BAB 8 :Amy's Mind.

Romance Series 12091

Amy memandang budak-budak sebayanya yang diangkat oleh bapa dan ibu mereka.
Keningnya berjongket buat seketika.
Senyuman lebar terukir di bibirnya apabila kelibat ibunya muncul.
Tangannya yang dipimpin ke arah basikal membuatkan dia melajukan langkahnya.
Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas tempat duduk belakang basikal ibunya,pinggang ibunya dipeluk.Matanya masih memandang budak yang didukung oleh keluarga mereka tadi.

"...Ma...kenapa orang lain ada ayah tapi Amy tak ada?"soal Amy sambil bermain dengan puzzlenya.
Amy dapat melihat riak wajah ibunya yang berubah.Terkejut,bersalah,sayu.

"..oh..uhh..ayah Amy..dia tak..sayangkan Amy."
"........huh?"

Amy membuka matanya.
Bunyi kereta yang lalu lalang itu membuatkan dahinya berkerut.Perlahan-lahan dia melangkah turun daripada motosikal ayahnya.
Sebaik sahaja dia bersalam dengan ayahnya,kakinya dengan laju melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.

Dirinya yang berpakaian hitam serta merta muncul di tepinya.
'Another sad day..Another lonely day..'

'..I'm..not sad.'jawab Amy dengan riak wajah kosong.

'Why did you think of your past then?'soal dirinya yang berjalan di hadapannya dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket jaket.

'Why do you care?'soal Amy pula.

'It's unpleasant.You hurt me when you do that and I dislike it.'
'Go die then.'
'If only.'
Dirinya yang berpakaian hitam itu automatik menghilang apabila Amy menggelengkan kepalanya.
Begnya disandarkan pada dinding di bawah dewan.Punggungnya dilabuhkan lalu lututnya dipeluk erat.

"...hai,Amy..!"
Amy berpaling ke arah Arissa.
Perempuan itu kelihatan ceria.
Terlalu ceria.
Macam mana dia boleh jadi ceria macam tu pagi-pagi macam ni?
'Unlike you,she like going to school.'jawab dirinya yang berpakaian hitam.
Amy tersenyum senget ke arah Arissa lalu membiarkan Arissa mengesot ke arahnya.

"Awak nak tahu tak--"
"Taknak."
"Saya bagitahu jugak!Syamimi ada crush baru.."
"Siapa?.."soal Amy perlahan.
Walaupun dia sebenarnya tidak kisah.
Tak habis-habis dengan crush baru.
Sampai bila nak matang?..

"Ada budak tingkatan 3 ni.."
Tingkatan 3 juga yang dipilihnya.
Tak ada orang lain.
Ah..Rasa macam tak percaya Amy pun dulu seperti mereka.

"Oh,Mimi!"
"Hai~ Kau buat apa?"
"..Aku cerita dekat Amy pasal crush kau laa~"
"Ish..jangan percaya dekat dia ni,Amy.Dia tipu."
Amy memandang ke arah perempuan yang lebih tinggi daripadanya dan juga Arissa.
Perempuan yang memakai pakaian lengkap pengawas itu membuatkan dia memeluk lututnya dengan lebih erat.

"Arissa tak ada crush?.."soal Amy perlahan.
Dia mahu meneruskan perbualan.
Apa-apa perbualan pun boleh..

"Ada!Dari Tingkatan 2 sampai Tingkatan 6.Saya ada baaaanyak sangat!"
Amy tersenyum lalu tergelak kecil mendengarnya.
Syamimi hanya menggeleng kepala sambil menayangkan riak wajah kecewa.

"Insaf lah anak muda.."
Kedua-duanya mula tergelak kecil.
Amy hanya memandang ke arah mereka.
Keningnya terangkat apabila terperasan Arissa juga turut memakai pakaian lengkap pengawas pusat sumber.

"..Korang..ada apa-apa ke hari ni?"
"..Haah!Ada pertandingan 'debate'.Jadi kitorang kena pakai pakaian lengkap."
"....oh.."
Amy memandang kainnya yang berwarna biru.
Tubuhnya dijauhkan daripada Arissa apabila perempuan itu khusyuk bercakap dengan Hanis.
Anak kepada cikgu.......cikgu apa,ya?Amy sendiri pun tidak ingat.Tapi Hanis memang pelajar pandai.Diikuti dengan Syamimi....dan Arissa.
Maklum,lah..ketiga-tiga pelajar itu dari kelas 5 Sains Tulen.

"Kau ada buat tak kerja Add Math tu.Aku ada problem dengan soalan nombor 6 lah."Syamimi mula mengeluarkan buku latihannya.
Arissa juga membuat perkara yang sama.Masing-masing menayangkan riak wajah serius apabila Hanis mula mengajar mereka jalan kira yang patut dilakukan.
Amy hanya memandang mereka dari tepi.
Terasa seperti dirinya jauh.
Terasa seperti ada penghalang di antara mereka.

'Remember when Syamimi said yang kau ni bukan kawan yang baik?Kau munafik.Kau cuma guna dia sebab nak jawapan kerja-kerja dia.'

Amy tersentak.Lututnya dipeluk erat sambil dia mengalihkan pandangannya.

'Tengok lah tu..sekarang dia dah ada kawan baru..Rasa macam bodoh pulak..Arissa,Syamimi dengan kau..kawan baik kononnya..But look at them now.And look at yourself.'

'Stupid.'

Amy menutup matanya.

'Welcome back.'

'You are in the middle of an adventure that you still didn't finish.Continue where you left off?'

-Yes
-> -No

Amy mengeluarkan pisau dari dalam poketnya apabila suasana di sekelilingnya tidak bergerak.
Tiada Arissa.Tiada Syamimi.Amy mengetuk lantai di bawahnya sebanyak 3 kali dan tempat itu automatik bertukar.Istana di dalam air yang dimasuki mereka tadi sudah hilang.Dia berada di tempat lain.
Nafasnya yang tidak teratur ditenangkan sambil dia mengenggam erat pisau di tangannya.

'It seems like you are bored.'

'Do you want to play hide and seek with yourself?'

-> -Yes
-No

'Search yourself in 3 minute.'

Amy perlahan-lahan berdiri sebelum berjalan ke depan.Di ruang yang kosong yang berwarna kelabu itu.Hanya dia sahaja.
Hanya dia seorang sahaja yang berada di situ.
Amy meneruskan perjalanannya.
Mencari 'dirinya'.
Tidak lama kemudian,masa yang diberi mula tamat.Tapi dia masih lagi mencari.
Mencari apa pun dia tidak pasti.

Jaketnya yang labuh sehingga paras betis dibetulkan sambil dia melangkah ke arah tujuan yang tidak diketahui.
Dia cuma mahu menenangkan diri.
Dia cuma mahu berkeseorangan.
Dia cuma mahu ditemani.
Dia cuma mahu bersendirian.
Dia cuma mahu seorang kawan.
Dia cuma--
Dia--
Di-

'Unstable emotions detected.Do you want to kill yourself?'

->-Yes
-No

Amy memandang ke arah klonnya yang tiba-tiba muncul.Dirinya yang berpakaian kelabu.Mata perempuan itu kelihatan kosong.
Rambut perempuan itu ditarik lalu dicampak ke arah dinding.
Pisau di tangannya diangkat sebelum ditusuk betul-betul pada jantung perempuan itu.
Dirinya sendiri.
'You're useless.Stupid.Good.For.Nothing.'

Setiap kata-katanya ditemani dengan bunyi tusukan.Tubuh di hadapannya ditikam berkali-kali dengan pandangan kosong.
'You're pathetic.You're ugly.You're annoying.You should die.You should die.You should die!'

Amy termenung seketika apabila tubuh di hadapannya sudah dilumuri dengan darah.
Lantai yang berwarna putih itu sudah menjadi warna merah.
'I hate red.'

'Are you feeling better?'

Amy mengangkat tubuhnya yang sudah ditikam tadi lalu dicampak ke tepi.Betul-betul pada longgokan tubuh yang sudah dipenuhi dengan kesan tikam.Kesemua wajah pemilik tubuh itu sama sepertinya.
".....I...feel..........okay."

'Great.^^ It seems liks you're feeling empty now.But that's okay.You can feel happy in no time when going on an adventure with your friends!'

Amy memandang tangannya yang dilumuri darah.

"Diminta agar semua murid berkumpul di tapak perhimpunan dengan segera."

Amy menutup matanya lalu membukanya semula.Tangannya kelihatan bersih.Bajunya kelihatan bersih.Tubuh yang bertimbun antara satu sama lain tadi pun sudah hilang.
Amy melambai tangannya lalu suasana di istana bawah air mula kelihatan.
Amy memandang kawannya yang tidak bergerak.
"...hm..hey."

'Yes?'

"Make them move when I'm not here..but..make them have a picnic,or play,or talk..anything.It doesn't matter where.But even if I'm gone,make them move."
Amy memegang erat tangan Arissa.
Senyuman kosong diukirkan pada Arissa dan juga Syamimi yang kelihatan curiga dengan isi di dalam istana itu.

'Sure.May I ask why?'

"..You're my mind.You already know why."

'You like voicing your opinion to me.'

"...Kalau buat macam tu..diorang nampak macam lebih.......hidup.."jawab Amy perlahan.Senyumannya perlahan-lahan menghilang lalu dia berpaling ke arah perkataan yang berada di atas hologram yang berbentuk segi empat sama itu semula.Ataupun lebih tepat,kotak mindanya.
Cahaya di istana itu mula menjadi gelap.

'Do you want to wake up?'

-> -Yes
-No

'How do you want to wake yourself?'

-Drown
-Buried alive
-Jump off the tall building
-> -Open eyes

'It seems like this option doesn't work at the moment..'

'How do you want to wake yourself?'

-Drown
-Buried alive
-Jump off the tall building
-> -Stab

Amy mengeluarkan pisau dari dalam poket jaketnya.Pisau yang dipegangnya ditusuk ke arah perutnya dengan pandangan kosong.
Dahi Amy berkerut menahan sakit sebelum dia terduduk.

"Amy,jom..!"
Amy memandang tangan yang dihulurkan ke arahnya.Matanya memandang ke arah pemilik tangan itu.Wajah Ain dipandang dengan pandangan kosong.

'...Ingatkan..tangan Arissa tadi.'bisik Amy perlahan.Dirinya yang memakai jaket hitam itu hanya menggeleng kepala sebelum berjalan di sebelahnya.

'Why did you play with my realm earlier?'
Amy memandang ke arah dirinya yang memandangnya dengan pandangan kosong.

'...Why not?'jawab Amy dengan senyuman senget.

'Next time don't do that.Unless you wanna stay there forever,then sure.I can work with that..'
Amy memandang ke arah dirinya yang tersenyum penuh makna.Kepalanya digeleng sebelum dia menumpukan perhatian pada kasutnya sambil telinganya mendengar ceramah yang diadakan di atas pentas.

"...I want to die."
"..huh?"soal Ain apabila terdengar Amy berbisik sesuatu.
Amy menggeleng kepala dengan senyuman lebar.
"Takde apa,lah..Kau dah siap kerja rumah?"soal Amy sambil menolak tubuh Ain ke arah tempat mereka selalu beratur.

"Belum..Kau?"
"Belum,jugak.Hehe..Takpe.Kena marah sama-sama lah kita~"
Amy dan Ain serentak tergelak kecil.Tawa mereka terhenti apabila perhimpunan sudah pun bermula.
Senyuman Amy automatik menghilang apabila Ain berpandang ke depan.
Amy menggosok lengannya.Bibirnya diketap sambil dia memandang ke arah kasutnya semula.

'I wanna go home..'

Masa berlalu dengan pantas apabila Amy menghabiskan masanya dengan tidur di dalam kelas.Dia pun masih tertanya-tanya bagaimana cikgu tidak perasan.Padahal dia duduk di tempat paling hadapan.

Amy memandang jadual kelas yang disimpan di bawah laci mejanya.
Lepas ni sains.
Oh.Cikgu Syazwan terlibat dalam aktiviti perkhemahan..Hari ni diorang balik kan?
Hmm..Harap-harap diorang balik petang.
Aku taknak belajar Sains.

Amy menyimpan jadual itu ke dalam laci mejanya semula.Telinganya menangkap pelbagai perbualan yang berada di sebelahnya.

'Ceiii..Kau jealous ek~'

'Jangan cakap kuat-kuat..!'

Amy mengerutkan dahinya.
Yup.Budak di sebelahnya ada crush padanya.
Macam mana dia tahu?
Urgh..kalau diorang tak cakap kuat-kuat tak adanya dia tahu tentang hal tersebut.Dia pun kalau boleh tidak mahu mengambil tahu atau peduli tentang maklumat yang diperolehnya secara tidak sengaja.
Mungkin dia kedengaran perasan,tapi itu lah kebenaran.
Lelaki di sebelahnya pun selalu memberi coklat kepadanya.Like,okay?
Dia cuma bagi dekat aku seorang pula tu.
I do be stupid because it's so fucking obvious.

'Why not try talking to him?'
Amy dapat melihat dirinya tersenyum ke arahnya dengan senyuman ada makna.

'I do prefer not to.I got bored easily.You of all people should know that.'Amy menjawab dengan riak wajah kosong sambil melapikkan kepalanya ke atas lengannya semula.Matanya ditutup.

'Urgh..this is why we never had any boyfriend.Or friends.'dirinya yang berpakaian hitam bersuara dalam nada jengkel bercampur pasrah.
Amy dapat membayangkan dirinya sedang mengerlingkan mata.

'That's good.Benda haram lagipun.'
'Benda haram sebab kau tak pernah try.'
'Aku dah ada banyak dosa.Nak buat apa aku tambah dengan couple.'
Bunyi tepukan dari dirinya membuatkan dahi Amy berkerut.
Bising.

'Hah.But you still imagine some guy friends talking to you.'
'Imagination is different..'
'Because it's not real?You waste your time to someone that is not real?'
Amy mengetap bibirnya.Dahinya berkerut sebelum dia menutup rapat matanya.Dirinya yang berpakaian hitam automatik menghilangkan diri.

Fikirannya ditenangkan sebelum dia terbayang sesebuah tempat yang kosong.
Lantai tempat itu dipenuhi dengan air jernih dan hujan renyai-renyai di tempat itu masih tidak berhenti turun.Amy memandang air yang tinggi hingga ke paras betisnya.
"....air dah makin tinggi..and yet I still come here."

'Perhaps because you like rain.'

Amy tersentak.Jaket yang berwarna kelabunya itu dibetulkan sambil dia berpaling ke arah hologram di belakangnya.
"..I swear..can you not come here while I'm trying to be at peace?"

'I'm your thoughts.You brought me here yourself.Unsurprisingly..'

"........i guess so."

'Do you want to kill your--'

"Yes,yes and yes.I wanna kill myself so bad.Now go away."
Amy berpaling ke arah pokok yang terletak di tengah-tengah tempat itu.
Kakinya melangkah laju ke arah dahan pokok itu lalu tubuhnya disandarkan.
Hologram tadi telah hilang.
Mn.Bagus lah tu.
Boleh lah dia menenangkan diri buat sementara waktu..

Daun pokok yang jatuh di atas ribanya membuatkan dia memandang ke atas.
"I.........."
Mata Amy tiba-tiba berkaca.
Air matanya yang tiba-tiba mengalir laju dibiarkan.
Di sini lah tempat dia menangis.
Tempat dia meluahkan segalanya.

"..Urghh..Why am I crying,that so cringe."
Amy mengelap air matanya yang masih tidak berhenti mengalir.Hujan di tempat itu semakin turun dengan lebat.Air yang naik hingga ke paras pinggangnya tidak di endah.

"I'm so tired.Why am I so tired..?I don't know..I really don't know..."bisik Amy perlahan dengan riak wajah kosong.

"Why am I not like everyone else?I want to laugh.I want to smile.I want to be happy."
Amy menekup mukanya ke arah lututnya sambil membiarkan air matanya jatuh.Dia sendiri pun sudah tidak larat mahu menyeka air matanya sendiri seperti watak di dalam drama yang selalu dilihatnya.

"..I bet even god hate me..Don't you think so too?"soal Amy sambil memandang ke arah dirinya yang terpantul pada permukaan air.
Daun yang gugur di hadapannya membuatkan dia menahan air matanya daripada jatuh.Tetapi gagal.

"Why am I crying...?"soal Amy lagi.
Air matanya disapu dengan kasar menggunakan lengan bajunya yang sudah hampir basah sepenuhnya.Matanya kelihatan kosong.
Perlahan-lahan dia berdiri dengan badannya yang berasa lemah.

"That's enough drama for today..disgusting,Amy."bisiknya perlahan.

Amy membuka matanya dengan riak wajah kosong.
Kawannya di meja sebelah sudah tertidur nyenyak.Cikgu pun sudah hilang entah ke mana.
Masa sudah habis mungkin?
Mungkin cikgu Syazwan belum pulang dari aktiviti perkhemahan memandangkan masa untuk pelajaran sains sudah berlalu sebanyak 30 minit.Cikgu Syazwan tidak pernah lewat masuk ke kelas.Which is annoying.
Nampaknya tak ads cikgu tolong gantikan.
That's good.

Amy mengeluarkan bukunya.
Buku yang berkulit keras itu membuatkan dia tersenyum sesaat.
Pensel mekanikalnya dipegang erat sebelum dia mula menulis.

'It seems like I'm in an empty mood after crying my hearts out in my imagination.Is that weird?..Does people do that?Sometimes I think I'm depressed.But..But that's not it.I have a good family..although school becomes harder and my friends left me,I'm still fine and going on strong.So I need to live on.But sometimes..I can't help but to think what happen to people when they die?I bet they become a ghost and wander around freely.I wish I could be one.Free from the troubles of the world..
I'm useless and I'm not good at anything.The only thing I'm good at is English.So maybe that's why I'm writing in English even now..I want to make use of my talent.Is it a talent?I don't know..I hardly think it is..'

Amy meneruskan apa yang ditulisnya sehingga masa untuk pelajaran Sains berlalu dan tangannya berasa sakit kerana terlalu lama menulis.Ayatnya diakhiri dengan,

'I don't know myself.I don't know what's going on with my mind either....But I want to know.
Is there someone out there who can tell me?...'

Amy membuang pandangannya ke arah langit yang dapat dilihat dari luar pintu kelasnya.
Terlalu cerah.
Dan dia bukan jenis yang suka akan kecerahan.
Jadi dia berpaling ke arah bukunya semula.
Berharap agar ada sesuatu menarik yang akan berlaku.
Walaupun dia tahu itu mustahil.

Since Amy is not in the previous chapter,this one is just a glimpse about what kind of a person she is.That's right :D Emotionally and Mentally unstable :DD

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience