Syazwan terbangun daripada tidurnya.
Jam yang menunjukkan pukul 3 pagi membuatkan dia merungut.Kakinya melangkah ke arah dapur apabila dia berasa dahaga.
Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pintu bilik,kelibat Qhaira yang sedang menggunakan laptop di ruang tamu membuatkan keningnya terangkat.
"Qhaira?.."
Qhaira tersentak lalu berpaling ke arah Syazwan.
"Syazwan?"
"Kenapa tak tidur lagi ni?"soal Syazwan dengan riak wajah risau.
Qhaira memicit ruang di antara keningnya.
Bibirnya diketap.
"Nothing..Ada kerja sikit."
"Ya,ke?"
Qhaira tersenyum senget apabila terpandang wajah risau Syazwan.
Mahu saja dia mencubit pipi lelaki itu.
"Iya..Don't worry about me."
Qhaira menyambung kerjanya semula.
Tangannya laju menekan butang keyboardnya.
Beberapa minit kemudian,kening Qhaira terangkat apabila Syazwan melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Syaz..?"
"Sambung lah buat kerja..Saya temankan."kata Syazwan sebelum Qhaira sempat bertanya apa-apa.Gelakan kecil keluar dari mulutnya apabila riak wajah Qhaira kelihatan segan.
"Wow..dah berani ya,sekarang?"
"Why not?..Lagipun saya dah selesa dengan awak."jawab Syazwan dengan senyuman lebar sebelum matanya mula menjadi layu.
Qhaira tersenyum senget sebelum memandang skrin komputernya semula.Kerjanya sudah hampir siap..
'Airiqa ni pun..Dia boleh je bagitahu awal-awal tentang kerja dia.Aku boleh je tolong buatkan.Sekarang keadaan dah jadi macam ni..'
Qhaira mengambil handphonenya yang bergetar di atas ribanya.Mesej yang dihantar oleh Airiqa dibaca.
'Thanks for helping me,Qhaira'-Riqa
'No worried.Focus on Amy.Mcm mana kau nk bgthu dia ttg hal tu?'-Qhaira
'Idk..I will think about it..later.'-Riqa
'She deserves to know.'-Qhaira
'I know,i know..can u juz focus on ur work..my head is going to combust.'-Riqa
'Alr then.'-Qhaira
Baru sahaja Qhaira hendak meletakkan handphonenya ke tepi,Airiqa sekali lagi menghantar mesej kepadanya.
'Is this how u feel when u r worried about Syazwan all those years ago?..'-Airiqa
'I feel so useless rn.'-Airiqa
'It's her inner battle..Idfk know what I should do..'-Airiqa
'Airiqa has left the chatroom'
Airiqa perlahan-lahan meletakkan handphonenya di atas meja.
Wajah Syazwan dipandang lama.
Jaket di tepinya di ambil lalu tubuh Syazwan diselimutkan apabila lelaki itu kelihatan sejuk.
"..Syazwan.."
Qhaira memandang ke arah bulan yang kelihatan jelas dari luar tingkap.
"..the moon is beautiful,isn't it?.."bisiknya dengan senyuman lebar.
..........
Amy memandang wajah Syamimi yang kelihatan bersinar-sinar itu.
'You've reached Icy Crystal.'
"Cantiknya tempat ni..Lagi cantik dari tempat tadi.."Arissa bersuara sambil menggosok lengannya yang berasa sejuk.
Manakala Syamimi pula kelihatan tenang.
Mungkin kerana kuasa perempuan itu yang berasal daripada Ais..?
"Okey.So sekarang kita kena cari buku tu.."
"Where do we even start?.."bisik Arissa sebelum pandangannya melilau ke arah sekeliling.
Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam dunia baharu itu,kawasan sekeliling mereka yang sunyi sepi membuatkan mereka saling berpandangan.
Penduduk di tempat itu hanya fokus dengan kerja masing-masing.Tidak ada langsung yang bersuara.
Suara yang boleh didengari hanya lah bisikan-bisikan orang sekeliling.
Budak-budak di tempat itu pun tiada yang membuat bising.
"..senyap,nya.."bisik Syamimi dengan riak wajah tidak senang duduk.
"..kan?Agaknya kenapa diorang nampak...suram?"soal Arissa ke arah Amy.Amy hanya menjongketkan bahunya sebelum melangkah ke arah jalan yang dipenuhi salji itu.
"..Amy?Awak nak pergi mana?"
Amy menuding jarinya ke arah istana yang terletak agak jauh di hadapannya.
Arissa dan Syamimi saling berpandangan sebelum mengikut Amy dari belakang dengan riak wajah tegang.
Mereka tidak tahu apa-apa tentang dunia ini.
Jadi mereka pun tidak tahu pemerintah tempat itu mempunyai perwatakan yang bagaimana..
Sebaik sahaja mereka tiba,pagar istana yang terbuka luas itu membuatkan dahi Syamimi dan Arissa berkerut.
"Tak ada pengawal jaga ke?.."bisik Syamimi dengan riak wajah musykil.
"Mungkin sebab diorang dah pasang perangkap?"teka Arissa pula.
Batu disebelahnya di ambil sebelum di baling ke dalam kawasan istana.
Masing-masing mendiamkan diri selama 5 saat apabila tiada apa-apa yang berlaku.
"..Uhm..Mungkin perangkapnya dekat DALAM istana?"teka Arissa pula sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan istana.
"Hati-hati..!"
Arissa tersentak apabila tubuhnya ditolak.
Tubuhnya serta merta jatuh tersembam apabila dia tidak dapat mengimbangi badannya.
Perisai yang tiba-tiba muncul di atas tubuhnya membuatkan dia tersentak sebelum sebuah cahaya ditembak tepat ke arahnya.
Perisai yang berada di atasnya tadi serta merta pecah sebelum kakinya ditarik dengan kasar oleh seseorang sehingga dia terkeluar daripada kawasan istana.
Syamimi sudah terkedu kerana tembakan secara tiba-tiba itu.Pandangannya perlahan-lahan beralih ke arah lelaki di sebelahnya.
"..Main masuk je kawasan istana?Tak sayang nyawa ke?.."soal lelaki itu sambil bercekak pinggang.
Amy mengangkat wajahnya.
Matanya terbuntang apabila wajah lelaki itu berpaling ke arahnya.
"..oh..uhh..Terima kasih sebab selamatkan saya..Abang ni siapa ya?"soal Arissa sambil menyapu salji yang melekat pada bajunya.
"..Syazrif."
Amy menepuk dahinya dengan riak wajah pasrah.
Nice.Sekarang Syazrif pula.Lepas ni siapa?
Airiqa?Aira?
"Abang buat apa dekat sini?"soal Syamimi dengan riak wajah serius.
Syazrif mengerlingkan matanya.
Baru sahaja dia hendak menjawab,matanya menangkap kelibat Amy yang memandang ke arahnya dengan pandangan kosong.
"Oh,hey..You again..!"
Amy tersentak sebelum perlahan-lahan mengalihkan wajahnya ke tepi.
Oh..Kekok.
"Korang saling kenal ke?"soal Arissa lalu senyuman mengusik terukir di bibirnya sambil dia menyiku pinggang Amy.
Amy hanya mengerutkan dahinya sambil menampar manja lengan Arissa.
"Kind of.Dia pernah tolong saya."
"Uuuu..."Syamimi dan Arissa bersuara serentak.Kedua-duanya memandang ke arah Amy dengan pandangan mengusik.
Amy hanya melepaskan keluhan berat.
"Hm.Korang nak masuk istana ni ke?"
"Ya."
"Ada urusan penting?"
Syamimi dan Arissa serentak mengangguk.
Lelaki di hadapan mereka mula berpeluk tubuh sebelum dia berpaling ke arah istana itu semula.
"..Well..Tempat ni ada sensor.Kalau ada penceroboh masuk,dia akan tembak."
"What the..Jadi macam mana kami nak masuk?"soal Arissa lagi.Nadanya kedengaran tidak puas hati.
Patut lah pagar terbuka luas..Ada sensor rupanya.
Kalau budak-budak masuk macam mana?
"Hmm..Memandangkan abang pun nak masuk tempat ni.."
Syazrif mengeluarkan bola besi dari dalam poketnya sebelum di baling masuk ke dalam kawasan istana.
Tidak lama kemudian,bola itu meletup lalu gas berwarna putih mula memenuhi halaman istana itu.
"Masuk cepat."
Amy mula berlari ke arah pintu istana yang berwarna putih itu.
Pintu itu ditolak dengan kasar lalu semua yang berada di luar melangkah masuk ke dalam istana sebelum pintu istana itu ditutup semula.
"Okey.I guess that trick still works."bisik Syazrif dengan senyuman nakal sebelum melangkah ke arah tangga yang berada di hadapannya.
"Oh,ya..Abang tahu ke kenapa semua orang dekat dunia ni macam...diam?"
"Ah..Dengar cerita ratu tempat ni dah kena sumpahan."
"Sumpahan?Sumpahan apa?"soal Syamimi dengan matanya yang terbuntang sebelum mengikut Syazrif dari belakang.
"Entah lah..Tapi saya ada dengar yang ratu tempat ni kena sumpah jadi binatang.."
"Kenapa?Sebab dia tak bagi nenek tua masuk dekat dalam istana dia?!"soal Arissa dengan riak wajah panik.
"Adik ingat ini cerita Beauty and the Beast ke?"
"...mana lah tahu kan..?"bisik Arissa sambil memuncungkan bibirnya.
Syamimi tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya melihat gelagat Arissa.
"Hahh..Sebabnya saya tak tahu..Tapi lepas ratu tu kena sumpah,dia larikan diri.Jadi sekarang ratu tempat ni tengah hilang.Sebab tu lah semua orang dekat tempat ni nampak muram.Semua orang dekat tempat ni sayangkan ratu diorang,bla,bla,bla..Tamat."
Arissa dan Syamimi mengangguk faham.
Amy hanya mendiamkan diri sambil kakinya melangkah naik anak tangga satu persatu.
"Jadi apa abang buat dekat sini sebenarnya?"
"Kerja..!Abang pembantu istana ni..!"jawab Syazrif sambil membuat 'peace'.
Arissa dan Syamimi saling berpandangan.
"Gila,lah..Maksudnya..abang pernah nampak ratu tempat ni face to face lah..?!"
"Tak.Abang tak pernah masuk bilik dia.Tiba-tiba,satu hari abang dengar yang ratu tempat ni kena sumpahan.And dia dah menghilang.Abang tak kisah sangat pun.Asalkan duit masuk."
Syamimi dan Arissa saling berpandangan sebelum mengangguk setuju.
Boleh tahan juga abang Syazrif ni.
"Tapi tempat ni sunyi betul..Pembantu istana lain mana?"
"Diorang pun temgah bersedih..Jadi kerja dalam istana ni semuanya abang yang buat."
"Woah..Dapat duit lebih tak?"
"Of course..!"
Arissa dan Syamimi serentak menepuk tangan dengan riak wajah terpegun apabila Syazrif menayangkan senyuman bangga.
Amy hanya menggeleng kepala.
"..memandangkan ratu tempat ni tak ada..mana kita nak cari buku lagenda tu?"soal Amy dengan dahi yang berkerut.
"Oh?Korang tak jumpa lagi buku tu?"
"Nope..Ratu Flowery Kingdom kata buku tu dekat Icy Crystal.Tapi sekarang ratu tempat ni hilang..There goes our lead on finding the book I guess."jawab Amy dengan riak wajah malas.
Tangannya dimasukkan ke dalam poket jaketnya.
Suhu di dalam istana itu sejuk betul.
"Hmm..Apa kata korang pergi cari buku tu dekat perpustakaan..?"
"Istana ni ada perpustakaan?"
"Nama pun istana..Mesti lah ada."
"Perpustakaan tu dekat mana?"
Syazrif membuka pintu yang berada di sebelahnya dengan riak wajah selamba.
"Tadaa~"kata Syazrif dengan riak wajah kosong sebelum mula mengambil kain dan penyembur di atas meja.
"Cari lah.Abang nak buat kerja."
Arissa dan Syamimi mengangguk sebelum mula menggeledah perpustakaan itu.
Mata mereka melilau mencari buku lagenda itu.
Baru sahaja Amy mahu mencari,musang yang berwarna putih itu membuatkan dia tersentak.
"Oh..!Mochi..!"
"...Mochi..?"
Syamimi dan Arissa serentak beroaling ke arah Syazrif yang mula mengangkat musang itu ke arah dakapannya.
"Musang ni dah ada dekat sini sejak saya mula-mula masuk.Dia lah yang selalu temankan saya buat kerja."kata Syazrif dengan senyuman lebar sambil bermain dengan tangan musang itu.
"Comelnya..!"bisik Arissa lalu mula melangkah ke arah musang itu dengan mata yang bersinar.
Belum sempat dia mahu mengusap musang itu,tangannya sudah terlebih dahulu digigit.
"Oww!!"
Arissa menarik tangannya dengan riak wajah pucat.
Mata Syazrif terbuntang.
"Ah..Berdarah ke?Saya tak sangka pula dia gigit orang.."
Arissa menunjuk tangannya yang sudah mengalirkan darah itu dengan bibirnya yang diketap.
"Let me heal you.."bisik Syazrif lalu tangan Arissa digenggam erat.
Tangannya yang mula bercahaya itu membuatkan sakit di tangan Arissa mula tidak terasa.
Apabila tangannya dilepaskan,Arissa membelek tangannya yang sudah tidak mempunyai kesan luka.
"..You have healing powers?"soal Amy dengan dahi yang berkerut.
Syazrif mengangguk dengan riak wajah lega apabila melihat tangan Arissa.
Musang disebelahnya diketuk perlahan.
"Bad fox..!"
Musang itu memandang ke arah Syazrif dengan riak wajah tidak puas hati sebelum menggigit tangan Syazrif.
Tetapi gigitannya terlalu manja.
Tidak ada luka langsung di tangan Syazrif sebaik sahaja musang itu melepaskan gigitannya.
"Dia suka abang sorang je kot..?"
"..Mungkin?..Memandangkan abang selalu datang sini.."jawab Syazrif sebelum mengusap kepala musang itu perlahan.
Musang itu perlahan-lahan merangkak ke arah peha Syazrif lalu membenamkan wajahnya pada pinggang lelaki itu.
"Oh,well...Jom lah sambung cari buku tu."
"Okey,okey.Jom."
Syamimi dan Arissa menyambung carian mereka semula.
Amy berpaling ke arah musang di atas riba Syazrif.
Mata mereka saling bertaut buat seketika sebelum Amy berlalu pergi.
Beberapa minit berlalu,bunyi suara Syamimi yang kedengaran terkejut itu menarik perhatian Amy dan Arissa.
"Itu ke?"soal Syamimi lalu menuding jarinya ke arah siling istana.
Buku yang terletak betul-betul di atas siling itu membuatkan dahi Arissa dan Amy berkerut.
"Oh wow.Macam mana buku tu boleh..?"
"Persoalannya,macam mana kita nak ambil?"
"Amy boleh terbang kan..?Amy,go!"kata Arissa dengan teruja lalu menuding jarinya ke arah buku yang melekat pada siling.
Amy mengerdipkan matanya buat seketika sebelum terbang ke atas.
Baru sahaja dia hendak menyentuh buku itu,serangan yang tiba-tiba muncul dari tepi membuatkan dia dengan pantas mengelak.
Kelibat musang yang berwarna putih itu memandang ke arah Amy dengan pandangan tajam.
"Musang tu boleh terbang?!Abang tak cakap pun musang tu boleh terbang?!"
Syazrif yang baru sahaja ingin merehatkan badan tersentak apabila Arissa tiba-tiba menjerit.
Kelibat musang yang terbang di sebelah Amy itu membuatkan dia mengerdipkan matanya buat seketika.
"Musang tu boleh terbang..?!"
"Abang pun tak tahu?!"
Amy perlahan-lahan ke belakang apabila sebuah pisau mula muncul di mulut musang itu.
Ekor musang itu juga memegang pedang.
Entah kenapa bulu romanya meremang teruk.
"Mana dia dapat pisau tu..?"
Belum sempat Amy berbuat apa-apa,musang itu sudah menyerangnya.
Amy mengeluarkan pisaunya lalu pisau di mulut musang itu ditahan.
Kuat.
Amy menolak musang itu ke belakang sebelum terbang ke bawah.
Musang itu memandang ke arah Amy dengan pandangan waspada sebelum perlahan-lahan terbang ke bawah.
Pisau dan pedang yang dipegangnya mula menghilang.
Kakinya melangkah ke arah Syazrif sebelum dia merebahkan badannya di atas peha lelaki itu.
Amy,Syamimi,Arissa dan Syazrif saling berpandangan.
"..Okey..?Jadi..dia ke penjaga buku tu..?"soal Arissa apabila mereka semua mula bertenang.
Amy menyandarkan tubuhnya pada sofa dengan riak wajah kosong.Matanya masih memandang musang di atas riba Syazrif yang kelihatan jengkel dengan keberadaan mereka di situ.
"Aku rasa musang ni tak suka kita lah.."
"Rasanya dia memang suka abang Syazrif je."kata Syamimi dengan riak wajah pasrah.
"So,now what..?"
Amy mengeluarkan hologram daripada tangannya.
"Humaira.I don't think we can take the book."kata Amy dengan riak wajah kosong.
'The hell?Of course you can.'
"Why do you need it anyway?"soal Amy lagi dengan dahi yang berkerut.
'I need it for this library.That book is important to this place.'
"Oh well..Yes,but I don't think we can take it back."
'Why?'
"Buku tu ada penjaga."
Suara di hujung panggilan itu terdiam buat seketika.
'Where are you right now?'
"..Istana Icy Crystal?.."
'Holy sh*t..Jauhnya..?'
"Yeah,no sh*t."
Syamimi dan Arissa saling berpandangan dengan riak wajah kekok.
'Alright..You know what..?I'll deal with it.'
"I don't think you c-"
Hologram yang menghilang itu membuatkan Amy mendengus perlahan sebelum berpaling ke arah Syamimi dan Arissa.
"Kita serahkan dekat Humaira je lah.."
"Awak rasa dia boleh kalahkan musang tu ke?.."bisik Syamimi ke arah telinga Amy sambil matanya memandang ke arah musang di atas riba Syazrif yang sedang menutupkan mata itu.
"Entah lah..Kita tengok je lah."jawab Amy sambil berpeluk tubuh.
"Agaknya kita bertiga boleh kalahkan musang tu tak?"bisik Arissa pula.
Amy,Syamimi dan Arissa serentak memandang ke arah musang yang kelihatan tenang di atas riba Syazrif itu.
"..Rasa macam tak sanggup lah pula.."bisik Arissa lagi manakala Amy dan Syamimi mengangguk setuju dengan riak wajah serba salah.
KRINGG!! KRINGG!!
Amy tersentak.Pandangannya dialihkan ke arah watak-wataknya yang tidak bergerak.
Dahinya berkerut sebelum dia mendengus kasar.
Poketnya diseluk.
Oh..Tak ada.
Pisaunya hilang.
Ah...lupa pula kelibat hitam tak guna tu yang ambil..
KRINGG!! KRINGG!!
Amy menyengetkan kepalanya sebelum melangkah ke arah laci meja.
"..ada tak apa-apa yang.."
Amy menyelongkar laci meja itu sebelum tangannya terpegang sesuatu.
Keningnya terangkat lalu objek di tangannya perlahan-lahan ditarik.
'You received a gun.'
Amy memandang pistol ditangannya lalu digoncang.
Dia tidak pernah memegang pistol sebelum ini.
Macam mana nak cek peluru?..
Em..Entah lah.
Amy mengacukan pistol itu ke arah kepalanya.
"...Bang.."bisiknya perlahan sebelum pelatuk pistol ditekan.
BANG!!
....
Amy terjaga daripada tidurnya dalam keadaan tersentak.
Matanya melilau ke arah sekeliling sebelum terhenti pada wajah Airiqa yang sedang bercakap dengan orang pada hujung telefon.
Jam yang tergantung pada dinding dipandang sekilas.
5:30 A.M..
Seperti dapat merasakan pandangan Amy terhadapnya,Airiqa berpaling ke arah Amy sebelum menamatkan panggilannya.
"..Hey.Awalnya bangun?"
Amy tidak menjawab.
Kalau nak jawab pun,nak cakap apa?
Bunyi ringtone awak buat saya terkejut.
Dasar ketinggalan zaman..Siapa je buat ringtone bunyi 'kringg,kringg' selain orang tua?
"Ah.Ringtone saya kuat sangat,eh?"
Amy mengerdipkan matanya buat seketika sebelum mengangguk perlahan.
"Sorry.."
"..Airiqa."
Airiqa tersentak apabila namanya tiba-tiba disebut jelas di bibir Amy.
Senyuman lembut terukir di bibirnya.
"Ya,saya?"
"...Sebenarnya,kenapa awak bawa saya datang sini?.."
Airiqa serta merta terdiam.
Oh.
Jadi dia dah perasan ada benda tak kena.
"..Aira yang nak awak duduk dekat si-"
"Jangan tipu saya."
Airiqa perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam biliknya lalu pintu gelongsor di belakangnya,ditutup.
"Ada apa-apa jadi dekat rumah saya ke..?"
Wanita di hadapannya menggeleng dengan dahi yang berkerut.
"..Saya baca mesej awak dengan Qhaira."
Mata Airiqa terbuntang.
Alamak..Dia mati-mati ingat Amy sedang nyenyak tidur sewaktu itu.
"..Jahatnya awak,Amy..Awak pura-pura tidur..?"
"Awak yang terlalu pasti saya tengah tidur."
Airiqa mengetap bibirnya sebelum pandangannya dialihkan ke tepi.
Memang dia mahu memberitahu Amy tentang...masalah itu.Tetapi dia tidak sangka pula seawal ini.
Amy memandang gelagat Airiqa sebelum melangkah turun daripada katil itu.Lantai yang sejuk itu membuatkan dia melepaskan keluhan berat.Jika di rumahnya,dia tidak akan pernah merasakan keselesaan begini.
"Amy..?Awak nak pergi mana..?"
Amy tidak mengendahkan wanita di belakangnya.
Kakinya melangkah keluar daripada bilik itu lalu menuju ke arah dapur yang berada di tingkat paling bawah.
"..Amy..!Saya..Saya tak boleh bagitahu sekarang..Saya akan bagitahu awak nanti..Okey?"
Airiqa menahan perasaan gelisahnya apabila Amy tidak mengendahkannya.
Setiba sahaja di dapur,Airiqa mula berasa tidak sedap hati.
"Saya bagi awak lagi satu peluang.Bagitahu saya."
"Saya boleh bagitahu..Cuma bukan sekarang.."
Amy membuka laci di tepinya lalu pisau di dalam laci itu di ambil sebelum di acu ke arah lengannya.
"Aaa..!Amy..!Don't be stupid!"
Baru sahaja dia hendak melangkah ke arah Amy,Amy menekan pisau itu ke arah lengannya dengan lebih dalam.
"Kalau awak gerak,saya toreh."
"Why are you being like this-"
"Tell me what the problem is!!"
Airiqa sekali lagi tersentak.Dia tidak sangka pula Amy akan tiba-tiba menjerit.Ini pertama kali dia mendengar perempuan itu menjerit sebegitu.
"Apa masalahnya?Mak saya ke?Ada apa-apa jadi dekat mak saya ke?"
"Amy..No.It's not like that.."
"Don't f*cking lie to me."
Aira yang terjaga akibat jeritan Amy itu perlahan-lahan mengintai kepalanya dari tingkat atas.
Dia tidak dapat melihat kelibat Airiqa dan Amy dengan jelas.
Kalau dia turun pun,mesti Airiqa marah.
"..A..Okey..Awak letak pisau.Saya akan bagitahu."
"Liar."
"I'm not.I'm serious."
Apabila Amy tidak mengikut cakapnya,Airiqa berdecit.
"Amy!!"
Amy tersentak lalu pisau di tangannya perlahan-lahan dijatuhkan ke atas lantai.
Baru sahaja Airiqa ingin mengambil pisau itu,Amy memijak hujung pisau itu dengan pandangan tajam.
"Bagitahu saya dulu."
"Okey,fine."
Airiqa menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan.
"..So,like..Your mom.."
"Kenapa dengan mak saya?"
"Dia okey..Cuma.."
Amy menghembus nafas lega.Kerutan di dahinya perlahan-lahan menghilang.
Bagus lah..Dia mati-mati menyangkakan ibunya tercedera.
"..Your mom..and your dad..are getting...a divorce."
....
Airiqa memandang ke arah Amy yang menayangkan riak wajah kosong.
"...hah?.."
"..Mak awak,kalau boleh taknak awak terlibat sama.Jadi dia suruh..saya..jaga awak..?"
Mata Amy terbuntang lalu pisau yang dijatuhkan di lantai tadi dipandang lama.
"..Amy.Amy look at me."
"..no.."
"Amy-"
"Go f*ck yourself!!Don't even try to comfort me!What the hell do you know?!"
Melihat riak wajah Amy,dahi Airiqa perlahan-lahan berkerut.
Ah.Dia sudah sangka yang Amy akan memberi reaksi yang begini.Tapi dia sangka yang Amy akan menangis..?
Kenapa setitis air mata pun tak keluar dari mata dia..?
Baru sahaja Amy mahu mengambil pisau di atas lantai itu semula,tubuhnya sudah terlebih dahulu di angkat lalu diletakkan pada bahu Airiqa.
Airiqa menyepak pisau itu ke tepi.
"F*ck!!Kau buat apa ni?!Kau gila ke?!"
Airiqa memegang erat tubuh Amy yang mula meronta dengan kasar itu.
'Kau'..'Aku'..
Rasanya dia tidak pernah mendengar Amy menggunakan perkataan itu apabila dengannya.
Amy mula mencakar tubuh Airiqa apabila wanita itu enggan melepaskannya.
"Airiqa..Let me go..!Pekak ke?!"
Bunyi suara Amy membuatkan Hana perlahan-lahan membuka pintu biliknya dengan riak wajah risau.
"Puan-"
"Go back to your room.It's not your work hours yet."potong Airiqa sebelum Hana sempat berkata apa-apa.
Hana perlahan-lahan menutup pintu biliknya.
Wajah Irina yang memandang ke arahnya dengan pandangan mamai membuatkan dia melepaskan keluhan berat.
"..ada apa tu..?"
"..i don't know.Go back to sleep."jawab Hana lalu menolak Irina agar merebahkan diri di atas katil semula.
"..Hm..I hope she's okay.."
"Nanti dia okey lah tu..mungkin puan dah bagitahu dia pasal keluarga dia kot.."bisik Hana lalu merebahkan tubuhnya di sebelah Irina.
Tubuh perempuan itu dipeluk erat.
"..I'm talking about Airiqa...she's scary when she's angry.."
"..oh.Oh well.Scarier than me?"
"Shut up.Kalau tak kau tidur bawah."
"...Okey,okey.."
Amy menolak tubuh Airiqa jauh darinya.
Belum sempat dia mengesot turun dari katil,kakinya dipegang lalu ditarik semula ke arah Airiqa.
"..Where are you going,Amy?"
"Balik."
"Macam lah rumah kita dekat sangat.."
"Tak kisah."
Amy mengerang kesakitan apabila kedua-dua lengannya digenggam.
"..oh,sorry..!Did I hurt y-"
Sebaik sahaja Airiqa melepaskannya,Amy serta merta menendang perut perempuan di atasnya dengan kasar.
Airiqa serta merta tertolak ke belakang lalu perutnya dipegang.
"Amy.That hurts."
"..send me back-"
Amy terjerit kecil apabila tubuhnya ditarik ke arah katil semula.
Ooh..Kalau Airiqa ni lelaki,sudah lama dia menjolok keluar mata perempuan itu.
"Not now..Mak awak tak benarkan awak balik lagi buat masa sekarang.."
Apabila Amy tidak bersuara,Airiqa perlahan-lahan memandang wajah Amy.
Air mata Amy yang mengalir laju itu membuatkan Airiqa mula rasa bersalah.
"..Hey-"
"I'm so tired."
Airiqa membenamkan wajahnya ke arah bahu Amy apabila perempuan itu akhirnya mengalah dan melabuhkan punggung di atas ribanya.
"..I know.."bisiknya perlahan lalu lengan Amy yang dipenuhi kesan torehan itu diusap.
"....kenapa selalu macam ni..?"bisik Amy perlahan dengan riak wajah kosong.
Rasanya..tidak kira lah berapa orang yang mengahwini ibunya..dia tidak akan pernah mendapat keluarga yang harmoni seperti kawan-kawannya yang lain.
"..apa kata awak lepaskan saya..and saya terjun dari balkoni rumah awak..?"
"If you die...then Aira would be sad you know..?"
Amy tidak menjawab.
Air matanya jatuh ke arah lengan Airiqa yang memeluk erat tubuhnya.
"..I would be sad you know..?"bisik Airiqa perlahan dengan dahi yang berkerut.
Pintu biliknya yang terbuka menunjukkan kelibat Aira yang memandang ke arah mereka dengan riak wajah risau.
"..Amy....okey?"soal Aira lalu berlari anak ke arah Amy.
Tubuh Amy dipeluk erat dengan matanya yang berkaca.
"..no..i don't think I am.."bisik Amy perlahan.
8:00 A.M..
Airiqa menyelimutkan tubuh Amy sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.
"..Alright..Now promise me to keep an eye on her okay?"bisik Airiqa ke arah Aira.
Aira mengangguk dengan riak wajah serius.
"..Korang semua pun sama."bisik Airiqa ke arah pembantu rumahnya yang lain sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada biliknya.
Jam di pergelangan tangannya dipandang sekilas.
Dia harus pergi bekerja.
"Alright.Kalau ada apa-apa jadi..I will kill you guys.Mentally of course."Airiqa tersenyum lebar sebelum berlalu pergi.
Sebaik sahaja kelibat Airiqa hilang dari pandangan,badan Irina mula menggeletar apabila bulu romanya menaik secara tiba-tiba.
Airiqa ni seram betul lah kalau marah..
Amy membuka matanya buat seketika.
Matanya kelihatan kosong.
Langsir yang menutupi pintu yang menuju ke arah balkoni itu dipandang lama.
...
'If you die..Aira would be sad you know..?'
'I would be sad you know..?'
Amy mengetap bibirnya sebelum meringkukkan tubuhnya ke dalam selimut.
'...I'm so tired..'
Share this novel