Amy melangkah masuk ke dalam rumah dengan baju dan kasutnya yang basah kuyup.
Ibunya juga turut basah kuyup.
Ini perkara biasa.
Memandangkan mereka tiada kereta.
Hanya motosikal sahaja.
"..Mama belum masak lagi tau..?Amy makan lah dulu roti ke apa."
"Haa."jawab Amy sepatah.
Kasutnya ditanggalkan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah.
"Jemur lah kasut tu.Esok nak pergi sekolah,basah pula.."
Amy meletakkan kasutnya di atas kerusi betul-betul di bawah kipas.
Tubuhnya yang berasa melekit itu membuatkan dia menayangkan riak wajah jijik apabila dia sudah masuk ke dalam biliknya sendiri.
Keluhan berat dilepaskan sambil dia menanggalkan stokingnya lalu dicampak ke dalam bakul.
"...I bet tomorrow I'll live."bisik Amy perlahan.
Selesai membersihkan diri,Amy merebahkan tubuhnya di atas katil.Sakit di kakinya mula terasa.Matanya dipejam.
...
'Welcome back.'
Amy memandang ke arah hologram yang terapung di depannya.
'You are in the middle of an adventure that you still didn't finish.Continue where you left off?'
-> -Yes
-No
'You choose to proceed with the adventure.'
Amy perlahan-lahan membuka matanya.
Dirinya yang berada di atas katil membuatkan dahinya berkerut.
Bukan dia di perpustakaan ke sebelum ni?
Mana Arissa?Mana Syamimi?
Amy terjerit kecil apabila pintu di tepinya terbuka.
Syamimi yang membawa piring berisi buah-buahan tersenyum lebar ke arahnya.
"..Amy!Awak dah bangun..!"
"Dia dah bangun?"soal Arissa yang berada di luar lalu dengan pantas melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Awak dah bangun!"
Amy memeluk erat tubuh Arissa apabila perempuan itu berdiri di sebelahnya.
Syamimi menyumbat buah epal ke dalam mulut Amy dengan riak wajah mengusik.
"Saya punya lah risau tadi..Awak tiba-tiba pengsan.."
"Ah..?Saya?"
Syamimi dan Arissa serentak mengangguk.
Melihat Arissa yang ingin mengambil buah di atas piring,Syamimi menghulurkan piring itu ke arah Arissa.
"..Jadi..ini bilik siapa?.."soal Amy apabila menyedari dia di dalam bilik seseorang.
Bilik dia lain.
Bilik Arissa dan Syamimi pun lain.
Dia yang cipta,dia tahu lah.
Tapi tiada pula dia cipta tempat lain sebelum ini.
'Amy' buat tempat baru ke?..
"Oh.You're awake.Finally."
Bunyi suara yang datang dari luar membuatkan ketiga-tiga kawan itu berpaling ke arah muka pintu.
Seorang budak perempuan yang memandang ke arah mereka dengan senyuman di muka pintu membuatkan mata Amy terbuntang.
"The name is Humaira.Nice to meet you.Or not.You faint at the library so I brought you here.Oh.Correction.I carry you here."
Amy memetik jarinya lalu masa di sekelilingnya mula terhenti.
Humaira,Syamimi dan Arissa yang tidak bergerak itu membuatkan dia mendengus geram.
"Apa kau buat ni..?!Kenapa kau masukkan dia?!"jerit Amy dengan riak wajah malas.
'Balasan sebab bunuh aku hari tu.'
"I'm not actually doing that!You're in my territory.You have to get out!"
'I don't give a fuck.'
Amy mendengus geram sebelum memetik jarinya semula.
"..so?Do you want something or what?"jawab Amy dengan riak wajah dingin.
Syamimi dan Arissa yang sibuk memakan buah itu hanya memandang ke arah Humaira dan Amy bersilih ganti.
"Yes.Since I help you,you need to do something in return!An eye for an eye you see?"
Humaira mengeluarkan sesuatu seperti hologram.Sama seperti hologram milik Amy tetapi warna yang berbeza.Dan boleh dilihat oleh orang lain.
"What do you want me to do..?"soal Amy lagi apabila Humaira berjalan ke arahnya.
"You see..I'm searching for..a book.But it's located in a forest.And the forest is not just any forest."Humaira membesarkan peta yang dikeluarkan pada hologram itu lalu memangkah di sesuatu tempat.
"Malay,please."Arissa bersuara secara tiba-tiba.
