Part 39

Family Completed 34166

Alya semalaman menangis dia tak sangka Linda sanggup buat dia macam tue.Zill pula langsung tak bercakap dengannya.

Pagi² Alya bangun masak tapi sedikit pon tak disentuh oleh Zill. Alya hulur tangan untuk salam pun Zill buat tak tahu terus dia keluar masuk kereta dan pergi kerja.

Hati Alya sedih sangat sampai macam tue sekali Zill tak percayakan dia. Baru sekali tengok Zill dah anggap yang Alya nie curang pada dia.

" Heiii...pompan kenapa u duduk situ lagi kemas rumah nie."

" Sekejap ye kak. kaki saya sakit."

" Ada i kisah ke kaki u sakit ke apa. i nak u buat sekarang."

" Sekejap lagi saya buat kak."

" Degil u ye." Linda datang ke arah Alya dan dia tarik Alya sampai jatuh dari kerusi. Alya tersentak selamat dia sempat tahan dari terhentak ke lantai.

" U nak i buat lagi teruk ke?sampai gugur kandungan u tue."

" Jangan kak, baby saya tak bersalah kak." Alya merayu pada Linda.

" U dengan anak u sama je,dua² perosak hubungan i dengan Zill."

" Kak maaf kan saya kak.. jangan lah libatkan anak saya kak."

" Dah i tak nak dengar apa yang u cakap, u bangun dan kemas rumah nie."

Alya pun bangun dalam kesedihan yang menyelubungi dirinya. Dia sedih sangat bila Linda kata begitu pada anaknya.

Dia pon terus kemas rumah,sidai baju dan masak. Setelah selesai semua baru saja Alya mahu berehat Linda memanggil Alya.

" Alya !! Alya !!"

" Ye kak."

" Aku nak kau kemas dalam bilik i."

" Kenapa akak tak kemas sendiri tue kan bilik akak."

" Jangan banyak cakap boleh tak." Linda cengkam tangan Alya.

" Aduhh...sakit kak."

" Tahu pun sakit , sekarang i nak u kemas bilik i."

Alya pon berjalan ke dapur ambil penyapu dan kain lap, dia naik ke bilik Linda. alang tekejutnya dia bila tengok bilik yang disengajakan selerak.

Alya kemas satu persatu. sampah yang penuh dalam tong dia kutip buang. Tengahari itu Zill balik nak ambil dokumen yang tertinggal.

" U nampak tak dokumen i atas meja dalam bilik."

" Ada la atas meja tue."

" Tak ada..that why i ask u."

" Kejap tadi Alya kemas bilik , i takut dia yang buang."

" Alya !! Alya !!"

" Ye kak. kenapa? abang balik nak makan ke? saya hidangkan ye." Alya baru pusing nak ke dapur Zill cakap dengan marahnya.

" Tak payah, aku balik nak ambil fail.. kau ada nampak fail atas meja."

" Saya dah kutip buang... kak Alya cakap kutip semua buang kertas yang jatuh atas lantai."

" Sedap mulut u je kan cakap i suruh buang." Linda tonyoh pipi Alya guna jarinya.

" Kau pergi buang kenapa?kau tahu tak itu kertas penting tahu tak." Zill menjerkah Alya terhenjut bahu Alya terkejut.

" Maafkan saya abang, saya tak tahu."

" Mana kau letak sampah tue." Zill pegang tangan Alya dengan cengkaman yang kuat.

" Lori sampah dah datang kutip sampah." dalam takut² Alya cakap.

" Arrgghh...Kau nie memang cari nahas dengan aku." Zill tampar muka Alya sampai Alya terjatuh. Zill terus keluar rumah dan pergi kerja semula.

" Padan muka u lain yang i suruh u buat lain yang i buat tue makan dia."

Alya menangis dia tak sangka Zill bertindak sampai macam tue sekali terhadapnya. Baru dia nak rasa bahagia tapi bahagia hanya sementara.

Alya berkurung dalam bilik, perut dia berasa sakit sikit dan ada keluar darah lepas terjatuh kena tampar dengan Zill. Dia pergi ke klinik doktor check kandungannya selamat dan doktor nasihat padanya jangan buat kerja yang berat².

Alya menunggu grab di depan klinik, tiba Amir datang tegur dia.

" Alya!! awak buat apa dekat sini?"

" Eh..en Amir saya jumpa doktor kejap."

" Awak sorang je ke?"

" Haah.."

" Jom pergi minum dulu."

" Ehh tak apa lah, saya pun tengah tunggu grab nie."

" Tak apa saya bayar balik dekat awak duit grab tue. janji awak dapat teman saya minum."

" Tak apalah nanti apa pula orang cakap nanti."

" Bukan ada orang kenal awak pon kan."

" Jomlah.." Amir tarik tangan Alya. Dalam tak sedar ada yang tangkap gambar mereka berdua.

Linda mengekori Alya sampai klinik dan dia telifon Amir supaya datang dekat Klinik buat pura² jumpa Alya di situ.

Zill balik lewat malam dia terpaksa buat semula kertas kerja yang Alya dah buang tadi. esok dia ada meeting dengan client. Nak tak nak dia kena siapkan juga malam tue. selamat dia ada simpan copy.

" U tengok nie."

" Apa u nie. i penat lah."

" Kurang ajar punya perempuan dah lah keluar tak beritahu lepas tue boleh pula berpegang tangan dengan jantan lain."

" Alya!!Alya!! kau kesini sekarang."

" Kenapa abang."

" Kenapa kau tanya..pannggg.... jenis perempuan jalang kau nie." terpaling muka Alya kena lempang dengan Zill.

" Apa maksud abang nie?"

" Lagi mahu tanya kenapa? tengok nie seronok pegang tangan jantan lain."

" Ya Allah abang semua nie fitnah abang, saya tak buat benda yang tak elok macam tue."

" Lagi kau nak nafikan dah ada bukti pon."

" Saya berani sumpah abang saya tak buat."

" Tak payah nak sumpah² sangat. Sekarang aku nak kau kemas barang kau ,aku hantar kau rumah mama kau duduk sana sampai kua bersalin. Lepas bersalin kau bawa lah anak kau pergi dari aku."

" Ya Allah abang. kenapa buat saya macam nie saya tak bersalah abang." terjatuh duduk Alya bila dengar Zill kata bergitu.

" Kau nak ke tak nak kau pergi sekarang kemaskan barang² kau, lepasnie pandai² lah kau nak hidup dengan anak haram kau tue."

" Ya Allah. berat tuduhan abang terhadap saya.Sampai hati abang buat saya macam nie."

" Dah cepat kemas barang kau."

Alya dengan lemah dan penat menangis dia masuk ke bilik dan kemas barang²nya, apa barang yang Zill bagi satu pon dia tak bawa.

Dia terasa hati kecewa dan marah dengan Zill sanggup buat dia macam tue, tuduhan melulu tanpa siasat dulu betul atau tidak.

#Deritamilikku
#Jajafiza32

Alya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience