BAB 45 :Secrets (3)

Romance Series 12091

Qaireena menyengetkan kepalanya dengan riak wajah bosan.
Wajah Khairul yang masih menanda buku latihan pelajar itu dipandang.
"Lama lagi ke?"

"Iya,sayang."
Qaireena melepaskan keluhan berat lalu mula berjalan di sekeliling kelas 5 RC itu.

"Diorang bukannya selalu buat kerja pun.Kenapa awak nak tanda juga?"
"Biar lah saya nak tanda."jawab Khairul dengan senyuman senget.
Qaireena menjelingkan matanya ke atas lalu melabuhkan punggung di atas salah satu kerusi di situ.
Kerusi Qhaira mungkin.
Dia selalu melihat Qhaira duduk di situ.
Sebelah dia..Mungkin Amy?

"Sambung lah kat rumah."
"Mn..Sambung kat rumah,and then you disturb me again.Your clinginess hit max level when we're at home.Jangan nak buat-buat lupa."
Qaireena tersenyum senget sambil menongkat pipinya.
Melihat wajah Khairul dari tempat duduknya.
Apabila dia mula berasa bosan,Qaireena menyengetkan kepalanya untuk melihat isi di bawah meja.
Buku lukisan yang kelihatan tebal itu membuatkan keningnya terangkat.

"..oh.Apa ni?"bisik Qaireena perlahan sebelum membuka buku lukisan itu.

'Qhaira'

Oh.Jadi ini memang tempat duduk dia lah.
Qaireena menjelingkan matanya ke atas sebelum menyelak muka surat buku lukisan itu satu persatu.
Lukisan tempat tunggu bas..
Lukisan taman permainan..
Lukisan rumah flat..
Lukisan-

Qaireena menyelak muka surat buku itu kebelakang semula.
Dahinya berkerut.
"Khairul.Kenapa saya rasa macam kenal..?"
Khairul mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah lukisan yang ditunjuk oleh Qaireena.

"Qaireena..Tak baik tengok buku orang tanpa izin.."
Khairul terdiam seketika sebelum melangkah ke arah Qaireena.Dahinya berkerut.

"Ini bukan flat yang Syazwan duduk,ke?"
"Kan?Patut lah rasa macam pernah nampak..And,and..Ini..taman permainan ni,depan flat tu kan?"
Qaireena menyelak muka surat buku itu kebelakang semula.Apabila Khairul mengangguk,dahi Qaireena berkerut.

"Tempat tunggu bas ni..Dekat dengan rumah dia kan?"
Khairul mengangguk dengan kening yang berjongket apabila melihat wajah Qaireena yang kelihatan lain macam.

"Dia kan duduk dengan Syazwan..It's normal for her to draw things around her."
"Oh.Almost forgot.For a moment there,I thought she was a stalker."
Khairul menggeleng kepala lalu menjentik dahi Qaireena.Tidak kuat dan tidak perlahan.

"Simpan balik.Marah Qhaira nanti."
"Alaa..Nak tengok lagi-"
Qaireena mengangkat tangannya apabila Khairul hampir merampas buku lukisan itu daripada tangannya.
Kerana ketinggian mereka yang berbeza,Qaireena hanya mengukirkan senyuman sinis terhadap Khairul.

"Oh,wow.Look at you.What are you smirking at?Nak tidur luar ke malam ni?"
"Ah- Sanggup awak-"
Qaireena tersentak apabila Khairul merapatkan tubuhnya untuk merampas buku lukisan itu daripadanya.
Buku lukisan itu serta merta terjatuh dari tangannya apabila Khairul memegang tangannya dengan kasar.

Kedua-duanya berpaling ke arah buku lukisan itu semula.
"Kalau buku ni kotor sebab jatuh,itu bukan salah saya."Qaireena bersuara dengan laju apabila Khairul berpeluk tubuh.
Tawa kecil keluar dari mulutnya sambil dia mengambil buku lukisan itu semula yang masih terbuka di bahagian paling tengah.

Tangannya terhenti buat seketika apabila terpandang tulisan di buku itu.
"Oh..?"
Qaireena mengambil buku lukisan itu lalu menunjuknya ke arah Khairul semula.

'Him'

" 'Him'?"soal Khairul dengan kening yang berjongket.
Qaireena menyelak muka surat yang seterusnya.
Kening Khairul terangkat apabila lukisan itu mempunyai warna yang kelihatan realistik.
Berbeza dengan lukisan sebelum ini yang hanya dilukis dengan pensel dan tiada apa-apa warna.

Wajah Syazwan yang kelihatan sayu itu membuatkan mereka saling berpandangan buat seketika sebelum Qaireena menyelak muka surat seterusnya.

Wajah Syazwan yang sedang tersenyum ke arah seseorang yang tiada apa-apa wajah itu membuatkan dahi Qaireena berkerut.
"Uhm..Kenapa lukisan ni buat saya rasa..pelik?"
"Sama lah."bisik Khairul perlahan.
Muka surat seterusnya dibelek.

Wajah Syazwan yang sedang tersenyum sambil memegang kucing.Matanya kelihatan seperti memandang seseorang.
Seperti memandang pelukis itu sendiri.
"Oh,wow..Did Qhaira draw this?..Cantiknya."bisik Khairul perlahan.Walaupun hatinya masih berasa..tidak sedap?
Qaireena hanya mendiamkan diri sambil menyelak muka surat seterusnya.

Wajah Syazwan yang kelihatan bahagia sambil memakan makanan yang dihidangkan.Di sebelahnya,seekor kucing berwarna hitam sedang menjilat bulu.
Sama seperti sebelum ini,mata Syazwan kelihatan seperti sedang memandang orang yang melukisnya.
"Huh..Saya tak pernah nampak Syazwan senyum macam tu.."bisik Qaireena perlahan.

"Me neither.."jawab Khairul pula.
Muka surat seterusnya dibelek.
Tulisan yang ditulis menggunakan pen yang berwarna merah itu membuatkan Khairul dan Qaireena saling berpandangan dengan dahi yang berkerut.

'Mine'

Muka surat seterusnya dibelek dengan laju.
Mata Khairul terbuntang.
"OMG?.."bisik Khairul apabila memandang lukisan di dalam buku itu.

Kali ini,lukisan itu memenuhi satu muka surat itu.
Berbeza dari lukisan sebelumnya yang kelihatan comel dan 'wholesome',lukisan ini lebih kepada...

Qaireena memandang setiap 'detail' pada lukisan itu.
Mata Syazwan yang kelihatan layu.
Tubuhnya yang berada di atas katil.
Bajunya yang kelihatan serabai.
Bibirnya yang kelihatan basah daripada biasa.
Lengannya yang dipegang oleh seseorang.
Siapa seseorang tu?..
Qhaira ke?..
"What the hell am I looking at?"soal Qaireena dengan riak wajah pening.

"Tell me about it."
Khairul menyelak muka surat seterusnya dengan laju.
Kosong.
Nafas lega dilepaskan.
Okey.Maksudnya cuma satu lukisan tu yang pelik.

"Okey.I don't know what's going on..but..isn't this..kinda worrying..?"soal Qaireena dengan riak wajah tidak pasti sambil dia menyelak muka surat buku lukisan itu dengan laju.
Kosong.Kosong.Kosong.Kosong.
Sehingga lah dia tiba di muka surat yang berada jauh dari lukisan-lukisan yang lain.

'Wish..'

"Wish?"kata Khairul dan Qaireena serentak.
Muka surat seterusnya dibelek.
Sepasang cincin.
Kedua-duanya saling berpandangan buat seketika sebelum Qaireena menyelak muka surat seterusnya.
Melihat lukisan itu,Qaireena dapat merasakan otaknya 'loading' buat seketika.

"WHAT THE---"
Qaireena menekup mulutnya.
Matanya yang tiba-tiba ditutup oleh Khairul itu membuatkan dia terjerit kecil.

"Holy sh*t what the hell did I just see,what the actual f*ck?!"jerit Qaireena sebelum mencampak buku itu ke tepi dengan riak wajah pucat.
Buku itu terbuka di muka surat lain.

'Memories III'

Qaireena menjeling ke arah buku itu sebelum berpaling ke arah Khairul.
"Awak masih nak tengok?"

"Curiousity kills the cat but I'm a tiger so it's fine."
"That's not how it works-"belum sempat Khairul menghabiskan kata-katanya,Qaireena mengambil buku itu dari atas lantai semula sebelum menyelak muka surat seterusnya.

"Oh."Khairul bersuara perlahan.
Seperti tersedar akan sesuatu.
Lukisan itu dipandang lama.

Wajah Syazwan yang diusap oleh seseorang membuatkan dahi Khairul berkerut.
Tangan yang mengusap wajah lelaki itu kelihatan kecil.
Dipenuhi dengan darah.
Air mata yang mengalir di pipi Syazwan itu kelihatan jelas.
Tubuhnya kelihatan penuh dengan kesan lebam.
"Oh,wait..Is this.."

Khairul mengambil buku lukisan itu daripada Qaireena lalu menyelak muka surat seterusnya.
Tepat sangkaannya,wajahnya yang kelihatan tegang serta merta terpampang.Matanya kelihatan seperti memandang ke bawah.Memandang budak yang lebih pendek darinya.
"Kenapa..awak pun ada dalam buku ni?"soal Qaireena yang tidak mengetahui apa-apa.
Wajahnya yang kelihatan sayu itu membuatkan Khairul menjentik dahinya.

"It's not what you think.Ini..ada kena mengena dengan kisah silam Syazwan."jawab Khairul lalu menyelak muka surat seterusnya.
Lukisan Syazwan yang sedang berpegangan tangan dengan Khairul yang sedang memegang payung.Mereka berdua kelihatan seperti masih remaja.
15 tahun?16 tahun?
Wajah Syazwan kelihatan kosong.
Wajah Khairul pula kelihatan risau.

Khairul membelek muka surat seterusnya.
Seorang budak perempuan yang memandang cermin di tepinya.Kelibat budak perempuan itu dapat dilihat jelas di dalam cermin.
Tangannya sedang memegang pisau,wajahnya kelihatan kosong.
"Ini..Qhaira waktu kecil ke?"soal Qaireena dengan dahi yang berkerut.
Dia berasa seperti teringatkan sesuatu..
Tapi apa?..

"I think so."
Muka surat seterusnya diselak.

'Memories II'

Khairul kelihatan seperti was was buat seketika,sebelum menyelak buku lukisan itu.
Lukisan Syazwan yang kelihatan ketakutan di penjuru katil dan sedang menangis.Selimut yang tersangkut pada bahunya kelihatan seperti ditarik dengan kasar oleh seseorang.
Lukisan itu kelihatan sepeti dilihat dari perspektif orang luar.
Dari tingkap bilik.
Dari luar.

"Khairul..saya...rasa tak sedap hati."
"You can stop looking.."
"No,I wanna see."
Qaireena menyelak muka surat seterusnya tanpa apa-apa amaran.

Darah.
Badan seorang lelaki yang tidak dikenali yang dilumuri dengan darah di atas lantai.
Tangan seseorang yang menghulur ke arah Syazwan yang kelihatan pucat di atas katil.Tangan kecil itu juga dilumuri dengan darah.
"...what the hell..?"bisik Khairul pula.
Muka surat seterusnya diselak.

'Memories I'

Lukisan kali ini kelihatan ceria.
Wajah Syazwan yang kelihatan ceria bersama dengan adiknya,Syazrif.Di sebelah mereka,perempuan yang lebih tinggi dari mereka sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum senget ke arah Syazrif.
"Budak lelaki ni.."Qaireena mengerutkan dahinya buat seketika.

"Oh.Ini adik Syazwan..Syazrif.Rasanya lah..Sebab saya pun tak pernah jumpa dia..Tapi perempuan ni..Saya pun tak kenal siapa dia..Kakak diorang ke?Tapi Syazwan tak pernah bagitahu dia ada kakak.."bisik Khairul sebelum menyelak muka surat seterusnya.

Lukisan Syazwan yang memberi payung kepada seseorang.
Matanya memandang ke depan.
"Ini macam..lukisan daripada Qhaira punya POV?"

"Yes.I think so too."jawab Khairul dengan dahi yang berkerut.
Lukisan seterusnya adalah kelibat Syazwan yang kelihatan basah kuyup.Wajahnya kelihatan risau.
Lukisan seterusnya,jaket yang dihulurkan dari Syazwan kepada Qhaira.
Lukisan seterusnya-
Rumah terbakar.

Qaireena hanya mendiamkan diri.

'Saviour'

"Saviour?"Khairul bersuara dalam nada pelik sebelum menyelak muka surat seterusnya.
Mata Qaireena automatik terbuntang.

Seorang wanita yang sedang bercekak sebelah pinggang dengan senyuman sinis.
Matanya memandang ke arah Qhaira sambil sebelah tangannya lagi dihulurkan.
Seperti memberi pertolongan.
"..I know her!"jerit Qaireena secara tiba-tiba sebelum dahinya berkerut.

"I know her too..Bukan ke dia.."
Qaireena dan Khairul saling berpandangan dengan mata terbuntang.

"Kakak Asyiqa!"

Syazwan menggeliat buat seketika.
Suara seseorang yang sedang memberi salam dari luar rumah membuatkan dia berpaling ke arah Qhaira yang sedang melipat baju itu.
"Oh?Ada orang ke?"bisik Syazwan perlahan sebelum dia membenarkan Qhaira membuka pintu rumahnya.

Tisya yang berdiri di luar pagar melambaikan tangannya.
"What are you doing here?"soal Qhaira dengan riak wajah kosong sambil membuka pintu pagar rumah itu.

"Syazrif told me to give this to Syazwan.Oh,Syazwan..!Happy birthday!"Tisya bersuara dalam nada riang.
Syazwan tersenyum lebar sebelum mengambil kotak yang berisi dengan muffin itu.

"Thank you,Tisya."
"Your welcome!Fara,jom!"
Syazwan tersentak apabila Fara tiba-tiba muncul di belakang Tisya.Dia langsung tidak perasan kelibat Fara tadi.

"Saya tak sangka pula Syazrif pandai buat muffin."
"Saya boleh buat untuk awak kalau awak nak."
Syazwan tergelak kecil apabila Qhaira bersuara dengan senyuman yakin.Pintu rumah di belakangnya ditutup rapat.

"Okey,okey..Do you want some?"
Qhaira mengambil muffin kecil yang dihulurkan kepadanya sebelum mula mengunyahnya perlahan.
Keningnya terangkat.

"..sedap..!"bisik Syazwan perlahan dengan riak wajah tidak percaya sebelum mula mengunyah muffin di tangannya dengan laju.
Qhaira yang melihat hanya tersenyum.
Teringin pula dia mahu melukis wajah Syazwan sekarang..

Syazwan mengusap kepala kucingnya yang tiba-tiba melompat naik ke atas meja sambil mencium muffin yang berada di depannya.Kucing itu kemudiannya merebahkan tubuhnya di atas meja dengan riak wajah tidak berminat.
"Oh,ya.Awak dah dapat borang tu?"soal Syazwan secara tiba-tiba lalu mula menarik beg galasnya.

"Borang?"
"Mhm.Sekolah adakan perkampungan ilmu.Semua tingkatan 5 kena pergi.Wajib."Syazwan mengambil borang dari dalam begnya lalu dihulurkan ke arah Qhaira.

"Eh..."
Riak wajah Qhaira automatik berubah keruh.

"What's wrong?Saya pun pergi.Don't worry."
"Nothing..it's just that..Kena duduk dekat asrama?"
"Yeah."
Syazwan mengusap kepala Qhaira perlahan apabila perempuan itu sudah menayangkan riak wajah tidak sudi.

"Lusa..3 hari 2 malam.."
"Kenapa awak nampak macam berat hati?Hari tu awak pergi perkhemahan,elok je?"
Qhaira melepaskan keluhan berat sebelum meletakkan borang itu ke tepi.

"Well..Waktu kita pergi perkhemahan tu,tapak perkhemahan tu dekat dengan rumah saya..Jadi...Saya.."
Qhaira menyatukan kedua-dua jari telunjuknya dengan senyuman kekok.

"Awak balik.And awak tidur dekat rumah awak?"jawab Syazwan bersertakan soalan untuk memastikan pernyataannya.Dia berpeluk tubuh dengan riak wajah seperti sedang menilai kelakuan Qhaira.

"Oof..Macam mana awak tahu?"
"Dah saya tak nampak langsung kelibat awak!Awak cuma muncul waktu tengah buat khemah,and makan.Aktiviti lain,awak hilang."
Qhaira mula mengeluarkan tawa yang kedengaran kekok.

"Selain rumah saya,and rumah awak,saya tak suka duduk dekat tempat lain..I will have a hard time sleeping."
"Ah..I see..Well..sejujurnya saya tengah risau juga."
"Hm?Kenapa?"
Syazwan mengambil muffin seterusnya sebelum mengunyahnya perlahan.

"..Waktu saya bagi borang ni dekat pelajar lain,muka Amy nampak...pelik."kata Syazwan dengan riak wajah tidak pasti.

"Pelik?Pelik macam mana?"soal Qhaira pula.Gelas yang masih kosong itu diisikan dengan air sebelum diletakkan di atas meja berhadapan dengan Syazwan.

"Saya tak tahu..But she look unstable.Sebelum ni,kalau ada apa-apa aktiviti yang melibatkan bermalam dekat luar rumah,Amy memang tak akan pergi.Tapi kali ni wajib.Jadi saya rasa mesti dia..."
"Tertekan?"
"Mn.."
Qhaira mendiamkan diri buat seketika.
Dia pun rasa seperti ada benda tidak kena dengan budak itu.
Qhaira mendengus perlahan sebelum berpeluk tubuh.

"I will keep an eye on her then."
"You will?Thank you,Qhaira.."
Pipi Qhaira mula berasa panas apabila Syazwan melembutkan suaranya.

"Ah..Saya mengantuk.Saya nak tidur kejap.Boleh awak kejut saya pukul 9?"
"Okey."
Qhaira membuka pintu bilik Syazwan.
Syazwan hanya mengukirkan senyuman ke arahnya lalu mula merangkul tubuh kucingnya.
Sebaik sahaja Syazwan sudah masuk ke dalam bilik,pintu bilik itu ditutup lalu Qhaira dengan pantas menarik nafas.
Kotak muffin di atas meja yang sudah ditutup itu,di ambil lalu diletakkan ke dalam peti.

Dia berasa seperti mahu melukis.

Qhaira dengan pantas melangkah masuk ke dalam biliknya lalu mula menyelongkar beg galasnya.
Dahinya berkerut buat seketika.
Tiada.
"..mana pergi...."

Qhaira mula mengangkat totonya dengan riak wajah tegang.Selimut dan bantalnya juga diangkat.
"Mana pergi buku aku?.."

Qhaira mula melangkah keluar lalu menyelongkar meja kecil yang berada di depan sofa.Laci meja itu dibuka satu persatu dengan riak wajah panik.
"Mana?Mana?"

Qhaira berpaling ke arah pintu bilik Syazwan.
Baru sahaja dia hendak mengetuk pintu bilik itu,pintu bilik itu sudah terlebih dahulu dibuka oleh Syazwan.
Syazwan kelihatan terkejut buat seketika.
"Ada apa ni?..Awak okey?"Syazwan memandang ke arah ruang tamu.Mejanya yang kelihatan berselerak membuatkan dia berpaling ke arah Qhaira semula dengan riak wajah risau.

"Buku lukisan saya..awak ada ambil?"
"Hm?..yang awak tunjuk dekat saya hari tu?'
Qhaira mengangguk laju.
Tetapi Syazwan hanya menggeleng.

"Tak ada.Lagipun buku tu kan selalu dengan awak..?Kenapa pula saya nak ambil?Kenapa..?Hilang ke?"soal Syazwan bertubi-tubi apabila wajah Qhaira mula kelihatan pucat.

"I think so..?Saya tak ingat tempat letak.."
Qhaira mula menggigit kukunya dengan riak wajah panik.
Mana dia letak?Bila kali terakhir aku pegang buku tu?Pagi tadi..aku masukkan dalam beg..Aku melukis dekat sekolah..lepastu-

"Tertinggal bawah meja dekat sekolah kot?.."
Bulu roma Qhaira automatik meremang.
Jika ada orang melihat isi di dalam buku itu...

"Sa-Saya nak pergi cari sekejap..!"
"Ah..Okey.Pagar sekolah masih terbuka lagi kot..Hati-hati."
Qhaira mengangguk sebelum mencapai kunci rumah.
Syazwan hanya memandang dari muka pintu sebelum Qhaira hilang dari pandangannya.

"..sayang betul dia dekat buku lukisan tu.."
Syazwan memandang ke arah meja di ruang tamu sekilas sebelum dia membatalkan niatnya untuk melelapkan diri.

Selepas selesai mengemas,Syazwan tersenyum puas sebelum meregangkan tubuhnya yang berasa penat.
Cepat betul dia berasa penat sejak kebelakangan ini.
Ah..Jarang buat kerja mungkin?Memandangkan Qhaira sentiasa melakukan tugas di rumah itu.

Sempat lagi dia menyapu lantai sebelum dia merehatkan tubuhnya di atas sofa.
Tidak lama kemudian,bunyi pintu rumahnya yang dibuka dari luar membuatkan Syazwan menyengetkan kepalanya.
Wajah Qhaira yang melangkah masuk itu dipandang lama.
Kosong.
"Jumpa tak?"

Qhaira menggeleng.
Wajahnya automatik berubah sayu.
"Ah..It's okay..Kita boleh beli baru-"

"Saya taknak beli baru."
Qhaira mula kelihatan seperti dia mahu menangis.
Syazwan serta merta menjadi cuak.

"Awak lupa tempat letak ke?..Mana last awak letak?"
"Saya yakin saya tertinggal bawah meja..Tapi saya cari tadi,tak ada.."Qhaira melabuhkan punggung di atas sofa lalu mula meraup wajahnya.

"Mungkin ada orang ambilkan?.."
"That's such a scary thought..Don't say that.."
"Kenapa?..Awak ada lukis benda bukan-bukan ke dalam tu?"soal Syazwan dalam nada bergurau.
Melihat pandangan mata Qhaira,senyuman Syazwan menjadi beku buat seketika.

"..Seriously?"
"I want my book back..."
"Nanti saya cuba tanya pelajar lain..kot-kot ada yang terambil-"
"NO!!"
Apabila tubuh Syazwan tersentak,Qhaira juga ikut tersentak.

"Sorry..I didn't mean to yell at you.."bisik Qhaira perlahan sambil memegang tangan Syazwan yang berada hampir dengannya.Riak wajahnya kelihatan sayu.

"It's okay..tapi kalau saya tak tanya,susah lah nak cari.."bisik Syazwan sambil mengusap kepala Qhaira.
Qhaira hanya memeluk pinggang Syazwan lalu membenamkan wajahnya ke arah perut lelaki itu.

"I have a lot of memories in there.."
"Really?Such as?.."
Qhaira tidak menjawab.
Syazwan hanya mendiamkan diri.
Kepala Qhaira diusap perlahan.

"We can buy a new one..and you can draw new memories?"
"....."
Syazwan mula berasa sayu apabila melihat gelagat Qhaira.Jarang perempuan itu tidak membalas percakapannya.

"..awak boleh lukis..rumah ni..uhm,Mewo..Saya..?"
Qhaira mengangkat wajahnya.
Wajah Syazwan dipandang lama seperti memahukan kepastian.

"How does that sound?"
Qhaira mendiamkan diri sebelum perlahan-lahan mengangguk setuju.
Tetapi wajahnya masih kelihatan sayu.

"Good girl.."
Pipi Qhaira mula berasa panas buat kali kedua apabila Syazwan tersenyum lembut ke arahnya.

"Nak pergi beli sekarang ke?"
"..beli apa?"
"Sketch book baru."jawab Syazwan sambil tersengih.
Entah kenapa tangannya berasa gatal mahu mencubit pipi Qhaira.Tetapi ditahan.

"..okey.Awak nak ikut?.."
"If you want me to.Then I will gladly accompany you."
Qhaira tersenyum kecil sebelum mengangguk.
Wajahnya dijauhkan daripada tubuh Syazwan.
Tangannya yang melingkar di sekeliling pinggang Syazwan perlahan-lahan ditarik.

"Oh.Berat badan awak naik ke?"
"Hm???"Syazwan kelihatan seperti terkejut dengan soalan itu.

"Pinggang awak macam berisi sikit.."jawab Qhaira sambil memicit kedua-dua belah pinggang Syazwan perlahan.

"..tak mungkin lah..saya bukan makan banyak pun."
Syazwan terdiam seketika.
Tangannya ditekup pada mulutnya buat seketika sebelum dia melepaskan diri dari pelukan Qhaira.
Penimbang berat badan ditarik dari bawah sofa lalu dia mula menimbang berat badannya.

"Oh.Betul,lah..berat badan awak naik.Naik 5 kg."
Syazwan memandang ke arah penimbang berat badan itu dengan mata yang terbuntang.

'55 kg'

"That's good.Awak kurus sangat sebelum ni.Risau pula saya."
Qhaira tersenyum bangga.
Rasa seperti dia melakukan kerja yang bagus untuk menjaga pemakanan Syazwan.
Melihat wajah Syazwan,senyumannya perlahan-lahan menghilang.
Dahinya berkerut.

"Awak..okey?"
"Okey?Okey..?Saya-- Saya gemuk!"
"???"
Syazwan menolak penimbang berat itu ke bawah sofa semula sebelum berlari masuk ke dalam biliknya sambil meraup muka.

"Syazwan..!Berat badan awak normal..!"
Qhaira juga turut mengejar Syazwan dari belakang.

"Tak..!Macam mana boleh naik..?Saya-- Ini semua salah awak..!"jerit Syazwan yang sudah berkelubung di dalam selimut.
Kening Qhaira terangkat sebelum menuding jari ke arah dirinya sendiri dengan riak wajah terpinga-pinga.

"Awak-- Awak bagi saya makan banyak sangat..!Saya-- mulai esok saya nak diet!"jerit Syazwan lalu menjauhkan diri daripada Qhaira apabila perempuan itu melabuhkan punggung di hujung katil.

"Eh?Jangan nak mengarut!Awak still nampak kurus..!And you have low blood.."
"How did you know I have low blood..?"
Qhaira tidak menjawab.
Ada banyak benda yang dia tahu pasal Syazwan..
Rasanya..semua benda dia tahu jika berkaitan dengan Syazwan.

"Anyway..I will still cook for you some good food okay?"
"No...No...!Noo..!"
"Hey!Awak cikgu sains kan?You should know how important it is to maintain a healthy-"
Bantal yang dicampak ke arahnya membuatkan Qhaira menghentikan percakapannya.
Dahinya berkerut buat seketika sebelum dia menarik selimut Syazwan dengan laju.

"Syazwan.Do you have an eating disorder before you met me?"
Syazwan automatik terdiam.
Wajahnya perlahan-lahan disorok di sebalik lengannya.

"You do?You do have them?"soal Qhaira bertubi-tubi lalu mula menahan kedua-dua lengan Syazwan.

"..No..!I'm just.........insecure."
"I'm sorry,what?You shouldn't..Why?"
"Don't know..kadang-kadang..saya rasa macam badan saya ni....buruk."Syazwan bersuara dalam nada berbisik di penghujung ayat.
Kening Qhaira terangkat buat seketika.
Lengan Syazwan perlahan-lahan dilepaskan.

"Don't say that,you're beautiful!"
Wajah Syazwan mula berona merah.
Melihat wajah Syazwan yang bertukar warna,pipi Qhaira muka berasa panas.
Dahinya berkerut buat seketika.

"Tapi sebelum ni..you really look..not healthy.So,uhm..I think I'm taking good care of you.So no need to think your body is ugly okay?You look fine.Kalau awak risau sangat,kurangkan makan kek and ice cream dalam peti."
Syazwan kelihatan seperti tidak sudi.
Qhaira tergelak kecil sebelum mencubit pipi Syazwan perlahan.

"Or you can eat them,and we can exercise together after that?.."
Syazwan makin kelihatan tidak sudi.
Qhaira sekali lagi tergelak kecil.

"Fine..."
Syazwan memuncungkan bibirnya dengan riak wajah mengalah.
Perutnya dipegang.

"Jangan nak fikir benda yang boleh buat awak insecure."kata Qhaira secara tiba-tiba sebelum memegang kedua-dua lengan Syazwan.
Syazwan yang terbaring di bawahnya hanya menjelirkan lidah.

"Well..Should we go buy your sketch book then?.."
"Oh.Almost forgot."
Syazwan tergelak kecil dengan kedua-dua lengannya yang masih dipegang.
Qhaira memandang lama ke arah Syazwan yang berada di bawahnya.Melihat setiap 'detail' untuk diingati di dalam kepalanya.

"I guess we should.Come on,then."
"Ah..Malas.Angkat saya."Syazwan bersuara dalam nada merengek bercampur gurauan.

"Baru je tadi awak merungut berat badan awak naik.."
"But you call me beautiful so now I feel like a princess."
"So I'm the prince then?"soal Qhaira sebelum mencepung tubuh Syazwan ala-ala bridal style.
Syazwan yang sudah terbiasa di angkat sebegitu hanya mengangguk dengan senyuman senget.

"Oh.Saya tak berat ke..?"
Tubuhnya yang tiba-tiba dilambung itu membuatkan dia terjerit kecil sebelum dia di sambut semula.

"Tak lah sangat."
"Showing off your strength I see?"
"Are you amused?"
"Very."
Qhaira tergelak kecil sebelum meletakkan Syazwan di depan muka pintu lalu menghulurkan kasut milik Syazwan ke arah lelaki itu.

"Rather than a prince..you're more like my servant.."
"I can be both."
Syazwan sekali lagi tergelak kecil.
Okey.Nampaknya Qhaira tidak kelihatan terlalu sedih sekarang.Bagus lah.

"Awak ni pun..I think you give too much attention on me?What if there's another princess waiting for you?"
"Then I'm not interested in them.I'm only interested on the princess in front of me."
Syazwan hanya membalas dengan senyuman.
Tetapi dia dapat merasakan otaknya sudah meletup.

Bukan Qhaira cakap dia ada orang yang dia suka ke?
Kenapa cara dia cakap tu macam dia suka dekat aku?
Ke aku yang perasan?
Tapi kalau ya?
Tapi kalau tak?

Tangan yang dihulurkan ke arahnya dicapai lalu dia membiarkan tubuhnya ditarik.
Melihat wajah Qhaira,Syazwan hanya mampu mengeluh di dalam hati.
Sudah lah.Dia pun sudah pening dengan keadaannya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience