BAB 25 : Boundaries

Romance Series 12091

"Assalamualaikum--"
Tubuh Syazwan yang hampir jatuh itu serta merta disambut.

"Syazwan..?"
"Saya nak baring."
"Ya,tapi awak tak boleh baring atas lantai.."
Qhaira melepaskan keluhan berat sebelum tubuh lelaki itu dicepung.Pintu yang berada di tepinya dibuka dengan bersusah payah.

"Saya nak muntah.."
"Huh?N..Nak pergi tandas ke?"
"Saya nak baring.."jawab Syazwan sambil tangannya memegang tombol pintu biliknya apabila Qhaira ingin membawanya ke bilik air.

"Haih..Fine.."
Pintu bilik itu ditolak menggunakan kakinya.
Belum sempat dia meletakkan Syazwan di atas katil,lelaki itu sudah terlebih dahulu berguling ke tepi.

"Saya nak tidur.Shuh..!"
"Mandi lah dulu..Awak ni.."
Syazwan menarik stokingnya lalu dicampak ke bawah meja.Dahinya yang ditekup dibiarkan.

"Awak dah berani sentuh saya--"
"Dah tu?Nak pergi klinik?"
Syazwan menggeleng kepalanya dengan laju lalu membenamkan wajahnya ke arah bantal peluknya.

"Awak makan tak bekal saya tadi?"soal Qhaira sambil mengeluarkan bekalnya dari beg Syazwan.Apabila bekal itu berasa ringan,senyuman senget terukir di bibirnya.
Syazwan mengangkat bantal yang menekup mukanya itu lalu wajah Qhaira dipandang di sebalik celahan bantal.

"Good,good..I'm proud of you."
Qhaira mengusap kepala Syazwan dengan tangan kirinya yang masih memakai sarung tangan.Pakai atau tidak,itu bukan alasan.Dia tahu dia tidak sepatutnya menyentuh Syazwan.
Tapi..

"Awak nak masak apa hari ni?"soal Syazwan perlahan.

"Bubur.Awak ada nak makan apa-apa ke?"
"....saya nak aiskrim.Boleh awak tolong belikan?"
Melihat Qhaira yang tidak mengendahkannya,Syazwan mula merengek.Hujung baju Qhaira dicengkam dengan kuat.

"Qhairaaaa....!Jangan lah palau sayaaa..!Saya nak aiskrim...!"
"Mana boleh makan aiskrim waktu demam!"
Syazwan menyembam wajahnya ke arah bantal semula apabila kepalanya berasa pening.Tangannya masih memegang erat hujung baju sekolah Qhaira.
Keluhan berat yang dilepaskan dapat didengari jelas di telinga Syazwan.

"...selain aiskrim?Ada benda lain yang awak nak makan..?"
Syazwan menyengetkan kepalanya agar dapat melihat wajah Qhaira.

"....Cadbury."jawab Syazwan perlahan.
Qhaira melepaskan keluhan berat lalu dahi Syazwan sekali lagi ditekup.
Dahinya berkerut buat seketika.

"Okey..Saya pergi beli..awak jaga diri elok-elok tau.."
Syazwan mengangguk laju.
Kucingnya yang bernama Mewo diangkat lalu dipeluk erat.

"Bye-bye.Awak pun jaga diri."
Syazwan mengangkat tangan kucingnya lalu dilambaikan ke arah Qhaira yang sudah mengambil kunci rumah di atas meja.
Sebaik sahaja pintu bilik ditutup,Syazwan merebahkan tubuhnya semula.
Tidak lama kemudian,dia mula berguling dari katil sehingga jatuh ke bawah.
Kucingnya hanya melihat gelagat tuannya yang kelihatan tidak betul.

"..urgh..tak selesa lah kalau tak mandi."

Qhaira menghentikan langkahnya sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kedai itu dengan plastik di tangannya.
Wajah Aira yang baru ingin melangkah masuk ke dalam kedai membuatkan matanya terbuntang.
"Ai?"

"Si-- Siapa,Ai?Nama saya S..S..So..phia!"
"Sophia nama mak kau.Mana ada budak masuk dalam supermarket pakai beg jenama Gucci penuh dengan duit selain kau."
Aira menyorok beg dibelakangnya menggunakan tangannya yang kecil.
Dahinya berkerut.

"..So,what?Kau nak bagitahu mak aku ke apa?"
"..For what?Bukan dia suruh aku cari pun.Bukan masalah aku."
Aira melepaskan nafas lega sebelum lengan Aira dipukul dengan kuat.
Memang kuat.
Tiada langsung rasa manja di sebalik pukulan itu.

"Stupid,you're making me scared over nothing!"
"Kau sorang-sorang je,ke?Aku tahu kau pandai jaga diri..But there's only a limit you can do with a knife."
Serentak dengan itu,Syazrif yang berjalan ke arah mereka dengan anak kucing di tangannya membuatkan Qhaira berpaling ke arah Aira dengan dahi yang berkerut.

"..Ah.It's you."
Melihat riak wajah Syazrif yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini,tiba-tiba Qhaira berasa seperti dia difitnah akan sesuatu oleh seseorang.

"..So,haha.I live with him,now.If you don't know.He's a good guy!"
"Banyak lah kau!Aku suruh beli maka-- Hatchii!!Aku suruh kau beli makanan kucing!Boleh pula- Hatchii!!..kau bersembang dengan dia ni?"
Syazrif menjauhkan anak kucing itu dari wajahnya.
Qhaira dipandang atas bawah dengan riak wajah tidak puas hati.

"..Aku nak beli lah ni..!Dia ni yang kacau aku tiba-tiba!"
"Mana ada!Kau yang tiba-tiba bercakap dengan aku.Boleh je blah kan?"
"Korang kenal antara satu sama lain ke?.."
Qhaira dan Aira automatik terdiam lalu mengalihkan pandangan masing-masing.
Qhaira menjeling ke arah Syazrif buat seketika.

"Haish..Apa-apa je lah..pergi beli makanan tu cepat..!I'm gonna get an asthma attack if this..goes on..Hatchoom!!"
Syazrif dapat merasakan matanya sudah mula berair.Wajah Qhaira dipandang lama sebelum dia melangkah ke arah perempuan itu.

"Terima kasih sebab bagi aku kad tu,tapi.."
"..you don't want to work there?"potong Qhaira laju.Wajahnya kini menayangkan riak wajah kosong semula.

"No."
"Why not?I mean..gaji dia pun okey?"
"..I'm done selling my body for money you know.Lagipun....macam mana kau boleh ada kad tu?You're a girl?Kau tak nampak macam orang yang...akan buat kerja tak senonoh..?Kau pernah bagi kad tu dekat orang lain ke sebelum ni?"
Qhaira sudah terpinga-pinga apabila Syazrif menerangkan sesuatu yang dia tidak mahu dengar.

"Apa?You sell your body for money before?"
"..I thought you already know?Kalau tak kenapa kau bagi aku kad tu?"
"Kad apa?Kad kerja sebagai pembantu rumah tu?"
"Pembantu rumah?Tapi dia cakap aku kena..puaskan..."
"..."
Qhaira dan Syazrif saling berpandangan.
Lama.

"...budak perempuan tu bagitahu apa dekat kau?"
Wajah Syazrif automatik berubah merah apabila Qhaira memandangnya dengan riak wajah pelik.
Anak kucing di tangannya dipeluk sebelum dia berlalu pergi dengan laju.

"..Ah..kejap..!"
"..Okey,dah beli!Eh.Mana Syazrif?"
Telinganya yang tiba-tiba ditarik membuatkan Aira menjerit kesakitan.
Tangan Qhaira dicengkam.

"Kau cerita apa pasal aku dekat Syazrif?Kau buat cerita lagi ke?Cerita apa pula kau reka kali ni?"
"Aish!Sakit lah!Mana ada aku reka cerita!"
"Jadi macam mana kau boleh duduk dengan dia?Apa jadi dekat kad yang aku bagi dekat dia?"soal Qhaira bertubi-tubi dengan matanya yang mencerlung tajam ke arah Aira.
Memang sebelum ini dia tahu Aira duduk dengan seseorang,tetapi tidak sangka pula Syazrif orangnya.
Riak wajah Syazrif tadi lain macam.
Benda yang dia cakap tadi pun pelik.
Kalau Syazwan tahu semua ni macam mana?..
Kalau dia tahu adik dia pernah....

"..aku..suka hati aku lah!Bukannya aku tak tolong dia!Aku bagi dia duit,sebagai balasan dia bagi aku duduk rumah dia!Sekarang aku tengah carikan dia kerja lain!So?Apa masalahnya?Win-win situation!"jawab Aira.
Pisau poket di dalam jaketnya dikeluarkan lalu ditoreh pada tangan Qhaira.
Mujur Qhaira sempat menarik tangannya.

"Apa masalahnya?Kau tipu dia.."Qhaira menepuk dahi sebelum mengeluarkan handphonenya.
Tangannya yang dicengkam itu membuatkan dia susah untuk menaip mesej kepada Sharika.
Dia harus pulang dengan cepat.
Syazwan masih menunggu di rumah.

