Syazwan menggeliat buat seketika apabila dia terjaga daripada tidur.
Wajahnya berona merah.
'..ah..bila aku teringat apa jadi tadi,aku rasa taknak bangun.Sesiapa tanam lah aku.'
Syazwan berkelubung di dalam selimut semula sambil menyepak bantal yang dipeluknya untuk melepaskan perasaan malu yang membukit.
Serentak dengan itu,bunyi pintu rumahnya yang diketuk membuatkan dia membuka matanya semula.
Dengan bersusah payah,pintu biliknya dibuka selepas dia melangkah turun dari katil.
Segala benda di sekelilingnya kelihatan seperti berpusing.Dia tidak boleh berjalan dengan laju tanpa badannya terhuyung-hayang.
Sebaik sahaja dia menyengetkan kepalanya,kelibat Qhaira yang berada di dapur mula kelihatan.
"..Qhaira..?"
Qhaira yang kelihatan seperti sedang mencari sesuatu itu berpaling ke belakang.
"Syazwan.Why are you awake?Pergi tidur balik.Awak tak sihat--"
"..Siapa dekat luar?"
"...I don't know..!Tapi rasanya mungkin Qaireena dengan Khairul..I lost my face mask.Saya rasa saya dah terbuang..Macam mana saya nak tutup muka saya?"
Syazwan menyengetkan kepalanya apabila dia berasa pening.
Wajah Qhaira dipandang lama.
"..Awak memang taknak diorang tengok muka awak..?"soal Syazwan perlahan.
Bukan apa..sebelum ini Qhaira elok sahaja pergi ke sekolah tanpa face mask.Jadi fikirnya,mungkin Qhaira tidak berapa mempedulikan wajahnya,tetapi lebih kepada fikiran orang lain terhadap dirinya.
"..saya tak kisah.Saya cuma lebih fikirkan tentang awak..Nanti kalau diorang cakap apa-apa.."
Haa.Kan betul?
Syazwan tersenyum bangga buat seketika,tetapi memandangkan dia sedang sakit,senyuman itu kelihatan seperti sayu.
Qhaira yang melihat senyuman itu mula salah faham.
"...uhh..Saya minta maaf.."
"Tak..No need..buka je lah..nanti saya cuba jelaskan dekat diorang."
Qhaira kelihatan seperti was was.Topi jaketnya ditarik ke depan seperti ingin menyorok seluruh wajahnya.
Melihat Qhaira yang tidak berganjak,Syazwan melangkah ke arah pintu rumahnya dengan badannya yang terhuyung hayang.
Tubuhnya yang hampir terjatuh di sambut oleh Qhaira.
"..sorry."bisik Syazwan perlahan.
Tombol pintu dipulas lalu wajah Qaireena yang ceria dan Khairul yang kelihatan dingin itu terpampang di depan muka pintu.
"...Ya,saya?"soal Syazwan perlahan.
Khairul dan Qaireena serentak menghulurkan plastik berisi makanan ke arah Syazwan.
Masing-masing melangkah masuk tanpa dipinta.
"..Ah..terima kasih..apa korang buat kat sini..?"soal Syazwan lagi.Plastik di tangannya di ambil oleh Qhaira tanpa disuruh.
Nampaknya mereka masih tidak perasan Qhaira tidak memakai apa-apa pelitup muka.
"..mommy cakap kau demam."
"Ah,ya..demam sikit je."jawab Syazwan sambil mengeluarkan coklat dari dalam peti.
Wajah Qhaira dipandang dengan pandangan manja dengan bibirnya yang dimuncungkan.
Tetapi Qhaira hanya mengerutkan dahinya lalu Syazwan menutup pintu peti ais itu semula dengan riak wajah sedih.
"Jadi..Qaireena suruh aku melawat--"
"Eh- Awak yang merayu dekat saya nak pergi tadi?Saya terpaksa habiskan mesyuarat awal sebab--"belum sempat Qaireena menghabiskan ayatnya,pipinya dipicit oleh Khairul.
Mata Khairul yang menjengil ke arahnya membuatkan keningnya terangkat.
"..Qaireena..Awak..diam lah.."bisik Khairul perlahan.Tangannya yang dipegang erat itu membuatkan dahinya berkerut.
"..Apa salahnya straightforward.."jawab Qaireena pula.Juga dalam nada berbisik.
Syazwan yang melihat gelagat mereka tergelak kecil kemudian menggeleng kepala.
Qaireena berpaling ke arah Syazwan,kemudian ke arah Qhaira.
Baru sahaja dia hendak berpaling ke arah Khairul semula,matanya terbuntang.
"Ceisya..?"
Qhaira menarik topi jaketnya ke depan apabila Qaireena memandang ke arahnya dengan pandangan tajam.
"..w..what are you doing here?"soal Qaireena dengan riak wajah tidak percaya.
Jaket Qhaira yang kelihatan sama dengan jaket seseorang,membuatkan matanya terbuntang.
"Qhaira?Ceisya and Qhaira?The same people..?!"
Syazwan menggosok lehernya dengan riak wajah kekok.Ah,ya..dia tak tahu lagi Ceisya sebenarnya Qhaira.Bagi dia,Qhaira dengan Ceisya adalah dua orang yang berbeza.
"Yeah..Lebih kurang macam tu la.."jawab Syazwan perlahan dengan riak wajah kekok.
Kepalanya yang berasa pening membuatkan dia mula terhuyung hayang,tetapi tubuhnya disambut oleh Qhaira.Buat kali kedua.
"..Saya rasa baik awak baring."
"..ah..okey.."
Baru sahaja Syazwan ingin melangkah masuk ke dalam biliknya dengan bantuan Qhaira,pertanyaan Khairul menghentikan langkahnya.
"..so that means,you live with your own student?"
Syazwan berpaling buat seketika.
"..so what?You kiss your own student."jawab Syazwan dengan riak wajah malas.
Kening Qaireena terangkat.
Wajah Khairul pula automatik berona merah.
Seperti tidak mahu mengalah,dia bersuara lagi.
"Tapi korang duduk satu rumah!Mustahil lah tak ada apa-apa berlaku.."
Syazwan ingin bersuara,tetapi apabila mengingati ciuman Qhaira tadi,wajahnya juga turut berona merah.
"Mana ada jadi apa-apa..!"
"Oh,yeah?Mesti awak dah pegang tangan dengan dia kan?"
"Mana ada!"jawab Syazwan laju.Lengannya sendiri dicengkam bagi menghilangkan rasa panik.
"Did you do anything naughty with her?"soal Qaireena dengan matanya yang dikecilkan.
Syazwan berpaling ke arah Qhaira buat seketika.
Qhaira yang melihat pandangan Syazwan,menggosok belakang lehernya sendiri dengan riak wajah sayu.Mungkin kerana rasa bersalah?
"K..Kalau ada pun,bukan masalah awak."jawab Syazwan perlahan.
"Jadi ada lah?"
Melihat Syazwan yang tidak menjawab,Qaireena menggeleng kepala dengan riak wajah kecewa manakala Khairul pula sudah mengurut ruang di antara keningnya.
"Enough."
Qhaira yang tiba-tiba bersuara menarik perhatian mereka bertiga.
"..dia tengah sakit.Nak membebel,membebel lain kali lah.And this is not your house jadi tolong hormat tuan rumah."
Sebaik sahaja Qhaira berkata begitu,tubuh Syazwan ditarik agar mengikutnya ke dalam bilik.
Tiba sahaja di depan katil,bahu Syazwan ditekan sehingga lelaki itu terduduk.
"..rehat."bisik Qhaira perlahan.
Matanya tidak memandang tepat ke arah anak mata Syazwan seperti biasa.
Tapi rasanya,semua orang tahu sebabnya kan?
Kelibat Qaireena dan Khairul yang mengintai mereka di sebalik muka pintu membuatkan Syazwan mengeluh perlahan.
Oh,ya..tak semua tahu.
"..tapi saya nak makan.."
Qhaira yang baru sahaja ingin melangkah keluar,berpaling ke arah Syazwan semula.
"..i can bring it to your room."
"Nooo..Alaa.."
Syazwan mula merengek apabila Qhaira tidak mengendahkannya.
Apabila dia memanggil nama Qhaira berkali-kali baru lah Qhaira berpaling ke arahnya semula.
Keluhan berat dilepaskan.
"..Okay,fine..Jom.."
Qhaira menghulurkan lengannya agar Syazwan dapat berpaut padanya.
Tubuh Syazwan yang sedikit menggigil itu membuatkan dia berat hati mahu membiarkan Syazwan berjalan.
"..Is your fever that bad?"
"..maybe?"jawab Syazwan.Dahinya yang disentuh oleh Khairul dibiarkan.
Apabila Khairul menarik tangannya semula,wajah terkejut lelaki itu membuatkan dia tersenyum tawar.
"Dah..jom makan..memandangkan korang datang sini,mesti korang tak makan lagi."
"..Hehe..macam mana tahu?"jawab Qaireena lalu melangkah laju ke arah meja makan.
Dia akan bertanya pasal Qhaira nanti.
"Kau dah jumpa adik kau?"
Syazwan mengangguk laju sambil mengunyah nasi di dalam mulutnya.
"Bagus lah tu..Kau taknak jumpa dia ke?"soal Khairul lagi.Nasi yang disuap oleh Qaireena itu membuatkan dia membuka mulut buat kali kedua.
"..nak..Tapi aku tak tahu rumah dia dekat mana.."jawab Syazwan perlahan.
Wajah Syazrif bermain di dalam kepalanya.
Entah kenapa dia berasa..tidak sedap hati?
"..saya boleh tolong carikan!"
"..tak payah.Aku dah suruh orang carikan.Dia buat kerja cepat.So,tak payah sibuk."
Qaireena memandang ke arah Qhaira dengan dahi yang berkerut.
Riak wajahnya mula kelihatan seperti tidak puas hati bercampur marah.
Garfu di tangannya dicincang di atas ayam yang berada di atas pinggan.
"I was just trying to help!Why are you acting like I'm your nemesis?"soal Qaireena laju dengan suaranya yang cuba dilembutkan.
"Well you're annoying.Sila cermin diri."
"No,you're annoying!"
"I seriously don't get why he would choose you."
Qhaira bersuara dengan riak wajah kosong tanpa mamandang ke arah Khairul.
Matanya hanya fokus ke arah wajah Syazwan,tetapi setiap kali Syazwan memandang matanya,matanya automatik beralih ke tepi.
"..because I love her,that's all.Don't provoke her anymore..I really don't want to see her angry side."Khairul bersuara dalam nada perlahan dengan senyuman tawar apabila Qhaira kelihatan seperti masih tidak mahu mengalah.
"..Hah?Maksud awak sekarang ni dia tak marah?"soal Syazwan pula.
Wajah Qaireena yang kelihatan bengis itu membuatkan dahinya berkerut seperti tidak memahami maksud Khairul.
Baginya,Qaireena sudah kelihatan seperti ingin mengamuk.
"..tak.That's just her throwing a tantrum.."
"What do you mean..?!I'm mad!Like,mad!!Awak marah lah dia ni!"Qaireena bersuara dengan suaranya yang kedengaran seperti merengek.
Bulu roma Qhaira automatik meremang mendengar suara itu.
Terlalu cringe.
Syazwan pula sudah melepaskan tawa kecil.
"..Oh,well..Kalau dulu dia tak macam ni pun..jadi mungkin dia dah mula jadi macam manusia disebabkan awak."
Khairul tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata itu.
Ya,memang pun.
Jika mahu dibandingkan Qaireena sekarang dengan Qaireena yang dulu,Qaireena yang dulu memang nakal,tetapi emosinya tidak berapa kelihatan pada wajahnya.
Jika dia sedih,wajahnya kosong.Jika dia marah,wajahnya kosong.Jika dia gembira?Wajahnya tetap kosong.
Memang perempuan itu tiada apa-apa riak wajah.
Jadi apabila Qaireena sudah boleh mengerutkan dahi,senyum,merengek,dengan mata yang juga turut menjelaskan perasaannya,perubahan perempuan itu boleh dikatakan agak ketara.
Tetapi tidak selalu..kadang-kadang Qaireena juga boleh gembira tanpa menayangkan apa-apa riak wajah.
Terlupa katanya.
Mungkin kerana sudah terbiasa dengan mukanya yang tidak menayangkan apa-apa reaksi.
"Macam manusia?Saya memang manusia pun!"suara Qaireena menyedarkan Khairul dari lamunannya.
"..Shut up,you sound like an angry pig."
"What did you just say..?!"
"Kena ulang ke?Malas lah.."
Qaireena mula mengangkat punggungnya lalu menuju ke arah Qhaira yang masih tidak mempedulikannya.
"Jom.Settle dekat luar."
Woah.
Cara dia mengajak Qhaira bergaduh,sebiji macam lelaki.
Syazwan dan Khairul serentak tersengih dengan kelakuan Qaireena.
"No.I need to take care of him.So please shut up."
"No!Let's fight!"
"..tolong lah jadi matang sikit...What happen to the you from 5 years ago?.."
Seperti masa terhenti,Qaireena secara tiba-tiba terdiam.Riak wajahnya berubah 360 darjah.
Keningnya terangkat.
"..So you do know me?"soal Qaireena dengan dahinya yang sedikit berkerut.
Qhaira berpaling ke arahnya.
Senyuman senget terukir di bibirnya sebelum dia berpaling ke arah Syazwan semula yang kelihatan seperti terkejut dengan suasana yang tiba-tiba berubah itu.
"..Hey,I'm asking..do you know me?"
"So what if I did?"
"Who are you?Aku rasa aku kenal kau..tapi aku tak ingat..have we met before?"
Nada suara Qaireena juga turut berubah.
Jika tadi dia bersuara lantang,sekarang dia bersuara seperi seorang polis yang sedang bercakap dengan penjenayah.
Qhaira mengerlingkan matanya.
"..korang pernah berjumpa ke sebelum ni?"soal Syazwan perlahan dengan riak wajah ingin tahu.
Dia tahu Qhaira akan menjawab soalannya.
"..mhm."
"..so it's true?When,where,why,how?"soal Qaireena laju.
Khairul yang melihat gelagat Qaireena hanya menggeleng kepalanya.
Nasi yang dipenuhi dengan kuah kari itu dicedok lalu disuap ke arah mulut Qaireena.
"..Fikir sendiri lah."
Apabila melihat riak wajah sedih Qaireena,Syazwan melepaskan keluhan berat.
"..Bagi lah dia clue sekurang-kurangnya.."
Qhaira berpaling ke arah Qaireena sekilas sebelum matanya dijeling ke atas seperti malas mahu melayan perempuan yang berdiri di tepinya.
"..we met because I told you I want to learn how to defeat someone."
Kening Qaireena terangkat.
Wajah Qhaira dipandang lama.
Kepalanya tiba-tiba berdenyut dengan kuat.
'You're actually good but I'm still better than you..oh,kau tak faham BI kan..sedih betul hidup kau.Aku cakap tadi..kau hebat..faham?Tapi aku lagi kuat..faham?'
"..Oh..!"
Qaireena mengecilkan matanya ke arah Qhaira seperti cuba mengingati sesuatu.
Tetapi gagal.
"..Aish..I do know you.I know that I know you..!"
Qhaira berpaling ke arah Syazwan kemudian menjongketkan bahunya.
Bibir Syazwan yang comot itu disapu menggunakan tisu lalu segelas air kosong dihulur kepada lelaki itu.
"I technically already tell you the answer,so now please shut up."
Qaireena berpeluk tubuh sambil cuba menenangkan fikirannya.
Khairul yang dari tadi hanya mendiamkan diri,memandang ke arah Qhaira dengan pandangan tajam.
"..Kita pernah jumpa kan sebelum ni?"
Pergerakan Qhaira terhenti buat seketika sebelum dia mengemas meja seperti tidak mendengar kata-kata Khairul tadi.
"You think so?"soal Qhaira tanpa memberi apa-apa riak wajah.
"Yeah..Saya kenal awak..kita pernah jumpa..tapi saya tak ingat bila."
Syazwan berpaling ke arah Khairul kemudian ke arah Qhaira bersilih ganti.
Entah kenapa aura di antara mereka kelihatan seperti.......
"..kenapa kau tengok dia macam tu?"soal Qaireena dengan dahinya yang berkerut sebelum berdiri di hadapan Khairul.
Qhaira tergelak kecil sebelum senyuman sinis terbit di bibirnya.
"..why?are you jealous?Hm,aku faham.Must be hard having a cute husband."jawab Qhaira tanpa berpaling ke arah Qaireena.
Tangannya sibuk mencuci pinggan.
Kening Syazwan terangkat buat seketika lalu wajahnya sendiri disentuh.
"..Eh..you called me cute?I'm handsome okay?"Khairul yang berada di belakang Qaireena,bersuara dalam nada tidak puas hati.Wajah Qaireena pula sudah kelihatan pucat.
Tubuh Khairul dipeluk lalu dijauhkan dari meja makan itu.
"..Qaireena?"
"Saya nak balik."
"Eh..?Saya tak habis makan la--"belum sempat Khairul menghabiskan kata-katanya,tubuhnya sudah terlebih dahulu diheret keluar daripada rumah itu.
Syazwan yang masih berada di meja makan itu hanya memandang ke arah Qhaira yang sedang menutup pintu rumah dengan senyuman puas hati.Tangannya di lap pada kain yang tergantung pada peti.Sebaik sahaja dia berpaling,Syazwan sudah menutup pintu biliknya tanpa sebarang kata-kata.Kening Qhaira terangkat.
Syazwan memandang wajahnya di depan cermin sambil memberus giginya.
Dahinya berkerut sesaat sebelum dia membasuh berus giginya dan berkumur.
Pili air sinki ditutup.
Pintu bilik air ditutup lalu tubuhnya direbahkan di atas katil dengan kasar.
Hatinya yang berasa pelik membuatkan dia mengiring ke kanan.
Kemudian ke kiri,dan ke kanan,dan ke kiri semula.
"..aish..cute sangat ke Khairul tu?.."
Riak wajahnya bertukar sayu.
Syazwan membenamkan wajahnya ke arah bantal lalu matanya dipejam rapat.
Baru sahaja dia hendak lena dibuai mimpi,bunyi pintu biliknya yang diketuk membuatkan dia terjaga semula.
"..masuk lah.."
"..awak tak makan ubat lagi malam ni.."
"..saya tak rasa nak makan.."jawab Syazwan sebelum berpaling ke tepi.
Tidak mahu melihat wajah Qhaira.
"..mana boleh macam tu..nanti kalau--"kata-kata Qhaira terhenti apabila dia menekup leher Syazwan.
"..Panasnya.Syazwan,pergi hospital nak?"
"Hah..?!Taknak..Nanti kena cucuk.."jawab Syazwan lalu mula melarikan diri daripada Qhaira yang sudah mula menarik bantal peluknya.
"..Tak..masalahnya,panas betul.Macam tak berkesan je ubat ni.."
"..Taknak...Saya-- Kalau awak sentuh saya,saya taknak cakap dengan awak!"
Qhaira yang berniat mahu menarik lengan Syazwan automatik terhenti.
Matanya juga kelihatan terkejut.
"..tapi..awak tengah sakit..I don't like seeing you like this."
"..why do you care so much.."jawab Syazwan dalam nada berbisik.Bibirnya memuncung apabila Qhaira menayangkan riak wajah sayu.
"..well...that's.."
"Rahsia?"
Qhaira mengetap bibirnya lalu mengalihkan pandangannya ke tepi.
Tidak tahu mahu berkata apa.
"..fine..get out then.."
"..Saya-- Sebab saya-- I..treasure you a lot!"kata Qhaira dalam nada separa menjerit.
Riak wajahnya kelihatan serius.Matanya yang tadi tidak fokus,kini memandang tepat ke arah anak mata Syazwan.Dahinya berkerut.
"..jadi..Saya nak awak cepat sihat..saya nak payungkan awak setiap kali kita jalan bawah hujan.."
Wajah Syazwan automatik berasa panas.
Jika lampu biliknya tidak tertutup sekarang,dia pasti Qhaira boleh melihat wajahnya yang mungkin sudah berona merah sekarang.
"..k..klise.."bisik Syazwan perlahan.
Qhaira hanya membalas dengan senyuman tawar.Pil di tangannya dihulurkan ke arah Syazwan.
"...awak rasa Khairul cute,ke?"
"Huh?"
Qhaira yang tidak menyangka soalan yang datang secara tiba-tiba itu membuntangkan matanya.
Dahinya berkerut sesaat sebelum dia tergelak kecil melihat riak wajah Syazwan yang kelihatan jelas kerana cahaya yang datang dari luar bilik itu.
"..yes.A little."jawab Qhaira lalu mengambil gelas yang berisi air kosong yang diletakkan di atas meja di tepi katil Syazwan tadi.
"..oh."
Syazwan mengetap bibirnya apabila dia berasa sesuatu.Perasaan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.
Cemburu?..
Kenapa pula dia mahu cemburu..?
"Tapi kalau saya jumpa banyak lelaki good-looking kat luar sana..I prefer to look at your face."
"why?.."
"Your face soothe my eyes."
Wajah Syazwan yang sudah berasa panas,mula berpeluh.Syazwan berpaling ke tepi.Bibirnya diketap dengan kuat.
Woah..
Qhaira boleh cakap benda macam tu dengan muka yang relaksnya?
Apa rahsia dia?
Aku rasa macam dah jadi cacing kepanasan dah ni.
"..so..boleh awak makan ubat?"
Syazwan perlahan-lahan mengangguk lalu mengambil pil dan gelas di tangan Qhaira.
Selesai menelan pil itu,Syazwan meletakkan gelas di tangannya di atas meja semula lalu berkelubung semula di dalam selimut.
"Dah pukul 10..Sweet dream,Your Highness."Qhaira bersuara perlahan sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.
Sebaik sahaja pintu bilik itu ditutup rapat,Syazwan mengeluarkan pil dari bawah lidahnya lalu dibuang ke dalam tong sampah di sebelah kanannya.
"..wekk..tak sedap."
Laci mejanya dibuka lalu plastik coklat yang masih tidak dibuka di ambil.
Coklat berperisa anggur itu dikunyah perlahan.
Apabila rasa pahit sudah hilang dari dalam mulutnya,Syazwan membetulkan bantalnya sebelum dia lena dibuai mimpi.
he's just like me frr (• ▽ •;)
Share this novel