BAB 16 :Busted (2)

Romance Series 12091

KRINGG!!KRINGG--

Qhaira memasukkan tangan ke dalam poket jaketnya apabila jam loceng itu sudah dihentikan.
Tubuh Syazwan yang masih diselubungi selimut itu dipandang lama sebelum diggoncang perlahan.
"..Syazwan?.."

Syazwan yang merasakan tubuhnya diggoncang serta merta terjaga.
Matanya yang berasa pedih itu digosok sebelum dia membukanya perlahan.
Kelibat Qhaira yang berada di sebelahnya membuatkan dia tersentak buat seketika.
"..oh..Good morning,Qhaira.."

Qhaira tersenyum lebar sebelum membuka suis lampu di sebelahnya.
Cahaya yang menerangi bilik itu membuatkan Syazwan menutup matanya buat seketika akibat silau.Wajah Qhaira dipandang lama.
"Good morning to you too..Pergi lah mandi.I already made breakfast."

Syazwan hanya memandang ke arah Qhaira yang melangkah keluar daripada biliknya.
Bunyi pintu biliknya yang ditutup menyedarkannya dari lamunan pendek.
Senyuman redup terukir di bibirnya lalu selimut di tubuhnya diselak ke tepi.
Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu lalu tuala yang disangkut di belakang pintu biliknya di ambil.

Bunyi pintu bilik yang dibuka itu membuatkan Qhaira berpaling ke belakang.
Kelibat Syazwan membuatkan dia tersenyum senget sambil dia menarik kerusi di hadapannya.
"Do sit down,Your Majesty."

"Oh wow,I'm flattered."jawab Syazwan sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi itu.
Sebaik sahaja Qhaira menuangkan air di dalam gelasnya,Syazwan memandang ke arah makanan yang tersedia di atas pinggan.

"Awak masak semua ni ke?"
"Ya.Kenapa?"
Syazwan menggosok lehernya dengan pandangannya yang beralih ke tepi.

"Kenapa tak kejut saya..Saya boleh--"
Mengingati peristiwa dia cuba memasak semalam dan gagal dengan teruk,Syazwan mendiamkan diri serta merta.

"..awak tidur nyenyak sangat..Lagipun saya bangun awal..Tak sanggup nak kejut."
"..Pukul berapa awak bangun?"soal Syazwan dengan dahinya yang berkerut.
Qhaira memandang jam yang tergantung pada dinding.Seperti memikirkan sesuatu.

"Ada lah.."
Bibir Syazwan memuncung.
Doa makan dibaca perlahan sebelum dia mengunyah nasi goreng yang ditindih dengan telur omelete itu.Hasil air tangan Qhaira.
Bila kali terakhir dia makan sarapan sesedap ini dengan seseorang?..

"Sedap?"soal Qhaira yang juga turut mengunyah nasi gorengnya.
Syazwan mengangguk dengan senyuman lebar.
Riak wajahnya yang kelihatan sayu itu membuatkan dahi Qhaira berkerut sesaat.

"..kenapa awak tengok saya macam tu?.."
"Nothing...It's just..Muka awak nampak macam..sedih je?"
Syazwan terdiam seketika.
Tidak lama kemudian dia tersenyum malu sambil menguis nasi gorengnya menggunakan sudu di tangannya.
"..Sebab biasanya sebelum ni saya cuma makan seorang..kalau Mewo tak tidur,saya makan dengan dia."
Qhaira berpaling ke arah Mewo yang tertidur nyenyak di atas lantai.

"Sebelum ni,what do you eat for breakfast?"
"..Telur dadar hangus.Tak pun biskut atau roti."jawab Syazwan sambil meraup wajahnya.
Qhaira tergelak kecil buat seketika.

"..Well since I'm here,saya boleh masak untuk awak."
"For now."jawab Syazwan dengan riak wajah sayu.

"Maybe forever."kening Qhaira terangkat sambil dia memandang ke arah Syazwan.

"Maybe for now."
"Forever."
"For now."
"Forever."
"Okay,fine forever."
Kedua-duanya tergelak kecil sebelum menyambung makan.
Qhaira menongkat pipinya sambil memandang wajah lelaki di hadapannya.
Senyuman lebar terukir di bibirnya sambil dia menyumbat salad ke dalam mulutnya.

Syazwan melangkah masuk ke dalam bas dengan riak wajah lega.
Whaira di sebelahnya hanya memandang ke arah sekeliling bas itu untuk mencari tempat duduk.
Tak ada.Nampaknya mereka terpaksa berdiri.

"Cikgu lambat lagi hari ni..!"
Aliya,budak perempuan yang duduk di tempat duduk paling hadapan bersuara sambil bercekak pinggang.

"..Eheheh..Sowwy.."
"Nasib baik tak lambat sangat..!"
Aliya menghulur coklat ke arah Syazwan.
Apabila dia terpandang kelibat Qhaira,kepalanya disengetkan ke tepi.
"Itu siapa?Girlfriend cikgu ke?"
"Hey..!No!"
Aliya mula mengeluarkan suara mengusiknya dengan riak wajah licik apabila wajah Syazwan kelihatan seperti berona merah.
Reaksi lelaki itu yang lebih tua dariapdanya membuatkan dia tergelak kecil.

"Nah.Untuk akak.Sebab akak kawan cikgu Syazwan."
Qhaira memandang ke arah coklat yang dihulurkan ke arahnya sekilas.

"Untuk adik ada tak?"
"Tak ada..!Ini last.Tapi mama kata kita kena rajin bersedekah."
Qhaira tersenyum senget lalu tangan Aliya yang masih menghulurkan coklat kepadanya dipegang lalu digenggam.

"Akak....tak suka coklat."
"Oh?..Pertama kali ada orang cakap dia tak suka coklat."
Aliya menyimpan coklat itu ke dalam poketnya semula.

Syazwan memandang ke arah Qhaira sekilas.
"Awak tak suka coklat..?"
Qhaira menguis pipinya dengan riak wajah kekok.
Senyuman senget diberikan sambil dia berjongket bahu.
Syazwan hanya mengangguk sambil cuba menahan senyumannya daripada terukir.
Tiang di sebelahnya di pegang sambil dia memandang pemandangan dari tingkap di depannya.

7:00 a.m..

"Hahh..Nasib baik tak tertinggal bas."
Qhaira membuka payung lalu tubuh Syazwan yang terkena hujan itu dipayungkan.
Wajah Syazwan yang kelihatan penat itu membuatkan dia mengerut dahi.

"Awak nak saya bawa beg awak?"
"It's okay.Thanks for the offer."
Syazwan memandang ke arah kelibat Amy dengan keningnya yang terangkat.
Perempuan itu yang berjalan tanpa memegang payung membuatkan dia menayangkan riak wajah sayu.

"Amy!Hai~"
Amy yang berjalan di sebelah mereka hanya menundukkan kepalanya tanda hormat sebelum berpaling ke depan semula.
Kawasan tapak perhimpunan yang sudah dipenuhi dengan kanopi membuatkan Amy mengerut dahi.

"Oh,ya..Amy,boleh awak tolong saya sediakan barang untuk jualan tak?Kita boleh terus pergi perpustakaan."
Amy dapat merasakan dirinya sudah melarikan diri daripada Syazwan,menaiki tangga ke kelasnya dan terjun dari tingkat 6 bangunan sekolah itu.
Sejujurnya dia tidak mahu.
Memenatkan.

Pandangan Amy beralih ke arah kawannya yang sedang rancak bersembang di bawah dewan.
Bibirnya diketap.
Dulu mereka bertiga.
Sekarang mereka berdua.
Mana orang ketiga tu?
Orang ketiga tu..

'Let's just help..Daripada tak buat apa-apa.'dirinya yang berpakaian hitam itu bersuara tanpa memandang ke arah kawan-kawannya.
Oh ya,lah..Ini bukan dunia dia.
Dunia dia..dekat dalam kepala aku.
Amy termenung seketika.

"Okey."
"Yeayy~"Syazwan menepuk tangan seperti kanak-kanak ribena.
Kening Amy terangkat sambil dia cuba menahan senyumannya.

'..Cute.'bisik Amy jauh di lubuk hatinya
"Boleh saya tolong sekali?"soal Qhaira pula dengan riak wajah kosong.

"Boleh!The more the merrier.Cepat siap,boleh ronda-ronda tempat lain."
Qhaira mengangguk dengan senyuman lebar sambil dia memegang erat payung di tangannya.
Memandang kelibat Khairul dan Qaireena yang sedang berbincang tentang sesuatu,Qhaira mengerlingkan matanya manakala Syazwan sudah melambaikan tangannya ke arah Khairul dan Qaireena.
Amy pula hanya menundukkan wajahnya.

"Oh,Syazwan."
Qaireena melambaikan tangannya dengan senyuman senget.
Khairul hanya berpaling ke arah Syazwan.Riak wajah dingin diberikan.

"Goodluck winning this year."Khairul bersuara dalam nada sinis.

"I do like to see you try."jawab Syazwan pula.
Melihat suasana di antara Syazwan dan Khairul yang agak 'seram',Qhaira dan Amy saling berpandangan.

"Diorang selalu macam ni kalau ada apa-apa pertandingan.Both of them want to win."
Qhaira dan Amy mengangguk faham sambil menayangkan riak wajah kosong.

"So it's a fight between classes?"soal Amy secara tiba-tiba.
Qaireena mengangguk dengn keningnya yang terangkat.Senyuman senget terukir di bibirnya apabila tersedar Amy pakar dalam ber 'speaking'.
Tidak lah susah sangat jika dia mahu memberitahu apa-apa nanti.

Selepas selesai bertikam lidah,Syazwan berpeluk tubuh sambil memandang kelibat Khairul yang berlalu pergi bersama dengan Qaireena.
Dua tu memang selalu berkepit je..

Suasana mula menjadi kekok apabila tiada sesiapa yang bersuara sepanjang perjalanan mereka ke perpustakaan.
"...so..macam mana korang boleh datang sini sama-sama?.."soal Amy secara tiba-tiba.

Qhaira dan Syazwan saling berpandangan buat seketika.Riak wajah Syazwan kelihatan sedikit cuak.
"Kebetulan je."jawab Qhaira sepatah sebelum mereka bertiga mendiamkan diri semula.
Amy hanya mengangguk faham sambil memandang ke bawah.

Beberapa minit berlalu,Syazwan memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya apabila tangannya berasa sejuk.
Tidak lama kemudian,langkah Syazwan terhenti.
Poket seluarnya diraba dengan riak wajah panik.
"Alamak..Kunci rumah saya-- Mana kunci rumah saya?Awak ada simpan?"
Qhaira mengeluarkan kunci dari poket baju seragamnya dengan riak wajah kosong.
Syazwan menghembus nafas lega.

"Hahh..Saya ingat hilang tadi."
"Relaks..Bukan ke awak selalu suruh saya yang pegang.I will take good care of it."
Syazwan mengangguk sambil mengusap kepala Qhaira perlahan tanpa disedarinya.

"Oh,sorry..Old habit."
Qhaira hanya tersenyum senget apabila Syazwan menarik tangannya semula.

"So,you guys live together?"
Soalan Amy yang datang secara tiba-tiba itu membuatkan mata Syazwan terbuntang.
Wajah Amy yang kelihatan kosong itu dipandang dengan riak wajah panik.
Wajah Qhaira dipandang bagi meminta pertolongan.

"Forget what you hear earlier or I'll kill you."kata Qhaira dengan pandangan kosong.
Syazwan menepuk dahi.

"So you guys really do live together."
Syazwan meraup mukanya.

Selepas mendengar penjelasan daripada Syazwan yang panjang lebar,dan Qhaira yang tidak berapa membantu,Amy mengangguk faham dengan riak wajahnya yang kelihatan seperti teruja.
"I see."jawab Amy sepatah apabila Syazwan selesai bercerita.

"Please don't tell anyone else.Okay?"
"For sure."jawab Amy laju.Wajahnya kelihatan gembira.Seperti telah menjumpai sesuatu yang baharu.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam perpustakaan,Qhaira meletakkan kasutnya ke atas rak sevelum berpaling ke arah Syazwan.
"Do you think she will tell people?Nak saya pukul dia sampai dia dapat amnesia?"soal Qhaira laju dalam nada berbisik apabila Amy sudah melangkah masuk ke dalam perpustakaan yang masih kosong itu.

"No need.Saya tak rasa dia akan bagitahu orang.Plus,dia nampak gembira kita bagitahu dia tentang tu.Nampak sangat dia jenis orang yang tak suka kalau ada orang rahsiakan sesuatu daripada dia.Even though it's none of her business."
Syazwan tergelak kecil apabila Qhaira mengangkat keningnya dengan riak wajah terkejut apabila Syazwan mengatakan ayat 'none of her business'.

"..don't worry..I didn't mean it in a bad way..I'm fine with her knowing about us living together."
Qhaira mengangguk perlahan sebelum membiarkan Syazwan melangkah masuk ke dalam perpustakaan.
Pintu perpustakaan itu dibiarkan terbuka sebelum dia melabuhkan punggung di atas karpet yang dipenuhi dengan barang dan makanan yang masih belum dibalut dengan kertas hadiah.

"Okey.Amy tolong susun makanan dengan barang,saya dengan Qhaira akan balutkan."
Suasana menjadi sunyi buat seketika.

"...Qhaira?"soal Amy sambil menuding jari ke arah Qhaira yang sudah mengurut ruang di antara dahinya.Dahinya kelihatan berkerut.
Syazwan yang tersedar akan kesilapannya meraup mukanya sambil membisikkan kata-kata 'Maaf' berkali-kali.

"Uhh..so well..ceritanya macam ni.."
Jika tadi dia hanya memberitahu separuh daripada ceritanya,kali ini dia harus menceritakan sepenuhnya termasuk sewaktu dia berjumpa dengan Qhaira sewaktu aktiviti perkhemahannya beberapa minggu yang lepas kepada perempuan itu yang kelihatan seperti teruja ingin mengetahui kisah selanjutnya.

Selesai bercerita,Amy kelihatan seperti termenung buat seketika.
Jadi nama yang direka di dalam imaginasinya itu adalah nama betul Ceisya?
Kebetulan apa ni?
"..I will keep it a secret!"jawab Amy tanpa disuruh dengan riak wajah serius.
Matanya bersinar-sinar memandang ke arah Syazwan dan Qhaira.
Syazwan yang melihat riak wajah Amy yang bertukar itu mengangguk perlahan dengan senyuman lebar.Entah kenapa dia berasa seperti gembira pula.
Qhaira hanya melepaskan keluhan berat.

Masa berlalu sedikit demi sedikit,dan barang yang sudah dibaluti mereka hanya tinggal separuh yang belum siap.
"Hahh..dah hampir siap.Saya nak pergi tandas kejap."

Qhaira dan Amy mengangguk ke arah Syazwan sehingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangan.
Kedua-duanya mula mendiamkan diri.
Amy menyusun coklat bersaiz besar dan kecil itu di atas kertas yang berwarna merah bercampur merah jambu itu sebelum menolaknya ke arah Qhaira perlahan.
"Do you work part time?"soal Amy secara tiba-tiba selepas beberapa minit berlalu.

"None of your business."jawab Qhaira sepatah.
"So you do work part-time."
Qhaira tidak membalas.
Hanya tangannya yang lincah bergerak.
Membalut coklat yang diberikan kepadanya dengan kemas.

"I wish I can work."
Kening Qhaira terangkat.
Tangannya yang bergerak laju tadi serta merta terhenti seperti menyedari sesuatu.
Wajah Amy dipandang lama lalu pandangannya perlahan-lahan menurun ke arah tubuh Amy.
Perempuan itu dipandang atas bawah.

"..Kau nak buat duit sendiri ke?"
Amy mengangguk perlahan dengan riak wajahnya yang kelihatan sedikit..sayu.

"Aku ada seorang kawan kerja ni.Perempuan.Dia kata dia nak cari pembantu rumah.RM 1000 seminggu."
Mata Amy terbuntang.
Wajah Qhaira dipandang dengan pandangan tidak percaya.
Melihat perempuan itu yang kelihatan seperti serius,Amy mengetap bibirnya.

"I will consider."
"Why?..The salary is quite high don't you think?"
"Yeh,but if my mom doesn't agree..Apa gunanya."
Qhaira mengangguk faham sambil mengalihkan pandangan ke arah kertas di tangannya semula.
Dahinya berkerut.
Dia sudah berjumpa dengan calon yang sesuai.
Mana lagi nak cari pembantu rumah nanti kalau Amy cakap dia terpaksa tolak tawaran tu?
Dia sendiri pun tidak sanggup mendengar rengekan Hasinah yang membingitkan telinga.

"I will try to convince your mom then.If push comes to shove."
"Really?..thanks.."
Amy berpaling ke arah pintu perpustakaan.Kelibat Syazwan membuatkan dia tersenyum segaris.

"Wah..Dah banyak korang buat..Good job~"
Qhaira tersenyum mendengar pujian itu manakala Amy tidak membalas.
Hanya fokus ke arah susunan coklatnya yang kelihatan kemas dan 'aesthetic'.
Sebaik sahaja Syazwan mula menolong mereka semula,kerja mereka serta merta bergerak lebih laju berbanding tadi.

"Oh,ya..Korang tahu tak minggu depan akan ada aktiviti sukan?Ada pertandingan bola jaring,bola baling,bola tampar dan bola sepak."
Qhaira hanya menayangkan riak wajah kosong manakala Amy dapat merasakan dirinya di tembak kemudian dihidupkan semula dalam masa 3 saat.

"Korang ada nak masuk dalam apa-apa pertandingan?.."
"..Saya pun tak tahu nak masuk apa."jawab Qhaira perlahan.
Amy?Perempuan itu sudah menjadi bisu sejak Syazwan mengeluarkan ayat 'aktiviti sukan'.
Apabila Syazwan berpaling ke arahnya,Amy mengetap bibirnya sebelum menundukkan wajahnya.

"Saya tak tahu main."
"Awak boleh suruh kawan awak ajar awak."
"Siapa je yang nak habiskan masa untuk ajar saya..?Anyway,there's no way I'll be playing,or get selected to any team at all."
Baru sahaja Syazwan ingin bersuara,bahunya yang dipegang membuatkan dia membatalkan niatnya apabila Qhaira menggelengkan kepala dengan dahi yang berkerut.
Melihat wajah Amy buat kali kedua,baru dia menyedari riak wajah perempuan itu yang kelihatan seperti sedang menahan sedih.

Syazwan dan Qhaira saling berpandangan buat seketika sebelum Syazwan mengeluh perlahan.
"By the way,awak rumah apa?"soal Qhaira apabila suasana di dalam perpustakaan itu mula menjadi muram.

"Biru."
"Wait,really?"soal Amy secara tiba-tiba dengan keningnya yang bertaut.
Jadi mereka di dalam rumah sukan yang sama?

"Awak tak perasan ke?Kan kita ada 'meeting' rumah sukan hari tu?Saya ada nampak Qhaira juga rasanya."
Qhaira tersenyum senget apabila Amy mula kelihatan seperti normal.

"Awak rasa saya patut masuk pertandingan apa?"
"Hmm...Awak pandai main apa?"
"Anything..?"
Amy hanya fokus dengan membuat tugasnya yang hampir siap.Memandangkan dia memang tidak mahir dalam bersukan,dia memang tidak ada apa-apa yang mahu ditanya atau dipersoalkan.

"Wow..Interesting..Saya dengar satu pelajar boleh masuk dalam dua pertandingan.Jadi awak boleh pilih nak masuk yang mana.Ah,tapi bola sepak untuk lelaki je.Apa kata awak masuk bola jaring and bola baling?"
Syazwan tersengih buat seketika apabila teringat pelajar perempuan tingkatan 1 yang bermain bola sepak.Memang cara mereka bermain macam budak-budak betul.

"I will think about it."jawab Qhaira sambil meletakkan paket biskut yang sudah dibalutnya itu di atas riba Syazwan.
Syazwan mengambil paket itu lalu melukis corak rama-rama di atas balutan itu sebelum meletakkannya di sisi.

"Ya,saya harap awak fikir-fikirkan lah..Biru selalu dapat nombor 4.Hijau nombor 1.Merah nombor 2 and kuning nombor 3.Biasanya Merah dengan Kuning bertukar tempat."kata Syazwan panjang lebar dengan riak wajah pasrah.

"Cikgu Khairul rumah apa?"soal Amy sambil membayangkan dirinya bermain bola jaring bersama-sama dengan kawannya yang tidak wujud.

"Merah.And rumah Hijau,diketuai oleh cikgu Hasyira,Kuning,cikgu Asyiqa and saya rumah Biru."Syazwan membuat peace menggunakan jarinya dengan senyuman malas.

"Woah..Mana ada orang boleh kalahkan cikgu Hasyira.."kata Amy dengan dahi yang berkerut.
Cikgu Hasyira adalah antara cikgu yang boleh dikatakan..buat semuanya menjadi.Entah macam mana dia boleh latih budak-budak rumah sukan untuk main sesuatu sampai pandai sebelum pertandingan bermula.
Magik mungkin?

"I know..tapi rumah Merah hampir kalahkan rumah Hijau bulan lepas disebabkan Qaireena."
"Qaireena...Is she cool?"soal Qhaira selepas lama mendiamkan diri.
Pandangannya bertukar tajam apabila bercakap tentang Qaireena.
Perkara yang disedari oleh Syazwan selepas beberapa hari mereka tinggal bersama.

"Yep.As much as I hate to admit it,she's very cool.She carry the team.Pandai bola jaring."
Amy mengangguk perlahan.
Not relatable at all.
Tapi bukan Qaireena memang hebat dalam semua benda ke?..
Bertuah betul cikgu Khairul,dapat isteri macam dia.

Qhaira terdiam seketika.
Memikirkan sesuatu.
"Hari Usahawan siapa yang selalu menang?"

"Saya.Nombor 1,3 tahun berturut-turut!"
Syazwan mula tersenyum bangga apabila Amy dan Qhaira menepuk tangan dengan riak wajah kosong.

"You're good with kids."kata Amy dengan senyuman senget sambil menyusun biskut dan gula-gula terakhir di atas kertas yang bersaiz sederhana.

"Yeh..Tapi saya tak suka jaga budak-budak."
"Oh..?"Qhaira dan Amy bersuara serentak dengan kening yang terangkat.Seperti tidak menyangka Syazwan berkata sedemikian.

"Ya..They make my wallet empty."
"And they're annoying when they cry."sambung Qhaira.
"And they're loud af."sambung Amy pula.
Syazwan,Qhaira dan Amy saling berpandangan sebelum mengangguk setuju.

"What is this?Kids Hate Club?"soal Amy sebelum dia ketawa kecil.
Kening Syazwan terangkat buat seketika.
Begitu juga dengan Qhaira.

"..Pertama kali dia ketawa..kan?"
Qhaira mengangguk perlahan.
Melihat cara percakapan Amy,dan cara perempuan itu berkelakuan,mungkin dia boleh menjadi kawan rapat dengan Hasinah..?
Diorang nampak macam sama.
Mungkin..?

i juz realize i accidently unpublish this chapter wth?????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience