BAB 57 :Qhaira's Feelings

Romance Series 12091

Syazwan terjaga dari tidurnya dalam keadaan panik.
Mimpi buruk.
Pandangannya melilau ke arah sekeliling.
Dia di mana..?

Pisau yang berada di atas lantai itu di ambil dengan tangannya yang masih menggeletar.
Matanya tidak fokus sambil dia perlahan-lahan mengangkat punggungnya daripada tilam.
Dia di mana..?
Rasanya tadi dia di dalam rumah lelaki tu..
Lepastu..Apa jadi..?

Kakinya melangkah ke arah dapur.Kepalanya disengetkan dengan riak wajah pucat.

"Abang buat apa..?"
"ARHH!!"
Syazwan melibas pisau di tangannya kebelakang.
Budak perempuan di belakangnya serta merta ke belakang.Matanya di sebelah kiri ditekup apabila ia mula mengeluarkan darah.
Wajah Syazwan yang kelihatan panik itu membuatkan dahinya berkerut risau.

"...Syazwan..Relaks..Ini saya lah..Saya selamatkan abang..dari rumah tu..?Ingat..?"
Syazwan yang masih memegang erat pisau di tangannya kelihatan seperti tersentak buat seketika.

"..Saya gendong abang malam semalam..Abang ingat..?"
Tidak lama kemudian,baru lah Syazwan perlahan-lahan mengingati hal yang telah berlaku semalam.
Pisau di tangannya terlepas sebelum dia jatuh terduduk.Wajahnya diraup.

"..Maaf...Saya..saya cuma takut.."
Qhaira perlahan-lahan menolak pisau di atas lantai itu ke tepi lalu melangkah ke arah Syazwan dengan mata kirinya yang masih tertutup.

"Yeah..Abang tak selamat dekat sini..Tadi saya lalu dekat rumah tu..Ada polis buat siasatan."
Syazwan tersentak lalu memandang ke arah Qhaira dengan riak wajah pucat.

"..Oh.Tapi abang tak perlu risau.Bukan abang yang bunuh lelaki tu.Abang tak salah."
Qhaira mengenggam erat tangan Syazwan dengan senyuman lebar.Darah daripada matanya perlahan-lahan mengalir turun dari pipinya.

"Tapi kalau diorang tahu abang dekat sini..Nanti mesti diorang ingat kita bersubahat."
Qhaira perlahan-lahan mengusap tangan lelaki itu sebelum mengucupnya perlahan.
Syazwan yang melihat sudah terkedu.
Kenapa budak perempuan itu kelihatan...matang..?

"Jadi abang kena duduk dengan kawan abang."
"..Huh..?"
Bunyi tapak kaki yang datang ke arahnya membuatkan dia mengangkat wajahnya.
Wajah Khairul dipandang lama.
Kawannya melepaskan keluhan yang kedengaran seperti terkejut.

"..Qhaira..?What happen to your eye..?"
"..Uhh..I no speak english."Qhaira menjawab dengan riak wajah terpinga-pinga.

"Mata kau kenapa..?!Tadi elok je kan..?"
"Oh.Haha..Tak ada apa lah.Boleh kau ambil dia..?"
"..Yeah.Boleh."
Syazwan tersentak apabila Khairul melangkah ke arahnya lalu menghulurkan tangan.
Bibirnya diketap.

"She tell me about your problems.I'm sorry..For not reaching out.."bisik Khairul perlahan dengan riak wajah sebak.
Mata Syazwan mula berkaca sebelum dia memegang erat tangan Khairul lalu tubuh lelaki itu dipeluk.

"..Alright.Kami pergi dulu,Qhaira.Mata kau,tu-"
"Tak.Tolong jangan datang sini balik.Lupakan pasal aku.Okey?"
Syazwan berpaling ke arah Qhaira sekilas apabila Khairul kelihatan berat hati mahu meninggalkan budak perempuan itu seorang diri.

"..Sorry,Qhaira..and..thank you."bisik Khairul sebelum berlalu pergi sambil menarik tangan Syazwan bersamanya.
Mata Syazwan masih memandang budak perempuan itu yang tersenyum ke arahnya sambil melambaikan tangannya dengan riak wajah gembira.

Sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan,Qhaira melangkah ke arah cermin pecah yang berada di bahagian belakang rumah itu lalu matanya di sebelah kiri dipandang.
"Hehehe.."

Qhaira tergelak kecil sebelum meletakkan serpihan cermin kaca itu ke bawah.Matanya yang mengalirkan darah itu dibiarkan sebelum dia melangkah keluar daripada rumah itu.Perutnya lapar.

6:00 p.m..

Qhaira melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan sebuah roti yang sudah dicuri.
Nafasnya tercungap-cungap.
"..Hahh..Nasib baik orang tu tak kejar.."bisik Qhaira perlahan.
Roti yang sudah dicurinya itu dipandang lama.

'Kalau kau ada masalah,kau boleh jumpa aku.Aku bagi kau duit.'

Ayat Qaireena beberapa minggu yang lalu terngiang-ngiang di dalam kepalanya sebelum dia tergelak kecil.
"..Pelik betul perempuan tu."bisiknya perlahan sebelum menggigit roti berperisa jagung itu.

Selepas roti itu habis dimakan,Qhaira membuang plastik sampah itu ke dalam longgokkan sampah di luar sebelum melelapkan mata di atas totonya.
Jaketnya disarungkan semula sebelum dia menghidunya.
"Hm~ Bau dia.."bisiknya perlahan sebelum matanya ditutup.

'Krakk..!'

Qhaira automatik membuka matanya.
Matanya yang tiba-tiba dibuka itu membuatkan sakit di mata kirinya mula terasa.
Kelibat seseorang yang melangkah masuk rumah itu membuatkan dia dengan pantas bangun dari tempat tidurnya.
Berapa lama dia tidur..?

Langit di luar sudah pun gelap.Dia tidak dapat melihat apa-apa.Lagi-lagi dengan mata kirinya yang sudah cedera parah.
"..Aha..!"bunyi suara seorang wanita membuatkan dia memegang pisau di sebelahnya dengan erat.

Wanita di hadapannya mengerutkan dahi dengan riak wajah tidak percaya.
"..What the..?A kid..?"bisik wanita itu lagi.
Di belakangnya terdapat beberapa orang yang memakai baju seragam yang sama.

"Damn..?Dia yang bunuh lelaki tu..?"
"Yeah..?"
Lelaki di sebelah wanita itu mula menayangkan riak wajah terkejut.
Baru sahaja dia ingin menjatuhkan pistolnya,pisau yamg datang melayang ke arahnya membuatkan dia mengelak sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

"HEY!Jangan tembak lah,bijak!Itu budak!!"jerit wanita itu dengan riak wajah panik apabila budak kecil di hadapannya dengan tangkas mengelak setiap tembakan itu.

"REFLEKS,OKAY?!"
"Syahira!Get down..!"
Syahira dengan pantas mengelak apabila budak perempuan itu secara tiba-tiba melibaskan pisau ke arahnya.
Disebabkan elakannya,pisau budak perempuan itu terkena tepat pada tangan kawannya.

"Oww..?!"jerit kawan perempuannya lalu memegang erat tangannya.Pistol di tangannya terlepas lalu Qhaira dengan pantas mengambil pistol itu sebelum mengacunya ke arah Syahira.
Semua yang berada di situ terdiam.
Syahira yang melihat pergerakan budak perempuan itu tergagam buat seketika.

"Woah..This kid is good..!"Syahira bersuara sambil bercekak pinggang.

"Syahira..!Now is not the time--"
"Hey,kiddo.Boleh akak tanya soalan..?"
"Siapa adik kau..?"
Kening Syahira terangkat buat seketika sebelum dia mengangkat kedua-dua tangannya apabila mata Qhaira semakin tajam mencerlung ke arahnya.

"Okey,okey.Boleh kau bagitahu aku kenapa kau bunuh lelaki dekat rumah tu..?"soal Syahira lalu matanya memberi signal ke arah kawan-kawannya yang lain agar menjauhkan diri dari mereka berdua.

"Sebab dia orang jahat."jawab Qhaira.
"..Hm~ Dia buat apa..?"soal Syahira lagi.

"Dia buat......benda..tak bagus dekat orang yang aku suka."
Syahira mengangguk faham sebelum menongkat dagunya.

"..Hmm~ So,siapa orang yang kau suka ni?"
"Ada,lah.Mana boleh bagitahu."
"..jadi kau bunuh lelaki tu,sebab nak lindungi orang yang kau suka tu..?"
Qhaira mengangguk laju.
Wanita di hadapannya kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu sebelum mengangguk faham.

"Hey.Apa kata..kau duduk dengan aku?"
"..Huh..?"Qhaira kebelakang buat seketika.Pistol di tangannya perlahan-lahan menjauhi Syahira apabila wanita itu tidak kelihatan berbahaya.

"..Kalau kau duduk dengan aku,aku boleh ajar kau cara nak lindungi orang yang kau suka tu~"
Kening Qhaira terangkat.
Melihat Qhaira yang seperti tertarik,Syahira tersenyum senget.

"Kejap..Macam mana kalau kau tipu..?"soal Qhaira lalu mengacu pistol ke arah kepala Syahira semula.

"..Alaa..aku kan polis..takkan lah aku ni jahat pula.."Syahira memuncungkan bibirnya dengan riak wajah comel.
Kawannya yang melihat dari belakang sudah menayangkan riak wajah jijik.

Qhaira terdiam seketika.Kelihatan waswas mahu menerima ajakan Syahira.Dia sudah terbiasa tinggal seorang diri sejak ibu dan ayahnya bunuh diri.
"....ermm..Haa..!Kau duduk dengan aku,aku ajar kau cara lawan-lawan orang jahat,andddd...sebagai balasan,kau tolong bersihkan rumah aku."

Dahi Qhaira berkerut.Bersihkan rumah..?Tak ada lah susah sangat.Dia pernah bersihkan rumah sebelum ni.
Rasanya bukan lah perkara yang sukar baginya..

Melihat Qhaira yang masih tidak yakin itu,kening Syahira berkerut buat seketika.
Dia memang betul-betul mahukan budak itu.
Budak itu ada potensi di matanya.
"..lepas kau bersih rumah aku,kau boleh minta satu hajat dengan aku."tambah Syahira dengan keningnya yang diangkat berkali-kali.

Qhaira mengetap bibirnya.
....Mungkin kerana dia selalu ditipu oleh orang luar,tapi hatinya berat mahu mempercayai wanita di hadapannya.Walaupun wanita itu polis.

Syahira melepaskan keluhan berat.
"..Oi."
Qhaira tersentak apabila suara Syahira bertukar kasar.
Pistol ditangannya yang tiba-tiba dirampas itu membuatkan matanya terbuntang.
Belum sempat dia melarikan diri,tangannya sudah dicengkam dan diangkat ke atas sehingga kakinya tidak menginjak tanah.

"Syah--"
Syahira hanya mencerlung ke arah kawannya sebagai tanda diam sebelum berpaling ke arah Qhaira semula.

"..Tengok..?Kau nak lawan aku pun tak boleh."
Qhaira berhenti meronta budak seketika sebelum wajahnya ditundukkan.
Syahira memandang ke arah mata kiri budak perempuan itu yang mempunyai luka yang agak dalam.

"..Kau ingat kalau kau duduk dekat sini,kau boleh jadi lagi kuat ke?Kalau kau tak duduk dengan aku,polis dekat sana tu akan hantar kau pergi penjara tau..?"kata Syahira dengan riak wajah serius.
Tipu je sebenarnya.
Paling kurang pun budak itu akan dicampak ke mana-mana rumah anak yatim.
Tapi tak perlu rasanya dia 'mention' bahagian tu.

Qhaira tersentak apabila terdengar ayat penjara.
Kepalanya berpaling ke arah polis di belakangnya dengan dahi yang berkerut.
"So,kalau kau duduk dengan aku..Kau boleh selamat..And kau boleh jaga orang yang kau suka sangat tu...Macam mana?Nak?"

Qhaira terdiam buat seketika.
Dahinya berkerut sambil dia memikirkan ayat itu.
Betul juga..Mungkin..kalau dia ikut perempuan itu..dia boleh belajar cara untuk berlawan dengan orang jahat..!Lepastu,dia boleh lindungi Syazwan..!
Mungkin..dia boleh berada dalam tahap yang sama seperti Qaireena..!

"Okey."
"Oh?Serius?"
Qhaira mengangguk lalu tangannya automatik dilepaskan.
Kakinya menginjak tanah sebelum dia dengan pantas menyorok di belakang Syahira apabila wanita itu melangkah ke arah polis yang berdiri di belakang mereka tadi.

"So.I guess I will take her."
"Haih..Seriously?"
"What?Lagipun lelaki yang dia nak bunuh tu memang orang yang kita nak cari pun.Dia just memudahkan kerja kita."jawab Syahira dalam nada santai sambil menjongketkan bahunya.
Kawan sekerjanya yang bernama Syaza hanya mengerlingkan matanya sambil berpeluk tubuh.

"Hahh..If you're not so important to the team,we wouldn't let you go so easily."
"Ehek..!Tau takpe..!You guys are all useless without me!"jawab Syahira sambil membuat tanda peace.
Kawan-kawannya hanya mendengus dalam nada tidak puas hati.

"Alright,guys!I pergi dulu~"kata Syahira sambil mengheret Qhaira bersamanya.

"Jaga elok-elok anak orang tu..!"jerit Syaza dalam nada tegas.

"Anak orang?Her parents are dead though?"jawab Syahira pula sebelum semua kawan-kawannya menjerit ke arahnya dalam nada marah dan terkejut.
Qhaira hanya mengerdipkan matanya dengan riak wajah terpinga-pinga sebelum dia disumbat ke dalam kereta Honda.
Matanya melilau ke arah sekeliling apabila Syahira juga turut melangkah masuk ke dalam kereta itu.

"..Hm..First...Let's get your eyes treated..If we let them be,it will probably cause an infection."
Qhaira menayangkan riak wajah terpinga-pinga.
Melihat wajah Qhaira,Syahira ketawa terbahak-bahak.

"Hm~ Maybe I should send you to school after that..I bet you doesn't even know what school is like.."
Qhaira tersentak apabila kereta itu mula bergerak.Matanya memandang ke arah luar tingkap.
Sudah lama dia tidak menaiki kereta..
Wanita di sebelahnya dipandang sekilas sebelum dia membuang pandangannya ke luar tingkap semula.

...Syazwan.
Lepas ni..Dia mahu berjumpa dengan Syazwan semula.

..........

3:00 P.M..

Qhaira perlahan-lahan membuka matanya.
Mata di sebelah kirinya ditekup buat seketika sebelum dia menggelengkan kepalanya perlahan.
Ah.Mimpi.
Sudah lama dia tidak bermimpi pasal masa lampaunya.
Dia terlelap ke?

Kakinya melangkah keluar daripada biliknya.
Wajah Syazwan yang kelihatan muram itu membuatkan dahinya berkerut.
"Syazwan?Kenapa ni?"

Syazwan tersentak lalu pinggan di depannya yang mempunyai telur dadar hangus disorok.
"Oh.Awak dah bangun..!Hahah..!"

"....awak try masak?"
Syazwan terdiam buat seketika sebelum mengangguk.
Qhaira menyengetkan kepalanya di belakang Syazwan lalu pinggan yang disorok itu ditarik ke arahnya sebelum dia memotong telur dadar itu dengan garfu lalu disua ke arah mulutnya.

"Qhaira--"
Qhaira mengunyah telur dadar itu perlahan sebelum menelannya.

"Hm..Sedap."
"Tak perlu lah sedapkan hati saya.Saya dah rasa tadi.Saya tahu tak sedap."
Qhaira tergelak kecil sebelum menyambung kunyahannya lagi.

"Mungkin bagi awak tak sedap..Tapi bagi saya..semua benda yang awak buat,sedap."jawab Qhaira sebelum menyua potongan telur dadar yang lain ke arah mulutnya.
Wajah Syazwan mula berona merah sebelum dia menyorok mukanya di sebalik tapak tangannya.

"..I-Ini semua salah awak..!"
"..Eh?Saya..?"
"Awak cakap awak nak ajar saya masak...tapi awak tidur.."
Kening Qhaira terangkat sebelum dia tergelak kecil.
Tangan Syazwan perlahan-lahan dialih.

"Sorry..Wanna try doing it again..?"
Syazwan yang sudah memuncungkan bibirnya itu perlahan-lahan mengangguk sebelum memandang tepat ke arah Qhaira.

"Tapi kalau saya tersalah buat lagi...don't laugh at me."
"I would never."jawab Qhaira dengan riak wajah terkejut yang kelihatan palsu.

"Lama ke saya tidur..?"
"Dalam..1 jam."
"Hm~Did you miss my voice?"
Syazwan menampar manja lengan Qhaira apabila perempuan itu menayangkan senyuman mengusik.
Qhaira hanya tergelak kecil sambil menyediakan bahan masakan.

"..Well..I did...miss it."
Kening Qhaira terangkat buat seketuka sebelum dia berpaling ke arah Syazwan dengan riak wajah tidak percaya.Wajah lelaki itu yang sudah berona merah membuatkan dia menahan senyuman.

"..Just a bit.."sambung Syazwan lagi sambil bermain dengan hujung bajunya.
Qhaira tersenyum lebar sebelum memegang erat tangan Syazwan melalui sarung tangannya.
Tangan lelaki itu diusap.

"I miss your voice too."
Wajah Syazwan semakin berona merah sebelum lelaki itu menyorokkan wajahnya ke tepi.

Qhaira pun tidak tahu kenapa..Mungkin kerana mimpi tadi..tapi dia betul-betul merindukan Syazwan.
...Rasanya..berapa tahun dia menahan diri daripada berjumpa dengan Syazwan..?
Dia pun tidak tahu..yang dia tahu..tempoh itu agak lama.

Syazwan dan Qhaira saling berpandangan buat seketika.
Kedua-duanya seperti memahukan sesuatu tetapi tidak berani mahu bertindak.

"You..saying things like that..buat saya rasa macam saya ni istimewa,tau tak..?"bisik Syazwan dengan riak wajah serba salah.Mukanya masih lagi berona merah.

"..Well..you're quite special to me.."kata Qhaira dengan riak wajah selamba lalu menuang minyak ke dalam kuali.

"..Special as in..?"
"...."
Qhaira tidak menjawab.
Senyumannya perlahan-lahan menghilang sebelum dia berpaling ke arah Syazwan.

"...Syazwan...Awak rasa saya ni--"
Bunyi deringan telefon Qhaira membuatkan perempuan itu tersentak.Api dapur ditutup sebelum dia melangkah ke arah biliknya.
Syazwan mengerdipkan matanya berkali-kali.

"...apa awak nak cakap tadi..?Saya rasa awak tu,apa..?"bisik Syazwan dengan dahi yang berkerut.
Tangannya yang menggeletar itu digenggam sebelum digosok antara satu sama lain.
Jantungnya yang berdebar cuba ditenangkan.
Namun gagal.

"..Qhaira..saya suka awak."bisik Syazwan perlahan.
Hanya dia sahaja yang boleh mendengar suaranya sendiri di bahagian dapur yang kecil itu.

Qhaira memandang handphonenya yang sudah berhenti berdering itu.
Ah.Kerja dari Airiqa.Dia kena melukis lagi nanti nampaknya.
Asalkan dia dibayar,dia tidak peduli.

Keluhan berat dilepaskan sebelum dia meletakkan handphonenya ke tepi.
Bibirnya diketap sebelum dia memandang ke arah luar tingkapnya yang terbuka.
"..awak rasa saya ni.....layak ke suka dekat awak..?"bisik Qhaira perlahan dengan riak wajah bersalah.
Wajah Syazwan yang berona merah tadi sudah tertampal kuat di dalam kotak pemikirannya.

'Tapi kalau dia suka orang lain..aku boleh terima ke,kenyataan tu?..'
Persoalan itu berlegar-legar di dalam kepalanya sejak pertama kali dia melangkah masuk ke dalam rumah Syazwan.
Sejujurnya dia tidak rasa yang dia boleh.
Tapi..layak ke dia memberitahu perasaan sebenarnya kepada Syazwan..?

"...Syazwan...saya suka awak."bisik Qhaira perlahan.Hanya dia sahaja yang boleh mendengar suaranya sendiri di dalam ruang biliknya yang sunyi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience