Syazwan menutup jam locengnya dengan riak wajah mamai.Mulutnya serta merta menguap sambil dia menggeliat.
Kakinya melangkah ke luar bilik.
Pintu bilik kucingnya yang terbuka luas membuatkan dahinya berkerut.
Kenapa dia rasa macam..dia terlupakan sesuatu?
Pintu bilik kucingnya yang terbuka luas membuatkan dia terpinga-pinga.
Makanan kucingnya yang sudah diisi membuatkan dia memandang ke arah kucingnya.
Mewo hanya menayangkan riak wajah kosong lalu menjilat ekornya semula.
Syazwan melangkah ke dapur sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Telur dadar yang sudah siap digoreng membuatkan langkahnya terhenti.
Pandangannya melilau ke arah sekeliling dapur.
Nota yang berada di atas meja itu menarik perhatiannya.
'Hope it taste okay..Saya..nak pergi berjoging kejap. :)'-Qhaira
Dahi Syazwan berkerut semula.
Bahunya diangkat sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi.
Telur dadar itu dipotong menggunakan garfu sebelum disua ke dalam mulutnya.
Kening Syazwan terangkat.
"..sedap.."
Senyuman lebar terukir di bibirnya.
Sudah lama dia tidak memakan masakan air tangan orang..
Telefonnya yang berbunyi di dalam bilik dibiarkan.Dia tidak perlu melihat untuk tahu orang yang sedang menelefonnya adalah Khairul..
Dia marah sebab aku tak tumpang dia semalam ke?Aku bagi dia masa untuk bersweet-sweet dengan isteri dia kot?
"Emm..sedapnya..."
Syazwan termenung buat seketika.
Tubuh kucingnya dibelai perlahan.
"Haih..kenapa lah aku bagi dia duduk dalam rumah aku..This is wrong in so many levels.."
Syazwan menjelingkan matanya ke atas.
Bila difikir balik..mungkin aku patut lepaskan dia..lelaki dengan perempuan dalam rumah yang sama..Mana boleh macam tu?"
'..Kalau dah terdesak sangat..Saya bunuh diri jelah..'
Syazwan menggeleng kepalanya.
Tak boleh,tak boleh.
I think it will be fine..
Lagipun orang dekat tingkat ni semuanya bukan Islam..Jadi tak ada lah kes jabatan agama islam tiba-tiba terobos masuk rumah aku kan?..
Tapi kalau Allah dah larang tak mustahil--
TAPI--
TAPI KALAU TAK--
TAPI KALAU YA---
"Urghh...Stressnya aku..."
Mewo melompat ke arah kabinet tang berada di penjuru dapur.Bekal makanan yang berada di sebelahnya ditepuk menggunakan tapak tangannya.
"Hm?Apa tu?"
Dahi Syazwan berkerut.
'Sticky note' yang berada di atas bekal itu ditarik lalu dibaca.
'Bawa pergi sekolah..makan waktu rehat.'-Qhaira
Syazwan tersenyum lebar.
Melihat pandangan Mewo,Syazwan berdehem beberapa kali.
"Apa pandang-pandang?"
Mewo hanya menyengetkan kepalanya sebelum menguap seluas-luasnya.
Syazwan memegang penutup bekal itu buat seketika.Bila difikir balik,mungkin dia patut membukanya waktu rehat nanti..
Baru lah surprise..!
'..tak..kenapa aku excited sangat orang tolong buatkan bekal ni..?'
"Eh,kejap..tapi..macam mana dia tahu aku ni cikgu?.."
Mewo mengeluarkan suaranya.
Syazwan berpaling ke tepinya.
Eh hilang?Mana dia pergi?
"Meowwwww..."
Syazwan melangkah ke arah ruang tamu.
Tepat sangkaannya,Mewo sedang membaringkan tubuhnya di atas timbulan buku latihan di atas mejanya yang masih belum ditanda.
'Ah...Patut lah dia tahu aku ni cikgu..'
Fikir Syazwan apabila perasan buku latihan itu sudah disusun rapi.
"...Hahh...agaknya kenapa lah dia kena halau dari rumah..Nampak macam muda lagi.."bisik Syazwan sambil membuang pandangannya ke arah siling.
