BAB 55: Broke

Romance Series 12091

Syazwan menayangkan riak wajah serba salah apabila Sheila dan Aireen semakin rancak bertengkar.
"Aku dah cakap masukkan tepung dulu!Kau masukkan telur dulu kenapa?!"

"Sama je lah!Tak payah nak angin sangat lah!"
Syazwan meraup wajahnya buat seketika apabila suara kedua-dua kawannya semakin kuat.
Matanya beralih ke arah ruang tamunya yang kelihatan kosong.

"..oh.By the way..Mana perempuan psycho tu?"
"Qhaira?"
Aireen mengangguk laju.
Syazwan hanya membalas dengan jongketan bahu.
Sheila berpeluk tubuh buat seketika sebelum menumbuk bahu Syazwan perlahan.

"Tak payah lah down sangat.Dia ada kerja kot."
"Iya..Saya tahu lah..Cuma.."
Syazwan menundukkan pandangannya buat seketika.
Lengannya digosok dengan riak wajah sayu.

"Bila dia tak ada,saya rasa pelik lah.."
Aireen dan Sheila serentak memandang antara satu sama lain sebelum berpaling ke arah Syazwan.
Mata mereka terbuntang.

"Awak dah tersuka dekat dia ke?!"jerit Sheila dengan riak wajah tegang.
Pipi Syazwan mula berasa panas.
Bahunya yang digoncang oleh Aireen itu membuatkan dia menayangkan riak wajah segan.

"Nooooo punya lah banyak ikan dalam laut..!Kenapa ikan yu juga kau ambil?!"
"Tapi saya taknak ikan lain..Saya nak ikan yu.. "jawab Syazwan dengan bibirnya yang memuncung.
Kedua-dua jari telunjuknya disatukan.

"And she's nice..."
"You don't even know where she's from!"
"I can ask her one day..She will answer when she's ready..?"
"Tidakkkkkk!!!"

5:00 p.m..

Qhaira melangkah masuk ke dalam rumah setelah memberi salam.Matanya memandang ke arah Syazwan yang berlari ke arahnya.
"Welcome back.."

Qhaira tersenyum lebar lalu menjatuhkan dahinya ke arah bahu Syazwan.
"...awak okey?"

"Em..Just tired."bisik Qhaira perlahan.
Kepalanya yang diusap perlahan oleh Syazwan membuatkan dia mula 'cair'.
Sebaik sahaja di mengangkat wajahnya,wajah Sheila dan Aireen yang tiba-tiba muncul di hadapannya membuatkan dahinya berkerut.

"Diorang tak balik lagi?.."soal Qhaira tanpa riak wajah serba salah.

"Hah..!Kitorang nak pergi picnic..!"jawab Aireen sambil bercekak pinggang.Senyuman senget terukir di bibirnya.Tangannya memegang erat bakul rotan yang berisi beberapa hirisan kek yang sudah dihias oleh mereka tadi.

"Oh..you are?"soal Qhaira ke arah Syazwan.Langsung tidak berpaling ke arah Aireen.Lelaki itu bagaikan tidak wujud di dalam rumah itu.

"Haah..Kami ingat awak akan balik malam.You can join us if you want.Tapi kalau awak nak rehat pun tak apa.."
"Saya nak ikut."jawab Qhaira lalu sebelum berdiri di belakang Syazwan dengan riak wajah bersedia.
Beg laptopnya diletakkan ke tepi.

"Oh..Are you sure?Awak tak penat ke?"
Qhaira menggeleng laju.
Sheila mengerlingkan matanya tanda jengkel sebelum melangkah keluar daripada pagar rumah flat itu.

"Cepat lah.Sampai bila korang nak berdiri kat situ?"soal Aireen yang sudah berada di sebelah Sheila.
Syazwan dan Qhaira serta merta melangkah keluar.
Pintu dan pagar dikunci sebelum masing-masing melangkah turun daripada tingkat itu.


"Kenapa kita kena tumpang dia pula ni?"soal Aireen dalam nada jengkel selepas beberapa minit perjalanan.
Qhaira tidak mengendahkan mereka.Matanya fokus ke arah jalan di depannya.

"Because she said she knows a spot.I swear if it's a bad one,I will punch her."
Secara tiba-tiba,brek kereta ditekan mengejut.
Syazwan yang memakai tali pinggang itu tergerak ke depan buat seketika sebelum tersandar ke balakng semula.
Manakala Sheila dan Aireen pula sudah mencium seat kereta di bahagian belakang.

"Oi..!Brek mengejut-"
"Kita dah sampai."kata Qhaira ke arah Syazwan lalu membuka tali pinggang Syazwan.

"Oh.Tempat apa ni..?Macam sunyi je..?"soal Syazwan perlahan.
Sheila dan Aireen juga turut memandang ke arah luar tingkap.

Qhaira menutup pintu keretanya,lalu pintu kereta di sebelah Syazwan dibuka.
"Rumah dekat sini besar-besar betul.."bisik Syazwan dengan riak wajah terpegun.
Padang luas yang berada di sebelahnya dipandang.

"Oh.Kita nak picnic dekat sini ke?"
"Yup.Watch your step."kata Qhaira sambil memegang tangan Syazwan apabila mereka melangkah turun ke arah padang tersebut melalui anak tangga.
Sheila dan Aireen yang memandang ke arah mereka serentak menayangkan riak wajah tidak rela.

"Kenapa aku rasa macam dia rampas Syazwan dari kita?"bisik Aireen dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa dia macam gentleman sangat?"bisik Sheila pula sebelum kedua-duanya mula melangkah turun ke arah anak tangga yang disediakan.Mengikuti Qhaira dari belakang.

"..By the way,awak pergi mana lama sangat tadi?"
"..Kerja.Kawan saya minta tolong dia buat illustration."
"Oh..Dah siap ke?"
"Dah.Kalau awak nak tengok,saya boleh tunjuk balik nanti."
Syazwan mengangguk laju dengan senyuman lebar.
Pertama kali Qhaira merelakan diri untuk menunjukkan lukisannya.Mungkin perempuan itu sudah semakin selesa dengannya?

"..Thank you,Syazwan."
"Hm?For what?"
"For being so patience with me.Saya tahu saya banyak rahsiakan benda daripada awak.Thank you for not judging me badly.."
Syazwan tergelak kecil lalu kepala Qhaira diusap perlahan.

"It's okay..You know I don't really care about those things..All I care about is you."
Kaki Qhaira automatik membeku.Matanya terbuntang.
Syazwan berpaling ke arah Qhaira dengan riak wajah malu.Seperti baru menyedari apa yang dikatakannya.
Mulutnya perlahan-lahan ditekup.

"S-Sorry.Apa benda saya merapu ni..?"bisik Syazwan sebelum mengalihkan pandangannya.

"I care about you too."kata Qhaira laju dengan riak wajah yakin.

"I care about you a lot."kata perempuan itu lagi.
Wajah Syazwan serta merta berona merah.
Perlahan-lahan dia mengangguk.
Dia masih belum memberitahu Qhaira,yang dia sudah mengingati kisah silamnya.
Perempuan yang pernah membantunya melarikan diri..adalah Qhaira sendiri.Kenapa Qhaira tidak pernah memberitahunya tentang hal itu?..
Mungkin perempuan itu ada sebabnya yang tersendiri..

"Wahhh..Cantiknyaaa pemandangan dekat siniii~"kata Aireen dalam nada lantang sambil melangkah di antara Syazwan dan Qhaira.

"Jom,Syazwan.Kita duduk bawah pokok tu."
Syazwan tergelak kecil apabila tangannya ditarik perlahan oleh Aireen.Kakinya mengikut langkah Aireen.
Qhaira hanya memandang dari belakang dengan pandangan redup.
Matanya beralih ke arah Sheila yang juga turut mempunyai pandangan yang sama.

"..You like him don't you?"
"Hah..?!I just see him as a friend..!"
"I'm not talking about Syazwan."kata Qhaira dalam nada mendatar.
Matanya beralih ke arah Aireen yang mula menghamparkan tikar di atas rumput.
Gelakan kecil daripada Sheila membuatkan dia memandang ke arah wanita itu semula.

"Boleh tahan tajam juga mata kau."kata Sheila sebelum melangkah ke arah Aireen dan Syazwan.Tangannya dimasukkan ke dalam poket bajunya.

"Aku teka je."
"Really?..Do me a favor and don't tell him,okay?"kata Sheila dengan senyuman senget.Wajah Qhaira dipandang dari ekor matanya.

"Tak kuasa."jawab Qhaira sepatah.Matanya tepat memandang ke arah Syazwan yang masih sedang tersenyum itu.
Ah..Cantik.

Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas tikar tersebut,Qhaira menyengetkan kepalanya apabila Syazwan mula mengeluarkan makanan yang dibekalkan dari bakul rotan.
Matanya beralih ke arah bakul rotan yang kelihatan lebih kecil,yang berada di belakang Syazwan.
"..Bakul tu untuk apa?"

"Ah..Itu sebenarnya makanan untuk Syazrif."
"Oh?..So sudden?"
"..Hari ni hari jadi dia..Saya ingat nanti nak hantarkan dekat dia.."kata Syazwan lembut sambil memeriksa keadaan makanan di dalam bakul tersebut.

"I can drive you there."Qhaira bersuara laju.
Syazwan tersengih sebelum mengangguk.
Makanan di depannya mula diedarkan ke arah Sheila dan Aireen.
Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu membuatkan dia terdiam buat seketika.

Hm..Kalau lagi ramai,mesti lagi meriah..

......

Syazrif melangkah naik ke arah anak tangga yang menuju ke arah bilik Safaira.
Safaira sudah jarang betul bercakap dengannya.
Walaupun Sharika berkata agar membiarkan budak perempuan itu sendiri,dia sudah menganggap Safaira itu seperti adiknya..dan budak perempuan itu pun selalu menemaninya ketika dia sedang kesunyian.
Rasa macam kejam pula jika dia tidak melakukan apa-apa.
Pintu bilik Safaira diketuk perlahan.
"..Safaira..?"

Pintu bilik itu dibuka.Wajah jengkel Safaira serta merta terpampang di depan muka pintu.
"..nak apa?"soal Safaira dengan kasar.

"Dah lama kita tak sembang.Kenapa emo sangat ni?"soal Syazrif dalam nada bergurau sebelum duduk mencangkung di hadapan Safaira agar perempuan itu tidak perlu mendongak apabila memandangnya.

"Sebab kau lah."
Syazrif terdiam seketika sebelum tergelak dalam nada serba salah.
Belakang lehernya digosok.

"Kenapa,ya?"
"Kau boleh tak jangan buat-buat bodoh..?!"
Syazrif tersentak apabila Safaira secara tiba-tiba meninggikan suaranya.
Perlahan-lahan dia bangun semula apabila Safaira melangkah keluar dari biliknya dengan oandangan menyampah.
Safaira tidak pernah memandangnya dengan oandangan sebegitu sebelum ini.

"Sebab kau lah..aku tak boleh satukan Sharika dengan papa..!"
"Safaira..!Jangan paksa Sharika rapat dekat orang yang dia dah tak suka..!"
Mata Safaira terbuntang lalu tubuh Syazrif ditolak agar menjauhinya.
Kakinya melangkah ke arah Syazrif dengan riak wajah bengis.

"They can work it out!I swear they can,but you decided to ruined it all!"
"I didn't!Even if you tried,kalau Sharika taknak terima dia,dia takkan terima!You know how stubborn she is..!"
"Don't act as if you know her better than I do!Kau baru je kenal dia berapa bulan!And now you think you know better?!"jerit Safaira lagi.Suaranya membuatkan perut Syazrif mula berasa sakit akibat gemuruh.
Dia memang tidak boleh jika ada orang menengking ke arahnya.
Lagi-lagi jika orang yang menengking itu adalah orang yang disayanginya.

Perlahan-lahan dia ke belakang apabila Safaira mula menolaknya buat kali kedua.Tolakan budak perempuan itu bukan kuat sangat pun..
Hatinya cuma terluka apabila ditolak begitu.
Rasa seperti dia diusir pula..
"Why...Just why did you agree to work here?"

"Because I was worried about you.."kata Syazrif dalam nada suaranya yang menggeletar.

"And now you're living your best life here!Is it really because of that?!"
"Safaira..are you that mad that I'm in love with-"
"YES!!Who told you to fall in love with her?!You know what?I will NEVER see you as a part of my family!You will NEVER be my dad!!"jerit Safaira sebelum tubuh Syazrif ditolak sekuat-kuat tenaganya.
Syazrif tertolak ke belakang.
Kakinya yang tergelincir pada anak tangga itu membuatkan dia terjerit kecil sebelum tubuhnya terjatuh.

Syazrif menahan jeritannya daripada keluar apabila kakinya berasa seperti tidak boleh bergerak.
Mulutnya ditekup.
Pandangannya perlahan-lahan beralih ke arah Safaira yang kelihatan terkedu.
"..Safai-"

Belum sempat dia bersuara,Safaira sudah terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu.
Syazrif mengetap bibirnya apabila sakit pada kakinya mula terasa.
Ah..Nasib baik tangga di tingkat itu tidak terlalu tinggi.
Kalau tak mesti dia dah..

Syazrif perlahan mengesot ke arah pemegang tangga lalu berpaut pada tiang tangga itu.Kakinya perlahan-lahan diangkat.
Tubuhnya yang berasa sakit itu tidak diendahkan.
Baru sahaja dia hendak mengangkat tubuhnya,tubuhnya automatik terjatuh semula.
Mata Syazrif mula berkaca.

Entah kenapa..Dia teringat akan dirinya sewaktu masih remaja.
Rasanya dia juga tidak boleh berjalan selepas membuat..'itu' dengan beberapa orang tanpa keizinannya.
Patut lah dia berasa dejá vu..

Bunyi tapak kaki yang melangkah naik itu membuatkan dia tersentak.
Belum sempat dia bergerak,Sharika sudah muncul di depannya dengan dahi yang berkerut.
"Syazrif-"

Mata Sharika memandang ke arah kaki Syazrif yang mula kelihatan bengkak itu.
Matanya terbuntang.
"Awak jatuh tangga ke?"
"..Ah..ya."jawab Syazrif sambil menyeka air matanya.
Badannya yang dicepung itu membuatkan dia terjerit kecil.

"Saya hantar awak pergi hospital,okey?"soal Sharika lalu melangkah turun anak tangga dengan berhati-hati.
Tisya dan Fara yang berada di tingkat bawah mula melangkah ke arah Sharika dengan riak wajah risau.

"What happened?.."
"Jatuh tangga.Tisya,can you drive?You can use my car."
"Okay.Fara.Come with me."
Fara mengangguk lalu membuka pintu rumah itu untuk Sharika.Pandangannya beralih ke arah Tisya yang sudah membuka pagar rumah.

"Tisya.Calm down.You're going to hurt all of us driving in that state."
"Sorry.I'm just-"
Fara menekup kedua-dua belah pipi Tisya.

"Calm down...Focus."
Tisya menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan.
Perlahan-lahan dia mengangguk sebelum membuka pintu kereta untuk Sharika.

Syazrif mencekam lengan baju Sharika apabila kakinya berasa sakit.
Sharika yang berniat mahu meletakkan tubuh Syazrif pada seat kereta,membatalkan niatnya.
Tubuhnya melangkah masuk ke dalam perut kereta bersama dengan Syazrif yang masih dipegangnya.

"...Sharika...I think my leg is broken.."
"..No it's not."
Apabila mata Syazrif kelihatan berkaca semula,Sharika mula berasa serba salah.Walaupun wajahnya kelihatan kosong.Sejujurnya,dia tidak tahu cara untuk menenangkan Syazrif.Dia tidak pernah menenangkan sesiapa dalam hidupnya.
Air mata Syazrif diseka menggunakan lengan bajunya.
Tubuh lelaki itu dipeluk erat.

"If it's broken it will heal."
"..What if it's not..?"
"Then I will take care of you."
Wajah Syazrif serta merta berona merah.Bibirnya diketap sebelum wajahnya disorok ke arah bahu Sharika.
Macam mana lah Sharika boleh berkata perkara sebegitu dengan riak wajah selamba..

Tangan Sharika yang memegang erat tubuhnya membuatkan tubuhnya mula bertenang di dalam dakapan perempuan itu.Matanya mula menjadi layu sebelum perlahan-lahan dipejam.
Fikirannya masih memikirkan keadaan Safaira..

9:00 P.M..

Safiy memandang ke arah makanan dan hadiah yang diberikan oleh Shafiy dan Syazwan yang tiba di rumahnya tadi.Masih dia mengingati wajah Syazwan yang berubah pucat apabila dia memberitahu yang Syazrif berada di hospital.Entah kenapa kedua-dua lelaki itu selalu sangat terserempak.
Tidak pasal-pasal dia harus melayan pertengkaran mereka yang dihentikan oleh Qhaira.

Pintu bilik Safaira dipandang lama.
Dahinya berkerut sesaat.
Berdasarkan apa yang dilihatnya tadi,tolakan Safaira agak kuat.Mungkin kaki Syazrif akan patah..atau terkehel.
Safiy berpeluk tubuh sebelum membuka pintu bilik Safaira menggunakan kunci di tangannya.

Safaira tersentak apabila terdengar bunyi pintu yang dibuka.Jelingan tajam diberikan ke arah Safiy.
Wajahnya yang disembam ke dalam bantal perlahan-lahan diangkat.
"Akak nampak macam orang gila."

Safiy menangkap bantal yang dibaling ke arahnya dengan riak wajah kosong.
Bantal itu diangkat lalu wajah kakaknya dipukul dengan kuat menggunakan bantal itu.
Safaira terkedu buat seketika sebelum mengambil bantal di tepinya lalu mula memukuk tubuh Safiy.
"Apa.Masalah.Safiy?!"jerit Safaira setiap kali dia memukul Safiy menggunakan bantal tersebut.

"Akak tu yang kenapa?!Kenapa tolak abang Syazrif?!Kenapa tengking dekat dia?!"jerit Safiy lalu memukul tubuh Safaira dengan lebih kuat.

"Aku tak sengaja lah!!Kau pun nak bela dia ke?!Memang semua orang dekat dalam rumah ni suka dia pun!!"
"Jadi apa masalahnya?!"
Safiy mengerang kesakitan apabila rambutnya ditarik.
Rambut Safaira juga ditarik lalu kedua-duanya mula jatuh daripada katil.

"Apa masalah akak?!Akak yang bawa dia kat sini!!Pastu akak sakitkan dia?!Akak ni jahat lah!!"
"Bodoh!Sakit lah!!"
Safiy mula menamlar wajah Safaira berkali-kali.
Matanya berkaca akibat terlampau geram.
Dia betul-betul risau akan Syazrif tadi.
Tetapi dia takut mahu menunjukkan diri.
Risau jika kakaknya memarahinya.
Tapi..
Sampai bila dia mahu takut dengan kakaknya?

"Akak ni dah gila lah!!"
"Aku tak gila lah,gila!!"
"Jadi kenapa akak layan dia macam tu?!Dia yang masak untuk kita!!Dia yang bersihkan bilik kita!"jerit Safiy dengan lebih kuat.
Pandangannya bertukar tajam apabila Safaira mula mencakar lengannya.

"Aku tahu lah!!"
"Jadi kenapa--"
"Tak adil kau tahu tak?!"
Pergerakan Safiy automatik terhenti.
Wajah kakaknya yang kelihatan sayu itu membuatkan wajahnya juga bertukar sayu.

"Sejak dia datang sini...dia dah tak layan aku..Dia asyik layan mama..Safiy..Tisya..Fara..Orang lain..Aku ni?!"jerit Safaira lalu menolak tubuh Safiy dengan kasar.

"Aku ni macam mana?!Sepatutnya dia cuma layan aku je!!Tapi korang yang sibuk sangat kenapa?!"
Safiy memandang ke arah Safaira dengan kening yang terangkat sebelum tersengih.
Tangannya ditepuk sebelum dia perlahan-lahan bangun.

"...See?That wasn't so hard was it?.."kata Safiy lalu melangkah ke arah muka pintu.
Safaira berpaling ke arah muka pintu lalu wajah Fara yang kelihatan kosong itu membuatkan matanya terbuntang.
Tangan perempuan itu mengenggam handphonenya yang merekod suaranya.

"Y-You..That was on purpose--"
Safiy menjongketkan bahunya sebelum berpaling ke arah Safaira semula.

"Knowing Syazrif,aku tahu dia takkan bagitahu Sharika yang kau tolak dia.But Sharika deserve to know.And you two,need to talk it out."
Sebaik sahaja Safaira bangun dari tempat duduknya,Safiy serta merta kebelakang lalu Tisya yang berada di tepi Fara serta merta menangkap kedua-dua tangan budak perempuan itu sebelum diangkat.

"Let me go!You ass!Let me go!!"
Kaki Safaira yang cuba menyepaknya melalui udara membuatkan Tisya tersengih sebelum mencepung tubuh Safaira.

"Kau buat apa ni?!Lepas lah!!"
"Okey,aku lepas.Satuuu.."
Mata Safaira terbuntang apabila Tisya mula menghayunkan tubuhnya untuk dicampak ke bawah tangga.

"Duaaa.."
"AAAAA!!Jangan!.."jerit Safaira sebelum berpaut pada Tisya.Matanya mula berkaca.

"...Kaki Syazrif patah.And kaki sebelah kanan dia terkehel."kata Tisya.
Dia dapat merasakan tubuh Safaira tersentak apabila dia memberitahu hal itu.

"..But even so,dia asyik tanya pasal kau.Worrying about how you didn't eat yet.."
Safaira perlahan-lahan meraup wajahnya.
Dia cuma terlalu serabut.Bukan niatnya mahu menolak Syazrif sehingga terjatuh tangga..

"Sharika teman dia dekat hospital.Mungkin esok diorang berdua balik lah..Who knows..?But you better apologize."
Tisya perlahan-lahan meletakkan tubuh Safaira ke bawah.
Safaira membiarkan air matanya jatuh.Matanya masih memandang ke arah lantai.

"You know..aku rasa Syazrif tak bercakap banyak dengan kau,sebab kau asyik jauhkan diri daripada dia.He's not yours,Safaira.."Fara tiba-tiba bersuara dalam nada lembut.Kepala Safaira diusap perlahan.

"It's his birthday today you know..?"
Safaira memandang ke arah Safiy dengan riak wajah terkejut.

"..Dia buat kek perisa favourite kau."kata Safiy lagi dengan dahi yang berkerut sebelum mengalihkan pandangannya.
Tisya dan Fara saling berpandangan sebelum melangkah turun.

"..Wait..!"
Tisya dan yang lain berpaling ke arah Safaira yang kelihatan terdesak.

"..Aku..tak tahu hari ni hari jadi dia.."
"..It's okay.Aku pun tak tahu..Kitorang tahu lepas Shafiy datang tadi nak bagi hadiah..Tapi penerimanya tak ada."
Safaira mengetap bibirnya dengan kuat.
Tangannya menggempal penumbuk sebelum dia mencengkam hujung bajunya.

"I wanna meet Syazrif!"
"....I-"
"I don't care!Let me meet him!!"
Tisya dan Fara saling berpandangan sebelum saling mengangguk dengan senyuman pasrah.

"..Oh well..I think we should bring the cake too."Safiy bersuara sambil berpeluk tubuh.

"And the presents."sambung Tisya sebelum melangkah turun anak tangga tersebut dengan laju bersama dengan Safiy disebelahnya.
Fara berpaling ke arah Safaira lalu kepala perempuan itu diusap.

"Accident happens..Don't worry.."
"..kau rasa..Syazrif akan maafkan aku ke..?"
"Kau rasa?"
Safaira mengerutkan dahinya sebelum menyeka air matanya yang hampir jatuh.

"Of course he will.I hate that about him."
Fara tergelak kecil sebelum memimpin tangan Safaira sambil mereka melangkah turun.

"You two can talk about it later.."bisik Fara dalam nada tenang.

"...mn."jawab Safaira sepatah.
Dia tidak pernah marah sebegitu kepada Syazrif..
Tapi..entah kenapa dia berasa takut pula mahu meminta maaf..
Bukan takut.
Malu.
Dia malu dengan diri sendiri.
Kenapa dia berkelakuan seperti budak-budak apabila dia sedang marah?..Tapi Safiy pun..Pertama kali Safiy meninggikan suara ke arahnya.
Memang silap dia kali ini..

amnesia is overrated,i'm not doing that. ಠ⁠_⁠ಠ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience