BAB 50 :Chaos

Romance Series 12091

Syazwan terjerit kecil apabila rambut lelaki di hadapannya tiba-tiba ditarik dari belakang oleh seseorang secara kasar.
Wajah seorang budak perempuan mencerlung tajam wajah lelaki itu dari belakang.
"Lepaskan abang Syazwan."kata budak perempuan itu dengan dahi yang berkerut.
Syazwan dengan pantas mengesot ke arah penjuru dinding apabila tumpuan lelaki itu tertumpu ke arah budak perempuan itu.
Macam mana budak tu boleh masuk?..
Siapa..?

Syazwan tersentak apabila lelaki yang lebih tua daripadanya itu menolak tubuh budak perempuan itu dengan kasar.
"Anak siapa ni masuk dalam rumah orang?!"

Lengan budak perempuan itu yang dicengkam membuatkan Syazwan memegang tangan lelaki di depannya tanpa disedari.
"Jangan sakitkan dia..!Dia cuma budak--"

Tubuhnya yang ditolak dengan kasar itu membuatkan Syazwan berasa menyesal kerana mencuba.
Melihat dirinya yang ditolak,budak perempuan itu mula meronta lalu menggigit tangan lelaki itu dengan kuat.
Tangannya yang terlepas membuatkan dia dengan pantas berlari ke arah dapur apabila lelaki itu cuba mengejarnya.

Syazwan ingin mengejar mereka,tetapi kakinya menggeletar.Sungguh,kakinya betul-betul menggeletar.
Tulang belakangnya sakit.Tubuhnya sakit.
Mahu duduk pun dia sudah berasa tidak selesa alibat 'sentuhan' lelaki itu petang tadi yang terlalu kasar.
'Tadi,pun...dia cuba nak sentuh aku lagi...'bisik Syazwan perlahan dengan riak wajah yang seperti sedang menahan tangisan.

Bunyi piring pecah membuatkan Syazwan tersedar dari lamunannya.Belum sempat dia berdiri,budak perempuan itu sudah berlari masuk dengan tangannya yang dimasukkan ke dalam poket jaket.Seperti dia sedang memegang sesuatu.
Leher budak perempuan itu yang dicekik dari belakang dan dihentak ke arah lantai membuatkan wajah Syazwan mula berubah pucat.
"Cukup..!She's just a kid..!"jerit Syazwan.Kakinya dipaksa untuk bergerak lalu tubuh lelaki itu dipeluk dan ditolak sehingga mereka berdua terjatuh di atas lantai.
Syazwan yang terjatuh di atas lelaki yang kebih tua daripada itu serta merta menjauhkan diri apabila lelaki itu cuba membangunkan diri.

"I will deal with you later.Aku dah lama perasan budak ni..Kau siapa main keluar masuk,keluar masuk rumah aku,hah?"soal lelaki itu lalu kaki budak perempuan itu yang masih lagi berada dalam keadaan meniarap ditarik ke arahnya.

"Kenapa?Kau nak bagitahu semua orang apa aku buat dekat dia?Hm?"soal lelaki itu dalam nada berbisik lalu leher budak perempuan itu dicekik dengan kuat.
Syazwan mahu memasuk campur,tetapi pandangan lelaki itu terhadapnya sudah cukup untuk membuat dia kebelakang.
Melihat riak wajah Syazwan,budak perempuan itu mengetap bibirnya sebelum menari keluar pisau dari jaketnya.Lengan lelaki di atasnya,ditusuk kuat tanpa berfikir dua kali.
Mendengar bunyi jeritan lelaki itu,budak perempuan itu serta merta meronta sehingga berjaya melepaskan diri.

Lelaki itu memegang tangannya sebelum mengenggam kaki Qhaira dengan lebih erat.Riak wajahnya kelihatan marah.Pertama kali dia melihat riak wajah itu pada muka lelaki itu.
"Le..pas..lah!!"jerit budak perempuan itu apabila lelaki itu mula mengenggam tangannya.
Kakinya serta merta disepak pada bahagian kemaluan lelaki itu dengan kuat.
Syazwan yang melihat terjerit kecil lalu mengepit pehanya tanpa disedari.Lelaki itu yang sudah terduduk menahan sakit membuatkan dia berasa sedikit..puas melihat lelaki itu di dalam keadaan yang sebegitu.
Baru sahaja budak perempuan itu ingin melangkah ke arah Syazwan,kakinya secara tiba-tiba tidak boleh bergerak.

Melihat tangan lelaki itu yang sekali lagi mengenggam kakinya dalam keadaan yang masih terduduk,dengan jantungnya yang berdebar,budak perempuan itu menutup matanya sebelum pisau itu ditusuk pada leher lelaki itu berkali-kali.
Tangannya menggeletar apabila darah pada leher itu terpercik pada wajahnya.
Syazwan yang berada di belakang budak perempuan itu sudah terkedu.

Budak perempuan itu perlahan-lahan menarik pisau itu keluar daripada leher lelaki itu dengan mata yang terbuntang.
Budak perempuan itu berpaling ke tepi.Niatnya mahu melihat Syazwan,tetapi apa yang dia lihat hanya lah pantulan dirinya pada cermin besar di sebelahnya.
Dipenuhi dengan darah.Kotor.

Budak perempuan itu menggeleng kepala buat seketika seperti mahu menyedarkan diri dari lamunan pendek.
Tangannya yang kotor itu di lap pada baju lelaki itu yang sudah tidak bernafas sehingga tangannya berasa bersih.
Memandangkan bilik itu agak gelap sekarang.Cahaya yang menerangi bilik itu hanya lah cahaya yang datang dari bulan,jadi dia tidak boleh melihat dengan jelas keadaan tangannya sekarang.
Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah Syazwan.
Tidak mahu menakuti lelaki itu.

Syazwan memandang tangannya yang dipegang erat oleh tangan seseorang yang lebih kecil darinya.
Jaket pada tubuh budak perempuan itu yang terkena sedikit darah,dipandang lama.
"Abang selamat..jangan risau.."

Syazwan memandang ke arah budak perempuan itu apabila pipinya diusap.
Darah pada tangan budak perempuan itu melekat pada wajahnya.
Melihat wajah Syazwan yang sudah comot,budak perempuan itu serta merta menyapu semula wajah Syazwan menggunakan lengan bajunya.
Tangan kirinya yang masih memegang pisau yang di ambil dari dapur disimpan di dalam poket jaketnya semula.
"Abang boleh bangun..?"soalnya dalam nada berbisik.
Syazwan yang masih menggeletar itu perlahan-lahan menggeleng.

"Oh.Tak apa.Abang boleh naik belakang saya.Cepat."
Syazwan memandang perempuan yang lebih kecil darinya itu.Budak sekecil ini mahu mendukungnya?
Silap-silap,mereka berdua yang akan terjatuh.

"Abang tak percaya saya ke?Saya kuat tau..?Jangan risau."
Budak perempuan itu menarik tangan Syazwan lalu dia berdiri di depan Syazwan.
Syazwan perlahan-lahan mengesot ke arah tubuh budak perempuan itu yang lebih pendek darinya.
Kedua-dua pehanya dipegang erat oleh budak perempuan itu sebelum diangkat dengan bersusah payah.
Dia boleh mendengar budak perempuan itu mengerang perlahan.
"..okey.Fuh.Aku boleh....."bisik budak perempuan itu.Mengulangi perkara yang sama beberapa kali.
Syazwan yang masih lagi separuh sedar itu meletakkan dagunya pada bahu budak perempuan itu.
Selepas beberapa minit,budak perempuan itu melangkah dengan kaki yang menggeletar.
Tangan budak perempuan itu juga menggeletar.
Tetapi genggamannya pada bahagian bawah peha Syazwan semakin erat setiap kali dia melangkah.

Syazwan memandang kakinya yang terheret pada jalan tar sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari rumah itu.
"...kita...pernah jumpa ya..sebelum ni?"

"Y-Ya..!Abang..Abang ingat saya?Hahh...Abang..pernah bagi saya jaket ni...dengan-- payung..!"kata budak perempuan itu dengan nafasnya yang tercungap-cungap.Tetapi nadanya kedengaran gembira.

"Boleh tak...."
"Hm?.."
"...tinggalkan je saya dekat sini?.."
Langkah budak perempuan itu terhenti buat seketika.
Tidak lama kemudian dia berjalan semula.
Kali ini lebih cepat berbanding tadi.Seperti tenaganya sudah dipenuhi semula.

"..saya...dah tak rasa nak hidup.."
Budak perempuan itu tidak menjawab.
Kakinya melangkah semakin laju ke arah destinasi yang dituju.

"Badan saya sakit...keluarga saya dah tak ada.."
"..tapi saya ada!Kalau abang sunyi..saya ada..!"katanya dengan suara yang menggeletar.
Syazwan tidak menjawab.Matanya kelihatan seperti sudah mati.Tiada sinaran langsung di dalam matanya.

"Saya...rasa nak tidur."
"Abang tidur lah..Nanti dah sampai,saya kejutkan abang."
"..saya nak tidur selamanya."
Budak perempuan itu mengetap bibirnya sebelum mempercepatkan langkahnya lagi.Peha Syazwan dipegang erat sebelum dia berlari perlahan ke arah rumah terbiar yang mula kelihatan apabila dia melalui beberapa selekoh.
Ditutupi oleh semak dan agak jauh dari kawasan rumah yang lain.
Rumah terbiar.

"Abang..duduk sini dulu.."
Budak perempuan itu perlahan-lahan meletakkan Syazwan di atas lantai.
Apabila melihat riak wajah Syazwan yang kelihatan kosong di dalam kegelapan malam itu,Qhaira menanggalkan jaketnya lalu disangkut pada bahu Syazwan.
Oh.Jaket tu dah tak muat dengan dia..
Cepat betul Syazwan membesar.
Dia pula masih kecil begini.Mahu melindungi seseorang yang dia hargai pun dia harus bersusah payah.
Dia terlalu lemah.

"Uhm..Abang lapar?"soal budak perempuan itu perlahan.
Tangannya dicuci pada air di dalam kolah yang berada di luar.Mungkin air itu sudah bertakung.Dia pun tidak tahu.
Dia dapat air itu daripada air hujan.
Air di dalam rumah ini sudah tiada.

"...tak."kata Syazwan perlahan sebelum memandang ke arah budak perempuan yang berada di hadapannya.

"..nama..adik apa?.."
"..Qhaira Ceisya!Abang boleh panggil saya,Qhaira!"kata Qhaira laju.Matanya kelihatan bersinar-sinar.Gembira Syazwan bertanya namanya.

"Oh...okey..Qhaira.."
Namanya kedengaran cantik jika disebut oleh Syazwan dalam nada sebegitu.

Qhaira mengambil totonya dari penjuru dinding rumah itu lalu lipatan toto itu dibuka sebelum ditarik ke arah Syazwan.
"Abang..tidur dekat sini."Qhaira menepuk toto di depannya lalu Syazwan serta merta menurut tanpa bertanyakan apa-apa soalan.Mungkin terlalu letih dengan apa yang sudah berlaku.

Qhaira hanya mengukirkan senyuman lembut sambil mengusap kepala Syazwan perlahan.Syazwan mula menutup matanya yang sudah berasa berat itu.
Entah kenapa...dia berasa selamat.

..........

Syazwan terjaga dari tidurnya.
Matanya dikerdipkan beberapa kali sebelum dia menggosoknya perlahan.
Tubuhnya perlahan-lahan disandarkan pada kepala katil lalu wajahnya diraup buat seketika.
Ah...mimpi tu..
Mungkin sebab aku dah tengok buku lukisan Qhaira,aku jadi teringat balik apa yang dah berlaku beberapa tahun yang lalu..

"..Nightmares?"suara seseorang yang hampir dengannya itu membuatkan dia tersentak.
Khairul memandang ke arahnya dengan senyuman senget sebelum memandang ke arah siling semula.

"I dream about my past."
"Hm..Patut lah."jawab Khairul pendek.

"Betul lah..Qhaira budak yang selamatkan aku tu kan?"
Khairul terdiam buat seketika sebelum dia berpaling ke arah Syazwan.Kepalanya ditongkat menggunakan tangannya sambil dia mengiring untuk memandang Syazwan dengan lebih jelas.

"Dah ingat?"
Syazwan perlahan-lahan mengangguk dengan riak wajah sayu.

"Aku ingat lagi,dia pergi rumah aku untuk jumpa aku..Dia merayu suruh aku jaga kau."
"Khairul.."
"I'm serious.Really.She begged me."kata Khairul dalam nada serius.Tiada langsung senyuman mengusiknya.Hanya pandangannya yang memandang tajam ke arah Syazwan.

"...lepastu apa jadi dekat dia?"
"I don't know,Syazwan.She leave after that.Cuma dia je tahu apa jadi."jawab Khairul lagi sebelum merebahkan kepalanya di atas bantal semula.

"It's not fair.."
"What's not fair?"
"..dia tahu semua benda pasal saya..tapi pasal dia..dia rahsiakan."bisik Syazwan dalam nada sayu.
Entah kenapa dia berasa seperti..Qhaira tidak mempercayainya langsung.Walaupun mereka sudah duduk sebumbung agak lama..

"Mungkin sebab kisah silam dia tak menyenangkan..Siapa tahu,kan?Aku pun tak tahu banyak sangat benda pasal Qaireena..Even though she's my wife.But she's slowly opening up to me."Khairul bersuara dengan senyuman redup apabila teringatkan wajah isterinya.

"They know each other."
"Yeah..Qaireena tak cakap apa-apa pun pasal tu dekat aku.."kata Khairul lagi.
Kepala Syazwan diusap dengan kasar.

"Dah lah..kau cuba cakap dengan dia lagi esok.Slow-slow..Okey?"
Syazwan perlahan-lahan mengangguk sebelum merebahkan tubuhnya di atas katil semula.
Selimutnya ditarik.

"Kau suka dia,ek?"
"Nampak sangat ke?"
"Haah."
"Alamak.."
Syazwan meraup wajahnya yang sudah berasa panas apabila Khairul tertawa kecil.

"Oh well..I have nothing to say on this matter.It's your life.So,goodluck."bisik Khairul perlahan dengan senyuman senget.Syazwan membalas senyuman itu dengan senyuman lebar.

"By the way..kenapa awak pun terbangun juga ni?"soal Syazwan secara tiba-tiba.

"Terbangun?Did you forget we have a game to play later?"
"A...what?"
"Game burung hantu.Did you forgot?"
Syazwan memandang jam yang tergantung pada dinding.

'11:30 P.M.'

Oh.Selepas solat isyak,dia terus tertidur kerana terlalu mengantuk.
"Hari ni ke?"

"Duhh?"jawab Khairul yang masih bersandar pada kepala katil.

"Wait.Maksudnya,sekarang lah kan?"soal Syazwan lagi dengan mata terbuntang.Selimutnya diselak ke tepi.

"Dah tu bila lagi?"
"Then why are you here?!"
"Malas lah nak keluar."
"Khairul!"

Mata Qaireena menjadi cerah apabila ternampak kelibat Khairul yang diheret oleh Syazwan.
"Khairul!Saya ingat awak dah tidur!"

Khairul hanya mendiamkan diri sambil membiarkan tubuhnya dipeluk erat oleh Qaireena.
Wajahnya kelihatan pasrah.
"Mana yang lain?.."soal Khairul lalu Qaireena serta merta menuding jari ke arah pelajar yang sudah beratur di padang.

"Hm~ Awak tak main ke,Qaireena?"soal Syazwan sambil berpeluk tubuh.Senyuman mengusik terukir di bibirnya.

"Not interested."
"Not interested ke,takut?"soal Syazwan lagi.
Qaireena hanya mengerlingkan matanya dengan senyuman senget.

"Tapi siapa yang setuju nak buat game ni?"
"Rasanya yang cadangkan,budak dari 5 Kemanusiaan.So they're going to be the one leading it I guess."kata Khairul sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di sebelahnya.

"I see..."bisik Qaireena perlahan.
Khairul memandang ke arah isterinya lama.

"Kenapa?"
"Ah...nothing.Cuma.."
Qaireena memandang ke arah sekelilingnya buat seketika.

"Berani betul diorang.."
"Hahaha..Jadi betul lah awak sebenarnya takut?"soal Syazwan dengan senyuman mengusik.

"No.Cuma asrama ni boleh tahan keras."jawab Qaireena selamba sambil menjongketkan bahunya sekali.

"Hah?..How did you know?Can you see 'them'?"soal Khairul lalu dengan pantas memegang lengan Qaireena dengan dahi yang berkerut.

"Are you scared?Don't worry.I'll protect you.."
"You're not answering my question..!"bisik Khairul lalu menarik Qaireena ke arahnya.
Bulu romanya mula meremang.

"Hm?Saya rasa semua orang dalam keluarga saya boleh nampak 'benda' tu.Kecuali ayah saya.Ayah saya cuma boleh 'rasa'."
"Wait,what?Awak tak pernah bagitahu pun pasal ni dekat saya..?!"
Syazwan memandang ke arah sekelilingnya sekilas.
Lengannya yang berasa seram sejuk di gosok perlahan.

"Alright..Lets stop talking about this.Saya kena pergi tengok pelajar tu..So,Qaireena..Jaga Khairul,okey?"
"No need to ask."jawab Qaireena sebelum memeluk tubuh Khairul dengan senyuman bahagia.
Langsung kelihatan tidak takut.

Sebaik sahaja Syazwan berlalu pergi,Khairul perlahan-lahan berpaling ke arah Qaireena.
"Do you see them..here?"

"No..Banyak dekat atas tu."kata Qaireena sebelum memuncungkan bibirnya ke arah koridor asrama di tingkat 3.Khairul mengeratkan pelukannya.

"Omg..Qaireena,let's leave.."
"Are you scared?"
"Kind of."
Qaireena tersenyum senget sebelum dahi suaminya dikucup lembut.

"Don't be.Let's go somewhere brighter okay?"
Khairul mengangguk laju sebelum berjalan di sebelah Qaireena tanpa memandang di sekelilingnya.

12:00 A.M..

Amy menutup mulutnya yang menguap.
Matanya yang ditutup dengan kain itu dipejam.
Ah..Dia sendiri pun tidak tahu dia berada di mana..

'Boo!'

Amy memandang ke arah dirinya yang berada di depannya dengan senyuman senget.
Ah.Imaginasinya sudah kembali.Mungkin sebab kawasan di sekelilingnya yang sunyi?

'Having fun?~'soal dirinya yang berpakaian hitam lalu terbang di depannya perlahan dalam kedudukan terbalik.

"...not really.It's dark.I don't like dark."kata Amy perlahan di dalam hati.Ataupun..di dalam dunia imaginasinya.

'Ah..It's pathetic how you use me to feel less scared.'
'Amy' memetik jarinya tetapi kawasan di sekelilingnya masih lagi gelap gelita.
Keluhan berat dilepaskan.

'Well..You can't imagine anything beside me.Quite useless of you.Unsurprisingly.'
Amy terdiam buat seketika.

"I can try imagining one more time."
'Oh yes,do it..!'
Amy menarik nafas sebelum memejam rapat matanya.
Fokus..Fokus...

'Amy' memandang cahaya di sekelilingnya yang mula muncul sebelum tempat itu menjadi bercahaya sepenuhnya.Walaupun malap.
'Huh..not bad I guess?'

"Let me try more.."
Amy membuka matanya.
Beberapa kaca mula timbul dari tempat di sekelilingnya.
Kaca yang berbentuk segi tiga,bulat,segi empat sama..

Apabila 'Amy' menyentuh kaca itu,kaca di depannya mula hilang.
Hologram yang tiba-tiba muncul di sebelahnya membuatkan dia tersenyum senget.
'Oh.It's you.'

'Wel-- Welco--- We-- Welcom---'

'Oh.Nevermind.'
'Amy' memandang ke arah dirinya yang sedang mengerutkan dahi itu,kemudian ke arah hologramnya semula.

'Welcome back.'

"Oh..there you go."
'Well..What about the 'others'..?'
"Uhh..Okay,wait..I'll try.."
Amy membetulkan kedudukannya.Lututnya dipeluk erat dengan dahinya yang masih berkerut.

Mata 'Amy' mula menjadi cerah apabila cahaya di sekelilingnya menyala terang.
'Oh.Sikit lagi..'
"..Shut up..I'm trying.."

'AAAAHH!!!'

Amy tersentak lalu segala benda yang berada di sekelilingnya,hilang.
Kain pada matanya dipegang.Niatnya mahu menarik kain tersebut,tapi...
'Fuck.What was that?Kuatnya.Siapa jerit..?'soal dirinya dengan riak wajah pucat sambil memandang sekelilingnya yang gelap gelita.

Jantung Amy yang berdegup kencang itu membuatkan dia mula gelisah.

Mendengar jeritan itu,Qhaira perlahan-lahan membuka kain yang menutup matanya.
Di depannya,wajah Syazwan yang berada betul-betul di depannya membuatkan dia tersentak.
Syazwan juga ikut tersentak.
"Awak buat apa dekat sini?"

"Awak tak dengar jeritan tadi?"
"Ah..awak cari saya ke?"
"Yeah."
Qhaira memandang ke arah Syazwan yang masih duduk mencangkung di hadapannya itu.
Tangannya gatal mahu mengusap pii lelaki itu.

"..Qhaira..boleh saya tanya..soalan?"
Melihat wajah Syazwan yang kelihatan lain macam itu,dahi Qhaira berkerut.
Mesti ini pasal apa yang dia nampak dekat buku aku..Ke,tak?Atau dia nak tanya benda lain?
Rasanya aku dah banyak berahsia dengan dia..Tapi bila rahsia tu terbongkar,dia tak pernah marah pun.
Rasanya kalau aku terus terang...
...mungkin dia akan terima aku?

"Apa dia?"
Syazwan terdiam buat seketika.
Nafasnya ditarik.
Baru sahaja dia hendak bersuara,bunyi jeritan yang lebih nyaring daripada tadi membuatkan dia tersentak.

"..Ah.Bising."bisik Qhaira dengan riak wajah menyampah sebelum dia berpaling ke arah Syazwan yang sudah menayangkan riak wajah risau.

"Ada budak histeria ke?..Qhaira.Boleh tolong kumpulkan budak-budak yang lain?"
Qhaira mengangguk sebelum bangun dari tempat duduknya.
Syazwan mula berlari ke arah suara itu.
Tetapi tiba-tiba,tangannya dipegang erat.

"No.Saya ikut awak je lah."
"Oh?Kenapa..?Awak takut ke?"soal Syazwan dengan senyuman mengusik.

"..saya takut jadi apa-apa dekat awak."
Riak wajah Qhaira yang kelihatan serius itu membuatkan jantung Syazwan berdegup kencang.
Perlahan-lahan dia mengangguk sebelum dia berlari ke arah bunyi jeritan itu semula.


Qaireena berpeluk tubuh sambil memandang pelajar perempuan yang meronta di atas lantai itu.
Riak wajahnya kelihatan tidak berminat.
Dia lebih berminat dengan lelaki yang sedang menyorok di belakangnya
"..Eek..Qaireena..Do something.."bisik Khairul dengan tangannya yang mencengkam lengan Qaireena perlahan.

Qaireena tersengih sambil memeluk erat tubuh Khairul.
Leher Khairul dicium.
Uwah.Wangi.

"WOI!"
Qaireena berpaling ke belakang.
Riak wajah cikgu Hasyira membuatkan dia mengangkat keningnya seperti mengatakan 'Apa?'.

"Can you help?!"soal Hasyira yang sedang memegang tangan pelajar perempuan di tepinya bersama dengan cikgu yang lain.

"Not interested."jawab Qaireena dengan riak wajah kosong.
Pandangannya beralih ke belakang dengan dahi yang berkerut apabila dia teringatkan sesuatu.

"..Tsk."
"Kenapa?..Ada apa?"soal Khairul apabila melihat wajah Qaireena yang kelihatan lain macam.

"Ah..Qairin tak ada kat sini.Kalau ada apa-apa jadi dekat dia macam mana?"
Asyiqa,yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam dewan itu,memandang ke arah Qaireena dengan dahi yang berkerut.

"Kau ingat tak Qairin duduk dekat mana?"
"Bukan aku yang bawa dia?Aku dengan Khairul tak main game tu."
"Huh?!Dah tu siapa?"
"Cikgu Harith,kot.Tapi dia tak ada dekat sini."kata Khairul sambil matanya melilau ke arah sekeliling dewan makan asrama itu.
Wajah Asyiqa juga bertukar keruh sebelum dia keluar semula.Kasutnya disarung sebelum dia berlari ke arah tempat-tempat yang mungkin tersembunyi.

"Saya nak pergi cari Qairin.Khairul.Tunggu dekat sini,boleh?"Qaireena menolak tangan Khairul yang sedang mencengkam lengannya perlahan,tetapi Khairul dengan pantas memeluk lengannya semula dengan dahi yang berkerut.
Bibirnya diketap.

"Saya nak ikut.Pelajar lain pun banyak lagi yang tak ada.Kita berpecah."kata Khairul sambil membetulkan cermin matanya.

"No.Kenapa awak tiba-tiba jadi berani pula ni?"
"I'm a man you know?..And I'm a teacher.I'm responsible for their safety."
Qaireena menggeleng kepala lalu lengan Khairul ditarik agar mengikutnya.

"Kalau awak nak cari diorang,cari dengan saya.Do we have a deal?"soal Qaireena dengan pandangan tajam.
Wajah Khairul mula berona merah sebelum dia mengangguk laju.
Ah..dia lemah betul dengan pandangan Qaireena yang itu.

Amy memandang ke arah sekelilingnya.
'Oh boy.'dirinya yang berpakaian hitam bersuara.
Amy mencengkam lengannya dengan kuat.

'Kita dekat mana?We f*cking lost!Kenapa asrama ni besar sangat?!'jerit dirinya yang berpakaian hitam sambil terbang di sekelilingnya dengan riak wajah panik.
Amy dengan pantas memandang ke belakang apabila ternampak bayang hitam

Tiada apa-apa.
Huh.Imaginasinya sahaja kot.
Ataupun benda betul.
Mata dia ni bukan boleh percaya sangat.
Bunyi jeritan yang kedengaran lagi membuatkan Amy terjerit kecil lalu menutup telinganya.
Bibirnya diketap sebelum dia berlari ke arah kanan.Dia tidak tahu ke mana dia sedang berlari.Dia cuma mahu melarikan diri.
Okey,dia depressed.Tapi dia masih takut.
Takut apa?..Hantu ke?..Gelap ke?..
Mungkin dua-dua..Mungkin benda lain.
Mungkin dia takut akan kesunyian.

GEDEBUK!

Amy terjatuh apabila terlanggar sesuatu.
Matanya mendongak ke atas.Bau wangian yang menusuk ke dalam hidungnya membuatkan keningnya terangkat.
Dia kenal wangian itu.

Pandangan Qairin dan Amy bertaut.
"Hah..!Amy!Thank god..!"jerit Qairin lalu merapatkan tubuhnya pada Amy.
Amy serta merta membetulkan eksperasi wajahnya.
Tunjuk 'cool'.Tunjuk 'cool'.

"Saya sesat awak tahu tak..?Nasib baik awak ada.."
"Mana awak tahu ini saya?Entah-entah saya ni hantu?"
Qairin serta merta menjauhkan dirinya daripada Amy dengan riak wajah pucat.
Apabila melihat Amy tergelak kecil,Qairin menyepak kasut Amy perlahan.

"Tak kelakar!"
"Haha..Okey,okey..Saya pun sesat ni.."
"Oh..Awak dengar tak orang menjerit tadi?"
Amy mengangguk perlahan sebelum meneruskan langkahnya.

"Awak tahu jalan nak pergi dewan makan?.."
"Tak..Saya main jalan je ni."
Qairin hanya mendiamkan diri.Tangannya memegang erat lengan baju Amy.
Memandangkan kawasan sekelilingnya terlalu gelap.
Kalau dia dengan Asyiqa...
Mesti Asyiqa akan-

Bayangan putih yang tidak jauh darinya membuatkan dia terjerit kecil lalu memegang lengan Amy.
Ah.Tak guna,tak guna,tak guna.Mata tak guna.
"Amy,lari!"jerit Qairin lalu menarik lengan Amy bersamanya.
Amy yang sudah terpinga-pinga itu hanya menurut.
Tidak lama kemudian,langkah Qairin terhenti mengejut.
Matanya dipejam lalu telinga ditekup.

"Qairin?.."
"Ah..Banyaknya..Saya tak boleh.Akak..tolong.."
Amy memandang ke arah sekelilingnya.
Tidak ada apa-apa.
Ah..Dia bukannya boleh melihat benda ghaib pun.

Amy duduk mencangkung di sebelah Qairin yang masih menutup mata dan telinganya itu.
"Alright..calm down..You're gonna be fine.."

"No..We're not.."
"You are.Close your eyes.Ikut saya,okey?"
Qairin menutup matanya lalu lengannya yang ditarik oleh Amy membuatkan dia perlahan-lahan bangun.
Amy melangkah ke arah jalan yang menuju ke arah..
Dia pun tidak tahu ke mana.Dia jalan saja.
Apabila Qairin memegang lengannya dengan erat,Amy bersenandung lagu yang kedengaran tenang sambil mengusap lengan baju Qairin bagi menenangkan lelaki itu.
Dia pun tidak tahu caranya berkesan atau tidak.
Tapi memandangkan Qairin nampak okey,dia teruskan saja lah.

Bunyi jeritan yang kedengaran amat kuat membuatkan bulu roma Amy meremang.
Dirinya yang berpakaian hitam itu mengetap bibir sambil mengetuk kepalanya sendiri berkali-kali.
'Bising...Bising..Bising..'

Amy meneruskan perjalanannya.Selepas beberapa minit,bunyi tapak kaki yang kedengaran seperti menuju ke arah mereka membuatkan Qairin membuka matanya.
"Akak..!"

Amy sudah terpinga-pinga.
Uish.Dia tahu itu kakak dia daripada suara tapak kasut dia je?Hebat.

Qaireena memeluk erat tubuh Qairin.
Asyiqa berada di sebelahnya sudah menghembus nafas lega.
"Are you okay?..Ada kena panic attack?Asthma attack?"

"No..Amy ada."
Amy yang berada di belakang mereka hanya menundukkan kepalanya dengan kekok.
Tetapi bunyi jeritan yang kedengaran membuatkan dia tersentak.

"Alright..Jom balik dewan asrama.Rasanya yang lain dah berkumpul.Korang berdua je yang tiba-tiba sesat."
"Don't blame me,you know I'm bad with directions.."kata Qairin dengan bibirnya yang memuncung.Tangannya memegang erat lengan Qaireena.

"But still..Boleh tahan banyak juga 'benda' tu dekat sini.."
"Ah..Risau pula pasal Syazwan."bisik Khairul sambil berpeluk tubuh.
Amy yang berjalan di sebelah mereka hanya mendiamkan diri.Dari tadi lagi dia berasa seperti Asyiqa memandangnya dengan pandangan tajam.
Mungkin sebab dia berdua dengan Qairin kot tadi..?
Urgh..

Apabila tiba tidak jauh di dewan makan asrama,Amy memandang ke arah Syazwan yang sedang memberi arahan kepada pelajar-pelajar agar tidak masuk ke dalam dewan makan asrama itu.

"Woah..Tak habis lagi?"bisik Qaireena sebelum melangkah ke arah Qhaira yang berdiri di sebelah Syazwan dengan dahi yang berkerut.

"So?Apa jadi waktu aku tak ada?"
"3 pelajar histeria."
"Wow.Ada pelajar hilang?"
"Qairin dengan Amy dah ada..So,tak ada.Semua cukup."kata Qhaira sambil berpeluk tubuh.
Langsung tidak mengambil peduli situasi di dalam dewan makan.

"Amy..!Sini lah.Kenapa awak berdiri jauh sangat tu?"soal Qairin ke arah Amy yang berdiri sangat jauh daripada kawasan dewan makan asrama itu.
Air liurnya ditelan.
Pahit.

Bunyi suara surah yang kedengaran jelas itu membuatkan tubuhnya menggeletar.
'Not good.Not good.F*ck.Get me out of here.'Dirinya yang berpakaian hitam itu sudah menutup mata sambil menutup telinga.
Baru sahaja Amy mahu menutup telinganya,Asyiqa menarik lengannya dengan kasar.

Amy terjerit kecil apabila tubuhnya ditolak ke arah barisan kelas 5 RC bahagian perempuan.
"Beratur elok-elok."kata Asyiqa pendek.

Tubuh Amy yang tersentak itu membuatkan dahi Asyiqa berkerut.
Huh?Bukan dia jerit pun?Kenapa sampai nak tersentak?

Amy mencengkam lengannya.
Bunyi jeritan daripada pelajar yang histeria,bercampur dengan suara surah Al-Baqarah yang kedengaran kuat,membuatkan dia mula menggeleng kepala dengan laju.

......

Amy memandang ke arah ibunya yang sedang menjerit.Kerana histeria.
Surah Al-Baqarah yang berkumandang di radio itu membuatkan jantungnya berdegup laju.

Rambutnya masih sakit akibat ditarik oleh ibunya tadi.

.......

Amy mula melangkah jauh dari barisan itu.
Kawannya,Ain sudah terpinga-pinga melihat gelagat Amy.
"...aku taknak duduk sini..Anywhere but here.Anywhere but here."bisik Amy sambil menggempal penumpuk.
Jantungnya berdegup laju.

"Hey!Where are you going?Cikgu suruh duduk dalam barisan!"kata Asyiqa dalam nada tegas lalu memegang erat lengan Amy.
Asyiqa tersentak apabila perempuan itu merentap kasar tangannya dengan riak wajah pucat.

Amy kebelakang sebelum berlalu pergi dari situ.
"Uh-oh.Qaireena!"
"On it."kata Qaireena sebelum memegang erat lengan Amy.

"Let go of me!Saya tak histeria lah!"jerit Amy dengan riak wajah terdesak.
Dia tidak boleh mendengar semua itu.
Dia memang tidak boleh-

"Dah tu kau nak pergi mana?!"jerit Qaireena dengan pandangan tajam.

"Mana-mana je.."bisik Amy dengan suaranya yang bergetar.
Tidak lama kemudian,Khairul mula melangkah ke arah mereka.

"Qaireena,let go of her,you're hurting her."
Qaireena serta merta melepaskan Amy dengan bibirnya yang memuncung tanda tidak puas hati.
Amy menggosok lengannya.
Bunyi jeritan yang semakin kuat itu membuatkan menutup telinganya seerat-erat yang mungkin.

"Ah..Bisingnya.Bisingnya.Bisingnya."kata Amy bagi menutup bunyi jeritan itu yang masih lagi kedengaran walaupun telinganya sudah ditutup.

"Amy?.."bisik Qairin perlahan apabila budak perempuan itu mula bernafas laju.

"Bising.Bising.Cukup..Bisingnya..!"jerit Amy dengan air matanya yang tiba-tiba mengalir.Dia pun tidak sedar air matanya mengalir.
Dia betul-betul serabut.
Amy mengetuk kepalanya pada tiang di sebelahnya.
Semua yang berada di situ mula panik.

"Amy,stop that!What are you doing?!"jerit Syazwan lalu menarik tubuh Amy.Qhaira berdiri di depan tiang itu dengan dahi yang berkerut.

"Ah.Korang!Jangan bagi dia duduk sini!Dia tak boleh dengar semua ni!"jerit Hasyira yang ternampak kelibat mereka dari dalam dewan makan asrama itu.
Suaranya kedengaran kuat walaupun dikelilingi oleh jeritan pelajar dan suara surah yang dipasang.

"Dia tak boleh..?Oh-"Qaireena memandang ke arah Amy dengan mata yang terbuntang.

"Amy?..Can you hear me?Kita pergi tempat jauh sikit nak?"soal Qairin dalam nada lembut.Giliran dia pulayang menenangkan Amy.
Air mata Amy yang jatuh dengan laju itu membuatkan dahinya berkerut.

"Okay.Let me do it.Come on."
Qhaira perlahan-lahan mengangkat tubuh Amy lalu dibawa jauh daripada tempat itu.
Tangan Amy masih menekup telinganya.
Di fikirannya,dia hanya mahu berhenti mendengar bunyi bising.

Amy menarik nafas penjang apabila suara jeritan itu sudah tidak kedengaran.Diganti dengan telinganya yang sedang ditutupi oleh earphone milik Qaireena.
Lagu yang dipasangnya memiliki rentak yang agak kuat.

"That was something."bisik Qaireena perlahan.
"Yeah..I never saw her like that before."bisik Syazwan pula.
"Saya rasa semua kat sini tak pernah tengok dia macam tu."bisik Qairin pula.
Asyiqa yang berada di belakang mereka tidak bersuara.Hanya berpeluk tubuh.
Begitu juga dengan Qhaira.
Wajah Amy yang kelihatan tenang itu dipandang lama.

"Awak tengah fikir sesuatu ke?"soal Syazwan apabila pandangannya beralih ke arah Qhaira.

"Ah..Ya.Tapi tak ada lah penting sangat pun."
"Why?What is it?.."
Qhaira memandang ke arah telapak tangannya sekilas,kemudian berpaling ke arah Amy.

"Waktu saya angkat dia tadi..Badan dia ringan.Ringan sangat."
Semua yang berada di situ berpaling ke arah Qhaira sebelum mendiamkan diri.

"What a weird girl."bisik Qaireena perlahan.
Orang lain yang mendengar kata-kata itu tidak membalas.
Ya.Bagi mereka,Amy agak pelik.
Tapi bukan pelik dalam segi teruk.
Pelik dalam segi..merisaukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience