BAB 21: Syazrif

Romance Series 12091

Kriukk...

Syazrif memegang perutnya.
Duit di dalam dompetnya dipandang sekilas.
"..Ah..duit dah nak habis..And I'm about to f*cking die.."
Syazrif memandang kad yang diberi oleh perempuan yang dijumpainya di dalam rumah Syazwan beberapa hari lepas.
Bibirnya diketap.

"Kad ni nampak macam tempat yang aku selalu pergi..Kalau ini kad bukan-bukan macam mana?"
Kad yang berwarna hitam itu dipandang di bahagian belakang.
Peta kecil itu dipandang lama sebelum matanya terbuntang.

"Oh..tak jauh pun dari rumah aku.."

Syazrif memandang peta di kad itu sambil dia berjalan mengikut arah yang dia sendiri pun tidak pasti.
Dia boleh saja telefon nombor di kad tersebut dan bertanya tentang pekerjaan tersebut,tapi otaknya memilih untuk melihat tempatnya dahulu.

Sebaik sahaja dia hampir tiba,kawasan yang penuh dengan rumput itu membuatkan Syazrif termenung buat seketika.
Tasik yang berada di sebelah kanannya membuatkan dia terpaku.
"..oh..tasik.."

Sejujurnya dia tidak pernah pergi ke tasik.
Tapi macam mana dia boleh tak perasan ada tasik kat sini selama ni?
Nampak sangat dia jarang keluar rumah.
Syazrif menggeleng kepala lalu menumpukan perhatiannya ke arah kad di tangannya semula.
"..lalu sini..lepastu sampai."

Syazrif berjalan di atas kawasan berumput itu sambil melihat pemandangan di tepi tasik.
Huh..pelik..bukan biasanya selalu ada ramai orang ke dekat tasik?Lagi-lagi waktu petang..
Syazrif berjongket bahu.
Rumah banglo yang kelihatan besar itu membuatkan dia melajukan kakinya.
Kakinya yang terlanggar sesuatu itu membuatkan Syazrif tersadung ke depan tanpa sempat memberikan reaksi.

Dahi Syazrif berkerut menahan sakit.
Matanya dipejam sebelum dia perlahan-lahan membukanya semula.
"Kenapa tiba-tiba ada kayu kat sini..?!"jerit Syazrif dalam nada menyampah sebelum berpaling ke arah kayu di belakangnya.

"Oh..bukan kayu.."
Tubuh seorang budak perempuan yang kelihatan seperti meniarap itu membuatkan dia terjerit kecil.Mulutnya ditekup.

"..ada budak mati ke?"
Syazrif memegang perut budak perempuan itu dengan selamba.
Perut budak itu yang bergerak ke atas dan ke bawah membuatkan Syazrif menghembus nafas lega.

"..oh,tak mati.."
Syazrif menghembus nafas lega sebelum mengerlingkan matanya.

"..oh,well..where was I?.."
Kad di tangannya dipandang semula sebelum dia berlalu pergi.
Pergelangan kakinya yang tiba-tiba dipegang membuatkan dia terjerit kecil buat kali kedua.

"Lepaskan..!!"
"Apa abang ni..?!Sepatutnya bila tengok budak pengsan,telefon lah ambulans!!Tahu tak dah berapa jam saya terbaring kat sini?!Abang nak suruh saya mati ke?!"
"Siapa suruh kau baring dekat situ?!Dah bangun ni,pergi lah balik!!"
Syazrif menarik kakinya berkali-kali tetapi gagal.
Kuat pula tenaga budak perempuan ini.
Atau dia yang lemah.

"Abang..saya lapar..bagi lah makanan.."
"Eh..minta sedekah pula dia.."
Syazrif memandang tubuh budak perempuan itu atas bawah.
Pakaian budak perempuan itu yang berjenama mahal membuatkan dia tergelak dalam nada menyindir.

"Apa kata kau pergi balik..?Nampak macam kau orang kaya..Daripada kau minta sedekah dengan orang miskin,baik kau berambus."
"Saya pun orang miskin.Saya tengah lari dari rumah ni."jawab perempuan itu dalam nada menyampah.

"K."jawab Syazrif malas sebelum melarikan diri apabila tangan di pergelangan kakinya sudah terlepas.

"Abang!Sampai hati..?!"jerit budak perempuan itu apabila berhasil memegang kasut Syazrif yang menyebabkan lelaki itu tersadung ke depan.

"Sakit lah!!Bodoh..!"jerit Syazwan sambil menolak kepala budak perempuan itu yang ditutupi dengan tudung ke tepi.

"Tak sebodoh abang yang lari lepas tengok budak pengsan!"jerit budak perempuan itu pula sebelum menarik rambut Syazrif dengan riak wajah geram.

"Oh yeh?Tak sebodoh kau lagi yang lari dari rumah lepastu mereput kat sini!"
"Tak sebodoh kau lagi yang tak ada belas kasihan!"
"Tak sebodoh kau lagi yang tak sedar diri!"
"Tak sebodoh--"

'Kriukkkk..'

Budak perempuan itu menekup perutnya sebelum jatuh ke tepi.
"...dah lah..pergi je lah.."

Syazrif memandang budak perempuan itu yang sudah berpaling ke tepi.
Keluhan berat dilepaskan sebelum dia mengambil roti berperisa jagung di dalam begnya.
Roti terakhir.
"..nah lah..Haish..Kalau aku tak dapat kerja nanti,mereput lah kita berdua kat sini.Tasik ada kat depan tu.Elok lah nak bunuh diri."
Syazrif berlalu pergi sebaik sahaja budak perempuan itu mengambil roti yang diberinya.
Kad di tangannya dipandang semula.
Sikit lagi nak sampai..

"..abang."
"Apa lagi?"
"Abang nak pergi mana?"
"Kenapa pula aku nak bagitahu kau?"soal Syazrif sambil menjeling ke arah budak perempuan itu yang sedang memakan roti jagung dalam keadaan duduk yang terlalu sopan.

"Nanti kalau abang sesat macam mana?Saya kenal tempat ni.Abang tanya lah saya."jawab budak perempuan itu sebelum dia berbaring semula.

Syazrif terdiam seketika.
Kad di tangannya dipandang lama sebelum dia menyerahkannya ke arah budak perempuan itu.
Melihat kad hitam itu,budak perempuan itu secara tiba-tiba tersedak dengan mata terbuntang.
"..Kenapa kau ada kad tu?"

Kau?
Kening Syazrif terangkat apabila percakapan budak perempuan itu berubah 360 darjah.
"Ada orang bagi..dia kata aku boleh cari kerja kat sini..and,dalam masa yang sama--"

"..boleh tinggal dekat situ sambil kau bekerja?"
Syazrif mengangguk perlahan dengan dahi yang berkerut.
Macam mana dia tahu?

"..urgh..Baik jangan."
"...kenapa?"
"Sebab lepas kau tak ada guna,kau jadi macam aku.Dia..buang kau ke tepi."
Kening Syazrif terangkat.
Bulu romanya yang meremang itu membuatkan dia menggelengkan kepalanya dengan laju.

"Mana kau tahu semua ni?"
"Aku dari rumah tu lah!"jawab budak perempuan itu sambil mengunyah roti di dalam mulutnya dengan laju.
Kad di tangannya dicerlung tajam.

"Kau kata tadi kau lari dari rumah?"
"Iya lah..Aku lari dari rumah tu lah..Kau tahu tak kerja dia apa?"
Syazrif menggeleng kepala.
Melihat wajah Syazrif yang terpinga-pinga,budak perempuan itu mengetap bibirnya buat seketika.

"Nak tahu?"
Syazrif mengangguk laju.

"Dekat dalam rumah tu,kalau kau pandai teknik pertahanan diri,kau kena jadi bodyguard,tapi kalau tak,kau kena jaga seorang lelaki ni.."
"Lepastu?"soal Syazrif dengan riak wajah saspen.

"Lepastu...kalau kau gagal puaskan dia,kau akan di campak ke tepi.Tapi aku lari dulu,sebab aku malas nak layan lelaki tu.Urgh."
"Huh?!Budak pun dia---"
Melihat reaksi Syazrif,kening budak perempuan itu terangkat sebelum dia tersenyum senget.

"..Yeh.Jadi baik,JANGAN.By the way,nama aku Aira.Kau?"
"Syazrif..."
Aira hanya membiarkan sahaja Syazrif duduk di sebelahnya.

"Siapa bagi kau kad ni?"soal Aira sambil menghulur kad di tangannya ke arah Syazrif.
Keningnya terangkat apabila Syazrif mencampaknya ke tepi.

"..Ada lah..."
Syazrif memeluk lututnya dengan riak wajah kosong.

"..Tak apa lah.Dah biasa."
Aira memandang ke arah tasik di hadapannya.
Matanya juga kelihatan kosong.

"Kenapa kau nak sangat cari kerja?Ada masalah?"
"...aku lupa bayar sewa,okey?Jadi kalau aku tak dapat bayar,say bye bye to my house lah.Roti tu pun tadi makanan terakhir minggu ni."
Aira memandang plastik roti jagung yang sudah kosong itu.
Riak wajahnya mula kelihatan bersalah.

"..Kalau abang dah boleh bayar sewa,boleh saya duduk dengan abang?"soal Aira dengan nada suranya yang kedengaran lembut.

"Siapa abang kau?Kau ni kalau nak sesuatu bukan main beradab."
"..hehe..so,boleh ke tak?"soal Aira sambil tersengih seperti kerang busuk.
Syazrif terdiam seketika.Wajah Aira dipandang lama sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah tasik di hadapannya.

".......em.Boleh."
Senyuman Aira serta merta berubah.
Kakinya melangkah turun dari bukit itu lalu menuju ke arah pokok yang terletak di tepi tasik.
Tangannya mencari sesuatu sebelum dia berlari ke arah Syazrif semula.

"Nah.Tanda tangan kat sini.Kalau kau ada duit,kau kena bagi aku duduk rumah kau."
Dahi Syazrif berkerut tetapi diikutnya saja kehendak Aira yang entah apa-apa itu.
Tanda tangannya ditulis laju di atas buku itu.
Aira juga menulis tanda tangannya di tepi tanda tangan Syazrif.

"Berapa banyak duit kau nak?"
"Uhh..Mungkin dalam..RM 3000...Kejap,kenapa kau sibuk nak tahu pula ni?"
Aira menyeluk tangan ke dalam begnya lalu mengeluarkan sampul surat yang berwarna putih susu lalu dihulurkan ke arah Syazrif.
Syazrif perlahan-lahan mengambilnya lalu mengintai isi di dalamnya dengan kening yang berjongket.
Duit yang berwarna unggu itu membuatkan mulutnya terlopong.

"Jom."
"Ta..Tapi ini-- Huh????"
"CEPAT LAH!!"jerit Aira apabila perasan ada seseorang berlari menuju ke arah mereka.
Tangan Syazrif ditarik dengan kasar lalu tubuhnya ditolak ke depan.

"Ah?Siapa tu?"soal Syazrif sambil berpatah semula untuk mengambil plastik roti jagung yang dimakan Aira tadi.

"..Uhh..orang yang kerja dekat tempat tu.Aku lari tanpa izin,so diorang tak puas hati,kot?Hahaha.."jawab Aira dalam nada panik sebelum berlari selaju-lajunya dengan tangan Syazrif yang masih dipegang erat.

"Ya,ke?Mana kau dapat duit ni?Kau curi ke?!"soal Syazrif dengan matanya yang terbuntang.

"Itu duit aku lah!!"jerit Aira dengan riak wajah tidak puas hati.

"Hah?!Tipu!Kau kerja apa sebelum ni?!"
"Uhh...Rahsia?"
"Kau buat benda tak senonoh ke?"
"Kau gila ke?!Aku budak lagi lah,bodoh!"jerit Aira sambil sebelah lagi tangannya mengetuk kepala Syazrif.Syazrif terjerit kecil sambil menggosok kepalanya.

"Oh,tak eh?..Jadi mana kau dapat.."
"..guna je lah..jangan risau..duit tu tak 'kotor'."
Mendengar nafas lega Syazrif,Aira melepaskan keluhan berat.
Tiba sahaja di lorong yang gelap,tubuh Syazrif ditolak ke tepi lalu isyarat agar Syazrif kekal senyap diberikan dengan matanya yang mencerlung tajam.
Syazrif menutup matanya sambil tangannya menekup kedua-dua telinganya.
Dia masih tercungap-cungap mencari nafas.

Sebaik sahaja bunyi tapak kaki itu sudah beredar,Aira melepaskan nafas lega.
"..hey..diorang dah pergi."
Syazrif menekup dadanya sambil sebelah tangannya lagi memegang beg galasnya dengan erat.

"....kau..okey tak ni?"
Syazrif membuka beg galasnya dengan tangan yang terketar-ketar.

"..Let me.Kau cari apa?"soal Aira sambil membuka beg galas itu dengan laju.
Inhaler yang berada di dalam beg itu membuatkan keningnya terangkat.

"..oh.."
"...bagi lah......cepat..."
Syazrif mengambil inhaler yang dihulurkan ke arahnya dengan laju sebelum menyedutnya perlahan.

Aira hanya memandang dengan riak wajah risau.
Apabila Syazrif kelihatan lega,Aira mengusap kepala Syazrif perlahan.
"..Sorry..Tak tahu pula kau ada asma."

"......mana kau dapat duit ni?"
".....kenapa kau nak sangat tahu ni?Guna je lah.."
"Taknak..bagitahu aku dulu.."
Aira menjeling matanya ke atas sebelum berdiri buat seketika.

"Duit tabung aku."
"..huh?Banyaknya?"
"Aku orang kaya lah!Tak nampak ke...Ni,ni,ni."
Aira menunjuk begnya yang mempunyai jenama 'Gucci' dan bajunya yang juga berjenama tinggi.Kasut conversenya juga ditunjuk dengan riak wajah geram.
Aira melepaskan keluhan berat sambil dia duduk mencangkung.

"..tolong lah..jangan tanya kenapa aku lari dari rumah..Aku pun ada masalah aku sendiri.."bisiknya perlahan sebelum dia menekup wajahnya ke arah lutut.
Syazrif memandang sampul surat di tepinya.
"..Tapi..ini duit tabung kau..Kau nak suruh aku habiskan ke?"
Aira,yang tidak mengangkat wajahnya menolak begnya ke arah Syazrif.
Syazrif perlahan-lahan membuka zip beg itu apabila Aira menuding jari ke arah begnya.
Duit yang penuh di dalam beg itu membuatkan Syazrif terjerit kecil.
Buat kali ketiga.

"Aku simpan duit tu sejak aku umur 6 tahun..Aku rasa ada banyak lagi.Cukup lah sampai kau dapat cari kerja."
Syazrif mengetap bibirnya.
Macam mana tiba-tiba boleh jadi macam ni?
Seingatnya tadi dia hanya mencari kerja.

"..Banyaknya..."
"Aku dapat RM 100 setiap minggu..Waktu hari jadi,aku dapat lebih.Raya dapat lebih.Exam straight A dapat lebih.Buat kerja rumah dapat lebih."
Syazrif kelihatan seperti hilang kata-kata.
Wajah Aira yang kelihatan sayu itu dipandang lama.

"Mesti kau pelik.Duit bukan main banyak,kenapa lari dari rumah?..Well,let me tell you something."
Aira mengesot ke arah Syazrif lalu menongkat pipinya.

"Money is not everything,when your family is breaking apart."
Syazrif perlahan-lahan mengusap kepala Aira dengan riak wajah kekok.

"..fine..kau boleh duduk dengan aku.Tapi kau tak takut ke?Aku ni lelaki tau?"
"Kau jerit macan perempuan.Itu pun dah cukup bagi aku."
"Mana ada aku jerit macam perempuan!"jerit Syazrif dengan riak wajah merah sambil mengetuk kepala Aira dengan kuat.

"Aduh!Keganasan terhadap perempuan!"
Syazrif menjelirkan lidahnya sambil menggalas begnya.

"..Joke aside..Kau sorang je yang bagi aku makanan."
"...aku,je?"
"Mhm..Ada yang cuba nak culik aku."
"..lepastu?"
Aira memandang wajah Syazrif yang kelihatan tertanya-tanya itu.
Senyuman senget terukir dibibirnya.

"Nanti-nanti lah aku cerita.Kita balik rumah dulu."
"..oh..okey..dah nak dekat waktu Asar dah pun."
"Hah?Kau solat ke?"
"Dah tu?!"
"Aku ingat kau jenis yang..."
Syazrif mengetuk kepala Aira buat kali kedua dengan riak wajah bengis.

"Jenis yang apa?"
"Hehe..Tapi tak rasa ke pertemuan kita ni macam dah dirancang oleh Allah--"
Kepalanya sekali lagi diketuk.Tetapi perlahan.

"Jangan nak islamik kat sini.Urgh.Jom lah."
"Yela..."
Tangan Syazrif dipegang erat.
Dia dapat merasakan tubuh lelaki yang lebih tua daripadanya itu tersentak.
Setiap kali dia memegang Syazrif,pasti lelaki itu tersentak.
Pasti ada sebab..
Tapi nanti-nanti lah tanya.

"Ah..hilang..Mati lah kita...Mesti puan marah nanti.Eh..Safiy?Buat apa kat sini?Bukan dah kata jangan keluar ke?"
"Diam lah kau!Aku suruh kau kejar pun lembab!Kucing lari lagi laju!"jerit Safiy dengan riak wajah menyampah.
Coklat di dalam poketnya dikeluarkan lalu dikunyah dengan laju.

"..dah lah dia bawa semua duit tabung dia."
"Alaa..bukan first time kan benda ni berlaku..?Nanti mesti kita jumpa dia.."
Dada Safiy turun naik menahan geram.Tasik di sebelahnya dipandang lama dengan dahi yang berkerut.

"..Dia duduk dekat sini tadi.."mata Safiy melilau mencari sesuatu.
Kad hitam yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri membuatkan dahinya berkerut.

"Itu.."
"Oh!Itu kad yang lelaki tadi pegang!"
Baru sahaja perempuan di sebelahnya ingin mengambil kad itu,kepalanya diketuk dengan kuat.

"Pakai sarung tangan lah!Lembab!"
Bodyguard yang berada di belakangnya serentak menggeleng kepala.

"Urghh..kakak ni pun satu hal.Tak boleh ke kalau tak buat masalah?Kena marah sikit pun nak lari!"
"..Tapi kan..Saya dengar..Aira kena marah sebab dia nak jumpa dengan..."
Safiy berpeluk tubuh apabila perempuan itu tidak meneruskan kata-katanya.
Kad yang sudah di ambil itu di letakkan ke dalam beg plastik yang boleh di zip.

"Dah lah..Balik lah dulu.Harap-harap lelaki tadi tak buat benda pelik dekat dia."Safiy melangkah ke arah jalan yang menuju ke arah rumahnya.

"..bukan Aira pandai pertahankan diri ke?Dia bawa pisau dia sekali kan?"soal perempuan tadi yang mempunyai nametag yang bernama 'Tisya'.

"..Iya lah!Dah tu kau ingat kalau dia bunuh lelaki tu,siapa yang kena uruskan?Aku!AKU!!"jerit Safiy sambil menuding jari ke arah dirinya sendiri.

"Ta..Tapi dia tak pernah bunuh orang lagi kan?"soal Tisya dengan riak wajah risau.

"Dah tu nak tunggu dia bunuh orang dulu ke baru nak risau?HAH?!"
"Okey,that's enough.Tisya.Stop provoking him will you?"
Tisya memuncungkan bibirnya sambil memandang ke arah wajah kawannya yang bernama Fara itu.

"Mama belum balik kerja lagi."bisik Safiy apabila kereta ibunya masih tidak kelihatan.Pagar rumah yang terbuka sendiri itu membuatkan dia melepaskan keluhan berat.
Tangannya yang dipegang itu dibiarkan.

"Jadi..Safiy nak makan apa hari ni?"soal Fara dengan pandangan kosong.Budak lelaki yang berjalan perlahan di tepinya itu dipandang lama.

"Sup sayur hari tu.Sedap."
"Ya,ke?!Saya yang buat tau?Sedap ke?"soal Tisya dengan mata yang bersinar-sinar.

"Aku..tarik balik kata-kata aku tadi."
Tisya mencebik sambil menanggalkan kasutnya sebaik sahaja tiba di hadapan pintu rumah.
Pintu rumah itu yang dibuka dari dalam oleh pembantu rumah membuatkan dia menundukkan kepalanya tanda terima kasih.

"Haih..Agak-agak apa lah yang kakak bagitahu lelaki tu..Harap-harap dia tak burukkan identiti aku lagi.Sebelum ni dia cakap aku ni lelaki yang suka ambil kesempatan.Kepala otak dia,lah."bisik Safiy sambil menolak kasutnya yang sudah ditanggalkan ke tepi.
Fara mengambil kasut itu lalu diletakkan pada rak kasut.Wajah Safiy yang kelihatan muram itu membuatkan dia berasa simpati.
Apa lah agaknya yang Aira tengah buat..

"Owh..kecilnya bilik air..Comel je."
Aira mengintai bilik di sebelahnya sebelum berlari berpusing-pusing di ruang tamu.

"Wooo..Dekat betul dinding..Satu,dua,tiga,dah sampai dinding kanan.Satu,dua,tiga,dah sampai dinding kiri~"
Syazrif memandang ke arah wanita tua di sebelahnya.

"U tak cakap u punya anak..kalau tidak boleh saya bagi kelonggaran sikit..Haiya.."
Syazrif hanya tersenyum kekok sebelum menundukkan tubuhnya ke arah perempuan tua itu.
Sebaik sahaja pintu rumahnya itu ditutup,Syazrif melabuhkan punggung di atas lantai dengan riak wajah penat.

"Haha..Comelnya dapur.Ueue."
"Aira.Duduk diam boleh tak?Macam monyet!"
Aira menjelirkan lidahnya lalu melabuhkan punggungnya di tepi Syazrif.

"..so...mana TV?"
"Tak ada."
"..oh.So..ini bilik kau?"soal Aira sambil memulas tombol pintu bilik itu.

"...Katil?"
"Toto kan ada?"
Aira termenung buat seketika.
Ruang tamu yang hanya mempunyai satu sofa itu membuatkan dia mengurut ruang di antara keningnya.

"Ini macam rumah anak patung yang belum di renovate."
"..Amboi..Kau yang nak sangat duduk sini!"
"Jom lah..kita beli sikit barang.Peti pun kosong.Sedih sangat kau ni."
Baru sahaja Aira ingin membuka pintu rumah itu,hujung jaketnya dipegang.

"..Kita kena jimat duit tu..Nanti kalau habis macam mana?.."
"Tak apa..kita berbelanja jimat lah.Jom."
Syazrif mengeluarkan suara malasnya apabila lengannya ditarik semula.

"By the way..umur kau berapa..?"soal Syazrif apabila pintu rumahnya sudah dikunci.
"10!Kau?"soal Aira pula.

"22."
"Oh!Tak de lah jauh sangat!Anggap je lah kita sebaya!"
"Jauh lah tu!Sebaya apanya..?!"
Aira ketawa terbahak-bahak sambil menggalas begnya.Tangan Syazrif dipegang,dan sekali lagi tubuh lelaki itu tersentak.

"Lapar pula rasa.Jom makan."
"Taknak.Beli barang dulu."
"Alaa.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience