Dahi Qhaira berkerut seketika sambil matanya memandang ke depan.Stereng kereta dipegang erat.
Matanya berpaling ke arah Syazwan sekilas yang masih memandang tepat ke arahnya.
"..kenapa awak tengok saya macam tu?"
Syazwan tersentak sebelum berpaling ke depan semula.
Dia sendiri pun tidak sedar dia sedang melihat anak dara orang.Ah..Tak sopan,tak sopan.
"It's just that..Jarang saya tengok muka awak tengah betul-betul fokus."
"..Why?Do I look attractive?"
"Yes."
Kening Qhaira terangkat buat seketika sebelum dia tersenyum senget.Sejujurnya dia mahu tersenyum lebar,tetapi harus ditahan.
Tidak sangka pula Syazwan akan berkata 'Yes' dengan begitu selamba.
"So..kita nak pergi rumah Syazrif kan?"
"Mhm.Tapi..Syazrif dah tak tinggal kat situ."
"Huh?Dia pindah ke?"
"Kinda?..Ingat tak kad kerja yang saya bagi tu?"
Syazwan mengangguk laju.
Seingatnya,Qhaira ada memberitahunya yang Syazrif tidak bekerja di tempat yang tertera pada kad itu.
"..dia kerja kat situ."kata Qhaira dengan riak wajah kekok.
"Lah..?Mungkin dia dah terdesak...?"kata Syazwan pula.Dahinya berkerut cuba memikirkan apa yang bermain di dalam kepala adiknya.
"I don't know..but maybe because dia kena paksa."
"Huh?Maksud awak?"
Mata Syazwan terbuntang.
"Kena paksa tapi dia..relakan diri.Setakat ni itu teori saya."
"..kalau dia relakan diri bukan paksa lah namanya tu.."
"I mean..Kalau awak taknak buat sesuatu kerja,but you have to..For the sake of money.And katakan lah,jumlah duit yang awak dapat tu banyak..will you do it?"
Syazwan kelihatan seperti termenung buat seketika.Memikirkan jawapan yang sesuai dengan apa yang dia akan lakukan.
"..Kalau kerja tu halal..then I guess I will."
"See,Syazrif is not like you.Selagi dia dapat duit,dia buat.Selagi dia tak sakitkan sesiapa,dia akan buat.He sell his body before,for money.I guess he did this work for money too."
Syazwan mula berasa risau.
Ya,dia pun tidak mahu nafikan yang dia risau.
Dia cuma ada Syazrif sebagai ahli keluarganya.
Irina?...Irina..dia sendiri pun tidak tahu khabar perempuan itu sekarang.Tapi dia tidak suka akan perempuan itu.Jadi dia tidak berapa peduli.
"Kerja yang dia buat tu..tak bahaya kan?"
"Tak..cuma memenatkan.Sebab dia kena banyak bergerak.Jadi mungkin masalah sikit sebab dia ada asma."
Syazwan mengangguk perlahan dengan riak wajah lega.Tidak lama kemudian,dahinya berkerut sesaat.
"Macam mana awak tahu dia ada asma?"soal Syazwan apabila dia betul-betul berasa ingin tahu.
"I did some research on him."jawab Qhaira selamba.
"..Oh?Ada apa-apa menarik ke?"
"Unfortunately,saya cuma boleh dapat maklumat biasa je tentang dia.Pasal kerja-kerja dia sebelum ni..I'm afraid only 2 person knows this."jawab Qhaira lagi lalu stereng kereta itu dipusingkan ke arah kiri perlahan-lahan.
"2 orang?Siapa?"
"The person that Syazrif sell his body to,and..his boss right now."jawab Qhaira dengan riak wajah tidak puas hati.
"What?Maksud awak boss tempat dia kerja tu tahu semua maklumat pasal dia?"
"Yeah..saya rasa itu cara dia paksa Syazrif.Tapi bagi saya,saya tak rasa Syazrif ada banyak pilihan.Dia perlukan duit."
"Tapi macam mana awak tahu yang boss dia tahu pasal maklumat tu?"
"Let's just say..that boss is my...acquintance."
Mendengar nada suara Qhaira yang seperti enggan berkata-kata tentang 'boss' itu,Syazwan hanya mendiamkan diri.
Dia sendiri pun tidak mahu memaksa perempuan itu bercerita walaupun dia berasa sangat ingin tahu.
"Jadi..kenapa kita nak pergi rumah Syazrif?Bukan dia ada dekat rumah pun?"soal Syazwan lagi.Menukar topik.
"Hm..Syazrif suruh ambil barang dia yang tertinggal.Boss dia malas nak hantar orang suruh ambilkan,jadi saya lah yang kena pergi."jawab Qhaira lalu mengembungkan pipinya tanda protes.
Syazwan tergelak kecil.
Geram pula dia mahu mencubit pipi Qhaira.
Oh ya..Khairul pun selalu cubit pipi Qaireena tanpa sebab kan?
I wonder how that feels like?
"..By the way..Kenapa awak selalu pakai glove?"soal Syazwan sekadar berbasa basi.
Memang Qhaira jarang menanggalkan sarung tangannya.Biasanya untuk membersih makanan mentah,dan untuk membersih sesuatu baru sarung tangan itu dibuka.
Kali terakhir dia melihat tangan Qhaira yang tidak ditutup adalah sewaktu Qhaira memeriksa suhu tubuhnya.
"Oh?This?Saja pakai..I can hold your hand anytime I want to anyway."jawab Qhaira dengan riak wajah selamba tanpa memandang ke arah Syazwan.Senyuman kecil terukir di bibirnya.
Syazwan yang tidak menyangka jawapan begitu yang akan keluar perlahan-lahan mengalihkan wajahnya ke arah tingkap kereta.
Wajahnya mula berasa panas.
'Macam mana dia boleh cakap sesuatu yang mengejutkan aku dengan muka yang selamba.Take note,Syazwan.Kau kena biasakan diri.'
"Oh.Kita dah sampai."
Syazwan memandang ke arah flat di depannya yang mempunyai 6 tingkat.
Matanya berkelip buat seketika.
Wow.Entah kenapa flat ni nampak macam berhantu..
"Woah..flat ni nampak macam berhantu."bisik Qhaira dengan riak wajah kosong.
"You read my mind."bisik Syazwan pula sebelum kedua-duanya serentak tergelak kecil.
Qhaira mengeluarkan handphonenya lalu memeriksa sesuatu.
"..Okey.Rumah Syazrif dekat tingkat atas.Awak nak tunggu dekat bawah ke?"soal Qhaira apabila dia sudah menyimpan handphonenya ke dalam beg silangnya semula.
"No thanks.Saya nak ikut."jawab Syazwan perlahan.Lengan jaket Qhaira dicengkam erat.
"Awak takut ke?"soal Qhaira dengan senyuman mengusik.Melihat wajah Syazwan yang kelihatan separuh pucat,tawanya ditahan.
"Saya tak takut lah..I'm a man.."jawab Syazwan dengan riak wajah tenang walaupun tangannya tidak kelihatan..'tenang'.Lebih kepada..tegang.
"Sure,sure..You're a man.."jawab Qhaira dalam nada memujuk sebelum melangkah ke arah tangga.
'Kreakk..'
Qhaira memandang ke arah taman di depan mereka.Buaian yang terjuntai akibat sebelah rantainya yang tercabut membuatkan dia berpaling ke arah Syazwan.
"Flat ni nampak macam flat awak,tapi versi 'dark web'."
"That's not funny."
"Alaa..."
Syazwan menahan ketawanya apabila Qhaira memuncungkan bibirnya dengan riak wajah merajuk.
Ada beberapa perkara yang dia belajar tentang Qhaira sepanjang mereka tinggal bersama,antaranya ialah,lawak Qhaira terlalu hambar kadang-kadang tetapi 'pickup line' dia terlalu berbahaya untuk hati yang lemah.Tulisan Qhaira terlalu cakar ayam atau bersambung tetapi entah kenapa Syazwan boleh memahaminya.Kuasa seorang guru mungkin?
Qhaira tidak suka makan benda manis tapi lebih kepada benda pahit,pergerakannya pantas,dia berkelakuan seperti budak-budak pada masa tertentu dan staminanya terlalu tinggi kerana Syazwan tidak pernah melihat perempuan itu penat.
Tiba di tingkat ketiga,Syazwan sudah mula tercungap-cungap mencari nafas.
"Are you okay?Nak saya angkat awak?"
Syazwan menggeleng kepala.
Maruahnya sebagai seorang lelaki boleh tercalar jika dia sering di angkat oleh Qhaira.
"..come on..Tak ada orang nampak pun."bisik Qhaira perlahan.
Syazwan menggeleng kepala dengan laju buat kali kedua.
Secara tiba-tiba,pendengarannya menjadi dua kali ganda lebih tajam dan dia dapat mendengar sesuatu.
Dahinya berkerut.
"Awak dengar tak?"
"Dengar apa?"
"Macam ada..bunyi..sayap terbang?"
Qhaira memandang ke atas dengan riak wajah kosong.
Keningnya terangkat.
"..Oh.Lipas."
"MANA?"
Syazwan juga turut memandang ke atas.
3 ekor lipas yang merayap pada dinding itu membuatkan bulu romanya automatik meremang.Seekor lagi sudah mula terbang.
"AAAA!!Qhaira,Qhaira,Qhaira!Saya nak balik!!"
"Tapi kita kena ambil barang Syazrif dulu..Saya dah suruh awak tunggu dekat bawah tadi kan?.."kata Qhaira.Senyumannya cuba ditahan tetapi gagal apabila Syazwan menyorok di belakangnya.
Lipas yang terbang ke arahnya itu diangkat lalu ditekup di antara tangannya.
"Nak?"
"Qhaira!!Jangan,jangan!Kalau awak lepas,saya akan benci awak!Saya akan benci awak sampai bila-bila!"
Wajah Qhaira kelihatan pucat buat seketika akibat kata-kata itu.Lipas itu di genggam perlahan sebelum dia mencampak binatang itu agar jatuh dari tingkat 2.
Tak apa.Lipas kan boleh terbang?
Sebaik sahaja dia berpaling,Syazwan sudah berada di tangga yang menuju ke tingkat 4 sambil memandang ke arahnya dengan pandangan tajam.
"Ah..Syazwan tunggu saya..!"
"..awak marah saya ke?"soal Qhaira dengan riak wajah sayu apabila Syazwan tidak bercakap dengannya.
"No..cuma..macam mana awak boleh tak geli..?Kaki dia berbulu awak tahu tak?"soal Syazwan sambil menggoncang bahu Qhaira berkali-kali.
"Yeah?Rasa geli-geli bila dia merayap."
Tubuh Syazwan mula menggeletar apabila membayangkan makhluk itu merayap pada tubuhnya.
"..Don't worry..lipas dah tak ada..jom--"
Syazwan serta merta menarik tangannya yang hampir dipegang oleh Qhaira.
Mata Qhaira terbuntang.
Tidak pernah lagi Syazwan berkelakuan begitu dengannya.
"Sama ada awak 'samak' sarung tangan tu,atau awak buang.If not,then I won't let you hold my hand."kata Syazwan dengan riak wajah yang tersangat lah serius.
"Okey,okey..!Balik nanti saya basuh.."
Qhaira menyimpan sarung tangan itu ke dalam poket jaketnya lalu mengeluarkan sarung tangan berwarna kelabu dari dalam beg silangnya.Sarung tangannya disarungkan dengan laju lalu tangan Syazwan dipegang erat.
"..Kalau macam ni okey?"soal Qhaira perlahan.
Syazwan mengangguk perlahan.Apabila Qhaira berjalan di sebelahnya,sebelah tangannya lagi mencengkam lengan jaket Qhaira.Kali ini lebih kuat berbanding tadi.
"Awak takut lipas?"
"Ya!"jawab Syazwan tanpa berfikir dua kali.
Qhaira tersenyum buat seketika sebelum mengangguk faham.
Apa jadi dekat ayat 'I'm a man' tadi?..
Tapi entah kenapa,Syazwan nampak comel pula berkelakuan begitu.
"There,there..Sikit lagi nak sampai."
Selepas hampir 3 minit menaiki tangga,mereka akhirnya tiba di tingkat 6.
Qhaira memandang ke arah skrin handphonenya lalu berjalan ke arah pagar rumah yang berada di tengah-tengah.
"..Oh?Memang tak berkunci ke?"soal Syazwan yang menolak pintu pagar itu ke tepi.
Dahi Qhaira berkerut.
Tubuh Syazwan ditarik ke arahnya lalu dia menaip sesuatu pada skrin handphonenya.
"..Tapi sepatutnya berkunci."
Bulu roma Syazwan automatik meremang.Belum sempat dia berkata apa-apa,tubuhnya sudah ditolak ke belakang.
"Stay behind me."
Wajah Syazwan berona merah buat seketika sebelum dahinya berkerut dengan riak wajah pelik.
Kenapa dia pula yang harus duduk di belakang?
Kenapa posisi mereka macam terbalik?
Qhaira menolak pintu di depannya yang tidak tertutup rapat.
Kelibat seorang lelaki yang berdiri membuatkan dia ke belakang satu langkah sebelum dia mula memberanikan diri.
"..Hello..?"soal Syazwan yang masih berada di belakang Qhaira.
Lelaki itu berpaling ke belakang.
Wajahnya kelihatan seperti separuh terperanjat sebelum perlahan-lahan menjadi tenang.
"Oh,hai..Saya cari Syazrif,but apparently he move out already."
"Who are you and how do you know him?"
"We're friends."jawab lelaki itu acuh tak acuh.
Qhaira dan Syazwan serentak menayangkan riak wajah tidak percaya.
Kedua-duanya saling berpandangan buat seketika.
"Mesti Syazrif tengah marah sebab aku tak protect maklumat dia..Ah..Aku kena minta maaf.Say,do you know where he is?"
"Maklumat?Maklumat apa?"soal Syazwan dengan riak wajahnya yang kelihatan tegang.
Lelaki itu memandang ke arah Syazwan atas bawah sebelum dia tersenyum senget.
"You must be Syazrif's brother?"
"Yes...?"
"You look cute indeed.."
Serentak dengan itu,wajahnya ditumbuk dengan kuat.
Syazwan terjerit kecil sebelum dia terlopong.
Lelaki itu juga kelihatan terkejut.
"The hell is wrong with you woman?!"
"Don't look at him like that.Who do you think you are?"jawab Qhaira dengan riak wajah dingin.
Sebaik sahaja dia melangkah ke arah lelaki itu,lelaki itu sudah terjerit kecil kemudian ke belakang.
"Qhaira,calm down.."
"Sekurang-kurangnya bagi lah saya pijak dia punya.."
Apabila Qhaira menghentikan percakapannya,lelaki itu automatik mengepit pehanya sebelum menjauhkan diri daripada mereka berdua.
"Heck!Kau pun sama je gila dengan perempuan tu..!"
"Perempuan mana?"
"Tak tahu lah!Apa entah Ika,Ika nama dia.."
Sharika.
Qhaira mengerlingkan matanya ke atas sebelum memulas tombol pintu bilik yang berada di sebelahnya.
"..Ini ke bilik dia?.."
"Mhm."jawab lelaki itu sepatah.
Syazwan memandang sebahagian barang Syazrif yang masih berada di situ.Toto 3 lapis,bantal,selimut..Jaket..
"..Hm.Dia suruh cari jaket..dengan jam?"
Syazwan mengambil jaket yang berada di sebelahnya.Matanya melilau ke tepi.Mencari sesuatu yang bernama jam.
"..Jam?"soal Syazwan sambil mula menyelak selimut di sebelahnya.
"Syazrif biasanya simpan barang dekat dalam poket baju dia."lelaki yang berada di luar itu tiba-tiba bersuara dengan kepalanya yang mengintai Qhaira dan Syazwan.
Syazwan menyeluk poket jaket itu sebelum terpegang sesuatu objek.
"Oh.Ini dia."
Syazwan mengeluarkan jam berjenama Casio itu.
"Yeah.Nasib baik tak susah sangat nak cari.I guess we can go meet him then."
"Nak ikut!"
Qhaira berpaling ke arah lelaki itu semula.
Pisau lipat dari dalam poket jaketnya ditarik keluar dengan riak wajah malas.
"Aaaa!Jangan lah macam tu!Aku ada sebab nak jumpa dia lah!"
"I don't care."
"Owh,come on..!Uhm.."
Lelaki itu perlahan-lahan menghampiri Qhaira tetapi Qhaira sudah terlebih dahulu menghala pisau ke arah lehernya.
"..look..uhm..Aku ni pandai mengorat tau?So like..I know you like him..Jadi apa kata..Aku ajar kau cara mengorat dia nanti?"bisik lelaki itu dalam nada perlahan.
Wajah Qhaira yang kelihatan dingin tadi,menjadi semakin dingin apabila mendengar kata-kata itu.
Syazwan yang berada di belakang mereka sudah menjongketkan kening apabila dia tidak dapat mendengar perbualan mereka berdua.
"Tak perlu."
"Oh come on!"
Apabila mereka berdua sudah mula berlalu pergi,lelaki itu mula menggelabah seorang diri.
"Kalau korang bagi aku ikut..!Aku bagitahu satu benda yang korang nak tahu pasal Syazrif..!How about that?"
Qhaira tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu,tetapi kaki Syazwan tiba-tiba terhenti.
Dia berpaling ke belakang buat seketika sebelum berpaling ke arah Qhaira.
Seperti mahu berkata sesuatu.
"..Fine.."jawab Qhaira dalam nada pasrah.
"Kau boleh ikut."kata Syazwan sebelum membenarkan lelaki itu berjalan di sebelahnya.Apabila mereka semua melangkah keluar daripada rumah itu,pagar rumah itu ditutup dan dikunci dari dalam.
"So what's your name?.."
"Shafiy!"
"Tak nampak macam Shafiy pun."
Qhaira menahan senyumannya apabila Syazwan bersuara dalam nada menyindir.
"So..what's your relationship with Syazrif?"
"Friends with benefits."
Langkah Syazwan automatik terhenti.
Matanya beralih ke arah Shafiy dengan mata terbuntang.
"Not exactly friends..but..more to enemy with benefits,ehek!"
Syazwan mengambil pisau lipat dari poket jaket Qhaira lalu pisau itu dihala ke arah wajah Shafiy.
Shafiy yang tidak menyangka Syazwan akan bertindak sebegitu,mula menjerit dengan nyaring sebelum dia jatuh terduduk.
Qhaira dengan pantas memegang tangan Syazwan dari belakang sebelum pisau itu terkena pada wajah Shafiy.
"Awak lepaskan saya,Qhaira!This guy should die!"
"What did I do?!"jerit Shafiy yang sudah terpinga-pinga itu.
"Who do you think you are?!Berani kau sentuh adik aku?!"
Syazwan menendang tubuh Shafiy apabila tangannya tidak boleh digerakkan langsung.
Qhaira yang berada di belakangnya mula menarik tubuh Syazwan agar menjauhi Shafiy.
Dia tidak mahu Syazwan mengotorkan tangan.Biar dia saja lah yang menjadi sukarelawan.
"Well..dia minta tolong aku..Standard lah..Kena lah minta upah sikit kan?.."
"AAARGHH!!!Qhaira,lepas!Saya nak bunuh dia!Saya betul-betul nak bunuh dia!"
"Don't do that,Syazwan..kalau awak masuk penjara macam mana?I don't want that..Let me kill him instead..!"
Syazwan mencampak pisau itu ke arah Shafiy dengan riak wajah bengis sambil kakinya masih lagi cuba menyepak tubuh lelaki itu yang sudah mengesot ke belakang dengan riak wajah pucat.
"..Heck..Syazrif lagi baik dari kau.."
Syazwan memandang ke arah kereta Shafiy yang mengikut mereka dari belakang sejak tadi.
Dahinya berkerut tanda tidak puas hati.
"Saya rasa nak tumbuk muka dia.."
"Jangan lah sakitkan tangan awak."
Syazwan berpeluk tubuh lalu mendengus geram dengan riak wajah tidak puas hati.
Pandangannya dialihkan ke luar tingkap semula.Wajahnya yang terpantul pada cermin kereta membuatkan dia mula berasa sayu.
Apa yang sudah berlaku kepada Syazrif sepanjang ketiadaannya di samping lelaki itu?
"Don't think about it too much.."
"Macam mana saya boleh buat tak tahu je?..My little brother sell his body..I don't know if it'a because of my sister..Or if he does it just to survive,or to have fun,or to run away--"
"Your sister?.."
Syazwan automatik terdiam.
Lengannya digosok dengan riak wajah serba salah.Bibirnya diketap dengan kuat.
"..She's not a good person huh?"soal Qhaira apabila Syazwan tidak berkata apa-apa.
Syazwan dengan laju menggeleng.
Matanya dipejam.
"Well..she..sells me for money too.."
"...I know."
Syazwan berpaling ke arah Qhaira.
Wajah perempuan itu yang kelihatan tegang membuatkan dahinya berkerut.
Dia tahu?
"..Awak--"
"Let's...stop talking about this.Saya tahu awak tak suka cerita pasal ni.Saya taknak buat awak stress."
Syazwan perlahan-lahan mengangguk.
Sejujurnya memang dia tidak suka bercakap tentang hal ini.
Tetapi reaksi Qhaira membuatkan dia berasa pelik.Qhaira tahu tentang kisah silamnya sebelum ini?Maksudnya dia ada buat 'background search' dekat aku juga?
Tapi kenapa?
Tak silap aku..dulu aku berjaya lari daripada lelaki yang beli aku tu pun sebab...
...........sebab?
Sebab apa?..
Entah.Dia sendiri pun sudah lupa.
Tapi entah kenapa,selepas bertahun-tahun perkara itu berlaku,dia berasa seperti dia telah melupakan sesuatu yang sangat penting.
Syazwan sendiri tidak tahu berapa jam masa berlalu,yang dia tahu,sebaik sahaja dia membuka mata selepas terlelap,dia sudah tiba.
Dia depan rumah yang kelihatan terlalu besar.
Atau mungkin dia yang terlalu miskin.
"Kita dah sampai.Jom."
Syazwan tersentak apabila Qhaira sudah membuka pintu kereta untuknya.Sejak bila perempuan itu keluar pun dia tidak sedar.
Dia terlalu khusyuk melihat rumah di hadapannya yang kelihatan unik?
"..Woah..that girl is rich."bisik Shafiy yang berjalan ke arah mereka dengan matanya yang masih memandang ke arah rumah di tepinya.Sebahagian pemandangan rumah itu ditutupi oleh pagar yang tinggi,jadi mereka cuma boleh melihat tingkat atas yang mempunyai balkoni panjang dan meja kecil di penjuru dinding.
Shafiy menekan suis loceng di tepi rumah itu sekali.Selepas lama menunggu,masih tiada orang yang datang menjemput mereka masuk.
Qhaira mengerlingkan matanya ke atas.
Loceng rumah itu ditekan berkali-kali.Mungkin 10,20 kali?Terlalu laju sehingga pucat wajah Syazwan dibuatnya.
"Qhaira..!Kalau rosak macam ma--"
Serentak dengan itu,pagar rumah itu dibuka oleh seorang budak kecil yang kelihatan bengis dengan alat kawalan di tangannya.
"..Haish..Kalau kau asyik tekan macam tu,boleh rosak loceng rumah ni."
"Tekan sekali taknak buka."
"Aku tengah makan!Semua tengah makan!Dah lah tudung aku tiba-tiba hilang..pastu kau pula tak sabar-sabar."jawab Safaira sambil berpeluk tubuh.Tudungnya yang senget kerana dipakai dalam keadaan kelam kabut itu membuatkan Qhaira tersenyum sinis.Tudung Safaira ditarik ke depan sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah itu tanpa dijemput.
Kasutnya diletakkan ke tepi.
"Oh?Lelaki ni..Muka dia saya macam Syazrif."
"Syazrif ada dekat sini?"soal Syazwan laju.
Safaira memandang Syazwan atas bawah sebelum mengangguk perlahan.
Kemudian dia memandang ke arah Shafiy.
"Ah!Kau..!Dekat shopping mall tu?"
"Eh?Kita pernah jumpa ke?"
"Kau tak nampak aku.Tapi aku nampak kau.Kau pegang pinggang Syazrif..lepastu bisik benda tak elok.."jawab Safaira sambil menghaluskan pandangan matanya.
Shafiy memandang ke arah wajah Syazwan yang kelihatan tegang itu.
Air liurnya ditelan.
Pahit.
"..So,uhh..where is Syazrif?"
"Dapur."jawab Safaira sebelum melangkah ke dapur dengan laju.
Syazwan yang akhirnya melangkah masuk ke dalam rumah itu selepas memberi salam mula memandang ke arah sekelilingnya.
"Besarnya.."
"...Awak suka rumah besar ke?"
"Well,I do.Tapi tak ada lah besar sampai macam ni..This looks like a castle.."jawab Syazwan dalam nada berbisik.Lampu 'chandelier' yang tergantung di atas siling membuatkan dia terlopong buat seketika.
Cantik..
"Rumah kawan sekerja saya lagi besar.Pembantu rumah duduk dalam rumah dia pun,ada banyak lagi ruang kosong."
"Wow...Memang kawan awak semua kaya ke?"
"Saya pun kaya juga."
Syazwan tergelak kecil melihat wajah Qhaira yang kelihatan seperti tidak puas hati yang dia hanya fokus kepada kekayaan orang lain.
"Yes,yes..Rezeki awak.Alhamdulillah.."jawab Syazwan sambil mengusap kepala Qhaira.
"Rezeki?"soal Qhaira perlahan.
"Iya lah..Awak dapat apa yang awak nak sebab Allah.."
"..Huh.Tak semua."jawab Qhaira dengan pandangan sinis.
Kening Syazwan terangkat apabila melihat wajah Qhaira yang kelihatan dingin.
Entah kenapa ayat Qhaira tadi kedengaran agak..tamak?
"Tak semua awak nak,Allah bagi..biasa lah tu."
"Tapi saya betul-betul nak..sesuatu ni.Saya tak kisah pun pasal harta saya apa semua,He can take it back if He wants to..I just want this 'one' thing.."
"Apa dia tu?"
Qhaira kelihatan waswas mahu menjawab.
Baru sahaja dia hendak membuka mulut,suara orang bergelak ketawa mula kedengaran apabila mereka sudah hampir di area dapur.
"I want to eat..But I'm full.."
Tisya bersuara dalam nada sedih apabila bubur di dalam mangkuknya sudah habis dan perutnya sudah penuh.
"Puan..Macam mana puan boleh makan banyak macam tu..?!"
Sharika yang ingin menambah buat kali ke-5 memandang ke arah Tisya dengan pandangan tajam.
"Sudah lah tu,puan!Gemuk puan nanti..!"
"..Kau sengaja cakap macam tu sebab kau takut aku makan semua ni habis kan?"
"Puan simpan lah juga untuk kami!"
Sharika mengerlingkan matanya ke atas sebelum meletakkan pinggannya ke tepi.
Semua yang berada di situ mula bersorak kegembiraan.
"Makan malam ni pula!Simpan dulu,simpan dulu!"
Syazrif yang melihat gelagat pengawal rumah itu,mula tergelak kecil.
Dia berpaling ke arah Safiy yang sedang memandang ke arahnya.
"Kenapa tengok sa-- abang macam tu..?"
"..tak ada apa lah..Cuma..sebelum ni,rumah ni sunyi."jawab Safiy dengan senyuman senget.
Syazrif mengerutkan dahinya buat seketika.
Entah kenapa,Safiy nampak sedih sejak lelaki A tadi datang.Apa nama dia?..Syahril?
"Syazrif.Ada orang nak jumpa kau."
"Hm?Me?"
Syazrif berpaling ke arah Safaira.
Wajah Shafiy yang berada di belakang mereka membuatkan dia berdiri dengan riak wajah terkejut.
"Shafiy??"
"Ya saya?"jawab Safiy yang berada di meja makan.
"No..I mean..Sha.Fiy."
"Oh..Nama dia nak dekat sama dengan aku."jawab Safiy perlahan dengan riak wajahnya yang kelihatan malu.
"Syazrif..!!"
Shafiy merengek dengan kuat sebelum memeluk erat tubuh Syazrif seperti budak kecil.
Syazrif sudah mula membuntangkan mata.
Safaira yang tidak menyangka lelaki itu akan berbuat begitu,mula menolak tubuh lelaki itu ke tepi dengan sekuat hati.Tetapi tubuhnya tiba-tiba ditolak oleh Syazrif perlahan.
Isyarat yang sering diberikan oleh Syazrif yang menandakan 'jangan menyibuk ini perkara serius'.
"Syazrif..tadi..tadi..aku kena buli..!"Shafiy bersuara dalam nada sayu sambil membenamkan wajahnya pada leher Syazrif.
"Hah?Kau lupa bayar hutang lagi ke?"soal Syazrif sambil cuba menolak tubuh Shafuy agar menjauhinya.Pinggangnya yang dipegang erat itu membuatkan bulu romanya mula meremang.
"Mana ada!Aku mana ada hutang dah..!"jawab Shafiy lagi dengan matanya yang berkaca.
"Dah tu?Aish-- lepas dulu lah..!Dah lah ada ramai orang dekat sini--"bisik Syazrif.Matanya melilau ke arah pengawal rumah itu yang sibuk membuat kerja sendiri.Ada yang mengemas barang dan ada yang mencuci pinggan.
"Taknak!..I miss your smell..I search for you everywhere..Maaf sebab bagi maklumat kau dekat perempuan gila tu.."
Syazrif berpaling ke arah Sharika yang mencerlung tajam ke arah mereka berdua sejak dari tadi.
Dahi perempuan itu berkerut.
"..You liar!Kau kata nak rahsiakan!"
"She put a gun on my head!Aku takut lah!"
"You have a gun?"
Sharika berjongket bahu dengan riak wajah dingin.Masih lagi kelihatan tidak puas hati dengan posisi mereka berdua.
"Syazrif,hug me back!"
"No..That's--"
Lehernya yang dicium membuatkan Syazrif mengetap bibirnya.
Melihat riak wajah Syazrif yang kelihatan berlainan itu,kening Sharika terangkat buat seketika.Safiy yang dari tadi melihat mereka berdua,mula berasa tidak selesa.
"Hey!Let him g-"
Safiy automatik terdiam apabila rambut Shafiy ditarik dari belakang oleh lelaki yang tidak dikenali.
"Ow,ow,ow!Syazrif..!Aaaa..!!"
Syazrif dengan pantas melangkah ke belakang.
Sharika yang berada hampir dengannya,menahan pinggang lelaki itu daripada terkena bucu meja.
Kening Safiy terangkat sesaat apabila melihat kelakuan kecil yang baginya sangat bermakna itu.
"Sakit lah!"
"Well,stop doing anything funny.Do you want me to punch you again?"soal Syazwan dengan riak wajah dingin sebelum menolak kepala Shafiy ke tepi.
Wajah Syazrif dipandang lama.
Syazrif yang tidak menyangka akan berjumpa dengan lelaki itu secara tiba-tiba mula gelabah mahu memberi reaksi.
"What are you doing here?"soal Syazrif sambil berpeluk tubuh.Senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Well..Qhaira bagitahu aku pasal...tu.."jawab Syazwan sambil menuding jari ke arah Shafiy yang berada di sebelahnya dengan tangan yang sedang menggosok kepala sendiri.
"..Of course she does."jawab Syazrif dengan riak wajah menyampah.Matanya dijeling ke arah Qhaira.
"Then,what?Datang nak bagi ceramah?"soal Syazrif lagi.
"No..I just want to say sorry that I chase you away from my house.."jawab Syazwan perlahan sambil bermain dengan jarinya untuk menghilangkan perasaan gemuruhnya.
"You chase him away from your house?Bummer!Syazrif,kau sepatutnya datang rumah aku!"
Syazwan menjeling ke arah Shafiy dengan riak wajah bengis.
Qhaira yang berada di sebelah Shafiy menendang perut lelaki itu dengan pandangan kosong sehingga lelaki itu terduduk.
Syazrif berpaling ke arah ruang dapur itu yang kelihatan kosong.
Masing-masing tahu untuk memberi privasi.
Kecuali Safiy,Sharika dan Safaira.Tapi mereka sudah tahu.Jadi tiada apa untuk dirahsiakan.
"And what?Let you f*ck me again?"
"Well...Lagipun dah lama kita tak.."
"Eh,kau ni kan--"
Syazwan melangkah ke arah Shafiy,tetapi lelaki itu dengan pantas merangkak ke arah Syazrif lalu menyorok di belakang lelaki itu.
"Syazrif..tengok lah dia ni!Sepatutnya dia berterima kasih dekat aku sebab tolong kau keluar daripada rumah tu!"jerit Shafiy apabila Qhaira mula menghampirinya.
"..So you did run away from Irina's house?"soal Syazwan dengan riak wajah tegang.Tubuh Qhaira dihalang daripada melangkah ke arah Shafiy.
"I did."
"Kenapa?"
Syazrif yang masih berpeluk tubuh itu mengetap bibir buat seketika.Wajahnya terang-terang mengatakan yang dia tidak selesa.Tetapi dia tidak mahu menunjuk apa-apa kelemahan.
Dia serba salah mahu menjawab.
"Well,if you got rape by 3 guys,would you stay there..?!"soal Shafiy dalam nada separuh menjerit separuh berbisik.
Safiy dan Safaira serentak terlopong kecuali Sharika yang tidak kelihatan terlalu terkejut.
Dia sudah tahu pasal perkara ini selepas menyiasat tentang Irina.
"Shafiy!!F*ck!That was suppose to be a secret!!"
"Aku geram masalahnya!Dia buat macam aku orang jahat,padahal aku sorang je yang tolong kau dekat dalam rumah tu!Kalau tak sampai sekarang kau--"
Syazrif menepuk wajah Shafiy.Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.
Cukup baginya untuk melepaskan geram.
Mahu sahaja dia menampar wajah lelaki itu,tetapi dia terlalu kesian dengan wajah lelaki itu yang sudah kelihatan lebam.
"Okay,so now you know.Happy?Aku tengah sengsara,kau pula seronok dekat luar!"jawab Syazrif dengan wajahnya yang sudah berona merah.Mungkin kerana marah?Mungkin kerana malu?Dia pun tidak tahu..yang dia tahu mukanya berasa panas sekarang.
"I was suffering too!Kau tahu tak apa lelaki tu buat dekat aku sepanjang aku duduk dalam rumah dia..?!"
Qhaira yang berada di tepi Syazwan mengerutkan dahinya buat seketika.
Seperti mengingati sesuatu yang tidak menyenangkan.
Sharika yang terpandang riak wajah Qhaira menongkatkan pipinya.
Seperti berminat dengan sesuatu.
"Apa dia buat?"
"Well..Let's just say,kita lalui benda yang sama..!"jawab Syazwan dalam nada terdesak.
"Kau ada kawan boleh bantu kau..Aku ni..?Aku sorang-sorang..I can't even go to school..And I have to rely on someone I hate.."suara Syazrif menjadi semakin perlahan di penghujung ayatnya.
"Heck..It hurts you know..doing it.."bisik Syazrif perlahan sambil mengenggam hujung bajunya.Tangannya mula menggeletar.
"Tapi aku buat tak sakit kan?I'm very gentle--"suara Shafiy automatik terhenti apabila melihat wajah Syazrif yang kelihatan seperti ingin menangis.
Senyuman nakalnya tadi serta merta hilang sebelum perlahan-lahan dia berdiri.
"..I think that's enough for today."Shafiy bersuara dalam nada mendatar lalu berdiri di hadapan Syazrif.Pandangan matanya bertukar tajam.
"Let's continue this later."Sharika bersuara dalam nada sopan.Tubuh Syazrif ditarik ke dalam dakapannya sambil dia tersenyum paksa ke arah Qhaira dan Syazwan.
"..Ah..Hey,don't cry.."bisik Safaira yang sememangnya lemah dengan air mata Syazrif.
Safiy yang melangkah ke arah mereka mula berjongket menghulur tisu ke arah Syazrif dengan riak wajah serba salah.
"..Sorry.."bisik Syazwan perlahan.
"Sorry for not being there for you.."bisiknya lagi yang kedengaran jelas di telinga Syazrif.
"Go away!Kau dah ada semua pun,kau masih nak lebih!Abang jenis apa kau ni--"
Syazrif menekup dadanya.Nafasnya yang berasa sesak secara tiba-tiba membuatkan dia mula memejam matanya dengan rapat.
Bahu Sharika digenggam erat.
Syazwan yang memandang wajah adiknya yang kelihatan pucat mula melangkah ke arah Syazrif, tetapi ditahan oleh Shafiy.
"What..?!"
"What,what..?!Dia jadi macam tu sebab kau ada kat sini!Pergi lah tunggu dekat tempat lain!You're making it worse for him..!"
Qhaira menjeling ke arah Shafiy,tetapi entah dari mana Shafiy mendapat keberanian untuk menjelingnya dengan lebih tajam.
"Come on,Syazwan..Kita duduk tempat lain dulu lah.."
"..ah..inhaler...bagi dia inhaler.."bisik Syazwan ke arah Shafiy sebelum tubuhnya ditarik pergi.
Syazwan menarik nafas kemudian menghembusnya perlahan.
Wajahnya kelihatan gelisah sambil dia berjalan ke kiri dan ke kanan.
"..Qhaira..he hates me."
"Syazwan,bertenang lah dulu..dia bercakap ikut perasaan..You both can't think straight..You two were too emotional.."
"He hates me.He hates me for real.."bisik Syazwan lagi.Tubuhnya yang dipeluk membuatkan dia mula berasa lemah.
"..Kenapa saya tak pergi jenguk dia lepas saya dah okey..?Kenapa saya cemburu dekat dia sebab boleh duduk dengan Irina?Kenapa saya tak tanya khabar dia langsung?He hates me..Qhaira,dia benci saya.."Syazwan bersuara dengan matanya yang berkaca.Tubuh Qhaira juga dipeluk erat.
"You need to calm down..Keadaan awak pun teruk waktu tu..You were depressed.You tried to kill yourself 2 times remember?"
"Macam mana awak tahu..?"
"..It doesn't matter..Apa yang penting,awak bertenang dulu..Kalau dua-dua macam ni,you both can't have a real conversation.."bisik Qhaira di telinga Syazwan.Tubuh lelaki itu diusap perlahan.
Apabila Syazwan sudah bertenang,kedua-duanya melabuhkan punggung di atas sofa.
Selepas hampir 10 minit menunggu,bunyi tapak kaki yang menuju ke arah mereka membuatkan Syazwan dan Qhaira berpaling ke arah tangga.
Wajah Shafiy yang kelihatan murung itu dipandang lama.
Lelaki itu melangkah ke arah sofa lalu duduk di sofa yang terletak di hadapan Syazwan dan Qhaira dengan riak wajah sedih.
"Why are you outside?"soal Qhaira sebaik sahaja lelaki itu kelihatan selesa.
"Sharika halau.She said I'm making things worse."jawab Shafiy dalam nada kecewa.
"Good to know."jawab Qhaira sepatah.
Syazwan tidak berkata apa-apa.
Emosinya sekarang pun tidak berapa baik.
Dia cuma ingin melihat keadaan adiknya.
"Syazrif okey?"
"..Maybe?Mula-mula ingat dia okey..But it only last for 10 seconds."
Syazwan mengetap bibirnya dengan riak wajah risau.Tangannya yang digenggam erat oleh Qhaira,menenangkan sedikit hatinya yang masih tidak boleh bertenang sepenuhnya.
"..Berapa lama Syazrif buat kerja tu..?"
"Erm..Let's see..He started when he's 14.."
"14..?"
"Yup..But I meet him when he's 13."
Shafiy menyilangkan kakinya dengan riak wajah kosong sebelum mula membuka cerita.
Cerita lama yang hanya dia,Irina dan Syazrif sahaja yang tahu.
Sepatutnya lah..
Tapi sekarang keadaan dah terlalu kucar kacir.
Jadi lebih baik jika dia membuka sedikit rahsia itu..
Sorry,Syazrif.
Share this novel