BAB 38 :Unexpected

Romance Series 12091

Syazwan menyengetkan kepalanya.Tubuhnya masih lagi menyorok di sebalik ruang di bawah tangga.Dahinya berkerut.
"..awak buat apa?"soal Qhaira yang masih lagi berada di atas tangga.

"Aish!Shh..!Kalau Khairul nampak saya,mesti dia paksa saya balik dengan dia..!"
"Why..?"
"Sebab dah nak hujan..!"
Qhaira melangkah turun dari anak tangga itu tanpa memandang ke bawah.
Langit yang kelihatan mendung itu membuatkan dia meraba ruang begnya di sebelah tepi.

"Saya ada payung."
"Saya pun ada payung."kata Syazwan sambil tangannya juga turut meraba begnya.
Dahinya berkerut.

"Awak tinggal dekat atas meja makan."
"Kenapa awak tak cakap..?"
"Sebab awak nampak kelam kabut."
Syazwan berpeluk tubuh dengan riak wajah tidak puas hati.
Okey.Jadi sekarang dia tidak ada payung.

"Awak boleh pinjam payung saya."
"Tak boleh lah..Setiap kali kita kongsi payung tu,awak yang akan basah."
Dia dapat melihat riak wajah Qhaira yang bertukar keruh kemudian kening pelajar perempuan itu berkerut seperti tidak memahami kata-kata Syazwan.

"So,what?"
" 'So,what'?Nanti kalau awak sakit macam mana?"
"Makan ubat.Saya bukan macam orang tu.."
Apabila berasa seperti dia dijeling tajam oleh seseorang,Qhaira tergelak kecil sebelum dia menarik lengan Syazwan agar melangkah keluar dari tempat menyorok itu.
Nyamuk yang terbang ke arah Syazwan ditangkap lalu digenggam dengan kuat.

"Oh,ya..Awak dah habis latihan bola jaring?"soal Syazwan sambil matanya masih melilau ke arah kiri dan kanan.Risau jika Khairul tiba-tiba melalui kawasan tersebut.
Bukan boleh disangka Khairul ni.Kadang-kadang dalam perpustakaan pun dia boleh muncul tiba-tiba dengan Qaireena.
Dalam perpustakaan pun diorang boleh lagi buat benda bukan-bukan.Dalam perpustakaan!
Like..Seriously?
This is a school!

"Dah..Sekarang ni,yang ada latihan cuma bola sepak dengan bola baling."
Qhaira meniup nyamuk yang sudah mati dari tapak tangannya lalu mula menghulur lengannya ke arah Syazwan seperti seorang putera.
Syazwan pula,seperti sudah terbiasa,menyangkut tangannya pada lengan perempuan itu.
Kedua-duanya mula berjalan ke arah pintu pagar sekolah yang masih lagi tidak kelihatan akibat jarak yang agak jauh.

Seperti baru tersedar mereka di dalam kawasan sekolah,Syazwan dengan serta menarik tangannya semula dengan riak wajah segan.
Qhaira hanya menganggap perkara itu tidak pernah berlaku dan hanya mendiamkan diri.Lengannya dijatuhkan semula.
"Oh,ya..Sejak kebelakangan ni,saya tengok awak macam selalu perhatikan Amy."Syazwan tiba-tiba bersuara bagi menghilangkan susana kekok.
Tapi sejujurnya memang dia berniat mahu bertanyakan soalan itu pun sejak dari tadi.

"Ah..really?I don't know.Dia nampak pelik."
"Pelik?.."
"Macam..dia dekat sini.Tapi dia bukan dekat sini."
Dahi Syazwan berkerut buat seketika.
Setengah daripadanya memahami ayat Qhaira dan setengah daripadanya lagi,tidak.
Memang betul Amy nampak agak pelik sejak kebelakangan ini.
Biasanya perempuan itu akan berjalan dari blok D ke blok A semata-mata mahu pergi ke tandas blok A.Padahal ada saja tandas di blok D.
Bersebelahan dengan kelasnya pula tu.
Selain itu dia ada juga melihat Amy mengerutkan dahi secara tiba-tiba,kemudian wajah perempuan itu akan kelihatan tenang,kemudian berkerut semula,dan tiba-tiba perempuan itu tersenyum pula.
Dia sendiri pun tidak tahu apa kena dengan pelajar yang seorang itu.

"Dia nampak macam awak."
"Hah?Saya?"mata Syazwan terbuntang buat seketika apabila mendengar kata-kata yang tidak disangka itu.

"Mungkin sebab tu saya rasa macam nak ambil peduli.."bisik Qhaira perlahan.Tangannya memegang erat lengan Syazwan.
Lengan lelaki itu yang ditutupi oleh lengan baju yang panjang itu diusap perlahan.

"Do you think she hurt herself?"soal Syazwan perlahan dengan dahinya yang berkerut.
Lengannya yang diusap,dibiarkan.
Dia masih tidak tahu bagaimana Qhaira tahu yang dia pernah mencederakan diri sendiri.

"...mungkin..?I'm 90% sure."
"That's pretty high.."
Syazwan mengeluarkan tawa kecil sebelum melepaskan keluhan berat.
Lengan Qhaira disiku perlahan.

"Awak risau pasal dia ke?"soal Syazwan perlahan.
Qhaira kelihatan seperti was was mahu menjawab.Seperti dia sendiri pun tidak pasti sama ada dia risau atau tidak.

"..mungkin?"jawab Qhaira dengan riak wajah tidak pasti.
Syazwan tersenyum lebar sebelum mengusap kepala Qhaira perlahan.

"Oh.Awak tak pakai mask hari ni.How was your friends reaction..?"
"Diorang asyik tengok muka saya.Saya tak selesa."
"Maybe because they think you're pretty.."
Kening Qhaira terangkat buat seketika.
Langkah mereka mula menjadi sedikit perlahan.

"Saya rasa cikgu lagi cantik daripada saya.."
"Hah?Saya lelaki lah!Saya handsome..!"
"Tak..cikgu cantik."jawab Qhaira dengan riak wajah yang paling serius Syazwan pernah lihat sejak mereka tinggal bersama.

"That word suit Khairul better."
Qhaira menjelingkan matanya ke atas.Seperti sedang memikirkan sesuatu.

"..Mana ada."
Wajah Qhaira yang kelihatan tidak puas hati itu membuatkan Syazwan tergelak kecil.
Kepala Qhaira diusap dengan laju seperti melepaskan geram.

"By the way..Nanti awak kena lawan dengan Qaireena,kan?Goodluck."
"Kenapa semua orang asyik cakap benda yang sama?Is she that good?.."soal Qhaira.Riak wajahnya kelihatan seperti semakin tidak puas hati.

"Yeah.Stamina dia menyeramkan.Dia pernah lari keliling padang 3 kali tak berhenti."
"Stamina saya pun hebat juga.."bisik Qhaira dengan bibirnya yang memuncung.
Syazwan yang melihat eksperasi baharu pada wajah Qhaira itu menahan tawanya.
Macam budak kecil..

"Really?Tak sabar saya nak tengok awak atas padang."
"I will do my best."kata Qhaira dalam nada semangat.Syazwan mengangguk laju seperti juga turut menyokong semangat Qhaira.
Pertama kali dia melihat Qhaira semangat begini.
Ada apa-apa sebab ke?..
Mungkin sebab dia nak lawan Qaireena..?

"Oh,ya..Sebelum ni..awak ada kenal Khairul ke?"
"Ada je."
Langkah Syazwan terhenti.
Matanya terbuntang.
Sangkanya Qhaira tidak akan menjawab soalannya tadi.

"Bila?"
"Bila?..Lama dah.Tapi itu tak penting pun."
Syazwan perlahan-lahan mengangguk.
'Tak penting pun' lebih kurang sama maksud seperti 'Saya taknak cerita dekat awak'.
Mahu tidak mahu,terpaksa lah Syazwan menolak soalan yang membukitnya ke tepi.

"Satu hari nanti..saya akan cerita."sambung Qhaira lagi.
Seperti mendapat harapan,Syazwan tersenyum senget buat seketika sebelum mengangguk perlahan.Apa yang dia boleh buat sekarang hanya menunggu.

Sebaik sahaja tiba di bahagian dewan yang bersebelahan dengan padang,Syazwan berpaling ke tepi.
"Wah..Dah nak hujan pun diorang masih main lagi.."

"They like the rain I guess."jawab Qhaira tanpa memandang ke arah padang.
Tidak berminat.
Tidak lama kemudian,kucing hitam yang melalui kawasan di sebelahnya membuatkan matanya mengikut kucing itu buat seketika.

Bunyi bola yang ditendang itu membuatkan Qhaira berpaling ke tepi.
Matanya sempat menangkap wajah Syazwan yang terkena bola sepak sebelum dia sempat berbuat apa-apa.
"..."Syazwan menekup pipinya yang berasa pedih itu tanpa apa-apa suara.
Matanya dipejam buat seketika seperti dia sedang menahan sakit.

"Syazwan..!Awak okey..?Luka tak?"soal Qhaira dengan laju lalu memegang tangan Syazwan.
Tangan Syazwan perlahan-lahan berpisah dari pipinya.

"..ah..Budak-budak zaman sekarang kuat betul.."bisik Syazwan dengan riak wajah seperti menahan sakit.Senyuman kekok terukir di bibirnya apabila Qhaira masih lagi memandang ke arahnya.

"..cikgu..!Sorry..!!"jerit salah seorang pelajar yang masih lagi berdiri di atas padang.

"..tak apa..!"jerit Syazwan pula.Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.
Baru sahaja dia hendak menyepak bola sepak itu semula,Qhaira menarik tubuhnya ke tepi

"..Siapa yang tendang bola ni tadi?"soal Qhaira.Suaranya kedengaran agak kuat berbanding biasa.Mungkin kerana mahu memastikan pelajar di padang mendengar suaranya.
Pelajar lelaki yang berada di atas padang semuanya menuding jari ke arah lelaki yang meminta maaf tadi.
Lelaki yang dituding jari itu perlahan-lahan mengangkat tangannya dengan riak wajah kekok.

"Main lah jauh sikit.Nanti kalau bola terkena orang lagi macam mana?"jawab Qhaira bersertakan jawapan.
Syazwan menepuk bahu Qhaira perlahan.

"I'm fine..Jom.Dah nak hujan ni."
Qhaira memandang ke arah pipi Syazwan yang kelihatan merah menyala itu.
Pandangannya beralih ke arah pelajar di atas padang itu.

"Bola ni..nak aku tolong tendang ke?.."soal Qhaira lagi lalu mula bermain dengan bola sepak itu di antara kakinya.

"Boleh juga..!"
Qhaira tersenyum lebar sebelum membiarkan bola itu jatuh di atas jalan konkrit itu.
Syazwan hanya memandang saja dari tepi.
Qhaira termenung buat seketika sebelum menyepak bola itu dengan sekuat tenaga.

"..Qhaira..!"
Bola sepak yang terkena tepat pada perut pelajar lelaki yang mengangkat tangan tadi membuatkan Syazwan terlopong.
Oof.Memang dia boleh lihat kelajuan bola sepak itu tadi.
Macam bukan perempuan yang sepak..

"Jom."
Syazwan hanya membiarkan lengannya ditarik sambil matanya masih memandang pelajar lelaki tadi yang sedang memegang perutnya dengan riak wajah menahan sakit.

Apabila mereka tiba di depan pintu pagar sekolah,kelibat Khairul yang berdiri di depan mereka sambil berpeluk tubuh membuatkan Syazwan merengek dalam nada jengkel.

Syazwan tersentak apabila Qhaira memicit pipinya.
"Sakit lagi..?"
Syazwan menggeleng perlahan.
Qhaira mengusap pipi itu buat seketika sebelum membetulkan kedudukannya semula.

"No offense.But why are you guys acting like a married couple?"soal Qaireena yang sedang memegang stereng kereta menggunakan sebelah tangannya.Tangan kirinya diletakkan di atas peha Khairul.
Khairul menyiku lengan Qaireena dengan matanya yang dijengilkan.

"..what?They're being suspicious in my car.In my car.In MY car."giliran Qaireena pula yang menjengil ke arah Khairul.

"How about you mind your own business?"soal Qhaira dengan riak wajah dingin sambil menyilang kakinya.

"How about you get out from my car?"
"Okey."
Pintu kereta yang hampir dibuka itu membuatkan Qaireena serta merta menekan butang di sebelahnya untuk mengunci seluruh pintu kereta itu.

"I was joking.Can you not take a joke?Have you ever heard a joke in your entire life?"
"Pernah je."
"Oh ya?Apa dia tu?"
Qhaira terdiam seketika.Matanya kelihatan tidak fokus sambil dia cuba memikirkan lawak yang bagus.

"Kenapa air laut warna biru?.."
"Kenapa?"soal Qaireena pula.Sengaja mahu melayan gelagat perempuan itu.
Dia boleh sahaja mahu menjawab,tak semua air warna biru.Tapi nanti tak seronok lah.

"Sebab ada ikan."
"That doesn't--"
"Mesti kau pelik,apa kena mengena ikan dengan air laut warna biru?"
"..."
"Sebab..bila ikan berenang,dia buat bunyi 'blue,blue,blue'."
Suasana di dalam kereta itu menjadi sunyi buat seketika sebelum tawa Khairul terhambur.
Syazwan dan Qaireena saling berpandangan dari cermin kereta pandang belakang sebelum kedua-duanya memandang ke arah Khairul.

"That was too funny.Ada lagi tak?"soal Khairul sambil mengelap air matanya.
Qhaira menggeleng kepala.
"Itu je yang muncul dalam kepala aku."
"Owh..Too bad.Hahah..You're funny.I like your sense of humor."
Qhaira mengeluarkan senyuman kecil.
Dahi Qaireena berkerut sesaat.
Baru sahaja dia hendak bersuara,telefon pintar seseorang yang berbunyi membuatkan dia memandang ke arah Syazwan buat kali kedua melalui cermin.

"Hello?"Syazwan bersuara dalam nada perlahan.
Lelaki itu terdiam buat seketika sambil dia mendengar kata-kata dari hujung talian.

"Oh..Bagus lah tu..Ah?Nak datang rumah?..Awak tahu ke rumah saya dekat mana..?"
Syazwan dan Qhaira saling berpandangan buat seketika.

"Hah?..Mak saya bagitahu?....Aaa,saya tengah on the way...awak dah ada depan rumah?..oh.Okey.Nanti saya sampai lah."
Apabila panggilan itu sudah tamat,Syazwan mula meraup wajahnya.

"Siapa tadi tu?"soal Qhaira dengan laju.
"Uhh..Bekas pembantu rumah saya, dulu?.."jawab Syazwan dengan riak wajah kekok.
Kening Qaireena terangkat.
Syazwan ada pembantu rumah,dulu?

"Masalahnya,macam mana kau nak masuk rumah dengan Qhaira kalau diorang ada depan pintu rumah.Kan?"soal Khairul tanpa memandang wajah Syazwan.Sebaliknya dia memandang ke arah Qhaira.
Melihat wajah perempuan itu yang tiada apa-apa reaksi,senyuman senget terukir di bibirnya.
Macam Qaireena.

"Saya boleh main-main dekat luar kejap."
"No.Saya taknak awak main-main dekat luar Saya lapar.Saya nak makan masakan awak!"
Qaireena dan Khairul saling berpandangan buat seketika seperti sedang bersembang melalui telepati.

"Kalau macam tu..kita masuk je lah.Lagipun..saya tak rasa pembantu rumah awak tu orang yang suka ambil kisah pasal hidup orang lain."
Syazwan termemung buat seketika.
Bila difikir semula,ada betulnya juga kata-kata Qhaira tadi tu.

"Jadi..kita terobos je ke?.."soal Syazwan dengan suaranya yang kedengaran tidak pasti.

"Why not?"jawab Qhaira dengan kepalanya yang disengetkan.

Qhaira melangkah keluar dari perut kereta lalu dengan pantas menuju ke arah pintu kereta yang berada di sebelah kanan.
Tangannya yang memakai sarung tangan itu dihulurkan ke arah Syazwan.
"Thank you for the ride."Qhaira bersuara acuh tak acuh apabila pandangan Qaireena dengannya bertaut.

"..Whatever."jawab Qaireena.
Pandangannya dialihkan ke depan semula.
Apabila bunyi pintu kereta itu ditutup rapat,dia memandang ke arah Khairul yang memandang kelibat Syazwan dan Qhaira dengan senyuman kecil.

"Tengok apa?"
"They look cute together.Don't you think so?"
Qaireena memandang ke arah kelibat Qhaira yang menyengetkan payungnya ke arah Syazwan.Tubuh perempuan itu langsung tidak berada di bawah payung.

"Do you like her..?"soal Qaireena.Matanya juga turut memandang ke arah Qhaira dari jauh.

"Well..I quite do.Saya rasa dia ni seorang yang menarik."jawab Khairul dengan jujur.

"Jadi kenapa awak tak kahwin dengan dia je?"
"Huh?"
Khairul memandang ke arah Qaireena dengan riak wajah terkejut.
Tidak lama kemudian,dia tersengih.
Pipi Qaireena dicubit manja.

"Awak jealous eh~?"
"Don't talk to me."
Mendengar nada suara Qaireena yang kedengaran dingin,Khairul menarik tangannya semula.

"Alaa..awak jangan lah marah..Saya rasa dia menarik sebab--"
"I said don't talk to me."
Khairul hanya mendiamkan diri.
Kereta yang mula bergerak itu membuatkan dia memandang ke arah Qaireena dari ekor mata.

Rasanya ini kali pertama dia melihat Qaireena betul-betul cemburu.
Uish..Seram juga.Macam mana aku nak pujuk dia nanti?..


"Oh..So she's your..servant?And..She's also your..student?"Safinah bersuara perlahan dengan matanya yang masih menjeling ke arah Qhaira.

"Ya...Aireen,awak buat apa?"
Syafiy- Ah,tak.Aireen memandang ke arah Syazwan dengan riak wajah pelik.

"Dia tinggal dekat sini juga ke?"soal Aireen dengan riak wajah yang kelihatan terkejut bercampur tidak percaya apabila memandang beg baju di dalam bilik di sebelahnya.

"Ya."
"What the-- Nanti kalau ada-"
"Tak ada,kot.Dekat tingkat 6 banyak orang india atau cina je.Diorang pun biasanya tak ada dekat rumah.So I don't think anyone will make a report."jawab Syazwan sambil matanya menjeling ke atas.Memikirkan setiap kata-katanya tadi.
Rasanya apa yang dikatakan sudah betul..

"But it's innapropriate..!Did your mom know about this?I mean..mak angkat kau?"soal Aireen.Suaranya kedengaran sedikit perlahan di penghujung ayat.Riak wajahnya kelihatan seperti bersalah.

"No.Dia takkan tahu kalau awak tak bagitahu.So keep your mouth shut for me,okay?"
Aireen memandang ke arah Qhaira dengan dahi yang berkerut.Tidak lama kemudian dia mendengus perlahan.
"Why are you calling me Aireen?Biasanya kau panggil aku Syafiy."
Mendengar nama itu,dahi Syazwan automatik berkerut sebelum dia perlahan-lahan menggeleng kepala.

"Saya ada..well..orang yang saya kenal ada nama sama macam awak.And..Let's just say he brings me bad memories."jawab Syazwan tanpa memandang ke arah Aireen.
Teringat pula wajah lelaki tak guna yang bernama Shafiy itu.
Arh..kalau dia jumpa lagi dengan lelaki itu--

"Kalau macam tu,you can call me Sheila.Safinah macam nama orang kampung!"
"Kau memang orang kampung pun."
"Kau diam boleh tak?"
Kedua-duanya mula berlawan mata antara satu sama lain.Qhaira yang dari tadi berdiam diri di sebelah Syazwan,mula menjelingkan matanya ke atas.

"Then..I will call you Sheila.Jangan lah gaduh.."
"Aku dengar kau dah jadi cikgu?So..Is she your beloved student then?"
"Kind of?"
Aireen mengecilkan matanya lalu memandang ke arah Qhaira dengan riak wajah curiga.

"Aku rasa macam kita pernah jumpa sebelum ni..You look kinda familiar."
"Oh,really?I think both of you look kinda familiar too."
Qhaira yang tiba-tiba bersuara itu membuatkan Aireen dan Sheila tersentak.
Aireen berdehem buat seketika sebelum berpeluk tubuh.

"Did she do anything weird to you?"
Kening Syazwan terangkat laku menuding jarinya ke arah dirinya sendiri.Melihat anggukan daripada Aireen,Syazwan menggeleng kepala.
Tak apa lah.
Sekali sekala tipu sunat.

"Bukan sepatutnya awak lagi risau pasal dia ke?I mean..Siapa lelaki,siapa perempuan sekarang ni?"
"Entah.Aku rasa kau ni sentuh tangan perempuan pun tak pernah lagi."
Syazwan ingin membantah,tapi rasanya memang betul pun.Dia tidak pernah menyentuh tangan Qhaira lagi.Memandangkan Qhaira sentiasa memakai..sarung tangan.
Tapi bibirnya pernah lah menyentuh bibir seseorang--
Itu cerita untuk lain kali.
Lupakan,lupakan.

"True.But..Macam lah awak tu pernah sentuh tangan perempuan."
"Oi!Pernah lah!"
"Dia ada dua orang anak dekat rumah."Sheila bersuara acuh tak acuh.

"What?!"jerit Syazwan dengan riak wajah terkejut.Muka Sheila dan Aireen dipandang bersilih ganti.

"Awak dah kahwin ke?"soal Syazwan lagi dengan riak wajah tidak percaya.

"Mesti lah dah.What?Kau ingat aku ni tak laku ke?"jawab Aireen dengan riak wajah yang kelihatan bangga.

"Tapi dia dah bercerai dua tahun dengan isteri dia sebab isteri dia jumpa lelaki yang lagi hot daripada dia."sambung Sheila lagi dengan riak wajah kosong.

"You stupid--"
Aireen mengetuk kepala Sheila menggunakan buku novel yang berada di tangannya.
Kuat pula tu.

"Stop hitting my f*cking head!"jerit Sheila yang masih memegang kepalanya itu.
Wajah Aireen dicerlung tajam.

"Stop talking too much!"jerit Aireen pula.Wajah Syeila juga dicerlung tajam tetapi wajahnya kelihatan merah menahan malu.

"Stop trying to gain attention from your pathetic marriege!"
"Stop trying to care about someone's life!"
"Stop yelling you two!"jerit Syazwan apabila Aireen dan Sheila mula bertikam lidah.
Keluhan berat dilepaskan.
Novel di tangan Aireen di ambil lalu diletakkan ke tepi.

"Dah berapa tahun berlalu..Yet you guys are still the same."
Aireen dan Sheila saling berpandangan buat seketika sebelum kedua-duanya mengalihkan pandangan dengan bibir yang memuncung.

"Well I won't kalau perempuan tak guna ni berhenti cari pasal dengan aku.And mind you,she marry someone else bukan sebab lelaki tu lagi hot dari aku okey?It's because that's her stupid old crush that she can't forget since high school!"
"Still a b*tch.Why the f*ck did she left her kids with you?So she can be happy with someone else?Completely free?"
Aireen dapat merasakan meter kemarahannya mula meningkat semula.
Novel yang di ambil oleh Syazwan tadi ditarik semula lalu bahu Sheila mula dipukul menggunakan buku itu.

"Stop talking can you?!"
"Answer my f*cking question then!!"
"Your question suck!"
"Suck because you can't answer,huh?!Huh?!"
Syazwan mula meraup wajahnya dengan riak wajah penat.
Pinggangnya yang ditarik itu membuatkan dia mengangkat wajahnya buat seketika.

"Pergi lah mandi dulu.I will cook something for you."
Syazwan perlahan-lahan mengangguk dengan senyuman kecil.
Kakinya melangkah masuk ke dalam biliknya.
Aireen dan Sheila yang masih bertikam lidah itu tidak diendahkan sebelum dia menutup pintu biliknya.

Bunyi pintu bilik yang tertutup rapat membuatkan Aireen dan Sheila berhenti menjerit buat seketika.
"Where did he go?"

"Shower."jawab Qhaira lalu menanggalkan sarung tangannya.
Ayam yang sudah dikeluarkan dari peti sejak pagi tadi membuatkan dia menjelingkan matanya ke atas buat seketika.

"..What should I cook today..?"bisik Qhaira perlahan tetapi didengari jelas oleh Sheila dan Aireen.

"How about curry?Syazwan love curry."soal Sheila yang sudah berdiri di belakang Qhaira itu.

"Dah.Semalam."jawab Qhaira sepatah.

"Syazwan love curry?Hotak kau lah..Dia suka asam pedas."
"No.He likes curry!"
"Kau ni asyik nak menang je kan?!Ini lah perempuan!"
"Dah masalahnya,benda betul!"
Qhaira mengerlingkan matanya lalu mula memotong daun sup di sebelahnya dengan laju.

"Kau nak masak apa?"soal Aireen dengan dahi yang berkerut.

"..Entah."jawab Qhaira sepatah.

"Hah?"
"The idea will come on its own.."
"Oh..So you just go with the flow huh?Interesting."
Sheila dan Aireen memandang tangan Qhaira yang laju memotong sayur sayuran dengan riak wajah kosong.
Bila tengok lama-lama..Rasa macam seram pun ada.

Syazwan melangkah keluar dari biliknya apabila selesai membersihkan diri.
"Oh.There you are.Duduk lah."
Qhaira menarik kerusi untuk Syazwan sebelum melabuhkan punggung di hadapannya.

"What did you cook this time?"soal Syazwan apabila dia sudah selesa di tempat duduknya.
Makanan yang dihidangkan di atas meja makan dipandang satu persatu.

"Since you already eat dinner at school earlier..Saya ingat nak buat makanan ringan je untuk awak.I know you like them."jawab Qhaira dengan senyuman lebar sambil dia menongkat pipi.

"Makanan ringan apa banyak macam ni..?"
"That's because there's two unwelcome guest here."
Sheila dan Aireen yang sedang mengunyah ayam goreng yang terlampau rangup di dalam mulut mereka itu memandang ke arah Qhaira dengan dahi yang berkerut.
Syazwan yang melihat reaksi mereka terpaksa menahan ketawa.
Macam budak-budak..

"Okey,okey..Thank you for your hard work.."
"Anything for you."jawab Qhaira dengan senyuman lebar.
Matanya memandang setiap pergerakan Syazwan setiap kali lelaki itu bergerak untuk mengambil sesuatu.

"Saya rasa macam awak ni..semua benda reti."Syazwan bersuara sambil menggigit ayam goreng yang sudah dihidangkan kepadanya.
Keningnya terangkat buat seketika.
Sedap..!

"Ahahah..You're flattering me.Saya pun ada kekurangannya juga."
"Like what?"
"I don't know..Tulisan saya kan buruk?"
Qhaira bersuara dengan bibirnya yang memuncung sambil riak wajah bertukar sedih.
Kakinya yang berada di bawah meja digoyangkan seperti budak kecil.
Syazwan tergelak kecil melihat gelagat Qhaira.
Lupa pula tentang tetamu tidak diundang yang berada di bahagian ruang tamu.

"Well..We can work with that,right?"
Qhaira perlahan-lahan mengangguk sebelum tersenyum semula.Ubi kentang yang berada di atas piring Syazwan disua ke arah mulutnya sambil dia menikmati suasana tenang itu.

Sheila dan Aireen yang tiba-tiba duduk di meja makan itu membuatkan dahi Qhaira berkerut sesaat.

"I feel like I know you somewhere."
"You said that 3 times already."Qhaira bersuara lalu mengambil ayam yang berbentuk seperti popcorn itu lalu dicicah di atas sos keju sebelum disua ke arah mulutnya.

"Really though.Syazwan.Describe her for me.And make it simple."
"Eh?Uh..Baik.Pandai.Hebat dalam semua benda.Banyak rahsia.Baik.Pandai."
"Awak sebut 'baik' dengan 'pandai' dua kali."
Syazwan tersenyum malu lalu mula menjamu selera semula apabila pandangan Sheila beralih ke arah Qhaira.

"I guess you're pretty cool huh..?"
"I am.Indeed."
Kening Aireen terangkat.
Wah.Yakin.

"Hmm..Since I'm bored let's pkay a small game.You answer my question,after that you can ask me question,and I will answer yours."Aireen tiba-tiba bersuara sambil dia mengunyah onion ring yang rangup itu di dalam mulutnya.
Qhaira tidak menjawab tetapi Aireen masih lagi bersuara dan bertanyakannya soalan.

"Before you came here,where are you originally from?"
"None of your concern."jawab Qhaira sepatah.

"Itu salah satu rahsia dia ke?"soal Aireen lalu memandang ke arah Syazwan.
Syazwan mengangguk perlahan.

"Okey,then.Have you ever did anything illegal?"soal Sheila secara tiba-tiba.
Aireen membuat thumbs up kepadanya.
Soalan yang bagus.Straightforward.

"Sheila.."Syazwan bersuara dalam nada seperti menegur budak kecil.

"What?Dia nampak suspicious.Seriously!"
"None of your concern."jawab Qhaira lagi.
Sheila mendengus geram.

"That's not how this game works."
"I never agree to play with your childish games."
"Well you have to.Because we don't know anything about you.You could be a murderer for all we know--"
Tubuh Qhaira yang tiba-tiba tersentak itu membuatkan dahi Aireen dan Sheila automatik berkerut.

"..What..Why did you flinch?"
"I did not."
Aireen perlahan-lahan menarik kerusi Syazwan ke belakang agar menjauhi meja makan itu.
Tangannya perlahan-lahan menarik ayam goreng di atas pinggannya sebelum dia berpaling ke arah Sheila yang juga kelihatan terkejut itu.

"Kau pernah bunuh orang ke sebelum ni..?"
"I DID NOT!"
"Wow..Biasanya orang yang jerit bila disoal ni, maksudnya dia betul-betul buat."
"How could I not scream?You ask this weird question in front of him.Kalau dia salah faham macam mana?!"soal Qhaira dengan cerlungan tajam sambil cuba melangkah ke arah Syazwan tetapi tubuh lelaki itu sudah ditarik oleh Sheila agar kebelakang.

"Well..Kau tak payah lah takut dia salah faham kalau kau tak buat..kan?"
Melihat suasana yang kelihatan tegang,Syazwan melepaskan keluhan berat sebelum menarik lengannya daripada tangan Sheila.

"Bertenang..Kita tengah makan kan..?How about we talk politely?"soal Syazwan lalu menolak kerusinya ke arah meja makan semula.
Qhaira menarik kerusi Syazwan agar duduk di sebelahnya.Kerusi yang diduduki Aireen tadi pula disepak ke tepi.

"Fine.I will play your games.Sit down."
Syazwan orang yang pertama untuk duduk di sebelah Qhaira.Pinggannya yang dihulur oleh Qhaira di ambil lalu dia mula menjamu selera semula.Seperti tiada apa yang berlaku.
Aireen dan Sheila perlahan-lahan melabuhkan punggung semula.Bersebelahan.

"Okay-"
"Biar aku tanya soalan dulu.Sheila.What is your relationship with Syazwan?"
Kening Sheila terangkat buat seketika.Seperti tidak menyangka Whaira akan bertanya soalan begitu.

"..Well..We're friends..sejak kecil."
"Aireen.Dulu kau dengan Sheila bekerja sebagai pembantu rumah untuk Syazwan kan?"
Syazwan yang sedang meminum air itu tersedak.
Pandangan Qhaira serta merta beralih ke arah Syazwan lalu belakang lelaki itu digosok perlahan.

"Macam mana awak tahu pasal tu...?"
Qhaira menjeling ke arah Aireen.
Aireen berpeluk tubuh buat seketika sebelum bersuara dengan lantang.

"Ya.Memang.Ada masalah?"
"Nothing.It's your turn.Ask me question.Only one question per round."
"..Okay then.Have you ever killed a person?"soal Sheila dengan riak wajah serius.

"What will you do if I said yes?"
"I would probably call the police?"
"Ada bukti ke?Kau tahu ke siapa yang aku bunuh?"soal Qhaira dengan senyuman senget.
Syazwan yang melihat gelagat perempuan itu juga ikut tersenyum.
Okey..Entah kenapa dia tidak berasa takut dengan Qhaira sekarang.Walaupun perempuan itu baru sahaja mengaku dia pernah membunuh..seseorang.Hahaha...Dia sudah angau kah?

"Then tell me!"
"One question per round."
Sheila mendengus geram apabila Qhaira berpaling ke arah Aireen pula.Keningnya diangkat.

"Why did you choose to live with Syazwan then?Is it to kill him or something?Like in the movies..."soal Aireen dengan riak wajah pucat.Walaupun tangannya masih lagi mengambil ubi kentang yang berada di atas meja.Kalau dia boleh kongsi dengan anaknya,bagus juga.Diorang suka benda macam ni..

"No?..What are you thinking?Are you an idiot?I choose to live with him because I want to.What sort of question..Urgh.This two are quite boring.Syazwan.Awak ada apa-apa nak tanya saya?"soal Qhaira dengan suaranya yang dilembutkan apabila bercakap dengan Syazwan.

"Hm...Betul ke..awak lari dari rumah..?"
"Mm...good question.Nope.Saya sebenarnya tak lari dari rumah pun.I just want to live here with you."jawab Qhaira dengan senyuman lebar.
Wajah Syazwan mula berona merah.

"Erm..Dah tu mak ayah awak?"
"Oh.No worries.They're dead.Saya tinggal dengan mak ayah angkat saya.But they said I'm free to do what I want now.Since I finish school and all.."
"Ah..Finish school..?"
"Oh.Saya sebenarnya sama macam Qaireena.I finish school at 16."
Syazwan terlopong.
Melihat riak wajah Syazwan yang kelihatan comel itu,Qhaira mengambil ubi kentang di sebelahnya lalu dimasukkan ke dalam mulut Syazwan.

"Jadi..kalau macam tu..Kenapa awak sekolah balik?"
"I wanted to see you."
"Ke..Kenapa awak nak jumpa saya?Awak kenal saya ke sebelum ni?"
Qhaira hanya mengukirkan senyuman ke arahnya.
Syazwan mendiamkan diri.
Oh.Dia taknak jawab.
Tapi rasanya aku dah dapat tahu banyak benda hari ni.

"Okey.What the heck?You finish school at 16 years old?You must be a genius then."
"I am.Indeed."jawab Qhaira selamba.
Tisu di sebelahnya di ambil lalu mulut Syazwan yang kelihatan comot itu disapu perlahan.
Aireen dan Sheila masing-masing mengerutkan dahi melihat kelakuan perempuan itu.

"Wait.That's not the point here!She killed a person!Syazwan,kau tak rasa bahaya ke tinggal dengan dia ni?"
Syazwan yang kelihatan gembira apabila Qhaira mengeluarkan kek perisa oreo dari dalam peti itu berpaling ke arah Aireen sekilas.
"..Awak..masih bunuh orang ke sekarang?.."
Qhaira menggeleng perlahan.

"Sekali je......do you hate me,now..?"
Syazwan tersenyum lebar lalu kepala Qhaira diusap.

"Sekarang..Saya cuma nak anggap yang awak ada sebab awak sendiri.Okey?"
Entah kenapa,dia dapat melihat mata Qhaira seperti mahu menangis.Tetapi tawa kecil yang keluar daripada mulut perempuan itu.

"..Saya...Saya punya lah ingat awak akan halau saya tadi..Hahah.."Qhaira bersuara perlahan.Suaranya bergetar lalu wajahnya ditundukkan.Tidak mahu Syazwan melihat wajahnya.

"Tapi awak beranikan diri untuk bagitahu saya.I appreciate that.Thank you.."
Qhaira mengangkat wajahnya buat seketika.
Matanya yang mula berkaca itu membuatkan kening Syazwan terangkat.

"Kalau saya bunuh orang lebih dari satu..Awak nak buat apa dekat saya?.."soal Qhaira lagi.Senyuman tawar terukir di bibirnya.

"Saya pun tak tahu.For now,I do like to think,Qhaira yang saya kenal,adalah Qhaira yang selalu masak untuk saya,tolong saya,dan ambil peduli pasal saya.I won't accept any answer other than that.They say ignorance is bliss."
Qhaira tergelak kecil apabila melihat senyuman mengusik Syazwan.Kek di tangannya diletakkan di atas meja.
Bibirnya diketap perlahan.

"Thank you..for giving me a chance."
Syazwan sekali lagi mengusap kepala Qhaira perlahan sebelum berpaling ke arah keknya.

"Kenapa aku rasa macam baru lepas buli budak..?"bisik Aireen.
Sheila berpeluk tubuh dengan riak wajah tidak puas hati dan juga riak wajah yang kelihatan seperti bersalah dalam masa yang sama.

"Erm..awak tak perlu jawab kalau awak taknak..Tapi kenapa awak bunuh orang tu..?"soal Syazwan selamba seperti itu perkara biasa.
Pisau di atas kabinet dicapai lalu dihulurkan kepada Aireen apabila lelaki itu menawarkan diri untuk menolongnya memotong kek.Pinggan kecil yang berada di atas rak di ambil.

"He touch someone I love."
Pinggan di tangan Syazwan terlepas.
Aireen tersentak buat seketika sebelum berpaling ke arah Qhaira yang memandang ke arah Syazwan dengan riak wajah risau.

"Are you okay?Macam mana boleh jatuh?..Kejap.Biar saya sapu.Hati-hati jalan."
Syazwan perlahan-lahan melangkah di sisi Aireen dengan riak wajah kosong.
Aireen yang perasan akan wajah Syazwan yang kelihatan lain macam itu,memandang ke arah Sheila.
Nampaknya Sheila juga perasan akan perubahan tersebut.

"..Hey.You okay?"soal Aireen dalam nada berbisik.
Syazwan memandang ke arah Qhaira yang sedang mengutip kaca di atas lantai satu persatu itu.

"Ya.I'm fine.Terkejut je."
Syazwan tersenyum hambar sebelum mengalihkan pandangannya.Selera makannya hilang serta merta.

..Jadi Qhaira dah ada orang yang dia suka..?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience