Amy menghembuskan nafas lega apabila hari yang ditunggunya telah tiba.
Hari terakhir perkampungan ilmu.
Dia sudah boleh pulang.
Akhirnya.
Taklimat yang sedang diberikan oleh pengetua masuk di telinga kanan kemudian keluar di telinga kiri.
Amy memandang jam tangan milik kawannya berkali-kali.
Tepat pukul 1:35,semua yang berkumpul di dalam dewan makan asrama dibenarkan pulang.
Amy melangkah keluar daripada dewan itu lalu menyarung kasutnya ala kadar.
Kakinya laju melangkah ke arah tempat menunggu yang berada di luar asrama itu.
Sudah dua hari dia tidak dapat tidur dengan tenang.
Dengan bilik air yang tiada air.Belajar 12 jam.
Dia berasa seperti mahu mati.
Dia penat.
Punggungnya dilabuhkan di atas bangku dengan riak wajah kosong.Matanya menangkap kelibat Qaireena yang merampas beg baju dari tangan Khairul dengan senyuman senget.
Matanya beralih ke tepi.
Kelibat Syazwan dan Qhaira yang sedang bersembang dengan senyuman kecil di bibir mereka membuatkan Amy menundukkan wajahnya.
Hujan yang mula turun renyai-renyai itu membuatkan dia berdecit perlahan.
Balik lambat lah dia nampaknya.
Amy memegang beg bajunya yang bersaiz besar itu.
Badannya yang berasa terlalu letih itu membuatkan dahinya berkerut buat seketika.
"Amy..!"
Amy tersentak lalu mengangkat wajahnya.
Kelibat Airiqa dan Aira yang berjalan ke arahnya itu membuatkan dia terpinga-pinga.
"..awak..buat apa dekat-"
"Mak saya suruh saya ambil awak..!"potong Airiqa dengan senyuman lebar lalu memayungkan tubuh Amy.
Aira menyengetkan kepalanya dengan dahi berkerut.
"Kenapa...duduk..bawah hujan?"
"..ah...malas nak gerak."
Aira mengangguk perlahan.
Airiqa menarik beg baju Amy dengan senyuman lalu menyerahkan payung di tangannya kepada perempuan itu.
"Macam mana mak saya boleh ada nombor awak?"
"Oh?Kitorang tukar nombor lepas saya hantar awak balik waktu awak datang rumah saya buat pertama kali tu.Saya yang mintak nombor dia."
Amy sudah terpinga-pinga.
Sejak bila pula--
Kenapa ibunya tidak berkata apa-apa tentang hal ini?
Amy mengangkat keningnya buat seketika sebelum menggeleng kepalanya perlahan.
"Come on.Jom balik.Mesti awak penat kan?"
Amy mengangguk perlahan sebelum mengikut Airiqa dari belakang.Tangannya diangkat bagi memayungkan perempuan itu dan Aira yang berjalan di tepi Airiqa.
"Oh.Qhaira?"kata Airiqa apabila terserempak dengan Qhaira.
Kaki Qhaira terhenti buat seketika lalu dia berpaling ke arah Airiqa,kemudian ke arah Amy.
Keningnya terangkat buat seketika sebelum dia tersenyum senget.
"Hm~"hanya itu yang dibalas Qhaira sebelum dia berlalu pergi bersama Syazwan yang berjalan di tepinya dengan riak wajah terpinga-pinga.
"Oh.You guys are friends?"
"Yeah.Bukan saya ada bagitahu ke?"
"Eh..ada ke?"
Amy hanya mengerdipkan matanya berkali-kali dengan riak wajah kosong.
Mungkin dia terlupa..?
Setiba sahaja di kereta Airiqa,Amy dapat merasakan pandangan mata orang yang memandang tepat ke arahnya.
Tak.Mungkin yang dipandang ialah Airiqa.
Airiqa memasukkan beg baju Amy ke dalam bonet kereta.
"Hm~ Let's go."
Airiqa membuka pintu kereta untuk Amy.
Amy memandang kereta Tesla yang berada di depannya itu dengan riak wajah kekok.
Dengan riak wajah serba salah,Amy perlahan-lahan masuk ke dalam perut kereta itu.Kakinya diangkat.Risau jika dia mengotorkan kereta itu.
"Alrighty~ Sebelum tu,saya kena pergi rumah kawan saya kejap.Boleh?"
Amy mengangguk laju.
'Pergi lah mana-mana pun,ini bukan kereta aku.'
Mahu saja Amy berkata begitu,tetapi ditahan.
Hujan yang mengalir perlahan pada permukaan tingkap dipandang lama.
Tubuhnya disandarkan pada 'seat' kereta.
"Oh,by the way..How was your day these past few days?"
Amy tidak memandang ke arah Airiqa.Soalan itu berlegar di dalam kepalanya buat seketika.
"...it was fine.."
"I see..Tapi awak nampak macam tak ada mood?"
"Ah..Saya cuma penat sikit."
Amy mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap semula.
Air matanya yang tiba-tiba mengalir tanpa sebab membuatkan dahinya berkerut sesaat.
Airiqa memandang ke arah Amy dari ekor matanya sebelum dia mengangguk perlahan.
"Alright then."
Airiqa menjeling ke arah cermin tingkap keretanya.
Aira juga membuat perkara yang sama di seat kereta belakang.
Jarinya dituding ke arah Amy lalu dia membuat gaya menangis.
Airiqa memejamkan matanya buat beberapa saat tanda faham.
Apabila kereta yang dinaikinya itu mula bergerak,Amy dengan pantas menyeka air matanya dan berkelakuan seperti tiada apa berlaku.
2:00 p.m..
Airiqa melangkah turun dari keretanya lalu pintu keretanya ditutup semula.
Pandangan Amy mula tajam memerhatikan setiap pelosok halaman rumah itu.Kelibat seseorang yang pernah dilihatnya serta merta kelihatan.Matanya terbuntang
"Aira.Buka tingkap kereta."
Aira serta merta menurut lalu menekan butang tingkap.
Tingkap pada tempat duduk Amy perlahan-lahan meluncur turun.
Syazrif yang sedang memegang payung itu menyepak kaki Sharika perlahan apabila perempuan itu melompat di atas lopak air.
Habis seluarnya basah.
"Cepat lah..!Awak suruh saya teman awak keluar,lepastu awak main-main macam ni."
Sharika menyepak lopak air itu ke arah Syazrif dengan riak wajah kosong.
"Sharika!!"
Sharika tersengih sebelum melarikan diri daripada Syazrif.
Kakinya terhenti apabila terpandang Airiqa yang berjalan ke arahnya.
"Oh.There you are."
"Buat apa kat luar?"
"Cari inspiration."
"Did you find it?"soal Airiqa lalu menyerahkan beg kecil kepada Sharika.
Sharika tersenyum senget sebelum berjongket bahu.
"Probably?"
Airiqa menjeling ke arah Syazrif yang memayungkan Sharika sebelum tersenyum senget.
Bahu Sharika ditepuk perlahan.
"Then..I will take my leave."
Belum sempat Airiqa berlalu pergi,Sharika menyepak lopak air di depannya ke arah Airiqa.
Langkah Airiqa automatik terhenti.
Dahinya berkerut sebelum dia perlahan-lahan berpaling ke arah Sharika di belakangnya.
Kelibat Sharika yang sudah berlari masuk ke dalam rumahnya semula sambil menarik lengan Syazrif membuatkan dia terpinga-pinga sebelum tergelak kecil.
Kepalanya digeleng perlahan sebelum dia melangkah ke arah keretanya semula.
Tingkap keretanya yang terbuka itu membuatkan Airiqa berjongket kening.
"Amy?What are you doing?"
"...just checking on you."
"Oh..Tutup lah cepat.Nanti demam-"
"Saya tak kisah.I like rain."
Airiqa melangkah masuk ke dalam perut kereta sebelum menutup pintu keretanya.
Keningnya terangkat buat seketika.Seperti memikirkan sesuatu.
"Alright then.Wanna go somewhere nice?"
"...somewhere nice?"
Amy memandang ke arah sekelilingnya dengan riak wajah terpinga-pinga.
"Oh.Sebelum tu,bagi saya ambil gambar awak kejap."
"Huh-"
CLICK..!
Amy sudah terkebil-kebil apabila Airiqa mula menaip sesuatu pada handphonenya.
"Apa awak buat..?"
"Reporting to your mom that you're safe with me."
Kening Amy terangkat sebelum dia menggosok lengannya yang berasa sejuk.
"So..Awak kata nak pergi somewhere special..Tapi ini bukan halaman rumah awak je ke?"
"Yeah.You don't mind the rain right?"
Amy perlahan-lahan menggeleng.
"Come play with me then."
Mata Amy terbuntang apabila dia ditarik ke bawah hujan.
Tangan Airiqa yang melilit di sekeliling pinggangnya membuatkan dia mula menjadi tegang.
Tidak lama kemudian,Airiqa mula menarik tubuhnya ke kiri dan ke kanan seperti sedang menari.
Mulutnya bersenandung lagu yang kedengaran tenang di telinganya.
"..Airiqa..Saya tak reti..menari.."
"It's okay.Saya pun tak reti."
"....tipu."bisik Amy apabila tubuhnya diputarkan oleh Airiqa.Tangannya yang ditarik itu dibiarkan.
"..elok je awak menari.."bisik Amy dengan bibirnya yang diketap.
"Oh,you flattered me."kata Airiqa dengan senyuman lebar.
"Stop it.I really can't dance."bisik Amy perlahan dengan riak wajah kosong.
Apabila tarian itu berhenti,Amy melepaskan keluhan berat.Belum sempat dia berlalu pergi,tubuhnya yang dicepung itu membuatkan dia terjerit kecil.
"Airiqa..!What the f-"
Tubuhnya yang dilantun itu membuatkan dia menjerit buat kali kedua.Tangannya memegang erat baju Airiqa apabila dia terjatuh di dalam dakapan perempuan itu semula.
Cerlungan tajam diberikan tanda protes.
"Relax..You're fine.."
Suara Airiqa yang kedengaran lembut di telinganya membuatkan Amy terdiam.
Aira melabuhkan punggungnya di atas bonet kereta.
Senyuman lebar terukir di bibirnya melihat gelagat Airiqa yang kelihatan asing baginya.
Wanita itu kelihatan lebih..ceria?
Amy membiarkan wajahnya dibasahi air hujan.Tangannya memegang erat bahu Airiqa.
Bibirnya diketap.
"...kenapa..?"
Pergerakan Airiqa terhenti buat seketika.
Matanya memandang ke arah Amy sekilas sebelum dia memandang ke arah langit.
"You cried."
Amy menundukkan wajahnya.
"..I did not."
"Sure."jawab Airiqa pendek.
Genggaman pada lengan Amy dipereratkan tanpa disedari.
"Why do you care?.."
"Why should I not..?"
Amy memandang ke arah wajah Airiqa sekilas sebelum kepalanya disandarkan pada bahu perempuan itu.
Penat yang ditahannya selama 3 hari mula terasa.
"..Whatever."bisik Amy sebelum matanya dipejam rapat.
Kening Airiqa terangkat buat seketika apabila tubuh perempuan itu sudah tidak berasa tegang seperti sebelum ini.Matanya dikerdipkan buat seketika sebelum dia berpaling ke arah Aira.
Aira yang masih berada di atas bonet kereta itu hanya berpeluk tubuh sambil menjongketkan bahunya.
Airiqa memandang ke arah Amy sekilas lalu punggungnya dilabuhkan di atas bangku yang sudah dibasahi dengan hujan.
Ah..Harap-harap dia tak demam esok..
5:00 P.M..
Amy membiarkan rambutnya dikeringkan.Wajahnya kelihatan kosong.
Senyuman pada bibir Aira terukir selepas dia selesai mengeringkan rambut Amy.
Kepala perempuan itu digosok perlahan.
Pintu biliknya yang dibuka membuatkan Aira berpaling ke arah Airiqa yang melangkah masuk ke dalam biliknya dengan sepasang pakaian di tangan.
"Try this one.Saya rasa yang ini muat kot dengan awak?"
Amy mengambil pakaian di tangan Airiqa sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.
5 minit kemudian,Amy melangkah keluar dari bilik air itu.
Bathrobe di tangannya diserahkan pada Aira semula.
Leher baju yang terlondeh pada bahunya itu dibetulkan dengan riak wajah kekok.
"Macam mana mak saya boleh bagi saya duduk dekat sini?.."
"Oh,uhh...I have my own ways."kata Airiqa dengan thumbs up yang diberikan pada Amy.
"Baju tu okey ke?"soal Airiqa lagi dengan senyuman serba salah apabila Amy membetulkan bajunya buat kali kedua.
"Mn.Besar sikit.But it's fine I guess."kata Amy dengan riak wajah kosong sebelum mendiamkan diri.
"Alright then.Awak boleh duduk dalam bilik saya-"kata-kata Airiqa terhenti seketika apabila terpandang kesan torehan pada lengan Amy.Lengan Amy digenggam erat lalu ditarik.
Tubuh Amy yang tersentak itu tidak dihiraukan.
Wajah perempuan di hadapannya itu dicerlung tajam dengan dahi yang berkerut.
"..w-what..?
"Bila awak buat ni..?"
Amy tidak menjawab.
Pandangannya dialihkan ke tepi tetapi matanya bertaut dengan mata Aira yang memandangnya dengan pandangan risau.
"Amy.Jawab."
"Tengah hari tadi.."bisik Amy perlahan.
Dahi Airiqa semakin berkerut.
Tengah hari tadi..Tapi luka dia tak nampak dalam..
"Awak guna apa?.."
".....jangka lukis."
Amy menarik lengannya dengan kasar lalu bahagian lukanya ditekup menggunakan tangan kanannya.
"Awak buat dua-dua belah..?"
Amy mengetap bibirnya.
Melihat riak wajah Amy yang kelihatan seperti ingin menangis,Airiqa melepaskan keluhan kecil.
"Come on.Let's go to my room."
Amy membiarkan sahaja lengannya ditarik perlahan oleh Airiqa.Sebelah lagi lengannya dipegang oleh Aira.
...
Airiqa menongkat pipinya dengan dahi yang berkerut.
'I've got a hunch she was suicidal..Tapi tak sangka pula dia dah self-harm..Aku ingat aku tersalah tengok..'
Keluhan berat dilepaskan dengan riak wajah risau.
'Kenapa aku risau sangat dekat dia?..'bisiknya jauh di lubuk hati sebelum berpaling ke arah komputernya semula.
'Is bro okay?Bro is unusally quite today.'-user1234
'Yeah.U don't have to do the stream if u don't feel like it.'-pookiewookie
'(user :pookiewookie) Yeah we understand..u look kinda down today no cap.'-nyanyancat
"Oh.."
Airiqa mengetap bibirnya buat seketika sebelum berpaling ke arah Amy yang tertidur nyenyak di atas katilnya.
"..how do you make..a suicidal person,happy?"soalnya dalam nada perlahan.
'aiyo?idk wat i was expecting but it surely is not that?!'-cookieberry
'goddamn i don't even have friends to begin with..i'm a lonely fk.Is everything alright there?'-moonlight
Airiqa memandang lukisan digitalnya yang masih tidak bergerak.
Bunyi loceng menandakan ada dermaan masuk membuatkan dia memperlahankan volume suara komputer.Tidak mahu mengejutkan Amy.
"Comfort them i guess?But it depends on the person too.But I think spending time together with them and give them a lot of cuddles would help?.."
Airiqa terdiam seketika selepas suara komputer itu terhenti.
Matanya memandang kelibat Amy buat kali kedua.
"...I can't read her."jawab Airiqa perlahan.
"It's so frustrating.Why do I care about her so much?.."
Airiqa menongkat pipinya dengan riak wajah kosong.
Kelibat Amy dipandang lama.
Jam yang menunjukkan pukul 9 malam membuatkan dia bersandar pada kerusinya.
'Kalau boleh,jangan bagi dia balik rumah lagi buat sementara waktu..'
Kata-kata daripada ibu Amy itu membuatkan dia melepaskan keluhan berat.
Gelas yang berisi air di meja yang berada di tepi katilnya dipandang sekilas.
Perasaan bersalahnya masih ada.
Masih dia mengingati wajah Amy yang kelihatan terpinga-pinga apabila Airiqa tiba-tiba menyerahkannya air.
'Ah..kalau dia tahu aku letak ubat tidur dalam tu..agaknya apa reaksi dia?..'
Airiqa mengurut ruang di antara keningnya perlahan sebelum menegakkan badannya semula.
"Yeah.I can't draw.I have no inspiration.I can't do this sh*t."
'Understandable.'-meowmeow
'Take a good rest then,dw about us we'll be here whenever u r live again'-giyooo
'Okayy have a gud rest'-rain
Airiqa memandang skrin komputernya.
Baru sahaja dia hendak menutup komputernya,bunyi tapak kaki di sebelahnya membuatkan dia berpaling.
Amy memandang ke arahnya dengan riak wajah kosong.
"A-Amy?Kenapa awak tiba-tiba bangun ni?"soal Airiqa dengan riak wajah panik sambil cuba menutup kameranya.Risau jika kelibat Amy kelihatan.
"..saya dengar suara awak tadi."
Airiqa tergelak dalam nada kekok.
Oh wow.Semudah itu dia bangun?Sepatutnya aku naikkan sikit dos ubat tidur dia tadi..
"Awak-"
"Awak buat apa?"
Airiqa memandang skrin komputernya yang memaparkan lukisan yang masih belum siap.
"I was trying to draw..tapi sekarang saya dah tak ada mood."
Airiqa menutup kameranya.
Walaupun 'live' nya masih tidak dihentikan.
"...So,sekarang awak nak buat apa?"soal Amy lagi dengan riak wajah kosong.
"Uhh..entah lah.."
Amy mencapai handphone Airiqa lalu disua ke arah muka wanita itu.
"Buka."kata Amy selamba.
Airiqa meletakkan ibu jarinya di belakang handphone itu lalu skrin handphonenya serta merta menyala.
Amy mula menaip sesuatu pada skrin telefon itu.
"Main game ni.Boleh?"
Airiqa memandang skrin handphonenya dengan riak wajah terpinga-pinga.
'OMORI'
"..huh?"
"Boleh?"
Airiqa memandang game yang ditunjuk oleh Amy sekilas sebelum berpaling pada skrin komputernya semula.
"Awak..nak tengok saya main ke?"
Amy mengangguk laju.
Kening Airiqa terangkat buat seketika sebelum dia mengangguk.
Kerusi di sebelahnya ditarik lalu diletakkan rapat dengan kerusinya.
"Sit here."
Amy menurut.
Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.
Matanya kelihatan layu.
Nampak sangat dia sedang cuba menahan mengantuk.
"..I guess we're playing game now..But I can't really open my camera guys..because of..reasons."
'Eiyo??Bro have a gf now?'-stars~
'Bro got that rizz,huh?'-cookiestar
'Eyyy les goooo gaming timeeee'-polar
'What game r u playing? :3'-oreoo
Setelah beberapa minit mencari game yang dikatakan oleh Amy dan memuat turun game tersebut,Airiqa tersenyum senget apabila game itu mula bermain pada komputernya.
"Oh.Jadi game dia jenis 'pixel'?.."
Airiqa memandang ke arah Amy yang kelihatan fokus pada game di skrin komputernya.
'OMG I OMOR??!!'-qqqqqq
'MY DREAM FINALLY COME TRUE??BRO FINALLY PLAY THIS GAME WTF??!?'-sophie:D
"Is this game popular?"soal Airiqa apabila membaca 'live chat' nya yang kelihatan terlalu teruja.
'Not really but sort of?It's worth ur time.Source,trust us.'-skylight
'(user: skylight) real.'-lickylicky
"..ookay?.."
10:00 P.M..
Airiqa menekan papan kekuncinya buat beberapa kali.
"Okay..I guess I learn all the mechanisms?It's a good game,I think?But what am I suppose to do here-"
Airiqa memandang ke arah Amy yang sudah tertidur nyenyak di atas kerusi.
Kepalanya terlentok ke tepi.
Airiqa menolak kerusinya ke belakang lalu tubuh Amy dicepung perlahan sebelum diletakkan di atas katil semula.Tubuh perempuan itu diselimutkan.
Tidak lama kemudian,dia kembali ke arah tempat duduknya semula.
Memikirkan cara untuk meneruskan game itu.
"..hm..i think i'm stuck here..What should I even do?"soal Airiqa dalam nada perlahan.Tidak mahu Amy terjaga seperti tadi.
Watak lelaki di dalam game itu yang berwarna hitam putih digerakkan ke kiri dan ke kanan.
Dialog watak kucing di dalam skrin komputer itu membuatkan keningnya berjongket sambil dia membuka kameranya semula.
'Oh.She's back!'-highonweed
'Yoo!Welcome back!!'-softpillow
'Interact with the cat..!There's a clue!'-fishy123
Kening Airiqa terangkat lalu watak lelaki itu mula bercakap dengan kucing berwarna hitam itu buat kali kedua.
'Meow?(Waiting for something to happen?)'
Airiqa mengerutkan dahinya.
'Meow?(Waiting for something to happen?)'
"It's just repeating the same voicelines over and over again everytime I interact with it though?"soal Airiqa dalam nada terpinga-pinga.
'Keep interacting with it..!'-fishy123
Airiqa memandang live chatnya sekilas lalu menekan butang pada keyboardnya lagi.
'Meow?(Not much to do around here,is there?)'
"Oh.The dialouge change."bisik Airiqa perlahan lalu menekan keyboardnya.
'Meow?(Or is there?)'
Kening Airiqa terangkat buat seketika.
Jarinya menekan keyboard buat kali ketiga.
'Meow?(Are you looking for a way out?)'
'Meow?(There always is one...but...)'
"But what?.."
Airiqa menekan butang keyboard itu dengan riak wajah geram.
'Meow?(Waiting for something to happen?)'
"Oh,for the love of..!"
Airiqa menekup mulutnya apabila Amy kelihatan seperti tersentak di atas katilnya.
Perlahan-lahan dia berpaling pada skrin komputernya semula.
Selepas beberapa minit mencari jalan keluar di dalam game itu,keluhan berat mula keluar dari mulutnya.
"Yeah..I should just continue this tomorrow..Where's the menu again..?"
Airiqa menekan butang keyboardnya dengan riak wajah malas.
"Ah.Wrong button."bisik Airiqa apabila skrinnya memaparkan biodata watak game itu.
Baru sahaja dia hendak menutupnya semula,ayat yang berwarna merah di skrin komputernya membuatkan tangannya terhenti buat seketika.
'STAB'
"...?Stab..?Is the word always red before?"soal Airiqa dengan dahi yang berkerut lalu menekan butang 'A' pada keyboardnya.
'STAB who?'
Soalan itu ditujukan ke arahnya.
Sebuah anak panah kecil ditunjukkan ke arah watak lelaki yang berwarna hitam putih itu.
"Stab who?What does this even mean?"bisik Airiqa lalu menekan keyboardnya dengan riak wajah kosong.
Skrin yang memaparkan biodata watak di dalam game itu serta merta menghilang.
"..Ah?"
Airiqa merapatkan tubuhnya ke arah skrin komputernya dengan riak wajah curiga apabila watak di dalam game itu mula bergerak sendiri.
Mengeluarkan pisau dari belakang badannya.
"..What is he doing-"
Airiqa tersentak apabila pisau yang dipegang watak lelaki itu ditusuk ke arah perut watak itu sendiri.
'EYYYY bro finally figure it outtt'-strawberrypie
'Finally.Took a whole hour'-shortcake
Airiqa mengerdipkan matanya dengan riak wajah terkejut.
'3 DAYS LEFT...'
Airiqa serta merta menutup game itu dengan riak wajah kosong apabila selesai menekan butang 'SAVE'.
Matanya mengerling ke arah Amy sekilas.
"....kenapa dia suruh aku main game ni?.."bisik Airiqa dengan riak wajah pucat.
Airiqa memicit kepalanya dengan dahinya yang berkerut.
'Oh boy..Is that too much for her?'-shadowcookie
'Omg..Please stop playing if you can't take it..!'-owowowo
"Yeah..Yeah..I think I should."
Airiqa menutup segala peralatan elektronik yang bersambung dengan komputernya sebelum bersandar pada kerusi gamingnya.
Siling biliknya dipandang lama.
Setelah beberapa minit termenung,kakinya melangkah ke arah katil lalu tubuhnya perlahan-lahan direbahkan di sebelah Amy.
Tubuh perempuan itu dipeluk erat.
"...i'm sorry,Amy..Saya tak rasa...saya boleh benarkan awak balik..buat masa sekarang."bisik Airiqa dengan bibirnya yang diketap sebelum memejamkan matanya.
Share this novel