Amy memandang rumah banglo di hadapannya kemudian ke arah sekeliling.
Kertas di tangannya yang tertera alamat rumah di pandang lama.
Sejujurnya,dia tidak menyangka ibunya akan bersetuju dengan permintaannya untuk bekerja.
Dia hanya bertanya tanpa meletakkan apa-apa harapan.Tidak sangka pula ibunya akan bersetuju dengan riak wajah teruja.
'..mungkin mama rasa kerja ni berbaloi.Upah banyak lagipun.'
Amy memandang suis lampu yang melekat pada dinding.Dahinya berkerut.
"..apa ni?.."
Kawasan di sekelilingnya di pandang sebelum dia menekan suis lampu itu.
KRINGGG!!!
Bunyi yang datang dari dalam rumah banglo itu membuatkan Amy dengan pantas ke belakang.
"..oh..itu ke loceng rumah yang buat bunyi 'ding dong' tu?..Tak..macam 'ding dong' pun bunyi dia..?"bisik Amy perlahan dengan riak wajah musykil.Dia memang tidak pernah melihat loceng rumah banglo sebelum ni.
Biasanya jika ditekan,akan mengeluarkan bunyi 'ding dong'..kot..
Itu lah apa yang dipelajarinya dari cerita kartun yang dilihatnya setiap petang.
'..kejap..!'
Bunyi suara perempuan yang datang dari dalam membuatkan kening Amy terangkat.
'..what a good voice.'
Pintu pagar yang terbuka dengan automatik itu membuatkan mata Amy terbuntang.
'..woah..pagar automatik.'
Wajah perempuan yang mula kelihatan itu membuatkan Amy mula menjadi kekok.
Kepalanya ditundukkan sesaat sebelum dia tersenyum paksa.
"Awak ke pembantu rumah yang Qhaira bagitahu tu?"
Amy mengangguk laju.
Matanya serta merta memandang ke arah lantai.
Perutnya berasa seperti terjatuh.
Ini ke apa yang dipanggil gemuruh?
"Oh,okey.Nama saya,Hasinah.Hasinah Aira.Call me whatever you like."
"..saya..Amy."
Hasinah tersenyum lebar apabila Amy menunduk 90 darjah ke arahnya.
"..Hm..aku ingat dia cari orang tua sikit.."bisik Hasinah seorang diri dengan riak wajah pelik.
Amy nampak terlalu muda untuk bekerja sebagai pembantu rumahnya.
Qhaira ada memberitahunya,pembantu rumahnya lebih muda 6 tahun daripadanya.
Maksudnya,Amy ni calon pelajar SPM.
Kenapa dia tak study dekat rumah je daripada dia bekerja..?
Oh,well..Lantak lah.
"Oh,masuk lah dulu!I will show you around the house."
Amy perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam kawasan halaman rumah itu yang luas.
Serta merta perbualannya bersama dengan Qhaira tadi bermain di fikirannya.
..........
"Okey..Bila kau sampai sini,Hasinah akan bagi kau kerja nak buat.Is that clear?"
Amy mengangguk laju dengan riak wajah yang kelihatan tidak sabar-sabar.Tetapi dia cuba sedaya upaya untuk menyoroknya.Dan gagal dengan teruk.
"Now,remember..Don't talk too much.Just do your work sambil balik,bila sampai masa kau balik dah tiba,kau blah."
"..okay..?"
"Alright."
Qhaira memandang ke arah Amy seperti mahu berkata sesuatu,tetapi membatalkan niatnya.
Nafas yang dalam ditarik,sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah Syazwan yang sedang nyenyak tertidur itu.
"..so,uhh..korang memang duduk sama-sama ke?"soal Amy.
Tetapi tidak dijawab.
Dia pun tidak memahukan jawapan.
Dia sendiri pun terkejut apabila Qhaira menyuruhnya agar pergi ke rumah Syazwan untuk berbincang tentang kerjanya.
Bila tengok diorang duduk berdua macam ni,nampak macam tak pelik pun.
Rumah Syazwan tidak berbau pelik,semua benda kemas dan tersusun rapi dan yang paling penting,tiada suara orang membaca surah Al Baqarah dari radio yang datang entah dari mana.
