Amy memandang ke arah sekelilingnya yang kelihatan kabur.
Welcome back.'
Amy memandang ke arah hologram yang terapung di depannya.
'You are in the middle of an adventure that you still didn't finish.Continue where you left off?'
-> -Yes
-No
'You choose to proceed with the adventure.'
'...'
'Apparently,your circumstances cannot allow you to enter your imagination world for the time being.Please move to a more comfortable location.'
Amy mengetuk hologram di hadapannya berkali-kali bagi melepaskan geram.
'Please stop that.'
Amy hanya membuat tidak endah.Tangannya mengetuk hologram itu berkali-kali dengan riak wajah kosong.
'Due to some error,your adventure will be continued in 3..2..1.'
Amy memandang ke arah sekelilingnya yang mula mempunyai warna.
Wajah Syamimi dan Arissa yang sedang bermain kad Uno di atas bunga yang sedang diduduki mereka itu membuatkan dia tersenyum.
'Warning!If you continue your adventure,there will be some error on your journey such as timeskip,inaudible dialouge and glitching places.'
'Are you sure you want to continue?'
-Yes
-No
Amy menekan butang 'Yes' sebelum mengesot ke arah Syamimi dan Arissa.
"Ah..!Kita dah nak sampai.."Syamimi bersuara dalam nada saspen bercampur teruja apabila bunga yang diduduki mereka mula terbang ke arah tingkap istana itu.
"Okey.Agak-agaknya mana satu tingkap bilik puteri?"
"Hm..Banyak juga tingkap ni.Amy.Awak rasa mana satu..?"soal Arissa lalu berpaling ke arah Amy yang sedang memandang ke arah tingkap bilik itu.
"..yang tu.."
"Awak pasti?"
"Itu bukan puteri yang kita tengah cari tu ke?"soal Amy lalu menuding jarinya ke arah perempuan yang berjalan di atas balkoni dengan elegan.
"Oh wow.Semudah itu?Okey,tunggu apa lagi?"
Bunga yang dinaiki mereka itu perlahan-lahan turun ke arah balkoni bilik Hasinah.
Hasinah mengangkat kepalanya.Bunga yang melayang ke arahnya itu membuatkan matanya terbuntang sebelum dia dengan pantas ke belakang.
Arissa dan Syamimi serentak melangkah turun daripada bunga itu.Amy juga membuat perkara yang sama sebelum berdiri di belakang Arissa.
"Who are you,three?Intruders?"
Arissa mula membuat riak wajah bangga sebelum memandang ke arah Syamimi.
"Biar aku selesaikan."
Syamimi hanya mengerlingkan matanya.
"So,princess,we come here,to search for,book lagenda- book legend,legend book..Eh- Betul tak?.."bisiknya di penghujung ayat ke arah Amy.
Amy hanya mengangguk dengan thumbs up.
"So,we want to ask you,to give that book,to us,because it's,very important.We very need it."
Suasana di antara mereka berempat mula menjadi sunyi aabila Arissa berhenti bercakap.
Arissa berpaling ke arah Amy dengan senyuman teruja.
"Okey,tak english saya?"
Amy mengangguk laju dengan senyuman lebar apabila Arissa mula tersenyum bangga sambil membetulkan cermin matanya.
"Jadi tuan hamba perlukan buku tu untuk apa?"
"Eh-"
Arissa memandang ke arah Hasinah dengan keningnya yang terangkat.
"Dia boleh bercakap bahasa.."Syamimi berpaling ke arah Arissa dengan riak wajah terpinga-pinga.
"Uhm.Buku tu kitorang perlukan untuk pustakawan ni.."
"Hm.Buku itu tiada dengan beta."
"Eh?!"Arissa dan Syamimi serentak bersuara.Dahi Amy pula sudah berkerut.
Eh?Padahal dia sudah programkan untuk buku itu berada di tangan Hasinah.
Ah..Ini ke yang dimaksudkan sebagai 'error' tadi?Jadi kalau buku tu tak ada dengan Hasinah..Buku tu ada dengan siapa?
"Jadi buku tu dekat mana?"
"Di dunia Icy Crystal."
"Lah..Jadi sia-sia je kita datang sini..?"Syamimi bersuara dalam nada pasrah sambil membuat gaya seperti mahu terjun dari balkoni itu tetapi ditahan oleh Amy.
"Tuan hamba memang memerlukan buku itu?"
Arissa dan Syamimi serentak mengangguk.
Hasinah mengerutkan dahinya buat seketika.
"Hm..Beta ada peta untuk pergi ke dunia Icy Crystal."
"Ya,ke?Nak!"
"Beta boleh berikan..Dengan 1 syarat."
"Apa syaratnya?"soal Arissa laju.
Hasinah berpeluk tubuh buat seketika sebelum tersenyum senget.
"Tuan hamba pasti tahu tentang majlis tari menari yang akan diadakan malam ini-"
"Tahu,tahu..!"potong Arissa dengan riak wajah teruja.
Hasinah mengangguk perlahan.
"Jadi..Beta mahu kamu pilih baju yang sesuai untuk majlis itu nanti."
"Oh?Pilih baju je?Orait..!Kacang je ni..!"
"Mana bajunya?.."soal Syamimi yang sudah mula bertukar serius.
Hasinah mula melangkah masuk ke dalam biliknya lalu memberi signal agar yang lain mengikutnya.
Arissa,Syamimi dan Amy mengikut dari belakang.Bilik Hasinah yang kelihatan besar dan penuh dengan bunga itu membuatkan mereka terlopong buat seketika.
"You can search for my dress here.Tapi..sebab peta Icy Crystal itu barang berharga beta,beta hanya akan berikan satu peluang saja bagi tuan hamba untuk memilih baju yang sesuai untuk beta."
"Huh?Maksudnya..kami berdua cuma ada satu peluang je?"
"Ya.Beta mahu bersiram.I wish the two of you goodluck."
Apabila Hasinah hilang dari pandangan,Amy,Syamimi dan Arissa saling berpandangan sebelum membuka pintu bilik persalinan di hadapan mereka.
Baju yang memenuhi ruang bilik itu membuatkan Syamimi dan Arissa terlopong.
"Gila.Semuanya cantik-cantik..Macam mana kita nak cari yang sesuai?!"
"Masak lah kita.."
Amy melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di hadapan cermin.Baju di sebelahnya dipegang dengan riak wajah kosong.
'Ding!'
Amy tersentak lalu berpaling ke arah hologramnya.
'An error has occured.Time will be moving forward in 3..2..1.'
Serentak dengan itu,jarum jam tangannya mula berpusing dengan laju.
Amy memandang ke arah sekelilingnya yang mula menjadi putih sehingga jarum jamnya berhenti berpusing.
"Okey.Aku pilih yang ini."kata Syamimi yang sudah kelihatan cemas itu.
Arissa juga memegang baju baju yang kelihatan menarik perhatian daripada baju yang lain.
Amy hanya mendiamkan diri.
"Okey!Kitorang dah cari baju yang sesuai..!Tapi..tak tahu lah tuanku suka ke tak.."Arissa bersuara dengan bibir yang memuncung lalu berjalan ke arah Hasinah.
Syamimi juga perlahan-lahan berjalan ke arah Hasinah dengan baju di tangannya.
Amy memandang ke arah baju di sekelilingnya.
Baju..untuk Hasinah.
Amy perlahan-lahan berjalan ke arah baju yang berwarna putih yang mempunyau corak bunga yang berwarna merah.
Jika dibandingkan dengan semua gaun yang berada di situ,gaun ini yang kelihatan paling biasa.
Amy memandang ke arah lantai yang dipenuhi dengan tali reben.
Reben yang berwarna merah di ambil lalu diikat di bahagian pinggang baju itu yang masih dipakai oleh patung mannequin.
Matanya kelihatan serius buat seketika.
Kain yang kelihatan jarang di sebelahnya itu ditarik dari gaun lain lalu dipakaikan pada gaun di depannya.
Reben yang diikatnya tadi ditanggalkan buat seketika lalu kain yang kelihatan kembang itu dipakaikan pada gaun itu.
Warna gaun dari dalam menembusi kain yang disarungkannya.
Amy memakaikan semula reben itu di bahagian pinggang gaun itu bagi menutup bahagian pinggang kain itu.
"..hm.Nampak macam kain ni sebahagian daripada gaun tu."
"Kan?.."bisik Amy sebelum berpaling ke arah Hasinah yang berada di tepinya.
Tubuhnya tersentak lalu jeritan kecil terkeluar dari mulutnya.
"Hm.Saya suruh dua orang tu cari gaun untuk saya,tapi gaun yang diorang pilih tu terlalu..extreme."
Amy menyengetkan kepalanya ke arah Arissa dan Syamimi yang sudah kelihatan murung di luar bilik.
Amy mengerdipkan matanya buat seketika.
Kenapa..dia tak bercakap guna bahasa istana..
Ah?..Error?
"Saya sengaja tak suruh awak pilih sebab awak nampak macam tak berminat.But hey..Look..This is actually quite beautiful."
Amy memandang ke arah Hasinah yang berjalan ke arah baju yang diubah suainya tadi.
Ubah suai ke?..Dia cuma tambah sikit-sikit..
"But I think it looks quite empty.."bisik Hasinah yang sudah mula menyarung baju gaun itu.
Amy sudah terkebil-kebil.
Eh?Sejak bila dia sarung gaun tu?Aku tak perasan pun?
"Uh.."Amy membuka almari di tepinya yang dipenuhi dengan tudung pelbagai warna.
Tudung shawl yang berwarna putih diambil.
"Pakai yang ini."
Kening Hasinah terangkat sebelum dia mengambil tudung itu.
Amy melangkah ke arah meja kecil di bahagian kanan bilik itu.Kerongsang kecil bunga rose yang berwarna merah diambil lalu dia berpaling ke arah Hasinah yang sudah menyarung shawlnya.
"Guna yang ini."
Hasinah mengambil kerongsang itu lalu menyucuknya ke dalam kain shawlnya di bahagian tepi kepalanya.
Amy mula mencari kerongsang yang lain.
Kerongsang bersaiz besar beberntuk bunga tulup itu diambil lalu diletakkan pada tudung Hasinah di bahagian bahu.
Amy menyengetkan kepalanya dengan riak wajah kosong.
Senyuman kecil terukir di bibirnya.
"Siap."
Hasinah memandang ke arah cermin besar di tepinya.
Dirinya yang kelihatan cantik itu membuatkan dia berpusing-pusing buat seketika untuk melihat dirinya.
Senyuman puas hati terukir di bibirnya.
"Mhm.You're right.I like it."
Amy mengangguk perlahan sebelum melangkah keluar daripada bilik itu lalu berjalan ke arah Syamimi dan Arissa.
Arissa dan Syamimi serentak mengangkat kepala mereka lalu memandang ke arah Hasinah yang menutup pintu bilik salinan itu.
"Woahh..!Cantiknya!"Arissa bersuara dengan matanya yang bersinar.
Hasinah tersenyum senget sebelum berpeluk tubuh.
"Oh well.Since your friend DID help me search for a dress,I will give you the map."
"Dia kata dia nak bagi peta tu dekat kita?"soal Syamimi ke arah Amy bagi meminta kepastian.
Amy mengangguk perlahan.
"But,after the masquarade ball ends."
"Oh."
Syamimi dan Arissa serentak memandang antara satu sama lain.
Dia akan bagi lepas majlis tu tamat?..
"And..you three are invited to the ball."
Arissa,Syamimi dan Amy mengambil kad jemputan yang diberikan oleh mereka.
"Goodluck searching for your own dress.I have my own matters to attend to.See you at 9 p.m."
Hasinah melangkah keluar daripada bilik itu.Meninggalkan ketiga-tiga kawan itu yang hanya memandang antara satu sama lain dengan mata terbuntang.
"Alamak.Mana kita nak cari gaun?"soal Syamimi dengan riak wajah teruja bercampur risau.
"Kita curi."kata Arissa sambil bersandar pada pintu bilik salinan milik Hasinah.
"Oi!Banyak lah kau..!"
Kedua-duanya serentak berpaling ke arah Amy.
Amy tersenyum senget sebelum tergelak kecil.
Tangannya mula menyala.
"Okey..Korang nak baju yang macam mana?"soal Amy lalu Arissa dan Syamimi mula melukis gaya gaun mereka di atas kertas yang entah dari mana muncul.
Amy memandang tangannya buat seketika.
'Ding!'
Dahi Amy berkerut.
'An error has occured.Time will be moving forward in 3..2..1.'
Amy terkedu buat seketika sebelum mengangkat wajahnya.
Sebaik sahaja dia mengangkat wajahnya,Arissa dan Syamimi sudah memakai pakaian yang berlainan.
"Cepat lah bersiap,Amy!Kitorang tunggu awak dekat bawah tau?"
"Dekat..bawah?"soal Amy yang sudah terpinga-pinga itu.
Arissa dan Syamimi yang sudah mahu melangkah keluar daripada pintu bilik itu berpaling ke arah Amy.
"Iya,lah.Hasinah kata majlisnya dekat tingkat paling bawah kan?"
Amy mengerdipkan matanya buat seketika sambil memandang kawan-kawannya berlalu pergi.
Amy memandang pakaiannya yang masih sama.
"Oh.Wow.Kenapa aku rasa macam Cinderella pula ni?"bisik Amy perlahan sebelum menukar bajunya menggunakan kuasanya.Jarinya dipetik sambil dia berdiri di depan cermin.
Baju gaun yang kelihatan cantik padanya itu membuatkan dahinya berkerut buat seketika sebelum dia memetik jarinya semula.
Beberapa minit berlalu,Amy melepaskan keluhan berat apabila segala gaun yang dicubanya kelihatan tidak sesuai dengannya.Cantik.Tapi tidak sesuai.
Amy memandang dirinya di depan cermin.
Mungkin kalau wajahnya lebih cantik..mesti pakai apa pun nampak sesuai.
Amy memetik jarinya lalu seluar palazo yang berwarna kelabu automatik muncul.
Amy memetik jarinya lagi dan baju gaunnya tadi bertukar menjadi t-shirt lengan panjang berwarna hitam yang labuh sehingga ke paras lutut.Di hujung baju itu terdapat corak kucing.
Amy menukar jaketnya menjadi kardigan labuh lalu tudungnya yang selalunya berwarna hitam,ditukarkan menjadi warna kelabu cerah.
"Hm..Dah kot..?"
Amy berpaling ke arah pintu bilik itu yang sudah tertutup rapat,kemudian ke arah cermin di hadapannya semula.
Rasanya tadi..Arissa dengan Syamimi ada pakai 'crown' dekat atas kepala diorang kan?..
Amy mengangkat tangannya lalu mahkota yang berwarna putih muncul di tangannya.
Perlahan-lahan dia menyarungnya di atas kepala.
Matanya dikerdipkan buat seketika.
"Huh...cantik.."bisiknya perlahan.
Menyedari percakapannya,Amy menggeleng kepalanya lalu mahkota itu ditanggalkan dari kepalanya sebelum dihilangkan semula.
"I should just go."bisik Amy lalu melangkah keluar dari bilik itu.
Amy berjalan ke arah tangga yang menuju ke tingkat bawah perlahan-lahan.
Matanya melilau mencari kelibat Syamimi dan Arissa.
Bunyi muzik yang kedengaran itu membuatkan dia memandang ke arah tingkat bawah dari tangga.
"Oh..kena pakai topeng ke?.."bisiknya perlahan apabila semua orang kelihatan seperti sedang memakai topeng di bahagian mata mereka.
Memang lah..nama pun masquarade ball.
Amy menggeleng kepalanya sebelum memakai topeng pada wajahnya yang berwarna kelabu dan dihiasi dengan manik putih.
"Amy..!Lambatnya awak..!Awak hampir terlepas majlis Hasinah!"
Amy membiarkan tangannya ditarik oleh Arissa.
Kepalanya didongakkan ke atas lalu kelibat Hasinah yang sudah dipakaikan mahkota oleh seseorang itu membuatkan dia terpegun buat seketika.
Bunyi tepukan gemuruh yang kedengaran itu membuatkan Amy tersentak.
'Now,now.Please enjoy the ball and thank you for coming!Music,please..!'
Amy menggeleng kepalanya dengan dahi yang berkerut apabila dia terlalu khusyuk memandang Hasinah.
Bunyi muzik yang kedengaran itu membuatkan semua orang di sekelilingnya mula menari.
"Mimi,jom!Menari!"
"Saya..tengok je lah.."kata Amy perlahan apabila Arissa berpaling ke arahnya.
"Eh?Kenapa?.."
"Saya nak makan."kata Amy selamba.Apabila Arissa berkata 'Ok!',baru dia berlalu pergi.
Dahinya berkerut apabila dia menyedari sesuatu.
Pilihan kata-katanya sudah hilang.
Dia sekarang sudah bersuara sendiri.
Amy menekup mulutnya buat seketika.
'Woahh..Diorang nampak secocok~'
'Kan?~'
'No one told us Prince Airiz was coming..!'
Langkah Amy terhenti.Kepalanya perlahan-lahan berpaling ke belakang.
Hasinah dan seorang lelaki yang sedang menari dengan elegan itu membuatkan dahinya berkerut sesaat.Bibirnya diketap.
"Oh.Dia pun ada dekat dalam dunia ni rupanya.Airiz."
Amy mengalihkan pandangannya lalu melangkah keluar daripada istana itu dengan riak wajah kosong.
"Kau rasa sebab dia ke Hasinah tinggalkan kau?.."soal Amy sambil memandang ke arah langit.
Dirinya tidak menjawab.
Amy tergelak kecil dalam nada sinis.
"Sedihnya."bisik Amy lagi.Kakinya melangkah ke arah taman bunga yang berada jauh dari tempat majlis tari menari itu diadakan.Bunyi lagu masih boleh didengari,tetapi tidak kuat seperti tadi.
Amy memandang kakinya yang memakai stoking berwarna hitam itu.
Tangannya perlahan-lahan diangkat lalu muzik yang berbeza dengan muzik yang didengari di dalam istana tadi mula kedengaran di sekelilingnya.
Tubuhnya mula bergerak mengikut rentak lagu itu,walaupun pergerakannya kelihatan sedikit kekok.
Tiba di bahagian chorus muzik itu,Amy memusingkan tubuhnya.Tangannya yang dipegang dari belakang itu membuatkan dia tersentak.
"So you CAN dance.."kata seseorang di belakangnya.
"You again--"
"Shh."
Amy membiarkan pinggangnya dipegang lalu kedua-duanya mula menari perlahan.
Amy memandang ke arah kelibat hitam di hadapannya itu.Senyuman lebar kelihatan jelas terukir pada bibirnya.
"Kau buat apa kat sini?"
"Enjoying the moment."bisik kelibat itu perlahan sambil memusingkan tubuh Amy.
"And besides,seeing someone dancing alone beneath the moonlight really make you feel something."
Amy terjerit kecil apabila tubuhnya dijatuhkan oleh kelibat itu kemudian disambut semula.
"You look pretty."
Kening Amy terangkat apabila tubuhnya ditarik ke arah kelibat itu semula.
Matanya dikerdipkan dengan laju lalu tubuh perempuan yang berada di depannya itu ditolak dengan kasar.
Ya..dia perempuan.
Tapi kenapa cara dia menari tadi macam dia tu lelaki?..
What the f*ck..?
"Although..There's something missing."kata kelibat itu lagi.
Amy berpeluk tubuh sebelum mengalihkan wajahnya.
Muzik yang muncul sewaktu dia menari tadi masih tidak hilang.Error lagi mungkin?
Dahi Amy berkerut apabila berasa seperti ada sesuatu yang diletakkan di atas kepalanya.
"What are you--"
Cermin yang disua ke arahnya itu membuatkan kata-katanya terhenti buat seketika.
Mahkota bunga yang terletak elok di atas kepalanya membuatkan matanya terbuntang.
"You look pretty.It's okay to admit that.You ARE pretty."
Amy memandang ke arah kelibat itu buat seketika sebelum menundukkan wajahnya.
"..whatever."
Kelibat itu tertawa kecil sebelum hilang dari pandangan.
Amy melepaskan keluhan berat sebelum menggosok kedua-dua lengannya perlahan.
"That was awkward."bisiknya perlahan.
Pipinya yang berasa panas ditepuk berkali-kali sebelum dia melangkah masuk ke dalam istana semula.
'Ding!'
Amy automatik berhentu apabila kawasan di sekelilingnya mula berubah menjadi warna putih.
'An error has occured.Time will be moving forward in 3..2..1.'
"Lagi sekali?.."
Amy mengerdipkan matanya berkali-kali apabila kawasan di sekelilingnya berubah menjadi tempat lain.
Amy memandang ke arah bunga yang didudukinya,kemudian ke arah Hasinah yang menyerahkan mereka sebuah peta.
"Datang lah melawat lagi.I will welcome you two with open arms."
"Okeyh!"kata Arissa dalam nada ceria sambil bunga yang diduduki mereka mula terapung pergi.
"Alright.So,next.Kita kena pergi Icy Crystal..Amy?"
Arissa dan Syamimi berpaling ke arah Amy yang sudah terkebil-kebil itu.
Rasa macam timeskip ini terlalu cepat.Dia pun tidak tahu apa yang sudah terjadi.Dia masih belum tanya sesiapa pasal Dunia Icy Crystal untuk mendapatkan maklumat penting..!
Amy mengerutkan dahinya sebelum memejamkan matanya dengan bibirnya yang diketap.
Jarinya dipetik lalu Syamimi dan Arissa yang memandang ke arahnya tadi,mula memandang ke depan.
Masing-masing membelakanginya.
Amy menjatuhkan tubuhnya daripada bunga yang sedang terbang itu lalu tubuhnya serta merta terhempas di atas lantai.
Oh ya.
Kali ini pun sama..dia tiada pilihan bagaimana mahu membunuh diri.
..........
Amy terjaga buat seketika.
Cahaya yang kelihatan di katil Qaireena membuatkan dia memeluk erat plushie ikan pausnya.
Qaireena tak boleh tidur nampaknya..
Matanya dipejamkan semula.
Ah..susah betul nak berimaginasi.
Dia mahu cepat pulang...
..dan berjumpa dengan Airiqa..dan Aira.
Amy menarik nafas kemudian menghembusnya perlahan.
Buat masa sekarang,mungkin lebih baik jika dia tidak berimaginasi,sehingga dia pulang ke rumah.
Timeskipnya terlalu teruk..Dia harus memikirkan cara lain untuk berimaginasi dengan selesa nanti..
Share this novel