"Tadaa.."
Amy memandang ke arah dirinya yang membuat pertunjukan magik dengan riak wajah kosong.
'Airiqa' di sebelahnya menepuk tangan dengan senyuman lebar.
"Sejak bila korang jadi rapat ni?"
"Sejak ayah kau meninggal."
"Ayah aku hidup lagi."
'Amy' mendengus geram sebelum mencampak kad-kadnya ke tepi.
"Kau buat apa kat sini?"soal 'Amy' sambil berpeluk tubuh.
"Woah,chill..This is my place.Suka hati aku lah nak datang bila."
"Nahh.What the hell do you want from me?"
Amy mengalihkan pandangannya ke arah Airiqa lalu dahi wanita itu dijentik.
"Ow..!"
"..kau rasa Airiqa suka apa?"
'Airiqa' dan 'Amy' saling berpandangan buat seketika.
"As much as I do want to help,my answers are only what you imagine."kata 'Airiqa' dengan riak wajah serba salah.
Amy melepaskan keluhan berat.
Hari ni hari jadi Airiqa.
Tapi dia tidak tahu mahu memberi apa kepada perempuan itu.
Urgh..
Ini pertama kali dia harus memikirkan perkara seperti ini.
Kerana keluarganya tidak pernah menyambut hari jadi masing-masing.Hanya mengatakan 'Selamat hari jadi',dan meneruskan hari seperti biasa.
"..hey..Help me out,here."Amy berpaling ke arah dirinya pula.
'Amy' mengerutkan dahi dengan riak wajah jengkel.
Jika dirinya sendiri tidak tahu,dia lagi lah tidak tahu..!
"I don't know..just wrap yourself in ribbon or something and give yourself to her-"
Wajah 'Airiqa' yang kelihatan tergagam itu membuatkan 'Amy' terdiam.
"F*ck!Apa kau fikir ni?!Kau tak guna!!"jerit 'Amy' sambil menggoncang dirinya sendiri yang sudah terkebil-kebil itu.
"Aku dah terdesak okey..I'm just thinking about it..Tak adanya aku nak buat.."
'Amy' memandang ke arah wajahnya sendiri dengan riak wajah curiga.
"Judging on your Airiqa behaviour..Kalau kau bagi dia kerang tepi pantai tu pun dia dah happy."ujar 'Amy' dengan riak wajah tidak berminat.
"No..That's so no cool.And besides,kau taknak bagi hadiah dekat 'Airiqa' sekali ke?"soal Amy dalam nada berbisik.
'Amy' berpaling ke arah 'Airiqa' yang sedang memandang ke arah mereka.
"Unlike you,I have my powers here.Dia nak apa..semua aku boleh bagi."
'Amy' bersuara dalam nada bangga sambil menyilangkan kakinya.
Kepalanya yang disekeh membuatkan dahinya berkerut.
"Memang lah dah ini dunia imaginasi aku.You stupid.Apa yang kau nak bagi dia masalahnya?You know dia pun boleh wujudkan benda yang tak wujud juga.I gave her that power."
'Amy' terdiam buat seketika sebelum memeluk lututnya dengan dahi yang berkerut.
"...kau tak tahu,aku lagi lah tak tahu."
Amy melepaskan keluhan berat.
....
Amy membuka matanya apabila dia berasa seperti ada orang menyentuh pipinya.
"Mengelamun apa?"soal Airiqa dengan senyuman senget.
Amy memandang perempuan itu.Lama.
Kepalanya digeleng perlahan.
"..Takde apa.."
Airiqa berjongket kening.Tidak berapa percaya dengan kata-kata Amy,tapi memandangkan perempuan itu kelihatan okey,dia hanya mengangguk faham.
Kotak hadiah di sebelahnya dibuka.
"..Oh.Is that your birthday present?Siapa bagi?"soal Amy sebelum mengesot ke arah Airiqa.
Airiqa tersenyum senget.
"Daripada pembantu rumah saya lah..Hana and lain-lain.."
Amy terdiam buat seketika.
Dia hanya memandang setiap hadiah yang diberi oleh pembantu rumah Airiqa.
Ada yang memberi buku novel,buku lukisan,keychain..
"Ah..Ni mesti dari Aira."
Airiqa tergelak kecil sebelum membuka kad hari jadi itu.
Bentuk bunga yang timbul itu memaparkan tulisan 'Happy Birthday' yang kelihatan sedikit comot.
"Hm~ Comel.I should teach her how to write more next time."bisik Airiqa sambil tangannya membuka dan menutup kad hari jadi itu berkali-kali untuk melihat bunga itu timbul semula.
Airiqa tersenyum senget sebelum berpaling ke arah Amy.
Amy yang sudah tiada di sisinya membuatkan matanya melilau ke arah sekeliling.
"Amy..?"
Airiqa meletakkan hadiah hari jadinya ke tepi.Dia tidak mendengar pintu biliknya dibuka pun tadi.
Pintu almarinya ditolak ke tepi.
Amy yang sedang memeluk lutut itu dipandang lama.
"What's wrong?.."
"...sorry."
"Sorry for what?"
"...saya tak ada hadiah nak bagi.."
Airiqa terdiam buat seketika sebelum dia tergelak kecil.
Kepala Amy diusap.
"It's okay...You're here with me.That's good enough for me."
Melihat Amy yang masih tidak mengangkat muka itu,Airiqa melepaskan keluhan berat sebelum sebuah idea bernas muncul di dalam kepalanya.
"Erm..How about..you kiss me for my birthday gift?.."
"Huh..?!"
"I-I mean..!On my cheek!On my cheek!"jerit Airiqa dalam nada panik apabila wajah Amy berona merah.
"..w-why..a kiss..?"
"I mean...you never kiss me before..Cium kawan dapat pahala,kan?"
Amy memandang ke arah Airiqa dengan riak wajah serba salah.
Airiqa pula hanya mendiamkan diri.
Okey..Mungkin permintaannya terlalu berlebihan?Amy baru saja mahu mula selesa dengannya..Kenapa dia minta benda pelik-pelik pula ni..?
"It's okay if you don't want to-"
Lehernya yang ditarik secara tiba-tiba itu membuatkan Airiqa tersentak sebelum pipinya dikucup lembut.
Matanya serta merta terbuntang.
Apabila Amy berganjak ke belakang,matanya memandang ke arah Airiqa seperti meminta pendapat.
Airiqa dapat merasakan nafasnya tersekat buat seketika.
"Sebelah je ke?.."soal Airiqa perlahan dengan dahinya yang sedikit berkerut.
Tangannya yang berada di pintu almari itu memegang erat pintu kaca.
Kening Amy terangkat sebelum perempuan itu mengesot ke arah Airiqa semula.
Pipi Airiqa di sebalah kiri dikucup lembut.
Sebaik sahaja Amy mengesot ke belakang semula,Airiqa menarik nafas sedalam-dalamnya.
"Thank you.."bisik Airiqa perlahan.Tubuhnya berganjak ke depan sebelum dahi Amy dicium lama.
Mata Amy serta merta terbuntang.
Tubuhnya yang ditarik keluar daripada almari itu membuatkan dia terjerit kecil sebelum dia dijatuhkan ke arah katil.
"I don't think I will wash my face for a while."
"Don't do that.That's gross."
"Then,if I wash it,would you kiss me again?"
Amy terdiam seketika.
Wajahnya berona merah.
Tidak percaya yang Airiqa boleh berkata begitu dengan riak wajah selamba.
Bibirnya diketap buat seketika sebelum dia mengangguk perlahan.
Senyuman lebar Airiqa membuatkan dia mula menyorokkan wajahnya ke tepi.
"Alright then.I will hold on to that.Let's go eat some cake okay?"
Amy mengangguk sebelum tangannya ditarik oleh Airiqa ke arah pintu bilik.
Tangan Airiqa digenggam erat.
Pipinya yang berasa kebas itu tidak diendahkan.
Share this novel