"..Jangan rapat sangat dengan dia."
"..oh?Why?Dia kawan kau ke?"
"..well..not really..but..anggap lah ini sebagai 'warning'."
Amy mengangkat keningnya sebelum dia mengangguk perlahan.
..........
'Cara dia cakap tu macam Hasinah ni orang jahat pulak..Dia nampak okey je?..'bisik Amy di dalam hati sambil memandang kelibat Hasinah dari belakang.
'Tingginya.'
"And...Ini bilik air..!Okey,itu je bahagian yang kau kena bersihkan."
Amy memandang bilik air di hadapannya sebelum dia mengangguk perlahan.
Bilik air pun sudah kelihatan bersih..
Tak apa lah..
Buat-buat bersih je la nanti.
"Oh,one more thing."
"This is my room."
Amy menutup matanya,sebelum membukanya semula dengan riak wajah tidak percaya.
Terlalu banyak kertas di atas lantai,buku di atas meja yang tidak tersusun rapi,dan juga bakul baju yang sudah penuh dengan pakaian kotor.
"..Boleh kau bersihkan bahagian ni dulu tak?.."soal Hasinah dengan riak wajah kekok dengan pandangannya yang beralih ke arah makanan yang masih berada di atas meja.
Amy mengangguk sebelum mula melakukan kerjanya.
Buku di atas meja di ambil lalu disusun satu persatu.
"..oh.."
Hasinah yang berada di belakangnya menyengetkan kepalanya ke arah buku yang dipegang oleh Amy.
"Oh- Uhh.."
"..saya pun baca buku ni."bisik Amy perlahan dengan senyuman senget di bibir.
Dia tahu cerita itu tentang percintaan antara lelaki,memandangkan dia sudah membacanya sehingga volume yang terakhir.
"Wait.For real?!"
Amy tersentak sebelum mengangguk laju.
"Really?Wahh,first time ada orang yang baca buku yang sama dengan saya!You really read it?Did you read this one?"soal Hasinah dengan mata bersinar lalu tangannya mengambil buku novelnya yang lain.
"Saya baca semua volume buku tu.So yup."
Hasinah mula kelihatan teruja.
"Oh,then..lepas ni..want to talk about the novel with me?"
Amy terdiam seketika.
'..Jangan rapat sangat dengan dia.'
"..Boleh je."
Melihat riak wajah gembira Hasinah,Amy juga ikut tersenyum lebar apabila tangannya digenggam erat.
"Nice to meet you then,I got a feeling that we will be best friends!"
Amy tidak menjawab.
Hanya senyuman lebar diberikan sebelum dia mula membuat kerjanya.
Bermula daripada katil Hasinah yang dipenuhi dengan baju yang dicampak merata-rata,sehingga di atas lantai yang dipenuhi plastik makanan.
Hasinah ada juga menolongnya menyusun buku.
Sambil dia membuat kerja,Hasinah tidak berhenti bersembang dengannya.
Dia pun tidak kisah dengan soalan-soalan yang ditujukan ke arahnya.Bukan selalu ada orang yang mempunyai minat yang sama dengannya.
Cuma kadang-kadang dia musykil dengan kata-kata Qhaira.
'Jangan rapat sangat dengan dia.'?
Mungkin Hasinah ni kawan baik dia,dan dia taknak kawan baik dia rapat dengan orang lain.
Boleh jadi juga macam tu.
Beberapa jam berlalu,dan Amy akhirnya selesai melakukan segala tugasnya.
Tubuhnya yang menggeletar itu membuatkan dahinya berkerut sebelum dia tidak mengendahkannya.
"So..wanna talk about the next volume?"soal Hasinah ynag sudah menyengetkan kepalanya di sebalik pintu bilik air dengan riak wajah tidak sabar.
"Okey."
Entah kenapa,dia tidak rasa Hasinah menjengkelkan seperti orang lain di sekolahnya.
Hasinah nampak...ceria..?
Soft,dan ada masa perempuan itu akan menjadi terlebih teruja jika mereka becakap tentang babak 18+ di dalam novel itu.
Sama seperti dirinya.
Hm..mungkin dia boleh cuba..'berkawan' dengan perempuan ini.
Amy tergelak kecil apabila terpandangan riak wajah Hasinah yang kelihatan seperti sedang menahan senyuman apabila dia membaca ayat di dalam novel yang dipegangnya.
"Kenapa muka awak macam tu..?Haha.."
"Nampak sangat ke?Arh..saya tak boleh lah..this is too sweet."
"Oh..ini bahagian yang diorang terperangkap dalam gua tu kan..?"
Hasinah mengangguk laju sebelum menghempas wajahnya ke atas kulit buku itu dengan jeritan yang ditahan.
"Come on..teruskan."
"Saya penurt~"
"Awak jerit banyak sangat,saya pun penat kalau saya jadi awak."Amy bersuara laju diiringi dengan ketawa Hasinah yang kedengaran kuat.
Dia juga ikut ketawa apabila pehanya ditepuk.
"Sampai bila tak habis macam ni,satu ayat,gelak,satu ayat,gelak.Tahun depan belum tentu habis."
Hasinah mengelap air matanya yang terkeluar akibat terlalu lama ketawa.
Baru sahaja dia ingin menyambung membaca,loceng rumahnya yang berdering membuatkan Amy dan Hasinah serentak memandang ke arah pintu rumah.
"..Biar saya tolong bukakan.."
Amy dengan pantas melangkah ke arah pintu rumah itu lalu pintu itu yang agak berat ditarik dengan sedaya upaya.
Amy memandang ke arah perempuan di hadapannya.Kepalanya automatik terdongak.
"Oh?Dah dapat pembantu rumah?"soal perempuan itu tanpa memandang ke arah Hasinah yang menutup buku novelnya.
Amy memandang ke arah perempuan itu yang memakai tudung dan jaket berwarna hitam.Pakaiannya yang lain juga berwarna hitam termasuk kasut bootnya yang kelihatan berkilau.
Kening Amy terangkat sesaat.
Handsome.
Itu yang difikirnya.
"Yup.Pandai Qhaira cari.We have the same interest..!"
"Oh,wow great yeay.Mana buku aku."
Amy berpaling ke arah Hasinah yang menyorok buku di tangannya.
"Urgh.Kau pinjam lah dulu yang tu.Aku nak yang cover book warna hijau tu."
"Ohh..Yang tu,aku tak baca lagi."
"Aku tahu,sebab tu aku nak ambil."
Hasinah memuncungkan bibirnya sebelum menghilang di sebalik dinding yang menuju ke arah biliknya untuk mengambil buku milik kawannya.
"Oi,kau.Ambil air."
Amy hanya menurut.
Sejujurnya dia boleh sahaja cakap 'Taknak!',tapi itu terlalu menyusahkan dan dia lebih rela menurut perintah daripada membuat drama di hari pertama dia bekerja.
"Thank you very much..."bisik perempuan itu sebelum meminumnya dengan laju.
Sebelah lagi tangannya mengambil novel yang ditinggal oleh Hasinah tadi.
"Hm.Kau pun baca juga ke buku ni?"
"Ya..."
"..Hahh..weirdo.."
"Well,everyone have their own taste."jawab Amy perlahan dengan dahinya yang sedikit berkerut.
Perempuan itu berpaling ke arahnya.
"I didn't ask for your opinion."
"I'm just telling you since you look like you need it."
Giliran dahi perempuan itu pula yang berkerut.
Okey.Amy sendiri pun terkejut dengan bibirnya yang bergerak terlalu laju dan melanggar had limit yang sepatutnya.
Dan dia tidak pernah 'speaking' selaju itu dengan orang yang tidak dikenali.
Itu bukan dia,itu dirinya yang satu lagi--
"Well,here's my opinion then.Everyone that read that kind of book are obviously a weirdo."jawab perempuan itu sambil mencampak buku itu ke tepi.
"Homophobic much?"soal Amy dengan keningnya yang berjongket.
"Dah tu kau nak buat apa?This religion itself is homophobic."
"Agama kita suruh kita hormat orang lain kan?Where's your respect then?Just because you don't like how 'they' live doesn't mean you can just say bad things to them.They have feelings."
Bunyi tepukan dari tingkat atas membuatkan mereka berdua serentak berpaling ke atas.
"Bravo,Amy.That was really cool of you."
Hasinah bersuara sambil melangkah turun dari tangga dengan laju.
Wajah perempuan di hadapannya dijeling sebelum dia menghulur buku itu ke arahnya.
"Airiqa Aelyn,this is Amy.Amy,ini Airiqa.Dia memang annoying,but trust me,dia suka test orang.Tadi tu dia sengaja je nak tengok respon awak-"
Hasinah terjerit kecil apabila kepalanya disekeh dengan kuat.
Airiqa menjeling ke arah Amy sebelum dia berpeluk tubuh.
Senyuman senget terukir di bibirnya.
"Well said.Nah,hadiah."
Amy menangkap coklat yang dibaling ke arahnya dengan riak wajah terkejut.
"She's so annoying though."kata Airiqa dalam nada yang agak kuat.Supaya Amy dapat mendengarinya.
Amy berpeluk tubuh sebelum berpaling ke tepi dengan riak wajah tidak puas hati.
"Oh,well..Erm..sorry about that."
Hasinah memecahkan suasana kekok di antara mereka dengan riak wajah bersalah.
"It's okay..maaf sebab buat hal..padahal hari ni first time saya bekerja--"
"Ah,no need..Saya pun macam awak waktu saya pertama kali bercakap dengan dia.Dia annoying but she's actually very kind."jelas Hasinah panjang lebar apabila Amy kelihatan seperti agak muram.
"I regret thinking that she's handsome."jawab Amy dengan riak wajah jengkel sebelum berpaling ke tepi.
"Yeh,same-- wait what?"
Airiqa memandu keretanya sehingga masuk ke dalam pagar rumahnya.
"Hahh..Dapat pun buku ni.."
Kasutnya mengeluarkan bunyi yang kedengaran jelas di kawasan halaman rumahnya itu.
"Oh,puan dah balik.Ada nak saya sediakan apa-apa?"soal pembantu rumah itu yang kelihatan sedikit tua berbanding pembantu rumah yang lain.
"Tak ada.Pergi lah rehat.You already done a lot for today."
Pembantu rumah itu menundukkan kepalanya sebelum berlalu pergi.
Airiqa mengambil makanan ikan di sebelahnya sebelum menaburnya ke arah kolam ikan di hadapannya.
Ikan koi yang berenang laju ke arah makanan tersebut membuatkan dia tersenyum senget sebelum menabur makanan itu dengan lebih banyak.
"..Irina."
"Ya,puan?"pembantu rumah yang tiba-tiba muncul itu mengambil buku yang dihulurkan kepadanya.
"Aira tengah buat apa?"soal Airiqa dalam nada dingin.
"Tengah tidur.Hari ni dia tak bercakap langsung."
"Memang hari-hari dia macam tu kan..?Oh well.No matter.Kalau dia taknak bercakap,lantak dia lah.I have a lot more things to do than talking with an average little girl who can't even say 'Hi'."Airiqa bersuara dalam nada menyampah sambil mengerlingkan matanya.
Tudungnya dicampak ke atas sofa dan di ambil laju oleh pembantu rumah yang lain.
Rambutnya dibiarkan jatuh terurai.
"Puan cakap macam tu,tapi puan bercakap dengan dia setiap hari."jawab pembantu rumah yang masih memehang buku novelnya.
"Hey,diam!Nak kena pecat ke..?!"soal Airiqa dalam nada separa menjerit.
"Puan cakap macam tu,tapi puan tak pernah pecat saya pun."
"Dah tu kau nak aku buat betul-betul..?!"
"Hey..Apa kau aku ni..Makcik okey..?Makcik."
Airiqa tidak mengendahkannya.
Buku yang diberikan kepadanya di ambil sebelum dia mula membaca buku novel itu tanpa mempedulikan kawasan sekelilingnya.
Wajah Amy bermain di fikirannya buat seketika sebelum dia tersenyum senget.
Perempuan tu annoying betul lah..
Kelibat seorang budak kecil menarik perhatiannya buat seketika.
"Aira.Wanna sit?"
Aira menyorok di sebalik dinding dengan riak wajah serba salah.
Patung beruang yang sama saiz dengannya dipeluk erat.
Wajah Airiqa dipandang lama sebelum dia perlahan-lahan menuju ke arah perempuan itu.
Kening Airiqa terangkat buat seketika.
Pertama kali Aira ingin duduk bersamanya.
"Oh..Finally?Selesa tak?Lagi selesa dari lantai kan?"
Apabila Aira tidak menjawab,Airiqa hanya menganggap itu sebagai 'Ya'.
"..kenapa tiba-tiba nak duduk sini?"
Airiqa tidak mengharapkan jawapan.Memandangkan Aira memang tidak pernah menjawab soalannya.
Tetapi jika soalan itu menarik,mungkin dia akan mendapat angguk ataupun geleng.
"Different."
Mata Airiqa terbuntang apabila Aira menuding jari ke arah wajahnya.
"..I look different?"
"...happy..?"
"..i look happy?"
Aira memeluk erat patung beruangnya dengan matanya yang masih memandang wajah Airiqa yang baginya kelihatan 'lain'.
"..happy?"
Airiqa termenung buat seketika.
Wajah Amy sekali lagi bermain di fikirannya.
Senyuman senget terukir dan serentak dengan itu,Aira menuding jarinya ke arah wajah Airiqa buat kali kedua.
"Happy..!"
"Huh..?Oh..sebab aku senyum?"soal Airiqa lalu melebarkan lagi senyumannya tetapi Aira mula membuat muka tidak suka.
"..oh..no fake smile then..?Okay,okay.."
Suasana di antara mereka menjadi sunyi buat seketika.
9:00 P.M..
"..Well..today I met this girl.."
Airiqa bersuara dengan riak wajah yang kelihatan seperti menahan senyuman sambil memandang ke arah skrin komputernya yang dipenuhi dengan emoji terkejut.
'Airiqa,going out from the house?No way.'-user6788
'And what about it?'-ponpon
'Ohooooo~'-cutiepie
Aira yang melabuhkan punggung di kerusi di sebelahnya memandang ke arahnya dengan riak wajah seperti ingin tahu.
"..Since Aira looks like she wants to know..I guess you could say that I 'play' with her for a lil bit."
'DUDE HELLO??!'-waifuforlife
'YOU WHUT--'-user5623
'Well that escalated pretty quickly.'-macaroonie
"No..!Guys..No it's not that kind of play..!"
Melihat riak wajah Aira yang kelihatan merah itu,dahi Airiqa berkerut.
"Kenapa muka kau merah..?Guys.Stop it.Okay?I just test her if she's like homophobic..And to my surprise she's actually kinda..okay with it?And I just feel like she's interesting.Okay?That's all."
Airiqa meraup riak wajahnya dengan riak wajah stress apabila skrin komputernya dipenuhi dengan emoji senyuman mengusik.
Menyesal pula dia 'streaming'.
Dia patut menghabiskan novelnya tadi.
Tetapi memandangkan Aira bercakap dengannya hari ni,dia mahu berkongsi hal itu dengan 'followers'nya yang masih mahu mengambil tahu tentang Aira.
Entah kenapa..
'A lot of thing happens today.Aira's talking.Airiqa finally touching grass.What's next?Airiqa getting a girlfriend?'-tofeebonbon
"Another more than that and I will end the stream."
'Okay,okay.Let's start the gacha shall we?'
Suara 'Google' yang tiba-tiba muncul itu membuatkan Aira tersentak sebelum mengalihkan pandangannya ke arah skrin komputer Airiqa.
"Okay..thank you for the subs.."
Airiqa mula menekan simbol yang berbetuk seperti kristal 'diamond' dan karakter yang dimahuinya di pandang lama.
Baru sahaja dia hendak menekan butang '10× Pull',bunyi loceng yang bermakna ada orang menderma 'subs' kepadanya membuatkan Airiqa tersenyum senget.
"..Thank you for--"
'Are you sure you're not gay though uwu?'
"I'm ending the stream."
'Wait!No!'-rainnydayy
'Aaaaa!!NOO!!'-peanut
'Bruhh..'-candymarshmellow
p/s: subs can be change for money. ^-^
Share this novel