Bunyi jam pada dinding yang kedengaran jelas membuatkan dia termenung.
Sunyinya.
8:30 a.m..
"Syazwan..!"
Syazwan terjerit kecil.
Hampir sahaja dia tersadung.
Dahinya berkerut sebelum dia berpaling ke belakang.
"Iya?"
Melihat wajah Khairul yang kelihatan dingin,Syazwan tersenyum lebar.
Ohoo~ Dia tengah badmood.
"Why didn't you answer my call earlier?"
Kening Syazwan terangkat.
Oh?Oh..Panggilan pagi tadi.
Hahaha..Kan dah kata dia yang telefon?
I'm so good at predicting.
"Tengah mandi.Ehek!"
"Then why didn't you call me back?"
"Untuk apa?"
"Well..I mean..Kau boleh tumpang dengan aku sebab semalam kan--"
Syazwan menepuk bahu Khairul.
Wajah Khairul sudah terkebil-kebil apabila kolar baju ditarik ke atas.
"You should really hide your hickeys..Huehue."
Wajah Khairul automatik berona merah sambil dia menarik kolarnya ke atas dalam keadaan panik.Sebaik sahaja dia selesai membetulkan kolarnya,pandangannya beralih ke arah Syazwan semula..yang sudah hilang dari tempatnya.
Matanya mula melilau mencari kelibat Syazwan.
Aik?
AIK?!
Bukan dia ada kat sini ke tadi?
Huh???
Syazwan menghembus nafas lega.
Haih..risau..
Aku taknak menyusahkan dia..
Tapi kenapa dia macam beria pula ni?
Pandangannya beralih ke arah pelajar perempuan yang berjalan ke arahnya.
Nametag perempuan itu dipandang sekilas.
'Amy'
Syazwan menyediakan dirinya untuk menjawab salam.Tetapi pelajar itu hanya menundukkan kepalanya dengan riak wajah kosong.
Syazwan juga ikut menunduk sebelum langkahnya terhenti.
Amy?Itu bukan pelajar kelas aku ke?
Kelibat Amy yang kelihatan seperti keseorangan itu membuatkan dahinya berkerut seketika.
Pandangannya beralih ke arah orang lain.
Bertiga.
Berdua.
Berempat.
And then there's Amy..Keseorangan.
Teringat pula dekat Khairul..
Dulu pun tak silap aku..Khairul keseorangan kan?
Sekarang pun dia tak banyak bercakap kecuali dengan Qaireena..
Syazwan menyambung langkahnya untuk ke kelas 5 ST semula.
'Aku pun sama je...'bisik Syazwan dengan riak wajah kosong.
KRINGG!!!
Bunyi loceng yang menandakan waktu rehat membuatkan Syazwan menggeliat buat seketika.
Bekal makanannya dikeluarkan dari dalam beg.
Agaknya Qhaira letak apa dalam ni?..
"Cikgu!"
Syazwan menjelingkan matanya ke atas.
Senyuman hipokrit terukir di bibirnya sebelum dia berpaling ke arah Qaireena.
"Ya,saya?Awak nak apa?"
"Nah."
Kening Syazwan terangkat apabila Qaireena menolak plastik kecil yang berisi biskut ke arahnya.
"..Tiba-tiba je ni?.."
"Saya..tahu cikgu dengar perbualan saya dengan Khairul semalam.."
Dahi Syazwan berkerut sesaat.
Melihat perubahan pada wajah Syazwan,senyuman kekok terukir pada bibir Qaireena.
"..It's fine..Lagipun saya balik guna bas semalam,jadi..it's not a big deal."
"You literally got splashed by a car."
Syazwan dapat merasakan mukanya berasa panas.
Oh,jadi Qaireena nampak lah ya..
"I'm sorry..I was selfish.."
"No,seriously..It's fine.Awak ada bagitahu Khairul pasal ni ke?"
"No..Ini salah saya..Jadi saya lah yang sepatutnya minta maaf."
Syazwan tersenyum pasrah apabila Qaireena menundukkan wajahnya.
Haih..Muka dia tak sesuai lah sedih-sedih ni..
Pen di tangannya diketuk di atas kepala Qaireena dengan perlahan.
"All is forgiven."
Qaireena tersenyum lebar lalu memasukkan tangannya ke dalam poket seluar sukannya.
"Jadi maksudnya..Hari ni cikgu tumpang dengan Khairul lah kan?"
"Nope."
Senyuman pada bibir Qaireena automatik menghilang.
Syazwan mengambil plastik biskut itu lalu disumbat ke dalam poket begnya di bahagian tepi.Bekalnya dipegang erat lalu pintu bilik guru ditolak.
"Ta- Tapi-- Kenapa?"
"Tapi kenapa apa?"
"Don't play dumb!You're obviously not okay!You're not mad at me when i'm not paying attention in class,you didn't talk much today like you always did,and you're literally avoiding Khairul!"
Syazwan mengangguk faham dengan senyuman senget.
"I'm impressed..laju betul awak speaking.."
"Don't change the subject!"
"Oh.Tu,Khairul!"
"It won't work this time!If you feel angry then tell me!Even Khairul feels like he did something wrong now although its literally my fault!"
Syazwan memicit dahinya.
Wajah Qaireena dipandang dengan pandangan tajam.
"Saya tak marah pun..Okey?Saya cuma rasa saya ni menganggu--"
"You're not--"
"Yes I am..Sebelum dia berkahwin dengan awak lagi saya dah rasa macam ni..Okey?It's not you,it's me.Dah.We're done here.Saya nak pergi makan!"
Syazwan berpaling ke belakang lalu wajah Amy yang memandang mereka dengan pandangan kosong membuatkan dia tersentak.
"..this school is so fucking weird.."bisik Amy dengan perlahan sebelum berlalu pergi.
Mata Syazwan terbuntang mendengar perkataan yang keluar daripada mulut perempuan itu.
Tak silap aku,dulu dia aliran agama kan?..
..don't judge a book by its cover betul..
Syazwan berlalu pergi sebelum Qaireena sempat berkata-kata.
Keluhan berat dilepaskan apabila dia sudah sampai ke tempat rehat rahsianya.
Uhmm..Tak ada lah rahsia sangat memandangkan ini tempat rehat Hasyira yang dia dah tak guna..
"..oh..!"
Syazwan memandang ke arah bangku berwarna putih yang tidak jauh darinya.
Keningnya terangkat.
Kelibat seorang perempuan yang dikenalinya membuatkan dia tersenyum kekok.
"Macam mana awak boleh jumpa tempat ni?.."
"Kantin bising sangat..Jadi saya tanya cikgu Hasyira,ada tak tempat rehat yang sunyi,jadi dia suruh datang sini..Tapi dengan syarat jangan bawa kawan..."
Syazwan melabuhkan punggung di sebelah perempuan itu.
Jarak kedudukan mereka agak jauh.
"I see..Memang tempat ni tak ramai orang datang..Jadi ini macam tempat rehat rahsia saya.."
Syazwan membuka bekalnya.
Matanya terbuntang melihat makanan di dalam bekal itu yang tersusun rapi.
Nasi goreng dan telur dadar bersama dengan pencuci mulut di bahagian tepi.
"Uuu..Nampak sedap..cikgu masak?"
"Ah..?Uhh..Bukan..orang lain yang masak.."
Perempuan itu mengangguk faham lalu membuang pandangannya ke arah langit yang kelihatan biru.
"Awak tak makan?"soal Syazwan sebaik sahaja dia membaca doa makan.
"Saya dah makan tadi."
"Ouh.."
Syazwan menyumbat nasi goreng itu ke dalam mulutnya.Pipinya berona merah apabila rasa nasi goreng itu mula cair ke dalam mulutnya.
"Sedapnya..."
Perempuan di sebelahnya tersenyum melihat gelagatnya.
"By the way..Apa nama awak?"
"Hm?Oh..Ceisya."
"Emm.."
Syazwan meneguk air kosongnya.
Senyuman puas terukir di bibirnya apabila dia dapat memakan sesuatu yang mengenyangkan.
"Oh..Ini dia..duit yuran awak.."
"Oh..Okey..Terima kasih.Nah,ambil balik."
"Hm?"
Syazwan sudah terkebil-kebil apabila duit yang diberikan kepada Ceisya diberikan kepadanya semula.
"Cikgu kan guru kelas saya?"
"A-- Awak kelas apa?"
"RC."
Syazwan sudah mula mengerutkan dahinya.
Kenapa semuanya membuatkan aku pening hari ni?Jadi dia ni pelajar kelas aku?
Kenapa aku tak pernah nampak pun dia sebelum ni?
"Saya tak pernah nampak pun awak sebelum ni?"
"..Saya baru pindah sini."
"Ta-- Tapi hari tu awak kata nak bayar yuran-- Jadi saya ingat awak dah lama sekolah kat sini?"
"Mana ada..Saya masuk sini dah kena bayar yuran..Jadi saya ingat nak jual laptop saya.Tapi laptop pula pecah.."
"So you just make up your mind right there to stop going to school tomorrow?"
Ceisya mengangguk dengan riak wajah selamba.
Syazwan melepaskan keluhan berat lalu menghulur buah tembikai yang sudah dipotong itu ke arah Ceisya.
"..salah saya juga..laptop tu pun nampak macam mahal..Saya mintak maaf-"
"..It's okay..Saya tak kisah pun."
Syazwan berpaling ke arah wajah Ceisya dengan riak wajah bersalah.
Pertama kali dia betul-betul fokus untuk melihat wajah perempuan itu.
Wah..
Cantik.
"Oh,ya...Saya dengar nanti ada aktiviti perkhemahan..?Saya ingat nak masuk..Agaknya sempat lagi ke?"
"Sempat!Lagi seorang.Awak nak masuk?Saya boleh tolong bayarkan."
"Ah..tapi--"
"Anggap lah bayaran sebab rosakkan laptop awak tu..Berapa sebenarnya..harga laptop awak?.."
"RM 16 000."
Syazwan automatik tersedak.
Ceisya yang melihatnya mula panik.
Air botol Syazwan diserahkan pada lelaki itu yang kelihatan pucat.
Syazwan meneguk air dengan laju sambil memejam rapat matanya.
Oh my Allah...
"...saya..saya mintak maaf.."bisik Syazwan lalu meraup wajahnya dengan suaranya yang bergetar.
"Cik-- Cikgu..!Saya-- Saya tak kisah pun..Cikgu jangan lah nangis-- Saya--"
Ceisya dengan pantas mengeluarkan tisunya lalu dihulurkan kepada Syazwan yang sudah tidak bergerak langsung.
"I'm so sorry..."
Syazwan bersuara perlahan sambil menyapu air matanya.
"..pertama kali saya tengok lelaki menangis sebab dia rasa bersalah.."
"How could I not?!Harga laptop tu lagi tinggi dari gaji saya..!Gaji saya RM 5000 je..."
"Oh..It's okay..cikgu tak perlu ganti pun.Nanti bila saya dah berjaya,saya boleh beli yang baru!"
Syazwan memandang wajah Ceisya yang bersinar-sinar itu.Matanya dipejam semula lalu mukanya diraup dengan kasar.
"Ah..!Cikgu jangan lah menangis..!"
"..mak awak..tak marah ke pasal laptop tu?"
"Oh..Mak ayah saya dah tak ada..Laptop tu ayah saya hadiahkan dekat saya sebelum dia pergi."
Syazwan secara tidak sengaja mengeluarkan suara tangisannya.
Ceisya yang mendengar mula menjadi panik semula.
"Ja..Jadi..Awak tinggal dengan siapa sekarang?"
"Erm..Mak ayah saya kahwin lari..Jadi saya tak tahu siapa keluarga saya lepas diorang..meninggal..Jadi sekarang saya tinggal seorang."
Ceisya dengan pantas menyeka air mata Syazwan.Air mata baru yang mengalir disapu menggunakan sapu tangannya dengan laju.
Air mata yang tidak berhenti mengalir itu mula membuatkan dia menjadi gelabah.
"How do you even survive..?"
Ceisya hanya tersenyum sebelum kembali ke tempat asalnya semula.
"Well..I survive for the sake of someone.."
Syazwan terdiam seketika sebelum menutup bekal makanannya yang sudah kosong.
"Kalau awak ada nak apa-apa..Bagitahu je lah saya.."
Ceisya tergelak kecil sebelum mengangguk dengan senyuman pasrah.
KRINGG!!!
"Oh..Waktu rehat dah habis..I guess we should get going now."
"Cikgu pergi lah dulu..Saya akan menyusul kemudian.."
Syazwan hanya mengangguk perlahan sebelum berlalu pergi.
Mungkin Ceisya mahu bersendirian buat sementara waktu..
Sebaik sahaja kelibat Syazwan hilang,Ceisya memandang ke arah langit biru--
Oh..Dah kelabu..Nampak macam nak hujan..
"I'm sorry I lied to you,Syazwan.."
Jam tangannya yang menyala ditekan.
"Hello?"
'Hello..Bila kau nak bagi laptop aku balik?'
"Laptop tu dah pecah."jawab Ceisya dengan selamba sambil memandang kukunya yang kelihatan berkilat.
'APA?!CEISYA,WHAT THE F*CK?!'
"Nanti aku ganti lah..Laptop kau ada banyak kan?Lagipun laptop tu guna duit aku juga."
'Weyh...Sanggup kau..Uhk..Apa kau buat dengan laptop tu sampai pecah?..'
"Aku terjatuhkan."
'Laptop gaming aku..Uhk..hikk..'
"Arh,what the hell?Kau menangis ke tu?Cringe."
Ceisya bersuara dalam nada jengkel sambil matanya melilau ke arah sekeliling tempat itu.
Bimbang jika Syazwan berpatah balik.
'Ganti lah balik...'
"Fine,fine..Kau nak apa?Laptop yang sama ke?"
'Nak pembantu rumah.'
"...huh?"
Kening Ceisya terangkat.Tidak sangka pula perempuan itu mahu meminta pembantu rumah.
Ah..tapi bila difikir balik..Bilik dia bersepah macam ada taufan dalam tu..So,pembantu rumah bunyi macam sesuai.
'Boleh?I can't even walk in my room..'
"Okey,okey..Aku cari.Dah tu gaji siapa yang nak bagi?"
'Aku lah..Kau tolong cari je..'
"Okey..Nak yang tua ke,muda ke,apa?"
'Muda lah..Kalau tua tak sanggup nak melihat.'
"Okey,fine..Dah lah nak masuk kelas ni..Bye."
'F*ck you...Laptop aku--'
Ceisya menamatkan panggilan pada jamnya sambil menjelingkan matanya ke atas.
Terlalu dramatis.
Bajunya dibetulkan sebelum dia berlalu pergi dari situ.
"Tapi mana aku nak cari pembantu rumah?"
Amy memandang jam di pergelangan tangannya yang cepat 3 minit.
Ah..Waktu rehat dah habis..
Kena balik kelas lah ni nampaknya..
'Ah..Malasnya..Nak ponteng!'
Amy memandang ke arah dirinya yang berpakaian hitam.
Kepalanya disengetkan apabila sinaran matahari terkena pada matanya.
'Kalau ponteng pun bukan boleh buat apa..Nanti kena marah dengan mama..'jawab Amy di dalam hati dengan riak wajah kosong.
Botol airnya di ambil lalu dia melangkah ke arah tangga.
'Ahahah..Cakap je lah kau ni penakut..You can't even do anything in class..Kau rasa ada guna ke kita teruskan?'
Amy memejam matanya.
Dahinya berkerut sambil dia menjeling ke arah dirinya sendiri yang menongkat dagu di atas udara.
'Don't look at me like that..Kau yang kawal cara aku bercakap.Aku boleh je nak jadi baik.But you have to let me.'
Amy mengetap bibirnya sebelum menaiki anak tangga itu dengan laju.
Dirinya yang berada di atas udara automatik menghilang.
Amy menarik nafas lalu menghembusnya perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam kelasnya.
Senyuman lebar terukir di bibirnya.
"Oh,hai Amy!"
"Haiii~ Makan apa tu?Biskut?Nak sikit?"
"Ambil-ambil.Silakan!"
Amy tergelak kecil sambil menarik biskut di dalam paket plastik itu.
Biskut itu disumbat masuk ke dalam mulutnya sebelum dia kembali ke tempat duduknya.
Buku notanya yang bertajuk 'Novel' dikeluarkan.
Pensel mekanikalnya dikeluarkan sebelum dia mula menulis.
..........
Amy memandang ke arah sekelilingnya yang kelihatan kelabu.Bajunya yang berwarna hitam legam dipandang sekilas.
Seperti itu perkara biasa...
'Welcome back.'
'What do you want to do this time?'
-Do nothing
-> -Meet your friend
'Do you want to meet your friend?'
Amy menekan butang 'Yes' dihadapannya.
Pintu berwarna putih yang muncul di hadapannya perlahan-lahan dibuka.
Bilik yang berwarna-warni dan dipenuhi dengan pelbagai mainan,serta alat elektronik itu terpapar di hadapannya.
"Amy!"
"Haa..Datang pun!"
Amy berpaling ke arah suara yang dikenalinya.
Kawan baiknya,Syamimi dan Arissa melambai ke arahnya dengan teruja.
Senyuman lebar terukir di bibir Amy.
Tangannya dilambai ke arah mereka berdua sebelum pintu di belakangnya ditutup rapat.
..........
Amy memejam matanya apabila buku latihannya sudah dipenuhi dengan jawapan yang ditiru dari buku teks.
"......................................"
..........
"So,hari ni kita nak pergi mana?"soal Arissa yang terapung di atas udara.Bebola air di sekelilingnya membuatkan dia kelihatan seperti puteri dari laut dalam.
Syamimi membekukan air yang sedang dipijak oleh mereka.
"Haa..Apa kata kita jalan je sambil sembang..And then kita tengok kita sampai kat mana?"
Amy mengangguk setuju.
'What do you want to talk about?'
-About you
-> -About the teachers
"Tadi saya ada jumpa dengan cikgu Syazwan.."
"Yang putih,pendek,comel tu ke?"soal Syamimi dengan riak wajah musykil.
"Mhm..Nampak macam dia tengah gaduh dengan perempuan popular tu.Qaireena."
"Uuuu..Tak silap aku dia dah ada suami kan?Cikgu nama Khairul tu..!"
Arissa bersuara dalam nada teruja sambil dia melompat di atas air yang masih belum dibekukan.
"Cinta segi tiga kah?"soal Syamimi dalam nada berminat.
"Mungkin tak..rasanya diorang bergaduh sebab benda lain..Sebab saya cuma dengar separuh.."
"Ouhh..."
Amy memandang ke arah Syamimi pula.
Giliran Syamimi pula yang akan bercerita.
Sekarang mereka sudah tiba di atas tanah yang dipenuhi dengan rumput yang berwarna mint.
"Tadi saya tengah practice memanah..And then saya ternampak burung phoenix dekat atas langit.Cantik gila!"
'Your answer?'
-> -Wow...Awak ada ambil gambar?
-Oh..
"Wow...Awak ada ambil gambar?"
Syamimi mengangguk laju sambil menunjuk gambar dari dalam album photonya yang dipenuhi dengan gambar dia,Arissa dan Amy.
"Tadaaa~"
"Uwauu~ Cantiknya..Kau kejar dia ke apa?"soal Arissa apabila terperasan gambar itu yang kelihatan sedikit kabur.
"Haah..Aku terbang selaju yang aku mampu."
Ketiga-tiga sahabat itu mula ketawa terbahak-bahak apabila membayangkan cara Syamimi terbang.
"Dengar cerita,phoenix tu immortal kan?"
"Mhm..Tapi itu lagenda je lah..Tak tahu betul ke tak."
Arissa dan Amy mengangguk faham.
Di antara mereka bertiga,Syamimi yang paling pandai.Di antara mereka bertiga,Arissa yang paling ceria.Di antara mereka bertiga,Amy yang paling-----------------------------
'Amy?'
'Amy???'
Amy menghentikan langkahnya.
Kelibat kawannya yang sudah berjalan jauh itu dipandang.
"Amy?Kenapa ni?"soal Arissa yang baru sahaja mahu memulakan kisahnya.
'Jangan lah kacau dia..Dia tidur tu..cikgu tak masuk lagi..'
'Okey,okey..Sheesh..'
'Your answer?'
-Saya kena pergi.
-> -Tak ada apa....
"Tak ada apa....Sambung,sambung."
"Okey,so semalam..aku tengah berenang dalam laut,tiba-tiba aku nampak macam ada bandar dalam laut tu."
"Serius lah?"
"Iyaaa!!"
Syamimi mula kelihatan teruja.
Amy hanya mendiamkan diri.
"So,aku ingat nak pergi..Tapi aku rasa baik aku pergi dengan korang je..Apa kata kita pergi nanti?"
Syamimi mengangguk dengan laju lalu berpaling ke arah Amy dengan matanya yang bersinar.
"Kita pergi nak,Amy?"
'Your answer?'
-No I'm tired
-> -Sure..Let's go.
"Sure..Let's go."
"Yeayyy!!"
Arissa dan Syamimi mula berlari ke depan sambil bergelak ketawa.Meninggalkan Amy yang masih berjalan di belakang.
'Cikgu dah datang..!Amy!Bangun,Amy!'
Amy memasukkan tangannya ke dalam poket jaketnya.
'Do you want to wake up?'
-> -Yes
-No
'How do you want to wake yourself?'
-Drown
-Buried alive
-Jump off the tall building
-> -Open eyes
'It seems like this option doesn't work at the moment..'
'How do you want to wake yourself?'
-Drown
-Buried alive
-Jump off the tall building
-> -Stab
Amy mengeluarkan pisau dari dalam poket jaketnya.Pisau yang dipegangnya ditusuk ke arah perutnya dengan pandangan kosong.
Dahi Amy berkerut menahan sakit sebelum dia terduduk.
..........
Amy terbangun daripada tidurnya.
Mulutnya serta merta mengikut orang lain memberi salam kepada Cikgu Syazwan.
Syazwan memandang ke arah Amy yang kelihatan suram sambil mula membaca doa bersama dengan pelajar-pelajar yang lain.
Selesai membaca doa,pelajar-pelajar di hadapannya di arahkan agar duduk.
"Okey..Jadi hari ni..korang tahu tak yang..korang ada pelajar baru?"
Semua di dalam kelas itu mula kelihatan teruja.
"Perempuan ke lelaki cikgu?"
"Perempuan."
"Alhamdulillah..Kelas ni tak cukup perempuan.Serius."
Lelaki yang bernama Azim itu bersuara sambil meraup mukanya.Memang kelas mereka hanya ada 4 orang perempuan.Seorang tidak datang.
Sebab itu lah Amy tidak berapa banyak bercakap hari ini.Amy,Ain,Emilia dan Nurin.
Emilia dan Nurin kawan rapat.
Amy pula kawan rapat dengan Ain.
Mereka tidak saling bercakap..hanya bercakap dengan kawan rapat mereka sahaja.
Jadi jika seorang tidak datang,lagi seorang akan menjadi sunyi..
"Okey..Uhh..boleh masuk."
Ceisya melangkah masuk ke dalam kelas itu dengan beg yang digalas pada bahu kanannya.
"Selamat berkenalan..Nama saya Ceisya Qahirah."
Amy menongkat pipinya.
Matanya dipejam semula.
5 minit berlalu..
Dia tidak menumpukan perhatian kepada pengenalan peajar itu.
"Ceisya duduk dengan Amy buat sementara waktu boleh?"
Amy tersentak lalu berpaling ke arah Syazwan dengan riak wajah terkebil-kebil.
"..oh..uhh..okey."
"Okey!..Nanti yang lelaki tolong ambilkan meja."
"Memang kita pun yang kena.."
"Apa?"
"Tak ada apa cikgu!Muah~"Haziq bersuara dengan senyuman lebar.Semua yang berada di dalam kelas itu mula ketawa terbahak-bahak.
Kecuali Amy.
Sebaik sahaja Ceisya melabuhkan punggung di sebelahnya,Amy hanya mendiamkan diri.
Ceisya yang juga tidak berapa mahu bercakap juga mendiamkan diri.
Dua-dua tidak memperkenalkan diri.
Dan dua-dua tidak peduli..
..i thought i already publish this chapter-- (confuse noises)
Share this novel