"Jadi..kerja kau..kau kena pergi tempat ni.And find the book.Eh- And cari buku yang aku cakap tu.Ada banyak perangkap,but that's not a problem!Since I will be tagging along!Your welcome!"
Amy sekali lagi membuntangkan matanya.
Tapi selama ni dia selalu pergi mengembara bertiga..Dia,Syamimi dan Arissa.
Kenapa budak mentah ni tiba-tiba nak ikut?
Why?Is she necessary?Nooo!
"Boleh je!Lagi banyak lagi bagus!"jawab Arissa yang sudah sememangnya mesra alam.
Amy hanya meraup wajahnya.
Ah..Nampaknya pengembaraan ini tidak akan menjaminkan keselesaan baginya.
"Siap!"Arissa bersuara dalam nada ceria.
Jaket yang dipakainya dipandang lama sambil dia berpusing di depan cermin.
"Alahai,gediknya."Syamimi yang berada di belakangnya bersuara.
Jelingan tajam Arissa tidak di endahkan.
Humaira berpaling ke arah Amy yang masih tidak memakai jaket khas yang diberi olehnya tadi.
"..Wear that.Cuaca dekat hutan tu boleh berubah secara tiba-tiba.It's very cold."
Amy memandang jaket merah jambu di tangannya sebelum mencampaknya di atas katil semula.
Wajah Humaira dipandang kosong.
"No thanks."
"Oh,come on..stop being a p*ssy and wear it!"
"Call me that again you fuck--"
"P*ssy."
Amy serta merta mencampak jaket yang dibalingnya tadi ke arah wajah Humaira.
"I hate kids."Amy bersuara sambil mengangkat tubuh Humaira menggunakan kuasanya lalu tubuh budak perempuan itu diterbalikkan.
"Have you ever stop to wonder that they might hate you more?"soal Humaira yang masih terjuntai itu.
"Good to know."
"This is why nobody likes you."
"..I know."
Amy menjatuhkan budak perempuan itu dengan kasar.Suara Humaira yang merengek kesakitan membuatkan dia mengalihkan pandangannya dengan riak wajah menyampah.
"Jom lah pergi."kata Amy sambil memegang erat tangan Syamimi dan Arissa.
Arissa dan Syamimi yang masih bertikam lidah antara satu sama lain memandang ke arah Humaira yang masih beeada di atas lantai.
"Kenapa adik baring atas lantai?"soal Arissa dengan riak wajah pelik.Tidak menyedari kelakuan Amy dan Humaira sebentar tadi kerana sibuk bertikam lidah dengan Syamimi.
"Urgh..Why are you guys holding hands?"
"I'm going to teleport you stupid."jawab Amy laju.Dahinya berkerut apabila Arissa menampar manja lengannya.
"Hold my shoes or something.Lain lah kalau kau nak jalan sendiri."
"Okay,fine!Wait for me--"
Sebaik sahaja Humaira memegang hujung baju Amy,kelibat mereka automatik hilang.
"..We have arrived!Damn..How many power do you have?Three?Five?"
Amy memicit mulut Humaira agar budak perempuan itu berhenti bercakap.
Tangannya yang ditepis membuatkan dia berpaling ke belakang.Hujan renyai-renyai yang kedengaran itu membuatkan Humaira dengan pantas berlari masuk ke dalam hutan.
"Let's go!"jerit Humaira sambil menarik lengan Amy.
Amy hanya mendengus geram sebelum menarik tangannya dengan kasar.
Arissa dan Syamimi yang berada di belakangnya hanya menggeleng kepala.
"So like..dekat dalam hutan ni akan ada banyak tumbuhan berbahaya."
"I'm so surprise."jawab Amy dengan pandangan kosong.
Humaira hanya mengerlingkan matanya sebelum mengeluarkan hologramnya semula.
"Kadang-kadang tumbuhan tu buat kita berhalusinasi.Like drugs.Lol.So,avoid touching any plants that look beautiful.Or colourful.Heck,don't touch anything."
Humaira membuka peta mininya lalu menekan butang 'zoom out' di bahagian kanannya.
"..eh..jauh juga.But,oh well."
Amy berjalan di belakang Humaira yang terapung itu.
"Why aren't you flying?"
"Don't feel like it."
Humaira mengerlingkan matanya lalu menjatuhkan kakinya semula.
Hujan renyai-renyai yang jatuh dalam keadaan perlahan membuatkan fikiran Amy berasa tenang buat seketika.
"..Hujan dekat dunia ni selalu turun dalam keadaan 'slow motion'."
Amy berpaling ke arah Humaira yang masih lagi memandang peta di tangannya.
Air hujan yang jatuh di tepinya ditadah.
"Kenapa agaknya?"soal Humaira sebelum pergerakannya terhenti.
"..Why does it matter?"jawab Amy dalam berbentuk soalan.Dahinya berkerut.
Wajahnya terang-terang menunjukkan yang dia tidak suka akan perempuan itu.
"..I don't know..I was just wondering.What were you thinking..when you made this place?"
Kaki Amy automatik berhenti melangkah.
Humaira yang tidak mendengar tapak kaki di belakangnya juga turut berhenti.
Syamimi dan Arissa hanya berjalan ke depan sambil bersembang tentang perkara yang tidak penting.
Humaira berpaling ke arah Amy,kemudian ke arah Arissa dan Syamimi yang sudah jauh di depan.
"Shall we continue this..'adventure'?"
Amy memanjat bukit itu dengan riak wajah malas.Syamimi dan Arissa yang sudah berada di atas mula bersorak apabila Amy berjaya memanjat bukit itu.
"..took you long enough."Humaira bersuara dari belakang sebelum membuka petanya semula.
"..Lama lagi ke nak sampai..Rasa macam dah lama kita berjalan."Arissa mencelah dalam nada merungut apabila kakinya berasa lenguh.
Syamimi yang berada di atas buih milik Arissa juga turut merungut.
Dia pengsan sekerat jalan kerana terlebih penat tadi.Silap dia juga kerana tidak makan apa-apa sebelum memulakan perjalanan.
"Kita dah sampai."
Humaira memandang ke arah ruang kosong di depannya.
"Just as I thought,it's not that easy."
Humaira bersuara dalam nada saspen apabila tiada apa-apa buku di tempat yang ditanda oleh peta itu.
Hanya pokok,dan pokok,dan pokok,dan pokok.
"..By the way..Aku je ke yang rasa pokok-pokok kat sini nampak lagi..kusam?Pokok-pokok yang dekat belakang sana,semua nampak hijau.Tapi kat sini..nampak macam.."
Arissa menyentuh pokok di tepinya yang kelihatan layu.Daun pada ranting pokok itu ditarik.Matanya terbuntang apabila daun itu hancur dalam sekelip mata.
"..Apa jadi dekat tempat ni?.."
Humaira mengambil buku di dalam begnya lalu mula menyelak muka surat buku itu hingga ke bahagian paling tengah.
Dahinya berkerut apabila terbaca sesuatu.
"Oh sh--- Jangan..buat bising.."
Syamimi yang tadinya berada di atas buih, perlahan-lahan turun ke bawah.Keningnya diangkat ke arah Humaira.
Humaira menuding jarinya ke arah bukunya.
'Here lies a dragon.'
Syamimi membuntangkan matanya.
Mulutnya ditekup apabila terpandang bayangan besar di sebalik pokok-pokok yang layu.
Arissa perlahan-lahan menyorok di belakang Syamimi.
"I think we should go.."bisik Humaira dengan riak wajah pucat.
"..wait..why?"
Humaira berpaling ke arah Amy.
Dahinya berkerut.
"Kau nak ajak gaduh ke?This is not the right time,you dumbass..!"
"No...judging by the book..dia tak nampak macam jahat pun..?See?This one right here."
Amy menuding jarinya ke arah kawasan muka surat yang kosong.
Humaira mengecilkan matanya dengan riak wajah keliru.
"There's nothing there..?"
"What?But it says-- Wait..you...can't see it?
Humaira menggeleng kepala.
Arissa dan Syamimi juga menggeleng kepala apabila Amy menyua buku itu ke arah mereka.
Bibirnya diketap.
Amy membaca ayat itu semula.
'Here lies a lonely dragon.
It has a friend,but the friend leave.
It found itself alone in the woods,its size make one misunderstood.
It craves a friend,yet people are scared.
It wish not for violence,but instead craves for peace.
It cries alone,staring at the moonlight.
Seems like the only friend it has,is solitude itself'
Lengannya yang ditarik membuatkan Amy tersedar dari lamunannya.
Tangan Humaira yang memegang lengannya ditepis dengan kasar.
"Buku yang kau cari tu macam mana?"
"Forget about it.We need to run..!"
"No..Cuba lah bercakap dengan naga tu..Kalau naga tu baik macam mana?"
"Kita tak boleh ambil risiko..Kita tak pernah lawan dengan naga sebelum ni..Kalau naga tu jahat macam mana?"soal Syamimi pula sambil mencerlung matanya.
Risau akan naga di belakang mereka yang masih tertidur nyenyak.
Amy mengetap bibirnya.
Lengannya yang ditarik,dibiarkan.
Perlahan-lahan dia memandang ke belakang buat kali terakhir sebelum mereka berlalu pergi dari situ.
Tangan Humaira dipandang dengan riak wajah jijik.Kalau lah budak ni tak wujud.
Aku boleh cuba pujuk Arissa dengan Syamimi untuk pergi tengok naga tu.
Tapi sebab dia..
Pilihan jawapan untuk dialog aku pun tak muncul sejak dia ikut sekali dalam pengembaraan ni.
Dia tahu ini semua ilusi tadi.
Tapi aku delete memori dia.
Tapi nanti kalau memori dia kembali macam mana?
She's a bug.
How do I delete a bug without clearing the data?..
How do I make her dissapear.
Amy memegang erat pisau di dalam poket jaketnya.
Aku tak pernah bunuh budak-budak sebelum ni.
Patut ke aku cuba?
Eh,kejap.
Amy memetik jarinya.
Masa yang berhenti di sekelilingnya membuatkan dia berpatah balik ke tempat tadi dengan sepantas kilat.
Sebaik sahaja tiba di tempat itu,kelibat naga yang tiba-tiba hilang membuatkan langkahnya berhenti.Dahinya berkerut.
"..what..?Mana naga tu per--"
Apabila dia berasa ada sesuatu di belakangnya,Amy dengan pantas berpaling.
Tepat pada saat naga itu menganga mulutnya ke arah Amy.
Amy memandang sekeliling tempat itu.
Tidak ada apa-apa.
Pembetulan,tidak dapat melihat apa-apa.
Kawasan di sekelilingnya terlalu gelap.
Dia pun tidak tahu sama ada dia menutup mata atau tidak.
Bukan tadi dia di makan ke?
Kenapa tak rasa sakit?
Kakinya melangkah ke arah destinasi yang tidak diketahui.
Selepas hampir 5 minit dia berjalan,tempat itu secara tiba-tiba menjadi cerah.
'Welcome to-----------'
Amy memandang hologram di tepinya yang kelihatan seperti tersekat.
Hologram itu ditepuk 2,3 kali.
'Wel--come----t--o--'.
Amy menjelingkan matanya ke atas apabila hologram itu tidak berfungsi.
Good.Sekarang dia tidak tahu dia di mana.
Tempat ni tak nampak macam perut naga pun.
Bersih.Putih.Sejuk.
Kelibat seseorang yang tiba-tiba berjalan di tepinya membuatkan dia kebelakang akibat terkejut.
"..oh.Hai."
Amy memandang kelibat di depannya atas bawah.Dia tidak dapat melihat apa-apa.Hanya jubah hitam yang menutupi kelibat itu.
Apa orang panggil?..
Cloak?
"Are you a ghost?"
Kelibat itu kelihatan seperti terkejut dengan kata-katanya.
"Rude!Don't you know who I am?"
"No.I can't even see your face."
Amy menyengetkan kepalanya untuk melihat wajah di sebalik 'jubah' itu.
Yup.Masih tak nampak apa-apa.
Tapi suara dia macam suara perempuan?..
"Oh?..Mungkin belum masanya lagi.Anyway!Apa perasaan awak bila dah kena makan dengan naga?"
"W..What?Jadi aku memang kena makan ke?Tapi aku tak rasa sakit..?"
Langkah perempuan di hadapannya automatik terhenti.Kepalanya dipusing ke arah Amy.
"..Heh.Pandai.Memang ini bukan perut naga tu pun.It's a different dimension!"
".....what for?"
"Oh?You're not asking me what dimension this is,but what the dimension is for?You're interesting!"
Perempuan itu mendepakan tangannya lalu cermin di sekelilingnya mula muncul.
Dari atas,kiri,kanan dan di bawah tapak kaki mereka.
"..I'm older than you.So,call me sis."
"In your dream."
Dia dapat merasakan perempuan itu seperti mengerlingkan matanya walaupun dia tidak dapat melihat wajah perempuan itu dengan jelas.
"So..Awak dah tahu ke ini tempat apa?"
Mata Amy melilau di sekeliling tempat itu.
Wajahnya yang terpantul dipandang lama.
"..No.Maybe the 'other me' know."
"Oh?I thought you rule this place?So you're weaker than her?"
Pisau yang tiba-tiba muncul di depannya membuatkan perempuan itu dengan pantas ke belakang.
Riak wajah Amy automatik berubah apabila serangannya tidak menyentuh perempuan itu langsung walaupun dia bergerak dengan laju.
"..woah..kenapa marah sangat ni?You're mad because I call you wea--"
"Shut up!!"
Cermin sekeliling mereka yang retak itu membuatkan perempuan itu melepaskan keluhan berat.
"Sudden emotional outburst is also a part of having a depression.Why don't you talk about it with me?"
"Hah!What are you?My therapist?Perempuan tu terdesak sangat ke sampai dia bayangkan therapist sendiri?"
Amy memandang ke atas sambil memusingkan pisau di tangannya.
"I don't think it's a bad thing to talk about your feelings..No one's gonna hear..It's just me and you here."
Amy menunjukkan jari tengahnya ke arah perempuan itu sebelum mengangkat pisaunya.
Pisau yang dituju ke arah perutnya tiba-tiba terhenti.Amy menyentuh perutnya.
Kenapa dia rasa macam ada penghalang?
"..Rather than stabbing yourself,how about you do something different?"soal perempuan itu sambil menyengetkan kepalanya.
Amy mendengus geram.
Cermin yang berada di bawahnya masih lagi retak.Kakinya memijak cermin di bawahnya berkali-kali.Lubang yang kelihatan di bawah membuatkan keningnya terangkat.
"Sure..I will do something different."
Pisau di tangannya dicampak ke arah perempuan di hadapannya lalu cermin di bawahnya di pijak dengan kuat.
PRANGG!!
Badannya yang terjatuh dibiarkan.
Matanya ditutup.
Tangannya yang tiba-tiba dipegang membuatkan dia membuka matanya semula.
Dahinya berkerut.
"What the hell?!"
"Why are you so obsess with killing yourself?Can't you just open your eyes..?!"soal perempuan itu dalam nada separa menjerit.
Lengan Amy dipegang erat.
"I can't you idiot!!That option is not available!"jerit Amy sambil mencakar lengan eprempuan itu dengan kuat.
"Hologram tu tengah rosak kan?Awak sengaja nak sakitkan diri awak je kan?Awak boleh je buka mata kan?Tapi awak taknak kan?Why?"
"...macam mana kau tahu tentang hologram tu..?"soal Amy dengan mata terbuntang.
Pisau yang muncul di dalam poketnya semula di ambil lalu tangan perempuan itu ditikam.
Tangannya yang dilepaskan itu membuatkan dia melepaskan nafas lega.
Tubuhnya dibiarkan terjatuh.
'...Yeah..give them a little pain and they will leave you.It hurts.But...maybe it's because I'm the problem.If only I'm a genius.A good person.Maybe everyone will like me.'
Amy memandang ke tepi.
Dirinya yang memakai jaket kelabu yang juga turut memandang ke arahnya kelihatan seperti sedang menangis.
'Maybe if I'm not me....then.Everybody will like me.'
Amy memegang tangan dirinya yang juga turut terjatuh dengannya.
'..Why was I born anyway..?'
"..no one cares about us..Kita bukan dekat dalam kisah dongeng."
'Amy' di tepinya mula kelihatan pudar.
"..Let me make you happy in this world.Where no one can reach us."
Amy menutup matanya buat seketika.
"......tapi.."
Amy berpaling ke tepi.
Dirinya yang semakin pudar itu memandang tepat ke arah anak matanya.
"....semua ni cuma..ilusi."
..........
Amy menutup alarm pada handphonenya.
Tubuhnya perlahan-lahan bangun dari katil.
Bahunya yang berasa berat diurut.
Matanya yang tidak dapat melihat apa-apa sebaik sahaja dia bangun membuatkan dia memicit matanya buat seketika.
Notifikasi pada aplikasi WhatsApp nya ditekan.
'I look forward to meeting you!We can discuss about the novel again if you would like to!'- Hasinah
Amy menarik nafas lalu menghembusnya perlahan.
"...I will be fine."bisiknya perlahan sebelum mula menukar baju yang lebih sesuai.
Sekurang-kurangnya dia ada Hasinah untuk bercakap dengannya.
Memandangkan mereka semakin rapat sekarang.
Senyuman lebar diukirkan di depan cermin.
'...tapi ini bukan aku.'
Senyumannya dihilangkan semula.
Tak apa lah.
Mungkin Hasinah takkan kisah kalau aku jadi diri aku depan dia.
Tapi jangan terlalu extreme.
Jangan..terlalu..rapat.
It will hurt less.
Share this novel