"..S..So what?Kau nak suruh dia kerja dekat rumah aku?"
"Iya lah!Apa benda yang kau cerita dekat dia ni?"
"..Aku cuma putar belit sikit je..!Itu pun nak kecoh ke?Lagipun..Rumah aku memang tak sesuai pun untuk dia!Dia tak boleh bergerak banyak,dia ada asma!Kalau dia kerja dekat rumah aku,dia kena cuci rumah aku tiap-tiap hari!Asma dia jadi makin teruk,haa tengok?Aku fikir semua tu!Kau buat apa tu!Kau nak telefon siapa?!"
Qhaira menolak kepala Aira ke tepi.Nombor telefon Sharika ditekan.

"Kau telefon siapa!Jangan lah!"jerit Aira sambil melompat-lompat seperti kanak-kanak Ribena.
Tangannya cuba mengambil telefon dari tangan Qhaira.
Jika dilihat dari jauh,mereka nampak seperti kakak dan adik yang bergaduh walaupun perbualan mereka sekarang agak serius.

"..Hello..Sharika?So,you see..Aku ada jumpa..Aira."
Aira terjerit kecil apabila pergelangan tangannya dipegang erat.
Pisau poketnya dihala ke arah tangan Aira tetapi sebelah lagi tangannya dipegang oleh seseorang.
Syazrif memandang ke arah plastik yang berisi paket makanan kucing itu yang tergantung di pergelangan tangan Aira.

"..Kau nak hantar dia dekat mak dia balik ke?"
"Mhm.Lagipun memang mak dia tengah cari pun..Ah..kau ke orang yang kata 'you're such a dumbass of a parent' dekat dia?Kalau,ya dia nak jumpa dengan kau juga."
Aira menarik tangannya dengan kasar lalu tubuh Syazrif dipeluk erat.

"Abang..jom lah pergi.."
"Siapa abang kau?"
Aira perlahan-lahan menundukkan wajahnya.
Entah kenapa..ayat yang sering dikatakan oleh Syazrif itu tiba-tiba berasa perit sekarang.

"..oh.Ada coklat."
Syazrif memandang ke dalam plastik itu.Selain makanan kucing,ada banyak coklat yanh dibeli oleh Aira.Semua coklat kegemarannya.

"..Kalau tak letak dalam peti nanti cair."
Syazrif memegang erat tangan Aira.
Senyuman sayu terukir di bibirnya.

"..taknak jumpa mak sendiri ke?.."
Aira memandang tangannya yang dipegang erat oleh Syazrif.

...

'Do you want to stay with me?..'

Aira memandang ke arah wajah ayahnya yang sedang tersenyum lebar.
Kemudian ke arah wanita yang berada di belakang ayahnya.
Tiga.
Dia ada tiga ibu.

Ibu kandungnya,memilih untuk bercerai kerana menjumpai 'pasangan' yang lebih 'baik'.
Ibu tirinya,diceraikan oleh ayahnya.
Dia sendiri pun tidak tahu kenapa,tapi mereka berdua sering bergaduh.Tetapi tiada pula ibunya yang kedua itu melawan atau meninggikan suara.
Hanya ayahnya yang bermasalah.

Ibu tirinya yang kedua,ada di belakang ayahnya.
Tapi wajah Sharika..kelihatan terlalu kosong jika dipandang lama.
'...Safiy..nak duduk dekat mana?..'soal Aira apabila ayahnya tidak berkata apa-apa kepada adiknya.

Safiy mengenggam hujung bajunya sebelum berlari ke arah Sharika.
Mata Sharika terbuntang.
'..M...Me?'
Safiy mengangguk laju.
Sharika berpaling ke arah bekas suaminya yang kelihatan seperti tidak peduli.
'..So?..Safaira nak duduk dengan papa tak?..'
Aira mengetap bibirnya dengan kuat.
Apabila bibirnya berasa sakit,baru dia bersuara.

'..taknak.'

...

"..taknak."
Syazrif melepaskan keluhan berat.

"...not yet."
Kening Syazrif terangkat.
Not 'yet'.
Maksudnya mungkin lepas ni dia rasa nak berjumpa dengan mak dia.Cuma bukan sekarang.
Tapi nanti.

"..Okay,then..let's run away."jawab Syazrif dalam nada berbisik.
Mata Aira kelihatan seperti bersinar-sinar apabila tangannya dipegang erat.

"Aku dah telefon mak kau,so lepas ni--"
Qhaira tersentak apabila ada pisau yang dihala ke arahnya.Tubuhnya serta merta kebelakang apabila pisau itu hampir terkena matanya.
Cukup lah dia buta di sebelah kiri..

"..Lari..!"
Qhaira yang berada di belakang mereka hanya menayangkan riak wajah kosong.
Kelibat Syazrif dan Aira yang berlari dengan pantas itu membuatkan dia memandang plastik di tangannya.
Eh...
Dia pun malas mahu mengejar.
Biar je lah.

Baru sahaja Qhaira ingin berlalu pergi,kelibat dua orang wanita yang dikenalinya berlari dengan pantas ke arah jalan yang dilalui Syazrif tadi.
Kening Qhaira berjongket.
"Tisya dengan Fara ke tu?"

Qhaira berjongket bahu sebelum berlari dengan pantas.Dia harus cepat pulang ke rumah.
Mesti Syazwan sudah menunggunya lama.

"..Syazwan?..Syazwan!"
Syazwan membuka matanya dengan dahi yang berkerut.Wajah Qhaira yang berada dekat dengan wajahnya membuatkan matanya layu semula.

"..Ya..."
"Awak okey?..Kejap,saya nak masak.Saya ada beli coklat.Tapi awak boleh makan lepas dah makan nasi."
Syazwan merengek apabila paket coklat di tangannya dirampas dengan kasar.

"..Saya ada beli panadol juga.Awak dah mandi?"
Syazwan mengangguk perlahan.
Tuala yang berada di hujung katil ditarik lalu dihulurkan ke arah Qhaira untuk disangkut.

"..Okay,good.Saya ada beli Cool Fever."
Qhaira mengeluarkan Cool Fever dari plastik itu lalu paket Cool Fever itu dibuka dengan laju.
Dahi Syazwan ditekup.

"Panasnya.."
"..tampal.."
Syazwan bersuara sambil menyelak rambut bahagian depannya ke belakang.
Qhaira hanya menurut sahaja.
Cool Fever itu ditampal pada dahi Syazwan.

"Nak coklat..?"
"Makan nasi dulu."
Qhaira hanya menggeleng kepala apabila Syazwan memuncungkan bibirnya.
Macam budak-budak.

Pipi lelaki itu diusap perlahan.
"..I'll give you the chocolate after you eat,okay?"
Syazwan mengeluarkan jari kelingkingnya dengan senyuman lebar.
Qhaira tergelak kecil sebelum dia membuat 'pinky promise'.Syazwan merebahkan tubuhnya semula apabila Qhaira sudah berlalu pergi.
Selimut yang menutup separuh badannya ditarik hingga ke kepala.
Matanya dipejam rapat sebelum dia lena dibuai mimpi.

..........

Syazwan mencari kelibat adiknya.
"..Aish!Mana dia pergi?!Syazrif!!"
Asap api yang terlalu penuh di dalam rumah itu membuatkan dia mula menjadi panik.

"Abang..!"
Syazrif yang terbatuk-batuk itu berlari ke arahnya.

"..Ah!Syazrif,hati-hati..!Kaca..!"
Syazrif memandang kaca yang penuh di hadapannya tetapi kakinya masih melangkah laju ke arah Syazwan yang berada tidak jauh darinya.

"..Hahh..Nasib baik!"
"..Mama..mama dengan papa..Kat dalam.."
Syazrif tersentak apabila tubuhnya di angkat.
Wajah Syazwan dipandang dengan riak wajah pucat.

"..Mama dengan papa kat dalam tu!Abang!Abang!!"
Syazwan hanya membiarkan saja bahunya dipukul.Dia hanya lebih fokus untuk keluar dari situ.
Mama dengan papa..?

Bunyi tangisan Syazrif kedengaran kuat sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada rumah itu.
"..Syazrif...Abang ada,kan?.."

"..Mama dengan papa mana?!"jerit Syazrif sambil menarik baju Syazwan.
Kakinya yang berasa sakit akibat terpijak kaca itu tidak diendahkan.

"Abang!!!"
"Syazrif.....diorang dah tak ada lah.."Irina bersuara sambil memeluk erat tubuh Syazrif.
Matanya berkaca.
Syazwan memandang ke arah rumahnya yang..sudah tidak kelihatan seperti rumah.
Dia hanya boleh melihat asap.

Pandangannya menjadi kosong.
Ah..
Semuanya hilang.

"..Nak mamaa...papa....hikk.."
Syazrif memeluk erat peha abangnya.
Mata mereka saling bertaut.
Sepasang mata yang sudah menjatuhkan air mata dan sepasang lagi mata yang sudah dipenuhi air mata.

"...It's okay....abang ada..abang takkan tinggalkan Syaz.."
"..hikk..janji?.."
"..janji.."jawab Syazwan sambil membuat 'pinky promise' dengan adiknya.
Wajah Irina yang kelihatan sayu itu dipandang.
Tubuh kakaknya juga dipeluk erat.
Adiknya yang tiba-tiba pengsan itu membuatkan dia tersentak.

"..Syazrif?Syazrif,kenapa ni?Syazrif?!"

..........

"Syaz..!"
Syazwan terjaga dari tidurnya.
Tubuhnya yang sudah berpeluh dengan banyak itu membuatkan dia mula berasa lemah.
Qhaira yang berada di tepinya memegang erat lengan lelaki itu.

"....nightmares?"
"...old memories."jawab Syazwan sebelum menjatuhkan kepalanya pada lengan Qhaira.
Qhaira mendiamkan diri buat seketika.
Kepala Syazwan diusap.

"..tadi...saya ada..terserempak dengan adik awak.."
Melihat pandangan Syazwan terhadapnya,Qhaira menarik nafas lalu menghembusnya dengan kasar.Dia melangkah turun dari katil.
Tangan Syazwan digenggam erat.

"...Dia dengan..seorang budak ni.."
"..budak?.."
"Ya,tapi itu..bukan apa yang saya nak cerita.Awak ingat tak..kad yang saya bagi dekat dia tu?"
Syazwan mengangguk perlahan.
Sebelum ini dia ada bertanya kepada Qhaira tentang kad itu.
Jika dia tidak silap,kad itu berkaitan tentang kerja pembantu rumah?..

"..Sebenarnya..dia..tak kerja pun dekat tempat yang saya suruh dia pergi tu.."
"..jadi dia duduk dekat mana?"soal Syazwan dengan riak wajah risau.
Tubuhnya yang menggeletar cuba ditenangkan.

"Awak makan lah dulu..badan awak menggeletar."
"Ta..Tapi..Saya nak tahu apa jadi.Qhaira..Jangan lah..rahsiakan benda ni daripada saya."
Qhaira memandang wajah Syazwan buat seketika.Mangkuk yang berisi bubur itu di ambil.

"Saya cerita sambil awak makan?"jawab Qhaira sambil menyua sudu yang berisi bubur itu ke arah mulut Syazwan.
Syazwan dengan pantas membuka mulutnya.

"..jadi sekarang..budak yang ada dengan dia tu..saya tak boleh cerita banyak..let's just say..she's very rich."
"Lagi kaya daripada awak?"
"Tak,saya lagi kaya."
Syazwan mengangkat keningnya dengan riak wajah seperti mengatakan 'Oh,ya ke?'.
Qhaira berdehem seketika sebelum menyambung ceritanya semula.

"..jadi...let's just say,dia tolong bayarkan sewa rumah adik awak..?"
"What?Dia sekaya itu..?Dia budak-budak?Berapa umur dia?"
"8.Tapi saya rasa mesti dia tipu adik awak umur sebenar dia."
Syazwan kelihatan seperti terlalu terkejut untuk berkata apa-apa.

"..Dia..lari dari rumah..And,sekarang ni budak perempuan tu tinggal dengan..adik awak."Qhaira mengelap sisa bubur di tepi mulut Syazwan.

"Budak?Perempuan?"soal Syazwan dengan mata yang terbuntang
. "Syazwan,relaks..Belum sampai part extreme lagi.."
"Ada part extreme..?"
"..so..tadi kami bersembang..and..dia ada terlepas cakap sesuatu.."
Qhaira mengetap bibirnya buat seketika.
Patut ke dia beritahu?
Tak..dia layak untuk tahu.
Syazrif tu ahli keluarga dia.

"..boleh saya bisik dekat telinga awak..?"soal Qhaira dengan riak wajah serius.
Mangkuk di tangannya diletakkan ke atas meja.
Apabila Syazwan menyengetkan kepalanya ke arah Qhaira,Qhaira mendekatkan bibirnya ke arah telinga Syazwan.

Dahi Syazwan semakin lama semakin berkerut mendengari setiap kata-kata yang dibisikkan oleh Qhaira.
Tidak lama kemudian matanya terbuntang.
"..ah.."

Qhaira menekup kedua-dua pipi Syazwan apabila lelaki itu kelihatan gelisah.
"..Are you okay?.."

Syazwan memeluk erat tubuh Qhaira dengan wajahnya yang pucat.
"...saya rasa bersalah tiba-tiba.."
Bahunya yang diusap perlahan itu membuatkan Syazwan memejam matanya.
Bila difikir balik..
Dia ada keluarga Khairul di sisinya,tapi Syazrif?..
Dia cuma ada Irina..
Selain tu?..

'Tak habis-habis Irina kau ni.Aku duduk sorang lah..!Sampai bila aku nak berkepit dengan dia?'

"..saya nak jumpa dia.."
"..sure..lepas awak dah sihat.Okey?"
Syazwan mengangguk perlahan.
Pipinya yang diusap dibiarkan.

"Oh.Awak belum makan ubat."
"P..Perlu ke?"
"Of course..awak nak coklat tak?"
"..Saya rasa okey dah."
Melihat wajah Qhaira yang memandangnya dengan pandangan musykil,Syazwan mengambil tangan Qhaira lalu diletakkan pada dahinya.
Apabila tersedar Kool Fevernya masih tertampal di dahi,tangan Qhaira ditekup pada lehernya.

"..See?Sejuk dah kan?"
Melihat wajah Qhaira yang berona merah,Syazwan dengan pantas menjatuhkan tangan yang dipegangnya.

Wajahnya ditundukkan.
Alamak.
Dia sudah terbiasa dengan sentuhan Qhaira..?

Lehernya yang diusap membuatkan dia tersentak.Wajah Qhaira dipandang dari ekor matanya.

"..Panas lagi lah."Qhaira bersuara perlahan.Suaranya lain daripada biasa.
Pil di tangannya dihulurkan pada Syazwan.

"Makan,baru saya bagi coklat."
Syazwan memasukkan pil itu ke dalam mulutnya lalu meneguk air dengan laju.
Gelas itu diletakkan di atas meja.

"Good job.."
Qhaira tersenyum lebar ke arah Syazwan.
Pandangannya menurun ke arah bibir lelaki itu tanpa disedari.
Tekaknya berasa kering.

"..coklat?"soal Syazwan dengan riak wajah berharap.
Coklat yang dihulurkan kepadanya dibuka dengan laju.
Tekstur lembut coklat itu membuatkan dia tersenyum puas.Lagi-lagi apabila Qhaira membeli perisa kegemarannya.Perisa anggur.

"..Sedap...eh.Awak beli guna duit awak lagi ke?"
Qhaira mengangguk perlahan.
Syazwan tersenyum lebar buat seketika sebelum mencapai laci mejanya.Duit di dalam laci itu di ambil,tetapi tangannya sudah terlebih dahulu dipegang oleh Qhaira.

"I...don't want your money.Saya ikhlas."
"..awak dah banyak belanja saya..Ambil je lah.."
Qhaira menggeleng kepala lalu duit itu diletakkan ke dalam laci semula.Laci itu ditolak sehingga tertutup rapat.

"Your smile is enough to pay for it."
Syazwan tersenyum malu buat seketika.
Coklat di dalam plastik itu di ambil lalu dihulur kepada Qhaira.
"..ah.Hari tu awak ada cakap awak tak suka coklat kan..?"soal Syazwan dalam nada tidak pasti apabila Qhaira tidak mengambil coklat yang diberi.

"..no.Saya tak pernah makan benda yang terlalu manis.Sedap ke?"
Syazwan mengangguk laju lalu menghulurkan coklat di tangannya ke arah Qhaira.
Tetapi mata Qhaira hanya fokus kepada wajahnya.

Wajah Qhaira yang semakin rapat dengannya membuatkan wajahnya berasa panas.
Tapi mungkin kerana sekarang dia sedang demam.
Kan?..

Qhaira merapatkan wajahnya ke arah Syazwan lalu bibir lelaki itu dipagut dengan lembut.
Syazwan serta merta menutup matanya.
Jantungnya berdegup laju.
Lehernya yang ditarik ke arah perempuan itu membuatkan dia mengeluarkan suara terkejut.
Bibirnya yang terbuka itu membuatkan dia tersentak apabila lidah Qhaira menyentuh lidahnya.
'..i..i don't know how to kiss..wait..'

Tubuhnya yang terbaring itu membuatkan dia berpaut pada Qhaira.Tangannya merangkul leher Qhaira apabila ciuman mereka semakin dalam.
Pinggangnya yang diusap membuatkan dia mengeluarkan desahan kecil.
"...Qhaira..."

Ciuman mereka terlepas buat seketika.
Masing-masing saling berpandangan.Mata Qhaira masih kelihatan layu.Syazwan merapatkan bibirnya ke arah bibir Qhaira semula.
Ingin merasakan sensasi yang dilaluinya tadi buat kali ke dua.
Tubuh Qhaira yang masih mengunci kedudukannya dipeluk erat.
Lidah mereka yang saling berlaga membuatkan Syazwan menahan suaranya daripada keluar.Lengannya yang digenggam erat oleh Qhaira membuatkan dia tidak boleh bergerak.
"...ngh.."

Butang bajunya yang dibuka membuatkan dia mendalamkan lagi ciumannya.
Ciuman Qhaira yang turun pada lehernya membuatkan dia menyengetkan kepalanya untuk memudahkan lagi kerja perempuan itu.
Baru sahaja dia ingin memejam matanya,pergerakan Qhaira yang tiba-tiba berhenti membuatkan dia membuka matanya semula.
Wajah Qhaira dipandang lama.

"...Qhai..?"
Tubuhnya yang diselimutkan dengan laju itu membuatkan dia tersentak.
Wajah Qhaira dipandang buat kali kedua.
Qhaira tidak kelihatan seperti menayangkan apa-apa reaksi.
Kosong.

Ah.
Sebab dia kah?
Cara dia memberi reaksi agak membosankan..?

Jika hatinya sekuntum bunga,dia yakin dia dapat merasakan bunga itu layu sekarang.
"..Qhaira--"

Butang bajunya yang dibutangkan semula membuatkan dia mendiamkan diri.
Riak wajahnya bertukar keruh.
".........sorry."bisiknya perlahan.
Tangan Qhaira automatik terhenti.

"..Maaf."
Giliran Qhaira pula yang meminta maaf.
Syazwan memandang wajah Qhaira dengan riak wajah serba salah.
Pipi Qhaira yang berona merah itu membuatkan keningnya terangkat.

"..saya...tak berniat nak..ambil..kesempatan.."bisiknya perlahan tetapi kedengaran jelas di telinga Syazwan.
Wajah Syazwan juga turut berubah merah apabila Qhaira memandang tepat ke arah anak matanya.

"...kalau ada nak apa-apa,awak panggil lah saya."kata Qhaira sebelum berlalu pergi dari bilik Syazwan dengan riak wajah selamba.
Syazwan yang masih berada di atas katilnya sudah menyorokkan wajahnya pada bantal.

"..Macam mana dia boleh buat muka selamba..."bisik Syazwan dengan riak wajah tidak puas hati.

'..saya...tak berniat nak..ambil..kesempatan..'

Senyuman redup terukir di bibirnya.
Pipinya yang berasa panas digosok perlahan kemudian ditampar dengan kuat.
"Tak..!Sekarang ni kenapa tadi aku biarkan je dia..?!Syazwan,kau dah jadi miang ke?Kau dah terdesak sangat ke?Aishhh!"
Syazwan menampar pipinya sehingga berasa kebas.Jantungnya mula berdegup kencang apabila memikirkan ciuman mereka tadi.
Ah..Syazwan,apa dah jadi dekat kau..?

Qhaira menyembam wajahnya ke arah bantal.

'..Qhaira..'

"...urghhh....."
Kepalanya digeleng laju apabila dia terbayangkan wajah Syazwan sebentar tadi.
Suara Syazwan yang kedengaran menggoda tadi masih kedengaran jelas di telinganya.

Menyedari kesilapannya,Qhaira mengetuk kepalanya berkali-kali sehingga rasa malunya hilang.
Qhaira mencengkam bantal di tangannya lalu membenamkan mukanya pada bantal semula.
"..Aaaa...!Qhaira,what have you done..?!"jeritnya dengan kuat.
Jeritannya yang kedengaran perlahan itu membuatkan telinga Mewo kebelakang.
Kucing milik Syazwan yang sedang berbaring di dalam kotak yang dijumpainya dipandang tajam oleh Qhaira.

"I need to apologize properly.."
"..meow.."
"Why did I kiss him anyway?"soal Qhaira kepada dirinya.
Wajah Syazwan bermain semula di fikirannya.

"..Arhh....kalau masa diputarkan pun aku akan buat benda yang sama..."
Qhaira melepaskan keluhan berat lalu tubuhnya disandarkan pada dinding.

"Relax,Qhaira..you do it everytime in your dream."
Qhaira bertenang buat seketika.
Matanya dipejam rapat sambil dia cuba menenangkan hatinya.
Tetapi tidak lama kemudian dia membuka matanya semula dengan riak wajah pucat.

"Am I a good kisser?"soal Qhaira ke arah dinding di tepinya.
Ini baru betul 'bercakap dengan dinding'.
Otaknya sudah berasa seperti separuh gila.

"Urghh..."

Ting!

Hasinah mencapai handphonenya dengan riak wajah malas.
Matanya masih melekat pada TV yang sedang menyiarkan cerita 'Howl's Moving Castle'.
Skrin handphonenya dipandang sekilas.

'...have you guys ever kiss someone..?'-Q

Hasinah menaip sesuatu pada skrin handphonenya dengan laju lalu menghantarnya.
Pandangannya beralih ke arah TV semula.

'..no?Wtf?'-H

'Looks like someone just had her first kiss~'-?

'....nvm then.'-Q

'Hey,heyyy...Was it good?'-?

'.....yes.'-Q

Hasinah tersengih lalu menaip sesuatu dengan senyuman senget.
Kepala Amy yang tiba-tiba jatuh pada bahunya membuatkan dia tersentak.
Wajah Amy dipandang lama.
"..tired,huh?.."bisiknya perlahan.

Ting!Ting!Ting!

Hasinah membaca mesej pada handphonenya semula.TV nya sudah di pause sebentar tadi agar dia tidak ketinggalan filem yang sedang disiarkan.
'SHEEESHH'-H

'Qhaira dah besar~'-?

'....'-Q

'So,anyway..bila kau nak bagi aku masuk dalam rumah kau ni,Hasinah?Aku tunggu setengah ham dah depan pintu.'-?

Hasinah tersentak.
Tubuh Amy perlahan-lahan diletakkan ke tepi sebelum dia melangkah keluar daripada bilik itu.
Lupa pula dia ada berkata mahu meminjam buku lain daripada kawannya itu.

Pintu utama rumah itu dibuka.
Dahinya berkerut apabila tiada orang di luar.

Ting!

'Kau pergi mana?Aku dekat balkoni lah bijak.'-?

Hasinah mendengus geram.

'..By the way..Aira apa cerita?'-Q

'Dia ada bercakap..tapi sepatah je.Urgh..aku rasa macam dah jadi ibu.Kau dah jumpa Safaira?'-?

'Dah.Tapi dia lari balik.Aku malas nak kejar.'-Q

'Safaira..Aira..nama nak dekat sama.Oh,ya..Nama Hasinah pun,ada Aira kan?..'-?

'Yeah..'-Q

Serentak dengan itu,pintu balkoni dibuka.
Airiqa memandang wajah Hasinah dengan senyuman senget.
"..Where's the book?"soal Airiqa laju.
Kasutnya yang sudah ditanggalkan itu membuatkna dia melangkah masuk ke dalam bilik Hasinah dengan laju.

"...Kejap lah.."
Airiqa memandang ke arah tubuh Amy yang berbaring di atas lantai.
Keningnya terangkat.

"..kau bagi dia tidur dekat dalam bilik kau?"soal Airiqa tanpa berpaling ke arah Hasinah yang masih sibuk mencari buku.

"..tadi nak tengok cerita..Tapi dia tidur sekerat jalan."jawab Hasinah acuh tak acuh.

"..But you let her in your room?"
"Yeah."
"Is she..you know?Fun to hang out with?"
"Indeed.She's actually just like me.We both doesn't like going out.We watch the same thing.We dislike the same type of people."
Airiqa menyelak rambut Amy ke tepi.
Wajah Amy dipandang lama.

"....nah.Why are you looking at her like that?"soal Hasinah dengan riak wajah musykil.Tudung Amy yang terjatuh di atas lantai itu di ambil lalu disangkut.

"Nothing.Mind your own business."
Hasinah mengerlingkan matanya sebaik sahaja Airiqa melompat turun dari balkoni biliknya.
Pintu gelongsor itu ditutup rapat.
Wajah Amy dipandang lama sebelum senyuman semget terukir di bibirnya.

Ting!

Hasinah memandang skrin handphonenya semula.

'Hai. ^^ What are you doing?'

Mata Hasinah serta merta bersinar.
Tangannya menekan skrin handphonenya dengan laju sebelum dia melangkah keluar daripada bilik itu.

Tidak lama kemudian dia melangkah masuk semula ke dalam biliknya lalu melabuhkan punggung di tepi Amy.
'Nothing.Just finish watching a movie.'-H

'Owhh..What movie?Tgk dgn kwn ke?'

Hasinah tersentak apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk.

'..Ig so?'-H

'Finally having a friend.I'm so proud.'

'Wah..mcm sindir je?'-H

Dengan riak wajah teruja,Hasinah membaringkan tubuhnya di tepi Amy lalu tubuh perempuan itu dipeluk erat.
"..She's so small."

'Mana ada sindir..'

'Yelah tu..Btw..y did u suddenly text me?Need something?'-H

'Do I have to need something to talk to u?'

'Cakap je lah nak telefon.'-H

'Can I..?^^;'

Hasinah tergelak kecil sebelum menekan nombor telefon di skrin handphonenya.
"..Hello..?"

'Haii~ Dah lama tak bercakap dengan awak..'

"Just say you miss my voice."jawab Hasinah sambil bermain dengan rambut Amy.

'Stop teasing me.'

Hasinah tergelak kecil apabila suara lelaki di hujung panggilan itu kedengaran seperti merajuk.

Amy membuka matanya buat seketika.
Suara lelaki yang kedengaran jelas di telinganya membuatkan dia menutup matanya semula.
'....who..?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience