part 61

Family Completed 34166

Puan Sri Maizura pergi ke pasaraya bersama bibik, dia terserempak dengan Alya di dalam pasaraya tersebut.

"Assalamualaikum mama." Alya hulur tangan untuk salam tapi Puan Sri Maizura tidak sambut salam dari Alya tapi dia berkata yang buat Alya sedih.

"Bik jom pergi tempat lain,hilang mood saya nak beli barang bila jumpa dengan pencuri dan anak pencuri nie."kata Puan Sri sambil berpusing badan keluar dari pasaraya.

"Hahh..baik..baik puan." Bibik pon tergesa tolak keluar semula troli. Puan Sri Maizura laju melangkah keluar dari situ.

Terkedu Alya bila dengar bekas mak mertuanya berkata begitu.Dia tak sangka sebenci itu mak mertua kepadanya. Mengalir airmata Alya lalu cepat2 dia kesat.

Alya tolak stroller anaknya, dia datang ke pasaraya untuk beli susu dan pampers Aisy.Dia tak sangka boleh terserempak dengan bekas mak mertuanya.

"Menyampah betul saya bik, hilang mood nak beli barang. Tiba pula hari terjumpa perempuan tue."

"Puan kesian saya tengok Cik Alya bila puan bilang gitu."

"Hai bik kamu nak kesian dekat dia kenapa?tak perlu kesian dengan perempuan jahat macam itu."

"Puan saya rasa bukan cik Alya yang curi, cik Alya tue selalu sama saya. Dengan perutnya yang udah besar mahu naik tangga pon udah tidak larat."

"Kalau bukan dia yang ambil macam mana boleh ada dalam bilik dia? jangan kamu nak bela dia pula bik."

"Saya rasa ada yang dengki sama cik Alya puan. Saya bukan mahu tuduh puan tapi saya rasa cik Linda yang buat semua tue sebab dia tak suka sama cik Alya.

"Jangan main tuduh aje bik boleh jatuh fitnah nanti.Sudah la bik malas saya mahu cakap soal tue.Dia patut bersyukur saya tak laporkan kepada polis."

"Jangan puan kesian sama Cik Alya dan babynya."

Puan Sri Maizura hanya mendiamkan diri bila dengar bibik berkata begitu.Bibik dapat agak semua tue kerja cik Linda dia selalu ternampak cara Linda layan Alya tue dengan cara kasar.

Alya termenung didalam office dia tak perasan yang Imah datang ke kedainya.

"Assalamualaikum.." Imah beri salam sambil menolak pintu office.

"Assalamualaikum..cik puan Putri Alya Maisarah." Imah melambai2 tangan didepan muka Alya.

"Ehhh...bila kau sampai Imah..sorry aku tak perasan."

"Memang la tak perasan jauh sangat kau termenung tue, sampai aku beri salam pon kau tak jawab."

"Waalaikumussalam..sorry la aku tak perasan."

"Kau kenapa nie lain macam je aku tengok."

"Tadi aku pergi pasaraya aku terjumpa dengan bekas mak mertua aku. Dia masih benci dekat aku la."

"Yeke..dia ada cakap apa dekat kau?"

"Dia cakap aku pencuri dan anak aku pencuri beb. Aku tak kisah kalau dia nak cakap aku nie pencuri tapi jangan la cakap anak aku pencuri." mengalir airmata Alya.

"Jahat punya mulut orang tua tue. Ishh kalau aku ada memang kena orang tua tue.eee geram pula aku dengar."

"Tak apa la Imah dah nasib aku kan. Tapi betul aku tak ambil barang kemas dia. Walaupon aku miskin tak ada harta tapi aku takkan mencuri beb."

"Aku tau Alya kau bukan orang macam dia cakap tue sampai nak ambil barang kemas orang."

"Dah la jangan sedih2..macam mana bisnes kau sekarang?"

"Alhamdulillah..aku nak ambil sorang lagi pekerja kerani untuk tolong aku dalam office nie."

"Bagi aku je la kerja sini Alya. Tak kisah kau nak bagi aku gaji berapa pon janji aku dapat kerja sini boleh aku tolong kau jaga aisy sekali."

"Tapi aku tak mampu nak bagi gaji sebesar kau kerja dekat tempat kerja kau sekarang."

"Tak apa la kau bagi je berapa yang boleh kau bagi. aku tak kisah."

"Jangan la macam tue Imah."

"Tak apa."

Alya pandang Imah yang tengah main dengan anaknya Aisy.

#jajafiza35
#deritamilikku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience