Tiba malam tue Alya terasa perutnya memulas dia ingin ke tandas belum sampai dia rasakan ada air yang mengalir dari celah kangkangnya.
"Aduii..takkan terkencing dekat sini."ngomel Alya.
Dia melangkah juga ke tandas kemudian dia tukar baju tidurnya.tiba perutnya makin sakit, dia terfikir nak beranak dah ke.. Alya terus menjerit memanggil Imah.Selamat Imah masih belum tidur.
"Imah...Imah..tolong sakit nie."
Imah yang terdengar Alya menjerit panggil namanya terus berlari ke bilik Alya.
"Kau nak beranak dah ke? macam mana ni?"Imah yang terover panik.
"Imah ambil beg tue, barang semua dah ada dalam tue, jom pergi hospital sekarang."kata Alya menahan sakit.
"Okay...elok-elok Alya kau jalan tue.Kan aku dah cakap senang kalau kau duduk bilik bawah je.tapi kau nak juga duduk bilik dekat atas nie."bebel Imah sambil menolong Alya turun tangga
"Nanti pantang aku duduk bawah la.aku nak excise senang nak beranak, tengok belum cukup hari lagi aku nak beranakkan."Alya membebel sambil turun tangga.
"Dah-dah jangan nak membebel je,." marah Imah, dia risau kalau tak sempat sampai hospital Alya terberanak dekat rumah.
Imah bawa agak laju keretanya.Alya cuba menahan sakit. Alya sempat ambil telifon dan menghantar mesej kepada Zill.
"Abang Alya nak bersalin dah, tolong maafkan Alya ye,kalau ada salah silap Alya dekat abang.nanti tolong azankan anak kita." Zill dalam talian tapi hanya bluetick je..Zill tak membalas mesej Alya.
Alya tahu Zill takkan datang untuk azankan anaknya itu, Benci sungguh Zill kepadanya.Sebaik saja sampai dekat hopital Imah keluar dari kereta dan dia memanggil nurse yang ada di kaunter.
"Nurse kawan saya nak bersalin."dalam keadaan cemas Imah bercakap.
Nurse tue pon mengambil wheelchair dan bawa ke kereta Imah. Alya keluar dan duduk diatas wheelchair. Nurse tolak masuk ke dalam labour room.
"Cik boleh saya tahu suami kepada puan Alya mana ye.?"
"Suami dia outstation luar negara, sebab tu saya yang bawa dia datang sini."
"Ohh..okay."cik duduk dulu ya dah settle nanti saya beritahu.
"Terima kasih nurse."
Tunang kepada Imah datang ke hospital selepas Imah call beritahu yang Alya nak beranak.
"Sayang macam mana Alya and baby.?"
"Masih kat dalam lagi."
"Selamat sayang ada dekat rumah, tak jadi kita keluar kalau tak,tak tau la macam mana Alya kan."
"Itu la sayabg berat hati nak tinggalkan dia dalam keadaan macam tue, ajak ikut dia tak nak."
"Tak apa la..semoga Alya dan baby selamat."
Tak lama kemudian nurse keluar dan nurse tue tegur tunang Imah.
"Suami Puan Alya ke?"
"Ehhh..bukan, suami dia tak ada outstation."
"Puan Alya and baby selamat sekarang kami akan hantar dia masuk ke wad dulu.nanti cik dan suami boleh la melawat dia kejap lagi."
"Terima kasih nurse" mereka berdua pandang sesama sendiri dan mengucapkan Alhamdulillah..
Mereka pergi ke wad yang nurse tue sebutkan, Imah dan tunangnya pon mencari katil Alya. Sebaik saja jumpa Imah peluk Alya berjurai air mata mereka berdua.
"Tahniah beb kau dah jadi ibu."
"Thanks Imah..Amri boleh tak saya nak minta tolong azankan anak saya."
"Hah.."Amri terkejut.
"Boleh-boleh" Amri angkat anak Alya dan dia azankan. Alya sedih sepatutnya suami dia yang buat tapi Zill langsung tak ambil tahu tentang dia.
"Terima kasih Amri."
"Sama-sama...baby nie anak kami juga kan." Amri pandang ke arah Imah.
"Haah..Alya anak kau anak kami juga."
"Thanks uoll berdua...bertuah sangat anak aku dapat mama and papa macam korang."
"Kita sama-sama besarkan dia okay." kata Imah sambil mengesat airmatanya.Alya pon laju mengangguk.
Ibu Imah dapat tahu yang Alya dah bersalin, dia pon datang ke rumah Imah bawa barang untuk berpantang.
Sepanjang sebulan Ibu Imah yang menjaga Alya dalam pantang. Ibu Imah simpati bila Imah menceritakan apa yang berlaku kepada Alya.Ibu Imah layan Alya macam anaknya sendiri.
Alya bertuah dikelilingi orang yang sayang dan ambil berat terhadapnya.
#Jajafiza
#DeritaMilikku
Share this novel