BAB 36 :Troubles

Romance Series 12091

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.
Amy membuka matanya perlahan-lahan.
Lampu biliknya yang tidak ditutup membuatkan matanya berasa pedih buat seketika.
Matanya diurut perlahan.Bantal peluk disebelahnya dipeluk erat sambil dia cuba menutup matanya semula.
Dia harus pergi ke sekolah nanti,jika dia tidak tidur sekarang,nanti mesti di dalam kelas dia akan tertidur.

'Macam lah kau tak pernah tidur dalam kelas walaupun kau dah tidur awal.'
Amy menggelengkan kepalanya dengan riak wajah serabut apabila dirinya yang berpakaian hitam itu bersuara sambil berpeluk tubuh.
Tubuhnya dipusingkan ke arah kiri dengan bantal peluknya yang juga bertukar tempat.
Dahinya berkerut.

'..Sure.Cuba lah tidur.Macam lah boleh.'
1 minit.2 minit..10 minit..20 minit.
Tidak kira lah berapa lama Amy menutup matanya,matanya tetap tidak mahu tertutup.Rasa mengantuknya telah hilang.

"..Fuck....."bisik Amy perlahan sebelum meraup wajahnya.Wajahnya ditutup menggunakan bantal peluknya agar cahaya bilik itu tidak menganggunya.

..........

'Welcome back.'

Amy memandang ke arah hologram yang terapung di depannya.

'You are in the middle of an adventure that you still didn't finish.Continue where you left off?'

-> -Yes
-No

'You choose to proceed with the adventure.'

"I'm back?.."soal Amy perlahan.
Bajunya yang berwarna hitam dipandang lama.
Hologram di sebelahnya dipegang lalu digoncang.

"Where the hell have you gone to?Siapa perempuan misteri tu?"soal Amy bertubi-tubi.
Tetapi hologram yang di genggamnya hanya menunjukkan perkataan 'Error'.

"Urgh..Now,where am I?.."
Amy melepaskan hologram itu lalu memandang ke arah sekelilingnya.
Oh.Dia tahu tempat ni.
Ini tempat di mana dia pertama kali berjumpa dengan Humaira.
Tapi dia sudah membunuh 'watak' itu.

Serentak dengan itu,pintu bilik yang berada tidak jauh darinya ditolak dari luar.
Wajah Humaira yang kelihatan serius itu membuatkan matanya terbuntang.
'Hello?System?Bukan aku dah bunuh dia ke?'

'We are currently updating our data and are unable to answer any question for the moment.'

'Update?..You never update before?Kenapa tiba-tiba?'soal Amy yang sedang menggunakan kuasa telepatinya.

'Due for some unknown reason,the data of your previous adventure that was collected is gone.'

'What?Then..What about Syazwan?And Qhaira?The one in this world?Diorang kenal aku lagi tak?'soal Amy lagi apabila mengingati watak Syazwan dan Qhaira yang juga berada di dalam dunia imaginasinya.

'We already have a backup for that adventure data.Do you want to save that data first in your files?'

-> -Yes
-No

Amy dengan pantas menekan butang 'Yes' sambil melihat jumlah data pengembaraan lama yang sedang dimuat turun semula.
Dahinya berkerut.
Harap-harap dia takkan terserempak dengan perempuan tu lagi selepas ini.

"You're awake!Lol.You faint twice today!Your stamina is really awful huh?How are you feeling?"
Humaira meletakkan pinggan yang dipenuhi dengan buah tembikai susu di atas meja yang terletak di tepi Amy.

"..Syamimi dengan Arissa mana?"soal Amy dengan riak wajah kosong.
Rasa pelik pula bercakap dengan watak yang dibunuh oleh tangannya sendiri.

"Downstairs.They're waiting for you to wake up.Do you want to go downstairs to meet your friend?"

-Yes
-No

Kening Amy terangkat.
Oh.Patut lah dialog dia baik semacam.
Dia dah jadi watak sampingan ke?..
Watak sampingan yang selalu bagi 'quest' tu?
Apa nama diorang?NPC?
Interesting...
"Not yet.Apa jadi tadi?"

"After we run away from the dragon you suddenly faint."
"How long was I out for?"
"Two days."
Mata Amy terbuntang.
Dua hari?
Oh.Mungkin sebab 'Amy' sudah lama tidak melawat dunia imaginasi itu?
Tapi masa yang berlalu baru dua hari.
Ya tak ya juga..masa di dunia ini bergerak lambat.

"Oh.."
"Yes.So your friend are worried sick about you.Would you like to go downstairs to meet your friend?"soal Humaira lagi.
Amy memandang ke arah pilihan 'Yes' dan 'No' di sebelahnya.Butang 'Yes' ditekan.

"Great!I'm sure they will be happy to see you!"
Bulu roma Amy meremang buat seketika.
Tidak terbiasa dengan percakapan Humaira yang kedengaran seperti budak baik.
Tapi mungkin ini ada kena mengena dengan data yang masih tidak dimuat turun sepenuhnya?
Hologram di sebelahnya diketuk sebaik sahaja Humaira melangkah keluar daripada bilik itu untuk memberikannya sedikit masa untuk menghabiskan buah yang telah dibawa masuk tadi.

"Hey..How long does it take to update the data?"soal Amy sambil mengunyah honeydew di dalam mulutnya.
Buah di atas pinggan di tepinya dipandang lama dengan riak wajah kosong.
Tiada perisa.Macam biasa.

'3 days.'

"3 days..?"
Terlalu lama.
Entah apa lagi yang tidak akan berfungsi di dalam dunia ini jika segala data pengembaraannya tidak dimuat turun secepat mungkin.

"..Is there any way to make it faster?"soal Amy lagi.Buah di atas pinggan itu disapu perlahan.Buah-buahan yang hilang dari pandangannya itu membuatkan Amy menyandarkan tubuhnya pada kepala katil semula.

'You could erase some of your emotions.'

"..Excuse me?But I don't have one."jawab Amy dengan riak wajahnya yang kelihatan jengkel.

'Yes you do.For now,the most frequent emotions that you feel is..'Anger'.'

Hologram itu menunjuk sebuah carta pai.
Warna jingga memenuhi hampir separuh daripada carta pai itu.Berserta dengan warna biru tua,hitam,kelabu gelap dan kelabu cerah.

-Angry 40%
-Sad 10%
-Scared 5%
-Lonely 20%
-Stressed out 25%

"I'm not angry!"
Amy terdiam buat seketika sebelum dia berpeluk tubuh dengan riak wajah tidak puas hati.
Arh..ni semua salah perempuan misteri pelik tu.
Sebab dia lah aku asyik naik angin.

"How do I delete it?I don't want this emotions either."
Amy memandang hologram di tepinya yang bertukar menjadi warna biru cerah.

'Do you want to delete your emotions?'

-> -Yes
-No

Amy menekan butang 'Yes' dengan laju.

'Which emotions do you want to get rid of?'

-> -Anger
-Sad
-Scared
-Lonely
-Stressed out

Amy terdiam buat seketika.
Senarai nama emosinya dipandang lama.
"..Are there..no happy emotions?.."

'You are currently uncapable of feeling any happiness emotions.'

Amy tersenyum sinis.
"Good.I don't need it anyway.Tak boleh ke aku delete semua?"

'It will cause an error,so please choose only one emotions to get rid off.The higher the percentage of the emotions that is deleted,the faster the update will be done.'

Amy menjongketkan bahunya sebelum menekan butang 'Anger'.Memandangkan emosi itu yang mempunyai kadar peratus yang paling tinggi.

'Are you sure you want to delete the 'Anger' emotion?'

-> -Yes
-No

Amy menekan butang 'Yes' dengan riak wajah kosong.

'Are you really sure?It might make you feel dead.'

-> -Yes
-No

Amy terdiam seketika.
Tidak lama kemudian dia tersenyum kosong.
"..Make me feel dead?That's my biggest wish of all."jawab Amy sebelum menekan butang 'Yes buat kali kedua.
Apabila hologram itu bertukar warna semula,Amy hanya mendiamkan diri.
Menunggu sesuatu untuk berlaku.

Amy dapat merasakan ada sesuatu dari dalam dirinya telah hilang.Mungkin emosi marahnya?
Amy berpaling ke arah hologram itu semula.

' 'Anger' emotion succesfully deleted.It is now placed by a new emotion.The update will take 3 minute to be done.'

Kening Amy terangkat.Dari tiga hari,jadi tiga minit?Woah..Kuasa emosinya sekuat itu?
"Tadi..kau cakap,emosi marah tu diganti dengan emosi lain?Can I see what type of emotions it is?.."

'This is your current emotions percentage.'

-Happy 1%
-Sad 10%
-Scared 5%
-Lonely 20%
-Stressed out 25%

"..Happy...Well that's a waste of space don't you think?It's not like I can feel happy."
Amy berpaling ke arah hologram itu yang bertukar menjadi warna kelabu.

'But you hope you can.That's why it exist.'

"...no I don't.What do you mean by that?"
Melihat hologram itu yang tidak menjawab soalannya dan hanya menyambung memuat turun data semula,Amy berasa seperti mahu mengerutkan dahinya,tetapi tidak larat.

"Whatever...."bisik Amy perlahan sebelum melangkah turun dari katil.
Amy tersentak apabila perutnya tiba-tiba berasa sakit.Perutnya ditekup buat seketika.

"Oh ya..By the way.Apa jadi kalau salah satu emosi aku..jadi 100%?"soal Amy apabila mengingati carta pai emosinya tadi.

'Something will happen.'

"..Something?Apa dia tu?"soal Amy lagi sambil dia menuju ke anak tangga.

'Error.'

Amy berjongket kening.
"..Is it..a good thing or a bad thing.At least tell me that much."

'A bad thing.'

Amy mengangguk perlahan sebelum melangkah turun dengan laju.Tiba sahaja di tingkat paling bawah,wajah Arissa dan Syamimi serta merta kelihatan.
"Amy!Awak dah bangun!Yeay~"Arissa bersuara dalam nada ceria sambil berlari anak ke arah Amy diikuti dengan Syamimi dari belakang.

Amy membiarkan sahaja tubuhnya dipeluk erat oleh Arissa dan Syamimi.
"Saya risau gila tadi.Dah dua kali awak pengsan!Awak okey tak sekarang ni?"soal Arissa sambil menggoncang bahu Amy berkali-kali.
Syamimi yang melihat sudah meraup muka sebelum menolak Arissa agar menjauhi Amy.

"Tenang,Arissa.Dia baru bangun kau dah goncang dia macam milkshake."
Amy tergelak kecil mendengar kata-kata Syamimi yang kedengaran agak kelakar baginya.
Tidak lama kemudian,dahinya berkerut.
Dia ketawa ke tadi?

"Dia dah okey.Jadi jangan risau."Humaira yang berada di belakang mereka,mencelah.
Arissa mengangguk perlahan sebelum memeluk tubuh Amy buat kali ke dua.Kali ini lebih erat berbanding tadi.

"Maaf sebab kami tak dapat jumpa buku tu."Syamimi tiba-tiba bersuara apabila suasana mula menjadi sunyi sepi.
Kening Amy terangkat buat seketika.
Buku?
Oh.Buku yang mereka tengah cari tu.Lupa pula yang pengembaraan mereka tergendala.

"It's okay.Aku dah buat research.And I discover that the book was taken by someone else."
"Who?"soal Arissa dengan dahinya yang berkerut.
Masing-masing mula melabuhkan punggung di atas sofa.

"Tak pasti.Tapi sekarang buku tu dekat tempat lain."
"Jadi jom lah kita sambung cari!"Arissa berdiri secara tiba-tiba dan bersuara dengan matanya yang bersinar-sinar.

"Really?Boleh ke?"soal Humaira pula.
Arissa mengangguk laju sebelum berpaling ke arah Syamimi.
Dahi Syamimi berkerut buat seketika lalu berpaling ke arah Amy dengan riak wajah risau.
Amy yang terperasan pandangan Syamimi terhadapnya,menganggukkan kepalanya.
Syamimi berpaling ke arah Arissa sebelum mengangguk perlahan.

"Nampaknya semua setuju!Okey.Aku dah tanda bahagian tempat yang berkemungkinan akan ada buku tu.You guys just need to search for it!"
Syamimi mengambil peta yang dihulurkan oleh Humaira lalu memandang tiga tempat di atas peta itu yang sudah dibulat dengan pen merah.
Peta itu digulung semula.

"Kau tak ikut ke?"soal Syamimi dengan keningnya yang berjongket.

"I have my own job to do.Sorry.But I'm sure you guys will find it!Good luck!"
Serentak dengan itu,Amy memandang hologram di tepinya.

'Update completed.'

'New mission: Find the Legendary Book at the place that was mark in the map (0/3) (EXP :2500)'

"Okay guys!Let's go!"
Arissa bersuara dalam nada teruja sebelum menarik tangan Amy dan Syamimi agar mengikutinya ke arah pintu keluar.

Baru sahaja Amy hendak mengikuti mereka,bunyi jam loceng yang kedengaran kuat membuatkan dia tersentak.
Oh.Dia harus pergi ke sekolah..

.......

9:45 a.m..

Amy memandang pelajar-pelajar kelas menengah rendah yang sedang bermain sofbol itu.
Sejujurnya dia sedang mengelakkan diri daripada dipilih oleh cikgu untuk bermain.
Memandangkan dia tidak pandai bermain sofbol.
..dan dia tidak minat untuk mempelajarinya.
Sepatutnya hari ini dia tidak perlu pergi ke sekolah,tetapi dia dipaksa juga oleh ibunya.

Apabila ada pelajar menghulur sarung tangan sofbol itu ke arahnya,Amy mula menggelabah.
Sarung tangan itu di ambil dengan riak wajah pucat sebelum dia perlahan-lahan berpaling ke arah cikgu di sebelahnya.

"Uhh..Cikgu,nak pergi tandas?"
Amy menghembus nafas lega apabila guru itu mengangguk.
Sarung tangan itu diletakkan ke tepi sebelum dia berjalan laju ke arah tandas yang terletak agak jauh dari padang sekolah itu.

Dalam perjalanan,kelibat Syamimi dan Arissa yang sedang bermain badminton,dipandang sekilas sebelum dia menundukkan wajahnya dengan kekok.Tidak mahu mereka memandangnya.

Apabila dia hampir tiba,dia memperlahankan langkahnya apabila dia harus menaiki tangga.
Sengaja dia berbuat begitu.
Dia mahu menghabiskan masa..

2:30 p.m..

Amy memandang tangannya yang penuh dengan kesan kukunya.Sebahagian daripada kulitnya telah terkoyak.
Pandangannya beralih ke arah kirinya.
Wajah Ain yang kelihatan fokus dengan kerja RC nya membuatkan Amy mula mencakar tangannya semula.Pandangannya beralih ke arah kanan.
Wajah Qhaira yang kelihatan kosong itu dipandang sekilas sebelum matanya beralih ke arah tangan Qhaira yang bergerak laju.

Amy memandang ke arah kertas A3 nya yang masih kosong.
Tangannya dicakar dengan lebih kuat.
"..uh..Ain?..Boleh tak kau.."

"Shh..!"
Amy tergelak kecil apabila Ain membuat muka ke arahnya.
Gelakan itu perlahan-lahan menghilang sebelum dia berpaling ke arah Qhaira.
Mulutnya dibuka kemudian ditutup semula.
Tangannya dicakar lagi.
Uhh...Apa yang kena dibuat ni ya?..

Wajah cikgunya dipandang buat seketika.
Entah kenapa dia berasa menyampah pula..
Kepalanya digeleng sebelum matanya dialihkan ke arah tangannya semula.
Lehernya disengetkan ke arah kiri dan kanan apabila ia berasa lenguh.
Matanya berkaca.
Uh.Apa..Kena buat apa ni ya?..

"Do you need something?"soal Qhaira tanpa memandang ke arah Amy.
Amy tersentak lalu menggeleng kepalanya sebelum dia berpaling ke arah mejanya semula.
Tangannya dicakar.
Kulitnya yang terkoyak itu membuatkan dia mula berasa pelik.
Air mata yang bertakung pada kelopak matanya ditahan.
Matanya dikerdipkan berkali-kali.
Uhh....Apa yang kena dibuat ya?..
Dia betul-betul tidak tahu.

Qhaira berpaling ke arah Amy sekilas sebelum matanya beralih ke arah tangan Amy yang kelihatan seperti menggelupas.
Amy yang berasa dia seperti dipandang dengan pantas menghentikan tangannya.
Penselnya di ambil lalu dia mula menulis sesuatu yang dia sendiri pun tidak tahu apa.
Dia cuma berasa seperti ganjil di situ.
Kerana dia tidak dapat membuat apa-apa.

Dia mahu balik.

3:40 p.m..

Amy berbaring di atas katilnya dengan riak wajah kosong.Handphonenya dicapai sebelum dia menaip mesej kepada ibunya.

'Amy rasa nk berenti sklh la'-Amy

Amy hanya mendiamkan diri apabila ibunya memberi mesej yang panjang berjela-jela kepadanya.Menyuruhnya agar meneruskan pembelajaran memandangkan dia cuma ada setahun lagi.

Dia tidak membalas.Amy memesej ayahnya pula yang sedang bekerja.

'Yoo~ Balik awal hari ni'-Amy

'Good for u ig..'-Papa

Amy terdiam buat seketika.
Oh.
Papa tengah tak ada mood ke?

'Rest la.'-Papa

'Tak penat pun lol'-Amy

Tipu je.Dia penat sebenarnya.
Tapi dia tiada orang untuk bercakap.

'Oh..Haa gi lah makan.'-Papa

Amy menunggu beberapa minit berlalu.
Selepas 15 minit,dia membuka handphonenya semula.

'Dah makan dah.'-Amy

'Makan apa?'-Papa

Amy dengan pantas melangkah ke dapur.
Lauk sardin di dalam periuk dipandang sekilas sebelum dia menaip sesuatu pada skrin handphonenya.Tubuhnya dibaringkan semula di atas katil dalam posisi mengiring.

'Lauk sardin.'-Amy

Amy terdiam seketika.

'U eat too.'-Amy

'Already.Makan nasi goreng tadi.'-Papa

'Naise~'-Amy

Amy menunggu mesej daripada ayah tirinya itu.
Wajahnya semakin lama semakin kosong.

'Saya penat lah dgn ur mom.'-Papa

Amy menarik nafas sebelum menghembusnya dengan kasar.
Oh.Pasal mama lagi.
Uhh...macam mana aku nak jawab.

'Alaa..biasa la tu..Mungkin dia tengah stress..Pastu dia lepaskan dekat anda.'-Amy

Amy hanya mengetap bibirnya sambil dia melihat mesej ayahnya yang panjang berjela-jela menceritakan tentang kesalahan ibunya.
Air matanya yang ditahan sejak di sekolah tadi mula mengalir ke tepi lalu membasahi cadarnya.
Sticker kucing terkejut dihantar bagi menceriakan suasana.Walaupun dia tahu cubaannya gagal.
Dia..betul-betul tidak tahu harus membuat apa.

'Damn..'-Amy

Amy meletakkan handphonenya ke tepi.
Rambutnya dicengkam sebelum dia menghentuk kepalanya dengan kuat beberapa kali.
Pipinya ditampar bagi melepaskan marah.
"...stressnya aku.."

Amy bersuara perlahan.
Lengannya dicengkam dengan kuat.Air matanya dibiarkan jatuh.
".....aku nak mati.."bisiknya jauh di lubuk hati.
Tubuhnya dibaringkan semula.
Siling biliknya dipandang lama.

Handphonenya dicapai semula.
Nama Hasinah ditekan sebelum dia memesej perempuan itu pula.

'Saya habis kelas awal hari ni.Saya boleh masuk kerja awal.'-Amy

Selepas setengah jam menunggu,akhirnya baru Hasinah membalas mesejnya.

'Tak perlu.Saya dekat luar lagipun.Rumah saya berkunci.Awak datang je pukul 4 macam biasa.'-Hasinah

'Awak sibuk ke?'-Amy

'Kind of.'-Hasinah

'Oh,okay.Goodluck with your work! ^^'-Amy

Amy menunggu Hasinah membalas mesejnya.
Selepas beberapa minit berlalu,Amy menutup handphonenya semula apabila dia tidak mendapat apa-apa balasan.
Siling biliknya dipandang semula.

'Kriukkk...'

"..ew.."bisik Amy perlahan dengan riak wajah jijik.Perutnya dipukul berkali-kali sehingga rasa lapar itu hilang.
Matanya dipejam buat seketika.
Lagi beberapa minit nak pukul 4.
Lagi bagus kalau aku gerak sekarang.

4:00 p.m..

Amy melangkah turun dari motosikal ibunya.
Wajah ibunya yang ditutupi oleh purdah itu dipandang sekilas sebelum dia bersalam dengan ibunya.
"Mama still rasa tak puas hati dengan budak Hasinah tu.."

"Kenapa pula..?"
"Entah..rasa macam ada..something."jawab ibunya dengan matanya yang mengatakan wanita itu sedang musykil.
Amy menggeleng kepala sebelum menepuk bahu ibunya perlahan.
Mama dengan negatif berpisah tiada.

Amy melangkah masuk ke dalam pagar rumah itu yang dibiarkan terbuka sambil memandang ibunya yang sudah bersiap sedia untuk berangkat pulang.

Apabila dia terlanggar seseorang,Amy dengan pantas berpaling ke depan.Wajah seorang lelaki yang kelihatan lembut itu dipandang sekilas.
Pandangannya beralih ke arah Hasinah yang berada di belakang lelaki itu.
"Oh.Awalnya awak datang."

Pandangannya beralih ke arah lelaki itu semula.
Oh.Dia kenal lelaki ni.
Lelaki yang selalu Hasinah muat naik di status WhatsAppnya.
Bekas teman lelaki dia ke?..
"..Yeah.."Amy bersuara perlahan dengan senyuman kekok sebelum menundukkan kepalanya ke arah lelaki itu.

"Oh.Ini ke Amy?Uhh..Nice to meet you.Nama saya,Airiz."
Airiz tersenyum lebar ke arah perempuan yang lebih pendek daripadanya itu.
Amy menundukkan kepalanya sebelum tersenyum lebar.

"Macam mana 'abang' tahu nama saya ya?"
"Hasinah ada cerita banyak pasal awak."
"Oh..Haha..Segan pula rasa."
Airiz tergelak kecil melihat gelagat Amy yang tersipu-sipu malu.Hasinah yang memandang ke arah mereka berdua hanya tersengih sebelum menggeleng kepala.

"Saya dah kena pergi buat kerja.Saya minta diri dulu."Amy bersuara sebelum menundukkan tubuhnya ke arah Airiz dengan senyuman lebar.
Airiz juga turut menundukkan tubuhnya sedikit sebelum melambaikan tangannya ke arah Amy.

Sebaik sahaja kelibat perempuan itu hilang dari pandangannya,dia berpaling ke arah Hasinah.Perempuan yang juga lebih pendek daripadanya itu sedang berpeluk tubuh.
"Itu ke kawan awak?Sopan betul orangnya."

Melihat Hasinah yang seperti membuat muka,Airiz tersengih buat seketika sebelum menyiku perut perempuan itu perlahan.
"Jealous?"

"Maybe?"
Airiz tergelak kecil sebelum mengusap kepala Hasinah perlahan.

"Don't be..I only have eyes for you.."
"Ceii...Mengada."
Airiz tergelak kecil sebelum berlalu pergi dengan senyuman lebar di bibir.

Amy memandang gelagat Airiz dan Hasinah dari tingkap ruang tamu.
Tiba-tiba dia berasa tidak larat pula mahu bekerja.
Kenapa hari ni banyak sangat benda buruk berlaku?...

Tak,tak,tak..Mungkin kerana dia terlebih sensitif.
Kan bagus kalau dia tidak wujud..?
Dia tidak perlu memikirkan semua ini.
Dia tidak perlu risau tentang apa-apa.

Lamunannya terhenti apabila kedengaran pintu depan dibuka.Kelibat Hasinah yang melangkah masuk itu dipandang lama sebelum Amy mengukirkan senyuman lebar.
Itu memang senyuman betulnya.
Senyuman itu bukan senyuman palsu seperti yang ditunjukkan kepada Airiz tadi.

"Saya nak pergi siapkan kerja.Nanti Airiqa nak datang ambil awak kan?Tak perlu bagitahu saya.You can just go ahead."
Dahi Amy berkerut apabila senyuman yang diberikan oleh Hasinah kelihatan seperti tidak ikhlas.Kakinya melangkah ke arah perempuan yang lebih tinggi daripadanya itu.
Lengan baju Hasinah digenggam erat.

"Uhh..Goodluck with your work."kata Amy perlahan sambil mengusap kepala Hasinah.
Hasinah tersenyum sebelum mengenggam erat lengan Amy sebelum tangan perempuan itu dialihkan ke tepi.

"You too."
Amy memandang lengannya yang dilepaskan oleh Hasinah.Kelibat perempuan itu yang berlalu pergi dipandang dengan riak wajah sayu.

"Did she just reject my headpats?.."bisik Amy perlahan sebelum memulakan kerjanya semula.
Perutnya yang berbunyi itu tidak diendahkan.Sibuk memikirkan tentang reaksi Hasinah sejak kebelakangan ini.
Sebelum ini mereka memang sentiasa rapat..Tapi sejak Hasinah ada banyak kerja,dia kena luangkan masa dengan Airiz.
Jadi susah untuk dia melihat kelibat perempuan itu di rumah kadang-kadang.
Bukannya dia sunyi..
Dia cuma...
......cemburu..?
Aku..Aku suka dia ke?

Amy menggeleng kepalanya dengan laju.
Apa yang dia fikir ni...
"...tapi...kalau kedatangan aku dalam hidup dia boleh merosakkan dia..Jadi,aku harap kau boleh buat dia lupakan aku."bisik Amy perlahan sambil memandang ke arah langit dari luar tingkap.
Matanya bertukar kosong.
Ew,cringe.
Kenapa ayatnya tadi sama seperti ayat novel romantik klise yang sering dibacanya..?
Kepalanya digeleng buat kali kedua sambil tangannya mengelap tingkap di belakang sofa itu dengan laju.

Sudah lah.Dia malas mahu fikir.
Lagipun dia sudah biasa ditinggalkan.
Ditinggalkan oleh Syamimi,Arissa..Kalau tambah Hasinah seorang lagi bukannya ada apa-apa kesan pun..!
.....kot.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience