"So,uhh..Saya tahu awak kata nak pergi picnic..But where exactly are we going?.."soal Amy yang berada di seat kereta sebelah Airiqa.
Matanya menjeling ke arah Qhaira,Syazwan,Aireen dan Sheila yang berada di seat kereta belakang.
Aira yang berada di atas ribanya sedang bermain teka silang kata pada tabletnya.
"I know a place..Tempat tu lagi luas..So saya rasa tempat tu lagi sesuai."jawab Airiqa dengan senyuman lebar.
Amy memandang ke luar tingkap.
Lagi luas..?Kita nak picnic dalam hutan ke apa ni?..
Laluan yang dipenuhi pokok di sekeliling mereka membuatkan bulu roma Amy meremang.
Syazwan memandang laluan yang dilalui mereka dengan dahi yang berkerut.
"..Kenapa saya rasa kita pernah datang sini?.."
"Really?"soal Qhaira sebelum memandang ke luar tingkap kereta.Dahinya berkerut sesaat.Seperti menyedari sesuatu.
Setelah hampir setengah jam,kereta yang dinaiki mereka perlahan-lahan berhenti di padang yang luas.
Sebaik sahaja Syazwan melangkah turun dari kereta,kelibat Khairul dan Qaireena yang berjalan ke arah mereka mula kelihatan.
"So this is the place..To be honest..saya rasa macam kita pernah pergi dekat sini.."kata Khairul sambil bercekak pinggang.
"Hm?Bukan ini tempat kita berkhemah hari tu ke?Tapi kita berkhemah sebelah sana."
Qaireena menuding jarinya ke arah kawasan hutan yang kelihatan tebal tidak jauh dari mereka.
"Oh..!Haah..Baru saya perasan.."bisik Khairul sebelum berpaling ke tepi.
"Ah?..Rumah tu memang ada kat situ ke?"soalnya lagi apabila terpandang rumah banglo yang dibina tidak jauh dari tempatnya berdiri.
"..Yup.Dah lama dah.Tapi tak ada orang duduk."jawab Airiqa sambil menghamparkan tikar di bawah pokok.
"Tak ada orang?Rumah hantu ke..?"
Amy berpaling ke arah Qairin yang tiba-tiba muncul di sebelah Qaireena.
"Oh.Diorang pun datang?"soal Amy perlahan.
Qairin memandang ke arah Amy sebelum melambai tangannya dengan senyuman lebar.
Asyiqa yang sedang berpeluk tubuh itu hanya mendiamkan diri.
"Yeah..Hope you don't mind."
"I don't.The more the merrier..!"jawab Syazwan dalam nada ceria sambil dia membantu Airiqa dan Qhaira menyusun piring di atas tikar.
Asyiqa juga turut membantu tanpa berkata apa-apa.
Aira mengintai bonet kereta yang sudah dibuka itu sebelum menarik keluar bola yang berwarna warni dengan riak wajah kosong.
"Aira bawa bola.Nanti..main..boleh?"soal Aira perlahan dengan riak wajah berharap.
Amy tersenyum senget sebelum dia mengangguk.
Kepala Aira diusap.
Sheila yang berada di sebelah Aireen perlahan-lahan menuju ke arah Aira sebelum mengukirkan senyuman lembut.
"Nak main..?"soal Sheila perlahan.Matanya memandang ke arah bola Aira.
Aira dengan pantas mengangguk sebelum menarik tangan Sheila agar berdiri sedikit jauh daripada tikar yang sedang dibentang oleh yang lain.Kakinya mula menyepak bola itu ke arah Sheila dengan kuat.
Wajahnya mula menjadi teruja apabila Sheila menyepak bolah itu ke arahnya semula.
Qhaira menjeling ke arah rumah banglo yang dilihatnya tadi dengan dahi yang sedikit berkerut.
"Kenapa dekat sini..?"soal Qhaira perlahan.
Airiqa berpaling ke arah Qhaira buat seketika sebelum berjongket bahu.
"Saja.Tak boleh ke?"
Qhaira mengerlingkan matanya sebelum membentangkan tikar yang lain di sebelah tikar Airiqa.
Apabila tiga tikar sudah dibentang,masing-masing mula melabuhkan punggung.
"Kenapa saya rasa kita macam berkelah dekat pantai..?"soal Qairin perlahan.
Syazwan dan Khairul hanya mengeluarkan ketawa kekok.
Ya,tak,ya juga..
"Oh well..Let's just enjoy ourselves.Saya ada masak lauk kegemaran awak tadi."kata Airiqa lalu mula meletakkan pulut kuning ke atas pinggan,bersama dengan lauk rendang.
Amy yang tidak berkata apa-apa dari tadi,terbeliak matanya apabila pinggan itu ditolak ke arahnya.
"Saya tak rasa..saya boleh habiskan.."
"Try je.Berat badan awak turun 1.8 kg lepas awak duduk rumah mak awak.You should eat more.."
Wajah Amy mula berona merah apabila semua mata di situ memandangnya serentak.
"..O-Okey..Thank you.."bisik Amy sebelum mula menjamu selera dengan riak wajah segan.
"Oh.By the way..how was the exam papers?"soal Syazwan ke arah Asyiqa dan Qairin yang sedang meletakkan kuih di atas pinggan masing-masing.
Wajah Qairin bertukar keruh manakala Asyiqa hanya menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan dengan riak wajah pasrah.
"Entah lah,cikgu.."jawab Syazwan dan Asyiqa serentak dalam nada mendatar.
"Aku ada tengok kertas exam tu tadi.Tak ada lah susah sangat."sampuk Qaireena dengan jarinya yang membuat thumbs up ke arah Qairin.
"Orang yang dah dapat PhD sila diam."
Wajah Qaireena mula bertukar muram apabila di jeling oleh adiknya sendiri.
Wajahnya dibenamkan pada bahu Khairul.
"Khairul tengok dia tu.."
"Kalau saya tengok pun,kenapa?"soal Khairul dengan riak wajah kekok.
Lagipun Qairin memang kelihatan seperti tidak berapa suka dengan Khairul pun.
Entah apa yang salah~
"Oh,you got a PhD already?You?"soal Airiqa dengan mata yang terbuntang.
Qaireena mengangkat wajahnya sebelum mengangguk perlahan.
"Woah..That's actually cool.You're younger than me too.Patut lah kau nampak macam tak normal."kata Airiqa lagi sebelum menyuap kek ke dalam mulutnya dengan riak wajah selamba.
"Kau nak cakap yang aku ni pelik lah?"soal Qaireena lagi dalam nada tidak puas hati.
Airiqa memandang ke arahnya sebelum mengangguk.
"Yup.Macam Qhaira.Dia pun pelik."
Qhaira yang tidak bersuara dari tadi,tersedak apabila namanya diungkit.
"Pelik macam mana tu?"soal Qaireena dalam nada berminat.
Syazwan juga ikut memasang telinga.
"Pelik macam mana?..Uhh..Macam mana nak cakap ya..Dia terlalu-"
'PRANG!!'
Semua yang berada di situ berpaling ke arah Aira dan Sheila yang sedang berdiri kaku.
"Kau buat apa?"soal Aireen dalam nada panik.
"Ahaha...Aku tersepak kuat pula.."jawab Sheila dalam nada perlahan.
Syazwan memandang ke arah tingkap rumah banglo yang sudah pecah itu.
"Alamak...Habis lah..Nanti hantu dekat dalam tu cari kau."
Mendengar kata-kata itu,Sheila dan Aira memandang ke arah satu sama lain.
"I'll..go apologize."kata Aira secara tiba-tiba dengan riak wajah selamba.
"Huh?!"
Amy yang baru selesai makan itu,mencuci tangannya buat seketika sebelum melangkah ke arah Aira.
"Why bother?Nampak macam tak ada orang.Rumah terbiar mungkin."kata Amy dengan riak wajah kosong.
Aira mendongakkan kepalanya untuk memandang Amy sebelum menggeleng kepalanya perlahan.
"I need that ball back."
"Airiqa can buy you a new one."
"I want that one."
Amy mengeluh perlahan.Kepala Aira yang berlapikkan tudung itu diusap.
"Let's go search for it then."
Sheila mula terkebil-kebil apabila Amy dan Aira sudah berjalan ke arah rumah banglo itu.
"Apa kau buat kat sini?Budak tu lagi berani dari kau!"jerit Aireen sambil menyepak betis Sheila supaya wanita itu bergerak.
Lengannya yang tiba-tiba dicengkam erat oleh Sheila itu membuatkan dia tersentak.
"I-I-I-Ikut lah...aku.."kata Sheila.Riak wajahnya bertukar pucat.
"Penakut teruk!"
"Diam lah!Ikut aku!"
Aireen hanya membiarkan dirinya diheret sambil mulutnya membebel di telinga Sheila.
Semua yang berada di situ saling berpandangan buat seketika.
"Should we follow them?"soal Qairin perlahan.
"Yeah.Nak tengok juga isi rumah tu."kata Syazwan sebelum mengangkat punggungnya.
Melihat Syazwan yang ingin berangkat,Qhaira mula panik sebelum meneguk air di sebelahnya dan melangkah ke arah Syazwan yang sudah berlalu pergi itu.
"Ah..!Jom ikut diorang."Khairul menarik lengan Qaireena.
Qaireena menarik lengan Qairin manakala Qairin menarik lengan Asyiqa.
"Ah..?!Kenapa aku pun kena ikut sekali-"kata-kata Asyiqa terhenti apabila lengannya dipegang erat oleh Qairin.
Pipinya mula berasa panas sebelum dia mendiamkan diri dan mengikut Qairin dari belakang.
Airiqa yang masih berada di atas tikar itu tergelak kecil sebelum menyusun bekal makanan di sekelilingnya.
Kasutnya disarung sebelum dia melangkah ke arah Amy dan Aira.
"Assalamualaikum~"Aira bersuara dalam nada lantang.
Matanya dikerdipkan buat seketika sebelum dia berjongket bahu.
"Jom masuk."kata Aira selamba sebelum membuka pintu pagar itu dengan riak wajah tidak bersalah.
"Eh..?!Kita main masuk je ke..?!"soal Sheila apabila Amy mengikut Aira dari belakang.
"Rumah ni nampak macam terbiar.Tak ada orang rasanya."kata Airiqa yang sedang berjalan di tepi Amy.
Dengan kaki yang menggeletar,Sheila perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam halaman rumah itu.Tangannya memegang erat lengan Aireen.
'Krakk..!'
"Aaaaa..!!"
"Diam lah!!"jerit Aireen sebelum Sheila sempat menghabiskan jeritannya.
"Wah..Boleh tahan besar juga rumah ni.."bisik Syazwan sambil matanya memandang ke arah sekelilingnya.
Berhabuk..tapi tidak lah sampai terlalu bersepah.Nampak macam rumah itu ditinggalkan tidak terlalu lama..?
"Are we gonna enter?Aku rasa mesti pintu dia berkunci."kata Qaireena yang sudah berada di depan itu.
Tangannya memegang tombol pintu itu lalu dipulas.
"Yup.Berkunci."
"Should we unlock it?"soal Asyiqa.
"Unlock it how?"
Asyiqa mengeluarkan pin kertas dari poket bajunya lalu mula dimasukkan ke dalam lubang kunci tombol itu.
"Wait.Mana kau belajar teknik t-"
"Diam lah."kata Asyiqa dengan dahi yang berkerut.Tidak lama kemudian,tombol pintu itu dipulas dan pintu di depannya automatik dibuka dengan mudah.
"Y-You can do that..?Since when?!"soal Qaireena dengan riak wajah tidak percaya.
Asyiqa hanya menjelingkan matanya dengan riak wajah malas.
"Kakak aku ajar.Dah lah.Nak masuk ke tidak?Kita dah sampai sini dah pun.Nak buat apa patah balik."kata Asyiqa sebelum melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"Wah..Gangster betul..Bukan biasanya awak ke yang terlampau berdisiplin..?"Qairin bersuara dengan senyuman mengusik apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Gelap.
"..Sekolah dah habis dah pun.Let me be free for a while."jawab Asyiqa selamba.
Amy melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Bau perabot baru memenuhi ruang rumah itu.
Kening Amy terangkat buat seketika.
"Wangi."
"Kan?Bau macam perabot baru."sambung Airiqa lagi sebelum melangkah ke arah tangga yang menuju ke tingkat 2.
"Kita pecah masuk rumah orang nampaknya."Qhaira bersuara sambil menggosok sebelah lengannya.
"Well..Let's just say..kita nak ambil bola."
"Why do I feel like you're enjoying this?"
"Kind of.Rasa macam tengah main Escape Room."Syazwan tersenyum lebar sebelum menarik lengan baju Qhaira ke arahnya.
"Jom lah.."bisik Syazwan perlahan.
Qhaira perlahan-lahan mengangguk sebelum mengikut langkah Syazwan.
"Bola tu..mungkin..dekat tingkat 2."kata Aira sambil mendongakkan kepalanya ke atas.
"Jom.Naik."
Aira mengangguk ke arah Amy sebelum melangkah naik anak tangga itu dengan berhati-hati.
Syazwan dan yang lain juga mengikut dari belakang.Sebaik sahaja mereka tiba di tingkat 2,Amy memandang ke arah sebuah pintu yang berada di depannya.
Eh?..
"Tingkat ni cuma ada 1 pintu je ke..?"
Syazwan memandang ke arahnya.
Kosong.Hanya dinding.
Nampaknya memang ada satu pintu saja.
"Should we open it?.."
"Kalau berkunci macam ma-"
Airiqa memulas tombol pintu di hadapannya dengan mudah lalu pintu bilik itu dibuka.
"Tak berkunci."
Semua yang berada di situ saling berpandangan sebelum melangkah masuk dengan berhati-hati.
Di ruangan itu,terdapat tiga pintu.
"Alamak..Macam seram je..?"bisik Qairin perlahan.
"Uhh..Macam mana ni?Nak berpecah ke?"
"Eh?!Taknak!"jerit Sheila dengan riak wajah pucat.
"Come on..Macam mana kita nak cari bola tu kalau cek satu-satu.Entah berapa pintu rumah ni ada..!"Aireen bersuara sambil memulas tombol pintu yang berwda di ruang depan.
Dahinya berkerut apabila ternampak sebuah piano di tengah-tengah bilik itu.
"Oh.Bilik..piano ke?"soal Sheila yang melangkah masuk ke dalam bilik itu perlahan.
Qaireena memulas tombol pintu yang berada di sebelahnya.
"Oh.Pintu ni boleh buka.Ini..bilik stor ke?"soal Qaireena.
Flashlight pada handphonenya dibuka lalu disuluh ke arah sekeliling.
"Nampak macam ya."
Kening Khairul terangkat buat seketika apabila dia terpandang sebuah pintu.
Oh.
"Hey..Ada pintu.."
Khairul menarik tangan Qaireena lalu menuding jarinya ke arahnya pintu yang berada di tepinya.
"Oh.Boleh buka?"
Khairul memulas tombol pintu itu.
Pintu itu yang terbuka membuatkan Qaireena dan Khairul tersenyum serentak.
"Guys..!Ada pintu lagi dalam ni-"
Khairul terdiam buat seketika apabila orang lain di belakangnya tadi sudah menghilangkan diri.
"Oh.Diorang nak berpecah kot..?"kata Khairul sambil berjongket bahu.
Qaireena mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam bilik di dalam bilik stor itu bersama dengan Khairul.
Ruangan di sekelilingnya yang sedikit gelap itu membuatkan dia berkerut.
'Kreakk..'
Qaireena berpaling ke belakangnya.
Pintu bilik yang tertutup sendiri itu membuatkan dia memandang ke arah Khairul.
Khairul memulas tombol pintu di hadapannya berkali-kali.
"Ah.Kunci."
"Alamak.Uhh..Nak teruskan ke?"
"Well.I guess?"soal Khairul sambil memegang erat tangan Qaireena.
Mereka berdua mula berjalan di dalam ruang yang luas tetapi gelap itu.
"Woah..Cantiknya piano ni.."bisik Sheila perlahan.Habuk di atas piano itu disapu.
Aireen membuka langsir bilik itu.Cahaya matahari yang mencerahkan ruangan bilik itu membuatkan Sheila menghembuskan nafas lega.
"Tapi macam tak ada apa pun..?"kata Sheila sebelum matanya terpandang sebuah lagi pintu.
"Eh.Ada pintu lagi!We should tell the others."kata Sheila sebelum berpaling ke arah muka pintu yang dimasukinya tadi.
Kelibat orang lain yang sudah hilang itu membuatkan wajahnya berubah pucat.
"Aireen!Diorang kena culik!!"
"Shut up!Diorang berpecah lah!!"
Aireen melangkah ke arah pintu yang berada tidak jauh darinya lalu pintu itu dibuka dengan kasar.
Tak berkunci.
Nampaknya tuan rumah ni cuma kunci pintu utama rumah ni..?
"Cepat lah.Kalau tak aku tinggal."
"Kejap lah!Kalau kita kena sorok dengan hantu macam mana..?!"
"Macam tu lah!Aku tinggal,lah kau!"
Sheila dengan pantas berlari ke arah Aireen sebelum memegang erat lengan lelaki itu.
"Hah..!Penakut!Anak-anak aku lagi berani."
"Diam lah!"
Pintu di belakang mereka yang tertutup sendiri itu membuatkan Sheila mula terkaku.
Tombol pintu di belakangnya dipulas berkali-kali.
"Kunci...Kita dah kena kunci dalam ni!!"
"Kita teruskan je lah."
"Kejap..!Aku-- Arh!Jangan tinggal aku kat sini!"jerit Sheila sambil berlari ke arah Aireen yang sudah jauh ke depan.
"Ah..Dalam bilik ni ada bilik lagi."
Airiqa dan Amy memandang ke arah dua pintu yang berada di dalam bilik itu.
"Okey.Uhh.Korang masuk bilik tu,aku masuk bilik ni."
Syazwan mengangguk laju sebelum memulas tombol pintu di belakangnya sehingga terbuka luas.
Kosong.
"Ish!Tuan rumah ni gila ke?Kenapa letak banyak sangat pintu?"soal Qairin yang sudah melangkah masuk dengan Syazwan.
"Tengok!Ada pintu lagi!"jerit Qairin dalam nada geram.
Asyiqa memandang ke arah sekelilingnya.
"Oh.Ada dua pintu.Kalau macam tu,Qairin ikut cikgu,Asyiqa ikut Qhaira."
Asyiqa terdiam buat seketika sebelum dahinya berkerut.
"Qhaira..?Tapi Qhaira tak ada dekat sini."
Syazwan serta merta berhenti melangkah.
Matanya terbuntang.
"Eh?..Hilang?..yang lain pun hilang?Macam mana boleh hilang?Macam mana kalau kita pun hilang?"
Wajah Qairin automatik berubah pucat.
Lengan Asyiqa dipegang erat.
"Uhm..Well..Kalau macam tu..Cikgu masuk bilik ni seorang,korang berdua masuk bilik tu.Asyiqa,can I trust you to take care of him?"
Asyiqa mengerdipkan matanya buat seketika sebelum dia mengangguk dengan riak wajah serius.
"Alright then.Call me if anything happens."
Asyiqa mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam bilik di belakangnya dengan lengannya yang dipegang erat oleh Qairin.
"Qairin,breath.It's okay."
"This is scary,okay?!"
"Yeah?.."
Asyiqa tergelak kecil.
Bilik itu yang dipenuhi dengan komputer dan gajet membuatkan dahinya berkerut.
"Banyaknya komputer.."bisik Asyiqa perlahan sebelum memandang ke arah sekeliling bilik itu.
Tak mungkin..tuan rumah ni tinggal rumah dia dalam keadaan macam ni.
Bila difikir balik..Perabot dekat tingkat bawah tadi penuh dengan buku.
Perabot tu bau macam baru..
Walaupun halaman rumah ni berhabuk,tapi isi rumah ni tak bersepah langsung.
Jangan-jangan ini bukan rumah terbiar..?
Pintu di belakang mereka yang tertutup secara tiba-tiba itu membuatkan Qairin terjerit kecil sebelum melekat dengan Asyiqa seperti gam.
Asyiqa dengan pantas menarik tubuh Qairin ke arahnya.
Pintu bilik itu dibuka berkali-kali.
Tak boleh.
"Ah..Terkunci."
Asyiqa memegang erat tubuh Qairin yang hampir pengsan itu.
"Qairin.It's okay.I'm here remember..?"
"Saya nak baliiikkk..."
Asyiqa mengusap belakang Qairin perlahan sebelum dahinya berkerut sesaat.
"Qairin.Awak boleh rasa kalau ada makhluk halus dalam sesuatu tempat kan?"
Qairin tersentak sebelum memandang ke arah Asyiqa.
"Can you sense any,right now?"
Qairin mengerdipkan matanya buat seketika sebelum matanya dipejam buat seketika.
Kepalanya perlahan-lahan digeleng.
"Then..no need to get worried."
"Saya tak risau pasal tu..!Sejak dari tadi,saya tahu rumah ni tak berhantu,kalau tak Qaireena takkan rasa teruja nak masuk rumah ni..and dia takkan benarkan Khairul masuk dalam rumah ni.."
"Jadi kenapa awak takut..?"soal Asyiqa perlahan.
"Awak tak perasan ke setiap ruang kita masuk tadi,ada CCTV..?"
Mata Asyiqa terbuntang sebelum dia memandang ke arah sekeliling penjuru bilik itu.
Kamera CCTV yang berada di penjuru siling bilik itu membuatkan dahinya berkerut.
"Macam mana awak perasan..?"
"Can't you see the small red light near the camera..?CCTV tu terbuka..Kalau rumah ni terbiar..at least..CCTV tu mesti tertutup kan..?We are totally being watch.."
Asyiqa terdiam buat seketika sebelum bahu Qairin diusap.
"We will get out of here.I'm sure.Relax,okay?.."
Qairin perlahan-lahan mengangguk.
Apabila Qairin kelihatan seperti sudah bertenang,Asyiqa perlahan-lahan menjauhkan dirinya lalu tumpuannya beralih ke arah komputer di sebelahnya.
"Okey..I think we should open this."
Qairin mula mencari plug komputer itu.
Beberapa minit mencari,suis plug komputer akhirnya berjaya dibuka.
Asyiqa menekan butang 'On' pada komputer itu.Apabila cahaya komputer itu mula menerangi bilik itu,ruangan di dalam bilik itu serta merta kelihatan.
Mata Qairin terbuntang apabila dinding di sekelilingnya dipenuhi dengan kertas dan 'sticky note'.
"Apa benda ni..?"bisik Qairin lalu memandang ke arah whiteboard kecil yang tergantung pada dinding.
'Occupation:Teacher'
'Age: 21+'
'Favourite drink: Watermelon juice
'Favourite food: Fried things
'Favourite desserts: Cake/Sweets
'Pet: Cats'
'Have a sibling'
'Is very popular among kids'
'Working at SMK Sri Permata'
"Oh dear.."bisik Asyiqa.
Qairin berpaling ke arah Asyiqa yang sedang memandang skrin komputer.
Skrin komputer itu yang dipenuhi dengan gambar wajah dan ruang rumah seseorang membuatkan dia terlopong.
"What the..?Huh..?!"
Qairin kebelakang buat seketika lalu tertolak kotak kecil yang berada di belakangnya.
Barang di dalam kotak itu yang tertumpah serta merta dikutip.
Dahinya berkerut apabila terpandang model rama-rama itu.
"..What is that?"soal Asyiqa lalu mengambil salah satu model rama-rama yang berwarna putih di atas lantai.
Dahinya berkerut sambil dia memandang rama-rama itu dari pelbagai sisi.
"Do you have a knife?"
"Huh?"
"Or something sharp.Anything will do."
Qairin mula meraba poketnya sebelum mengeluarkan keychain awan.
Kening Asyiqa berjongket.
Butang pada keychain itu ditekan lalu pisau kecil serta merta terkeluar dari lubang keychain itu.
"Oh.Comel."
"Hehe..Really?"
"Yeah.Just like you."
Wajah Qairin serta merta berasa panas.
Ah..Dia sengaja cakap macam tu sebab taknak aku panik ke..
Urgh..dia ni.
Amy memandang ke arah sekelilingnya dengan riak wajah kosong.
"Saya rasa kita dah sesat."
"Yeah,probably."jawab Airiqa selamba sambil mereka berpusing-pusing di dalam bilik itu.Mereka pun dikunci di dalam bilik nampaknya.Aira berpeluk tubuh apabila teknik sepakan padunya tidak berjaya untuk meruntuhkan pintu tersebut.
"So..Airiqa.Can we talk..?"
"Hm?Of course..About what?"
"..I know you have your reason for bringing us here.Mind telling it to me..?"
Airiqa terdiam buat seketika.
Senyuman kekok terukir di bibirnya.
"What are you talking about-"
"Airiqa."
Airiqa terdiam buat seketika sebelum keluhan berat dilepaskan.
"You're sharp,Amy."
"Aira pun terlibat sama ke?"
"Yeah.."
Aira berpaling ke arah Amy sebelum bibirnya dimuncungkan dengan riak wajah serba salah.
"Hm..You have 3 second to speak."
"I have a reason..!"jawab Airiqa laju.
Melihat riak wajah Amy,Airiqa bermain dengan jarinya buat seketika.
"..Alright..I will tell you all about it,when we get out of here."
"..Huh?You mean this wasn't part of the plan?"
"No..?"
"What?Jadi kita memang terkunci dalam ni?!"
Airiqa dan Aira perlahan-lahan menundukkan kepala masing-masing apabila Amy mencerlung tajam ke arah mereka berdua.
Amy meraup mukanya buat seketika sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi malas yang berada di situ.
"I'm just going to sleep then.."
Airiqa memasang kipas mininya lalu dihalakan ke arah Amy.
"Oh..thank you.."bisik Amy perlahan.
Aira juga turut mengeluarkan kipas mininya lalu dihalakan ke arah Amy.
Tidak sampai 5 minit,perempuan itu sudah tertidur nyenyak.
Airiqa dan Aira saling berpandangan sebelum menghembuskan nafas lega.
Langsir bilik itu dibuka.Cahaya matahari memenuhi ruang bilik itu.
Airiqa memandang ke arah sekeliling bilik itu yang dipenuhi dengan gambar seseorang yang ditampal.
"How creepy."bisiknya perlahan.
Aira mengangguk setuju.
Share this novel