Syazrif menjeling tajam ke arah Aira sambil berpeluk tubuh.Dahinya tidak berkerut,tetapi pandangannya membuatkan Aira tidak senang duduk.
"...sorry."
Syazrif hanya mendiamkan diri.
Matanya masih memandang tajam ke arah Aira yang duduk dalam keadaan sopan itu.
Sudah gaya seperti orang jepun pula.
"..okey,fine!Kau nak tanya apa?Aku janji aku tak tipu!"
"Kad tu."
"Okay,to be honest..Kau boleh je kerja kat tempat tu..sebagai pembantu rumah,or..my bodyguard?Tapi aku tipu sebab..sebab aku nak gunakan kau lah..!"
Melihat dahi Syazrif yang berkerut,Aira memandang ke arah lantai semula.
"Apa lagi yang aku tak tahu?"
"Mak aku CEO."
"Aku taknak tahu yang itu."
"Uh..Lelaki yang..aku cakap..suka..gunakan orang tu..sebenarnya adik aku."
Kening Syazrif terangkat dengan matanya yang terbuntang.
Aira mengelap peluh di dahinya dengan riak wajah cuak.
"Dia..7 tahun."
"Umur kau betul ke 10 tahun?"
"..La...Lapan tahun..sebenarnya."
Syazrif mendengus perlahan.Dia pun sudah tidak tahu mahu terus mempercayai budak perempuan itu atau tidak.
"..Lagi..?"
"..Nama..aku sebenarnya Safaira Sophia."
"..Safaira?Okay,I will call you that from now on."
Safaira mengangguk perlahan dengan riak wajah yang kelihatan sedikit tenang.
"..Get out of my house."
"HAH?!Tapi saya dah bagitahu semua benda!Abang jangan lah halau sayaaa..Sanggup abang?Lepas apa yang saya dah bagi dekat abang?!"
"Boleh tak kau jangan cakap macam tu?Bunyi pelik lah!!"jerit Syazrif apabila Aira-- eh salah,Safaira berpaut pada betisnya.
Syazrif menarik nafas lalu menghembusnya perlahan.
"Teruk sangat ke mak kau tu?.."
"..tak..dia cuma annoying."
"How about your dad?"
"..He left me.Dia ada datang melawat,tapi mama pula tak bagi dia jumpa dengan aku."
Syazrif melepaskan keluhan berat.
Macam mana dia boleh terjebak sekali dalam hal pecah belah keluarga ni.
Keluarganya sendiri pun sudah tiada,kenapa pula dia harus mengambil kisah pasal keluarga orang lain.
"Okey.Aku tak kisah kau nak duduk dengan aku,but..Aku pun bukannya baik sangat."
"..Oh,baguslah kau sedar diri."
"Eii!Nak siku ke?!"jerit Syazrif sambil meluku kepala Safaira perlahan.
Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.
"Lagipun..aku kena cari kerja.."
Masing-masing mendiamkan diri buat seketika.
Pandangan Safaira yang memandangnya atas bawah membuatkan Syazrif menjeling tajam ke arahnya.
"..sebelum ni..kau memang pernah.."
"Aaaaa..Jangan ungkitkan hal lama.Manusia bila dah terdesak,semua benda diorang sanggup buat."potong Syazrif sebelum Safaira sempat menghabiskan kata-katanya.
Wajah perempuan itu ditolak agar tidak mendekatinya.
Riak wajahnya bertukar suram.
Perempuan tadi mesti dah tahu aku buat kerja macam tu sebelum ni..Memang lah dia tahu,dah aku bagitahu dia!
Kalau dia bagitahu Syazwan macam mana?..
Kepalanya digeleng.
..Kisah pula aku?
Dia ada hidup dia sendiri,kenapa pula dia nak kisah pasal hidup aku?
Paling teruk pun dia tengok aku dengan pandangan jijik.
Tak apa lah.Setakat tu,aku dah biasa.
"..kalau aku cari kerja untuk kau..Boleh kau maafkan aku sebab tipu kau?"
Syazrif tersedar dari lamunannya.
Kata-kata Safaira tadi membuatkan dia termenung buat seketika.
Budak macam dia ni nak cari kerja untuk aku?
Macam mustahil.
Tapi dah banyak benda mustahil yang budak ni ada.Contohnya duit yang berkepuk dalam beg dia.Adakah itu normal bagi anda semua?
Tak kan?Melainkan itu normal,anda harus diam kerana saya tidak mahu mendengarnya.
Hormati lah orang yang susah.
"..kau nak cari kerja dekat mana?"
"Kedai makan?"
"Just nak cakap..kedai makan dekat depan tu lah yang pecat aku."
Safaira yang baru sahaja ingin menyoal kedai makan di depan rumah mereka,serta merta membatalkan niatnya.
Wajah Syazrif dijeling.
"..Kau buat apa sampai kena pecat?"
"Tak payah sibuk nak tahu."jawab Syazrif lalu mencapai jaket milik Safaira.
"Jom."
"Huh..?Kau nak pergi mana?"
"Cari kerja lah..takkan aku nak bagi kau pergi sorang-sorang..?Anak orang,bukan anak aku.Kalau anak aku,aku dah bagi kau berlari sampai tengah jalan tu."
Safaira yang baru sahaja mahu memuji kebaikan hati Syazrif serta merta membatalkan niatnya.Wajah Syazrif dijeling dengan riak wajah tidak puas hati.
Macam mana lah lelaki ni boleh jadi baik dan jahat dalam masa yang sama.
Teruk..
Patut lah dia single sampai sekarang.
Ya,ke?
"..Tak payah lah..Aku pergi cari sorang.Lagipun aku ada pisau.Kau tunggu je kat sini."
"Tapi--"
"Rileks..Kau risau dekat aku ke ni?"
"Perasan teruk..!Pergi lah!Kisah pula aku!..Balik sebelum maghrib!Tolong aku masak nanti.."
Safaira tersengih nakal apabila Syazrif melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil memandang pandangan dari balkoni.
Pintu balkoni yang masih terbuka luas itu membuatkan Safaira berasa sayu buat seketika.
'..rasanya kalau dia duduk sorang-sorang pun,kesian juga.Sebab sunyi.'bisik Safaira jauh di lubuk hati sebelum dia melangkah keluar daripada rumah itu.
Tapi kalau Syazrif ikut sekali pun,tak elok juga.
Entah sampai bila mereka akan berjalan mencari kerja.Mungkin hari ni,belum tentu dia akan dapat mencari tempat kerja yang sudi mengambil orang bekerja.
Lagipun,Syazrif ada asma.
Safaira termenung buat seketika.
Kenapa dia rasa macam dia terlebih memikirkan kesihatan Syazrif?
Adiknya sendiri pun,dia tidak memikirkan sampai begitu sekali.
Bunyi pintu yang diketuk membuatkan Syazrif mengerlingkan matanya dengan senyuman senget.Pintu rumahnya dibuka.
"..Nak suruh aku temankan ke--"
Syazrif memandang wajah wanita di hadapannya dengan keningnya yang terangkat.
"..Uhh..Ada apa,ya?"
Pistol yang dihala ke arahnya membuatkan dia tersentak.Peluru yang hampir terkena tubuhnya di elak dengan riak wajah pucat.
Kening Fara terangkat.
Oh.Tindakan refleks dia cepat..
Ruang di dalam rumah flat itu di pandang lama.
Kecil.Sempit.
"..Ikut aku."
"Why should I?"soal Syazrif.
Dadanya berasa sesak.
Inhaler di dalam poket seluarnya dipegang erat.
Oh,ya..Safaira.Safaira macam mana?
Tubuh wanita di hadapannya ditolak dengan kuat lalu dia dengan pantas berlari ke luar.
Fara yang melihat sudah merungut.
"Kenapa semua orang yang aku jumpa macam ni?"
Syazrif terjerit kecil apabila wanita itu sudah berada di belakangnya.
Apabila lengannya dipegang,sebelah tangannya lagi dengan pantas menampar pipi wanita itu.
Fara yang tidak pernah ditampar itu terdiam seketika.
"..wow.Sanggup kau tampar perempuan?"
"Kenapa?Salah?Sebab kau perempuan?"soal Syazrif dengan riak wajah seperti menunjuk berani.
"..hmm..Mesti puan rasa kau menarik kalau dia tengok kau sekarang."
Baru sahaja Fara ingin mengacu pistolnya ke arah leher Syazrif,Syazrif sudah memijak kasutnya berkali-kali.
"..!Kasut aku..!"jerit Fara perlahan sambil menepuk kasutnya yang sudah kotor.
Sudah lah kasut itu,kasut baharu..!
Kemarahannya automatik menaik.
Tubuh Syazrif yang hampir menuruni anak tangga itu ditarik semula lalu dicampak ke tepi.
Syazrif merengek kesakitan.
Ya.Dia merengek.
Dahi Fara pun berkerut mendengarnya.
Lelaki mana yang merengek kalau sakit?
Bukan sepatutnya kau mengerang ke?
Kaki Safaira laju menuruni anak tangga ke tingkat paling bawah.
Safaira memandang ke arah langit di atasnya yang kelihatan mendung.
Teringat pula wajah Syazrif ketika lelaki itu bermimpi buruk.Senyuman senget terukir di bibirnya.
"..I bet he's weaker than my mom.."
Bunyi tapak kaki dari belakangnya membuatkan dahinya berkerut sebelum dia berpusing.
Apabila tiada orang di belakangnya,keningnya terangkat.Baru sahaja dia hendak menghembus nafas lega,tangan yang datang dari arah kanannya membuatkan dia menunduk.
Kelibat perempuan di sebelahnya di pandang lama.
"..Tisya?.."
"Ah..!Macam mana dia boleh elak!That was my killer move..!"bisik Tisya perlahan yang sudah kelihatan panik itu.
Pisau yang dikeluarkan oleh Safaira itu membuatkan dia terjerit kecil.
"..ah..Safaira..apa kata kita bincang?Violence is not the answer."
Tisya bersuara dalam nada tenang walaupun jantungnya sudah berdegup kencang.
Dia tidak mahu melukakan anak Puan Sharika.
Tapi nanti mesti dia yang akan dilukakan.
Urgh..!
Kenapa lah umur Safaira,8 tahun?
Kalau mereka sebaya,sudah lama dia 'all out' dengan Safaira..!
Apabila Safaira berlari ke arahnya,Tisya serta merta mengeluarkan jeritan kecil sambil dia mengelak serangan Safaira yang terlalu liar.
Masalah yang sering dihadapinya apabila 'berlatih' dengan Safaira ialah,dia tidak dapat membaca pergerakan Safaira.
Pergerakan Safaira 100% tiada apa-apa 'pattern' untuk dihafalnya agar memudahkan dia untuk mempertahankan diri.
"..kau..sorang-sorang?"
Tisya yang masih menayangkan riak wajah tenang itu,tersenyum kekok.
"..Ya.."
Dia tidak boleh menayangkan apa-apa riak wajah melainkan riak wajahnya yang sekarang.
Kalau tidak,sekejap saja Safaira akan tahu yang Fara tengah cuba dapatkan lelaki dekat atas tu.
Tapi kenapa dia tak keluar sekali dengan Syazrif..?
Tak pasal-pasal dia dan Fara harus guna plan B.
Sepatutnya mereka sudah lama menangkap Syazrif dan memaksa Safaira agar mengikuti mereka.Tapi sekarang mereka harus berpecah untuk menangkap salah seorang.Agak sukar,kerana Safaira boleh bergerak sesuka hati jika dia tiada sesiapa untuk dilindungi.
Berdasarkan siasatan mereka,hubungan Safaira dan Syazrif nampak seperti semakin rapat.
"Fara."
Tisya mengawal tubuhnya daripada tersentak.
"Kenapa dengan dia..?"
"Kau tak pernah pergi 'mission' sorang-sorang.Mana girlfriend kau?"
"G..G..Girlfriend?Kitorang kawan je lah!"jerit Tisya dengan wajahnya yang sudah berona merah dan pucat dalam masa yang sama.
Serentak dengan itu,Safaira serta merta berlari ke arahnya lalu perut Tisya ditendang.
Tisya yang tidak menyangka Safaira akan menggunakan taktik kotor,menerima sepakan itu lalu terjatuh ke belakang.Dia mula merengek dengan matanya yang berkaca.
"Hikk..hikk.."
Tubuhnya menggigil apabila dia cuba menggagahkan dirinya untuk bangun.
Wajah Safaira dijeling.
"..Urgh..Tak aci!Adik main tipu!"
"Siapa adik kau?"jawab Safaira dalam berbentuk soalan bercampur sindiran.
Pisaunya dihala ke arah Tisya dengan pandangan tajam.
"Ungh...saya bagitahu Fara nanti!"
"Arh!!Kau tu semua benda Fara,Fara,Fara!Kau kahwin lah dengan dia senang!"jerit Safaira dengan riak wajah menyampah.
Sekarang dia sudah membuang masanya 'bermain' dengan wanita ini.
Dia seharusnya mencari kerja untuk Syazrif!
Jam di pergelangan tangannya dipandang sekilas.
"..Ah,sh*t..Aku kena.."
Kelibat seseorang yang sedang menuruni anak tangga dari tingkat 6 itu membuatkan dahinya berkerut buat seketika.
Matanya dikecilkan.
Siapa tu?
Nampak macam kenal..
Syazrif mengelak peluru yang hampir terkena tubuhnya.
"Apa benda ni..?Main tembak-tembak?Mana aci!"jerit Syazrif dengan riak wajah pucat.Bulu romanya meremang teruk.Dia betul-betuk takut sekarang!
Wanita yang berjalan tenang ke arahnya membuatkan jantungnya berdegup kencang sambil dia menuruni anak tangga satu persatu.
"Bukan pistol betul pun.Bagi lah aku tidurkan kau kejap!Bukannya aku nak bunuh kau pun..!"
Memang itu yang dimaksudkan Fara.
Pistol yang dipegangnya itu bukan ada peluru yang boleh membunuh.
Hanya jarum yang mempunyai ubat tidur.
Tetapi yang disangka Syazrif apabila Fara menyebut perkataan 'tidurkan' adalah terlalu jauh dengan apa yang dimaksudkan oleh Fara.
"..You literally punch me.Rasa macam tak adil pula kalau aku tak balas balik."jawab Fara lalu melompat turun dari tangga tingkat 6.
Tubuh Syazrif ditolak ke arah dinding tangga itu dengan kuat lalu wajah lelaki itu ditampar.
Dua kali.
Sebelah kanan dan sebelah kiri.
Tidak pula lelaki itu mengelak.
Mata lelaki itu kelihatan seperti sedang termenung.
Tidak lama kemudian,mata Syazrif yang berkaca itu membuatkan Fara tersentak.
Kenapa dia rasa macam dia terlalu kejam?
Kuat sangat ke dia tampar tadi?
Tapi dia pakai sarung tangan,jadi tak mungkin lah tamparannya terlalu sakit.
"......cukup.."bisik lelaki itu perlahan.
Hilang sudah keberanian yang ditunjuk oleh lelaki itu tadi.Wajahnya mula menjadi pucat.
'Syazrif..?!'
Fara memandang ke arah Safaira yang berada di bawah.Kemudian ke arah Tisya yang sedang menangis teresak-esak.Dahinya berkerut buat seketika.
"..haih..menyusahkan betul,lah.."
Baru sahaja dia hendak 'menidurkan' Syazrif,lelaki itu yang terduduk membuatkan dia ke belakang.
"..are..you okay..?"soal Fara perlahan apabila Syazrif kelihatan seperti sesak nafas.
Dengan mata lelaki itu lagi yang berkaca,babak di matanya sekarang mengingatkannya tentang komik romantik yang dibacanya semalam.
Hampir 2 minit dia melihat Syazrif berkelakuan begitu tanpa berbuat apa-apa.
"The f*ck?!"
Fara tersentak apabila Safaira tiba-tiba muncul di belakangnya.
Cepatnya dia naik?Dari tingkat bawah?
"..Oi!Kau okey?Inhaler kau mana?"soal Safaira lalu mula meraba poket seluar Syazrif.
Inhaler lelaki itu dikeluarkan lalu diserahkan kepada Syazrif.
"..tarik nafas..calm down.."bisik Safaira perlahan.Seperti tidak mahu mengejutkan lelaki itu dengan suara biasanya yang lantang.
Apabila Syazrif menggunakan inhaler itu,mata Safaira tertumpu ke arah pipi Syazrif yang kelihatan merah menyala.
Tangannya mula menggempal penumbuk.
Mahu saja dia berteriak ke arah Fara,tetapi dia harus menahannya dahulu.
Apabila Syazrif mula bertenang,Safaira memeluk erat tubuh lelaki itu dengan wajah lega.
"Hahh..Risau aku dibuatnya.."
Syazrif menepuk tubuh Safaira dengan riak wajahnya yang masih kelihatan seperti termenung.
Safaira menyeka air mata Syazrif menggunakan lengan bajunya.
"Jom lah.Kita balik dulu--"
Baru sahaja Syazrif ingin bangun dari tempat duduknya,tubuh Safaira yang hampir terjatuh di hadapannya membuatkan dia tersentak.
Tubuh budak perempuan itu serta merta disambut.
"Ai--..Safaira..?"soal Syazrif dengan matanya yang terbuntang.Riak wajahnya mula kelihatan panik apabila Safaira tidak menyedarkan diri.
Tubuh budak perempuan itu dipeluk erat lalu disorokkan daripada Fara yang sedang mengacu pistol ke arahnya.
"Don't worry..she's not dead.Go to sleep."
Fara mendengus geram apabila tembakannya tidak terkena Syazrif kerana tindakan refleks lelaki itu yang terlalu laju.
"You know what..?"
Fara melangkah ke arah Syazrif lalu tubuh Safaira ditarik.Tetapi lelaki itu enggan melepaskan tubuh budak perempuan itu.
Melihat lelaki itu yang sedikit terleka,leher lelaki itu ditembak dengan jarum dari dalam pistolnya.
Mata Syazrif serta merta menjadi layu sebelum tubuhnya tumbang.
Safaira masih di dalam pelukannya.
"..Hikk.."
Tisya memandang ke arah Fara yang mencampak tubuh Syazrif dan Safaira ke dalam kereta.
Mujur tiada orang nampak.
Kalau tidak,penat mahu menjelaskan.
Dia yang harus jelaskan.
Fara main tembak saja.
"..kau ni..aku suruh jaga dia kejap je..Tunggu sampai aku dapat lelaki itu."
"Kau pun struggle kan?Aku dah cuba yang terbaik lah!"
Fara mengerlingkan matanya lalu tubuh Tisya dicepung.
"..Did she kick you?"
Tisya mengangguk perlahan.
Fara menggeleng kepalanya dengan riak wajah kecewa.
"..I'll do better next time.Aku tahan diri je tadi tu.."
Melihat Tisya yang tersengih seperti kerang busuk,Fara melepaskan keluhan berat.
Tubuh Tisya diletakkan pada seat kereta di sebelah pemandu dengan berhati-hati.
"Agaknya apa reaksi puan nanti?"soal Tisya sebaik sahaja enjin kereta jenama Vellfire itu mula dihidupkan.
"..Harap-harap dia bagi gaji lebih.Kalau tak sia-sia aku kena tampar.And kena tumbuk."
"Oh my god..Kau kena tumbuk?Kau okey?"soal Tisya lalu membelek wajah Fara.
Lebam di tepi bibir wanita itu membuatkan dia menayangkan riak wajah sayu.
Wajah Syazrif dipandang tajam.
"..It's nothing.Aku dah biasa."bisik Fara perlahan.Tali pinggang keledar dipakaikan untuk Tisya.
"..Tapi aku still tak biasa."
"..Whatever."
Tisya menarik langsir di sebelahnya ke tepi.
Ruang di dalam kereta itu mula menjadi gelap.
"..feels kinky when i'm in the dark with you.."
"..Tisya."
"If we're in a relationship,kau rasa siapa yang top?"
Kereta itu yang mula bergerak membuatkan dia mula bertanya soalan pelik-pelik kepada Fara.
"Me."jawab Fara sepatah.
"What?Sebab kau kuat?Aku pun kuat!"jerit Tisya dengan riak wajah tidak puas hati.
"Kau kalah lawan budak kecil."
"Aish!Itu-- Sebab aku tahan diri!"
"Kau pendek."
"Woi..!"
Suara mereka memenuhi ruang di dalam kereta.
Tetapi Syazrif dan Safaira,kedua-duanya masih nyenyak tertidur..
Share this novel