BAB 42 :Surprise

Romance Series 12091

Syazwan melangkah keluar dari kelas 5 RC selepas loceng sekolah berbunyi,menandakan waktu sekolah sudah tamat.Hujan juga sudah berhenti.

"..Cikgu!Tadi cikgu Hasyira cakap dia nak jumpa!"kata seorang murid sebelum dia berlalu pergi.

"Oh?Ya,ke?"
Syazwan mula menuju ke arah bilik guru.
Sepanjang perjalanannya,kelibat Qhaira dicari.
Perempuan itu hanya masuk ke kelasnya separuh masa,kemudian memberi alasan mahu pergi ke tandas.
Pengsan ke apa sampai 1 jam duduk dalam tandas?
Kalau ada hal cakap je lah..

Setiba sahaja di depan bilik guru,pintu bilik itu ditarik perlahan lalu kepalanya disengetkan ke dalam.
Kosong.
Ah.Mungkin sebab diorang nak siapkan hiasan untuk hari sukan?

Dahi Syazwan berkerut buat seketika.
Kakinya perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik yang berasa sejuk itu.Pintu dibelakangnya tertutup sendiri apabila tidak dipegang oleh Syazwan.
"..Huh..?Mana orangnya-"

Syazwan memandang kertas kecil yang melekat di bahagian atas penjuru mejanya.
Kertas itu di ambil lalu tulisan yang tertulis di atas kertas itu dibaca dengan laju.

'Meet me at the library.'

"Lah."
Syazwan melangkah keluar dari bilik guru itu semula.
Entah kenapa dia berasa seperti melupakan sesuatu.

Setiba sahaja di depan pintu perpustakaan,Syazwan menolak pintu itu perlahan.
Suis lampu perpustakaan itu dibuka.

POP!

Syazwan tersentak lalu dengan pantas berpaling ke belakang.
"Happy Birthday."

Qaireena bersuara dengan riak wajah tiada perasaan.
Hasyira di sebelahnya menepuk tangan berkali-kali dengan riak wajah teruja manakala Khairul pula sedang memegang kek.Dengan senyuman senget.
"Oh."

Syazwan terdiam buat seketika.
Patut lah dia berasa seperti melupakan sesuatu yang amat penting hari ni.
Tapi bila difikirkan balik tak ada lah penting sangat pun.
"Aku buang lilin.Aku tahu kau tak suka api."Khairul bersuara sambil berpeluk tubuh.
Kek itu diletakkan semula di atas meja.

"Saya ingat nak ajak lagi orang lain..Tapi awak tak suka kalau ramai orang sangat kan..?"giliran Qaireena pula bersuara sambil dia membiarkan suaminya menolak Syazwan ke arah meja.
Syazwan tersenyum kecil buat seketika.
Nampak macam Khairul dengan Qaireena dah berbaik..

"Ah.Awak tak ajak Qhaira?"
Dahi Qaireena berkerut sambil dia berpeluk tubuh.
Wajahnya terang-terang mengatakan,'perlu ke?'.
Apabila dia berpaling ke arah Syazwan semula,wajah lelaki itu yang kelihatan sayu membuatkan dia melepaskan keluhan berat.

"Saya ajak okey?Tapi dia kata dia ada hal!Nanti dia datang,katanya!"
Kening Syazwan terangkat.
Jadi betul lah sangkaan aku..Dia ada hal.
Hal apa yang penting sangat tu agaknya?

Syazwan hanya membuang perasaan musykil itu dari hatinya sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di sebelah Hasyira.
Sebaik sahaja dia berpaling ke kanan,tubuhnya sekali lagi tersentak.
Wajah Amy yang kelihatan kosong itu membuatkan dia mengurut dada.
Macam mana budak ni boleh muncul dekat sebelah aku tiba-tiba?..

"I invited her.Dia suka kek."kata Hasyira apabila Syazwan memandang ke arahnya.
Amy menundukkan kepalanya seketika ke arah Syazwan.

"Happy birthday."
"Ah..Thank you."
Wajah Amy kelihatan muram.
Sejujurnya Syazwan berasa sedikit risau.
Memang wajah perempuan itu sentiasa kosong,tapi kalau dia tiba-tiba muram...
Ada apa-apa berlaku ke hari ni?
Tadi dia nampak okey je dalam kelas?..

Kesan cakaran pada tangan Amy membuatkan dia berpaling ke arah Hasyira.
"...kenapa dengan tangan dia?.."

"Don't know.Aku bawa dia dengan aku sebab dia nampak lain macam tadi."jawab Hasyira dengan riak wajah serius.Suaranya diperlahankan.

"Lain macam,macam mana tu?"soal Syazwan lagi.

"She tried to climb the school's balcony."
"..like I said,saya cuma nak ambil angin."
Syazwan tersentak apabila Amy tiba-tiba bersuara.
Rasanya suara mereka sudah cukup perlahan tadi?

"Like I said,you're in 3rd floor.What if you fall down and crack your head?"
Amy tidak menjawab.Tetapi memandangkan Syazwan jenis yang suka membaca riak wajah orang di sekelilingnya,riak wajah Amy sekarang kelihatan seperti dia tidak kisah jika itu berlaku.

"Awak ada masalah ke,Amy?.."
"No.How about you..?"jawab Amy dengan senyuman kosong.
Syazwan hanya mengalihkan pandangannya ke arah Hasyira semula.
Hasyira hanya melepaskan keluhan berat sebelum menggelengkan kepalanya.

"Saya pun okey je.."
"That's what I thought."
Oh wow.
Syazwan hanya memandang pelajar perempuan itu mengunyah kek di dalam mulutnya dengan laju.
Dalam masa 2 minit sahaja kek itu habis dimakan.
Kek di atas pinggan Syazwan masih lagi kelihatan seperti tidak bergerak.

Secara tiba-tiba,pintu perpustakaan yang perlahan-lahan ditolak dari luar membuatkan semua yang berada di situ berpaling ke arah muka pintu.
Asyiqa dan Qairin yang melangkah masuk dalam masa yang sama tersenyum ke arah Syazwan.
"Happy Birthday,cikgu~"Qairin bersuara dalam nada ceria lalu meletakkan kotak hadiahnya di depan Syazwan.

"Owh~ Awak jemput diorang juga,Qaireena?"
"Saya jemput Qairin je."jawab Qaireena sebelum berpaling ke arah suaminya yang sedang tersengih.
Tahu sangat lah dia yang menjemput Asyiqa itu adalah Khairul.

"Oh!Hai,Amy~"
Amy berpaling ke arah Qairin buat seketika.
Senyuman kecil diberi sebelum dia mengunyah kek yang baru diambilnya tadi semula.
Dia tidak berminat dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.Sekarang,dia hanya mahu memakan kek.

"...mana perempuan yang selalu rapat dengan cikgu tu..?"soal Asyiqa secara tiba-tiba selepas menghulurkan kotak hadiah bersaiz sederhana di tangannya pada Syazwan.

"..Ah..Qhaira?Entah lah..Qaireena kata dia ada hal."jawab Syazwan dengan riak wajah yang kelihatan sedikit sayu.
Qaireena yang perasan akan wajah lelaki itu,melepaskan keluhan berat.

"If you want,I can go look for her."
"No,it's okay.Biar lah dia uruskan hal dia."jawab Syazwan laju.
Lagipun mereka tinggal bersama.Dia boleh menyambut hari jadinya dengan Qhaira di rumah nanti.
Patut ke dia ajak Qhaira makan di luar?
Biasanya Qhaira yang membelanjanya..Mungkin hari ini dia boleh membelanja Qhaira pula?
Syazwan mula hanyut di dalam dunia imaginasinya.
Tapi bila difikir balik,dia tidak tahu pun apa makanan kegemaran Qhaira.Benda yang disukai Qhaira.
Hari jadi Qhaira pun dia tidak tahu..
Mungkin dia boleh bertanya nanti..
Harap-harap itu bukan salah satu rahsia Qhaira.
Perempuan tu banyak betul rahsia..

Beberapa minit berlalu,tetapi Qhaira masih tidak kelihatan.
"Bruh.Perempuan tu lupa kot hari ni hari jadi awak.Even though I already told her.Dah lah.Let's just leave her."
Qaireena mula menuangkan air gas strawberi ke dalam cawan.Amy orang pertama yang mengambil gelas itu dengan riak wajah tidak bersalah.

"Alah..Dia ada hal penting lah tu..Kenapa awak nampak macam lagi marah daripada saya ni?"soal Syazwan sambil menghirup airnya.
Dia dan Amy paling banyak memakan kek.
Nampaknya Amy suka makanan manis.

"Dah...sebab..awak nampak macam nak dia datang.You look sad or something.."jawab Qaireena dengan riak wajah kekok sambil menggosok belakang lehernya dengan riak wajah serba salah.

"Owh~ Awak risau dekat saya ke ni?Jealous Khairul nanti.."
"Why would I?"soal Khairul dengan dahi yang berkerut.Seperti tidak memahami kata-kata Syazwan.
Syazwan tersenyum mengusik.

"Awak kan jenis yang cepat cemburu kalau isteri awak rapat dengan lelaki lain?"
"Yeah?I'm fine with her talking to you though?"jawab Khairul lagi.Sudu yang dipenuhi dengan kek itu disuap ke dalam mulut Qaireena.

"Oh?Why is that?Sebab awak percayakan saya ke?"soal Syazwan dengan pandangan terharu.

"Yeah?And..Do you think she will like you?She only have eyes on me you know?"
"That's so true!"jawab Qaireena sebelum memeluk erat tubuh suaminya.
Amy yang berada di belakang mereka sudah membuntangkan mata dengan riak wajah berminat.
Tetapi tiada sesiapa yang perasan akan wajahnya.
Kecuali Hasyira..yang memilih untuk berdiam diri.

"Dah kalau awak tahu dia cuma suka dekat awak,tak payah lah cepat sangat cemburu!"kata Syazwan dengan riak wajah paseah apabila mengingati situasi yang berlaku pagi tadi.

"Kau cakap senang lah.Kau bukan ada pasangan pun..It's hard when you have a beautiful wife you know?You will feel like a potato."balas Khairul pula dengan wajah sayunya yang dibuat-buat sambil dia mengunyah kek ke arah mulutnya.

"What?Awak panggil saya cantik?Eheheh..Awak cantik juga!"Qaireena mula memeluk erat tubuh suaminya sambil melagakan pipinya ke arah pipi Khairul.

"Saya hensem."
"Tak..awak cantik.."
Amy yang berada di belakang mereka mengangguk dengan riak wajah seperti mengatakan 'Betul tu,betul.'.
Hasyira yang melihat,tersengih buat seketika.

"Urgh..Nak sweet-sweet,pergi balik lah.."Qairin bersuara dalam nada separuh menyampah sambil dia mencincang ke di atas pinggannya.

"You're just salty you can't do it to Asyiqa."
"Akak!!"
Asyiqa hanya membuat tidak dengar.Pipinya mula berasa panas.Sudu di tangannya digenggam erat.
Jujur,dia berasa seperti mahu menumbuk Qaireena.
Rasa menyesal pula beritahu Qaireena yang dia ada perasaan terhadap Qairin.

"Ohohoh~ Apa ni,apa ni?Cerita lah sikit~"Hasyira tiba-tiba mencelah dengan senyuman senget sambil dia menongkat kedua-dua belah pipinya.
Matanya memandang tajam ke arah Asyiqa.

"It's nothing.Cikgu ni kalau benda macam ni,laju je."
"Eleh..Biar lah cikgu seronok-seronok sikit.."
Asyiqa menggeleng kepalanya apabila Hasyira memuncungkan bibirnya.
Nampak macam budak-budak.
Macam mana lah suami dia boleh tahan dengan dia.
Tak silap aku diorang beza 5 tahun kan?..
Entah-entah suami dia lagi kebudak-budakkan daripada dia.
Asyiqa menghentikan fikirannya daripada berimaginasi perkara yang boleh mendatangkan persoalan yang pelik.

Pandangan Asyiqa beralih ke arah Syazwan.
Wajah lelaki itu kelihatan sedikit sayu dan kosong.
Secara tiba-tiba,pintu perustakaan yang dibuka itu membuatkan semua yang berada di situ memandang ke arah muka pintu.
Kepala Qhaira yang perlahan-lahan mengintai ke dalam ruang perpustakaan itu membuatkan Syazwan tergelak kecil.
"..Lama betul pergi tandasnya.."

Qhaira tersentak apabila terdengar suara Syazwan.
Kepalanya yang tidak gatal digaru dengan senyuman kekok.
"Syazwan.Boleh awak ikut saya kejap?"

Kening Syazwan terangkat sebelum dia melangkah ke arah Qhaira.
"Kenapa?"

"Well..I need your help with something.."
"Ah..Okey.You guys enjoy yourself,okay?"Syazwan bersuara tanpa berpaling ke belakang sebelum menyarung kasutnya dengan laju.

"Nuh-uh.Kitorang ikut.That girl is suspicious."Qaireena bersuara dalam nada curiga sambil tangannya menarik Khairul bersamanya.Khairul sempat lagi menyumbat sisa kek terakhir ke dalam mulutnya sebelum mengikut Qaireena dari belakang.
Asyiqa dan Qairin saling berpandangan sebelum juga turut melangkah ke arah Syazwan dan Qhaira.
Melihat semua yang bersiap sedia mahu mengikut Syazwan,Hasyira dan Amy juga turut melangkah ke arah pintu keluar perpustakaan itu.
Qhaira hanya mengerlingkan matanya sebelum menghulurkan tangannya.
Kening Syazwan terangkat.

"Oh?Sarung tangan baru?"soal Syazwan apabila sarung tangan Qhaira yang biasanya berwarna hitam dan kelabu sudah bertukar menjadi warna putih.

"Eheh..Awak perasan.."Qhaira tersenyum lebar apabila tangannya dipegang erat.

"Shall we then?"
"Okey..Tapi kita nak pergi mana?"
"You will see."
Pandangan Qhaira yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini membuatkan jantungnya tiba-tiba berdegup laju.
Kening Syazwan terangkat kemudian berkerut kemudian terangkat semula.
Dia betul-betul pening sekarang.

Qhaira cakap dia ada 'crush',tapi dia layan aku macam aku ni 'crush' dia.
Entah-entah aku crush dia?
Arhh!Apa kau fikir ni Syazwan?!
Tapi kalau ya?..I mean..Dia layan aku macam ni,kiranya ada peluang lah kan?
What are you thinking?!Stop!She's your student!
Lah..Qaireena 17 tahun,elok je kahwin dengan cikgu sendiri.
Diorang kawan sejak kecil!Tak kira,tak kira!
Tapi--
AAAAAAA!!

"Syazwan?.."
Syazwan tersedar dari lamunannya apabila Qhaira memandangnya dengan keninng yang terangkat.
Baru dia perasan dia masih tidak berganjak dari tempatnya.
Kakinya mula melangkah ke arah Qhaira sambil dia berjalan di sisi perempuan itu.
Diikuti oleh Qaireena,Khairul,Asyiqa,Qairin,Amy dan Hasyira di belakang.

"Perlu ke pegang tangan dia?"soal Qaireena dalam nada berbisik.

"Mind your own business."jawab Qhaira.Juga dalam nada berbisik.
Mahu sahaja Qaireena menyepak perempuan itu dari belakang,tetapi tangan Khairul yang memegang lengannya membuatkan dia terpaksa menahan diri.
Lagipun hari ni hari jadi Syazwan.
Kalau dia mencederakan perempuan itu,nanti Syazwan pula tiada mood.

"Macam ada 'something' je diorang ni?"bisik Qairin ke arah Asyiqa dengan riak wajah berminat.

"You think so..?Cikgu Syazwan kan memang selalu rapat dengan perempuan?"bisik Asyiqa pula.Wajah Qairin yang hampir dengannya membuatkan dia mengetap bibir.

"Memang lah..Tapi diorang ni macam ada something.."
"Something?Like what both of us have..?"
Qairin berpaling ke arah Asyiqa dengan mata terbuntang.
Wajahnya mula berona merah apabila Asyiqa tersenyum mengusik ke arahnya.
Bahu Asyiqa ditolak dengan kasar apabila dia mula berasa malu,tetapi Asyiqa hanya mengeluarkan gelakan kecil sambil menggosok bahunya perlahan.

Hasyira memandang ke arah Amy dari ekor matanya.
Perempuan itu kelihatan lebih baik daripada tadi.
Bagus lah..
Mungkin dia murung sebab dia rasa sunyi?Memandangkan kawan dia tak datang hari ni..

"Ah?..Lampu ni memang ada kat sini ke?"soal Syazwan apabila terpandang lampu yang berbentuk bunga teratai di bahagian kiri dan kanan jalan yang menuju ke arah tempat rehat rahsianya.

"No.I made it.For you."jawab Qhaira selamba.
Syazwan tersenyum malu buat seketika.
Kejap.Buat?..

"Awak buat?"
"Mhm."
Syazwan mahu bertanya 'macam mana?' tetapi dia hanya menahan dirinya daripada berkata-kata dan menumpukan perhatian terhadap lampu-lampu di sekelilingnya.
Langkah Qhaira yang tidak laju dan tidak perlahan itu membuatkan Syazwan mula berasa segan.
Sudah lah ada Qaireena dan yang lain-lain di belakang.
Ganggu tahu tak..?
Eh,tapi bagus lah tu..Kenapa aku macam nak duduk berdua dengan Qhaira pula ni?..
Apa ni,Syazwan..Aaaa..

"Woah...Cantik.."bisik Khairul yang berada bersebelahan dengan Qaireena.
Qaireena juga memandang cahaya di sekelilingnya dengan mata yang bersinar.
Nampaknya dia terpaksa bersetuju dengan Khairul.
Memang kawasan di sekelilingnya nampak cantik apabila lampu itu ditambahkan.
Walaupun dia bijak,kreativitinya jarang digunakan.
Qhaira berada di dalam kelas seni,jadi mungkin sebab itu daya kreativitinya tinggi..?

Apabila mereka hampir tiba di tempat rehat rahsia Syazwan,langkah Qhaira terhenti buat seketika sebelum dia berpaling ke arah Asyiqa dan Qairin.
"Diorang tahu ke tentang tempat ni?.."

"Ah,tak.."
"Tak apa ke diorang ikut sekali?"
Syazwan memandang ke arah Asyiqa dan Qairin bersilih ganti.
Tidak lama kemudian,senyuman lebar terukir di bibirnya sebelum dia mengangguk.

"Ini kiranya macam tempat rehat rahsia saya..Jadi jangan bagitahu orang lain pasal tempat ni tau?"
Kening Qairin terangkat buat seketika.
Patut lah dia berasa seperti tidak pernah lalu kawasan itu sebelum ini..

Hasyira tidak berkata apa-apa.Dia tahu tentang tempat rehat rahsia itu.
Itu lah tempat di mana dia dan Haaif a.k.a suaminya sentiasa meluangkan masa bersama apabila mereka berada di sekolah.Tetapi memandangkan Haaif sudah tamat pelajaran,tempat ini diserahkan kepada Syazwan.
Tetapi tiada siapa tahu tentang perkara itu kecuali dia dan Syazwan.Rasa seperti tidak penting pun untuk memberitahu sesiapa.Lagipun Syazwan pandai menjaga tempat itu,jadi baginya tiada apa-apa masalah.

Sebaik sahaja pintu di hadapannya dibuka,Syazwan serta merta menahan dirinya daripada menjerit kerana terlebih teruja.
"Nasib baik hujan dah berhenti.Kalau tak,masalah juga nak letak hiasan-hiasan tu."Qhaira bersuara dalam nada lega.
Apabila Syazwan tidak bergerak di sebelahnya,Qhaira berpaling ke arah Syazwan.

Syazwan masih lagi sibuk memandang area di kawasan itu.
Lampu rama-rama yang menghiasi akar pokor itu membuatkan dia tertarik.
"Itu lampu juga ke?"

"Uhh..Sort of..?"
Syazwan tersentak apabila rama-rama yang berada di atas akar pokok itu bergerak.

"It's more of like..a drone?"kata Qhaira dengan riak wajah kekok apabila rama-rama itu perlahan-lahan terbang ke arah jari Syazwan.

"Awak buat?"
Qhaira mengangguk laju.
Amy yang berada di belakang mereka mula menayangkan riak wajah tergagam.
Hebat..Ini baru betul-betul pelajar RC...

"Cantiknya..."
Hasyira mengambil rama-rama yang melekat di bahagian pintu masuk tempat itu.
Rama-rama itu dibelek.
....Ada kamera.

Dahinya berkerut buat seketika sebelum dia melepaskan rama-rama itu dengan riak wajah tertarik.
Pandangannya beralih ke arah Qhaira yang menarik tangan Syazwan agar mengikutinya.

"Happy birthday,Syazwan.."
"Ini ke apa yang awak buat sampai tak masuk kelas saya?"
Qhaira memuncungkan bibirnya dengan riak wajah sedih.
Syazwan yang melihat gelagat perempuan itu mula tergelak kecil.Tangannya yang hampir mencuit hidung Qhaira,ditahan.

"I like it..Thank you,Qhaira."bisik Syazwan perlahan dengan senyuman lebar.
Wajah Qhaira mula berona merah sambil dia mengalihkan pandangannya untuk menenangkan diri.

"N-Nah,hadiah.."
Qhaira menghulurkan kotak hadiah yang bersaiz kecil ke arahnya.Syazwan mengambil hadiah itu dengan riak wajah gembira.Sebaik sahaja dia berpaling ke belakang,belon yang mempunyai pelbagai warna dan cahaya itu dilepaskan sehingga terapung ke atas langit.

"Oops.Aku potong tali dia."Hasyira yang sudah berada jauh dari tempat mereka berada,bersuara dengan riak wajah tidak bersalah apabila dia melepaskan belon-belon itu yang tersorok di belakang pokok besar tadi.

"It's okay.Memang itu tujuan saya pun."jawab Qhaira acuh tak acuh.Melihat Syazwan yang sedang memandang belon yang terapung perlahan itu dengan khusyuk,Qhaira tersenyum senget sebelum juga turut mendongakkan kepalanya.
Belon yang bersinar itu masih kelihatan jelas.

"Kau buat sendiri ke?Semua ni..?"soal Qaireena secara tiba-tiba tanpa berpaling ke arah Qhaira.
Bangku putih di tempat itu dipegang.Kering.
Tekaannya mungkin benar jika dia mengatakan Qhaira yang mengelap bangku itu sehingga kering.
Lagipun mustahil air hujan boleh kering dengan cepat.

"Yeah.Why?"soal Qhaira sebelum berpaling ke arah Qaireena.

"Well,that's very cool of you."jawab Qaireena dengan riak wajah kosong sambil bercekak sebelah pinggang.

"I guess I'm cooler than you,now?"
"Nuh-uh.I think I'm cooler."
Qhaira dan Qaireena serentak mengukurkan senyuman senget.

"...cantik.."bisik Amy perlahan sambil bermain dengan lampu bunga yang berada di tepinya.
Senyuman kecil terukir di bibirnya.
Agaknya kalau Syamimi dengan Arissa ada kat sini,apa agaknya reaksi diorang?..

"What did you give me,anyway?Boleh saya buka?"
"No..Buka dekat rumah."jawab Qhaira dengan senyuman lebar sambil memegang tangan Syazwan yang mahu membuka kotak hadiah itu.

"Hmm~ Saya kena tunggu lah ni ya?~Okey,then."jawab Syazwan.Tangannya memegang erat kotak hadiah itu.

"Do you like it?"
"Hm?You mean all this?..I do.Very much."
Syazwan memandang ke arah Hasyira dan yang lain,yang sudah melabuhkan punggung di atas bangku putih.
Hanya ada satu bangku sahaja yang tinggal.
Muat untuk dia dan Qhaira.

"Thank you for your effort.."
"..Your welcome.Bagus lah awak suka.."Qhaira bersuara perlahan dengan wajahnya yang ditundukkan.

"Ahahah..Awak ni..suka sangat buat saya rasa istimewa."Syazwan bersuara perlahan tanpa berfikir dua kali.
Dia pun tidak tahu kenapa dia berkata begitu.
Cuma...Apabila dia memikirkan yang Qhaira akan membuat semua ini untuk orang lain pada suatu hari nanti,untuk lelaki lain,hatinya berasa...tidak selesa.

"...awak memang istimewa pun.."
Mata Syazwan terbuntang.
Wajah Qhaira cuba dipandang tetapi perempuan itu masih lagi menundukkan wajahnya.
Tangan Qhaira mengenggam erat tangan Syazwan yang sedikit menggeletar itu.

"...maksud awak..?"
"..........saya--"
"Korang cakap apa tu..?!"
Qhaira memandang wajah Qaireena yang memandang ke arahnya dengan riak wajah curiga.
Dahinya berkerut dengan riak wajah tidak puas hati.
Bibirnya diketap sebelum dia memandang ke arah Syazwan.
Tetapi wajah lelaki itu yang kelihatan merah menyala membuatkan wajahnya berona merah semula.

"...We can continue our conversation at home,okay?.."
Syazwan perlahan-lahan mengangguk lalu membiarkan sahaja tubuhnya ditarik oleh Qhaira ke arah tempat duduk mereka yang berada tidak jauh dari situ.

Kening Amy terangkat apabila terperasan wajah Syazwan yang kelihatan lain daripada biasa.
Senyuman senget terukir di bibirnya sambil dia mendongakkan kepalanya untuk memandang belon yang sudah terapung jauh di atas langit.
Bunyi suara di sekelilingnya yang kedengaran tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan,langsung tidak menganggu ketenteramannya.

Entah kenapa dia berasa tenang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience