Amy terangkat.
"..kita guna kereta api nak?"
Mata Arissa dan Syamimi serta merta bersinar.
"Serius lah?!Saya tak pernah naik kereta api..!"Syamimi bersuara dalam nada teruja.
Hilang sifat matangnya buat seketika.
Amy tersenyum kecil.
"Okay,then!Kita naik kereta api!"giliran Arissa pula yang bersuara.
Amy menekan pilihan 'using the train' pada hologramnya.
'You decide to use the train to get there.'
"Ada ke stesen kereta api dekat sini?"soal Syamimi secara tiba-tiba sebelum kepalanya dipusing ke tepi oleh Arissa.
Stesen kereta api yang kelihatan jelas itu membuatkan dia tersengih.
"Jom!"Arissa menarik tangan Amy lalu mula berlari ke arah stesen kereta api tersebut diikuti dengan Syamimi di sebelahnya.
Sebaik sahaja mereka tiba,Syamimi tiba-tiba menghentikan langkahnya.
"Alamak!"
Arissa dan Amy serentak berpaling ke arah Syamimi dengan dahi yang berkerut.
"Kenapa,Mimi?"soal Arissa.
"Nak naik kereta api kena ada tiket kan?..Aku dengar tiket kereta api dekat sini mahal.."
Amy termenung buat seketika.
Oh.Dia sendiri pun tidak terfikir pasal itu.
Ah..mungkin sebab dia boleh pergi ke mana-mana sahaja tanpa perlu membayar apa-apa.
"Tak apa.Saya ada tiket."jawab Amy lalu menarik keluar tiga tiket yang berwarna kuning dari poket jaketnya.
"Woah..!Tiket VIP!"
"Tapi dari mana awak dapat?"soal Syamimi lalu mengambil tiket yang diserahkan kepadanya.
"Saya pun tak tahu."jawab Amy sepatah.Memang dia sendiri pun tidak tahu.Dia fikir,dan ia muncul.
Syamimi hanya mengerdipkan matanya buat beberapa kali sebelum tangannya tiba-tiba ditarik ke arah kereta api.
"Cepat,cepat!Kereta api dah nak gerak!"
Amy juga turut berlari ke arah kereta api tersebut.
Tetapi langkahnya tidak kelihatan seperti dia mahu cepat.
"Ticket,please?"
Suara robot yang tiba-tiba muncul di sebelah mereka sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam kereta api itu membuatkan Arissa terjerit kecil.
Robot kecil itu memandang ke arah mereka sambil menadah tangannya yang berbentuk segi empat tepat.
Syamimi,Arissa dan Amy meletakkan tiket masing-masing di atas tangan robot itu.
Kening Syamimi terangkat apabila robot itu mengeluarkan cahaya berwarna biru dari matanya.
"Scanning complete.VIP tickets.Right this way,please."
Arissa,Syamimi dan Amy berjalan mengikut rjbot kecil itu dari belakang.Tempat duduk di bahagian kiri dan kanan mereka dipenuhi orang.
Background character.
"I hope you enjoy our service.Do sit down and enjoy the ride.The scenery outside is also quite beautiful.Where are you headed to?"
Syamimi dan Arissa serentak berpaling ke arah Amy.
Memandangkan antara mereka bertiga,hanya Amy seorang sahaja yang boleh ber 'speaking' dengan lancar.
Dahi Amy berkerut sesaat.
"We would like to go to the Flower Kingdom,please."
"Information gained.Going to the Flower Kingdom.Good choice.It is said that they are having a masquerade ball in celebration of the princess finally having the authority to rule the kingdom.'
Arissa dan Syamimi saling berpandangan dengan senyuman kekok.Robot itu bercakap terlalu laju.
"Really?Do you know..by any chance..What's that princess is called?.."soal Amy dengan dahinya yang berkerut.
Sebenarnya dia sengaja bertanya.
Dia sudah tahu jawapannya.
"Her Higness,Princess Hasinah Nadira."
See?
Amy hanya mengangguk sebelum berpaling ke arah tingkap di sebelahnya.
Dah agak.'Amy' mesti akan masukkan orang yang dia suka dekat dalam imaginasi dia.
What a headache.
Sebaik sahaja robot itu berlalu pergi,Arissa mula bersuara dengan riak wajah curiga.
"Apa dia cakap tadi,Amy?"
"Dia kata dekat tempat kita nak pergi nanti tu,akan ada majlis tari menari sebagai sambutan puteri diorang dah boleh memerintah."jawab Amy panjang lebar dengan senyuman kecil.
"Woah..Nanti kita pergi nak?"soal Arissa dengan riak wajah teruja.
"Eleh..kau cuma nak pakai baju gaun kembang cantik-cantik tu je kan.Satu hal nak pergi majlis,satu hal pula nak cari baju."Syamimi bersuara dalam nada menyindir sambil berpeluk tubuh.
Jelingan tajam Arissa dibalas dengan jelingan yang lebih tajam.
"Alah..Saya tahu awak pun nak pergi,Mimi."
Syamimi berpaling ke arah Amy sebelum dengan pantas menutup wajahnya disebalik langsir tingkap di sebelahnya.
"..mana ada."
Arissa tersenyum sinis manakala Amy pula tergelak kecil.
"Kalau nak pergi,saya boleh je buat baju untuk kita,guna kuasa saya."
"Serius lah?"soal Arissa dan Syamimi serentak.
Amy mengangguk perlahan.
"Lagipun saya pun nak pergi..dengan korang berdua."Amy bersuara perlahan dengan senyuman redup di bibirnya.
Syamimi dan Arissa mula berasa terharu.
"Owhh~ Thank you,Amy~ Awak ni comel lah!!"jerit Arissa sambil mencubit pipi Amy di sebelah kiri yang mempunyai lesung pipit itu.
Syamimi pula mencubit pipi Amy di sebelah kanan.
Kedua-duanya menayangkan riak wajah gembira.
"Oww...Sakit."bisik Amy sebelum pipinya dilepaskan.
Ketiga-tiganya tergelak kecil sambil mereka menikmati perjalanan mereka di dalam kereta api yang sudah mula bergerak itu.
Setelah beberapa minit berlalu,Amy membuka matanya dengan riak wajah kosong.
Arissa dan Syamimi yang sudah nyenyak tertidur di hadapannya,dipandang lama.
Kereta api itu mula memasuki di dalam sebuah gua.
Cahaya di sekelilingnya automatik hilang.
Amy menutup tingkap di sebelahnya menggunakan langsir sebelum bersandar pada kerusi yang didudukinya.
Baru sahaja dia hendak menutup mata,suara orang berdehem di sebelahnya membuatkan dia tersentak.
Kelibat berwarna hitam itu membetulkan kedudukannya di atas kerusi yang berada di sebelah Amy.
"Cantik kereta api ni.Your imagination is very good."kata kelibat itu sambil mendongakkan kepalanya.
Entah apa yang dia tengok pun tidak tahu kerana suasana di sekeliling mereka gelap gelita.
"What are you doing here,Amy?"
Amy mendiamkan diri.
Perutnya yang tiba-tiba berasa sakit membuatkan dahinya berkerut.
'Warning!Please eat something to continue your journey.'
Amy menolak hologram di sebelahnya ke tepi perlahan.
Tenaganya tiada.
Matanya dijelingkan ke arah kelibat hitam di sebelahnya.
"..there's no food..I can't eat even if I wanted to."
"Kalau awak bagitahu mak awak yang awak lapar,saya rasa dia akan cuba buat sesuatu."
"I don't want to.That's so pathetic."bisik Amy sebelum menarik keluar pisaunya.
Baru sahaja dia mahu menikam perutnya,pisaunya tiba-tiba hilang.
"What the-"
"I'll be taking that."
Pisaunya yang tiba-tiba berada di tangan kelibat hitam di sebelahnya itu membuatkan mata Amy terbuntang.
"..give that back..!"
Amy mula memegang erat lengan perempuan di hadapannya.
Riak wajahnya kelihatan panik walaupun tidak boleh dilihat dengan jelas.
"Nope.I won't."
"Give that back..!That's mine..!I'll--"
Serentak dengan itu,kelibat hitam itu automatik hilang.
Amy termenung buat seketika.
Perutnya yang semakin sakit itu membuatkan dia memejamkan matanya.
Kerusi di sekelilingnya mula hilang satu persatu.
'Warning!Please eat something to continue your journey!'
'Warning!Imagination world unstable!'
Amy menutup telinganya dengan erat.
Taknak.
Taknak.
Amy menghilangkan dirinya dari dalam kereta api itu lalu tubuhnya automatik muncul di luar kereta api.
Betul-betul di depan kereta api itu sebelum tubuhnya dilanggar.
.........
Amy tersentak lalu membuka matanya perlahan.
Dahinya berkerut apabila perutnya berasa senak.
Sakit.
Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah dapur.
Roti yang berada di atas kabinet di ambil lalu dikunyah perlahan.
Amy melangkah masuk ke dalam biliknya lalu melabuhkan punggung di atas katil.
Nafasnya tercungap-cungap.
Gila.
Dia cuma bergerak sedikit,tetapi dia berasa seperti sudah berlari satu padang.
Kepala Amy mula berdenyut.
Amy menghabiskan rotinya dengan laju sebelum meneguk air dari dalam botolnya.
Tubuhnya dibaringkan semula dengan nafas lega.
Perutnya masih lapar.
Tapi tidak seteruk tadi.
Amy memeluk bantal di sebelahnya sebelum memejam rapat matanya semula.
..........
'Welcome back'
Amy memandang kawasan di sekelilingnya.
Dia masih berada di dalam kereta api.
Tetapi kereta api itu kosong.
Hanya ada dua tempat duduk.
'Loading...'
Amy melabuhkan punggungnya di atas kerusi lalu berpeluk tubuh.Secara tiba-tiba,badannya mula tenggelam ke bawah.
GEDEBUK!
Amy perlahan-lahan mengangkat wajahnya.
Dia baru sahaja jatuh dari tempat tinggi,tapi tubuhnya langsung tidak sakit.
Ah..Imaginasi.
Kelibat seseorang di hadapannya membuatkan keningnya terangkat sesaat.
"Ah.Hai."
Amy memandang ke arah wajahnya sendiri yang memakai baju berwarna kuning cerah.
Pakaian perempuan itu semuanya berwarna kuning cerah bercampur putih.
Dari tudung,kardigan,seluar,stoking dan kasut.
"What are you doing here?"soal dirinya sendiri dengan senyuman lembut.
Amy hanya mendiamkan diri.
Kepalanya didongakkan ke atas kemudian pandangannya melilau ke arah sekeliling.
"Tengok apa?..Tak ada apa yang menarik perhatian pun dekat sini."katanya lagi dengan senyuman lembut.
Amy mengalihkan pandangannya ke arah dirinya semula.
Kakinya melangkah ke arah perempuan itu perlahan.
"Why are you here?"soal Amy perlahan.
"Why are YOU here?"soal 'Amy' yang memakai pakaian yang berwarna kuning cerah itu.Senyuman lembut masih terukir di bibirnya.
"Dah berapa lama kita wujud..?"soal dirinya lagi.
"Kenapa kita wujud?"soalnya lagi.
'Amy' berpaling ke arah dirinya yang berpakaian hitam itu.
"..one day..you will become like me.Abandoned."
'Amy' melangkah ke depan dengan senyuman lembut di bibirnya.Rantai yang berbentuk matahari di lehernya mengeluarkan bunyi loceng kecil apabila dia bergerak.
"Dulu tempat ni cantik."bisik 'Amy' perlahan tanpa berpaling ke belakang.
Amy perlahan-lahan mengikut dirinya dari belakang.
"Hm..Mungkin sifat kebudak-budakkan dia dah hilang.Tapi kalau sifat tu dah hilang,kenapa aku wujud lagi?"bisik 'Amy' perlahan dengan riak wajah curiga.
Keluhan berat dilepaskan sebelum dia berpaling ke belakang.
"Your life that you live here was once mine."
'Amy' melambai tangannya di udara lalu kawasan di sekelilingya mula mengeluarkan warna.
Rumput yang berwarna biru lembut bercampur hijau dan langit yang berwarna merah jambu bercampur kuning.
Keluhan berat dilepaskan sambil dia melangkah ke arah tasik di depannya dan mula berjalan di atas air dengan riak wajah sayu.
Amy memandang ke arah air di depannya yang berwarna unggu cerah bercampur merah jambu.
Tempat ni terlalu...warna-warni.
"Are you happy?"soal dirinya secara tiba-tiba.
Amy yang berada di belakangnya,tersentak.
Pandangannya dialihkan ke tepi.
Belum sempat dia membalas,'Amy' yang berada di depannya bersuara semula.
"Apa maksud gembira?"
Amy terdiam buat seketika.
"Itu soalan mudah.Budak umur 5 tahun pun boleh jawab."
'Amy' menggeleng kepalanya dengan riak wajah sayu.
Kawasan di sekelilingnya mula hilang bagaikan tidak wujud.
Warna yang kelihatan menarik tadi mula bertukar menjadi warna kelabu.
"Bagi kau- Ah,tak..Bagi KITA..kegembiraan tu apa?"
Amy hanya mendiamkan diri.
Melihat dirinya sendiri,senyuman di bibir 'Amy' perlahan-lahan menghilang.Dahinya berkerut.
"Keluar."
Amy mengangkat wajahnya dengan riak wajah kosong.
Dirinya yang berpakaian cerah tadi kelihatan terlalu kecewa.
"One day,you will also become like me.You will be replaced.Just like me.Now,leave.Go enjoy your 'world' while you still can."
'Amy' memetik jarinya dengan riak wajah benci.
Serentak dengan itu,Amy terjaga di dalam kereta apinya semula.
Pandangannya beralih ke arah kelibat perempuan yang berwarna hitam di depannya.
"...oh.You're back.Macam mana?"
"Aku ingatkan dia dah tak ada."
"Oh?Dia sentiasa ada."
Kelibat perempuan itu berjalan ke arah tingkap yang berada tidak jauh darinya.
Tingkap di depannya disentuh lalu kawasan kereta api itu mula dipenuhi dengan cermin.Cahaya di dalam kereta api itu terbuka serentak.
"Semuanya masih ada."
Amy memandang ke arah dirinya yang berada di dalam cermin.
"This is the first one that got created."
Kelibat itu menyentuh cermin di hadapannya.
Amy memandang ke arah dirinya di dalam cermin yang disentuh itu.
Itu dirinya yang dilihatnya tadi.
Dirinya yang berpakaian kuning cerah.
..yang sentiasa tersenyum lembut.
..yang ceria.
"Hahh..Dunia dia lah yang paling tercantik sekali."
Kelibat itu melangkah ke arah cermin yang kedua.
"This is the second one.You look a little angry..Perhaps this is when you're in your rebellion era?"bisik kelibat itu perlahan bersertakan gelakan kecil.
Amy memandang ke arah dirinya yang memakai pakaian yang berwarna biru gelap.Dirinya di dalam cermin itu kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu.
Dahinya berkerut.
"Or perhaps this is when you start caring about your problems."
Amy tidak menjawab.
Tubuhnya yang ditolak ke arah cermin yang ketiga dibiarkan.
Dirinya sendiri terpantul pada cermin itu.
"And you're the third one."
Cahaya di dalam kereta api itu menunjukkan separuh daripada wajah kelibat di belakangnya.
Senyuman kecil terukir di bibir perempuan itu.
Dahi Amy berkerut.
"Let me tell you a story.Once upon a time,there were 3 girls that got created.Happiness,Awareness,Emptiness."
Kelibat itu menjauhkan dirinya daripada Amy.Tetapi Amy dapat merasakan dirinya tidak boleh bergerak.
"Happiness selalu digunakan bila pencipta dia rasa bosan..Nothing to do.She was created to be happy in her own world.Because she can't do so in the real world."
Kelibat itu memandang ke arah Amy yang berada di cermin pertama.
"And then,bila pencipta korang membesar,dia jadi peka dengan masalah yang dia kena hadap.Thus,the second one was always use to wreck havoc in her own world.Tapi lepastu apa?Stress masih akan berkekalan selagi dunia nyata wujud."
Kelibat itu berpaling ke arah Amy yang berdiri tidak jauh darinya.
Bahunya yang dicengkam perlahan membuatkan Amy tersentak.
"That's where you come in.Bila pencipta korang makin membesar,more and more conflict will appear in her life.Both her creations are useless against it,and that's why you were created."
Kelibat itu merehatkan dagunya pada bahu Amy.
Pisau milik Amy di tangannya dipusingkan.
"You were created to not feel anything.You were created to live for the creator.You were created because those two were discarded.You were created because the creator dislike the real world.You were created because the creator hate herself.You were created to imagine more than the creator.You were created because...."
"...because the creator doesn't want to exist."sambung Amy dengan riak wajah kosong.
Kelibat di belakangnya mengangguk.
Kepala Amy digosok perlahan.
"Are you happy for that?Diorang berdua dicipta sewaktu pencipta korang masih hargai perasaan dia,and they were created to feel emotions.Sebab tu dunia diorang lagi ceria and 'colourful'.Awak ingat..cuma sebab dunia awak ada warna..Ada Syamimi dan Arissa,dunia awak ceria ke?"
Amy dapat merasakan jantungnya tiba-tiba luruh.
Perutnya berasa senak.
"No,Amy..It makes you more pathetic than those two.Because they live on their own.And you live with your friends.Your imagination friends.You're lonely."
Tubuh Amy mula menggigil lalu kelibat di belakangnya ditolak kasar.
"Call me pathetic again one more time..!"jerit Amy dengan matanya yang berkaca.
"That's your trigger word."
Amy mula mencakar tangannya sendiri tanpa disedari.
Itu lebih tindakan refleks.
Kerana pisaunya sudah diambil.
"Amy..kalau awak cuba minta bantuan-"
Amy menutup telinganya lalu tangannya diketuk ke tepi.
Hologram di tepinya automatik muncul.
'Loading -99%'
'Complete!Please restart to continue your adventure with your friends!'
-Restart
-Not yet
"Bantuan..?Aku lah bantuan tu."kata Amy dengan riak wajah jengkel sebelum menekan butang 'Restart' pada hologramnya.
Serentak dengan itu pandangan Amy mula menjadi gelap.
"Amy..!Amy..!"
Amy perlahan-lahan membuka matanya.
Wajah Syamimi dan Arissa yang memandangnya dengan pandangan teruja membuatkan dia menggeliat buat seketika.
"Kita dah sampai!Cepat!"
Amy membiarkan tangannya ditarik oleh Arissa sebelum mereka bertiga melangkah turun dari kereta api tersebut.
Bau udara di sekeliling mereka membuatkan Arissa dan Syamimi menarik udara sedalam-dalam yang mungkin.
"Woah..Bunga kat sini besar betul lah..!"jerit Arissa dengan mata yang bersinar-sinar.
"Cantiknya.."bisik Syamimi pula.
Kedua-duanya mula berpaling ke kiri dan ke kanan.
Nampak macam tak betul pun ada.
Amy hanya mengukirkan senyuman kecil apabila melihat gelagat kawan-kawannya.
"Oh my god,fokus gais.Kita kena cari buku lagenda tu..!"Syamimi tiba-tiba bersuara dengan riak wajah serius.
"Oh..!Okey,okey.Hmm..Kita kena cari dekat istana tempat ni kan?Mana istana tempat ni?"
Syamimi memusingkan kepala Arissa ke tepi.
Istana yang berada di atas bukit itu membuatkan Arissa terlopong.
"Woah..Jauhnya.Kan bagus kalau kita ada cincin teleport abang Syazwan,sekarang ni..?"
Syamimi melepaskan keluhan berat lalu berpeluk tubuh.
"Awak ada idea,Amy?Saya boleh je nak berjalan..Tapi kalau saya pengsan sekerat jalan..Awak terpaksa lah angkat saya.Kalau nak terbang pun,saya rasa tak sampai sekerat jalan,kita dah penat."
Amy mula memandang ke arah sekelilingnya.
Bunga yang kelihatan besar itu membuatkan dahinya berkerut.
"Awak nak pergi mana,Amy?"soal Arissa apabila Amy berjalan ke arah salah satu bunga yang terletak tidak jauh dari mereka.
Any mendongakkan kepalanya ke atas sebelum mula terbang ke atas.
Arissa dan Syamimi saling berpandangan sebelum juga turut mengikut Amy.
"Apa awak buat,Amy?"
"Apa kata kita guna kuasa kita untuk terbang pakai bunga ni?Kalau macam ni,tak ada lah cepat sangat penat."
Syamimi mengangkat keningnya,seperti bersetuju dengan idea itu.
"Okeyh!"
"Biar aku potong bunga ni."
Arissa mula terbang ke bawah,lalu bunga itu dipisahkan dari batangnya menggunakan pisau airnya.
"Dah..!"
Arissa melabuhkan punggungnya di atas bunga itu.
Amy juga membuat perkara yang sama.
Sebaiks sahaja Syamimi melabuhkan punggung di tepi Arissa,ketiga-tiganya mula berpegangan tangan.
Badan masing-masing mula menyala lalu bunga yang diduduki mereka mula terapung.
"Sheesh..Aladdin..!"
Arissa tergelak kecil apabila Syamimi bersuara dalam nada kebudak-budakkan.
Sebaik sahaja mereka terbang ke langit,Syamimi dan Arissa mula menjelingkan mata masing-masing untuk melihat pandangan dari bawah.
"Woah..Ini bandar diorang ke?Semua orang pakai topi bunga..!"
Amy juga turut memandang ke bawah.
Penduduk yang sedang sibuk membeli belah di sebuah pasar raya,menarik perhatiannya buat seketika sebelum dia berpaling ke arah istana di depannya semula.
"Agaknya puteri Flower Kingdom,macam mana orangnya ya?"
"Memandangkan tempat ni penuh dengan bunga..mesti puteri dia ramah and sopan santun kan?"jawab Syamimi dengan matanya yang dijelingkan ke atas.
"Tapi kan..Agaknya pengawal tempat tu nak bagi kita masuk ke?"soal Syamimi secara tiba-tiba.
"Kalau tak bagi,kita pecah masuk je lah.Macam tak biasa."jawab Arissa selamba lalu tangannya automatik dicengkam kuat oleh Syamimi.
"Lepastu kena masuk penjara lagi!"
"Urgh..Itu lah..Kita cuba je lah minta baik-baik."
"Tak boleh."
Arissa dan Syamimi serentak memandang ke arah Amy yang tiba-tiba bersuara.
"Ada orang bagitahu saya,pengawal tempat ni semuanya tegas and ganas."
"Oof..Masalah juga tu..Jadi macam mana ni,ya?"
Arissa dan Amy serentak memandang ke arah Syamimi yang sudah mula memikirkan idea yang sesuai.
"Kita cuma nak jumpa puteri dia kan..?Apa kata kita..pecah masuk dekat bilik dia terus..?And cakap baik-baik dengan dia."
"Kalau puteri tu panggil pengawal dia macam mana?"
"Kita kena ambil risiko lah..Daripada kita pecah masuk-- Tapi bila difikir balik,dua-dua boleh buat kita masuk penjara.Jadi baik kita ambil pilihan yang memudahkan kita je."kata Syamimi dengan riak wajah serius.
Arissa mula tersenyum sinis.
"Syamimi dah gangster.."
"Kau lah puncanya."
Arissa mula ketawa terbahak-bahak.
Melihat kawan-kawannya yang mula ketawa,Amy juga ikut ketawa dengan riak wajah bahagia.
'You're lonely'
Kata-kata itu dibuang dari fikirannya.
Buat masa sekarang,dia bahagia dengan imaginasinya sendiri.Biar lah dia kekal begitu buat sementara waktu.
Share this novel