BAB 23 :Almost

Romance Series 12091

Syazwan terjaga daripada tidurnya.
Jam loceng di sebelahnya yang baru sahaja hendak berbunyi ditutup.
Matanya yang berasa berat di urut perlahan.
Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah pintu biliknya.Tombol pintunya dipulas lalu wajah Qhaira yang kelihatan terkejut itu serta merta terpampang di muka pintu.
Tangan perempuan itu yang kelihatan seperti mahu mengetuk pintu serta merta terjatuh.

"Awalnya awak bangun?.."
"Awal?Memang selama ni saya bangun awal pun kan..?"
Syazwan melangkah ke arah dapur lalu mula mengambil minyak di dalam kabinet.

"..Syazwan..?..Sa..Saya dah masak."
Syazwan yang baru sahaja mahu menuang minyak masak ke dalam periuk serta merta menghentikan pergerakannya.
Ibarat ada butang 'Pause' di tubuhnya.

"..oh..okey.."
"..Awak taknak mandi dulu?"soal Qhaira apabila Syazwan mula menyimpan semula minyak masak itu ke dalam kabinet.

"..nanti lah."jawab Syazwan lalu mula menyucuk telur goreng di atas pinggan menggunakan sudu.
Garfu di tangan kirinya dicedok untuk mengambil nasi goreng yang ditutupi oleh telur goreng.
Berkerut dahi Qhaira yang melihatnya.

"Erm.."
Qhaira hanya memilih untuk mendiamkan diri apabila Syazwan mula menjamu selera.
Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di hadapan Syazwan.
Wajah Syazwan di tilik.
Kenapa dia rasa macam ada benda tak kena dengan Syazwan hari ni..?

7:10 A.M..

Qhaira tersentak apabila bahunya dipegang sebaik sahaja dia melangkah turun dari bas.
"..sorry.."bisik Syazwan.Tangannya ditarik semula sebelum dia berjalan ke arah perhimpunan.
Dengan perlahan.

"..Oh..Hai."Syazwan melambai tangan ke arah Amy yang berjalan sama had dengannya.
Dua-dua jalan terlalu perlahan.
Amy yang melihat ke arah Syazwan hanya menundukkan kepalanya dengan riak wajah kosong sebelum berlalu pergi.

"Ah..Dia palau saya."
Syazwan bersuara sebelum berpaling ke arah Qhaira dengan riak wajah kecewa.
Qhaira sudah terpinga-pinga.
Mana ada dia palau,dia tunduk dekat awak tadi kan?..

"Syazwan--"
Belum sempat dia bersuara,Syazwan sudah terlebih dahulu berlari ke arah Khairul yang baru sahaja melangkah keluar daripada kereta.
Qaireena yang memandang ke arah Qhaira itu serta merta mengecilkan matanya.

"Kenapa korang selalu datang berdua?"
"Naik bas yang sama."jawab Qhaira dengan dahi yang berkerut sambil berpeluk tubuh.
Qaireena hanya mengerlingkan matanya sebelum menarik Khairul ke arahnya.
Syazwan memuncungkan bibirnya apabila Qaireena mula menarik Khairul pergi.

"..Ah..Qaireena..Kejap lah.."
"What?"
Khairul menggigit tangan Qaireena apabila Qaireena masih tidak melepaskannya.

"What?"soal Qaireena lagi dengan kening berjongket.
Khairul melepaskan gigitannya dengan riak wajah 'Seriously?' apabila Qaireena masih tidak berganjak.

"Ni..Mommy suruh bagi dekat kau."
Khairul menghulurkan plastik yang berisi biskut itu ke arah Syazwan.

"..Oh..terima kasih..susah-susah je.."kata Syazwan perlahan sebelum menyimpan plastik itu ke dalam poket begnya di bahagian kanan.
Sebaik sahaja dia berpaling ke depan semula,kelibat Khairul sudah hilang entah ke mana.

"Saya pergi dulu..Qhaira,see you later."
Qhaira mengangguk perlahan.
Tidak lama kemudian,matanya terbuntang.
Lengan Syazwan dipegang erat.

"..Erm..you should call me..Ceisya,remember?"
"Oh..silap,silap..sorry.."
Qhaira hanya memandang lelaki itu pergi dengan riak wajah musykil.
Muka dia tak nampak pelik.
Tapi kenapa dia berkelakuan pelik?
Ada jadi apa-apa ke?..
Aku ada buat salah ke?..
Dia nampak macam..'awkward' dengan aku hari ni.Tapi semalam dia okey je..
Khairul tak perasan apa-apa ke?..

Kepala yang tidak gatal digaru dengan kasar sebelum dia melangkah ke bawah dewan dengan riak wajah stress.

Amy tersentak apabila ada beg yang dihempap di sebelahnya.Wajah Qhaira di pandang lama sebelum dia menutup matanya semula.
Bunyi suara pelajar yang kedengaran kuat dari sekelilingnya membuatkan dahinya berkerut.
Kan bagus jika dia boleh hentikan masa.
Boleh bagi semua orang dalam sekolah ni senyap.
"..bisingnya."bisik Qhaira yang berada di sebelahnya.
Amy tidak menjawab.Terlalu malas untuk bersuara.Tapi jika dia menjawab,mungkin jawapannya akan berbunyi 'Hm' sahaja.

"Amy."
Amy mengangkat wajahnya.
Wajah Qhaira dipandang dengan riak wajah kosong.
Dengan Qhaira dia boleh menunjuk riak wajahnya yang sebenar.Mungkin kerana sebelum ini pun,dia menunjuk riak wajah sebenar dengan Qhaira,perempuan itu kelihatan lebih terbiasa dengan riak wajahnya yang sekarang.

"..How's your work?..Is it okay?"
Kening Amy terangkat.
Oh?Dia ajak aku bersembang?That's rare.
Biasanya dia cuma bersembang dengan Syazwan.Tak pun Qaireena.
Ah,tak..Biasanya Qaireena yang bercakap dengan dia dulu.
Dia ada nak apa-apa daripada aku ke?

"..Mhm..Hasinah is a nice person.."
"..i see.That's good."
"Ada apa-apa..kau nak tanya ke?"
'Kau'.
Mhm.Dia tidak bercakap menggunakan 'awak,saya' dengan semua orang.
Hanya sesetengah orang sahaja.
Berbeza dengan cikgu Syazwan yang sering menggunakan 'awak,saya' tak kira dengan pelajar atau guru-guru lain.

"..Mn..Syazwan nampak pelik hari ni.Nampak awkward.Dia pernah jadi macam tu ke sebelum ni?"
Amy memandang ke arah kasutnya yang berwarna hitam.
Matanya menjadi layu.
Jadi betul lah..
Dia bercakap dengan aku sebab dia nak tanya pasal Syazwan je.

"..Awkward macam mana tu?"soal Amy lagi.
Jika cerita sekerat apa pun dia tidak faham.

"How do I put it..Dia ceria tapi tak..berseri?"
Dia dapat melihat ada tanda soal muncul di atas kepala Amy apabila perempuan bercermin mata itu mengerutkan dahi.

"Nevermind."
"..Dia..ada tidur banyak tak..?"
"Huh?..Tidur?Hari ni dia bangun awal daripada biasa.Tapi.."
Qhaira berpeluk tubuh.
Teringat pula kelakuan Syazwan tadi yang tertidur tanpa melayan gelagat budak-budak di dalam bas seperti biasa.
Budak-budak di dalam bas pun masing-masing menayang riak wajah pelik apabila Syazwan tidak melayan mereka.
Tapi tiada pula yang berkata apa-apa.

"...dia tidur lama dalam bas tadi.Dia makan sarapan tak habis.Dia lupa nak bagi makanan dekat Mewo.."
"Mewo?"
"Itu nama kucing dia.."
Kening Amy terangkat.
Seperti sedang menyedari sesuatu yang terlalu besar.Tapi tidak lama kemudian,perempuan itu kembali memandang kasut hitamnya.

"Jadi..in conclusion..Dia nampak pelik hari ni."
"..oh..dia demam kot."
Giliran Qhaira pula yang mempunyai tanda soal di atas kepalanya.
Amy perlahan-lahan mengangkat punggungnya apabila pengawas sudah mula mengumumkan pelajar-pelajar lain agar berkumpul di tapak perhimpunan.
Dengan segera.

"Demam?.."soal Qhaira sebaik sahaja mereka mula beratur.

"..Aku teka je lah..Tapi cikgu Syazwan pernah demam sebelum ni.Dia nampak macam biasa tapi,dia jadi malas."jawab Amy sambil cuba mencari kelibat Syazwan di tempat duduk di atas dewan.

"...contohnya?"
"Contohnya..waktu rehat,dia tidur.Waktu belajar,dia tidur.Bila-bila pun dia tidur.Dia tak makan,dia tak mengajar.Dia tidur."jawab Amy lagi.
Masing-masing terpaksa menghentikan percakapan apabila lagu Negaraku mula di pasang.
Amy dan Qhaira,dua-dua hanya menggerakkan bibir.Masing-masing tidak mahu mengeluarkan suara.
Seorang kerana sibuk memikiran sesuatu,seorang lagi kerana terlalu malas untuk mengeluarkan suara.

"..oh,by the way."
Qhaira serta merta menumpukan perhatian ke arah Amy apabila Amy kelihatan seperti mahu membisikkan sesuatu ke arahnya.

"Kalau dia betul-betul demam,dia jadi pelupa.Tadi kau ada cakap dia lupa nak bagi makan kucing dia kan?.."

Amy dan Qhaira saling berpandangan apabila Syazwan yang berada di dalam bilik guru sudah tertidur nyenyak tanpa mempedulikan orang sekeliling.
"..Kenapa aku pun kena ikut sekali?"soal Amy dengan riak wajah kosong.

"..Tadi kau kata nak bincang dengan Syazwan pasal aktiviti sukan tu..Kau ada nak masuk apa-apa ke?"
Amy mengalihkan pandangannya apabila terdengar bunyi pintu bilik guru itu dibuka.
Kelibat Qaireena yang melangkah masuk ke dalam bilik itu membuatkan Amy mencengkam lengannya.

"..uhh...kalau tak masuk apa-apa..tak boleh ke?.."soal Amy dalam nada perlahan.
Qhaira berpeluk tubuh buat seketika.
Boleh je.Tapi..

"Tak ada sukan yang kau minat ke?.."
"....bola....jaring."
"Hm.That's good.Aku pun nak masuk bola jaring--"
"A..Aku suka je...tak cakap nak masuk.."
Kening Qhaira terangkat.
Wajah Amy yang tersorok dari pandangannya kerana ketinggian mereka yang berbeza membuatkan Qhaira menyengetkan kepalanya.

"..Kau tak yakin ke?.."
"...aku main suka-suka je..nak masuk pertandingan..aku tak sehebat itu."jawab Amy dengan riak wajah kosong.
Lengannya sendiri dicengkam kuat apabila jantungnya tiba-tiba berdegup laju.

"....nak try buat team sendiri?.."
Kening Amy terangkat.
Wajah Qhaira dipandang lama.
Wajah Qaireena yang tiba-tiba muncul di sebelah Qhaira membuatkan dia tersentak.
Qhaira mendengus geram.Wajah Qaireena dijeling.

"..kau takut nak masuk sebab kau taknak orang lain salahkan kau kalau kalah kan?.."soal Qaireena sambil menongkat kedua-dua pipinya dengan senyuman lebar.
Amy perlahan-lahan mengangguk.

"..Apa kata kalau kau buat team sendiri dengan orang yang kau selesa?.."soal Qaireena lagi.Kali ini suaranya kedengaran sedikit lembut berbanding tadi.

"..mana ada orang nak jadi team dengan aku--"
"Okeyh!Dah cukup tiga orang!Lagi 4 orang je tinggal!"
"Huh??"
Amy yang sudah terpinga-pinga itu mula memandang tepat ke arah wajah Qaireena dengan kening yang berkerut.
"Kau,aku,dia.Tiga orang!"

Krikk krikk..Krikk krikk..

"What?"soal Qaireena apabila tiada siapa yang mahu bersuara.

"..Kau bukan kelas lain ke?.."
"Oi!Ini lawan antara warna rumah lah!Eh-"

Krikk,krikk..Krikk,krikk...

"...Kau bukan rumah Merah ke?"
"..."
Qaireena automatik terdiam.
Wajahnya bertukar suram.

"..Sorry,Amy."
"T..Tak apa..Aku jadi tukang sorak je lah.."jawab Amy dengan riak wajah pasrah.
Kepala Qaireena di gosok apabila perempuan itu masih kelihatan bersalah.
Kepala Qhaira juga digosok apabila perempuan itu kelihatan tidak puas hati.

"Apa kata korang berdua masuk bola jaring.Lepastu lawan.I wanna see who's stronger."
"..Kau pula nak masuk apa?"
"Taknak masuk apa-apa.Biar aku jadi tukang sorak je.I'm serious."
Qhaira dan Qaireena saling berpandangan.
Dua-dua mula menayangkan riak wajah dingin.
Amy yang berada di antara Qhaira dan Qaireena yang terlebih tinggi itu,mula merasakan dirinya kecil.

"...okay,then.I will win for you."Qaireena bersuara dengan thumbs up yang ditujukan ke arah Qhaira.

"Apa pulak..?Aku rumah biru.Aku lah yang sepatutnya--"
"Eleh..Kau reti ke main bola jaring?"
"Aku reti..!"
Melihat riak wajah Qaireena yang seperti memandang rendah ke arahnya,kemarahan Qhaira mula meninggi.

"Okey,kita tengok nanti..!"
Qaireena tersenyum senget apabila dia dicabar.
Dia memang sukakan cabaran.
Mungkin perempuan di hadapannya juga sama sepertinya.
Pantang dicabar.

Senyumannya serta merta menghilang apabila terpandang mata Qhaira.
"..mata kau memang warna lain-lain ke?"

Qhaira automatik menekup matanya di sebelah kiri dengan laju.Seperti cuba menyorok sesuatu.
"..Hm.So what?"

"...it's..pretty."jawab Qaireena tetapi riak wajahnya kelihatan seperti memikirkan sesuatu.
Qhaira hanya mengerlingkan matanya sebelum menolak tubuh Qaireena ke tepi.
Kakinya melangkah laju ke arah meja Syazwan.

"..kenapa?.."soal Amy apabila Qaireena memandang ke arahnya dengan riak wajah pelik.

"..Tak..rasa macam deja vu.."jawab Qaireena sebelum perlahan-lahan melangkah keluar daripada bilik itu.

'Apa jadi dekat mata kau?..'

'..Entah..aku buat pembedahan,lepastu dia jadi macam ni..'

'Sakit ke?'

'Tak pun.'

Dahi Qaireena berkerut apabila kepalanya tiba-tiba berasa sakit.
Ah.
Sudah lama dia tidak berasa sakit kepala begitu sejak dia mengingati separuh daripada memori sewaktu dia kecil.
"...dia ada kena mengena dengan memori aku ke?Wait.Wait,wait,wait..Aku rasa aku kenal dia..tapi siapa..."

Matanya dipejam rapat apabila kepalanya berasa semakin sakit.

'I feel like I know you somewhere.'

'........indeed.'

'Really?Kita kawan baik ke apa dulu?No offense,but I literally forget about my own promise with my own crush because I was too busy studying.'

'Yeah?Lepastu macam mana kau boleh ingat balik janji kau dengan crush kau tu?'

'...ingat..sendiri..'

'..So,nanti kau ingat sendiri lah siapa aku.Tunggu je la otak kau berfungsi balik.Dumbass.'

Perbualan sewaktu mereka di khemah bermain di fikirannya.Dahinya berkerut.
Jadi aku memang kenal dia.
Dia tak nafikan yang aku memang kenal dia.
Dia kenal aku.
Aish..
"Come on,Qaireena..You're smart..Connect the dots..I know her,somewhere.."

Amy yang masih berada di dalam bilik guru itu perlahan-lahan melangkah keluar dari pintu di bahagian belakang.
Wajahnya bertukar suram.

'Look at you..being pathetic over and over again..'
Amy menggeleng kepalanya.
Dirinya yang berpakaian hitam itu dihilangkan.
Sepanjang perjalanannya ke kelas,kelibat seseorang yang berjalan berhampiran dengannya membuatkan dia melepaskan keluhan berat.

"Yo!Kebetulan pula!"
"Yo..!Where are you going?"soal Amy dengan senyuman senget apabila 'junior'nya itu tiba-tiba menyapanya.
Nafasnya automatik berasa sesak apabila di belakang perempuan itu terdapat dua,tiga orang kawannya yang lain.

"..To the library.Teacher Hasyira want to see me."
"..Ohoo~ What did you do..?"
"What are you thinking about..?It's about a competition."
Amy dapat merasakan tubuhnya menjadi kekok buat seketika.

"Ah,I see..Well see you later then."jawab Amy.
Sudah tiada mood untuk meneruskan perbualan.

"Okay,tell Ain I said hi."
Amy mengangguk perlahan sebelum berlalu pergi.Nametag perempuan itu yang tertulis nama 'Humaira' dipandang sekilas.
Dia asyik lupa nama perempuan itu tak kira lah berapa kali berjumpa.
Humaira memang ceria orangnya.
Mungkin dia ada kacukan cina memandangkan kulit dia putih.Mata dia pun sepet.

'And she's better at English.'
Langkah Amy terhenti buat seketika.
Pelajar-pelajar lain yang menuruni tangga itu memandang ke arahnya sekilas sebelum berlalu pergi.Ada yang menunduk ke arahnya dan ada juga yang tersenyum.

'You think you're better but there will always be someone much more better than you.And that's enough to make you think that you're useless.Is that why you hate her?Because she's better at the only one thing you're good at?'
Amy berdecit.
Kepalanya diketuk dengan riak wajah menyampah.
Apa aku fikir ni?
Apa aku fikir ni?

Riak wajahnya ditenangkan.
Matanya yang layu dibuka agar kelihatan lebih ceria sebelum dia melangkah masuk ke dalam kelas.
"..Assalamualaikum..Cikgu tak masuk lagi?"

"Cikgu BM tak datang!"jawab pelajar lelaki yang berada di tempat duduk di belakangnya.

"Nice!Aku dah lah tak siap kerja dia."
"Huh?Kerja apa?"soal Haziq dengan riak wajah terkejut.
Amy ketawa terbahak-bahak apabila Haziq mula kelihatan panik.

"B*tch,where did you go?"soal Ain apabila dia sudah melabuhkan punggung di tempat duduknya.

"..Eh..saja jalan-jalan.Humaira said hi."
"Ohh..Hello,lol."
"Can I borrow your mirror?"
Ain menghulur cermin mininya lalu Amy mula membetulkan tudungnya yang berasa senget dari tadi.

'...I look hideous.'bisiknya perlahan sebelum cermin itu ditolak ke arah Ain semula.

10:30 A.M...

Syazwan terjaga dari tidurnya apabila badannya digoncang.Wajah Qhaira yang berada dekat dengannya membuatkan dia mengangkat kepalanya.
"..Ya..?"

"..Dah masuk waktu rehat..Awak taknak makan?"
"Saya tak lapar..."
"..Tapi--"
Syazwan memandang bekal yang masih dipegang oleh Qhaira itu dengan riak wajah serba salah.

"..saya mengantuk.."
"..Alaa..Makan lah sikit..nanti perut masuk angin."
Qhaira mencedok mee goreng di dalam bekal lalu garfu di tangannya disua ke arah mulut Syazwan.
Syazwan hanya memalingkan wajahnya ke tepi.
Qhaira melepaskan keluhan berat.

"Syazwan..awak demam ke..?"
".....mana ada."
"Jangan lah tipu..You know I can't touch you--"
Syazwan menekup dahinya sendiri dengan matanya yang masih layu.
"..Tak panas."
Qhaira mendengus perlahan dengan riak wajah tidak puas hati apabila Syazwan menjatuhkan kepalanya ke atas meja semula.

"..Don't do this to me..Awak buat saya risau lah..Saya beli ubat,awak makan tau?"
Syazwan berpaling ke tepi apabila Qhaira ingin menyuapnya mee goreng buat kali kedua.

"..Saya tak sakit.Nak buat apa makan ubat?"
Qhaira berdecit lalu dahi Syazwan ditekup.
Tangannya serta merta ditarik apabila Syazwan berpaling ke arahnya dengan riak wajah terkejut.

"Panas.It's seriously hot."
Qhaira bersuara dengan riak wajah terkejut.
Teringat pula mereka berjalan di bawah hujan semalam kerana Syazwan lupa membawa payung.

"..Ah..Kenapa awak pergi sekolah kalau demam..Nanti jadi makin teruk..Dah lah sekarang pun hujan..!"
Syazwan serta merta menutup telinganya apabila Qhaira kelihatan seperti mahu membebel.
Bibirnya memuncung sebelum dia berpaling ke arah Qhaira semula dengan dahi yang berkerut.

"..Saya okey,lah.."
"Awak tak bangun dari tadi lagi.Lepas ni kelas awak.Awak nak mengajar ke,tak?"
Syazwan mula merengek apabila mengingati jadual kelasnya yang penuh selepas rehat.
Tubuhnya disandarkan pada kerusinya.

"..Balik,lah..Duduk kat rumah..Hm?"
Syazwan menggeleng kepala.

"Why not..?"
Syazwan tidak menjawab.
Hanya mereka sahaja di dalam bilik guru itu.
Guru-guru yang lain semuanya sedang makan atau sudah masuk ke kelas masing-masing.

"..Hey..talk to me..Why not?.."
"..Because it's lonely,okay?"jawab Syazwan perlahan dengan riak wajah sayu.
Tubuhnya mula menggeletar kesejukan.
Qhaira hanya mendiamkan diri.

"..Saya sorang-sorang kat rumah..dengan kucing saya..No one will take care of me..Baik saya pergi sekolah je.."
Qhaira menyarung semula sarung tangannya dengan riak wajah serba salah.

"..Kalau awak cakap macam tu awal-awal kan senang..?Boleh saya jaga awak.."
Syazwan berpaling ke arah Qhaira apabila suara perempuan itu kedengaran lembut.
Seperti mahu memujuk.

"..You're not alone anymore.You have me."bisik Qhaira perlahan sambil mengenggam erat tangan Syazwan.
Masing-masing saling berpandangan buat seketika.

Pandangan Qhaira serta merta terhenti pada bibir Syazwan.Wajahnya perlahan-lahan didekatkan pada wajah lelaki itu.
Melihat kelakuan Qhaira,Syazwan automatik memejam rapat matanya.
Baru sahaja Qhaira ingin merapatkan bibirnya,pintu bilik guru yang dibuka membuatkan dia dan Syazwan dengan pantas kebelakang.

"..Hm..Sedap lah pula buah honeydew tadi."Khairul bersuara dengan riak wajah puas.
Qaireena yang berada di belakangnya dengan lip balm di tangan menepuk bahu Khairul.

"..Sini..Bibir awak kering..Berdarah dah tu.."
Khairul memuncungkan bibirnya apabila Qaireena ingin menyapu lip balm itu pada bibirnya.

"Khairul..Elok-elok lah."
"..Elok-elok lah ni..Aaa.."
Khairul memisahkan bibirnya apabila Qaireena mencerlung ke arahnya.
Jari Qaireena yang menggosok bibirnya membuatkan dia menjeling ke tepi apabila wajah Qaireena terlalu dekat dengannya.
Kelibat 'Ceisya' dan Syazwan yang sedang memandangnya dengan pandangan kekok membuatkan dia tersentak.

"..Aaa..that's enough..!"bisik Khairul lalu menolak tangan Qaireena ke tepi.
Bibirnya yang tiba-tiba dipagut membuatkan dia tersentak.

"Hehe..Bibir saya pun kering juga.."
"Ada orang lah..!"
"Huh?Mana?"
Mata Qaireena automatik terpandang wajah Syazwan dan wajah Qhaira yang kelihatan kekok.

"Eh..Macam lah kita tak kenal diorang..One more time."
"No..!"
Bunyi kerusi yang tiba-tiba ditolak itu menghentikan pergerakan Qaireena.

Syazwan berpaling ke arah Qhaira.Wajah Qhaira yang kelihatan merah itu membuatkan wajahnya tiba-tiba berasa panas.
"..Awak makan lah..Nanti..saya datang balik..."

Qhaira dengan pantas berlalu pergi dengan riak wajah gelisah.
Syazwan yang masih berada di tempat duduknya memandang ke arah bekal makanan di tepinya.
Bibir Qhaira yang hampir dengannya tadi bermain semula di dalam fikirannya.

"..Ah...Jangan...fikir..!"bisik Syazwan sambil mengetuk kepalanya berkali-kali.

"..Is everything okay?.."soal Qaireena yang berada jauh dari mejanya.
Syazwan mengangguk perlahan sebelum memusingkan kerusinya agar membelakangi mereka.Bekal di tepinya di ambil lalu mee goreng di dalam bekal itu disumbat ke dalam mulutnya dengan laju.
Mukanya berasa panas.
Terlalu panas.
Kenapa dia pejam mata tadi?
Kenapa dia nak biarkan..?
Pelik..
Terlalu pelik..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience